pengenalan insta 2016

Upload: cikgu-zaiful-zakaria

Post on 26-Feb-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 PENGENALAN INSTA 2016

    1/18

    http://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagram

  • 7/25/2019 PENGENALAN INSTA 2016

    2/18

    http://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagram

    Assalamualikum dan salam sejahtera.

    Pertama sekali terima kasih kerana mendapatkan Ebook Panduan ASAS Mula

    Pemasaran InstagramIni. Baiklah dalam Mini Ebook ini saya akan berkongsikan

    pada anda secara ringkas bagaimana STRATEGI PERMULAAN untuk anda

    lakukan jualan dalam Instagram. Apa yang patut anda pertimbangkan sebelum

    mula melangkah ke platform Instagram.

    PENGENALAN

    Sewaktu hari raya yang lepas, seperti orang-orang lain, kami sanak saudara berkumpul

    di kampung. Malam-malam biasalah, sesi lepak santai santai bersama ahli keluarga.

    Anak-anak saudara saya kebanyakkan mereka sudah bersekolah menengah dan

    universiti, ada juga yang baru melangkah ke alam pekerjaan. Semua masih belia

    remaja.

    Zaman sekarang, sambil santai-santai, masing masing saya lihat belek telefon bimbit

    masing-masing. Ada yang berchatting di WhatsApp dan Facebook, tetapi apa yang

    saya perhatikan, kebanyakkan mereka lebih gemar membuka Instagram.

    Sekejap sekejap scroll gambar dan komen gambar rakan-rakan. Lepas tu senyum

    sorang-sorang.

  • 7/25/2019 PENGENALAN INSTA 2016

    3/18

    http://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagram

    Itu sewaktu raya.

    Baru baru ini saya dijemput untuk berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajar universiti di

    salah sebuah universiti tempatan berkenaan pemasaran internet.

    Saya lakukan sedikit survey. Antara Facebook dan Instagram, mana yang mereka

    lebih suka dan selalu masuk.

    Jawapan mereka.. Instagram.

    Kenapa, kenapa fenomena ini terjadi, apa sudah jadi dengan Facebook? Bukan

    Facebook lagi best ke?

    Salah satu jawapan yang saya terima dari mereka, mereka semua bosan dengan

    Facebook sebab terlalu banyak iklan. Atas bawah tengah tepi semua iklan.

    Dan mereka lebih gemar cuci mata melihat gambar rakan-rakan berbanding melihat

    status kosong.

    Nampak gaya, ramai yang mula keluar dari habiskan masa di Facebook dan beralih ke

    Instagram.

    Ini sebenarnya satu peluang bagus untuk para usahawan, kerana kita sudah tahu di

    mana tempat lepak baru golongan-golongan ini.

  • 7/25/2019 PENGENALAN INSTA 2016

    4/18

    http://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagram

    Tetapi, kita kena faham satu perkara.

    Saya ulang.

    Mereka semua bosan dengan Facebook kerana terlalu banyak iklan. Atas bawah

    tengah tepi semua iklan.

    Mudah kata, orang lari dari Facebook sebab tak mahu lihat iklan.

    Dalam Instagram, mereka hanya akan lihat post dan gambar dari akaun yang mereka

    ikut ( follow ) sahaja.

    Baru baru ini sahaja muncul Instagram Ads ( pengiklanan di Instagram ) tetapi itu pun

    cuma dalam beberapa post gambar muncul sekali sekala iklan.

    Jadi, mungkin anda mula terfikir, susahlah nak buat jualan dalam Instagam ni kan?

    Susahlah nak promosikan produk.

    Jika itu persoalan yang bermain di kepala anda, jangan risau kerana jawapannya

    adalah TIDAK.

    Kerana, satu konsep dalam Instagram di mana, jika orang itu berminat dengan akaun

    kita, mereka akan follow kita secara rela. Jadi, ada cara yang betul untuk membuatkan

  • 7/25/2019 PENGENALAN INSTA 2016

    5/18

    http://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagram

    mereka untuk follow kita secara rela dan seterusnya bakal menjadi pelanggan kita.

    Walaupun mereka bosan melihat himpunan iklan di Facebook, tetapi tidak beerti

    mereka tidak ada minat untuk cuci mata melihat produk-produk yang mereka minat.

    Jadi, ada strategi yang membolehkan mereka follow kita kerana mereka memang

    berminat dengan produk jualan kita. Jadi secara tidak langsung, mereka dengan rela

    untuk melihat iklan yang bakal kita sajikan dan adakala mereka tidak kisah kerana itu

    memang apa yang mereka minat.

