note pad kraf

Upload: nurul-asyikin

Post on 14-Oct-2015

147 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

1.Syed Ahmad Jamal (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka2.Zakaria Ali (1989). Dialog Seni Tampak (Terjemahan). Dewan Bahasa dan Pustaka:Kuala Lumpur3.en.wikipedia.org/wiki/Batik4.www.batikinspirations.com/ 5.themalayartgallery.com/6.tsabri.wordpress.com/.../the-use-of-traditional-malay-art-images

HBAE 3103

KRAF TRADISONAL UKIRAN KAYU TRADISIONAL

NO. MATRIK: 831001055474001NO.I/C : 831001-05-5474 SEMESTER :SEPTEMBER 2013PENSYARAH:EN.HABIBUDDIN B REJABEMEL: [email protected] KAMPUS : OPEN UNIVERSITY KAMPUS BUKIT TUNGGAL KUALA TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN

ISI KANDUNGAN

BILPERKARAMUKA SURAT1PENGHARGAAN42PENGENALAN2.1 Kraf2.2 Makna Kraf53FOKUS KAJIAN

3.1 Jenis-Jenis Kraf Melayu 3.1.1 Batik 3.1.2 Anyaman 3.1.3 Tekat 3.1.4 Tembikar 3.1.5 Ukiran

3.2 Proses penggarapan motif berasaskan kepada subjek alam iaitu flora, arabes, geometri beserta contoh-contoh yang bersesuaian.

3.3 Penjelasan ciri-ciri Seni Islam serta pengaruh budaya dalam hasil kesenian Melayu dari aspek estetik, fungsi dan makna.

3.4 Analisis perbincangan ciri-ciri falsafah Melayu beserta contoh-contoh yang baik dan jelas dalam menyatakan keunikan dan kesepaduan kesenian Islam dan Melayu.

3.4.1proses garapan idea3.4.2proses mentafsir idea 3.4.3 pengaruh dalam memberi makna

3.5 Ukiran Kayu tradisional

3.5.1 Proses penghasilan silat

3.5.2 Proses kemasan

6-7

8-13

4)KESIMPULAN525)BIBLIOGRAFI DAN LAMAN WEB RUJUKAN536)LAMPIRAN54-56

PENGHARGAAN

ALHAMDULILLAH ,bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana telah memberi ruang dan peluang kepada saya dari segi buah fikiran, kesihatan yang baik dan keizinan masa sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Terima kasih dan penghargaan kepada pensyarah kuliah saya, En.Habibuddin B. Rejab, buat suami tercinta Asyraf Ridwan B. Ali terima kasih tidak terhingga juga kerana begitu memahami, sedia memberi idea,tunjuk ajar,berkongsi pengalaman, dan bekerjasama menguruskan anak-anak yang masih kecil sebagai sokongan moral yang amat saya perlukan. Kepada rakan-rakan sekuliah yang tidak kurang membantu menyumbang buah fikiran dan tunjuk ajar dalam menjalankan tugasan ini. Semoga ALLAH merahmati segala buah fikiran, ilmu, maklumat dan perkongsian yang telah kalian curahkan selama ini. amin. Harapan saya di dalam menyempurnakan tugasan ini ialah agar saya dapat memahami konsep pemikiran kreatif kanak-kanak, tahap perkembangan pemikiran kreatif Fisher khasnya serta berusaha untuk mengamalkan teori dan pendekatan yang disarankan. Ia dapat dijadikan panduan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar lebih menyeronokkan, hidup dan bermakna yang memfokuskan kegiatan membina Diorama bagi murid tahap 1. Ia memberi ruang kepada saya membuat lakaran idea dan gambaran subjek bagi mencurah segala kreativiti dalam menghasilkan diorama yang bermakna.Melalui tugasan ini juga, saya dapat memahami naluri semulajadi kanak-kanak dan menganalisis cara terbaik untuk meneroka dan merangsang minat mereka kepada dunia seni. Sesungguhnya melalui pendidikan Seni, banyak sikap atau nilai positif dapat dibina dari diri kanak-kanak seperti bekerjasama, yakin, percaya pada diri, sabar, positif dan prihatin. Tambahan pula, melalui aktiviti menghasilkan sesebuah kerja seni ,potensi kanak-kanak dapat diperkembang secara lebih meluas dari pengetahuan dan pengalaman sedia ada dalam diri mereka.

PENGENALAN

Kesenian menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.Warisan seni tradisional di kalangan orang Melayu disampaikan secara lisan dari generasi kepada satu generasi.Individu yang menghasilkan kraf ini mempunyai ruang untuk menggalakan kreativiti dan mempertahankan nilai-nilai estetik karya seni tersebut.

Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil pelbagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat Melayu.Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik.Seni rupa dalam masyarakat Melayu merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.

Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf.

"Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.sumber: Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979

Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati.Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.

Menurut sumber yang di perolehi dari Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979, mendefinisikan kraf sebagai;Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara persendirian atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf.

Manakala Keluaran Kraftangan" pula membawa maksud apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan sesebuah kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan.

Kraf tradisional pula merupakan hasil kerja seni yang melibatkan hasil kerja tangan yang memerlukan daya cipta dan kreativiti oleh masyarakat yang dihasilkan secara turun menurun.Seperti membuat tembikar, batik , ukiran tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan sebagainya.Kraf merupakan hasil seni warisan bangsa, peninggalan pusaka nenek moyang suatu ketika dahulu.Hasil ciptaannya kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya , sifat,garis, gerak dan warna.Bahan-bahan yang digunakan tidak terhad.

3.1 Jenis-Jenis Kraf Melayu

Kraf tradisional perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda supaya ia tetap kekal dan mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran, anyaman,tenunan, tekat, wau, gasing, songket, tembikar dan barang perhiasan mempunyai nilai estetika dan keistimewaan tersendiri.

3.1.1 Batik

Batik adalah merupakan salah satu kraf tradisional. Batik merupakan kraf tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi.

Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak. Seni batik telah wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakan di Jepun dan Chuna dalam abad ke 7. Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah air.Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaraan. Terdapat beberapa jenis motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik.

Rajah 1 : contoh corak batik motif flora

Unsur flora yang terdiri daripada motif seperti bunga, kudup, putik,akar menjalar, daun, ranting dan pucuk digunakan untuk menghias kain batik ela.Setiap Motif ini mempuyai motif yang tersendiri dihiasi pada kain batik.Contohnya pada kepala kain motif pucuk rebung digunakan selain itu reka corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri. Rajah 2 : contoh corak batik motif makhluk hidup

Unsur fauna seperti motif rama-rama, kumbang, burung, ayam dan sebagainya.Tapi unsur ini kurang digunakan kena berkaitan dengan pegangan agama Islam masyarakat.Unsur geometri seperti susunan garis-garis halus, kisi-kisi, cengkerang, bentuk bujur, jalur dan sebagainya.Unsur ini seringkali digabungankan dengan unsur flora dan mendapat permintaan di kalangan peminat batik.

3.1.2 Anyaman Rajah 3 : contoh anyaman yang berfungsi bukan sekadar cantik dan halus buatan tangannya.

Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut. Rajah 1 : contoh anyaman pada dinding kediaman.

Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman , hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana.Tidak hairanlan kerana tumbuh-tumbuhan tropika merupakan jenis yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk.

Anyaman berkembang sehingga sekarang, kegunaanya agak terbatas dewasa ini berbanding waktu silam . Ayaman tikar diantaranya, adalah tikar sembahyang dan tikar orang mati yang memperlihatkan unsur Islam.Tikar sembahyang biasanya dianyam menggunakan daun pandan kerana bermutu tinggi berbanding mengkuang.Ini jelas menunjukkan bahasa masyarakat Melayu meletakkan kegunaan tikar sembahyang di kedudukkan teratas sebagai penghormatan semasa menjalankan ibadat.

Anyaman pada tikar sembahyang ini dihiasi dengan motif berunsurkan Islam. Bahagian depan menyerupai kubah masjid, dan bahagian pinggirnya menyerupai gigi buaya sebanyak lima buah yang melambangkan bahwa seorang yang sedang bersembahyang tidak boleh melakukan kegiatan lain ( misalnya berbicara) akan tetapi harus kusyuk seakan-akan orang itu (hatinya) berbicara dengan tuhan.

3.1.3 Tekat

Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat.

Sejarah dan PerkembanganAsal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka. Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada. Rajah 4 : Tekat digunakan semasa upacara perkahwinan

Fungsi TekatIa hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya. Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian. Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah. Penciptaannya juga memerlukan waktu yang lama dan hasilnya yang indah memerlukan penjagaan yang rapi apabila digunakan.

Jenis-jenis Tekat.1.Tekat Timbul Bunga EmasTekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif. Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu.

2.Tekat GubahTekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai tukang hanya menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja dan sebagainya.

Proses Menekat* Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang emas, benang putih dan kain dasar dari jenis kain baldu. Di samping itu terdapat juga bahan dari rotan sega, kertas tebal dan kanji (gam) yang digunakan untuk mempulur. Penggunaan mempulur akan menjadikan bentuk sulaman timbul.

* Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas yang dilekat tindih antara enam hingga lapan helai. Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25 sentimeter. Mempulur daripada kertas digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau catur. Rajah 5 : Cara membuat Tekat

* Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus dan berkilat ditegangkan pada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu digunakan daripada warna gelap seperti merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua dan hitam. Pemidang kayu pula ada dua jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada reka bentuk yang diingini. Baldu yang ditegangkan pada pemidang disambungkan dengan kain putih yang diikatkan ke bingkai pemidang. Oleh itu, baldu akan menjadi tegang. * Selepas itu, benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang pada kain dasar. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentas, benang-benang emas haruslah disusun rapat-rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan dari atas. Dengan ini sulaman akan kelihatan lebih teratur dan kemas.

* Tekatan dibuat sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup oleh sulaman. Pada bahagian cantuman benang ataupun pada ruang yang tertinggal kosong ditutup dengan kertas emas atau labuci.

3.1.4 Tembikar

Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli telah wujud di negara ini sejak beribu tahun dahulu.Ragam, bentuk dan ragam hias yang terdapat pada seni tembikar melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai Melayu.Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar tersebut.Tembikar yang telah dibakar di dalam tanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air. Selain itu tembikar juga dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan sebagainya. Terdapat pelbagi jenis tembikar yang dihasil secara turun menurun antaranya buyung, jambangan, geluk, labu dan bekas perasapan.Tembikar yang terkenal ialah labu yakni alat untuk menyimpan dan menyejukan air minuman.Bentuk labu diilhamkan daripada buah labu.Bahagian pucuk berbentuk seperti kubah masjid.Corak hias labu bersumberkan alam sekeliling dan berupa bentuk geometri.Selain itu juga bentuk labu itu juga berbentu seolah-olah kubah masjid.Labu yang terkenal dihasilkan oleh kaum wanita di Sayong, Perak.

Rajah 6 : Antara Jenis-jenis tembikar

Ragam hias merupakan aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang digunakan terdiri daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri dan organik. Motif ragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada garis, titik dan bentuk-bentuk yang berunsur garis (contohnya susunan garis panjang yang melilit pada seluruh permukaan tembikar dan bersilang antara satu garis dengan garis yang lain) selalunya dijadikan motif tembikar.

Motif Geometri seperti garisan bersilang-seli, titik susun kisi-kisi,titik tahi alat, garis keluh, pucuk rebung,susur kelapa dan sebagainya.Manakala motif Gayaan Organik seperti sulur kakung, bunga cengkih,bunga ,pecah lapan,tampuk manggis,bunga lawang, bunga kedudut, bunga tanjung dan sebagainya.

3.1.5 Ukiran

Seni ukiran merupakan salah satu daripada tradisi kraftangan yang telah lama bertapak dalam sejarah ketamadunan Melayu. Selain batu dan bahan logam, kewujudannya paling ketara dapat dilihat pada ragam hias peralatan dan perkakas rumah, perahu, alat persenjataan dan elemen-elemen kesenibinaan yang diperbuat daripada kayu. Menurut Halim Nasir (1987:9) seni ukir di Semenanjung Malaysia boleh ditelusuri semenjak zaman Batu Megalithik dengan penemuan motif- motif pada batu dalam bentuk ular atau naga dan rusa, sehingga kepada penemuan motif dan kaligrafi pada batu-batu nesan yang menandakan zaman kedatangan Islam ke rantau sebelah sini. Manakala penemuan motif-motif pada meriam, keris, lembing dan cap mohor kerajaan lama menandakan sekil atau kepandaian Melayu purba dalam menggunakan logam ketika zaman logam sehingga kepada era kedatangan Islam. Dalam konteks seni ukiran kayu, penemuan yang meluas pada rumah kediaman, istana, masjid, rumah wakaf, gerbang dan juga pada senjata, peralatan pertukangan, perabut, perkakas rumah serta perahu.

Dari sudut sejarah kegiatan seni ukir terkenal di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Patani di Selatan Thai. Namun terdapat juga rumah-rumah tradisional di negeri-negeri Perak,Kedah dan Negeri Sembilan yang dihias dengan ukiran. (Zulkifli Hanafi, 2000:2).

Secara amnya terdapat persamaan atau pengaruh setempat dengan kawasan sekitarannya.Ukiran dan ragamhias pada seni bina rumah tradisional Melayu Kelantan dan Terengganu dikaitkan dengan imej-imej Selatan Thai sementara ukiran dan ragamhias pada seni bina Negeri Sembilan dengan Minangkabau.(Halim Nasir, 1987:66). Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor masa menjadi ancaman terhadap penerusan hayat dan kelestariannya. Faktor-faktor tersebut menjadi antara penyebab kepada semakin terhakisnya kepedulian, penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya kesenian tradisi ini.

Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya.

Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu j, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya.

Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang.

Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu.

