pakaian tradisional kaum murut

10
7/23/2019 Pakaian Tradisional Kaum Murut http://slidepdf.com/reader/full/pakaian-tradisional-kaum-murut 1/10  PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MURUT Penggunaan pakaian tradisional kaum Murut boleh dilihat dari dua sudut zaman iaitu zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa upacara-upacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman moden pula, pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan yang tertentu seperti di hari perkahwinan serta untuk acara-acara kebudayaan. Selain daripada itu, kadangkala juga  pakaian tradisional boleh dipakai pengapit pengantin. Sehubungan itu, kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna  pakaian tradisional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada juga sesetengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi di waktu itu. Manakala, bagi kaum lelaki pula, pakaiannya lebih kepada kulit kayu. Pakaian tradisional kaum Murut bagi lelaki ialah dikenali dengan pakaian puputul yang diperbuat daripada kulit kayu. abaru puputul dipotong mengikut kepanjangan !esyen  jaket. Aba puputul pula, cawat sepanjang dua meter diperbuat daripada isi kayu. "upi sinulatan ialah perhiasan kepala yang diperbuat daripada kulit kayu. Manakala, pakaian tradisional kaum Murut bagi perempuan ialah pakaian mereka lebih terkenal dengan pakaian pinongkolo iaitu baju dan gaun yang panjang berwarna hitam yang dihiasi dengan manik-manik. Antara contoh lain bagi pakaian wanita untuk kaum Murut ialah pipirot, salupai, sinikot, rarangkol dan holong.

Upload: shahrul-nasir

Post on 19-Feb-2018

574 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pakaian Tradisional Kaum Murut

7/23/2019 Pakaian Tradisional Kaum Murut

http://slidepdf.com/reader/full/pakaian-tradisional-kaum-murut 1/10

  PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

Penggunaan pakaian tradisional kaum Murut boleh dilihat dari dua sudut zaman iaitu

zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai

semasa upacara-upacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman

moden pula, pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan yang tertentu seperti

di hari perkahwinan serta untuk acara-acara kebudayaan. Selain daripada itu, kadangkala juga

 pakaian tradisional boleh dipakai pengapit pengantin.

Sehubungan itu, kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna

 pakaian tradisional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa

warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi

si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada juga sesetengah pihak 

mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan

keadaan semulajadi di waktu itu. Manakala, bagi kaum lelaki pula, pakaiannya lebih kepada

kulit kayu.

Pakaian tradisional kaum Murut bagi lelaki ialah dikenali dengan pakaian puputul

yang diperbuat daripada kulit kayu. abaru puputul dipotong mengikut kepanjangan !esyen

 jaket. Aba puputul pula, cawat sepanjang dua meter diperbuat daripada isi kayu. "upi

sinulatan ialah perhiasan kepala yang diperbuat daripada kulit kayu.

Manakala, pakaian tradisional kaum Murut bagi perempuan ialah pakaian mereka

lebih terkenal dengan pakaian pinongkolo iaitu baju dan gaun yang panjang berwarna hitam

yang dihiasi dengan manik-manik. Antara contoh lain bagi pakaian wanita untuk kaum Murut

ialah pipirot, salupai, sinikot, rarangkol dan holong.

Page 2: Pakaian Tradisional Kaum Murut

7/23/2019 Pakaian Tradisional Kaum Murut

http://slidepdf.com/reader/full/pakaian-tradisional-kaum-murut 2/10

TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

Masyarakat kaum Murut juga terkenal dengan #"arian $ansaran% dan #"arian

Mangunatip% yang penuh tenaga. &ebanyakan upacara keramaian, tarian-tarian ini lazim

ditarikan kerana muziknya rancak serta bersimbolik. Semasa pesta menuai diadakan, penari-

 penari kaum Murut ini akan membuat persembahan di andar-bandar sehingga menjadi suatu

daya tarikan kepada para pelancong dalam dan luar 'egara. (alaupun terdapat sedikit

sebanyak unsur tarian ini telah diubah namun makna serta gaya tariannya masih tidak terjejas.

"arian Mangunatip misalnya mempamerkan unsur kegagahan yang ada dalam kaum Murut

serta bertujuan untuk memujuk roh-roh nenek moyang mereka agar dapat menjaga mereka.

