perkembangan mata pelajaran sejarah di malaysia.docx

Upload: badr-latahzan

Post on 23-Feb-2018

736 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah Di Malaysia.docx

    1/18

    1.0 PENGENALAN

    Mata pelajaran Sejarah adalah suatu mata pelajaran yang mengajar tentang

    perkembangan sejarah manusia sejak zaman batu hingga masa kini. Pengajaran ini

    merangkumi sejarah perkembangan manusia, perkembangan teknologi, perkembangan

    negara, perkembangan politik dan sebagainya. Pengenalan pelajaran sejarah kepada murid

    sekolah rendah bertujuan memberi kefahaman kepada murid tentang pentingnya sejarah

    dijadikan sebagai panduan untuk membentuk masa depan yang lebih baik dan bertamadun.

    Sejarah mampu mewujudkan kesedaran masyarakat untuk menjadi warganegara yang

    cintakan bangsa di samping melahirkan rakyat yang mempunyai sikap keterbukaan dan

    mencegah berlakunya rusuhan kaum.

    Pada hakikatnya, kepentingan sejarah telah dinyatakan dengan jelas dalam Al-uran

    Al-!arim. "lama telah menganggarkan kira-kira satu per enam daripada Al-uran adalah

    terdiri daripada kisah-kisah sejarah. #ermula tahun $%&', mata pelajaran Sejarah mula

    diperkenalkan di sekolah rendah dalam !urikulum Standard Sekolah (endah )!SS(*.

    +alam !SS(, Sejarah dijadikan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid

    sekolah rendah. ni bertujuan menyemai kefahaman murid terhadap Sejarah di peringkat

    awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran pemikiran

    Sejarah.

    +isamping itu, pengetahuan dan pemahaman tentang aspek sejarah negara dapat

    melahirkan murid yang berjiwa patriotik dengan memberi pendedahan, menganalisis dan

    menilai fakta-fakta sejarah secara matang. Pendekatan pengajaran Sejarah menjurus

    kepada pemupukan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inoatif melalui aktiiti inkuiri

    dan penerokaan bagi mengukuhkan pemahaman tentang Sejarah. Aktiiti tersebut

    mengaplikasikan elemen didik dan hibur bagi menanam minat murid terhadap Sejarah.

    Pendidikan di negara kita seharusnya boleh mewujudkan jati diri yang tinggi di kalangan

    pelajar. arapan !ementerian Pelajaran Malaysia )!PM*, adalah memupuk pembinaan jati

    diri melalui kurikulum, program kokurikulum dan sukan. ni disebabkan jati diri yang terhasil

    daripada sistem pendidikan negara akan menghasilkan /egara #angsa yang kukuh dan

    maju.

    Mata pelajaran ini menyepadukan pengetahuan, kemahiran, elemen

    kewarganegaraan dan nilai siik dalam pelaksanaannya di dalam dan luar bilik darjah.

    0lemen ini diajar dengan harapan agar guru dapat menerapkan asas dalam melahirkan

    warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan dan dapat membentuk rakyat Malaysia

    yang mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi nasional. Sering kita hayati dan

  • 7/24/2019 Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah Di Malaysia.docx

    2/18

    mengimbau suatu peristiwa lampau yang banyak memberi impak positif mahupun negatif

    dalam diri masing-masing.

    2.0 PERKEMBANGAN MATA PELAJARAN SEJARAH

    2.1 Mata Pelajaran Tawarikh

    Pada duhulu lagi mata pelajaran sejarah sudah diperkenalkan dan hidup

    dalam kehidupan alam melayu. Sebelum 1anah Melayu mencapai kemerdekaan lagi

    subjek sejarah telah dipupuk dalam kalangan rakyat. anya pada tahun &234 mata

    pelajaran sejarah mula diajar secara formal di 1anah Melayu.)#ilcher #ala, $%%%*

    Mata pelajaran tersebut telah diajar bermula di sekolah rendah yang dikenali sebagai

    subjek tawarikh. 1awarikh menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat

    bermaksud tarikh, sejarah dan riwayat. Subjek ini diajar di semua sekolah di 1anah

    Melayu pada ketika itu.

    Pendidikan Sejarah di 1anah Melayu sebenarnya sudah bermula sejak

    pertengahan abad ke-&2 lagi. /amun, ketika pentadbiran #ritish, mata pelajaran

    sejarah dianggap sebagai mata pelajaran tambahan sahaja dan bukanlah mata

    pelajaran teras. 1ambahan lagi, semasa di pemerintahan #ritish juga, Sekolah-

    sekolah nggeris di /egeri-/egeri Selat pada masa itu juga telah memasukkan mata

    pelajaran Sejarah dalam kurikulum sekolah khususnya untuk darjah-darjah yang

    lebih tinggi yakni peringkat sekolah menengah rendah. Pada awal abad ke-&2

    sehingga tahun &235 pula, Sejarah #ritish juga telah dimasukkan dalam kurikulum

    sejarah di peringkat sekolah. al ini, disebabkan ketika itu pengaruh #ritish masih

    dominan di 1anah Melayu. )Amir Abdul adi, $%&6*

    !emudiannya, perubahan berlaku lebih kurang pada tahun &2&7 apabila mata

    pelajaran 1awarikh diperkenalkan di sekolah dan maktab. !etika itu, di sekolah

    nggeris, sukatan pelajaran Sejarah tidak memperkenalkan 8Alam Melayu9.)Muhd

    :usuf brahim, $%%%* ;leh itu, kurikulum tersebut memperlihatkan bahawa pembesar

    Melayu sentiasa menganiayai rakyat dan sebaliknya pula tentang (esiden.

    Apa yang dapat kita perhatikan, terdapat empat aliran sekolah yang berbeza

    pada tahun &234 iaitu sekolah nggeris, sekolah ernakular, madrasah dan pondok.