    FACEBOOK VS INSTAGRAM

    Dalam Facebook walaupun ada fungsi Likes pada Page, walaupun mereka dah like

    pada Page sesetengah peniagaan atau kedai, tetapi iklan iklan yang lain turut sama

    muncul di newsfeed mereka.

    Sama ada iklan berbayar, mahupun yang iklan di group-group tertentu.

    Jadi, mereka seperti serabut lihat banyak produk produk tidak berkaitan.

    Dalam Instagram, mereka cuma follow kedai atau akaun yang mereka berminat sahaja,

    dan post dari akaun tersebut sahaja yang muncul di newsfeed mereka.

    Contoh mereka cuma follow akaun-akaun Instagram yang menjual tudung, jadi, tidak

  • 7/25/2019 PENGENALAN INSTA 2016

    6/18

    http://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagram

    akan muncul iklan pil kurus, serbuk putihkan kulit, krim hilangkan jerawat, sabun untuk

    tegangkan kulit, iklan MLM dan lain-lain.

    Jika muncul pun dari Instagram Ads, cuma 1 dalam beberapa post.

    Tidak seperti Facebook yang atas bawah tengah tepi semua iklan.

    KENAPA INSTAGRAM?

    Secara asasnya, Instagram merupakan satu platform media social dimana kita boleh

    berkongsi gambar dan video pendek kepada umum dan followers kita.

    Jadi sebagai usahawan, Instagram boleh dijadikan satu peluang untuk anda

    mengembangkan perniagaan, jenama dan pasaran produk yang anda jalankan. Ini

    kerana :

    Nak buka akaun Instagram adalah PERCUMA

    Tempat lepak yang kian popular dan penggunanya semakin bertambah hari

    demi hari

    Selain dari membuat jualan, sesuai untuk meluaskan empayar penjenamaan

    Mudah untuk digunakan serta tidak terlalu banyak fungsi yang memeningkan

    Boleh jadi lubuk pelanggan baru untuk dipancing, kerana ada sesetengah dah

    mula jarang berinteraksi di dalam Facebook.

  • 7/25/2019 PENGENALAN INSTA 2016

    7/18

    http://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagram

    Tapi harus diingat, Instagram hanyalah sekadar platform.

    Ya, semenjak dua menjak ni saya perhatikan ramai peniaga mula menambah dan ada

    juga yang mula berubah platform dan medium pemasaran di media social.

    Tidak dapat dinafikan, di Facebook masih boleh mendatangkan pulangan lumayan, jadi

    akibat kenaikan kos iklan yang semakin tinggi, kadar reach yang rendah, persaingan

    juga makin tinggi, ada yang mula mengintai-intai pasaran didalam Instagram.

    Tetapi anda kena ingat TIDAK SEMUA produk MUDAH LAKU di Instagram. Tetapi

    tidak bermakna semua produk tidak boleh dijual dalam Instagram.

    Jadi, izikan saya untuk bantu anda untuk memberi sedikit gambaran idea pada anda

    sama ada anda patut berniaga di Instagram atau pun tidak.

    Sebab saya TAK NAKanda RUGI,ye lah, sekarang ni dah makin banyak siri panduan

    berkaitan Instagram yang dijual, jadi, sebelum anda rasa nak beli mana-mana siri

    panduan, atau mana-mana kelas, cuba pertimbangkan dahulu, sama ada bisnes anda

    sesuai atau tidak untuk di masukkan di dalam Instagram.

    Okay, sebelum anda nak masuk ke mana-mana platform pemasaran, tak kisah lah

    Instagram ke, Facebook ke, MUdah ke, Lelong ke, Ebay ke, ada kena kenal pasti

    dahulu bisnes anda dan siapa pelanggan anda.

  • 7/25/2019 PENGENALAN INSTA 2016

    8/18

    http://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagram

    Ini paling penting. SIAPA PELANGGAN ANDA dan DIMANA TEMPAT MEREKA

    MELEPAK

    Sama juga kalau anda nak buat bisnes secara offline, buka kedai, agak-agak sesuai tak

    kalau nak buka showroom kereta mewah di kawasan pedalaman Negeri Sabah yang

    mana kalau nak masuk pun perlu berakit rakit dahulu berengan renang ketepian?

    Jadi berbalik pada TOPIK UTAMA

    Produk apa yang PATUT dan BOLEH anda jual di Instagram?