Penari-penari tarian ini menyelitkan gugusan padi yang sudah dituai dan juga kepala mangsa

 pada pinggang mereka.

 )aya tarian Mangunatip ini amat unik serta mempesonakan dimana lelaki yang

memegang parang akan melompat ke atas bambu yang disusun selang-seli oleh penari-penari

lelaki lain. Selepas itu, penari yang berada di atas itu akan dianggap sebagai seorang pemburu

yang menggunakan penyumpit iaitu buluh yang dimasukkan sejenis sumpit untuk 

memecahkan belon yang disediakan. Alunan muzik daripada gendang kulit serta somputon

akan mengawal rentak tarian ini.

Di samping itu, "arian Mangunatip ini mempunyai keunikan tersendiri. Melalui nama

tarian ini sudah menampakkan keunikan kerana mengekalkan identity suku kaum Murut.

Perkataan #Mangunatip% diambil dalam bahasa Murut iaitu #apit% yang bermaksud #sepit%

kerana tarian ini menggunakan buluh dan para penari memerlukan kepantasan dan kecekapan

ketika menari.

*leh itu, setiap gerakan dalam sesuatu tarian mempunyai maksud tersirat. "arian

Mangunatip juga mempunyai makna disebalik sesuatu gerakan. "arian yang lemah-gemalai

Page 3: Pakaian Tradisional Kaum Murut

7/23/2019 Pakaian Tradisional Kaum Murut

http://slidepdf.com/reader/full/pakaian-tradisional-kaum-murut 3/10

membawa maksud kesopanan wanita dan pihak lelaki sebagai pelindung kepada wanita

dalam kehidupan. +al ini dapat dilihat ketika penari lelaki memegang parang dan perisai

yang melambangkan si!at kepahlawanan kaum Murut sambil matanya liar berwaspada dan

seolah-olah sedang bertarung dengan musuh. &etika melalui buluh pula, penari lelaki dan

wanita akan berpasang-pasangan sambil berpegangan tangan menari melalui buluh tersebut.

+al ini menerangkan bahawa walau apa jua cabaran dan rintangan yang melanda, kedua-dua

 pasangan khasnya dalam institusi perkahwinan, kedua-dua pihak hendaklah berganding bahu

menyelesaikan masalah dalam rumahtangga.

"arian $ansaran pula merupakan tarian yang agak bertenaga dan memenatkan. "arian

ini diadakan untuk tujuan menyambut hasil padi yang baik, perkahwinan dan sebagai

menyambut tetamu. iasanya tarian $ansaran ditarikan sehingga dua hari lamanya secara

 beramai-ramai tidak kira tua atau muda. Para penari akan memijak lantai seolah-olah

 berspring seperti pada rajah dan selepas itu akan mempunyai rentak tersendiri. "arian ini

dapat mengeratkan perhubungan di antara kaum keluarga serta sahabat di samping menjadi

suatu daya tarikan pelancong.

"arian lansaran juga merupakan tarian yang amat terkenal dalam suku kaum Murut.

&ebiasaannya, tarian ini hanya dilakukan di lantai khas yang berukuran kira-kira kaki

 persegi. $okasi lantai khas terletak di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat

menggunakan kayu bulat. &ayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh

melantun seperti spring. Dalam tarian ini terdapat sekumpulan penari lelaki dan perempuan.

&aum perempuan akan memakai pakaian tradisional warna hitam dan hiasan manik-manik 

yang berwarna-warni. agi kaum lelaki mereka akan memakai topi berbulu burung serta

 pakaian diperbuat daripada kulit kayu bercampur kain berwarna. Dalam tarian ini, penari

akan membuat satu bulatan sambil melonjak-lonjak di atas lantai lansaran dengan diringi oleh

 bunyi hentakan susunan kayu bulat di bahagian bawah lantai lansaran. Selain itu, penari

Page 4: Pakaian Tradisional Kaum Murut

7/23/2019 Pakaian Tradisional Kaum Murut

http://slidepdf.com/reader/full/pakaian-tradisional-kaum-murut 4/10

lelaki akan melonjak ke atas untuk mencapai kinkilat yang digantung di bahagian atas

sambil bersorak tanda gagah. Pengakhiran tarian $ansaran ini ialah berbalas-balas pantun

tanda mengeratkan lagi tali silaturahim antara mereka. Pada masa dahulu, tarian ini diadakan

 bagi menyambut kepulangan para pahlawan yang telah mencapai kemenangan setelah

 bertarung di medan pertempuran.