. Motif ukiran kayu secara langsung dipengaruhi unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup masyarakat zaman dahulu. Adat resam, kepercayaan, agama, iklim, geografi dan persekitaran amat kuat pengaruhnya kepada pengukir. Terdapat banyak motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran. Motif flora terdiri daripada daun,bunga dan tumbuh tumbuhan. Motif Seni Khat pula terdiri daripada ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga motif fauna seperti itik pulang petang. Motif Awan Larat, Kosmos seperti matahari,bulan,bintang dan sebagainya juga amat terkenal dengan kraf ukiran.

Terdapat juga ukiran kraf alat untuk mempertahankan diri. Contohnya, bentuk bilah keris berluk mesti mempunyai bilangan yang ganjil iaitu luk 3,5,7,9 dan seterusnya. Ini boleh dikaitkan dengan sifat tuhan yang ganjil dan suka kepada yang ganjil. Sebahagian mata keris juga mempunyai tulisan daripada petikan ayat-ayat suci Al-Quran yang melambangkan betapa dekatnya masyarakat Melayu itu dengan ajaran Islam serta kepercayaannya kepada kekuasaan mukjizat tuhan.

3.2 Proses penggarapan motif berasaskan kepada subjek alam iaitu flora, arabes, geometri beserta contoh-contoh yang bersesuaian.

Motif ukiran kayu khasnya secara langsung dipengaruhi unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup masyarakat zaman dahulu. Adat resam, kepercayaan, agama, iklim, geografi dan persekitaran amat kuat pengaruhnya kepada pengukir. Antara pengaruh yang dimaksudkan ialah unsur tumbuh-tumbuhan, unsur makhluk hidup, unsur kaligrafi, unsur geometri dan unsur kosmos.

Unsur Tumbuh-Tumbuhan

Unsur ini biasanya diambil daripada tumbuhan yang menjalar. Antara tumbuhan yang paling popular di kalangan pengukir ialah jenis kacang, labu, ketubit, ketam guri, salad, bunga lawang, bunga raya, bunga cina dan sebagainya. Unsur ini merupakan unsur yang dominan dalam rekaan seni ukir tradisional.

Unsur Makhluk Hidup

Unsur ini kebanyakannya dipengaruhi oleh semangat dan kepercayaan. Pada zaman pengaruh Hindu, unsur-unsur seperti kepala burung, ayam, itik dan naga sangat disukai oleh pengukir. Setelah kedatangan Islam, pengaruh ini semakin berkurangan. . Unsur yang biasa digunakan contohnya ayam, badak dan itik (ayam berlaga, badak mudik dan itik pulang petang).Ukiran unsur makhluk hidup banyak terdapat pada kapal atau perahu nelayan di pantai timur.

Unsur Kaligrafi

Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu, unsur kaligarfi Jawi dan ayat al-Quran mula diukir oleh pengukir-pengukir tempatan. Unsur kaligrafi ini digabungkan dengan unsur-unsur tumbuh-tumbuhan. Ia menggunakan huruf Arab, terutamanya petikan Quran dan tulisan Jawi. Motif ini banyak terdapat di ambang pintu rumah, masjid dan surau serta pada alat-alat keagamaan seperti rehal.

Unsur Geometri

Unsur ini dikenali sebagai tumpal. Unsur ini mempunyai kaitan dengan unsur geometri Islam. Pola-pola geometri disusun berulang-ulang. Ia menampilkan bentuk bulatan dan bentuk segitiga yang disusun berderet. Kadangkala bentuk segitiga ini dicantum dengan sulur-sulur tumbuhan. Biasanya, motif-motif ini terdapat pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepak sirih dan barang-barang tembaga.

Unsur Kosmos

Unsur ini menerapkan gambaran awan larat serta menggambarkan alam semesta seperti matahari terbit, bintang, bulan dan gunung-ganang. Ukiran seperti ini banyak terdapat di tebar layar rumah-rumah Melayu Trasidional.

3.3 Penjelasan ciri-ciri Seni Islam serta pengaruh budaya dalam hasil kesenian Melayu dari aspek estetik, fungsi dan makna.

Kesenian dalam Islam mula tumbuh setelah agama Islam mula berkembang dan bertapak. Umat Islam yang berperang telah berkesempatan melihat dan mengenal kesan-kesan sejarah dan kesenian yang terdapat di daerah-daerah baru. Ramai yang menetap dan mengalami hidup dan suasana baru di tempat yang telah ditakluki. Dengan itu Islam mula bertapak di daerah baru. Secara tidak disedari proses asimilasi berlaku antara masyarakat, kebudayaan dan kesenian yang berlandaskan ajaran Islam. Sebagai Addin, Islam telah membuka ruang yang seluas-luasnya kepada para seniman untuk melahirkan pengucapan rasa keindahan dan pengalaman yang lahir dari naluri asasi manusia yang sememangnya mengarah ke arah keselamatan, kesenangan dan keindahan.

Seni adalah sebahagian daripada kebudayaan. Konsep seni merujuk kepada bentuk-bentuk indah, halus dan permai. Dari segi istilah, kesenian ialah segala aktiviti yang berkaitan dengan seni yang menyenangkan hati serta perasaan manusia, tidak kira sama ada ia adalah ciptaan Allah s.w.t ataupun dihasilkan melalui fikiran, kemahiran, imaginasi dan perbuatan manusia.

Drs. Sidi Gazalba menerusi buku Pandangan Islam Tentang Kesenian, menjelaskan bahawa seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok manusia mempunyai fitrah semula jadi yang cinta akan kesenian yang boleh memberi ketenangan kepada hati dan fikiran. Oleh itu manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cintakan sesuatu yang dapat memberi kepuasan hati melalui pancaindera rasa.

Konsep Kesenian Menurut Islam

Konsep kesenian menurut perspektif Islam ialah membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabadian diri kepada Alah s.w.t. Seni dibentuk untuk melahirkan manusia yang benar-benar baik dan beradab. Motif seni bermatlamatkan kebaikan dan berakhlak. Selain itu seni juga seharusnya lahir sebagai satu proses pendidikan yang bersifat positif dan tidak lari dari batas-batas syariat.

Pandangan sesetengah orang bahawa kesenian tidak sesuai dengan tuntutan Islam dan syariat perlu ditinggalkan. Ini mencerminkan bahawa mereka tidak memahami hubungan kesenian dengan Islam. Ini kerana Islam bukanlah agama yang membicarakan soal agama sahaja malahan turut membicarakan seluruh aspek kehidupan manusia. Sebagai contoh, hadis Nabi S.A.W yang bermaksud: Sesungguhnya Allah itu maha Indah dan Dia sukakan keindahan.

Ini menjelaskan kepada kita bahawa keindahan adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam. Keindahan adalah suatu kesedaran dan kebenaran dalam penciptaan. Allah s.w.t. menyuruh hamba-Nya menikmati segala yang baik-baik dalam kehidupan di dunia. Seseorang itu menghalang perjalanan dan naluri semulajadi manusia yang diberi Allah s.w.t. jika ia tidak mempunyai kesedaran terhadap keindahan. Sifat kemanusiaan menjadi kurang jika tidak mempunyai kepekaan mengenai seni. Bahkan, kesenian unggul dalam Islam sendiri terpancar pada Ummul Kitab (al-Quran) yang diturunkan sebagai panduan dan pedoman untuk semua umat manusia. Naskhah lengkap panduan hidup umat Islam merupakan seni yang tidak dapat ditangkis oleh mana-mana kesenian kerana ketinggian nilai budi, saranan akhlak juga peraturan hidup manusia.