    +i samping itu, subjek tawarikh diajar di setiap sekolah bagi mencapai matlamat

    Penyata (azak ke arah satu sistem pendidikan yang seragam untuk mengeratkan

  • 7/24/2019 Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah Di Malaysia.docx

    3/18

    perpaduan, merapatkan jurang perbezaan antara kaum dan mewujudkan sistem

    pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan.

    2.2 Perlaksanaan Krikl! Sejarah "ala! KBSM

    (ancangan !urikulum #ersepadu Sekolah Menengah )!#SM* pula telah

    diperkenalkan di semua sekolah pada tahun &277. #eberapa asas dalam sistem

    pendidikan negara telah menjadi panduan yang digariskan untuk rancangan !#SM

    antaranya ialah sejarah dijadikan subjek teras di sekolah menengah bermula tahun

    tersebut. Semua guru sejarah akan menghadiri kursus untuk memantapkan

    kefahaman mereka berkenaan sejarah dan teknik yang betul untuk mengajar subjek

    ini di sekolah. Selain itu, guru-guru pelatih daripada nstitut Perguruan Sultan dris

    yang kini dikenali sebagai "niersiti Pendidikan Sultan dris telah dilatih untuk

    memenuhi keperluan guru sejarah di setiap sekolah menengah di Malaysia. )Aini

    assan < Siti awa Abdullah,$%%7*

    Antara objektif menjadikan sejarah sebagai subjek teras dalam !#SM adalah

    untuk menyatakan kepentingan Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan

    mengamalkannya sebagai pendidikan sepanjang hayat serta mampu

    berdikari, menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik,

    ekonomi, dan sosial, menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan

    Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian, menghargai usaha dan

    sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan

    pembangunan negara, memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha

    mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara, menjelaskan

    kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan

    sumbangannya di peringkat antarabangsa, mengambil iktibar daripada pengalaman

    sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan, mengamalkan

    nilai-nilai murni dan yang terakhir ialah menganalisis, merumus dan menilai fakta-

    fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional.

    2.# Perlaksanaan Krikl! Sejarah "ala! KBSR

    !urikulum #aru Sekolah (endah )!#S(* mula dilaksanakan di 1ahun Satu di

    semua sekolah rendah seluruh /egara pada tahun &276. =okus utama !#S( adalah

    untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu

    bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dan alam sekelilingnya serta bidang

    perkembangan diri indiidu. ;leh kerana !#S( mementingkan kemahiran asas iaitu

    membaca, menulis dan mengira )6M*, maka pelbagai jenis bidang pengetahuan

  • 7/24/2019 Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah Di Malaysia.docx

    4/18

    diserapkan dalam pembelajaran bahasa sebagai memupuk kemahiran asas 6M

    tersebut. Melalui pembelajaran bahasa, murid dapat pengetahuan tentang sejarah

    disamping menguasai kemahiran asas bahasa.

    Pada 1ahap +ua )tahun ' hingga 4*, pendidikan bertujuan untukpengukuhan dan penggunaan kemahiran itu bagai mempelajari berbagai-bagai

    bidang ilmu. Pendidikan Sejarah telah diterapkan dalam !omponen !emanusiaan

    dan Persekitaran di bawah mata pelajaran Alam dan Manusia. Mata pelajaran

    Sejarah digabungjalinkan dengan berbagai-bagai bidang pengetahuan daripada

    mata pelajaran-mata pelajaran Sains, >eografi, Siik, al 0hwal 1empatan dan

    Pendidikan !esihatan. Mata pelajaran Alam dan Manusia ini hanya mula diajar pada

    tahun empat dan 1ahap +ua. +ijangka mata pelajaran ini dapat menolong pelajar

    memperkembangkan dan memperkayakan ilmu pengetahuan serta dapat membantu

    mereka membuat keputusan yang rasional. Aspek sejarah yang terkandung dalam

    mata pelajaran ini ialah sejarah kebudayaan, adat resam, perlembagaan,

    pembangunan /egara, perusahaan dan pengangkutan. Pembelajaran Alam dan

    Manusia ini menggunakan pendekatan integrasi yang menggabungkan berbagai-

    bagai bidang pengetahuan menjadi satu kesatuan yang menyeluruh. Menurut 1an Ai

    oon )&225*, dalam konteks pelajaran Alam dan Manusia, integrasi dimaksudkan

    sebagai 8?penyepaduan unsur-unsur dari pelbagai bidang pengetahuan,kemahiran,

    dan aktiviti untuk menghasilkan suatu rancangan pelajaran yang menyeluruh dan

    harmonis.

    Sejak !#S( diperkenalkan sehingga tahun &276 didapati bahawa

    pencapaian kemahiran dalam mata pelajaran Sejarah adalah paling rendah

    berbanding dengan mata pelajaran Sains, >eografi dan 1atarakyat. @an Mohd.

    ahid Mohd. /ordin )&277* telah menjalankan kajian untuk melihat kejayaan !#S(

    bagi mata pelajaran Alam dan Manusia. +aripada kajian ini, didapati pencapaian

    kemahiran dalam mata pelajaran Sejarah amat lemah kerana hanya 64.3B sahajamurid mencapai kelulusan 3%B ke atas. ni dipaparkan seperti jadual di bawah C

  • 7/24/2019 Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah Di Malaysia.docx

    5/18

    2.$ Mata Pelajaran Kajian Te!%atan

    Pada tahun &22', !urikulum #aru Sekolah (endah telah dipinda dan

    dinamakan !urikulum #ersepadu Sekolah (endah )!#S(* bertujuan untuk melahirkan

    murid-murid berperibadi seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan

    jasmani selaras dengan hasrat falsafah pendidikan negara. +engan itu, berlakunya

    perubahan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran sejarah. Mata pelajaran

    sejarah telah dipisahkan daripada mata pelajaran Sains, lmu !esihatan, Siik dan

    al-0hwal 1empatan.)Aini assan < Siti awa Abdullah, $%%7* Mata pelajaran Sejarah

    dan >eografi telah digabungkan menjadi mata pelajaran bersepadu yang dikenali

    sebagai !ajian 1empatan )!1*. Mata Pelajaran ini merangkumi bidang kemaknusiaan

    dan kemasyarakatan yang membicarakan dan mengkaji interaksi manusia dengan

    manusia dan manusia dengan alam persekitarannya.

