nota pengurusan folio, buku log, laporan aktiviti

18
BUKU LOG Dalam dunia kepengakapan, sesebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti bertulis atau dicatatkan oleh seseorang Pengakap yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah adalah dipanggil sebagai ‘Buku Log’. Buku Log seharusnya mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan dan juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pengakap itu. Ianya juga boleh merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pengakap. Sehubungan itu, seseorang pencatat buku log haruslah mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu pula menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun grafik. Di dalam buku log ahli Pengakap, Pemimpin juga boleh mencatat komen terhadap penulisan serta memberikan pengesahan terhadap ujian yang diambil oleh ahli Pengakap tersebut. NOTA: Semasa Ujian Pentarafan Pengakap Raja, buku log peserta akan diperiksa oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri untuk melihat sejarah serta penglibatan  peserta dalam Kepengakapan secara keseluruhan. Jadi, pemeriksa akan mengharapkan yang peserta akan melampirkan atau melekatkan salinan sijil-sijil kelulusan bagi lencana dan ujian terbabit di dalam buku log mereka.  Setakat ini, tiada had piawai bagi jumlah mukasurat sesebuah buku log. Namun berdasarkan pengalaman, buku log yang baik hendaklah mempunyai sekitar 200   300 helaian dan sebaiknya yang berkulit tebal agar ianya boleh disimpan dengan baik pada satu jangka masa yang lama. Berikut merupakan cadangan bagaimana pembahag ian catatan Buku Log bagi tajuk - tajuk asas yang sesuai dan mudah dijaga oleh seseorang Pengakap. UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK 1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku 2) Lencana Keris Gangsa - 1 buku 3) Lencana Keris Perak - 1 buku

Upload: png-fei-mun

Post on 19-Oct-2015

1.008 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

buku log

TRANSCRIPT

BUKU LOGDalam dunia kepengakapan, sesebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti bertulis atau dicatatkan oleh seseorang Pengakap yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah adalah dipanggil sebagai Buku Log.Buku Log seharusnya mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan dan juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pengakap itu. Ianya juga boleh merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pengakap. Sehubungan itu, seseorang pencatat buku log haruslah mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu pula menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun grafik. Di dalam buku log ahli Pengakap, Pemimpin juga boleh mencatat komen terhadap penulisan serta memberikan pengesahan terhadap ujian yang diambil oleh ahli Pengakap tersebut.NOTA:Semasa Ujian Pentarafan Pengakap Raja, buku log peserta akan diperiksa oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri untuk melihat sejarah serta penglibatan peserta dalam Kepengakapan secara keseluruhan. Jadi, pemeriksa akan mengharapkan yang peserta akan melampirkan atau melekatkan salinan sijil-sijil kelulusan bagi lencana dan ujian terbabit di dalam buku log mereka.Setakat ini, tiada had piawai bagi jumlah mukasurat sesebuah buku log. Namun berdasarkan pengalaman, buku log yang baik hendaklah mempunyai sekitar 200 300 helaian dan sebaiknya yang berkulit tebal agar ianya boleh disimpan dengan baik pada satu jangka masa yang lama.Berikut merupakan cadangan bagaimana pembahagian catatan Buku Log bagi tajuk-tajuk asas yang sesuai dan mudah dijaga oleh seseorang Pengakap.UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku2) Lencana Keris Gangsa - 1 buku3) Lencana Keris Perak - 1 buku4) Lencana Keris Emas + Rambu Pengakap Kanak-kanak - 1 buku

