peraturan kejohanan mss zon 2016

Upload: muhd-tarmizi-muhd-nor

Post on 25-Feb-2018

288 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Peraturan Kejohanan MSS Zon 2016

    1/12

    PTPS BALAPAN DAN PADANG MSSWPKL WILAYAH SEN

    KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANGMAJLIS SUKAN SEKOLAHSEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN

    WILAYAH SENTUL 2016--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Tarikh : 15 Feb 2016 hingga 18 Feb 2016Tempat : Std. Mini Seri Permaisuri

    1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

    Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Malaysia ( KOM ) 2007/2008,PeraturanPeraturan AM Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia ( MSSM ) dan Peraturan-PeraturanPertandingan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan ( MSSWP ).

    2. ACARAACARA DAN UKURAN SERTA TIMBANGAN ALATALAT PERTANDINGAN

    KODACARA

    ACARALELAKI PEREMPUAN

    18 TKB 15 TKB 12 TKB 18 TKB 15 TKB 12 TKB

    01 100 M X X X X X X

    02 200 M X X X X X X

    03 400 M X X - X X -04 800 M X X - X X -

    05 1500 M X X - X X -

    06 3000 M TERBUKA - - - X -

    07 5000 M TERBUKA X - - - -

    08 80 M LARI BERPAGAR - -X

    0.762 M- -

    X0.762 M

    09 100 M LARI BERPAGAR - - -X

    0.840 MX

    0.762 M-

    10 110 M LARI BERPAGARX

    0.992 MX

    0.914 M- - - -

    11 200 M LARI BERPAGAR - X0.840 M

    - - X0.762 M

    -

    12 400 M LARI BERPAGARX

    0.914 M- -

    X0.762 M

    - -

    13 2000 M L. BERHALANGAN -X

    0.840 m-

    X (TERBUKA)0.762 M

    -

    14 3000 M L. BERHALANGANX

    0.914 m- - - - -

    15 1000 M JALAN KAKI - - X - - X

    16 3000 M JALAN KAKI - - - - X -

    17 5000 M JALAN KAKI - X - X - -

    18 10000 JALAN KAKI X - - - - -

    19 LOMPAT TINGGI X X X X X X

    20 LOMPAT JAUH X X X X X X

    21 LOMPAT KIJANG X X - X X -

    22*LOMPAT BERGALAHTERBUKA

    X - X -

    23 MELONTAR PELURUX

    5.00 KGX

    4.00 KGX

    2.72 KGX

    4.00 KGX

    3.00 KGX

    2.72 KG

    24 MELEMPAR CAKERAX

    1.50 KGX

    1.00 KG-

    X1.00 KG

    X1.00 KG

    -

  • 7/25/2019 Peraturan Kejohanan MSS Zon 2016

    2/12

    PTPS BALAPAN DAN PADANG MSSWPKL WILAYAH SEN

    25 MEREJAM LEMBINGX

    700 GX

    600 G-

    X600 G

    X600 G

    -

    26BALING TUKUL BESITERBUKA

    X5.00 KG

    -X

    4.00 KG-

    27 4 X 100 M X X X X X X

    28 4 X 200 M - - X - - X

    29 4 X 400 M X X - X X -

    30* PENTATLON TERBUKA - - - X -

    31* OCTATLON TERBUKA X - - - -

    JUMLAH 21 21 09 21 21 09

    2.1. 80 METER LARI BERPAGAR

    KATEGORI BIL.PAGAR

    TINGGIPAGAR

    PAGAR 1 DARIGARISAN PERMULAAN

    PAGAR KEPAGAR

    PAGAR 8 KEGARISANPENAMAT

    LELAKI &PEREMPUAN

    TKB8 0.762 M 12.00 METER 8.00 METER 12.00 METER

    PEREMPUAN15 TKB18 TKB

