my rekod guru

21
7/23/2019 My Rekod Guru http://slidepdf.com/reader/full/my-rekod-guru 1/21  UKU REK D UKU REK D t u r  c a r a ,  r e k a  d e n t u k ,  d a n  r e k a  l e t a k  o l e h  F i e .  S  

Upload: mohd-sufri-salleh

Post on 18-Feb-2018

258 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: My Rekod Guru

7/23/2019 My Rekod Guru

http://slidepdf.com/reader/full/my-rekod-guru 1/21

  UKU REK DUKU REK D

t

u

r

 

c

a

r

a

,

 

r

e

k

a

 

d

e

n

t

u

k

,

 

d

a

n

 

r

e

k

a

 

l

e

t

a

k

 

o

l

e

h

 

F

i

e

.

 

S

 

Page 2: My Rekod Guru

7/23/2019 My Rekod Guru

http://slidepdf.com/reader/full/my-rekod-guru 2/21

  ANGGUNGJAWAB DAN

SUMBANGAN KEPADA

MASYARAKA

ILMU

PENGE AHUAN

AKHLAK MULIA

INTELEK 

 JASMANI

ROHANI

EMOSI

INSAN

SEIMBANG

DAN

HARMONIS

“PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH

MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU

UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK, ROHANI.

EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN. USAHAINI ADALAH BAGI MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN,

BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI

KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN

KEMAKMURAN MASYARAKAT DAN NEGARA.”

KESELURUHAN FALSAFAH BERPAKSIKAN KETUHANAN

 WARGANEGARA MALAYSIA YANG BAIK 

  Percaya dan patuh kepada Tuhan

  Berilmu pengetahuan

  Berakhlak mulia

  Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat,

agama dan negara

  Berbakti dan memberi sumbangan kepada

masyarakat dan negara

  Memiliki sahsiah yang seimbang dan

  sepadu.

UNSUR INTELEK 

  Unsur intelek ini mengambil kira aspek

berikut:

  Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa

kepada kebenaran

  Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif 

  Daya pemikiran yang logik dan analisis

  Ilmu yang bermanfaat

  Masyarakat Malaysia yang berilmu

pengetahuan memiliki sikap suka

membaca serta cintakan ilmu pengetahuan

UNSUR ROHANI DAN EMOSI

Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi

aspek berikut:

  Keyakinan terhadap Tuhan

  Kepercayaan beragama

  Kemantapan jiwa

  Penghayatan nilai-nilai murni dan  norma masyarakat

  Berbudi pekerti mulia

  Berbakti dan berkorban

UNSUR JASMANI

Ciri-ciri unsur jasmani ialah:

  Kecergasan fizikal dan kesihatan diri

  Dapat menggunakan anggota dan

tenaga fizikal sendiri untuk berdikari

  dan hidup bermasyarakat

FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN

Page 3: My Rekod Guru

7/23/2019 My Rekod Guru

http://slidepdf.com/reader/full/my-rekod-guru 3/21

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara

yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke

arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan

Prinsip-Prinsip Rukun Negara

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan

yang telah terkumpul sejak berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya,

maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion

kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya:

I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR 

1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.

2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik ekonomi, sosial,

keturunan atau agama.

3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang

  diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.

6 Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus

ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA 

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.

3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak

mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak

mengetahuinya.

4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang

diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar

terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA 

1. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau

negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.

2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi

warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan

menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan ugama.

3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara

dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat.

6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari

dengan baik.

IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama bagi seseorang guru di

hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

2. T idak mel ibatkan di r i da lam keg iatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.

3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan

mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan.

5. S ent i a s a m eng a wa s i d i r i ka m i s upa ya t i da k m enc em a r ka n na m a ba i k pr of es i on per g ur ua n.

6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

Catatan: Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah

institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, (termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran,

organisasi dan penyeliaan pendidikan.)

 A ASUSILA PROFESION KEGURUAN

Page 4: My Rekod Guru

7/23/2019 My Rekod Guru

http://slidepdf.com/reader/full/my-rekod-guru 4/21

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 18 dan 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

1. Nama dan mula berkuat kuasa.

  Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan hendaklah mula

berkuat kuasa pada 1 Januari 1998.

2. Tafsiran.

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

  "bahan kurikulum" ertinya semua bahan yang digunakan dalam pengajaran kepada dan pembelajaran oleh murid;

  "guru besar" atau "pengetua" ertinya seorang pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah

Pendidikan atau seorang yang dilantik oleh Lembaga Pengelola suatu sekolah swasta dan yang bertanggungjawab untuk mentadbir atau

mengurus suatu sekolah;

  "jadual waktu" ertinya suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid pada tiap hari persekolahan

dalam suatu penggal persekolahan yang mana dinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya mata pelajaran akan diajar dan nama guru

yang akan mengajar mata pelajaran itu;

  "jadual waktu yang diluluskan" ertinya suatu jadual waktu yang diluluskan oleh Menteri;

  "kegiatan kokurikulum" ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di

bilik darjah;

  "mata pelajaran" ertinya suatu bidang pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan;

  "mata pelajaran elektif' ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 9 yang dipilih oleh murid di sekolah menengah

kerajaan dan bantuan kerajaan mengikut minat, bakat, kebolehan dan potensi mereka;

  "mata pelajaran tambahan" ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan 8 yang diajar menurut Akta di sekolah

kerajaan dan bantuan kerajaan;

  "mata pelajaran teras" ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5 yang mesti dipelajari oleh semua murid di

sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dan sekolah swasta;

  "mata pelajaran wajib" ertinya semua mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6 dan 7, selain daripada mata pelajaran teras,

yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan;

  "sukatan pelajaran" ertinya suatu pernyataan mengenai perkara untuk diajar kepada murid di sekolah sepanjang tahun

persekolahan atau mana-mana tempoh yang dinyatakan dalam tahun persekolahan itu;

  "sukatan pelajaran yang diluluskan" ertinya suatu sukatan pelajaran yang diluluskan oleh Menteri.