Ciri-Ciri Kesenian Islam 1. Keindahan

Seni timbul hasil daripada fitrah manusia yang sukakan keindahan. Oleh itu, keindahan menjadi ciri utama kesenian dari perspektif Islam. Konsep keindahan bererti rasa yang menggembirakan, menyenangkan, memuaskan dan dihargai tanpa melangkah batas-batas syariat Islamiah.

2. Berpaksikan Akhlak. Apabila memperkatakan konsep seni pada perspektif Islam, kita tidak lari daripada membicarakan soal perkaitan di antara seni dengan akhlak. Seni dan akhlak adalah saling bersangkutan. Islam mahukan setiap seni yang dicipta itu mengandungi nilai-nilai mulia dan akhlak yang membentuk keperibadian positif manusia. Seni yang tidak bermoral harus ditegah kerana kesenian Islam hanya berpaksikan kepada nilai-nilai aqidah, syariat dan akhlak. Oleh itu karya seni Islam haruslah memiliki nilai-nilai murni yang melambangkan akhlak atau berbentuk neutral, bebas daripada nilai-nilai negatif.

3. Bersumberkan wahyu.

Kesenian islam juga haruslah bersumberkan wahyu Allah s.w.t dan juga sunnah Rasulullah s.a.w. Ini kerana setiap sesuatu yang bersumberkan kepada wahyu dan sunnah maka ianya akan bersesuaian dengan masa, tempat dan zaman. Ini bermakna, meskipun seni itu turut berkembang mengikut perubahan zaman, namun asas utama penciptaannya mestilah berpandukan garis panduan yang telah disediakan.

4. Kepelbagaian dalam kesatuan

Kesenian Islam dapat memberi sumbangan kepada kesatuan hidup seseorang umat. Kesatuan ini terbentuk dalam pekerjaan seharian, ketika berehat dan ketika berhibur. Dalam al-Quran, setiap perkataan merupakan satu unit yang terpenting bagi mendukung susunan dan makna ayat, keadaan ini sama halnya dengan seseorang individu Islam yang menjadi unit dalam kesatuan umat.

5. Hubungan antara Agama, Etika dan Estetika

Hubungan antara yang indah dengan yang baik bermakna hubungan antara agama, etika dan seni. Fungsi perhiasan adalah untuk keindahan manakala keindahan ialah akar kesenian. Jadi terdapat hubungan yang erat antara seni, etika dan estetika. Dengan lain perkataan, agama melahirkan seni manakala seni pula mestilah mempunyai etika yang mengikut garis panduan agama.

Fungsi-Fungsi Kesenian Islam

1. Fungsi Spiritual

Sayyid Hossein Nasr (dalam buku Spritual dan Seni Islam) memberi pandangan, dalam apa juga bidang sekalipun, seni Islam itu mestilah mempunyai fungsi spiritual yang dapat membimbing manusia supaya mengingati Allah s.w.t.. Dalam pandangannya itu beliau telah menegaskan: Seni itu tidak dapat memainkan suatu fungsi spiritual apabila ia tidak dihubungkan dengan bentuk dan kandungan wahyu Islam.

Beliau juga menghuraikan bahawa Islam terdiri dari beberapa aspek antara lain ialah syariah, tarekat dan hakikat. Hossein Nasr berpandangan syariat memain peranan penting dalam memberi latar dan persekitaran kepada seni Islam di samping menyediakan batas-batas tertentu atau garis untuk seni Islam itu. Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa syariat sememangnya tidak menunjuk secara khusus bagaimana mencipta seni Islam itu. Namun segala apa yang dihasilkan itu mestilah bertunjangkan al-Quran dan hadis serta sunnah Rasulullah. Dengan ini barulah seni itu dapat memainkan fungsinya sebagai penyuburan spiritual.

2. Kesenian meningkatkan aspek kerohanian.

Kesenian Islam merupakan kesenian mukadas. Ia harus memiliki kekudusan mauduk. Kekudusan mauduk bermaksud kebenaran kerohanian yang dapat mempertemukan manusia dengan kehadiran alam semesta di mana tujuan estetika tidak terlintas di dalam fikiran penciptanya. Tetapi ia indah kerana kebenaran keruhanian yang dipancarkan.

Kebenaran yang terkandung dalam ajaran wahyu dengan sendiri terdapat pada kesenian mukadas. Islam mengutamakan ajaran tauhid yang asli kerana itu ia menghindar dari sebarang pencemaran syirik, maka penggunaan mitos serta lambang-lambang tertentu yang memesongkan inti tauhid adalah dilarang. Di dalam kesenian mukadas, bukan saja perutusan atau isinya sahaja yang mesti suci, bentuk atau salurannya juga mesti suci. Matlamat tidak menghalalkan cara.

3. Seni untuk mendidik.

Kesenian Islam tidak bermotifkan hiburan semata-mata malah ianya menjurus ke arah mentarbiah masyarakat menjadi insan yang beriman, berakhlak, berilmu dan beramal soleh. Oleh itu, sesuatu itu bukanlah dianggap seni sekiranya ia tidak dapat menjalankan fungsinya untuk membimbing manusia ke arah yang lebih baik dan mengingati Allah s.w.t..

Sumber-Sumber Kesenian Islam.

1. Al-Quran 2. As-Sunnah 3. Ijmak

4. Persekitaran setempat 5.Budaya setempat

Seni kraf Melayu adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam.Kehadiran agama Islam telah mengubah haluan kepercayaan dan pegangan orang-orang Melayu sebelum ini.Mereka telah mengetahui den menyedari tentang keesaan tuhan yang sebenar.Mereka menggangap alam ini sebagai suatu hiasan yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementera di dunia dan kehidupan kekal di akhirat.Kesedaran inilah lahirnya ciptaan yang berfungsi dan memenuhi keperluan hidup di dunia dan akhirat.

Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menujukkan pengaruh Islam dalam penghasilanya.Ini jelas digambarkan dalam ragam hias atau motif yang dihasilkan.Ianya juga mengambarkan sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakatnya yang menunjukkan ciri-ciri Islam.

Ketiadaan figura manusia dan binatang dalam ragam hias, membuktikan kraf tradisional Melayu adalah melambangkan seni Islam. Unsur-unsur ini adalah diharamkan dalam Islam. Ciri-ciri seni Islam lain diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsur geomatri.Subjek daripada flora paling banyak diilhamkan sebagai motif dan ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun,bunga dan sebagainya selain itu penggunaan ayat-ayat Al-Quran turut diilham bersama.

Memang tidak pernah terfikir bahawa nenek- moyang dahulu telah memahami dan menghayati seni yang dihasilkan. Nukilan dari deria kreativiti serta bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui idea dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi khazanah seni yang tidak ternilai.