    10 0.762M0.840M

    13.00 METER 8.5 METER 10.05 METER

    LELAKI15 TKB18TKB

    10 0.914M0.992M

    13.72 METER 9.14 METER 14.02 METER

    2.2. 200 METER LARI BERPAGAR

    KATEGORIBIL

    PAGARTINGGIPAGAR

    PAGAR 1 DARIGARISAN PERMULAAN

    PAGAR KEPAGAR

    PAGAR 10 KEGARISAN PENAMAT

    LELAKI15 TKB

    5 0.840 M 20.00 METER 35.00 METER 40.00 METER

    PEREMPUAN15 TKB

    5 0.762 M 20.00 METER 35.00 METER 40.00 METER

    2.3 400 METER LARI BERPAGAR

    KATEGORIBIL

    PAGARTINGGIPAGAR

    PAGAR 1 DARIGARISAN PERMULAAN

    PAGAR KEPAGAR

    PAGAR 10 KEGARISAN PENAMAT

    LELAKI18 TKB 10 0.914M 45.00 METER 35.00 METER 40.00 METER

    PEREMPUAN18 TKB

    10 0.762 M 45.00 METER 35.00 METER 40.00 METER

    2.4 : Acara 2000 METER LARI BERHALANGAN

    2.4.1 Lompat Pagar : 18 kali

    2.4.2 Lompat Air : 5 kali

  • 7/25/2019 Peraturan Kejohanan MSS Zon 2016

    3/12

    PTPS BALAPAN DAN PADANG MSSWPKL WILAYAH SEN

    2.4.3 Lompatan air ialah lompatan kedua dalam pusingan pertama dan kemudiannyalompatan yang keempat dalam pusingan yang berikutan.

    2.5 : Acara 4 X 200 M

    2.5.1 Pelari Pertamaakan gunakan lorong sendiri dan akan bermula di garisan 1 staggerseperti pelari pertama dalam acara 4 X 400 M.

    2.5.2 Pelari Kedua akan bersedia di garisan satu stagger yang akan disediakan.

    2.5.3 Pelari Ketigaakan bersedia di garisan stagger ( seperti pelari kedua dalam acara4 X 400 M ). Selepas menerima baton daripada pelari kedua, pelari ketiga mestilahberlari di lorong masingmasing sehingga ke selekoh pertama dan kemudiannya,beliau boleh memotong masuk ke lorong pertama.

    2.5.4 Pelari Akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut kedudukan pelari

    yang datang, dan menerima baton dengan syarat dia tidak menghalang ataumenolak peserta lain.

    2.6. Acara yang tidak dipertandingkan di peringkat zon.

    2.6.1. Acara-acara Pentathlon, Heptathon, dan Lompat bergalah tidak dipertandingkan diperingkat zon, hanya dipertandingkan di peringkat MSSWPL/MSSM. Sekolah yangmempunyai peserta bagi acara tersebut hendaklah menyatakan perkara tersebutdalam borang penyertaan atau memaklumkan kepada J/K Pertandingan/PengerusiTeknik Olahraga Zon. Peserta ini boleh menyertai acara lain semasa pertandinganzon.

    3.0 KUMPULAN UMUR

    3.1. 18 Thn Ke bawah Lelaki dan Perempuan (lahir pada 1999]3.2. 15 Thn ke bawah Lelaki dan Perempuan. (lahir pada 2001, 2002, 2003......)3.3. 12 Thn ke bawah Lelaki dan Perempuan. (lahir pada 2004, 2005)3.4. Pesertapeserta Heptatlon dan Pentatlon TIDAK DIBENARKANmengambil bahagian dalam

    acara individu yang lain.3.5. Acara TERBUKA hanya dibenarkan disertai oleh pesertapeserta yang berumur 12 tahun

    atau lebih pada 01 Januari tahun pertandingan. (Sekolah Menengah sahaja).3.6. Umur dikira pada tarikh 1 Januari tahun pertandingan.