. S/0A1A+ DA' ASA$-2S2$ "A13A' $A'SA1A'

Perkataan lansaran berasal daripada perkataan lumasar yang bermaksud melambung

atau berayun-ayun. +al ini sesuai dengan situasi tarian itu yang ditarikan di satu tempat khas

dengan berayun-ayun dan melambung-lambungkan diri. Pada masa dahulu tarian ini berkait

rapat dengan pemujaan roh atau semangat tengkorak, khususnya pemujaan semangat kepala

manusia yang diperoleh semasa ngayau. &ini tarian ini ditarikan sebagai bersuaka ria

sempena keramaian seperti perkahwinan dan perpindahan ke rumah panjang yang baharu.

Sebelum majlis tarian diadakan, beberapa persediaan perlu dibuat. 4ang utama, tuan

rumah perlu menyediakan tapai dua minggu sebelum majlis itu berlangsung. Selain itu,

 beberapa makanan lain juga disediakan. "empat lansaran yang berukuran lapan hingga 56

kaki persegi dan dapat menampung 56 orang penari, dibina di suatu ruang di rumah panjang.

&erja pembinaannya dilakukan secara bergotong-royong. eberapa batang kayu bulat yang

keras dan liat sebesar lengan orang dewasa merupakan bahan utama binaan itu. &ayu tersebut

 biasanya daripada jenis selangan batu. &ayu-kayu itu diikat dengan rotan saga. "empat tarian

ini dibina sekaki terkebawah daripada paras lantai.

Penyokong binaan tempat lansaran ialah tujuh batang kayu sepanjang 57 kaki yang

menjadi tempat menghentakkan kaki serta pengeluar irama tertentu. ahan ini disokong oleh

86 batang gelegar sepanjang 96 kaki. Sejumlah kayu bulat lagi digunakan untuk menutup

ruangan lantai segi empat itu. Penari-penari lansaran terdiri daripada lelaki dan wanita. "iada

Page 5: Pakaian Tradisional Kaum Murut

7/23/2019 Pakaian Tradisional Kaum Murut

http://slidepdf.com/reader/full/pakaian-tradisional-kaum-murut 5/10

ketetapan dari segi jumlah penari, hanya bergantung pada saiz tempat lansaran. $elaki dan

wanita menari bersama-sama, iaitu melonjak-lonjakkan diri untuk 

mencapai singkowoton yang diletakkan di bahagian bumbung tempat lansaran.

Pada zaman dahulu, singkowoton ialah tengkorak manusia. Pada masa kini

singkowoton diperbuat daripada paruh burung enggang yang dihiasi dengan manik-manik 

 beraneka warna sebagai pengganti tengkorak. iasanya diadakan pertandingan antara

 pasukan. Setiap pasukan masuk ke tempat lansaran secara bergilir-gilir untuk menari

:melonjak-lonjakkan diri; bagi mencapai singkowoton itu. Sesuatu pasukan dapat juga terdiri

daripada lelaki sahaja atau wanita sahaja. Adakalanya peraduan diadakan antara kampung

atau rumah panjang. Dari segi pakaian, para penari lelaki memakai abagh dan sampayau.

Abagh ialah cawat yang dibuat daripada kulit kayu. Sampayau ialah baju yang dibuat

daripada kulit kayu juga. aju itu tidak mempunyai potongan yang tertentu. ahagian tengah

 baju ini dilubangkan untuk memasukkan kepala. ahagian kanan dan kirinya dijahit dengan

 benang yang juga dibuat daripada urat-urat kayu yang sama.