    !urikulum !ajian 1empatan Sekolah (endah membolehkan murid

    mengetahui dan memahami peranan, tanggungjawab dan hak sebagai anggota dalam

    keluarga dan masyarakat. Selain itu, memahami dan menghargai keadaan fizikal

    setempat, mengenali dan memahami ciri-ciri masyarakat setempat dan negara.

    Memahami dan menyedari perkembangan dan perubahan masyarakat setempat dan

    negara. Mencintai dan menghargai alam sekitar. Antara tujuan kajian tempatan ialah

    mengenali tokoh-tokoh dan menghargai sumbangan mereka dalam memperjuangkan

    kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan. Memahami dan menghargai sejarah

    negara. Menghargai keperibadian bangsa dan mempunyai semangat patriotik dan

    mensyukuri segala nikmat 1uhan

    Sejarah dapat diterapkan bersama dengan subjek kajian tempatan di sekolah

    agar dapat diaplikasikan pengalaman peristiwa lampau dalam pembelajaran

    khususnya kajian tempatan. Antara aktiiti yang dilakukan dalam kajian tempatan ialahmembuat kerja khusus atau satu kajian tentang sesuatu tajuk, mengadakan satu

    lawatan sambil belajar suatu tempat yang mempunyai sejarah lampau dan

    mengadakan sesi tayangan tentang sejarah lampau negara kita agar pelajar lebih

    memahami sesuatu sejarah seterusnya memudahkan pelajar membuat tugasan yang

    diberi.

  • 7/24/2019 Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah Di Malaysia.docx

    6/18

    2.& Per'e(aan Krikl! Sejarah Bar "an La!a

    !urikulum sejarah digubal mengikut perkembangan sistem pendidikan

    semasa dan keperluan terhadap pelajar-pelajar di Malaysia. 1erdapat beberapa

    pendekatan yang telah dilakukan untuk menambah baik kurikulum sejarah diMalaysia setaraf dengan sistem pendidikan negara-negara maju di dunia. Pendidikan

    sejarah bersetujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia dan jati diri

    terhadap negara dan seluruh dunia

    !urikulum sejarah lama menunjukkan jalinan itu tidak begitu jelas walaupun ia

    juga mengandungi unsur kemanusiaan umum di darjah empat. Selain itu, kurikulum

    tersebut berdasarkan kronologi dari masa silam ke moden bahkan sukatan pelajaran

    lama lebih mementingkan bidang politik berbanding aspek kenegaraan yang perlu

    diterapkan dalam setiap indiidu bergelar warganegara. @alaupun ada persamaan

    tajuk pada kurikulum sejarah baru dan lama, namun pendekatan yang berbeza

    digunakan menyebabkan nilai asas dalam mata pelajaran sejarah tidak dapat

    diterapkan dengan berkesan. Pembelajaran sejarah mengikut kurikulum lama ialah

    berdasarkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sahaja.)ArbaDiyah

    Mohamad /oor, $%%$*

    al ini berbeza dengan kurikulum sejarah baru. !urikulum sejarah baru lebih

    banyak menyatakan unsur-unsur setempat dan rukun negara. +i samping itu,

    kurikulum ini lebih banyak menunjukkan jalinan antara kandungan bagi tiap-tiap

    peringkat serta menghubung kait perkembangan politik,ekonomi,dan sosial di

    Malaysia akibat perkembangan luar.Aktiiti pembelajaran bukan sekadar di dalam

    kelas sahaja tetapi lebih kepada membuat lawatan tempat-tempat bersejarah untuk

    menambah minat dan kefahaman pelajar terhadap sub-topik yang dipelajari.

    !esan daripada penambahbaikan kurikulum sejarah ini telah menyebabkan

    perpaduan kaum dapat diperkukuh, pelajar mempunyai jati diri yang tinggi, tidakmudah dipengaruhi anasir luar, bersemangat patriotisme, pelajar tidak lupa asal usul

    mereka, memperkukuh semangat setia negara dan pendedahan terhadap sejarah

    lebih awal.

    2.) Perke!'an*an Mata Pelajaran Sejarah "i +nstitt Pen*ajian Tin**i

    Semua nstitut Pengajian 1inggi )P1* di Malaysia disarankan untuk

    menerapkan elemen sejarah dalam pengajian semua pelajar di institut masing-

    masing. al ini merujuk kepada titah :ang +i-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdul

  • 7/24/2019 Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah Di Malaysia.docx

    7/18

    alim Muadzam Shah yang menyarankan mata pelajaran sejarah yang mula diajar

    pada peringkat sekolah perlu diteruskan ke peringkat P1 bagi membentuk generasi

    Malaysia yang matang dan maju pada masa hadapan. #aginda bertitah lagi,

    pengajian tentang sejarah negara bukan wajib dipelajari di peringkat sekolah sahaja

    kerana subjek itu penting dalam kehidupan berbangsa dan bernegara.