3. Kurikulum Kebangsaan.

  (1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang

merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang

murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini

dan untuk menyampaikan pengetahuan.

  (2) Kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi mata pelajaran yang berikut:

  (a) mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5;

  (b) mata pelajaran wajib yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6 dan 7;  (c) mata pelajaran tambahan yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan 8;

  (d) mata pelajaran elektif yang dinyatakan dalam Jadual 9;

  (e) mata pelajaran untuk suatu kelas peralihan yang dinyatakan dalam Jadual 4; dan

  (f) mata pelajaran untuk peringkat Sijrl Tinggi Persekolahan Malaysia atau Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam Jadual

10.

  (3) Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:

  (a) penyertaan dalam sukan dan permainan;

  (b) penyertaan dalam persatuan dan kelab;

  (c) penyertaan dalam badan beruniform; dan

  (d) lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri.

  (4) Peruntukan waktu minimum seminggu untuk mata pelajaran yang diajar di bawah kurikulum bagi sekolah kerajaan d a n

bantuan kerajaan di subperaturan (2) adalah dinyatakan dalam Jadual 11 hingga 15.

4. Bahan kurikulum dan kokurikulum.

Menteri boleh menentukan bahan yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan

bantuan kerajaan.

PERA U RAN-PERA URAN PENDIDIKAN

(KURIKULUM KEBANGSAAN ) 1997*

Page 5: My Rekod Guru

7/23/2019 My Rekod Guru

http://slidepdf.com/reader/full/my-rekod-guru 5/21

5. Perubahan jadual, sukatan pelajaran, dan jadual waktu.

Tertakluk kepada subperaturan 3(4), Ketua Pendaftar boleh mengubah atau meminda suatu jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar

di suatu sekolah, sukatan pelajaran, atau jadual waktu dan jadual, sukatan pelajaran, atau jadual waktu yang telah diubah atau dipinda

hendaklah terpakai di sekolah itu.

6. Jadual, sukatan pelajaran dan jadual waktu diadakan untuk-pemeriksaan.

  (1) Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah dengan serta-merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh

Ketua Pendaftar suatu jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah dan sukatan pelajaran bagi semua mata pelajaran.

  (2) Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan jarak jauh, hendaklah

dengan serta-merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar jadual waktu untuk penggal persekolahan semasa.

  (3) Ketua Pendaftar boleh memerlukan guru besar atau pengetua, / melalui suatu notis secara bertulis, untuk

mengemukakan sesalinan jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, sukatan pelajaran, dan/atau jadual waktu, dalam

tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan notis itu.

7. Guru perlu mengadakan salinan sukatan pelajaran yang diluluskan dan senarai murid-murid untuk pemeriksaan.

Seseorang guru dalam suatu sekolah hendaklah dengan serta-merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar salinan sukatan

pelajaran yang diluluskan berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dan senarai murid di bawah tanggungjawabnya.

8. Buku rekod guru.

Seseorang guru dalam suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan jarak jauh, hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu

buku rekod dalam mana hendaklah direkod olehnya tidak lewajLdaripada hari akhir.persekolahan setiap minggu dalam suatu penggal

persekolahan, bahagian atau bahagian-bahagian sukatan pelajaran yang diluluskan yang akan diajar pada minggu berikutnya berkaitan dengansuatu mata pelajaran, dan buku rekod hendaklah dengan serta-merta diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar.

 9. Jadual, sukatan pelajaran dsb. dalam bahasa selain daripada bahasa kebangsaan diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan.

Jika mana-mana jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau mana-mana salinannya yang diperlukan di

bawah peraturan 6, 7 atau 8 untuk dikemukakan atau diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar, disediakan dalam suatu bahasa selain

daripada bahasa kebangsaan, seseorang guru besar atau pengetua hendak mengemukakan atau mengadakan untuk pemeriksaan jadual,

sukatan pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau salinannya dalam bahasa kebangsaan / dalam tempoh 30 hari

daripada diarahkan oleh Ketua Pendaftar.

10. Jadual waktu perlu dipamerkan.

Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah mempamerkan sesalinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan

semasa yang ditandatangan olehnya di suatu tempat yang mudah dilihat di sekolah itu.

11. Penalti.

(1) Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatu sukatan pelajaran yang diluluskan dan suatu jadual waktu yangdiluluskan dan mana-mana guru yang mengajar murid atau mana-mana orang yang membenarkan seseorang guru mengajar murid melainkan

daripada mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila

disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

  (2) Seseorang guru besar, pengetua atau guru yang melanggar peraturan 6, 7, 8, 9 atau 10 adalah melakukan suatu kesalahan

dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.