Pada bahagian depan dan belakang sampayau dihiasi dengan siput laut atau sulau dan

dinamakan sampayau sinulauan. Diceritakan, pada zaman dahulu baju yang berhias dengan

siput laut itu :sampayau sinulauan; tidak terjejas oleh tetakan parang, tikaman keris, dan

rejaman lembing. Selain itu, penari lelaki juga memakai kuru, iaitu topi bulat yang kosong di

 bahagian atasnya hasil anyaman kulit buluh. "opi itu dihias dengan bulu burung merak,

enggang atau ayam hutan. Pada zaman dahulu lelaki Murut berambut panjang. &etika

memakai kuru, rambut mereka disimpul dengan menggunakan tulang binatang seperti gading

gajah dan gigi babi hutan.

Pakaian penari wanita terdiri daripada sampayau, tapi dan tadung . Sampayau wanita

ditenun daripada bahan kapas, berwarna hitam dan dihiasi dengan benang yang beraneka

Page 6: Pakaian Tradisional Kaum Murut

7/23/2019 Pakaian Tradisional Kaum Murut

http://slidepdf.com/reader/full/pakaian-tradisional-kaum-murut 6/10

warna, terutamanya merah. Sampayau itu dihiasi dengan manik yang beraneka warna.

Sulaman benang dan susunan manik itu menghasilkan corak yang bermoti!kan alam seperti

 bunga, pokok dan binatang. Tapi  ialah kain sarung yang lazimnya berwarna hitam hasil

tenunan daripada kapas. Seperti sampayau, tapi juga disulam dengan benang dan manik yang

 beraneka, warna merah masih menjadi pilihan utama. "api dihiasi juga dengan beberapa

 butang etawi, atau kaling dalam bahasa Murutnya, dan jarak antara satu kaling dengan

kaling yang lain lebih kurang dua inci. &aling ini mengeluarkan irama bunyi yang secara

langsung menjadi irama pengiring terhadap tarian lansaran.

"adung ialah sejenis pengikat kepala selebar hampir dua inci yang dibuat daripada

manik-manik kecil. Di keliling pengikat kepala itu diselitkan dengan bulu burung yang

 beraneka warna. Sekiranya manik tidak mencukupi, tadung dapat juga diperbuat daripada

 batu akik yang dirangkaikan sehingga mengelilingi kepala. Selain itu, penari-penari wanita

 juga memakai tali pinggang yang dibuat daripada duit syiling, khususnya mata wang pada

zaman ritish. Mereka juga memakai perhiasan untuk leher dan tangan.

Apabila para penari telah sempurna berpakaian, mereka membentuk dua bulatan

sambil berpegangan tangan. ulatan di dalam ialah penari lelaki. ulatan di luar ialah penari

wanita. Seorang hingga tiga orang penyanyi yang dinamakan mengimun liliawa berdiri di

tengah-tengah bulatan itu. "arian ini diselaraskan oleh seorang juruacara. Apabila diarahkan

oleh pengacara, penyanyi mula menyanyi secara solo dan ditingkah oleh chorus secara

 beramai-ramai. <ungsi asal nyanyian itu ialah menggerakkan semangat penari. &ini, selain

terus merangsang penari-penari, nyanyian itu juga digunakan untuk memuji tuan rumah dan

 para pemimpin selain sarat dengan nasihat dan unsur kasih sayang.

"arian bermula dengan gerakan tangan yang lemah gemalai seperti gerakan sayap

 burung helang ketika terbang. &aki penari berengsot-engsot sedikit demi sedikit mengikut

Page 7: Pakaian Tradisional Kaum Murut

7/23/2019 Pakaian Tradisional Kaum Murut

http://slidepdf.com/reader/full/pakaian-tradisional-kaum-murut 7/10

irama nyanyian. Pada masa yang sama, tempat tarian melambung-lambung dan terhentak 

 pada batang-batang kayu yang menjadi dasarnya. Semakin lama rentak tarian bertambah

rancak. Pada masa ini, para penari akan melonjak-lonjakkan diri untuk mencapai

singkowoton. Singkowoton itu akan menjadi milik pasukan yang berjaya mencapainya.

Satu upacara yang amat berkaitan dengan tarian ini ialah upacara kukuiatau pemujaan

roh tengkorak yang diadakan sekurang-kurangnya tiga tahun sekali. Dalam upacara ini,

tengkorak itu diletakkan pada sebatang tiang di tengah-tengah tempat lansaran bersama-sama

empat keping lemak khinzir yang telah dikeringkan yang panjangnya dua kaki dan lebarnya

dua inci. &emuncak upacara kukui ialah si pemenggal kepala itu memakan sepotong daripada

lemak khinzir itu dan membahagi-bahagikan sebahagian daripadanya kepada para penari.