    Sejarah itu ialah 'guru kehidupan'. Di dalamnya mengandungi pelbagai pengajaran dan

    perkara penting yang boleh dijadikan panduan dalam perancangan dan kemajuan sesebuah

    negara bangsa. Sebagai contoh, pelajar dalam bidang Sains, Perdagangan dan

    ejuruteraan perlu didedahkan dengan kursus sejarah, !alsa!ah atau pengajian

    perbandingan agama. "usteru, sejarah bangsa itu perlu diketahui, di!ahami dan diserapkan

    ke seluruh lapisan masyarakat. #leh itu suatu nilai tambah perlu disuntik dalam kurikulum

    pendidikan tinggi kita agar mampu melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan

    mempunyai personaliti unggul

    $itah Sultan %bdul &alim uad(an Shah, )ang Di-Pertuan %gong alaysia

    Mempelajari sejarah di peringkat P1 mampu untuk membentuk jati diri

    pelajar, dapat mempelajari sejarah negara, mewujudkan semangat perpaduan dalam

    kalangan pelajardan menerapkan semangat patriotisme. Mempelajari sejarah bukan

    saja untuk pengetahuan, tetapi perlu dijadikan iktibar dan pedoman kepada sesuatu

    bangsa mengenai apa yang pernah berlaku satu masa dulu. >enerasi baru ini akan

    lebih menghargai erti kemerdekaan berasaskan kedaulatan bangsa serta negara

    secara lebih bermakna serta bijaksana.

    2., S'jek Sejarah "ala! KSSR

    Apabila !SS( diperkenalkan di sekolah rendah pada tahun $%&&, mata

    pelajaran !ajian 1empatan telah ditransformasikan kepada mata pelajaran yang lebih

    khusus iaitu Sejarah. Mata pelajaran Sejarah telah dilaksanakan secara rasmi bermula

    pada tahun $%&' di semua sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan di Malaysia.

    !urikulum Sejarah di sekolah rendah akan memberi penekanan yang khusus kepada

    sejarah negara selaras dengan dengan kehendak kerajaan untuk memastikan rakyat

    Malaysia celik sejarah di samping menghayatinya. Mata pelajaran Sejarah termasuk

    dalam mata pelajaran teras di bawah tunjang kemanusiaan. Subjek ini akan diajar

    kepada murid-murid 1ahap $ dan kurikulum diorganisasikan secara modular.

    Perubahan dalam sistem pendidikan kebangsaan ini dibuat berdasarkan

    keperluan semasa yang dilihat penting dalam membangunkan masyarakat abad ke-$&

  • 7/24/2019 Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah Di Malaysia.docx

    8/18

    yang holistik, dinamik dan berilmu pengetahuan. =alsafah pendidikan negara

    mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. !#S( dan !SS(

    adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam =alsafah Pendidikan /egara.

    #erdasarkan !amaruddin aji usin )&22'*, antara perubahan-perubahan yang jelas

    terdapat dalam !#S( ialah sukatan pelajaran yang digubal memberi

    penekanan kepada aspek kesepaduan dan keseimbangan. ;leh itu konsep-konsep

    seperti penggabungjalinan dan penyerapan sentiasa dititik beratkan. Selain itu,

    penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. !ehendak masyarakat

    juga menjadi faktor kepada perubahan kurikulum, ini kerana masyarakat juga

    menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka.

    Salah satu faktor kurikulum Sejarah sekolah rendah ini diperkenalkan adalah

    untuk memastikan masyarakat Malaysia mempelajari, mengetahui dan menghayati

    peristiwa-peristiwa sejarah negara ini. al ini demikian kerana, generasi pada masa

    kini dilihat tidak lagi menghayati sejarah negara yang menjadi dasar utama kepada

    pembinaan negara bangsa Malaysia seperti yang kita lihat pada masa ini. !ekurangan

    ilmu sejarah telah menyebabkan perpaduan yang dibina selama ini semakin goyah.

    Masyarakat juga mula berani mempertikaikan dan mempersoalkan perkara-perkara

    yang boleh menggugat ketenteraman negara seperti hak-hak sesuatu kaum, rasisme

    dan sebagainya tanpa menyedari bahawa bukan mudah untuk membina perpaduan

    dan keharmonian yang kita kecapi selama ini. Eangkah untuk memperkenalkan mata

    pelajaran Sejarah di sekolah rendah adalah tepat supaya murid-murid dapat diberi

    pendedahan awal tentang sejarah di samping memupuk minat untuk mempelajari

    sejarah sejarah sebagai persediaan di peringkat menengah nanti.

    #.0 Matla!at Pen"i"ikan Sejarah

    Pendidikan Sejarah bertujuan memupuk semangat setia negara dan perasaan

    bangga sebagai rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air.

    +i peringkat menengah rendah, kurikulumnya meliputi jangka masa selama lima ratus tahun

    dan disusun secara kronologi. !urikulum ini bertujuan untuk memberi pemahaman

    menyeluruh dan satu gambaran yang lengkap tentang sejarah negara. +alam rentetan

    peristiwa ini dimasukkan pula sejarah negara luar yang mempunyai kaitan dengan sejarah

    negara. Sejarah negara luar ini merupakan asas bagi pelajar untuk mengetahui dan

    memahami hubungan dan kaitannya dengan Sejarah Malaysia )Abd. (ahim Abd. (ashid.

    &222*. Pendidikan Sejarah dilihat dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah

    sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antara bangsa )Aini

    assan < Siti awa Abdullah, $%%7* kerana tujuan pendidikan Sejarah itu adalah untuk

  • 7/24/2019 Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah Di Malaysia.docx

    9/18

    memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia melalui

    pengetahuan dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.

    #.1 Ke%eri'a"ian Ban*sa

    Matlamat pendidikan sejarah dapat dilihat melalui aspek keperibadian

    bangsa. Sejarah mampu mewujudkan kesedaran masyarakat untuk menjadi

    warganegara yang cintakan bangsa di samping melahirkan rakyat yang mempunyai

    sikap keterbukaan dan mencegah berlakunya rusuhan kaum. +alam masa yang

    sama, sejarah mampu mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi

    iaitu sistem sosial di mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri,

    dan kebajikan insan tidak berkisar kepada orang perseorangan tetapi di sekeliling

    sistem keluarga yang kukuh.