3.4 Analisis perbincangan ciri-ciri falsafah Melayu beserta contoh-contoh yang baik dan jelas dalam menyatakan keunikan dan kesepaduan kesenian Islam dan Melayu.

3.4.1proses garapan idea3.4.2proses mentafsir idea 3.4.3 pengaruh dalam memberi makna

Kraf tradisional yang amat popular pada masa kini adalah kraf ukiran. Kraf ukiran, sejak zaman berzaman lagi mempunyai pengaruh Islam di dalam penghasilannya. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif keislaman dalam sesuatu penghasilan kraf pada rumah-rumah, tempat ibadat seperti surau-surau dan masjid-masjid di kampung-kampung.Kraf ukiran sangat terkenal di Negeri Kelantan dan Terengganu. Keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai estetiknya.

Berikut adalah 6 ciri falsafah kesenian Melayu:1)Prinsip Berhalus Prinsip ini menonjolkan daya kreatif orang Melayu. Ia melibatkan konsep di antara kraf ataukemahiran dengan seni. Kemahiran amat diperlukan untuk mencipta sebarang objek seni mengikut Sejarah menunjukkan bahawa kemahiran dan kepakaran amat penting bagi menghasilkan karya seni yang sempurna.Prinsip ini dapat dilihat dalam penghasilan kraf anyaman yang terdapat pada tudung saji,tikar dan semua jenis kraf perhiasan yang dihasilkan.2)Prinsip BergunaSetiap karya seni yang terhasil mempunyai fungsi. Objek seni bukan sahaja digunakan secara individu tetapi digunakan oleh semua golongan masyarakat. Kraf anyaman tudung saji misalnyamempunyai kegunaan didapur dan juga berfungsi sebagai perhiasan dinding pada masa kini.Konsep ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul merupakan konsep yang dipegang olehkebanyakan orang Melayu dalam menghasilkan karya mereka. Sikap kerjasama dan tolongmenolong dapat dilihat semasa menghasilkan kraf anyaman ini.Ukiran kayu pada pintu, tingkap dan tangga serta keris adalah di antara perlambangan karya seni yang digunakan oleh masyarakatMelayu. 3)Prinsip Bersatu Bererti keharmonian sesuatu karya seni itu.Kebiasaannya prinsip ini dapat dilihat dari pengunaanwarna dan corak yang dihasilkan melalui kraf anyaman oleh orang-orang melayu. Ia jugamemberi maksud tersirat tentang integrasi sesama masyarakat Melayu.Ada perkaitan dan integrasi yang wujud di dalam sesebuah karya seni. Perkaitan yang terhasildari bunga-bunga melingkar memberikan gambaran komposisi yang kukuh. Belitan tangkai bunga melilit tanpa dibiarkan meliar. Belitan tersebut menggambarkan satu ikatan kukuh yangmenyatukan masyarakat.Ini dapat dilihat dalam teknik penghasilan anyaman oleh orang-orang Melayu.4)Prinsip BerlawanMelibatkan permukaan yang kasar atau licin. Setiap permukaan kasar ataupun licin akan menimbulkan kesan ketegangan yang menjurus kepada kesan penyudahan karya seni yangmenarik. Penyudahan yang baik dan sempurna ini diakibatkan oleh jenis-jenis permukaan yang berbeza.Prinsip ini dapat dilihat dalam penghasilan kraf anyaman yang berbentuk perhiasan dinding,bunga pada bakul atau bekas perhiasan yang dihasilkan. 5)Prinsip BerlambangLambang yang dimaksudkan adalah penentu kepada penyatuan antara isi dengan bentuk.Menurut Zakaria Ali (1989), keris merupakan satu-satunya hasil ciptaan yang membawa segala unsur lambang yang amat diperlukan bagi mempertahankan maruah orang Melayu. Tambah Zakaria Ali lagi, keris bermata dua mampu menjadi kawan dan lawan kerana ia indah tetapimerbahaya. Nilai estetika sesuatu karya seni Melayu juga harus melambangkan budaya.Contohnya, keris melambangkan sesuatu yang indah tetapi merbahaya dan selalu dikaitkandengan kehebatan lelaki Melayu.Begitu juga seni anyaman yang melambangkan budaya danhasil seni masyarakat melayu yang diamalkan sejak turun temurun lagi.Kita juga dapatmengenali suku kaum sesuatu bangsa melalui teknik dan hasil anyaman yang dibuat.Contohnyaterdapat perbezaan antara kraf anyaman dari keturunan kaum kadazan di Serawak dan kaummelayu di semenanjung.Kebanyakan hasil anyaman melambangkan kebudayaan masyarakat itusendiri. 6)Prinsip BermaknaSesuatu objek seni wujud secara intrinsik dan ekstrinsik. Ia menjadi dasar kepada setiap penghasilan karya seni seperti anyaman,ukiran kayu, pembuatan keris dan pembentukan huruf-huruf kaligrafi. Jika sesuatu karya seni yang bermakna tidak diambil kira dan tidak difahami olehgenerasi muda maka kesenian itu akan hilang maknanya. setiap karya seni perlu membawamakna tertentu seperti konsep sirih junjung membawa makna pihak pengantin lelaki menjunjungkeperibadian pengantin perempuan.Motif anyaman yang dihasilkan juga mempunyai makna-makna tertentu yang dikaitkan dengan unsur-unsur alam Fiona dan flora yang terdapat disekeliling kita.Dari hasil anyaman juga kita dapat melihat makna tersirat seperti corak hasilanyaman dari kaum peribumi Serawak.

Bagi tugasan membuat analisis keunikan dan kesepaduan kesenian Islam dan Melayu, Dari pemerhatian yang dibuat seni kraf ukiranlah yang banyak menggunakan konsep keislaman.Tiga buah tempat telah saya fokuskan untuk perbincangan ini iaitu Masjid Seberang Jertih, Masjid Hadhari, Jertih dan Muzium Negeri Terengganu. Rajah 8 : Ukiran bermotif flora yang terdapat dalam Muzium Terengganu Rajah 8 : Sultan Terengganu merasmikan Masjid Seberang Jerteh. Kelihatan ukiran yang unik pada mimbar masjid.

Berdasarkan pemerhatian seni kraf ukiran banyak terdapat pada dinding, kerusi, pintu, tangga, atap, rak Al-Quran dan rehal. Kesemua ukiran ini dipengaruhi dengan unsur-unsur keislaman.Beberapa contoh ukiran yang terdapat di Masjid Sebarang Jertih, Masjid Hadhari dan juga bangunan Muzium telah di ambil untuk untuk sama-sama diteliti untuk perbincangan ini. Kebanyakannya mempunyai ukiran-ukiran yang bermotifkan flora, geometri dan khat.

Rajah 9 : ukiran pada dinding Masjid Seberang Jerteh

Pembinaan Masjid Seberang Jertih sangat unik dengan seni rekaan bangunan itu sendiri yang hampir keseluruhanya diperbuat daripada kayu. Setiap sudut masjid itu dihiasi dengan ukiran yang menampakkan menampakkan unsur-unsur kesenian Islam dan Melayu yang sangat tinggi .Unsur flora adalah melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat menarik.