    4.0 PENYERTAAN ATLET SEKOLAH SUKAN NEGERI (SSN) TITIWANGSA

    4.1 Atlet dari Sekolah Sukan Negeri (SSN) Titiwangsa/SSM akan mewakili pasukan ZONMASING-MASING mengikut sekolah terakhir mereka berdaftar.

    5.0 ACARA PERTANDINGAN

    5.1. Sekolah Menengah5.1.1. Setiap sekolah dibenarkan menamakan dua (2) orang pesertauntuk setiap acara

    individu dan satu pasukanuntuk acara pasukan ( 4 X 100M, 4 X 400M).

  • 7/25/2019 Peraturan Kejohanan MSS Zon 2016

    4/12

    PTPS BALAPAN DAN PADANG MSSWPKL WILAYAH SEN

    5.1.2. Setiap peserta dibenarkan mengambil bahagian dalam tiga (3) acara individu termasukacara terbuka dan dua (2)acara berpasukan.

    5.1.3. Peserta 15 Thn dibenarkan mengambil bahagian dalam acara terbuka. Pungutan pingatpeserta ini akan diambil kira dalam pungutan pingat dalam kategori 18 thn.

    5.2. Sekolah Rendah

    5.2.1. Setiap sekolah dibenarkan menamakan dua (2) orang pesertauntuk setiap acaraindividu dan satu pasukanuntuk acara pasukan ( 4 X 100M, 4 X 200M).5.2.2. Setiap peserta dibenarkan mengambil bahagian dalam dua (2) acara individu

    termasuk acara terbuka dan dua (2) acara berpasukan.

    5.3. Jika terdapat kurang dari tiga (3) peserta atau pasukan yang mengambil bahagian dalam satu-satu acara, maka acara itu akan dibatalkan.

    5.4. Jika terdapat seorang peserta yang mengambil bahagian dalam 2 acara pada masa yangsama, peserta tersebut (dengan bantuan pengurus pasukan) harus memaklumkan kepadaKetua Penyelia Peserta dan Referi berkenaan.

    5.5 Catatan Rekod Kejohanan5.5.1 Catatan rekod kejohanan yang digunapakai adalah berdasarkan catatan tangan(Hand Timing)dalam kejohanan MSSMKL.

    6. PERATURAN MENGISI BORANG PENYERTAAN

    6.1. Pendaftaran peserta hendaklah dibuat mengikut tatacara sistem pendaftaran yang telahditetapkan oleh pengelola.( sentul2016.sns2u.com )

    6.2. Isikan NO PESERTA yang telah ditetapkan bagi setiap peserta.6.3. Sila Taip/Tulis dengan jelas NAMA PENUH, NO.KAD PENGENALAN / NO. SIJIL LAHIR.6.4. Sila tandakan X di ruang acara yang diambil oleh peserta.6.5. Sila gunakan BORANG MASUK BERASINGAN bagi tiap-tiap kelas/kategori (Lelaki dan

    Perempuan).

    6.6. Semua peserta mestilah didaftarkan termasuk peserta Acara Lari Berganti-ganti dan PesertaSimpanannya.

    6.7. Pihak pengelola berhak menolak borang masuk yang tidak diisi mengikut peraturan yangditetapkan.

    6.8. Semua peserta yang hendak bertanding hendaklah disahkan semasa Mesyuarat PengurusPasukan. Sertakan Bersama Salinan Kad Pengenalan/Sijil Lahir yang telah disahkanOleh Pengetua / Guru Besar sekolah masing-masing. Pihak pengelola berhak menolakpenyertaan peserta yang tidak menyertakan salinan dokumen berkenaan.