    Pendidikan sejarah juga menekankan pendekatan memupuk dan

    meningkatkan semangat perpaduaan serta bangga sebagai rakyat Malaysia,

    mengurangkan perbalahan kaum dan kerenggangan dalam perhubungan inter dan

    intra kaum dan wilayah, meningkatkan integrasi wilayah antara Sabah, Sarawak dan

    @ilayah Persekutuaan Eabuan dengan Semenanjung dan antara negeri-negeri di

    Semenenjung serta memantapkan perpaduaan dan integrasi nasional melalui cara

    menghormati perlembagaan Malaysia, meningkatkan semangat kenegaraan melalui

    !elab (ukun /egara, penyebaran maklumat dan kempen cintakan warisan bangsa.

    #.2 Se!an*at Patri-tik

    Patriotisme merupakan satu ungkapan yang sering kita dengar dan diwar-

    warkan apabila menjelang sambutan hari kemerdekaan. Patriotisme merupakan

    satu semangat kecintaan dan ketaatan seseorang kepada negaranya sendiri.

    Patriotisme merupakan sesuatu yang abstrak dan ia tidak dapat diukur secara metrik

    tetapi semangat patriotisme ini dapat dilihat melalui tindakan, tingkah laku, perbuatan

    atau perlakuan seseorang itu. Fika seseorang itu patriotik, segala tindakan dan

    amalan yang dilakukannya mesti menepati ciri-ciri patriotisme.

    Pendidikan sejarah mampu membentuk keperibadian palajar dalam

    menyemai semangat patriotik dalam jiwa indiidu supaya setiap yang bergelar

    warganegara Malaysia mempunyai semangat cinta akan negara dan bangsa,

    berbangga sebagai rakyat Malaysia, bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha

    dan produktif.

  • 7/24/2019 Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah Di Malaysia.docx

    10/18

    Antara aktiiti yang boleh dilakukan untuk menyemai semangat patriotik

    dalam jiwa indiidu adalah dengan menyertai aktiiti sambutan ari !emerdekaan,

    menghargai jasa pemimpin dan semua aktiiti yang mencetus kesedaran semangat

    cintakan negara.

    #.# T-k-h "an S!'an*anna

    (amai generasi muda kini tidak kenal dan tidak tahu akan bekas pemimpin

    dan jasa mereka. Sikap tidak cakna itu menyebabkan tiada perasaan hormat, kagum

    dan apatah lagi menyayangi pemimpin. Mereka melihat semua manusia adalah

    sama sebagaimana mereka melihat rakan-rakan sedangkan mereka perlu ditanam

    pemahaman tentang perbezaan sosial antara manusia. Mengenali perbezaan sosial

    adalah penting sebagai asas membina kesantunan diri di samping rasa kagum dan

    hormat. Mata Pelajaran Sejarah banyak menceritakan mengenai perjuangan tokoh-

    tokoh misalnya (entap, +ol Said, 1ok Fanggut dan lain-lain yang dapat pelajar ambil

    iktibar.

    Sebagai generasi muda penerus bangsa ini, kita berkewajiban meneruskan

    perjuangan para pahlawan kita dengan cara mengisi kemerdekaan ini. Ada banyak

    hal yang dapat kita lakukan untuk mengisi kemerdekaan. Sebagai seorang

    mahasiswa pendidik misalnya, kita harus belajar dengan giat, berprestasi di institut,

    dan tidak melakukan perbuatan yang tidak terpuji. !ita harus berusaha untuk kuatkan

    dan menonjolkan diri dengan pelajar-pelajar dari negara-negara yang telah maju di

    dunia. !egigihan dan kesungguhan tokoh-tokoh negara dalam memperjuangkan

    kemerdekaan negara dan membangunkan negara seharusnya dihargai seperti

    1unku Abdul (ahman Putra Al-aj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama yang

    berusaha memperjuangkan kemerdekaan 1anah Melayu bersama 1un 1an Ghen

    Eock, 1un Sambanthan dan beberapa lagi tokoh tanah air yang lain.

    #.$ Alat Me!'an*nkan Per%a"an Ka!/ Ban*sa "an Ne*ara

    Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang

    diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk

    mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. +alam kata lain perpaduan

    adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti

    dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Melalui pendidikan

    dan pemantapan mata pelajaran Sejarah yang mampu meningkatkan semangat

    perpaduan dalam kalangan rakyat dengan mudah. Pada tahun $%%4, Fabatan

    Perdana Menteri telah mengetengahkan dasar perpaduan dan integrasi nasional

  • 7/24/2019 Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah Di Malaysia.docx

    11/18

    dalam Pelan 1indakan Perpaduan dan ntegrasi /asional yang bertujuan untuk

    memperkukuh lagi perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat. Pelan

    tersebut merangkumi falsafah perpaduan dan integrasi nasional dengan merujuk

    dasar-dasar !erajaan yang ada dan berteraskan Perlembagaan, (ukun /egara dan

    @awasan $%$%. )Ghan /elee, $%&%*

    Pendidikan merupakan antara aspek penting yang diambil kira dalam

    merangka program-program di bawah Pelan 1indakan Perpaduan dan ntegrasi

    /asional. Sistem pendidikan negara harus menyediakan persekitaran serta

    kemudahan bagi interaksi dan sosialisasi di kalangan sebilangan besar rakyat yang

    masih berusia muda. #agi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, integrasi

    nasional merupakan persoalan yang sangat rumit dan menyukarkan proses

    pembinaan negara bangsa. +asar Pendidikan !ebangsaan menggariskan

    matapelajaran sejarah sebagai alat utama bagi merealisasikan matlamat tersebut.