12. Pemansuhan.

Peraturan-Peraturan (Kursus-Kursus Pengajian) Sekolah 1956 dan Kaedah-Kaedah Sekolah Lepas-Rendah (Kursus-Kursus Pengajian) 1962

adalah dirhansuhkan.

Diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

PERA U RAN-PERA URAN PENDIDIKAN

(KURIKULUM KEBANGSAAN ) 1997*

Page 6: My Rekod Guru

7/23/2019 My Rekod Guru

http://slidepdf.com/reader/full/my-rekod-guru 6/21

  PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

  Office of the Director General of Education Malaysia

PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA

  Level 7 Block J Damansara Town Centre

50604 KUALA LUMPUR  Telefon : 03-2586900

  Fax : 03-2535150

 ____________________________________________________________________________________________________

KP(BS)8591/Jilid XV/(3)

9 Mac 1999

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 3/1999:

Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256: "Buku Rekod

Mengajar Guru", bertarikh 1 Julai 1963.

2. Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 dikuatkuasakan, terdapat amalan di mana maklumat-

maklumat yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah dimasukkan ke dalam Buku Rekod Mengajar Guru

sehingga mengubah sifat dan tujuan sebenar Buku Rekod Mengajar Guru itu diadakan.

3. Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini, berkuatkuasa pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian.

Pengetua, Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip

perancangan yang mutakhir.

  (i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN

  Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia.

  (ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

  Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang

mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai

objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.

4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan

teknologi semasa. la haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh

pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan

Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang

diberi kuasa.

5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua Pengetua, Guru Besar dan guru di negeri Ybhg.

Dato/ Datin/Tuan/Puan.

6. Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

DATO'DR. ABDUL SHUKOR ABDULL AH

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

SURA PEKELILING IKH ISAS

Page 7: My Rekod Guru

7/23/2019 My Rekod Guru

http://slidepdf.com/reader/full/my-rekod-guru 7/21

Bahagian Sekolah-Sekolah,

Kementerian Pelajaran Malaysia,

Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian,

Leboh Pasar Besar, Telefon : 2922066

Kuala Lumpur 50604. Kawat : 'PELAJARAN'

 ___________________________________________________________________________________________________

 

KP(BS)8591/Jld 11/(44)

13hb.Mac, 1986

Semua Pengarah Pelajaran Negeri,

Malaysia

Y.B. Dato’/ Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISA S BIL. 4/1986

Panitia Mata Pelajaran

Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat

Pelajaran Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata-mata pelajaran

di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia mata-mata pelajaran dan dapat

berfungsi dengan baik dan ada pula di sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panitia mata pelajaran itu berfungsi atau tidak,

Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas

dasar atau arahan manakah, panitia mata-mata pelajaran ini perlu ditubuhkan.

2. Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberitahu pihak sekolah tentang perlunya

penubuhan panitia mata pelajaran, supaya dengan ini, perhubungan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang

membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi.

3. Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah dikehendaki menubuh atau

memperkemaskan lagi panitia mata-mata pelajaran supaya keberkesanan pengajaran-pembelajaran di sekolah dapat ditingkatkan.

  3.1 Latarbelakang

  Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata

  pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru yang

mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada

m a t l a m a t p e n c a p a i a n a k a d e m i k p a r a p e l a j a r d i s e k o l a h t e r c a p a i a t a u t i d a k .  Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau mengajar sesuatu m a t a

  pelajaran yang sama menggembelingkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti

dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pehdidik. Mereka juga harus mempunyai semangat

bekerjasama, saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta "kepakaran untuk memperbaiki

lagi kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan demik ian, gur u-guru yang mengaj ar sesuat u mata

pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan

bersepadu. Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru-guru yang menganggotainya juga

berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang

pengajaran bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-

  pelajar.

  3.2 Struktur dan Organisasi

  3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang

  mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. (Sekolah-sekolah kecil yang bilangan  gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuh pelbagai panitia mata pelajaran)

  3.2.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dilantik

sebagai ketua panitia oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah.

  3.2.3 Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara otomatis menjadi ahli-ahli Jawatankuasa

Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran masing-masing di dalam

 jawatankuasa tersebut dan menjadi sebagai penghubung di antara ahli panitia dengan Guru Besar

atau Pengetua Sekolah.

  3.2.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-perjumpaannya

berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua

panitia kepada Guru Besar atau Pengetua atau Penolong

Kanannya, sama ada untuk mendapat penyelesaian atau untuk makluman.

  3.2.5 Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan, ketua

panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi

/membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mengesyorkan segala

padangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan

pembelajaran.

SURA PEKELILING IKH ISAS

Page 8: My Rekod Guru

7/23/2019 My Rekod Guru

http://slidepdf.com/reader/full/my-rekod-guru 8/21

  3.3 Tujuan Panitia Mata Pelajaran

  Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenalpasti untuk panitia mata pelajaran:

  3.3.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran-pembelajaran;

  3.3.2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh

  mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran;

  3.3.3 Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam

  mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi/sasaran yang

  ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah;

  3.3.4 Mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan persatuan atau

  kelab akademik.