UNIT PENGAKAP MUDA1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku2) Lencana Usaha - 1 buku3) Lencana Maju - 1 buku4) Lencana Jaya + Rambu Pengakap Muda - 1 buku5) Buku Log Pengembaraan - 1 bukuUNIT PENGAKAP REMAJA1) Lencana Ekspedisi - 1 buku2) Lencana Jayadiri - 1 buku3) Lencana Kegiatan - 1 buku4) Lencana Kemahiran - 1 buku5) Lencana Perkhidmatan - 1 buku6) Ujian Sikap - 1 bukuUNIT PENGAKAP KELANA1) Catatan Peribadi + Lencana Keahlian + Vigil + Pertabalan - 1 buku2) Lencana-lencana Kemajuan - 1-5 buku3) Projek - 1 buku4) Program atau Aktiviti Khas (jika ada) - 1 buku* Bagi semua unit-unit Pengakap di atas, program atau aktiviti tambahan yang disertai seperti perkhemahan, kursus, jambori dan sebagainya boleh dimuatkan dalam 1 buku berasingan.Kegunaan Buku Log sebenarnya bukan hanya terhad kepada ahli Pengakap yang ingin mengambil ujian. Pemimpin serta Pesuruhjaya Pengakap juga masih boleh menggunakan kaedah buku log untuk merekodkan benda-benda seperti berikut :- Kemajuan atau prestasi ahli Pengakap di bawah bimbingannya.- Kursus dan seminar yang dijalan- Jambori dan perkhemahan yang dihadir- Trip atau rombongan lawatan yang disertaNota :Hingga kini, saya masih membuat catatan Buku Log Setiausaha Latihan Negeri yang mencatatkan maklumat berkaitan perjalanan serta Kursus-kursus Kepimpinan Manikayu dan Vigil Pengakap Kelana yang saya hadiri dan bantu di serata negeri.MAKLUMAN:Untuk kegunaan Pentarafan Pengakap Raja, pihak Lembaga Pentaraf Negeri telah menetapkan bahawa setiap calon harus menghantar atau membawa bersama buku-buku log berikut untuk diperiksa serta bagi kegunaan ujian semasa pentarafan.1) Buku Log Catatan peribadi / Lencana Keahlian2) Buku Log Lencana Usaha3) Buku Log Lencana Maju4) Buku log Lencana Jaya5) Buku log Pengembaraan6) Buku log Lencana Jayadiri7) Buku log Lencana Kegiatan8) Buku log Lencana Kemahiran9) Buku log Lencana Perkhidmatan10) Buku log Lencana Ekspedisi11) Buku Log Ujian Sikap* Buku-buku Log tersebut di atas haruslah telah disahkan oleh Pesuruhjaya Daerah atau sekurang-kurangnya Pemimpin Kumpulan.FORMAT ASAS SESEBUAH BUKU LOGSaiz dan ketebalanSaiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200 muka surat dan berkulit tebal. (200 Foolscap Book)

Kulit Luar (Cover)Kulit luar buku amat penting dijaga agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak. Sebaiknya kulit buku tersebut dibalut dengan plastic (pvc book wrapper) agar tidak mudah binasa akibat basah.Logo bagi ujian atau lencana berkaitan boleh dilekatkan bagi memudahkan penulis serta pemeriksa membezakan buku-buku log yang ada mengikut isi kandungannya.

Contoh bagi lapisan luar buku yang telah saya keluarkan bagi pihak Majlis Pengakap Daerah Penampang.

Halaman pertamaHalaman pertama merupakan halaman yang paling penting kerana di sinilah selalunya para pemeriksa dapat membuat pemerhatian umum dan mengagak kesungguhan penulis dalam menyediakan buku tersebut (First impression evaluation).Sebaik-baiknya halaman pertama dimuatkan dengan maklumat peribadi penulis. Contoh maklumat adalah seperti berikut :Maklumat AsasNama PenuhNo. Sijil Lahir / Kad PengenalanTarikh dan Tempat LahirNo. telefon / Telefon bimbitAlamat e-mail / urlAlamat surat menyurat

Maklumat KepengakapanTarikh Mula BerpengakapNama Sekawan / Patrol (terkini)No. Kumpulan / Troop / Krew (terkini)Nama dan alamat Sekolah (terkini)Daerah (terkini)

Maklumat Waris dan Alamat PerhubunganAlamat tetapNama Bapa dan pekerjaannyaNo. telefon / Telefon bimbitNama Ibu dan PekerjaannyaNo. telefon / Telefon bimbit

Contoh halaman pertama buku log yang mengandungi maklumat peribadi penulis bagi buku log tersebut

Halaman keduaHalaman kedua selalunya adalah lebih baik dimuatkan kandungan atau sukatan bagi ujian lencana (bagi buku log lencana). Ruangan untuk tandatangan pengesahan pemimpin beserta tarikhnya juga harus disediakan di tepi kanan setiap tajuk ujian yang disenaraikan.Nota :Di masa lepas, setiap Pengakap dibekalkan dengan 'Kad Ujian' (Laporan Kemajuan) mengandungi sukatan ujian serta ruangan tandatangan Pemimpin. Dan kad ini dilekatkan pada buku log.Pada hari ini, Buku Log berfungsi sebagai 'Kad Ujian' bagi setiap ahli Pengakap.