    Penekanan pendidikan sejarah tertumpu terhadap kesedaran sejarah, toleransi dan

    kepekaan masyarakat untuk berkongsi tanggungjawab terhadap masa depan

    negara.Matlamat tersebut digariskan dengan jelas dalam sukatan mata pelajaran

    sejarah

    #.& Penekanan Terha"a% Pen*haatan "an +kti'ar Peristiwa Sejarah

    Semangat patriotisme secara tidak langsung dapat disemai dan dipupuk

    melalui pengkisahan sejarah tokoh-tokoh patriotik dan dapat dijadikan iktibar kepada

    generasi hari ini. Seharusnya kita berbangga dengan sumbangan para sejarawan

    dan sarjana tempatan yang telah banyak menulis perjuangan tokoh-tokoh tempatan

    walaupun pada awalnya dianggap oleh para orientalis #arat mereka ini

    diklasifikasikan sebagai penderhaka. Perkembangan penulisan sejarah bercorak

    tempatan telah membela nasib dan meletakkan jasa para pejuang yang terdahulu

    pada tempat yang sesuai.Sumbangan dan peranan para penulis tempatan ini amat

    besar ertinya kerana telah berani memperbetulkan fakta bias yang dihasilkan oleh

    sejarawan atau penulis #arat.

    Sebagai generasi baru, kita perlu meluangkan sedikit masa untuk ambil tahu

    dan ambil kisah mengenai detik-detik bersejarah atau peristiwa bersejarah sebelum

    negara ini benar-benar merdeka daripada penjajah. /egara kita telah melalui

    pelbagai peristiwa pahit manis yang amat panjang dan ia berlaku bukan setahun

    dua, tiga atau empat tahun tapi beratus tahun. Marilah kita hayati peristiwa demi

    peristiwa yang berlaku dan kita akan dapati betapa mahalnya sebuah kemerdekaan.

  • 7/24/2019 Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah Di Malaysia.docx

    12/18

    #.) Generasi %aa Ek-n-!i/ S-sial "an P-litik Ne*ara

    !e arah membentuk satu negara-bangsa Malaysia, terdapat tiga faktor yang

    mendominasi perbincangan iaitu faktor politik, ekonomi, dan sosial. Mengikut shak

    Saat)$%&%*, faktor politik dilihat dari sudut penggabungan parti-parti politik pelbagai

    kaum melalui Parti Perikatan dan #arisan /asional.!erjasama dan pakatan politik

    pelbagai kaum dalam #arisan /asional telah menghasilkan kestabilan politik dan

    keamanan di dalam negeri. =aktor politik juga merupakan ciri asas ke arah

    mempercepatkan agenda pembinaan negara-bangsa ini.!estabilan politik menjadi

    prasyarat kepada pembangunan dan kepesatan ekonomi sesebuah negara. Secara

    umumnya terdapat perbezaan persepsi antara indiidu di dalam melihat kepada

    faktor ini. Perbezaan persepsi ini berlaku kerana di dalam masyarakat majmuk yang

    dicirikan oleh kewujudan berbagai-bagai unsur perbezaan menghasilkan kehendak

    yang berbeza didalam melihat sesuatu isu.Seterusnya ianya menghasilkan

    perbezaan falsafah dalam rupa pembinaan negara-bangsa dan cara-cara

    mencapainya.Melalui kajian dan penulisan, didapati perbezaan persepsi tentang

    negara-bangsa melalui faktor politik wujud berdasarkan kaum dan wilayah. !eadaan

    ini menjuruskan kepada lahirnya persepsi-persepsi tersendiri daripada mahasiswa

    mengenai perspektif politik ini.Fika terdapat perbezaan persepsi yang tidak ketaradikalangan mahasiswa pada masa kini, ianya mampu mempercepatkan terbentuknya

    negara-bangsa Malaysia.

    +ari segi faktor ekonomi, perlaksanaan +asar 0konomi #aru )+0#*

    merupakan perkara yang sering dikaitkan dengan pembinaan negara-bangsa

    Malaysia.Selepas merdeka, keadaan ekonomi rakyat Malaysia pada masa itu adalah

    diidentifikasikan dengan sesuatu kumpulan etnik.Secara umumnya, jika terdapat

    kumpulan etnik yang diindentitikan sebagai menguasai sesuatu bidang, ianya pasti

    menimbulkan perasaan cemburu dan syak wasangka dan ini pastinya mencacatkan

    proses pembinaan negara-bangsa.Pudarnya pengenalan kaum berdasarkan fungsi

    ekonomi secara tidak langsung menguatkan lagi hubungan perpaduan antara kaum

    di Malaysia.Selepas perlaksanaan +0#, persepsi-persepsi mahasiswa mengenai

    aspek ekonomi ini adalah diharapkan turut berubah.

    =aktor sosial yang mempengaruhi pembinaan negara-bangsa Malaysia pula

    merangkumi peranan-peranan (ukun /egara, +asar Pendidikan !ebangsaan, +asar

    !ebudayaan !ebangsaan dan #ahasa !ebangsaan.Melalui perkara-perkara ini

    banyak perbincangan yang dapat dibuat bagi menghasilkan satu identiti nasional

  • 7/24/2019 Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah Di Malaysia.docx

    13/18

    negara-bangsa Malaysia yang dibentuk.Pembinaan negara-bangsa merupakan suatu

    proses mewujudkan semangat kenegaraan atau perasaan kekitaan Melalui takrifan

    ini faktor sosial merupakan faktor penting untuk mewujudkannya.!epelbagaian kaum

    yang terdapat di Malaysia menyukarkan pembentukan satu identiti nasional namun

    titik pertemuan antara kepelbagaian kaum ini masih tidak mustahil dapat

    dilaksanakan. ;leh itu persepsi-persepsi yang lahir dari mahasiswa sebagai

    sebahagian dari masyarakat mampu membantu mencari titik persamaan dan

    pertemuan didalam melahirkan negara-bangsa yang stabil.