    Jawapannya :

    Lihat pada AUDIENCE.. siapa pengguna terbesar Instagram? Golongan bagaimana?

    Golongan remaja? Belia? Mak Mak? Pakcik Pakcik? Artis?

    Anda rasa golongan yang berusia suka sangat ke nak selfie, stalk gambar orang lain

    dan buat shoot video?

    Anda dah nampak sedikit kan?

    Lihat dan jawab semula soalan diatas..

    Siapa pengguna terbesar Instagram? Golongan bagaimana?

    Jadi sekarang.. dah dapat agak kan produk apa yang bersesuaian?

    Apa yang saya lihat..

    Gadget, aksesori, produk kecantikan, barangan bayi, pakaian, produk kesihatan bg

  • 7/25/2019 PENGENALAN INSTA 2016

    9/18

    http://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagram

    remaja dan belia.. dan lain-lain yang mensasarkan golongan REMAJA DAN BELIA

    memang boleh buat jualan di dalam instagram.

    Produk jenis lain seperti berunsur MLM, produk digital, produk kesihatan untuk

    golongan berusia, insurans.. saya tidak berani komen.. mungkin ada cuma saya

    terlepas pandang.

    Sekarang anda dah tahu siapa audience, apa produk yang patut dijual, tapi soalnya

    bagaimana nak berniaga dalam Instagram ni?

    Sama ke macam Facebook? Boleh buat ads / iklan ke?

    Jawapannya SAMA dan TIDAK SAMA

    Tidak sama dengan Facebook sebab belum boleh buat ads. Dan Newsfeed ada satu je,

    tak ada group- group nak iklankan.

    Tetapi apa yang sama?

    Jika anda ada Fan Page, anda perlukan Likes yang banyak untuk tingkatkan kadar

    reach pada audience.. ( jika tidak menggunakan Ads )

    Di dalam Instagram juga, anda perlukan Followeryang ramai untuk tingkatkan kadar

    reach pada audience.

    TETAPI apa yang saya perhatikan.. kadar reach di dalam akaun instagram adalah

    BESAR lebih TINGGIdari FB fan page.

    Seperti contoh, FB Page mungkin hanya 5-10% sahaja yang dapat dicapai, tetapi di

    Instagram, mungkin lebih dari itu.

  • 7/25/2019 PENGENALAN INSTA 2016

    10/18

    http://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagram

    Follower dalam Instagram saya kategorikan kepada 2 jenis

    Fake Follower Vs Real Follower ( Sama macam Likes.)

    Fake Follower:

    Kebanyakan orang mendapatkan Fake Follower adalah hanya bertujuan utnuk

    meningkatkan kredibiliti akaun instagram mereka dan untuk memancing kepercayaan

    pelanggan.

    akaun dia ni banyak follower, mesti ramai org suka, beli dan boleh percaya

    Tetapi akaun-akaun fake tersebut tidak aktif, dan tidak akan ada respon langsung pada

    perniagaan mereka.

    Hanya sekadar dummy, supaya nampak hebat, supaya mudah tarik orang lain follow

    akaun mereka.

    Real follower :

    Real follower merupakan akaun yang benar-benar wujud, penggunanya aktif, ada

    potensi jadi pembeli dan juga bukan akaun-akaun palsu. Penggunanya adalah orang

    yang sebenar dan kerap gunakan akaun mereka sama ada upload gambar sendiri, like

    dan komen pada akaun orang lain

  • 7/25/2019 PENGENALAN INSTA 2016

    11/18

    http://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagram

    Tetapi real follower juga ada 2 kategori. Terutama untuk perniagaan.

    1) Random Real Follower

    Random atau rawak. Follower yang mereka ada adalah secara rawak, sesiapa sahaja

    jadi follower mereka, budak sekolah, lelaki, perempuan, orang bukan Malaysia.. sesiapa

    sahaja.. bebas. Boleh jadi rakan-rakan sendiri.

    2) Real Targeted Follower

    Follower yang ada adalah betul-betul targeted mengikut produk atau perniagaan yang

    kita tawarkan. Dan mereka berpotensi besar untuk menjadi pembeli bagi produk-produk

    jualan kita kelak.

    Jadi untuk mendapatkan real follower juga mestilah targeted berdasarkan produk jualan

    anda.

    Sama seperti dalam Facebook..