    6.9. Kemasukan lewat peserta tidak akan dilayan.( TARIKH TUTUP PENDAFTARAN 9 FEB 2016 )

    6.10. Penyertaan adalah percuma.

    7. PENGESAHAN PESERTA

    PESERTA

    7.1 Pengundian

    7.1.1 Undian lorong pusingan pertama dilakukan oleh J/k Pertandingan, hendaklahdisahkan semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan Ke -2

    7.1.2 Nama-nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam semua acarahendaklah disahkan selewat-lewatnya pada mesyuarat tersebut (Mesyuarat Ke-2).Segala pertukaran atau peserta yang didaftarkan tidak tersenarai dalam buku

  • 7/25/2019 Peraturan Kejohanan MSS Zon 2016

    5/12

    PTPS BALAPAN DAN PADANG MSSWPKL WILAYAH SEN

    pertandingan atau penarikan diri atau bantahan boleh dilakukan dalam mesyuarattersebut.( SELEPAS ITU SEMUA PERTUKARAN / PENGGANTIAN / BANTAHAN TIDAKAKAN DILAYAN)

    7.1.3 Pusingan seterusnya adalah dilakukan oleh J/K Perangkaan dan J/K Pertandingan.Susunan peserta adalah mengikut Peraturan 166 MAAU.

    8. PENARIKAN DIRI SEMASA KEJOHANAN DIJALANKAN

    8.1 Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan semasa Taklimat Pengurus- Pengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya, KECUALI

    jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakit / cedera daripada PegawaiPerubatan Kejohanan, atlet berkenaan berkenaan tidak akan dibenarkan menyertaiacara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.

    8.2 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambilbahagian dalam pusingan awal, tanpa surat pengesahan sakit / cedera daripada

    Pegawai Perubatan Kejohanan, adalah dianggap sebagai menarik diri daripadasemua acara seterusnya yang didaftar atas namanya.

    8.3. Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihatPegawai Perubatan Kejohanan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalamsemua acara yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan SuratPengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan.

    9. PENARIKAN DIRI DAN PENGGANTIAN

    9.1 Penggantian seseorang peserta yang menarik diri hendaklah dibuat semasa TaklimatPengurus-pengurus Pasukan Kali-2. Selepas itu semua pertukaran/penggantian tidakdibenarkan.

    9.2 Penukaran acara di antara peserta yang berdaftar adalah dibenarkan tetapitambahan peserta dibenarkan atas persetujuan semua pengurus pasukan jika tidakmengganggu jadual pertandingan/saringan atau separuh akhir. Perkara ini harusdilakukan semasa taklimat pengurus pasukan. Selepas itu tidak dibenarkan.

    10. LARI BERGANTI-GANTI

    10.1. Semua peserta yang didaftarkan layak menyertai acara lari berganti-ganti.Walaubagaimanapun, sekolah harus mendaftarkan penyertaan dalam borang penyertaanterlebih dahulu. Nama, nombor dan kedudukan peserta lari berganti- ganti ini haruslahdidaftarkan sejam sebelum acara berlangsung kepada Ketua Penyelia Peserta.

    10.2. Penggantian acara berganti-ganti dihadkan kepada dua (2) orang peserta yang didaftarkandalam Borang Khas Lari Berganti-ganti.

  • 7/25/2019 Peraturan Kejohanan MSS Zon 2016

    6/12

    PTPS BALAPAN DAN PADANG MSSWPKL WILAYAH SEN

    10.3. Apabila peserta memulakan pertandingan pada pusingan pertama ditukarkandengan seorang peserta lain, peserta yang diganti itu tidak boleh kembali kepadapasukan tersebut.

    11. MELAPOR DIRI PESERTA

    11.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit bagi acara Balapan dan 45minit bagi acara Padang, sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Pesertaakan dihantar ke tempat permulaan acara 5 ke10 minit lebih awal dari waktu acara berkenaandijadualkan berlangsung.

    11.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKANmelaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalamarena pertandingan.

    11.3 Hebahan oleh penyelia peserta tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagiacara-acara mereka hanya dibuat dua (2) kali sahaja. Peserta yang layak ke pusinganseterusnya akan ditampal di papan kenyataan.