Mereka percaya, roh tengkorak tidak akan mengganggu mereka yang telah memakan lemak 

khinzir itu.

9. S/0A1A+ DA' ASA$-2S2$ "A13A' MA')2'A"3P

"arian mangunatip atau tarian buluh merupakan tarian tradisi suku kaum

Murut&uhijau :&wijau;. Magunatip berasal dari perkataan =apit> yang bermakna jepit

:ketikamenari kaki penari terjepit atau terapit oleh 9 buluh jikalau tidak cekap

mengelakkannya;. lanya ditarikan dengan iringan pukulan gong pada awal tarian tetapi

semasa buluhdilagakan, bunyi gong tidak diperlukan lagi kerana bunyi buluh yang dilagakan

akanmengeluarkan bunyi yang kuat dengan irama yang menarik dan unik. eberapa

 penarilelaki dan wanita, terlonjak-lonjak menari dengan pakaian yang penuh tradisi,

sementaradua atau empat orang melagakan alu dan dua orang lagi rnemegang pangkal alu

tersebutsupaya tidak berganjak dari kedudukannya.

"arian ini sudah dijadikan satu upacara rasmi, terutama sekali semasa Majlis0amuan

Makan orang-orang kenamaan atau lebih dikenali sebagai ?*rang &aya-kaya?atau *.&.&. di

Page 8: Pakaian Tradisional Kaum Murut

7/23/2019 Pakaian Tradisional Kaum Murut

http://slidepdf.com/reader/full/pakaian-tradisional-kaum-murut 8/10

samping ditarikan dalam majlis-majlis menyambut perayaan Pesta &aamatan iaitu hari Pesta

Menuai Padi pada 5 Mei setiap tahun. Selain itu, tarian ini juga dipersembahkan di majlis-

majlis tertentu seperti menyambut +ari )uru, +ari&emerdekaan dan sebagainya. "arian

Mangunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yang diadakan. Pakaian Adat

suku kaum Murut. $elaki memakai jaket barbarudan cawat dari kulit kayu puputul yang

dilukis dengan moti! dari manik atau warna.Perhiasan kepalanya #tupi sinulatan% juga dari

kulit kayu. (anita menggayakan pakaian #pinongkolo% dari kain kapas berhiaskan moti! sarat

dari manik-manik berwarna-warni.Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai #rarangkol%

dan hiasan kepala #salupai%.

"arian Mangunatip ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Melalui nama tarian

inisudah menampakkan keunikan kerana mengekalkan identiti suku kaum Murut. Perkataan

#Mangunatip% diambil dalam perkataan ahasa Murut iaitu #apit% yang bermaksud #sepit%

kerana tarian ini menggunakan buluh dan para penari memerlukan kepantasan dankecekapan

ketika menari.

Selain itu, tarian ini juga memerlukan buluh sebagai alat utama kerana tanpa buluh,

tarian ini tidak akan berjaya. atang buluh pula mestilah jenis yang sesuai danmelalui

 beberapa proses sebelum dijadikan sebagai alat tarian. uluh tersebut akanditebang mengikut

saiz dan kepanjangan yang sesuai. Selepas itu, buluh tersebut akandijemur supaya ringan dan

tahan lama. Setelah kering, proses mengecat buluh akan bermula dan dilukis dengan corak-

corak yang menarik. iasanya ia dilukis bermoti!kan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan.

Seterusnya, ketika tarian ini ditarikan kita dapat melihat gerakan badan, tangandan

kaki penari. "arian yang lemah-gemalai dan memerlukan kepantasan kaki sangatmenguja

 perasaan penonton. "arian dimulakan dengan rentak perlahan dan lama-kelamaan, buluh akan

diketuk dengan cepat dan para penari mengikut rentak bunyi buluhtersebut. Pada masa inilah

Page 9: Pakaian Tradisional Kaum Murut

7/23/2019 Pakaian Tradisional Kaum Murut

http://slidepdf.com/reader/full/pakaian-tradisional-kaum-murut 9/10

kemuncak "arian Mangunatip kerana para penari akan melalui buluh dengan cepat dalam

tempoh beberapa minit sebelum mengakhiri tarian.