  3.4 Peranan Panitia

  Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia, sejajar dengan peranannya

sebagai sebuah badan ikhtisas:

  3.4.1 Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli

panitia;

  3.4.2 Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun persekolahan.

Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu tingkatan/darjah dan juga di

antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan;

  3.4.3 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar-

  pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap

kebolehan mereka;

  3.4.4 Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuaidengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat

sumber sekolah;

  3.4.5 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi

tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu menubuhkan bank soalan;

  3.4.6 Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar-pelajar dalam tiap-tiap peperiksaan

berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan mengambil

langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran;

  3.4.7 Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan

mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara 'ad hoc' bila dan jika perlu;

  3.4.8 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal)

untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan, seperti

masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada

masalah-masalah atau isu-isu tersebut;

  3.4.9 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti kursus atauseminar dengan ahli-ahli lain;

  3.4.10 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan

hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran;

  3.4.11 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di

sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan;

  3.4.12 Bekerjasama dengan Iain-Iain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan pelajar-

pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu.

  3.4.13 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan

  mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;

  3.4.14 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporanmesyuarat, surat menyurat dan

rekod-rekod yang berkaitan.

4. Harap Y.B. Dato'/Tuan memaklumkan kandungan surat Pekeliling ini kepada semua sekolah.

Sekian.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,

(HJ. JUMAAT BIN DATO' HJ. MOHD. NOOR)

Bahagian Sekolah-Sekolah,

b.p. Ketua Setiausaha,

Kementerian Pelajaran Malaysia.

SURA PEKELILING IKH ISAS

Page 9: My Rekod Guru

7/23/2019 My Rekod Guru

http://slidepdf.com/reader/full/my-rekod-guru 9/21

Bahagian Sekolah,

Kementerian Pendidikan,

Paras 5, Blok J Selatan,

Pusat Bandar Damansara

50604 Kuala Lumpur Telefon : 2556900

 ___________________________________________________________________________________________________

 

KP(BS)8591/Jld 11/(77)

11 November 1987

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.B. Dato'/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISA S BIL. 3/1987:

Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Penqetua/Guru Besar Sekolah

Tugas dan fungsi Pengetua/Guru Besar sebagai pemimpin profesionalisme, pengurus dan pentadbir hari ini adalah berbagai-bagai.

Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolahnya, tanggungjawab utama seorang Pengetua/Guru Besar ialah untuk memastikan

kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolahnya. Pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran-pembelajaran oleh guru-guru dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan yang rapi dan sistematis

dari pihak Pengetua/Guru Besar sekolah itu. Ini termasuklah penyeliaan pengajaran-pembelajaran terhadap guru di dalam kelas yang

sepatutnya menjadi perkara yang diutamakan dalam senarai tugas dan tanggungjawab Pengetua/Guru Besar. Oleh itu dan dengan

tujuan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran di sekolah, Pengetua/Guru Besar hendaklah

diperingatkan bahawa penyeliaan pengajaran-pembelajaran di dalam kelas adalah merupakan tugas yang amat penting.

2. Berikut adalah syor garis panduan bagi melaksanakan tugas penyeliaan di dalam kelas:

  2.1 Rasional

  2.1.1 Pelaksanaan kurikulum adalah unsur TER AS fungsi institusi persekolahan. Dengan itu

p e r h a t i a n y a n g l e b i h h e n d a k l a h d i b e r i k a n k e p a d a p e n y e l i a a n p e n g a j a r a n -

  pembelajaran.

  2.1.2 Sebaga i pem im pin pr of es iona l i sm e d i seko lah , Penget ua/Gur u Besar ada lah

pelaksana utama kurikulum di sekolahnya. Ole h itu tugas penyeliaan pengaj aran-

  pembelajaran adalah merupakan tugas terpenting yang perlu dititikberatkan.  2.1.3 Penyel iaan adalah satu aspek terpent ing dalam pentadbiran, pengurusan dan

kepimpinan pendidikan. Oleh itu penyeliaan tidak boleh dipisahkan dari peranan

Pengetua/Guru Besar sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin profesionalisme di

sekolahnya.

  2.2 Tujuan

  2.2.1 Mempertingkatkan daya profesionalisme Pengetua/Guru Besar dan guru-guru dalam

melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses pengajaran-pembelajaran sejajar

dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan negara.

  2.2.2 Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan sumber maklumat kepada Pengetua/ Guru

Besar untuk memperbaiki proses pengajaran-pembelajaran di sekolahnya.

Sumber maklumat ini juga boleh digunakan oleh Pengetua/Guru Besar sebagai asas

untuk menilai seseorang guru bagi tujuan tertentu.

  2.3 Bidang

  2.3.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah ditumpukan kepada 2 (dua) bidang:

  a. bidang organisasi dan

  b. bidang pengajaran dan pembelajaran.