    11.4 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkandengan 4 pin pada setiap penjuru di baju (dada dan belakang kecuali acara Lompat tinggi).Peserta yang tidak mematuhi arahan dan peraturan ini tidak dibenarkan mengambil bahagiandalam acara yang disertainya.

    11.5 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 10 minit sebelum acara meraka dimulakan,TIDAK AKAN DIBENARKANmengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggapsebagai telah menarik diri.

    12. PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN

    12.1 Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arenapertandingan diiringi oleh Penyelia Peserta.

    12.2 Untuk acara Balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta hendaklah berada dilorong masing-masing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untukmenunjukkan nombor mereka dan balik ke tempat peserta dengan serta merta tanpamemasuki padang.

    13. MEMANASKAN BADAN

    13.1 Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan sahaja.

    14. BLOK PERMULAAN

    14.1 Bagi acara-acara yang tersebut di bawah untuk peringkat umur 18 Tahun Ke Bawah, 15Tahun Ke Bawah dan 12 tahun ke bawah ( Lelaki dan Perempuan ) blok permulaan WAJIBDIGUNAKAN

    Acara : 100m, 200m, 400m, 80m Lari berpagar, 100m Lari Berpagar, 110m LariBerpagar, 200m lari berpagar, 400m Lari Berpagar, 4 X 100m , 4 x 200 m dan 4 X 400 m.

  • 7/25/2019 Peraturan Kejohanan MSS Zon 2016

    7/12

    PTPS BALAPAN DAN PADANG MSSWPKL WILAYAH SEN

    15. PAKU KASUT ( SPIKES ) DAN PERALATAN

    15.1 Paku Kasut : Kejohanan ini akan diadakan di atas balapan jenis sintetik. Panjangmaksima paku kasut ( spikes ) tidak boleh melebihi 09mm, kecuali untuk acara Lompat Tinggidan Merejam Lembing. Untuk acara-acara tersebut, paku kasut tidak boleh melebihi 12mm.

    15.2 Peralatan : Pihak Pengelola akan menyediakan semua peralatan termasuk Blok

    Permulaan, kecuali galah berlombol untuk acara Lompat Bergalah di mana pesertadibenarkan menggunakan galah sendiri dengan syarat ia diserahkan kepada Pengurus Teknikterlebih dahulu untuk disahkan. Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan galah oranglain kecuali dengan mendapat kebenaran dari pada tuan empunya.

    16. CARA MENANDA DI TEMPAT-TEMPAT PERTANDINGAN

    16.1 Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan kapur atau lain-lain bahan sepertinya untukmenandakan di tempattempat pertandingan.Mereka hendaklah menggunakan pita yangdisediakan oleh Pihak Pengelola.

    17. UKURAN TINGGI PERMULAAN

    Bagi acara-acara tersebut di bawah. Ukuran tinggi permulaan adalah seperti berikut :

    17.1 Lompat Tinggi

    PERINGKAT UMUR LELAKI PEREMPUAN

    18 TKB 1.40m 1.10m

    15 TKB 1.30m 1.05m

    12 TKB 1.10m 1.00m

    18. PAPAN LONJAKAN ACARA LOMPAT KIJANG

    18.1 Jarak Papan Lonjakan dari kawasan mendarat bagi acara Lompat Kijang adalah sepertiberikut :

    PERINGKAT UMUR LELAKI PEREMPUAN

    18 TKB 9 / 11 m 7 / 9 m

    15 TKB 9 / 11 m 7 / 9 m

  • 7/25/2019 Peraturan Kejohanan MSS Zon 2016

    8/12

    PTPS BALAPAN DAN PADANG MSSWPKL WILAYAH SEN

    19. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN

    19.1 Acara Pentatlon dan Heptatlon

    19.1.1 Pemenang ialah peserta yang dapat mengumpul jumlah mata yang terbanyak dalamlima atau tujuh acara mengikut keadaan, berdasarkan Jadual Mengira Mata IAAF,walaupun ukuran berat bagi acara Melontar Peluru dan Merejam Lembing tidak sama

    dengan kehendak IAAF.

