modul 12 - tekat

Upload: mohamad-fauzi-awang

Post on 09-Oct-2015

135 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Nota

TRANSCRIPT

MODUL 12

TEKAT

Anda tentu pernah melihat tekat. Cantik bukan? Apakah maksud hasil seni yanghalus buatannya ini? Menurut Kamus Dewan, tekat membawa maksud sujianatau sulaman dengan menggunakan benang. Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat.Sulaman ini pula dikaitkan denganaktiviti menyulam menggunakan benang emas atau perak manakala sujian pulaaktiviti menyulam dengan menggunakan benang sutera.Mari kita tinjau kembali sejarah awal kewujudan seni ini. Kewujudan awal senitekat adalah pada kurun ke-15 semasa Zaman Kesultanan Melayu. Penggunaantekat pada asalnya adalah untuk golongan raja-raja sahaja. Pada waktu itu, istanamerupakan penggerak utama perkembangan seni tekat kerana segalakelengkapan diraja disulam benang emas untuk memperlihatkan kemewahandan keagungan. Tukang-tukang pandai tekat dijaga dan mendapat layananistimewa agar mereka sentiasa dapat mencipta motif tekat yang indah.Selain golongan istana, masyarakat Cina Peranakan Baba Nyonya jugamenggunakan sujian benang sutera untuk menghiasi pakaian tradisi merekaseperti baju kebaya dan kasut. Seni tekat begitu popular di kalangan masyarakatini kerana dikatakan tekat asalnya dibawa dari Negeri China ke Melaka (EndonMahmood, 2004).

Kini, rakyat yang masih bergiat menghasilkan tekat ialah rakyat negeri Perak danNegeri Sembilan. Seni tekat tidak lagi dikhaskan pemakaiannya untuk golonganistana sahaja, malah penggunaanya telah diperluaskan kepada rakyat jelata.Perkembangan seni ini juga semakin maju setelah wujudnya PerbadananKemajuan Kraftangan Malaysia yang bertanggungjawab mengadakan programlatihan di Enggor, Perak dan mempromosi jualan hasil tekat tradisional dandimensi baru di dalam dan luar negara.

Proses tekatSumber: http://peraktoday.com/?p=20122

DefinIsi Tekat digolongkan dalam seni sulaman tekstil iaitu prosesmenyulam benang emas ke atas kain dasar iaitu baldu. seni hias permukaan kain secara timbul atau suji timbul (Tujitimbul) di kalangan pengusaha tekatan. Suji juga sering dikaitkan dengan sulaman sutera. Samaada disulam, ditekat atau disuji, ragam hias hiasnya semuadibentuk sama iaitu dalam keadaan yang timbul dari permukaandasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempelur. Tuji mengikut Kamus Dewan adalah sesuatuperkataan lama yang bermaksud bertubi-tubi dan berturut-turut(melakukan sesuatu). Tekatan merupakan hasil seni yang dibentuk dengan kertasyang sederhana tebal dan di salit dengan benang emas di ataslain atau baldu yang lazimnya berwarna tua. menyerupai bentuk ukiran kayu tebukan tembus dan timbul. Tekatan kelingkan menggunakan pita kelingkan yang berkilat. . Tekatan tebukan perada sejenis tekatan yang menggunakantampalan kertas perada di atas kain berwarna. seni tekat merupakan seni rupa yang bersifat dua dimensi, seniini digunakan untuk hiasan barang-barang tiga dimensi sepertitudung saji, tepak sirih dan kasut. Corak yang digunakan untuktekat berasaskan corak awan larat dan tumbuh-tumbuhan seperti yang terdapat pada ukiran kayu. motif yang sering digunakan ialah pucuk rebung, daun paku, daunkeladi, daun bunga padi, daun peria dan lain-lain lagi. Motifbunganya pula adalah seperti bunga cengkih. bunga pecah lima, bunga kekwa, bunga lawang, dan sebagainya, bunga raya, bunga cempaka dan bunga lalang.