Hasil ukiran adalah berunsurkan motif-motif persekitaran. Mengikut kajian, motif ukiran adalah berlandaskan kepada ajaran kesufian. Misalnya, reka corak bermula pada satu tempat dalam ruang yang hendak diukir dan menjalar terus memenuhi ruang. Ini menunjukkan alam ini berasal dari satu kejadian yakni seluruh kehidupan melalui tahap-tahap perkembangannya dan menabur zuriat. Oleh itu reka corak ukiran tradisi pada hujung motif biasanya mempunyai ciri-ciri tidak mendongak ke atas, sebaliknya mematah atau tunduk.Ini boleh dilihat dengan jelas ukiran pada pintu masuk Masjid Seberang Jertih.Ukiran corak awan larat bermotifkan flora pada pintunya semuanya menunduk ke bawah. Unsur flora adalah melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat menarik.

Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu, unsur kaligarfi Jawi dan ayat al-Quran mula diukir oleh pengukir-pengukir tempatan. Unsur kaligrafi ini digabungkan dengan unsur-unsur tumbuh-tumbuhan. Ukiran khat menunjukkan fungsi keagamaan. Pengaruh keagamaan Islam yang berkembang pada zaman dahulu mempengaruhi pengukir-pengukir seni ini dan mengadaptasikannya pada ukiran seperti pintu-pintu, dinding peralatan perabot. Motif kaligrafi ini dapat dilihat pada tingkap dan pintu Masjid Seberang Jertih.Selain motif kaligrafi motif fauna juga diselitakan pada ukiran tersebut. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama'). Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud : " Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran ianya kunci rezeki".Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".

Unsur geometri dikenali sebagai tumpal. Unsur ini mempunyai kaitan dengan unsur geometri Islam. Pola-pola geometri disusun berulang-ulang.Sebahagian susunan motif tiada permulaan dan akhirnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah AWT yang tiada permulaan dan tiada akhirnya.

Motif arabes adalah motif yang seringkali dikaitkan dengan seni Islam dan dikatakan mempunyai pengaruh Arab. Ianya merupakan salah satu seni hias yang terdapat pada yangga masjid Hadhari,Jertih.Motif ini mempunyai unsur pola geometri dan pola flora. Motif yang dihasilkan disusun secara berulang-ulang dan mengembang ke semua arah tanpa penghujungnya sehingga tidak terbatas oleh sesuatu bentuk. Konsep ini dikaitkan dengan sifat Allah swt yang tidak terbatas serta tiada penghujungnya.

. Mimbar merupakan tempat imam duduk ketika khutbah pada hari Jumaat. Motif flora telah digarap seperti bentuk bunga dan daun. Kerusi berukir ini sangat unik dan sangat cantik. Ini jelas terpancar unsur-unsur keislaman kerana fungsi kerusi berukir itu sendiri digunakan oleh Imam Masjid. Sesuai dengan konsep seni menurut Islam yang mementingkan halus, indah atau permai lagi menyenangkan hati serta perasaan manusia. Dalam pengertian yang lebih padu, ia membawa nilai halus, indah, baik dan suci : berguna dan bermanfaat serta mempunyai fungsi dan nilai sosial. Selain itu, keindahan adalah sesuatu yang wujud di luar diri manusia yang menikmati keindahan itu. Ia dapat dirasa, ditanggapi dan dihayati. Allah adalah sumber daya dan sumber pemikiran manusia manakala imaginasi dan keupayaan mencipta yang ada pada manusia adalah percikan dari daya kreatif Allah.

Ini membuktikan seni juga menunjukkan seni kesatuan atau kesepaduan. Ia bermatlamat meletakkan mohor kesatuan Ilahi kepada kesetiaan perihal dan aktiviti manusia. Kesenian Islam malah semua kesenian tradisional memang sentiasa berorientasikan kepada kegunaan : samada untuk spiritual seperti mihrat yang dihias dengan sinar larikan, seni dan ayat al-Quran mahupun pindahan ke atas objek kegunaan harian.Kesenian Islam tidak berkisar di sekitar manusia individu, ia mempunyai orientasi sosial dan berpaksikan kepada keperluan bersama manusia. Unsur kosmos menggambarkan alam semesta seperti matahari terbit, bintang, bulan dan gunung-ganang. Ukiran di atas mempunyai unsur-unsur kosmos terutama bahagian tengahnya sebagai matahari.Manakala ukiran sekelilingnya melambangkan cahaya yang memancar memberi tumbuhan hidup subur.Ini melambangkan kekuasaan dan kebesaran pencipta-Nya kepada hambanya di alam semester.

Unsur flora biasanya diambil daripada tumbuhan yang menjalar. Antara tumbuhan yang paling popular di kalangan pengukir ialah jenis kacang, labu, ketubit, ketam guri, salad, bunga lawang, bunga raya, bunga cina dan sebagainya. Unsur ini merupakan unsur yang dominan dalam rekaan seni ukir tradisional. Unsur ini menjadi pilihan utama kebanyakan pengukir berdasarkan pengamatan dan memerhatian yang telah dibuat.

Dua gambar yang diambil ini menggunakan unsur flora sebagai hiasan ukirannya.Corak awan larat dipilih yang mengambarkan kesenian yang halus. Halim Nasir (1986:137) mendefinisikan Awan Larat sebagai satu bentuk ukiran yang berlingkar-lingkar, berpiuh-piuh, meleret-leret seperti awan putih berarak. Biasanya ukiran ini digabungkan dengan pola lengkap.Ini jelas membuktikan jenis ukiran pada gambar tersebut.

Pengukir Melayu menerapkan falsafah dan kerohanian orang Melayu sebagai salah satu budaya di samping mengekalkan nilai-nilai keagamaan.Dalam gubahan ukiran awan larat, punca permulaannya agak sukar dikesan dan seakan-akan tiada penghujungnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah swt. yang tiada permulaan dan tiada akhirnya.

Menurut Abdullah Mohamed (1990:13-20) memberikan pandangan bahawa alam adalah tajalli atau manifestasi daripada sifat-sifat ilmu Allah. Melalui sifat ilmu Allah tersebut terjadi berbagai bagai organisme baik flora atau fauna dengan segala macam keajaiban dan keindahan rupanya. Sebagai contoh adalah tentang kejadian pelbagai jenis bungaan dengan aneka warna, bentuk dan bauan adalah lahir dari satu sumber iaitu ilmu Allah yang Maha Kaya.

3.5 Ukiran Kayu tradisional

3.5.1 Proses penghasilan silat

Proses ini adalah menimbulkan bentuk pada corak. Keindahan ukiran terletak pada jenissilat yang sesuai. Gubahan silat-silat yang sesuai bagi menampakkanpergerakan dan menimbulkan bentuk. Menyilat juga untuk menampakkankonsep tinggi dan rendah dalam kedudukan aras dan ruang yang terdapatpada corak

3.5.2 Proses kemasan

Sejarah awal mengenai ukiran kayu di Malaysia boleh diketahui setelah kita membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yang dikarang oleh Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun1477. Istana berukir indah itu digelar oleh rakyat Melaka sebagai Istana Hawa Nasfu. Seni ukir di negara ini telah pun berkembang lebih awal lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya. Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (tahun 1756-1780).