    19.1.2 Sekiranya seri, maka pemenang ialah peserta yang memperolehi mata tertinggidalam lebih acara antara peserta-peserta yang seri. Jika ini juga tidak dapatmemutuskannya, pemenang ialah peserta yang mendapat mata tertinggi di dalammana-mana acara tertentu. Keadaan ini digunakan untuk memutuskan seri bagisebarang tempat dalam pertandingan ini.

    19.2 Penentuan Peserta Terbaik / OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI

    19.2.1 Hadiah-hadiah peserta terbaik akan diberi kepada Peserta Terbaik Lelaki 18TKB,Perempuan 18TKB, Lelaki 15TKB, Perempuan 15TKB, Lelaki 12TKB dan Perempuan

    12TKB berdasarkan pencapaian individu dalam jumlah pungutan pingat Emas, Perakdan Gangsa di samping catatan rekod baru. Kelebihan usia sesuatu rekod bolehmempengaruhi keputusan pemilihan.

    19.2.2 Sekiranya tiada rekod yang diatasi / dicatat, jumlah pungutan pingat emas atau perakatau gangsa dalam acara individu akan diambil kira.

    19.2.3 Sekiranya pungutan pingat emas masih sama, pungutan pingat perak dan pingatgangsa dalam acara individu akan diambil kira.

    19.2.4 Sekiranya kedudukan masih sama juga, maka keputusan akan dibuat berdasarkanJadual Mengira Mata IAAF bagi pencapaian terbaik acara tertentu setiap peserta.

    19.2.5 Olahragawan dan Olahragawati diberi kepada peserta terbaik keseluruhan (Lelakidan perempuan).

    19.2.6 Bagi anugerah khas atau peserta terbaik individu bagi setiap kategori, ianya tidakmelibatkan atlet dari Sekolah Sukan Negeri (SSN) Titiwangsa.

    19.3 Piala pusingan yang dipertandingkan.19.3.1. Johan Lelaki Rendah19.3.2. Johan Lelaki Menengah19.3.3. Johan Perempuan Rendah19.3.4. Johan Perempuan Menengah19.3.5. Johan Keseluruhan Menengah19.3.6. Johan Keseluruhan Rendah

    19.4. Penentuan sekolah yang menjadi johan ialah berdasarkan pungutan pingat emas terbanyak.Jika seri kiraan pingat perak terbanyak dan jika masih seri kiraan pungutan pingat gangsa.

  • 7/25/2019 Peraturan Kejohanan MSS Zon 2016

    9/12

    PTPS BALAPAN DAN PADANG MSSWPKL WILAYAH SEN

    20. PERATURAN KELAYAKAN

    Bil peserta Bil saringan Bil Separuh Akhir105112 14 3

    97-104 13 3

    89-966 12 381-88 11 3

    73-80 10 365-72 9 357-64 8 3

    49-56 7 3

    41-48 6 333-40 5 2

    25-32 4 2

    17-24 39-16 2

    20.1. Saringan.

    Jika 14 Saringan.1 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 10 peserta yang mencatat masa terbaik dari 14 saringan layakmemasuki peringkat separuh akhir (3 separuh akhir).

    Jika 13 Saringan.1 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 11 peserta yang mencatat masa terbaik dari 13 saringan layakmemasuki peringkat separuh akhir (3 separuh akhir).

    Jika 12 Saringan.1 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 12 peserta yang mencatat masa terbaik dari 12 saringan layakmemasuki peringkat separuh akhir (3 separuh akhir).

    Jika 11 Saringan.1 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 13 peserta yang mencatat masa terbaik dari 11 saringan layakmemasuki peringkat separuh akhir (3 separuh akhir).

    Jika 10 Saringan.2 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 4 peserta yang mencatat masa terbaik dari 10 saringan layakmemasuki peringkat separuh akhir (3 separuh akhir).