Ruangan Catatan di setiap muka suratAdalah dicadangkan agar ruangan selebar 1 2 inci disediakan di sebelah kanan setiap muka surat di dalam buku log. Ini adalah untuk memudahkan perkara-perkara berikut :1) Ruangan bagi komen, ulasan dan pengesahan pemeriksa buku.2) Pembetulan fakta yang perlu dibuat selepas selesai penulisan.3) Penambahan fakta(jika tertinggal semasa menulis nota / fakta yang diperolehi sesudah penulisan nota)

Contoh kegunaan ruangan kosong di sebelah kanan setiap muka surat di dalam Buku Log.Foto, lakaran dan sampel di dalam buku logPenulis bebas untuk menggunakan foto, lakaran, lukisan mahupun sebarang bentuk ilustrasi untuk menyokong laporan ataupun nota di dalam buku log mereka. Namun, ianya haruslah tulen dan menggambarkan perkara sebenar mengikut skim ataupun berdasarkan pengalaman ataupun apa yang telah dilakukan oleh penulis.

Contoh laporan bergambar di dalam Buku LogUntuk tugasan tertentu contohnya di dalam Pengembaraan di mana ahli Pengakap diarahkan untuk mengumpulkan sampel tertentu seperti tumbuhan, serangga dan sebagainya, penulis buku log haruslah mempelajari teknik mengawet (sekiranya perlu) dan sampel boleh dilekatkan di dalam buku log mereka.

Contoh sampel yang disimpan di dalam Buku log

Lakaran ataupun lukisan sebaik-baiknya dilukis sendiri oleh penulis. Pemeriksa buku log tidak menilai atas cantik atau tidaknya sesebuah lukisan yang dibuat di dalam buku log. Apa yang lebih penting ialah penulis berupaya menyampaikan laporan serta nota dengan jelas hasil dari kerja tangan mereka sendiri.

Contoh lukisan di dalam Buku Log

Bentuk penulisan dan isi notaPenulisan di dalam Buku Log haruslah benar, asli dan jelas. Penulis haruslah menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat, tepat dan jelas. Elakkan penggunaan ayat yang panjang berjela-jela.

Contoh bentuk penulisan laporan

Apakah yang perlu dimuatkan di dalam Catatan peribadi?Buku Log Catatan Peribadi lebih merupakan 'Profail' diri penulis secara keseluruhan.Di dalam buku tersebut, antara bahan-bahan yang boleh dimuatkan adalah seperti berikut :1) Maklumat lengkap penglibatan dalam Pengakap2) Kursus-kursus yang telah dihadiri (beserta salinan sijil berkaitan)3) Ujian-ujian yang telah dilepasi (beserta salinan sijil berkaitan)4) Kemahiran khusus atau luar skim latihan yang dimiliki.

CONTOH LAPORAN AKTIVITI LAPORAN AKTIVITI KURSUS LENCANA KEAHLIAN PKK

PERSATUAN PENGAKAPSEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG 1

LAPORAN AKTIVITIKURSUS LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP

TARIKH :

14 APRIL 2012

TEMPAT :

SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG118500 MACHANG, KELANTAN

ANJURAN:

PERSATUAN PENGAKAPSEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG 1

DENGAN KERJASAMA:UNIT KOKURIKULUM

1Pendahuluan

1.1Lencana Keahlian merupakan lencana asas pengakap kanak-kanak. Pengakap kanak-kanak akan diuji tentang beberapa perkara untuk memastikan mereka memahami dan mengerti makna setiap perkara seperti Persetiaan dan undang-undang pengakap, Kelima-kelima rukun negara, Tabik dan hormat pengakap, isyarat hormat pengakap dan cogan kata Pengakap, Sejarah permulaan Pergerakan Pengakap dan Cerita Hutan dan Laung Agung

2Objektif

2.1Lencana Keahlian merupakan lencana asas bagi seorang pengakap kanak-kanak

2.2Mempraktikkan ilmu pengakap yang dipelajari semasa perjumpaan mingguan seperti persetiaan dan undang-undang pengakap, sejarah permulaan pergerakan pengakap, tabik dan isyarat hormat, laung agung dan cogan kata pengakap

2.3Melatih ahli pengakap kanak-kanak sentiasa berdisplin, berakhlak, bertanggungjawab dan berdikari selari dengan ajaran Islam

3.0SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

BilBidang tugasPemimpinCatatan

1Pendaftaran1. Pn. Yusmawani bt. Mat Ghani2. Pn. Zubaidah bt. Yaakob-mencatat kehadiran ahli-memungut sumbangan pendaftaran

2Keselamatandan Disiplin1. En.Kamaruzzaman b. Mat Isa2. En. Zainuddin b. Samat-menguruskan disiplin dari awal hingga akhir dalam keadaan baik.-Memastikan Ujian Lencana Keahlian berjalan dengan suasana harmoni.