Ukiran kayu zaman dahulu dapat bertahan beratus-ratus tahun kerana pengukirnya menggunakan kayu-kayu terbaik untuk menghasilkan ukirannya. Antara kayu-kayu yang tahan lama ialah kayu cengal, kayu merbau, kayu kempas, kayu penak, kayu bacang hutan dan kayu-kayu baik yang lain. Ukiran-ukiran kayu kebiasaannya menghiasi pintu, tingkap, cucuran atap, kisi-kisi tingkap, tiang seri dan beberapa bahagian dalam rumah. Perabot juga diukir untuk memperlihatkan kemewahan.

Hasil ukiran adalah berunsurkan motif-motif persekitaran. Mengikut kajian, motif ukiran adalah berlandaskan kepada ajaran kesufian. Misalnya, reka corak bermula pada satu tempat dalam ruang yang hendak diukir dan menjalar terus memenuhi ruang. Ini menunjukkan alam ini berasal dari satu kejadian yakni seluruh kehidupan melalui tahap-tahap perkembangannya dan menabur zuriat. Oleh itu reka corak ukiran tradisi pada hujung motif biasanya mempunyai cirri-ciri tidak mendongak ke atas, sebaliknya mematah atau tunduk.

JENIS-JENIS BUNGA UKIR ATAU CORAK

Terdapat lima corak bunga ukir yang terdapat dalam reka corak tradisional, antaranya awan larat, awan silang atau kerawang, awan bentuk huruf, larik dan semetri.

Awan Larat

Awan larat berilham dari alam iaitu awan yang berarak apabila ditiup angin. Ada pula mengatakan bahawa nama ini diambil sempena nama seorang anak kecil bernama Awang yang menggaris tanah hingga melarat-larat menjadi bentuk yang cantik. Gambaran inilah yang diabadikan oleh pengukir dalam ukirannya. Kebiasaannya pengukir mencipta daun, buah dan bunga hasil ilhamnya sendiri. Awan larat ini corak yang paling dimuliakan dalam apresiasi seni ukir Melayu Klasik. Ukiran jenis ini tidak diletakkan di paras pusat. Awan larat terbahagi kepada dua jenis yakni Awan Larat Melayu dan Awan Larat Jawa.

Awan Larat Melayu Asli

Awan jenis ini juga dikenali sebagai Awan Larat Jawi. Bentuknya mempunyai bunga yang besar dan jarang. Coraknya bermula dari satu tempat dan melarat memenuhi ruang yang lain. Batangnya berlingkar dan bertembung dengan daunnya yang berlipat lunak.

Awan Larat Jawa

Bentuknya lebih kecil daripada awan larat Melayu Asli. Daun dan bunganya rapat-rapat. Terdapat banyak bunga dan daun saling bertindih. Bentuk daunnya lurus dan tidak berlipat.

Silang / Kerawang

Bunga ukir bentuk ini adalah dalm garis yang bengkang-bengkok. Garisan bersimpang-siur seumpama akar yang berlegar. Ukiran corak ini biasanya terdapat dalam bentuk papan tebuk tidak silat.

Awan Bentuk Huruf Larik dan Simetri

Jenis ukiran berbentuk huruf yang dimaksudkan ialah huruf-huruf dalam al- Quran. Ukiran ini biasanya banyak terdapat di masjid. Awan jenis Larik berbentuk gerlang-gerlang pada batang bulat. Keindahan jenis ini terletak pada gerlang yang berkala dan tersusun. Ukiran ini biasanya terdapat pada tongkat, tiang-tiang ulu senjata dan sebagainya. Kebanyakannya mempunyai dua jenis larik. Awan jenis simetri biasanya terdapat dalam bentuk geometri Islam, misalnya corak swastika. Awan jenis ini biasanya terdapat di masjid atau mimbar.

BENTUK-BENTUK UKIRAN

Ukiran Tebuk / Papan TebukUkiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.Ukiran tebuk tidak banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang merindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.

Ukiran Bunga TimbulUkiran bunga timbul ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.

Ukiran ArcaUkiran arca ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kepala, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.

LarikMelarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.

BENTUK-BENTUK SILATDalam ukiran kayu tradisional, membentuk motif atau bunga ukir merupakan perkara yang terpenting. Bagi ukiran timbul dan ukiran tebuk, motif atau bunga ukir dinamakan silat. Silat berperanan sebagai menampakkan motif ukiran dalam bentuk tiga dimensi. Terdapat lima jenis bentuk silat, antaranya Silat Belah Rotan, Silat Dada Tuma, Silat Serong, Silat Leper dan Silat Minangkabau.

POLA PADA UKIRAN TRADISIONAL

Biasanya pengukir akan memilih pola-pola ukiran sebelum melakukan proses mengukir. Pola-pola ini bergantung kepada kegunaan ukiran kayu. Bagi ukiran kayu jenis silat (silat tebuk dan tidak tebuk), pola yang sesuai ialah pola lengkap. Pola lengkap memenuhi reka corak ukiran. Bagi keperluan hiasan rumah seperti perabot, pengadang ruang, penutup bendul, paha tangga, adalah paling sesuai. Pola ini disusun dengan kemas dan tidak berlingkar-lingkar. Bagi motif-motif tunggal seperti sekuntum bunga, putik buah, bulan, bintang, matahari, bunga lawang, bunga teratai dan lain-lain. Pola bujang paling sesuai digunakan.

CORAK PADA UKIRAN TRADISIONAL

Corak AwanCorak boyan, awan Jawa, awan larat, awan samayang, awan selimpat dan awan telipuk.

Corak BungaBunga ali-ali, bunga ara, bunga ati-ati, bunga bakut, bunga kundur, bunga beringin, bunga bintang, bunga kala, bunga kelumpang, bunga buntut siput, bunga lawang, bunga ketola, bunga kuda laut, bunga keduduk, bunga tunjuk langit, bunga ketur, bunga seputih, bunga misai kucing, bunga tampuk manggis, bunga semangat, bunga pending, bunga putu, bunga tikam seladang dan bunga kiambang.

Corak DaunDaun setulang, daun sayap, daun selat, daun balung ayam, daun jari buaya, daun kazan, daun nyu-nyu, daun sekati lima, daun pedang wana, daun sembung, daun memiding, daun seputih, daun kancing baju, daun bayan lingit, daun sesayap silat, daun dala, daun sulur gading, daun memidih, daun kiambang, daun ati-ati dan daun sirih.

Corak-Corak LainBayan kubur, bayan peraksi, kacang hantu, gelang kaki, gelang tangan, galar kacang, ketam guri, ketimbit, kerak nasi, kala bukit, kiambang, kilas ikatan daun, kayu jala-jala, kilas payung, kilas dayung, maha risi, pagar tinggalung, pokok bermin, pokok susu ketam, puspa gandiwak, pucuk paku, saga kenering, sulur keliding, sulur kacang, sajak berkendit, sembung bidadari, sulur matahari dan sulur gadung.