    Jika 9 Saringan.2 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 6 peserta yang mencatat masa terbaik dari 9 saringan layakmemasuki peringkat separuh akhir (3 separuh akhir).

    Jika 8 Saringan.2 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 8 peserta yang mencatat masa terbaik dari 8 saringan layakmemasuki peringkat separuh akhir (3 separuh akhir) .

    Jika 7 Saringan.3 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 3 peserta yang mencatat masa terbaik dari 7 saringan layakmemasuki peringkat separuh akhir (3 separuh akhir).

  • 7/25/2019 Peraturan Kejohanan MSS Zon 2016

    10/12

    PTPS BALAPAN DAN PADANG MSSWPKL WILAYAH SEN

    Jika 6 Saringan.3 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 6 peserta yang mencatat masa terbaik dari 6 saringan layakmemasuki peringkat separuh akhir (3 separuh akhir).

    Jika 5 Saringan.3 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 1 peserta yang mencatat masa terbaik dari 5 saringan layakmemasuki peringkat separuh akhir (2 separuh akhir).

    Jika 4 Saringan.3 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 4 peserta yang mencatat masa terbaik dari 4 saringan layakmemasuki peringkat separuh akhir (2 separuh akhir).

    20.2. Separuh Akhir

    Jika 3 separuh akhir2 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 2 peserta yang mencatat masa terbaik dari 3 separuh akhirperingkat akhir.

    Jika 2 separuh akhir

    3 peserta yang pertama dari setiap saringan dan 2 peserta yang mencatat masa terbaik dari 2 separuh akhirperingkat akhir.

    20.3. 1500 M

    Jika bilangan peserta melebihi 16 hingga 24. 2 separuh akhir , 4 peserta pertama setiap separuh akhir dan 4peserta yang mencatat masa terbaik memasuki peringkat akhir.Bilangan peserta 25 hingga 36, 3 Separuhakhir.3 peserta pertama setiap s/akhir dan 3 peserta yang mencatat masa terbaik layak ke peringkat akhir.

    20.4 2000 M L/B, 3000 M L/B, 3000M

    Jika bilangan peserta melebihi 16 hingga 30.2 separuh akhir, 4 peserta pertama setiap separuh akhir dan 4peserta yang mencatat masa terbaik.

    20.5 Sekiranya terdapat bilangan peserta yang mencatat masa terbaik lebih dari bilangan yang dihadkanpada 19.3, dan 19.4 maka peserta yang terlibat tidak layak keperingkat berikutnya.

    20.6 SUSUNAN RANKING PUSINGAN BERIKUTNYA

    20.6.1 Peserta yang layak ke peringkat separuh akhir / akhir akan disusun mengikut ranking berikut:20.6.1.1 Pemenang tempat pertama saringan terpantas20.6.1.2 Pemenang tempat pertama saringan kedua terpantas, dan seterusnya20.6.1.3 Tempat kedua saringan terpantas20.6.1.4 Tempat kedua saringan kedua terpantas, dan seterusnya20.6.1.5 Tempat ketiga saringan terpantas20.6.1.6 Tempat ketiga saringan kedua terpantas, dan seterusnya20.6.1.7 Catatan masa terbaik berdasarkan kepantasan, dan seterusnya

    20.6.2 Peserta-peserta kemudiannya disusun mengikut susunan pilihan dalam bentuk zig-zag sepertiberikut:

  • 7/25/2019 Peraturan Kejohanan MSS Zon 2016

    11/12

    PTPS BALAPAN DAN PADANG MSSWPKL WILAYAH SEN

    Jika 3 Separuh Akhir

    KUMPULAN SUSUNAN PESERTA MENGIKUT RANKINGA 1 6 7 12 13 18 19 24B 2 5 8 11 14 17 20 23

    C 3 4 9 10 15 16 21 22

    Cataatan: Undian lorong berdasarkan: Ranking 1 hingga 12, diundi di dalam lorong 3,4,5 dan 6; ranking 13hingga 18 diundi di dalam lorong 7 dan 8, ranking 19 hingga 24 diundi di dalam lorong 1 dan 2.