    Orang yang minat tudung, tak semestinya mahu cari produk kecantikan. Dan orang

    yang pakai tudung tak semesti minat untuk beli tudung online. Jadi, untuk dapatkan

    follower seperti ini perlukan sedikit proses filtering.

  • 7/25/2019 PENGENALAN INSTA 2016

    12/18

    http://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagram

    5 faktor yang patut anda ambil berat jika nak buat jualan di Instagram (IG)

    1 : Pemilihan produk

    Anda kena tahu, kebanyakkan pengguna IG ni muda remaja. Jadi anggaran umur

    mereka juga lingkungan bawah 35 tahun. Mungkin bawah 30. Kedudukan kewangan

    pun ala kadar. Jadi kalau letak produk mahal, atau produk-produk untuk orang berusia

    memang slow jika di IG. Letak ubat kuat yang baca budak2 nak buat apa weh..

    Tetapi jika dari segi BRANDING. Ianya lebih berkesan. Lihat sahaja syarikat syarikat

    besar seperti NIKE, ADIDAS, mereka juga gunakan Instagram bagi tujuan BRANDING,

    bukan buat direct sales dalam Instagram

    2 : Gambar

    Cuba ubah gambar-gambar yang kita post tu. Supaya nampak unik lain dari yang lain.

    Tak lah asyik gmbr ala2 katalog produk je. Dalam IG, kebanyakkan pengguna suka

    masuk IG sbb mereka suka tengok gambar2 unik. Bukan nak tgk katalog barang. Jadi,

    jika gambar produk anda ada kelainan, besar kemungkinan ramai orang suka, ramai

    orang suka, lagi tinggi potensi orang nak beli. Dalam IG gambar jadi penambat hati

    mereka.

    3 : Ayat jualan.

    Sama macam point diatas, dalam IG orang bukan nak tengok katalog barang, jadi cuba

    lah elakkan terlalu hard selling. Dalam erti kata lain, ayat jangan lah asyik nak menjual

    je. Sesetengah mereka masuk IG sbb nak lari dari FB yang ramai sangat orang dok

    menjual tau. Jadi ubah ayat ke arah cuba perkenalkan produk dengan lebih unik.

  • 7/25/2019 PENGENALAN INSTA 2016

    13/18

    http://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagram

    4 : Penggunaan .

    Tak dinafikan, ada juga yang suka shopping dalam IG ni, dna mereka cari barang

    berdasarkan #tags. Jadi, anda kena tahu lah apa yang mereka biasa cari, nak tahu

    bagaimana? letakkan situasi diri anda seperti mereka, jika nka cari produk, apa yang

    anda cari. Contoh, jika saya nka cari barang bayi, saya akan taip barangbayi, bukan

    sayajualbarangbayi. Tak ramai yang tahu tu. #sayajual tu famous di kalangan peniaga

    je. Lagi satu, tak payah lah letak #tags yang tak berkaitan, buat semak post je weh. Kau

    jual jersi bola, lepas tu konon-konon kau nak tarik follower Wak Doyok letaklah . Silap-

    silap hari bulan orang ingat jersi yang kau jual tu jenis kain panas, terus tak ada orang

    beli. Dan silap-silap hari bukan, follower mereka block IG kau sebab panas tengok asyik

    nak menjual je. Jadi, sila fahami situasi bakal pelanggan anda dan juga pengguna IG

    yang lain.

    5 : Followers

    Okay, ni paling penting, siapa follower anda tu yang mainkan peranan utama untuk

    anda lariskan jualan dalam IG. Follower yang ramai tak semesti bagus. Bagus untuk

    naikkan kepercayaan dam kredibiliti, tapi untuk convert ke jualan belum tentu. Cuba

    bayangkan follower anda anda 150,000 orang, dan anda jual shawl, tudung, baju

    kurung, TAPI, follower anda semuanya budak sekolah, lelaki, umur lingkungan 15-18

    tahun. Buat apa? Jadi, yang penting adalah TARGETED FOLLOWER.

  • 7/25/2019 PENGENALAN INSTA 2016

    14/18

    http://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagram

    Jadi secara umumnya 4 elemen ini yang sangat penting dalam anda nak hasilkan

    JUALANdan MAKE MONEYdalam Instagram.

    Kita recap

    1 Pemilihan produk yang betul.

    2 Targeted audience ( Followers )

    3 Gambar yang menarik

    4 Caption ayat yang bersesuaian dan memukau

    Dulu saya pernah lakukan Servis untuk NAIKKAN TARGETED FOLLOWER. Dan saya

    juga pernah juga keluarkan panduan bagaimana untuk naikkan targeted Followers.