3Persegaran1. Pn. Umi Kalsum bt. Hashim2. Pn. Zanariah Bt. Mustapha-memastikan pengagihan makanan berjalan lancar

4Urus setia1. En. Noorizan b. Mohd Esa2. En. Nasir b. Mudamemastikan ujian lencana keahlian dapat dijalankan dengan lancarmemastikan peralatan dan bahan ujian mencukupi

5Sijil/ Cenderahati1. Pn. Umi Kalsum bt. Hashim2. Pn. Zanariah Bt. Mustapha-memastikan nama pelajar mengikut kad pengenalan.-Menaip nama pelajar dengan betul.Menguruskan majlis penyampaian sijil di akhir kursus

6Keagamaan1. En. Roslan b. Ismail2. Pn. W. Norafni bt. W. Muhammad-Memastikan PKK menunaikan solat apabila masuk Waktu

7Hal Ehwal Wanita1. Pn. W. Norafni bt. W. Muhammad-Membantu PKK wanita yang mengalami masalah

8Buku Programdan Dokumentasi1. En. Noorizan b. Mohd Esa2. En. Azmi b. Abdullah-Memastikan dokumentasi disediakan di akhir perkhemahan.-Menyediakan brosur mudah berkaitan perkhemahan

9Aktiviti1. En. Azmi b. Abdullah

-Melantik penguji-Memastikan setiap stesen ada penguji atau pegawai bertugas-Memastikan semua aktiviti berjalan lancar.

10Kain RentangdanSia raya1. En. Roslan b. Ismail-Menyediakan kain rentang sebagai publisiti selewat-lewatnya seminggu sebelum perkhemahan.-Memastikan alat siar raya dalam keadaan baik dan boleh digunakan

4.0TENTATIF PROGRAM

Tarikh: 14 April 2012Hari: Sabtu

8.00 pagiPendaftaran, taklimat dan pembahagian kumpulan

aik, bang khusyuk sangat tu..

Seramai 73 orang ahli pengakap kanak-kanak telah menyertai Kursus Lencana Keahlian. Pendaftaran dijalankan oleh Puan Yusmawani bt. Mat ghani dan puan Zubaidah binti yaakob. PKK telah diberi taklimat dan dibahagi kepada sembilan kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 8 hingga 9 orang PKK. PKK diberikan senarai semak item-item yang akan diuji. PKK diagihkan kepada stesen-stesen 1, 2, dan 3. Di mana, setiap stesen akan terdapat dua kumpulan pada satu masa. Setiap stesen terdiri daripada empat orang guru.

9.00 pagi Sesi pertama Lencana Keahlian bermula

Stesen 1

semangat PKK sedang diuji. ingat ke?

PKK dikehendaki membaca persetiaan dan undang-undang pengakap dan juga rukun negara. Guru-guru yang terlibat ialah Pn. Yusmawani bt. Mat Ghani, Pn. Zubaidah bt. Yaakob, Pn. W. Norafni bt. W. Muhammad Pn. Umi Kalsum bt. Hashim. Kumpulan PKK yang terlibat adalah kumpulan PKK1, PKK2 dan PKK3.

Setesen 2

sorang-sorang tu...jangan gabra, nanti kantoi...

Di Stesen 2, PKK diminta membincangkan Sejarah permulaan pergerakan pengakap dan cogan kata PKK iaitu Buat Habis Baik. Guru yang terlibat ialah En. Kamaruzzaman b. Mat Isa, En. Zainuddin b. Samat, En. Nasir b. Muda dan En. Ahmad zawawi b. Ruslan. Kumpulan PKK yang terlibat adalah PKK 4, PKK5 dan PKK6.

Stesen 3

amacam?, boleh buat ker? baik-baik nanti tersasol plak!

