nyatakan peranan ulamak islam dalam perjuangan menuntut kemerdekaan

Download Nyatakan Peranan Ulamak Islam Dalam Perjuangan Menuntut Kemerdekaan

Post on 11-Oct-2015

157 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

efolio PM

TRANSCRIPT

Nyatakan Peranan Ulamak Islam Dalam Perjuangan Menuntut Kemerdekaan Tanah Melayu .

Nyatakan Peranan Ulamak Islam Dalam Perjuangan Menuntut Kemerdekaan Tanah Melayu .DTM1C POLISAS 2014KUMPULAN 4

PENGHARGAANBismillahirahmanirahim..Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Pn Cik Razana Bt Kasim kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami uterakan kepada mereka.Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

PENDAHULUAN

Melalui tajuk yang kami dapat iaitu peranan ulama islam dalam mempertahankan tanah melayu, kami dapati bahawa bagaimana sukarnya untuk para pejuang islam seperti Tok Janggut, Tok Gajah, Mat Kilau, Dato Bahaman dan Tok Kenali dalam mempertahankan Tanah Melayu dari terus dijajah oleh kuasa asing. Selain itu, pelbagai peranan yang telah ditunjukkan oleh pejuang Melayu kita ini seperti tokoh-tokoh yang telah dinyatakan.TOK JANGGUT

Tok Janggut Haji Mohd Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada adalah seorang pahlawan Melayu yang terkenal di Kelantan. Dilahirkan pada 1853, beliau ialah seorang penentang penjajahan British semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan.Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang berjaya menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

Walaubagaimanapun, akhirnya askar Inggeris yang lebih terlatih danberpengalaman serta lengkap dengan peralatan perang yang moden,berjayamenewaskan pasukan Tok Janggut.Antara pejuang yang bersama Tok Janggut pada hari itu ialah AbbasBerani, Hassan Harimau, Awang Ngah dan Abdul Rahman Anak Kerbau.Askar Inggeris telah menyerang kubu tersebut yang menyaksikan pasukanTok Janggut berjuang bermati-matian menghadapi serangan tersebut.Pasukan Tok Janggut kemudian telah berundur ke kubunya diKampung Saring.Pada 25 Jun 1915, Tok Janggut bersama lebih kurang 2,500orang pengikutnya telah menyerang askar Sikh yang berada di pekan PasirPutih.PERTEMPURAN KAMPUNG SARINGTok Janggut sendiri telah gugur manakala Engku Besar Tun Ahmad, HajiSaid dan Ishak telah melarikan diri ke Reman di Selatan Siam.

Mat KilauNama penuh beliau adalah Mat Kilau Bin Imam Rasu. Mat Kilau dipercayai lahir pada 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Mat Kilau amat mahir di dalam ilmu kebatinan, persilatan dan bermain senjata. Beliau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati oleh penduduk negeri Pahang. Segala cabaran yang berjaya dilalui oleh Mat Kilau semasa menentang pihak British membuatkan pelbagai pihak menyanjung tinggi kepahlawanan beliau.

, Mat Kilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri kelahirannya Pahang , malah turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan. Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua negeri ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan. Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.

Bagaimanapun, laluan yang kerap digunakan Mat Kilau dan pengikutnya bagi mengelakkan diri daripada British adalah laluan antara Kampung Bantal ke Kampung Pasir Raja.Penentangan Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia menjadi orang buruan yang paling dikehendaki dan dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris menyebabkan beliau mengasingkan diri dan hidup berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau . Setelah disahkan, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh.Setelah empat hari pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur. Usianya ketika itu dipercayai 122 tahun. Dengan kematiannya itu, beliau tidak sempat menceritakan kisah perjuangannya lebih lanjut.

TOK GAJAH Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau.Pada tahun 1891 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintah negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris . Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad. Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan Ahmad dalam menentang penjajah Inggeris. Golongan ketiga di negeri Pahang yang menjadi pemilik tanah yang penting dan berkuasa di kawasan-kawasan tertentu dikenali sebagai Orang Besar Raja. Golongan ini juga merupakan orang kesayangan istana tetapi bukan berketurunan bangsawan dan dinaikkan pangkat berdasarkan kepada kecekapan serta kemahirannya dalam bidang ketenteraan.