    Jika 2 Separuh Akhir

    KUMPULAN SUSUNAN PESERTA MENGIKUT RANKING

    A 1 4 5 8 9 12 13 16B 2 3 6 7 10 11 14 15

    Catatan: Undian lorong berdasarkan : ranking 1 hingga 8, diundi di dalam lorong 3,4,5 dan 6; ranking 9-12 diundidi dalam lorong 7 dan 8; ranking 13 hingga 16 diundi di dalam lorong 1 dan 2.

    20.6.3 Sekiranya terdapat 2 peserta dari sekolah yang sama di dalam separuh akhir yang sama, maka, tukarkansalah seorang ke separuh akhir yang lain.

    20.6.4 Undian dijalankan oleh J/kuasa Statistik.

    21. NOMBOR PESERTA SEKOLAH

    21.1 Nombor peserta tidak disediakan oleh pihak pengelola. Namun begitu, pihak sekolah yangbertanding boleh menempah nombor peserta yang seragam daripada pihak pengelola.Ukuran 20 cm X 15 cm. berwarna putih.

    21.2. No peserta adalah 4 angka. 2 angka pertama adalah Nombor Pigeon Hole sekolah. Contohseperti di bawah :

    21.2.1. Sekolah Menengah

    BIL SekolahNo. pigeon

    hole

    HIJAU HITAM MERAH BIRU

    P 15 L 15 P 18 L 18

    1 SMK KEPONG BARU 04 0400 - 0424 0425 - 0449 0450 - 0474 0475 - 0499

    2 SMK ........ 10 1000 - 1024 1025 - 1049 1050 -1074 1075 - 1099

    21.2.2. Sekolah Rendah

    BIL SekolahNo.

    pigeonhole

    OREN UNGU

    P 12 L 12

    1 Sk Seri kepong 32 3200-3224 3225 - 3250

    2 X X X X PR17 1700-1724 1751 - 1750

  • 7/25/2019 Peraturan Kejohanan MSS Zon 2016

    12/12

    PTPS BALAPAN DAN PADANG MSSWPKL WILAYAH SEN

    22. BANTAHAN

    Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 146 KOM, kecuali perkara-perkara berikut :

    22.1 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta yang tidak dapatdiselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebutboleh mengambil bahagian di bawah bantahan ( under protest ) dan perkara tersebut akan

    dikemukakan kepada MSSWP kelak.

    22.2 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukandengan serta merta dan tidak lewat daripada

    22.2.1 Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acarapusingan awal.

    22.2.2 Tiga puluh ( 30 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acaraperingkat akhir.

    22.2.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang

    Pertaruhan sebanyak RM 200.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja ).

    23. HAKHAK JAWATANKUASA PENGELOLA

    23.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapiJawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Pembangunan OlahragaZon, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, Pengurus-Pengurus Pasukan akan diberitahu.

    23.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalamUndang-Undang Olahraga KOM terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSM atau Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga MSSWP.

    24. HALHAL LAIN

    24.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individuyang tidak berkenaan DILARANGmasuk ke tempat-tempat khas tersebut.

    24.2 Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambilbahagian, TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGANKECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.

    24.3 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota,kehilangan anggota badan / harta benda atau sebarang kecederaan lain berlaku :

    24.3.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan ke stadium24.3.2 Semasa kejohanan dijalankan24.3.3 Di dalam dan di luar kawasan stadium24.3.4 Di tempat-tempat penginapan.24.3.5 Tanggungjawab sekolah memberikan surat kebenaran ibu/bapa penjaga kepada

    peserta sekolah masing-masing.

    24.4 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambillangkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta danpegawai terjamin setakat mana yang munasabah.