  Bidang Organisasi

  Di antara ciri-ciri organisasi yang perlu diberi perhatian ialah:i.

  i. Iklim kelas:

  organisasi kelas

  kawalan murid

  komunikasi

  motivasi

  sikap murid

  kebersihan dan perhiasan

  ii. Penyeliaan gerakerja

  iii. Penilaian prestasi

  iv. Profil murid

  v. Panitia matapelajaran

SURA PEKELILING IKH ISAS

Page 10: My Rekod Guru

7/23/2019 My Rekod Guru

http://slidepdf.com/reader/full/my-rekod-guru 10/21

  Bidang Pengajaran dan Pembelajaran

  Di antara ciri-ciri yang perlu diperhatikan ialah:

  i. Rancangan pengajaran;

  Objektif 

  Isikandungan

  ii. Persediaan alat/bahan pengajaran dan penggunaannya.

  iii. Penyampaian isi pelajaran.

  iv. Teknik bersoaljawab.

  v. Interaksi guru murid.

  vi. Penggunaanmasa.

  2.4 Prinsip Perlaksanaan

  2.4.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan oleh Pengetua/Guru Besar ke

atas semua guru.

  2.4.2 Rekod penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dicatit dengan ringkas dan tepat.

  2.4.3 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah dirancang dengan seimbang dari segi masa,

matapelajaran, tingkatan/tahun dan guru.

  2.4.4 Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan Penolong Kanan dan Penvelia Petanq.

Walau bagaimanapun tanggungjawab sepenuhnya terletak di tangan Pengetua/Guru Besar.

  2.4.5 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan secara sistematis dan

berlandaskan hubungan profesionalisme dengan guru-guru dan bukan untuk mencari kesalahan.

Dalam usaha mempertingkatkan prestasi pengajaran-pembelajaran di kelas, Pengetua/GuruBesar perlu mendapat maklumat yang tertentu. Maklumat-maklumat itu dapat digunakan oleh

Pengetua/Guru Besar sebagai asas perbincangan dengan guru-guru.

3. Surat Pekeliling ini adalah untuk mengingatkan kembali mengenai peri mustahaknya tugas-tugas penyeliaan pengajaran-

pembelajaran sebagai salahsatu tugas dan tanggungjawab Pengetua/Guru Besar. la tidak sekali-kali menafikan

pentingnya tugas-tugas dan tanggungjawab kepimpinan dan penyeliaan seorang Pengetua/Guru Besar dalam Iain-Iain aspek

pentadbiran dan pengurusan sekolah. Oleh itu Pengetua/Guru Besar perlu diingatkan mengenai peri pentingnya melaksanakan

tugas-tugas secara yang seimbang agar pelaksanaan suatu tugas tidak akan menyebabkan tugas-tugas lain tidak diberi perhatian

sewajarnya.

4. Harap maklumkan kandungan Surat Pekeliling Bil. 3/1987 ini kepada semua sekolah dinegeriY.B. Dato/Tuan/Puan.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

(DATUK WIRAABDUL RAHMA N HAJIARSHAD)

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

SURA PEKELILING IKH ISAS

Page 11: My Rekod Guru

7/23/2019 My Rekod Guru

http://slidepdf.com/reader/full/my-rekod-guru 11/21

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

MALAYSIA 2013-2025

Kecekapan

Perpaduan

Ekuiti

Kualiti

 Akses100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikandaripada prasekolah hingga menengah atasmenjelang 2020

Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalampentaksiran antarabangsa seperti TIMMS dan PISA dalamtempoh 15 tahun

50% pengurangan dalam jurang pencapaian(bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020

Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsianpengalaman dan nilai kepada kanak-kanak denganmenghargai kepelbagaian

Sistem yang memaksimumkan keberhasilan muridmengikut peruntukan sedia ada

   A   S   P   I   R   A   S   I    S    I    S    T    E    M

 ASPIRASIMURID

Kemahiran

Pengetahuan

Etikan &

memimpin

kerohanian

Kemahirandwibahasa

IdentitiNasional

Kemahiranberfikir

Menyediakan kesa arataan akses kepada pendidikan berkualiti

bertaraf antarabangsa

Me astikan setiap urid profisien dala Bahasa Malaysia dan

Bahasa Inggeris

Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai

Tranfor asi keguruan sebagai profesion pilihan

Me astikan pe i pin sekolah berprestasi tinggi dite patkan

setiap sekolah

Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk enyediakan

penyelesaian khusus berasaskan keperluan

Me anfaatkan ICT bagi eningkatkan kualiti pe belajaran

di Malaysia

Mentranfor asi kebolehupayaan dan kapasiti penya paian

Ke enterian

Bekerjasa a dengan Ibu bapa, ko uniti dan sektor swasta

secara eluas

Me aksi u kan keberhasilan urid bagi setiap ringgit

Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awa secara

langsung   S   E   B

   E   L   A   S    A    N    J    A

    K    A    N

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

Page 12: My Rekod Guru

7/23/2019 My Rekod Guru

http://slidepdf.com/reader/full/my-rekod-guru 12/21

 VISI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti UntukMembangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

SPEED

Smart Planning Enhances Education Dynamics

MOTTOBersama..... Melangkah Ke Hadapan

VISI DAN MISI JPN SABAH

Page 13: My Rekod Guru

7/23/2019 My Rekod Guru

http://slidepdf.com/reader/full/my-rekod-guru 13/21

FOKUS JPN SABAH

Melonjakkan Prestasi Peperiksaan Awam UPSR, PMR, SPM

dan STPM.