Sejarah berasal dari India dan negeri Cina yang kemudiannya dipengaruhi dengan motif pilihan yang diubahsuai dari sumberalam oleh tukang-tukang tempatan. berkembang pesat di istana pada zaman Kesultanan MelayuMelaka, iaitu pada kurun ke 15. Hasil tekat dijadikan pakaian kebesaran dan alat kelengkapan dikalangan kerabat di raja. Di Perak, seni tekat pada asalnyadimonopoli oleh golongan istana. Raja Permaisuri Perak pada akhir abad ke 19 merupakan pereka bentuk tukang yang banyakmenghasilkan reka bentuk tekat. dilangsungkan oleh masyarakat Cina Peranakan berketurunanbaba dan Nyonya Melaka serta orang-orang tempatan di beberapanegeri Melayu lain setelah kejatuhan Kesultanan Melayu melaka. Tukang yang bersuji atau menekat dipanggil tukang sebu.Kehalusan dan keunikan seni tekat menampakkan mutu seni yangrumit, indah dan mewah. Konsep seni bersifat dua dimensi tetapi kebanyakan hasilnyatekatan digunakan untuk penghasilan barangan tiga dimensiseperti tudung saji, sarung bantal, ciur, tepak sirih, kasut dan lain-lainlagi. terbatas dan kegunaannya adalah terhad.

Fungsi tekatIa hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya. Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian. Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah. Penciptaannya juga memerlukan waktu yang lama dan hasilnya yang indah memerlukan penjagaan yang rapi apabila digunakan.

Peranan Institusi dan IstanaPada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat. Ramai pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana kelengkapan istana memerlukan tekat benang emas. Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai pandai tukang pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah menggalakkan kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, perusahaan menekat dimajukan lagi dengan program-program latihan, promosi, ciptaan yang baru, galakan pengeluaran dan menjual hasil ke luar negara. Tekat terus berkembang dengan hasil mutunya yang terjamin. Promosi yang dijalankan pada masa sekarang oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan industri pelancongan telah mendorong tukang sebu untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang lebih bermutu dan berterusan. Secara langsung, kehalusan dan keunikan seni tekat dapat membantu memperkenalkan mutu seni tersebut kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar.

Tokoh Tekat1. Ahdijah bt. HasimAhdijah b. Hasim adalah seorang tokoh kraftangan tekat yang telah dipilih oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Adiguru kerana kepakaran dalam bidang tekat. Beliau mula belajar menekat daripada Ibunya bernama Anatishaah bt. Bilai Din juga seorang tokoh tekat di Kuala Kangsar, Perak. Beliau juga banyak menerima tempahan tekat antaranya ialah daripada Sultan Perak, Sultan Johor, Sultan Selangor dan Baju penabalan Yang Di Pertuan Agong.

http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/seni-tekat.html

2. Hajah Azizah bt. Mohd YusofHajah Azizah berasal dari Kg. Panang Changkat, Bukit Candan, Kuala Kangsar Perak. Kemahiran menekat adalah di warisi dari ibu dan warisan keluarga sejak turun temurun. Sekarang beliau menumpukan sepenuh masa dalam perusahaan menekat. Sebelum ini beliau adalah seorang jurulatih di Perbadanan Kraftangan Cawangan Perak. Beliau pernah mewakili negara ke Jepun, Arab saudi dan Brunei untuk membuat demontrasi menekat.

Jenis-Jenis Tekat:Tekat timbul benang emas atau perak Benang emas atau perak diuji berulang-ulang dan berturut-turutdi atas irasan baldu, melangkahi mempulur kertas yang digunakansehingga seluruh permukaan mempulur kertas diliputi benangemas atau perak.

Tekat gubah Selain kain baldu, kain biasa boleh digunakan sebagai kaindasar. Mempulur tidak digunakan. Acu yang diperbuat daripadakertas yang ditebuk diletakkan di atas kain dasar sebagai panduanuntuk melukis corak. Benang ijuk urat daripada pelepah pokok Kabong atau enauberwarna hitam dililit rapi dengan benang sutera merah (benanguntina) sebagai bahan membentuk motif. Beberapa benang emas atau perak boleh diatur di atas kain dan ditindih ikat pada kaindengan menggunakan benang sutera berwarna. Kedua-dua jenis tekat timbul dan tekat gubah sering diserikanlagi dengan manik dan labuci yang ditaburkan pada ruang-ruangkosong atau yang tidak bertekat.