TEKNIK DAN GAYA PENGHASILAN

Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang

Bentuk BujangBentuk ini berdiri terasing, bebas, dan tidak terikat, berkait atau bersambung-sambung. Biasanya bentuk ini menampilkan motif bulan, bintang, matahari, kuntuk bunga ataupun putik buah.

Bentuk PemidangBentuk ini menampilkan motif yang menggambarkan pergerakan sederhana dan tidak berbelit-berbelit. Bentuk ini mempunyai bingkai atau pemidang.Ukiran-ukiran yang dibuat dalam bentuk ini diberi nama-nama yang menarik seperti itik pulang petang, badak mudik, setampuk manggis dan lain-lain. Biasanya Bentuk pemidang digunakan untuk jala-jala rumah serta benda-benda yang terdapat di dalam rumah seperti tepak sirih, almari dan dulang kayu.

Bentuk LengkapBentuk ini menggabungkan ciri-ciri bentuk bujang dan bentuk pemidang. Bentuk ini menitikberatkan unsur tumbuh-tumbuhan, merangkumi akar, batang, buah, dahan, daun, putik dan sulurnya.

Sesuai dengan keenam-enam ciri falsafah kesenian Melayu yang telah dinyatakan sebelum ini antaranya berhalus, berfungsi dan berlambang dan ini jelas ditonjolkan Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu.

Kesimpulan Kraft tangan melambangkan jati diri rakyat Malaysia .Kraf tangan masyarakat peribumi ini adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkaitan dengan alam Melayu.Sumber proses pembutan juga mudah didapati di persekitaranya.Namun keunikan yang terserlah ialah pemikiran kreatif mereka dalam dalam mengolah dan mengubah barangan dan objek yang memperlihatkan aspek budaya,estetika dan fungsi kraf tradisional Melayu mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan unsur-unsur keislaman jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, bentuk dan warnanya.

Kraf akan menjadi lebih indah dan bermakna jika disepadukan dengan nilai kesenian Islam. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada spiritual manusia itu sendiri malah keunikan seni Islam yang dapat ditonjolkan seperti unsur kaligrafi . Kesenian Islam dalam kraf tradisional Melayu sudah lama sebati dan sehingga kini banyak penghasilan seni kraf yang menonjolkan unsur-unsur Islam dan dapat mendidik manusia menjadi insan yang bermoral dan taat kepada suruhan Allah SWT sebagai tujuan hidup.

Allah Subhanahu Wata'ala mencipta alam ini dalam keadaan yang sangat indah, sehinggakan tidak ada walau sedikit pun sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Perjalanan cakerawala, peredaran siang dan malam, pagi dan petang, bulan dan bintang dan sebagainya teratur menurut aturan yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Begitu juga hiasan-hiasan alam semulajadi, bunga-bungaan, pokokpokok, tasik, pergunungan dan seumpamanya terlalu sangat menarik sehinggakan ciptaanciptaan Allah Subhanahu Wata'ala dijadikan sebagai salah satu industri tarikan pelancong tempatan dan luar negeri melihat pemandangan alam dan menikmati keindahannya. Keindahan dan nilai-nilai estetik semulajadi yang diciptakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala untuk manusia ini sudah setentunya patut disyukuri, dihargai dan dipergunakan untuk apa jua keperluan manusia dengan sebaik-baiknya. Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Kahfi ayat 7: Tafsirnya: Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapa di antaranya yang lebih baik amalnyaBerdasarkan ayat ini, jelas kepada kita bahawa segala apa yang Allah ciptakan di dunia ini merupakan satu perhiasan yang sangat indah untuk kita mempermanfaatkannya. Melalui daya usaha seni kreatif, apa yang ada di dunia ini boleh diubah dan direka bentuk menjadi suatu yang lebih bermanfaat, berharga dan berguna untuk keperluan manusia. Setiap manusia ada daya imaginasi dan kreativiti menurut akal pemikiran, yang dengannya manusia mampu mencipta sesuatu yang bernilai estetik bagi keperluan diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Kekuatan imaginasi dan kreativiti pada diri seseorang merupakan anugerah dan amanah daripada Allah Subhanahu Wata'ala yang perlu dijaga, disubur dan disemaikan dalam ruang dan batasan yang hanya dibenarkan oleh syariat Islam.

Keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor masa menjadi ancaman terhadap penerusan hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor tersebut menjadi antara penyebab kepada semakin terhakisnya kepedulian, penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya kesenian tradisi ini.Namun begitu bagi peminat-peminat seni kraf ia melambangkan satu kepuasan dan kemewahan jika dapat memilikinya.Sesuatu yang eksklusif yang sukar untuk dirungkaikan.

Justeru itulah sebagai rumpun Melayu kita perlu menjaga, memelihara dan menyayangi seni Kraf Tradisional kita seperti seni ukiran, seni tenunan, anyaman, pembuatan wau, gasing dan batik yang tidak ada di negara-negara lain. Kraf Tradisional kita di sanjung dan di pandang tinggi di mata dunia setaraf dengan kraf-kraf Negara Barat.Seharusnya kita patut menanamkan rasa cintakan seni tradisional di kalangan generasi baru agar seni ini tidak terpupus.Bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

( patah perkataan)

Bibliografi

Abdullah bin Mohamed (Nakula) (1985), Seni Bina Islam, Aplikasi di Malaysia, Warisan Kelantan IV, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan : Kota Bharu.

Abdul Aziz Sharif (1991). Pemerolehan Bahasa Ibunda - Umum. Jurnal Bahasa Moden, 6. 152-160.

Khairuddin Talib, (2007) .HBAE3103 Kraf Tradisional. Selad.ngor: Meteor Doc.Sdn.Bh.

Prof. Madya Dr. Mohd Sabrizaa, Penafsiran Falsafah ibu Dalam Awan Larat Warisan Estetikka Seni Ukiran Melayu, Jabatan Senibina Dalaman Fakulti senibina, Perancangan dan Ukur UITM Perak.

Syed Ahmad Jamal (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Zailani Yaacob & Azimah A.Samah, (2011). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM Tingkatan 4&5. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Zakaria Ali (1989). Dialog Seni Tampak (Terjemahan). Dewan Bahasa dan Pustaka:Kuala Lumpur

Laman Rujukan Sesawang

en.wikipedia.org/wiki/Batik

www.batikinspirations.com/

themalayartgallery.com/

tsabri.wordpress.com/.../the-use-of-traditional-malay-art-images

http://www.kraftangan.gov.my

http://members.tripod.com/kraftangan_anc/definisi.htm

http://www.slideshare.net/fairuzdavinci/mengenal-kraftangan-tradisional

http://wingabriella.blogspot.com/2013/10/seni-ukiran-tradisional.html

http://setyahermawan.blogspot.com/2010/10/seni-dalam-islam.html

http://perak.uitm.edu.my/kutai/images/present_paper/evolusi%20bentuk%20dan%20makna%20dalam%20simbolisme%20seni%20bina-dr.%20sabrizaa.pdfhttp://senivisual1.blogspot.com/2009/10/seni-anyaman.html