Pencapaian Sub-NKRA KPM:-

2.1 Prasekolah – Peningkatan kadar penyertaan kanak-kanak

berumur 4 hingga 5 tahun dan peningkatan kualiti

pendidikan prasekolah.

2.2 LINUS – Peningkatan penguasaan literasi dan numerasi

murid Tahap 1.

2.3 Sekolah Berprestasi Tinggi.

2.4 Bai’ah (Tawaran Baru Kepada Pemimpin Sekolah)

Kepimpinan Pendidikan.

Pemantapan Sistem Pengurusan Kualiti.

4.1 Pemantapan Sistem Perkhidmatan Pendidikan.

4.2 Pemantapan Pengurusan Kewangan dan Akaun di Semua

Peringkat.4.3 Pemantapan Dalam Pengurusan Pentadbiran dan

Pengendalian Peperiksaan Awam serta PBS di Sabah.

Peningkatan Sahsiah Murid

5.1 Pengurangan Kadar Ponteng Dalam Kalangan Murid

Sekolah

5.2 Pembangunan Sukan dan Kokurikulum .

.

Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan di Sekolah.

Perkhidmatan Psikologi, dan Kaunseling.

1

2

3

4

5

6

Page 14: My Rekod Guru

7/23/2019 My Rekod Guru

http://slidepdf.com/reader/full/my-rekod-guru 14/21

GURU MENGAJAR MURID BELAJAR

1

A

G

N

D

A

 

1

I

M

 

A

N

Kita warga pendidikanBerjuang dalam misi KPMSekolah unggul penjana generasiDalam misi membangunkan potensi....

Kita warga pendidikanMemperkasa pendidikan di Sabah

Satu Agenda Satu ImpianKalau bukan kita siapa lagi...

(co)Kita warga pendidikanBerjuang di dalam satu barisanMalaysia Negaraku Sabah NegerikuTak dipersia harapan NegaraSatu Agenda Satu Impian

 Jangan buang masa lagiMajulah kehadapan lagiMarilah melangkah jangan tunggu lagiKalau bukan sekarang bila lagi….

(BDG)Sabahkan gagah di MalaysiaMalaysia gagah di nusantaraMalaysia gagah di pentas dunia

Satu Agenda Satu ImpianSatu Suara Satu KepimpinanSatu MalaysiaSatu….Malaysia !

Lagu Asal: Anak Kecil Main ApiPencipta : Tan Sri Prof. Dr. Nordin KardiLirik : Datuk Jame Alip

Melodi dan Penyanyi : Asmin Mudin

C

C

T I

CEPAT 

CERMAT 

TEPAT 

INTEGRITI

PPRODUCTIVE

CCREATIVE

IINNOVATIVE

GUNUNG KINABALUSemangat Jatidiri yang tinggi dan teguh

LOGO 1 MALAYSIAMengutamakan murid dalam mencapaikecemerlangan pendidikan

GURUPendidik5 MURIDMewakili pelbagai kaum dan latar belakangmelambangkan 5 Prinsip Rukun Negara

BIRUPerpaduan, Pemuafakatan & Keharmonian

PUTIHKeikhlasan, Suci

MERAHBerani

BULATANBersatu, Fokus, Padu

Page 15: My Rekod Guru

7/23/2019 My Rekod Guru

http://slidepdf.com/reader/full/my-rekod-guru 15/21

S ANDARD KUALI I PENDIDIKAN

MALAYSIA (SKPM) 2010

STANDARD 1: KEPIMPINAN DAN HALA TUJUKepimpinan sekolah berperanan sebagai pemimpinberimpak tinggi dan berupaya menggembleng danmenggerakkan warga sekolah secara bersepadu untukmemajukan sekolah dan meningkatkan kualitiPembelajaran & Pengajaran

STANDARD 2: PENGURUSAN ORGANISASIOrganisasi sekolah diurus dengan mengambil kirapotensi dan keperluan staf, kemudahan sumberdalaman dan memanfaatkan sumber luaran supayasekolah dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan

STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUM,KOKURIKULUM DAN SUKAN, DAN HAL EHWALMURIDBidang kurikulum, kokurikulum dan sukan, dan halehwal murid diurus dengan cekap dan berkesan bagimemastikan sekolah berfungsi sebagai institusipembelajaran dalam melahirkan murid yang seimbangdari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DANPENGAJARANGuru merancang dan melaksanakan proses P&P yangberkualiti tinggi dan bersungguh-sungguh untukmemperkembang potensi dan pencapaian murid padatahap optimum secara berterusan.

STANDARD 5: KEMENJADIAN MURIDPendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berupaya mencapaikesejahteraan diri.

STANDARD Bil Aspek % Wajaran

STANDARD 1   Kepimpinan dan Hala Tuju 8 10%

STANDARD 2   Pengurusan Organisasi 8 15%

STANDARD 3   Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum

dan Sukan, dan Hal Ehwal Murid

15 20%

STANDARD 4   Pembelajaran dan Pengajaran 12 20%

STANDARD 5   Kemenjadian Murid 50 35%

Page 16: My Rekod Guru

7/23/2019 My Rekod Guru

http://slidepdf.com/reader/full/my-rekod-guru 16/21

KONTEKSTUALMengikut teori pembelajaran kontekstual pembelajaran

hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat

atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada

mereka.

Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks

dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan

dengan persekitarannya.

Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada

kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di

bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian.

Teori ini menggalakkan pendidik memilih dan mewujudkanpersekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai

pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal

atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang

dihasratkan.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan

pembelajaran murid. Guru harus dapat menyediakan

suasana pembelajaran yang menarik dan harmoni serta

menciptakan pengajaran yang berkesan.

Guru mesti menentukan pendekatan, memilih kaedah dan

menetapkan teknik-teknik tertentu sesuai dengan

perkembangan dan kebolehan murid. Strategi yang dipilih

hendaklah boleh merangsang murid belajar secara aktif,

membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya

menarik hati murid serta menghasilkan pembelajaran yang

bermakna.

Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti yang dipilih

perlu mempunyai urutan yang baik bagi mencapai objektif

pengajaran. Aktiviti tersebut mestilah mampu memberi

sepenuh pengaruh terhadap pemerhatian, meningkatkanintelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta

membantu guru.

Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru

ialah:

  Kaedah Sumbang Saran

  Kaedah Tunjuk Cara (demonstrasi)

  Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan

  Kaedah Perbincangan atau Penyelesaian Masalah

  Kaedah Audio lingual

  Kaedah Kod Kognitif 

  Kaedah Projek

KONSTRUKTIVISME

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid

membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif

berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan

yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk

membina pengetahuan baharu.

PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI

Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) adalah pendekatan

pembelajaran yang memberi akses kepada pembelajarandan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan

kemahiran secara berdikari. Dalam PAK, bahan pengajaran

direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat,

keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran

mereka. Bagi membolehkan murid mendapatkan maklum

balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka, program

PAK menyedia pentaksiran kendiri.

PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH

Penilaian Kendalian Sekolah bermaksud peranan penting

yang dimainkan oleh guru dalam mengesan perkembangan,

kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru

menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai,

merancang dan membina instrumen penilaian, merekodhasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor

dan membuat tindakan susulan.

  BELAJAR CARA BELAJAR

Belajar Cara Belajar ialah proses untuk memperoleh teknik

belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru.

Peranan Guru:  Menentukan objektif pembelajaran

  Menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya

pembelajaran murid

  Menyediakan pelbagai teknik dan aktiviti untuk

menjalankan PdP

  Memilih bahan PdP yang sesuai

  Berbincang dengan murid

  Menilai secara formatif dan sumatif serta

mengambil rekod pencapaian murid

  Mengambil tindakan susulan sewajarnya

MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir dibahagikan kepada kemahiran berfikir

kritis dan kemahiran berfikir kreatif. Kemahiran berfikir

kritis  ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan

sesuatu idea dan bersifat evaluatif.

Kemahiran berfikir kreatif  ialah kebolehan untuk mencerna

dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea

baharu terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang

ada.

Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih

tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah

yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan

kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti

Pdp adalah pada akhirnya menuju ke arah membuat

konsepsi, keputusan dan menyelesaikan masalah.

Kemahiran berfikir menaakul adalah sebagai pelincir dalam

membantu kita membuat pertimbangan secara logik dan

rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi

berfikir.

12 S RA EGI PEDAGOGI

Page 17: My Rekod Guru

7/23/2019 My Rekod Guru

http://slidepdf.com/reader/full/my-rekod-guru 17/21

12 STRATEGI EDAGOGI

PEMBELAJARAN MASTERI

Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan Pdp

yang memastikan semua murid menguasai hasi l

pembelajaran yang dihasratkan dalam sesuatu unit

pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaranseterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa

yang mencukupi serta proses PdP yang berkualiti

ICT DALAM PdP

Tiada satu cara pun boleh dikatakan sebagai terbaik dan

mesti digunakan. Pendekatan terbaik sebenarnya apabila

penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta

dapat membuahkan hasil dalam jangka masa yang

munasabah.

Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalam PdP

boleh dikategorikan sebagai:

  Tutorial

  Penerokaan (eksploratori)  Aplikasi, dan

  Komunikasi

Pengintegrasian ICT dalam proses pembelajaran, murid

didedahkan dengan pelbagai maklumat yang boleh didapati

dengan cara yang menarik dan mudah. Guru boleh

menggunakan ICT untuk membina bahan Pdp,

INKUIRI PENEMUAN

Juga dikenali sebagai teknik Tinjau dan Siasat. Strategi ini

dapat menimbulkan daya refleksi murid. Strategi ini

merangkumi aktiviti:

  a. Proses mengenali masalah

  b. Mengkaji jangkaan atau ramalan  c. Mengumpul maklumat

  d. Menganalisis

  e. Membuat rumusan

KAJIAN MASA DEPAN

Kajian Masa Depan memberi kesedaran dan merangsang

murid berfikir tentang isu, masalah dan peluang yang bakal

dihadapi. Ini akan membolehkan mereka memandang masa

depan dengan yakin dan optimis. Kajian Masa Depan

terbahagi kepada Kemahiran Asas dan Kemahiran Khusus

Kemahiran Asas yang perlu dibina :

1. Membuat ramalan tentang trend dan perubahan

yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan danmaklumat yang sedia ada.