    $.0 HBNGKA+T ANTARA PEMB+NAAN NEGARA BANGSA AN PERPAAN

    KAM + MALAS+A

    $.1 Pe!'inaan Ne*ara Ban*sa

    Sejarah Pendidikan di negara ini, selepas merdeka dirangka bagi tujuan

    pembinaan semula bangsa Malaysia yang bersatu padu dan mempunyai wawasan

    hidup bersama berprinsipkan kepada keadilan sosial. Penekanan kepada konsep

    HMalayanizationD ialah untuk membina satu bangsa Malaysia yang mempunyai taat

    setia dan cintakan negara serta dapat menyumbang kea rah masa depan

    pembangunan bangsa. Menggunakan kurikulum berorientasikan Malaysia dapat

    mendukung aspirasi dan cita-cita baru pembinaan negara Malaysia. Sistem

    pendidikan yang digubal mendukung wawasan bagi membina semula negara baru

    berteraskan kepada /egara-#angsa. !onsep pembinaan #angsa dan /egara

    menyebabkan terbentuknya H/egara-/egaraD )/ation State* yang bertujuan

    mengukuhkan dan mendaulatkan imej, identiti dan kewibawaan bangsa yang

    dikaitkan dengan negara. Asas-asas pembinaan negara ini dibuat dengan

    memperkukuhkan unsur-unsur nasionalisma dan budaya kebangsaan.

    Pembinaan /egara #angsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang

    kaum dan agama seperti Malaysia. !eupayaan membina /egara #angsabergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. a menjadi

    semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran

    secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga

    sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. )Shakila :acob, $%&%*

  • 7/24/2019 Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah Di Malaysia.docx

    14/18

    asrat untuk membentuk sebuah /egara #angsa dalam konteks Malaysia

    boleh dihuraikan seperti berikutC

    ...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa

    hadapan yang dikongsi bersama. *angsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi+ilayah-+ilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang

    sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah *angsa

    alaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap

    bangsa tersebut.

    $un Dr. ahathir ohamad, elangkah e &adapan, /

    Melalui pembinaan negara bangsa, semua masyarakat mendukung satu

    bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang di

    menifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan

    sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi.) Abd.

    (ahim (ashid, $%%'/#angsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya

    yang tersendiri. /egara bangsa menjurus kepada sebuah negara yang berdaulat

    dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentimen perkauman,

    keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang dilihat boleh

    membawa kepada perpecahan.

    $.2 Per%a"an Ka! "i Malasia

    Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Gina dan

    ndia. !emajmukan kaum ini menyebabkan perpaduan merupakan asas yang amat

    penting dalam mewujudkan keharmonian dan keamanan dalam kalangan rakyat.

    Perpaduan merupakan perkara pokok atau asas dalam pembentukan sebuah negara

    harmoni yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia tercinta ini.

    Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan

    sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran setempat mereka. Perpaduan

    juga merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. stilah

    ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan

    )Ghew =ong Peng,$%%4*. Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. +alam

    masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan

    nilai saling melengkapi. #agi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat

    beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun

    masyarakat. )ainal Abidin Abdul @ahid, &25$*

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Sosiologihttps://ms.wikipedia.org/wiki/Sosiologi
  • 7/24/2019 Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah Di Malaysia.docx

    15/18

    Perpaduan kaum amat penting untuk memastikan negara tidak diganggu

    gugat oleh negara asing. !ita tiada +ol Said untuk menentang kemaraan penjajah

    pada tahun &7$4 di /aning, atau (entap menentang kubu (aja #rooke di /anga

    Skrang pada tahun &276, +atoD Maharajalela membunuh F.@.@ #irch &753 di Pasir

    Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan menentang nggeris pada

    tahun &77' hingga &2%% di Sabah. :ang kita ada ialah barisan pemimpin negara

    yang diketuai oleh Perdana Menteri, +atoD Seri /ajib 1un Abdul (azak. 1anpa

    kegagahan seperti tokoh silam, yang perlu hanyalah kita bersatu padu tanpa mengira

    kaum dan agama berlandaskan semangat Malaysia, bak kata peribahasa bersatu

    teguh, bercerai roboh.

    $.# Perkaitan Antara Mata Pelajaran Sejarah/ Pe!'inaan Ne*ara Ban*sa

    an Per%a"an Ka! "i Malasia

    Peranan pendidikan penting untuk melahirkan semangat cintakan negara.

    ;leh itu, !PM menghadapi cabaran besar melahirkan pelajar dengan ciri-ciri indiidu

    dan masyarakat #angsa Malaysia. #angsa Malaysia yang dihasratkan terdiri

    daripada indiidu dan masyarakat yang mempunyai keyakinan tinggi, jati diri kukuh,

    berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral dapat hidup sebagai sebuah

    masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal dan bertolak ansur, serta berfikiran

    dan berbudaya saintifik. Perpaduan merupakan aspek penting dalam pembangunannegara. !emajuan yang dinikmati sekarang adalah hasil daripada perpaduan erat

    antara pelbagai kaum di negara ini. ;leh itu, aktiiti pendidikan mestilah memberi

    keutamaan kepada usaha-usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan

    di kalangan rakyat. "saha-usaha perpaduan boleh dicapai melalui aktiiti kurikulum,

    kokurikulum dan sukan.