Tekat perada Kertas yang agak tebal permukaannya diliputi perada emas tulenyang ditebuk berkerawang, kemudian ditampal pada kain. Bahagiantepi kerawang disusuri dengan empat lembar benang emas,ditindih ikat dengan benang sutera merah. Kadangkala bahagianbawah kerrawang yang bertepuk dilapikkan dengan kain berwarnalain atau cermin untukmengindahkannya lagi. tidak lagi diusahakan sekarang.

Alatan Tekatan

http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/seni-tekat.html

Pemidang kayu dua jenis pemidang kayu,iaitu yang berkaki dan tidak berkaki. digunakan untuk tujuan meregang kain dan memudahkantekatan dengan menggunakan peregang, akan memudahkanbahagian tepi kain digunting.

Cuban dan benang emas Cuban dianggap sebagai jarum besar untuk melilit benang emas. diperbuat daripada buluh yang diraut, kayu bercabang, perakatau tanduk berukir. Cuban diperbuat daripada dua keratin buluh yang diikat dalambentuk palang.

Irasan atau kain dasar Merupakan kain yang dijadikan dasar tekatan atau sulaman kainbaldu untuk tekatan dan kain kapas untuk sulaman.

Benang putih atau benang kapas Digunakan untuk mengetatkan kedudukan tekat benang emaspada mempulur. Benang ini tidak kelihatan di permukaan kainkerana benang ini seolah menyambut benang emas dan mengetatkan atau mengemaskan tekatan. Jarum digunakan bagimengait dan mendapatkan jarak tekatanyang rapat.

Mempelur Adalah isi tekat yang bermotif. Biasanya dibuat daripada kertastebal dan dipotong sehingga meninggalkan bentuk. Bentuk motif ini dilekatkan atas kain dasar tekat sebelum proses menyulambenang emas dimulakan.

Proses tekatan Menyediakan mempelur berdasarkan motif pilihan kajian daripada sumber alam dengan melukis dan memotong kad tebal. Mempulur bukan hanya sebagai rangka reka corak tetapi juga berperanan untuk mengukuhkan dan juga menimbulkan bentuk ragam hias, agar kelihatan menonjol keluar daripada latar (kain dasar). Pemidang terbahagi kepada dua, iaitu yang berkaki dan tanpa kaki. Tujuan pemidang adalah untuk memegang dan meregang kain putih yang turut menjadi pinggir kain tekatan bila kain baldu diletakkan di atasnya. Kain baldu seterusnya akan disembat kasar supaya lekat pada kain putih yang diregang. Sebelum proses menyulam atau menekat dilakukan mempulur diletakkan di atas kain dasar. Kain dasar biasanya terdiri daripada kain baldu yang berwarna gelap seperti merah hati, biru tua, hijau tua atau ungu gelap. Pilihan warna ini adalah untuk menjadikan warna pada hasil tekatan yang berwarna emas atau perak nampak jelas dan bercahaya. Untuk menambahkilauannya, kadangkala labuci digunakan. Cuban yang dililitkan dengan benang emas akan merentasi bahagian batang mempulur. ditindih dan diikat serta dijahit dengan benang putih. Benang putih harus melalui bahagian bawah mempulur tanpa memperlihatkan kesan jahitan benang pada permukaan mempulur. Tiap kali merentas, benang-benang emas harus disusun rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan. Dengan cara ini, sulaman benang emas akan lebih teratur dan kemas. Proses ini diulangi sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup dengan sulaman. Bahagian penyambung biasanya ditutup dengan labuci atau manik, kecuali sambungan itu kemas dan tidak memerlukan bahagian itu ditutup.

Jenis TekatSekarang mari kita pelajari jenis-jenis tekat. Tekat dikelaskan berdasarkanteknik menghasilkan motifnya. Ada dua jenis tekat iaitu tekat timbul bungaemas dan tekat gubah. Apakah perbezaan antara kedua-dua tekat ini?

Bentuk TekatHasil barangan seni tekat sebenarnya bukanlah jenis barangan lasak danselalunya ia dijadikan sebagai hiasan atau digunakan secara bermusim sepertiupacara perkahwinan dan pertabalan diraja.

Hasil Karya

Tilam nikah, tepak sirehdan kipasSumber: http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/seni-tekat.html

Sarung bantalSumber: http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/seni-tekat.html

Lemudi pintuSumber: http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/seni-tekat.html

RUJUKANSiti Zainon Ismail. (1986). Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Dunia Seni Visual Tahun 1, 2 dan 3 Sekolah Rendah.