2. Menjangka kesan atau akibat sesuatu fenomena,

trend atau perubahan masa depan; dan

3. Menggunakan sumber manusia dan sumber lain

bagi mengawal, menangani serta mengendalikan

p e r u b a h a n s u p a y a m e n d a p a t m a n f a a t y a n g

maksimum

Kemahiran Khusus tidak bersifat hierarki boleh dimulai dan

dinilai mengikut tujuan pengajaran. Guru boleh memulakan

dengan pemahaman konsep masa depan hingga

pemahaman dimensi kemapanan, atau menggunakan salah

satu atau beberapa satu daripada teknik kemahiran khusus

yang bersesuaian dengan tajuk mata pelajaran.

KECERDASAN PELBAGAI

Linda Campbell, Bruce Campbell merumuskan definisi

Howard Gardner sebagai:

  Keupayaan mnyelesaikan masalah yang dihadapi

dalam kehidupan yang sebenar  Kebolehan menjana masalah baharu untuk

diselesaikan; dan

  Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan

perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan s e s u a t u

budaya

Lapan Jenis Kecerdasan Pelbagai:

a. Verbal linguistik- kebolehan menggunakan

bahasa lisan, bacaan dan penulisan untuk menyatakan

pendapat dan meberi pandangan

b. Logik-Matematik-kebolehan menggunakan

nombor, pengiraan, pengkelasan atau menggalakkan

pemikiran kritisc. Visual-Ruang- kebolehan melakar penyusunan

grafik seperti membuat peta minda, membayangkan

masalah dan penyelesaiannya

d. Kinestetik- kebolehan manipulasi alat

atau bahan untuk menyelesaikan masalah

e. Muzikal- kebolehan menyedari ritma,

harmoni, kecanggungan untuk mengenal pasti masalah dan

penyelesaiannya

f. Interpersonal- kebolehan mendapat idea

pelbagai melalui interaksi dengan orang lain mengenai

masalah dan penyelesaiannya

g. Intrapersonal- kebolehan membuat refleksi

secara mendalam berasaskan pengalaman, perasaan sendiri

mengenai masalah dan penyelesaiannyah. Naturalis- kebole han menggu nakan

contoh daripada alam semulajadi untuk mengkaji masalah

dan jalan penyelesaiannya

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

MODEL ASSURE

-  Analyse Learners

- State Objectives

- Select Instructional Methods, Media and

Materials

- Ultilize media and materials

- Requires Learners Participation

- Evaluate and Revise

MODEL ADDIE

-  Analyse

- Design

- Development 

- Implement 

- Evaluate

12 S RA EGI PEDAGOGI

Page 18: My Rekod Guru

7/23/2019 My Rekod Guru

http://slidepdf.com/reader/full/my-rekod-guru 18/21

LAPAN PROSES PEMIKIRAN

M E M B U D A Y A K A N K E M A H I R A NBERFIKIRProjek ini membantu pihak sekolah memupukkemahi r an ber f i k i r ; menyemai budayapembelajaran sepanjang hayat; mahir dalammenyelesaikan masalah dan berupaya mencari

 jalan penyelesaian secara kreatif dalam kalanganmurid sekolah.

i-THINK merupakan kerjasama di antaraKementerian Pelajaran dan Agensi InovasiMalaysia (AIM). i-THINK melahirkan inovatorgenerasi masa depan dengan kebolehan dankemahiran berfikir secara kritis serta berupayauntuk menyesuaikan diri dan menanganicabaran pada masa akan datang.

Lapan Proses Pemikiran dibangunkan melalui alat berfikir visual, iaitu Peta Pemikiran yangmemudahkan murid-murid dalam memahami konsep, menganalisis masalah dan mencaripenyelesaian.

MENDEFINISIKAN MENGIKUT KONTEKSPeta Bulatan

MENERANGKANPeta Buih

MEMBANDING BEZAPeta Buih Berganda

MEMBUAT PENGELASANPeta Pokok

HUBUNGAN SELURUH -BAHAGIANPeta Dakap

URUTANPeta Alir

SEBAB DAN AKIBAT Peta Pelbagai Alir

 ANALOGI(hubungan yang sama,mencari faktor penghubungan)Peta Titi

Page 19: My Rekod Guru

7/23/2019 My Rekod Guru

http://slidepdf.com/reader/full/my-rekod-guru 19/21

1. MAKLUMAT DIRI GURU

2. SENARAI TUGAS GURU

3. JADUAL WAKTU

4. SENARAI BUKU RUJUKAN

5. PENULISAN RANCANGAN MENGAJAR TAHUNAN

6. RANCANGAN MENGAJAR TAHUNAN

7. TAKWIM PERSEKOLAHAN

8. RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

9. REKOD PEMBERIAN KERJA MURID

 10. REKOD PRESTASI MATA PELAJARAN

11. REKOD PRESTASI PEPERIKSAAN

12. PENYELIAAN/PERTEMUAN/PERBINCANGAN PROFESIONAL

13. CATATAN

KANDUNGAN

Page 20: My Rekod Guru

7/23/2019 My Rekod Guru

http://slidepdf.com/reader/full/my-rekod-guru 20/21

RANCANGAN MENGAJAR AHUNAN

Page 21: My Rekod Guru

7/23/2019 My Rekod Guru

http://slidepdf.com/reader/full/my-rekod-guru 21/21

  AKWIM SEKOLAH