Tok kenaliHaji Awang Muhammad Yusof Kenali atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali merupakan seorang ulamak yang amat masyhur bukan sahaja bagi negeri Kelantan malah di negeri-negeri lain di Malaysia secara amnya serta wilayah-wilayah selatan Thailand. Walaupun beliau bukanlah seorang penulis yang konsisten seperti Syed Syeikh al-Hady, namun beliau merupakan seorang penulis yang gagah lagi jelas pemikirannya.Seandainya beliau tidak terbeban dengan pelbagai tugas dan terus menulis dengan baik , sudah tentu Tok Kenali dapat dibariskan dengan tokoh-tokoh yang merupakan seorang ulamak yang amat masyhur bukan sahaja bagi negeri Kelantan malah di negeri-negeri lain di Malaysia secara amnya serta wilayah-wilayah selatan Thailand.

Jadi, tahun kembalinya Tok Kenali dari Makkah dapatlah dijadikan batu tanda bagi titik tolak permulaan zaman baru naungan Inggeris di Kelantan, dimana cabaran-cabaran baru ke arah kemajuan sedang menunggu tokoh-tokoh yang kembali dengan ilmu pengetahuan dan kebolehan mereka. Tanpa membuang waktu ,Tok kenali terus memulakan kegiatan ilmiahnya di tanah yang terkenal

Datuk Bahaman Beliau dilahirkan di Rantau Panjang iaitu sebuah kampung di Bentong, beliau banyak menghabiskan masa di Pekan kerana berkhidmat dengan Bendahara Ali iaitu ayahanda kepada Sultan Ahmad . Ketegangan di antara Dato Bahaman dengan pihak British bermula pada 1890 tetapi mencapai kemuncak pada 1891. Pada bulan Disember 1890, Dato Bahaman telah menyatakan kemarahannya apabila Pegawai Jajahan Temerloh, E.A.Wise dikatakan mahu mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua iaitu satu tempat yang termasuk dalam kawasan Dato Bahaman, tanpa terlebih dahulu berunding dengan beliau.

17Pada Oktober 1891, British telah menangkap 3 orang pengikut Dato Bahaman di Sungai Semantan dan dibawa ke rumah pasong Lubuk Terua untuk diadili dan dihukum. Pihak Inggeris menuduh Dato Bahaman menyuruh ketiga-tiga orang itu mencuri hasil hutan tanpa kebenaran dan memerintahkan Dato Bahaman ditangkap dan dihukum. Salah seorang pengikut Dato Bahaman yang telah ditangkap berjaya melepaskan diri dan memberitahu Dato Bahaman tentang rancangan jahat Inggeris. Pada Mac 1892, pasukan Dato Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah. Pihak British kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera . Semasa berada di Bunut Payung Kelantan, Dato Bahaman, Mat Kilau, Mat Lela dan Mat Kelubi membuat satu pengisytiharan persetiaan memberitahu bahawa mereka telah meninggal dunia.Percubaan membunuh Dato Bahaman dan pengikutnya berlaku di Kuala Lebir, dekat Kota Bharu pada tahu 1896 . Pada tahun 1911, Dato Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat Lela pergi ke Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di Patani, Siam. Pada tahun 1920, Dato Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kampung Paya Lalang (Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman. Pada tahun 1926, Dato Bahaman berpindah ke Kampung Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru Peramu. Mat Kilau pula dikatakan berpindah ke Kampung Aur Rompin, Tanjung Medang, Kampung pasir Panjang, Kampung Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang. Mamat Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya. Dato Bahaman tinggal di Kampung Peramu sehingga kematiannya.

LAMPIRAN

20

KESIMPULAN Setelah menyelesaikan tugasan ini,kami sekumpulan dapat memahami lebih mendalam tentang bagaimana sukarnya untuk para pejuang memerdekakan tanah Melayu. Disamping itu, melalui tugas yang diberi ini akan dapat membuatkan rakyat Malaysia agar sentiasa menghargai jasa-jasa para pejuang dan mempunyai sikap patriotik dan cinta akan tanah air.

Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berbangga dengan negara kita yang sentiasa aman dan makmur disebabkan oleh tokoh-tokoh diatas. Dengan kebanggaan inilah yang akan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan keharmonian nega