    Mempelajari sejarah bukanlah semata-mata untuk mendapatkan

    pengetahuan, tetapi ianya boleh menjadi pedoman dan member iktibar kepada

    sesuatu bangsa mengenai apa yang telah berlaku. Apa yang telah berlaku perlu

    dinilai semula bagi tujuan merancang perubahan masa depan. ;leh sebab sejarah

    memberi banyak pengajaran yang berkait jatuh bangun dan perpaduan kaum

    sesuatu negara maka mata pelajaran sejarah patut dijadikan garis panduan untuk

    pembinaan semula kedudukan dan kekuatan bangsa dan negara. Pendidikan

    Sejarah bertujuan memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai

    rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air. ;leh itu,

    kandungan kurikulum sejarah member penekanan terhadap pengetahuan tentang

  • 7/24/2019 Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah Di Malaysia.docx

    16/18

    sejarah negara dan nilai-nilai yang dapat memupuk semangat kewarganegaraan dan

    patriotisme.

    Selepas kemerdekaan, kurikulum pendidikan sejarah ditumpukan ke arah

    pembinaan dan penyatuan bangsa Malaysia agar matlamat untuk membina sebuah/egara #angsa Malaysia dengan penyatuan setiap etnik dalam negara menjadi satu

    bangsa Malaysia. #agi mencapai matlamat ini, Akta Pendidikan &223 digubal untuk

    menegaskan peri pentingnya +asar Pendidikan !ebangsaan yang akan diterapkan

    melalui sistem pendidikan kebangsaan bagi memenuhi keperluan negara serta

    memupuk perpaduan negara dalam pelbagai bidang melalui sektor pendidikan.

    Perpaduan yang ada perlu diperteguhkan lagi ke tahap yang lebih mantap dan kukuh

    supaya mampu menghadapi berbagai-bagai tekanan dan cabaran tanpa mudah

    digugat.

    si kandungan kurikulum yang memaparkan sumbangan kaum Melayu, Gina

    dan ndia terhadap proses kemerdekaan dan pengisian kemerdekaan negara.

    +engan ini semua kaum akan dapat memahami sejarah bagi setiap kaum yang lain

    dan menarik minat pelajar semua kaum menilai sumbangan kaum mereka terhadap

    sejarah pembangunan negara. ni secara tidak lansung akan dapat meransang

    pelajar-pelajar agar dapat meningkatkan perpaduan dalam kalangan mereka.

    Sejarah mengandungi unsur-unsur penting yang meliputi pembinaan semangatkebangsaan dan semangat tersebut amat diperlukan untuk mencapai hasrat satu

    negara dan impian bangsa Malaysia. )Azwani smail < ahara Aziz, $%%2*

    ubungkait seterusnya, tema-tema yang dipilih dalam kurikulum pendidikan

    sejarah itu sendiri menjurus kepada tema yang dapat meningkatkan tahap integrasi

    kaum di negara ini. 1ema ini adalah berkaitan dengan peranan dan sumbangan

    setiap kaum dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Gontohnya dalam menuntut

    kemerdekaan negara, peranan 1unku Abdul (ahman, 1un 1an Gheng Eock dan 1un

    Sambanthan dikupas dan diperhaluskan dengan perspektif perpaduan dan integrasi

    kaum di negara ini. Perkara ini dapat dijadikan model integrasi terbaik generasi

    terdahulu dalam membentuk konsep integrasi kaum sebenar. Semua ini dapat

    membina, memupuk perpaduan dan menyatukan bangsa Malaysia.

  • 7/24/2019 Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah Di Malaysia.docx

    17/18

    &.0 Pent%

    >enerasi yang buta sejarah sering tidak menghargai apa yang berlaku. Gontohnya

    kemajuan yang terbina kini tidak berlaku secara tiba-tiba atau kebetulan. a akibat

    perancangan, pemikiran dan strategi bijaksana yang terjadi dan menyebabkan generasi hariini berada dalam iklim sosial dan kehidupan yang jauh lebih baik berbanding situasi di awal

    kemerdekaan dulu. :ang baik itu seharusnya dijadikan tradisi, manakala landasan yang

    berguna itu harus diteruskan walaupun dengan pendekatan berbeza untuk respons cabaran

    yang tidak serupa. 1ujuannya untuk menimbulkan kesedaran jati diri dan kewatanan supaya

    generasi muda menginsafi, memahami dan menghayati sejarah adalah penting supaya

    kesayangan negara terbina.

    Pendidikan sejarah sejak awal dapat merangsang pelajar-pelajar agar dapat

    menghayati sejarah yang dipelajari itu adalah milik bersama. Perkara ini penting agar setiap

    kaum akan dapat memahami sejarah bagi setiap kaum lain. Pengetahuan dan pemahaman

    tentang aspek sejarah negara dapat melahirkan murid yang berjiwa patriotik dengan

    memberi pendedahan, menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara matang.

    !andungan kurikulum Sejarah bertujuan mendidik murid untuk memahami latar belakang

    negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan yang berlaku serta kesinambungan yang

    masih dikekalkan terutamanya dalam kehidupan masyarakat di Malaysia.

    !andungan kurikulum pendidikan sejarah meletakkan integrasi dan asas perpaduan

    sebagai matlamat dan hala tuju negara. ;leh itu, kurikulum sejarah dapat membentuk jati

    diri dalam kalangan pelajar, semangat patriotik, membinan negara bangsa serta

    meningkatkan lagi unsur perpaduan kaum yang sedia terjalin. Melalui kefahaman dan usaha

    memperkasakan elemen ini akan dapat membantu hasrat kerajaan merealisasikan hasrat

    &Malaysia. Fusteru, masyarakat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai

    &Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan,

    meritokrasi, pendidikan dan integriti. Malaysia pada masa sekarang berada dalam proses

    pembangunan yang akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan global yang besar.

    +engan itu, negara kita amat memerlukan kesatuan dari semua golongan masyarakat tanpa

    mengira agama dan bangsa.

  • 7/24/2019 Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah Di Malaysia.docx

    18/18

    .