Guru-guru yang terlibat di stesen 3 pula ialah En. Roslan b. Ismail, En. Azmi b. Abdullah, En. Noorizan b. Mohd Esa dan Pn. Zanariah Bt. Mustapha. Setiap kumpulan dikehendaki membuat aktiviti laung agung. Laung agung adalah aktiviti pertama yang dilakukan pada setiap perjumpaan pengakap.

10.30 pagi Minum pagi

masa yang dinanti dah tiba. sekarang jom, kita makan dulu...

PKK diberi rehat selama 30 minit untuk menjamu selera dan berehat. Sarapan pagi disediakan iaitu roti jala dan tea o.

11.00 pagi Sesi kedua Lencana Keahlian

Sesi kedua ujian lencana keahlian dijalankan. Pergerakan stesen berubah. PKK 1, PKK2 dan PKK 3 ke stesen 2, PKK 4, PKK 5, PKK 6 bergerak ke stesen 3. Manakala, PKK 7, PKK8 dan PKK 9 ke Stesen 1.

1.0tengah hari Makan tengah hari, rehat dan Solat Zuhur

PKK diberi rehat selama satu jam setengah untuk makan tengah hari dan menunaikan Solat Zuhur. Persiapan untuk sesi ketiga ujian keahlian dibuat.

2.30 petang. Sesi ketiga Kursus Lencana Keahlian

Sesi ketiga ujian lencana keahlian dijalankan. Pergerakan stesen berubah. PKK 1, PKK2 dan PKK 3 ke stesen 3, PKK 4, PKK 5, PKK 6 bergerak ke stesen 1. Manakala, PKK 7, PKK8 dan PKK 9 ke Stesen 2.

4.00 petang. Majlis Perasmian Penutup Kursus Lencana Keahlian Pengakap Kanak-kanak

Pesuruh Jaya Pengakap Daerah Machang, Tn Haji Ismail b Omar semengat berucap memberikan kata-kata perangsang kepada PKK SKM1

khusyuk nampaknya PKK mendengar ucapan yang diberikan oleh Peseuruh Yaya Pengakap Machang, Tuan Haji Ismail b Omar

Kursus Lencana Keahlian Pengakap Sekolah Kebangsaan Machang 1 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tn. Hj. Ismail bin Abd. Omar Pesuruhjaya Pengakap Daerah Machang. Dalam ucapan perasmian penutup beliau mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Machang 1, Machang, Kelantan kerana sentiasa bergerak dalam kumpulan untuk setiap program yang diadakan peringkat sekolah. Beliau juga berharap usaha ini akan berterusan demi mencipta pelbagai kejayaan.

5.00 petang Minum petang dan bersurai Tn. Hj. Ismail bin Omar, pemimpin pengakap Sekolah Kebangsaan Machang 1 dan PKK dijamu dengan minuman petang sebelum bersurai

5.0 PENYERTAAN5.1Kursus Lencana Keahlian di hadiri oleh 73 orang pengakap kanak-kanak Sekolah Kebangsaan Machang 1 yang terdiri daripada murid Tahun 4 dan Tahun 55.2 Senarai nama PKK rujuk lampiran A1

6.0PERBELANJAAN KEWANGAN

Sumber Kewangan

1Pendaftaran PesertaRM 5.00 73 orang=RM 365.00

2Sumbangan Unit Kokurikulum=RM 150.00

3Sumbangan PIBG=RM100.00

JUMLAH

RM615.00

Perbelanjaan

1Makan minum Urus setia/ pemimpin/ pesertaRM 4.00 89 orang=RM 356.00

2Sijil KeahlianRM 0.50 73 orang=RM 36.50

3Buku ProgramRM 0.30 15=RM 4.50

4Urus setia

=RM180.00

5Cenderahati Perasmian Penutup

=RM 38.00

JUMLAHRM615.00

7.0PENUTUP

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua AJK Pelaksana dan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kursus Lencana Keahlian Pengakap Sekolah Kebangsaan Machang 1, Machang, Kelantan.

Disediakan oleh,

................................................(NOORIZAN BIN MOHD ESA)Setiausaha,PROGRAM KURSUS LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP KANAK-KANAK,SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG 1, MACHANG

Disahkan oleh,

.................................................(ENCIK AZMI BIN SALLEH)Pengerusi,PROGRAM KURSUS LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP KANAK-KANAK,SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG 1, MACHANG