Di samping itu, pakaian yang dipakai oleh para penari menambahkan

lagikeistimewaan tarian tradisi masyarakat Murut. Pakaian yang berwarna-warni dan

dihiasdengan manik-manik yang pelbagai jenis menambahkan lagi keayuan dan kesegakkan

 penari. Aksesori wanitanya pula begitu unik seperti #salupai% yang dipakai di kepala,#pipirot%

iaitu tali pinggang, gelang tangan dan kaki, rantai dan sebagainya. Manakala penari lelaki

tidak terkecuali menjadi bahan tarikan penonton melalui pakaian yangdiperbuat daripada

kulit kayu dan #tupi sinulatan% yang dipakai di kepala. Senjata yangdigunakan oleh penari

lelaki iaitu parang dan perisai melambangkan si!at kepahlawanankaum Murut dan mengingati

 pahlawan kaum ini iaitu Antanom yang terkenal dengankeberaniannya menentang penjajah.

Para penari yang menarikan tarian ini memerlukan latihan yang berterusan

keranatanpa latihan yang kerap, mereka tidak akan mahir dalam tarian ini. "arian Mangunatip

 juga lebih mem!okuskan kepada kepantasan dan kecekapan kaki untuk mengelakkan

kakidaripada tersepit. 0usteru, mereka akan berlatih dengan kerap dan akan menambahkan

kelajuan memukul buluh supaya memberi ketegangan dan keghairahan kepada

 penontonuntuk terus menyaksikan tarian ini.

@orak persembahan tarian ini juga telah mengalami perubahan mengikut

aruskemodenan. Pelbagai teknik tarian dipelbagaikan dan ditokok tambah mengikut

kreatiitimasing-masing namun masih mengekalkan keaslian tarian ini. &ebiasaannya,

"arianMangunatip dimulakan dengan pukulan gong dan sebahagian penari datang dan

menaridengan lemah-gemalai sebagai ucapan selamat datang kepada tetamu. Seterusnya,

 penariyang akan beraksi dengan menggunakan buluh iaitu penari lelaki dan perempuan

Page 10: Pakaian Tradisional Kaum Murut

7/23/2019 Pakaian Tradisional Kaum Murut

http://slidepdf.com/reader/full/pakaian-tradisional-kaum-murut 10/10

datang. Penari lelaki akan membawa buluh yang panjang dan penari wanita pula membawa

empat batang buluh pendek.

Pemukul buluh akan mula memukul buluh dan para penari secara berpasang-

 pasangan menari melalui keempat-empat buluh. Selepas itu, corak persembahan bertukar 

membentuk step atau bunga tarian yang baru. &empat-empat buluh akan disilangkanmenjadi

 bentuk B dan para penari menari dalam satu bulatan. eberapa corak tarian akan bertukar dan

semakin lama buluh akan diketuk dengan cepat dan para penari memerlukankosentrasi dan

menumpukan perhatian supaya kaki mereka tidak tersepit. Selepas itu,tarian akan berakhir 

dengan latarbelakang atau kedudukan yang menarik daripada setiap penari yang mengambil

 bahagian.

MA&S2D "/1S31A" DA$AM "A13A' MA')2'A"3P

Setiap gerakan dalam sesuatu tarian mempunyai maksud yang tersirat. "arian

Mangunatip juga mempunyai makna disebalik sesuatu gerakan. "arian yang lemah-gemalai

membawa maksud kesopanan wanita dan pihak lelaki sebagai pelindung kepadawanita dalam

kehidupan. +al ini dapat dilihat ketika penari lelaki memegang parang dan perisai sambil

matanya liar berwaspada dan seolah-olah sedang bertarung dengan musuh.

&etika melalui buluh pula, penari lelaki dan wanita akan berpasang-pasangan sambil

 berpegangan tangan menari melalui buluh tersebut. +al ini menerangkan kepadakita bahawa

walau apa jua cabaran dan rintangan yang melanda, kedua-dua pasangankhasnya dalam

institusi perkahwinan, kedua-dua pihak hendaklah berganding bahu menyelesaikan masalah

dalam rumahtangga.