perbezaan antara masalah rutin dengan masalah bukan rutin

Upload: hayden-chia-xavier

Post on 17-Feb-2018

270 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Perbezaan Antara Masalah Rutin Dengan Masalah Bukan Rutin

    1/2

    21/03/2013 Perbezaan Antara Masalah Rutin Dengan Masalah Bukan Rutin

    since0511.blogspot.com 1/2

    Perbezaan Antara Masalah RutinPerbezaan Antara Masalah RutinDengan Masalah Bukan RutinDengan Masalah Bukan Rutin

    SATURDAY, JANUARY 5, 2013

    MASALAH RUTIN DAN MASALAH BUKAN RUTIN

    Terdapat dua jenis masalah dalam matematik iaitu masalah rutin dan

    masalah bukan rutin. Masalah rutin ialah masalah harian yang biasa ditemui.

    Masalah matematik jenis ini bertujuan melatih para pelajar menguasai kemahiran

    asas dalam matematik khususnya kemahiran mengira dalam keempat-empat

    operasi iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Masalah bukan rutin pula

    merupakan masalah yang memerlukan konsep penyelesaian masalah matematikyang menggunakan kemahiran, konsep atau prinsip matematik yang telah dikuasai

    terlebih dahulu. Proses penyelesaian masalah ini melalui beberapa peringkat iaitu

    memahami masalah soalan, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan

    strategi penyelesaian dan menyemak semula masalah tersebut.

    Masalah Rutin

    Masalah-masalah yang melibatkan hanya satu operasi aritmetik sahaja

    dalam penyelesaiannnya dikategorikan sebagai masalah rutin. Masalah-masalah

    rutin hanya memerlukan pelajar memahami masalah, memilih operasi yang sesuai

    serta mempraktikkan algoritma-algoritma yang telah dipelajari. Prosedur

    penyelesaiannya diketahui oleh pelajar. Walaubagaimanapun, masalah-masalah

    matematik yang rutin ada fungsinya kerana memberi latihandalam ingatan fakta-fakta asas dan langkah-langkah yang berturutan. Selain itu, mempertingkatkan

    kemahiran-kemahiran dalam operasi-operasi asas. Malah memberi peluang

    kepada pelajar untuk berfikir tentang perkaitan di antara sesuatu operasi dan

    aplikasinya kepada situasi-situasi sebenar.

    Masalah Bukan Rutin

    Masalah bukan rutin ini memerlukan proses-proses yang lebih tinggi

    daripada yangterlibat dalam penyelesaian masalah-masalah rutin. Kejayaan dalam

    penyelesaian masalah-masalah bukan rutin bergantung kepada kebolehan pelajar

    menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah bersama dengan fakta-

    fakta dan maklumat dalam pertimbangan. Prosedur menyelesaikannya adalah

    tidak diketahui pelajar. Masalah-masalah bukan rutin biasanya diselesaikandengan pelbagai cara yang memerlukan proses pemikiran yang berbeza-beza.

    Pelajar dikehendaki menggunakan kemahiran secara kritis dan kreatif dalam

    penyelesaian masalah bukan rutin.

    Masalah-masalah bukan rutin harus digunakan dalam program matematik

    sekolah rendah kerana boleh membantu pelajar-pelajar sekolah rendah khususnya

    mengembangkan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah. Di

    samping itu, dapat membekalkan peluang kepada pelajar untuk memikirkan

    pelbagai cara penyelesaian, berkongsi kaedah-kaedah penyelesaian masalah

    dengan pelajar-pelajar lain dan mengembangkan keyakinan diri dalam

    penyelesaian masalah matematik. Seterusnya dapat mendorong pelajar untuk

    menikmati keindahan dan logik yang wujud dalam matematik. Tambahan itu,

    mengembangkan kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis berbanding denganhafalan petua, peraturan dan fakta tanpa kefahaman yang baik dalam kalangan

    pelajar.

    Masalah Rutin Masalah Bukan Rutin

    2013(1)

    January(1)

    MASALAH RUTIN DAN MASALAHBUKAN RUTIN Terdapat dua...

    BLOG ARCHIVE

    Since ng

    View my complete profile

    ABOUT M E

    0ShareShare More Next Blog Create Blog Sign In

    http://www.blogger.com/profile/04636480815304790439http://since0511.blogspot.com/2013/01/masalah-rutin-dan-masalah-bukan-rutin.htmlhttp://www.blogger.com/next-blog?navBar=true&blogID=4713574494176980704http://www.blogger.com/home#createhttp://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/home#createhttp://www.blogger.com/next-blog?navBar=true&blogID=4713574494176980704http://www.blogger.com/profile/04636480815304790439http://www.blogger.com/profile/04636480815304790439http://since0511.blogspot.com/2013/01/masalah-rutin-dan-masalah-bukan-rutin.htmlhttp://since0511.blogspot.com/2013_01_01_archive.htmlhttp://void%280%29/http://since0511.blogspot.com/search?updated-min=2013-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2014-01-01T00:00:00-08:00&max-results=1http://void%280%29/
  • 7/23/2019 Perbezaan Antara Masalah Rutin Dengan Masalah Bukan Rutin

    2/2

    21/03/2013 Perbezaan Antara Masalah Rutin Dengan Masalah Bukan Rutin

    since0511.blogspot.com 2/2

    Home

    Subscribe to: Posts (Atom)

    Posted by Since ng at 8:46 PM No comments:

    Masalah kompleks Masalah kehidupan sebenar

    Melibatkan satu operasimatematik Memerlukan lebih daripada satuoperasi matematik

    Kemahiran asas dan langkah-

    langkah urutan

    Menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

    Perlu memahami,mendapatkan

    maklumat,memilih operasi dan algoritma

    Perlu kefahaman, mendapatkanmaklumat, memilih operasi dan

    algoritma

    Menyelesaikan melaluibercerita dan kaitkan

    denganstrategi keadaan sebenar

    Pelbagai dan kaedah untuk menyelesaikan

    Recommend this on Google

    Simple template. Powered by Blogger.

    http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4713574494176980704&postID=2706156597727594430&target=facebookhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4713574494176980704&postID=2706156597727594430&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4713574494176980704&postID=2706156597727594430&target=bloghttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4713574494176980704&postID=2706156597727594430&target=emailhttp://since0511.blogspot.com/2013/01/masalah-rutin-dan-masalah-bukan-rutin.html#comment-formhttp://since0511.blogspot.com/2013/01/masalah-rutin-dan-masalah-bukan-rutin.htmlhttp://www.blogger.com/profile/04636480815304790439http://since0511.blogspot.com/feeds/posts/defaulthttp://since0511.blogspot.com/