    Memang TERBUKTIyang TARGETED FOLLOWERni lebih beri IMPAK BESARpada

    client saya yang mana mereka juga peniaga. Ini Sebahagian dari kata mereka :

  • 7/25/2019 PENGENALAN INSTA 2016

    15/18

    http://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagram

  • 7/25/2019 PENGENALAN INSTA 2016

    16/18

    http://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagram

    Dah, jangan Tanya saya bagaimana nak dapatkan servis tersebut, sebab saya dah

    TUTUPpun, sebab TAK MENANG TANGANnak handle akaun Instagram orang lain.

    Jadi? Macam mana nak naikkan juga TARGETED FOLLOWER ni?

    Sebenarnya anda boleh lakukan sendiri TANPAambil servis dari saya? Bagaimana?

    Awal tahun lepas telah keluarkan panduan KHAS untuk mendapatkan Real Targeted

    Follower. Apa yang saya buat pada client-client saya, dalam panduan inilah saya

    bongkarkan. Anda Cuma perlu follow step by step.

    Jika masih baru pun tak apa, sebab saya tunjukkan dari asas bagaimana nak buka

    akaun sehinggalah dapatkan targeted follower.

    Tetapi modul tersebut sedikit lama, dan bila Instagram semakin berkembang, dan

    peniaga pun mula ramai, game sedikit berbeza.

    Kerana itu, bukan sahaja targeted follower, tetapi anda kena kuasai 3 elemen lain

    seperti yang dinyatakan sebelum ini.

    Jadi, atas kelompongan itu, sekali lagi tahun ini, saya sediakan satu panduan baru,

    versi yang lebih terkini dengan lebih banyak modul tambahan dimana jika dahulu cuma

    3, tetapi kali ni saya dedahkan sehingga 9 teknik untuk dapatkan followers, dan

    beberapa modul lain bagaimana untuk anda kuasai elemen-elemen lain yang dapat

    membantu anda mengusai pemasaran Instagram seterusnya buat jualan dalam

    Instagram.

  • 7/25/2019 PENGENALAN INSTA 2016

    17/18

    http://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagram

    Dimana nak dapatkan panduan tersebut.?

    Anda boleh baca lanjut di

    http://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagram

    Jadi sekarang anda dah jelas kan, bagaimana untuk buat jualan dalam Instagram?

    Kita review semula.

    Pertama : Tahu siapa Audience anda dalam medium Instagram, sesuai ke tak nak

    berniaga dalam instagram.

    Kedua : Senaraikan produk yang bersesuaian dengan audience di medium Instagram

    Ketiga: Dapatkan audience yang betul dan tepat untuk produk jualan anda.

    Anda rasa panduan ini berguna untuk rakan-rakan yang lain?

    Boleh lah share dengan mereka, dengan tekan butang share dibawah, semoga

    bermanfaat buat rakan-rakan yang lain

    Tekan button ini untuk share di Facebook

    http://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagramhttp://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagramhttp://www.facebook.com/http://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagram
  • 7/25/2019 PENGENALAN INSTA 2016

    18/18

    http://bit ly/TeknikRahsiaJualanInstagram

    Akhir kata..

    Semoga success saya ucapkan, dan semoga anda dah jelas sama ada mediaum

    pemasaran Instagram ini SESUAI ataupun TAK untuk bisnes anda. InsyaAllah

    dalam email yang mendatang saya akan kongsikan lagi beberapa tips berkaitan

    pemasaran Instagram.

    P/s : Panduan percuma ini ditulis dan dikongsikan pada saya oleh pengasas teknik

    manipulasi Instagram sendiri dan Alhamdulillah, semenjak diperkenalkan, ianya telah

    membantu lebih dari 2,000 usahawan dalam membina perniagaan dalam Instagram.

    Jadi, kini tiba giliran anda pula untuk sama-sama mempelajari dan mengusai

    pemasaran Instagram dengan lebih berkesan dan seterusnya hasilkan jualan dalam

    Instagram.

    Jom CEPAT-CEPAT MASUK sini dan GRAB PELUANG yang ada

    Link Downloadhttp://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagram

    Ismail Arsad

    Pengasas Teknik Manipulasi Instagram http://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagram

    http://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagramhttp://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagramhttp://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagramhttp://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagramhttp://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagramhttp://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagramhttp://bit.ly/TeknikRahsiaJualanInstagram