perun dang an

Upload: puvanes23

Post on 13-Oct-2015

82 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

UNDANG

TRANSCRIPT

  • SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA

  • PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIAMerujuk kepada peraturan- peraturan yang dipersetujui secara umum oleh masyarakatMenurut Perkara 160,Perlembagan Persekutaun,undang-undang merujuk kepada - Undang-undang bertulis - Common Law yang berkuat kuasa dalam Persekutuan - adat dan kezaliman yang mempunyai kuasa dalam mana-mana bahagian Persekutuan

    SUMBER UNDANG-UNDANGPeraturan undang-undang yang digunakan di sesebuah negaraDibahagikan kepada a)undang-undang bertulis b)undang-undang tidak bertulis3. Sumber undang-undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis di Malaysia ditunjukkan pada Rajah 5.1

  • UNDANG-UNDANG MALAYSIAUNDANG-UNDANG BERTULISUNDANG-UNDANG TIDAK BERTULISUndang-undang AdatUndang-undang Islam (Syariah)Undang-undang Lazim Inggeris ( Common Law)Undang-undang Kehakiman(Doktrin Duluan Kehakiman)Perlembagaan PersekutuanPerlembagaan NegeriStatutPerundangan KecilUndang-undang SubsidiariOrdinanAktaEnakmen

  • UNDANG-UNDANG BERTULISMerujuk kepada Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang yang diluluskan oleh Parlimen atau Dewan undangan Negeri

    Badan penggubalan undang-undang terbahagi kepada : a)Parlimen yang mewakili Kerajaan Persekutuan b)Dewan Undangan Negeri yang mewakili Kerajaan Negeri

    Undang-undang bertulis dikategorikan seperti yang berikut: a)Perlembagaan (Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri) b)Statut (Akts,Enakmen, dan Ordinan) c)Perundangan kecil d)Undang-undang subsidiari

  • PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

    1) -Sumber utama undang-undang di Malaysia

    2) -Terdapat perincian tentang kuasa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

    3) -Undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dan tidak sah.

    4) Antara perkara yang disentuh dalam Perlembagaan Persekutuan ialah: a)Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua Persekutuan. b)Islam sebagai agama Persekutuan c)kebebasan asasi d)hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

  • PERLEMBAGAAN NEGERIPerkara 7(4), Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa semua Perlembagaan Negeri mengandungi Perkara Perlu yang disenaraikan dalam Jadual Kelapan.Parlimen boleh membuat undang-undang yang memberi negeri tersebut kuasa mengadakan Peruntukan Perlu atau mengetepikan apa-apa peruntukan yang bercanggah dengannya.Sabah dan Sarawak mendapat perlembagaan melalui Perjanjian Malaysia yang memberi peruntukan tambahan kepada negeri-negeri berkenaan.

    STATUT

    Terdiri daripada Akta,Enakmen dan Ordinan.Akta Undang-undang yang digubal oleh Parlimen selepas merdeka atau sejak bulan September 1959.Enakmen Undang-undang yang digubal oleh Dewan Undangan Negeri di setiao negeri kecuali Sarawak.Ordinan : a)undang-undang yang digubal oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak.b)undang-undang yang digubal oleh badan perundangan di peringkat kerajaan pusat antara tahun 1946 hingga September 1959.c)undang- undang yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong semasa darurat.

  • PERUNDANGAN KECILPeraturan, perintah, pemberitahuan dan pengisytiharaan yang dibuat oleh badan-badan berkuasa yang diberi kuasa oleh Akta Parlimen dan Enakmen Dewan Undangan Negeri dikenali sebagai perundangan kecil.Perundangan kecil diadakan untuk:a)membolehkan badan berkuasa dan agensi membuat perincian terhadap undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan seperti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.b)mebolehkan badan berkuasa dan agensi membuat undang-undang yang sesuai dengan bidang masing-masing berlandaskan akta induk yang digubal oleh badan perundangan.Undang undang ini mudah digubal dan anjal berbanding proses mengubal undang-undang di Parlimen.Sesuatu perundangan itu boleh diisytiharkan ultra vires sekiranya mahkamah mendapati undang-undang yang dibuat bercanggah dengan Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan Negeri.Contoh perundangan kecil: undang-undang yang digubal oleh Kerajaan Tempatan.

  • UNDANG-UNDANG SUBSIDIARIPeraturan dan kaedah yang dibuat oleh seseorang seperti Menteri atau badan di bawah kuasa yang diwakilkan oleh Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan Negeri.

  • UNDANG-UNDANG TIDAK BERTULISMerujuk kepada undang-undang yang:a)tidak digubal oleh mana-mana badan perundangan, iaitu Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.b)tidak dapat dikesan dalam mana-mana Perlembangan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri.Menjadi sumber undang-undang kedua selepas undang-undang bertulis.Sumber undang-undang tidak bertulis ialah:a)undangundang adatb)undang-undang Islamc)undang-undang Lazim Inggeris (Common Law)d)keputusan-keputusan mahkamah atau Doktrin Duluan Kehakiman.

    UNDANG-UNDANG ADATAdat melambangkan amalan, tatatertib dan sopan santun dalam sesebuah masyarakat.Beberapa jenis undang-undang adat:a)adat Melayu: Adat Perpatih & Adat Temenggungb)adat peribumi Sabah dan Sarawakc)undang-undang adat Cinad)undang undang adat India

  • UNDANG-UNDANG ISLAMSemasa Inggeris memerintah negeri-negeri Melayu, pegawai British tidak campur tangan dalam hal ehwal agama Islam.Bidang kuasa agama Islam adalah di bawah kuasa raja, dan sehingga hari ini, bidang kuasa menggubal undang-undang Islam masih dibawah kuasa raja bagi negeri-negeri beraja.Bagi negeri-negeri tidak beraja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan, undang-undang Islam terletak di bawah kuasa Yang di Pertuan Agong.Undang-undang Islam di Malaysia ialah gabungan adat Melayu yang diubah suai mengikut hukum Islam dengan undang-undnag Islam mazhab Shafie.Sumber utama undang-undang Islam ialah al-Quran dan hadis (sunnah)Undang-undang Islam ini hanya terhad kepada orang Islam dan ditadbir oleh Mahkamah Syariah.Perkara perkara yang ditentukan oleh undang-undang Islam ialah: a)perkahwinan b)perceraian c)pengambilan anak angkat d)warisan tanah dan harta pusaka e)kesalahan-kesalahan dalm hukum Islam

  • Pelaksanaan Undang-undang Islam

    Sultan menerima nasihat Majlis Agama Islam dalam melaksanakan tugas sebagai ketua agama Islam di negerinyaMajlis Agama Islam berkuasa: a)mengeluarkan fatwa berkenaan hal undang-undang Islam b)mentadbir wakaf-wakafJabatan Hal Ehwal Islam menguruskan hal-hal tentang: a)pentadbiran harta b)pemungutan fitrah dan zakat c)menguruskan baitulmal

    UNDANG-UNDANG LAZIM INGGERIS ( COMMON LAW)Memandangkan England sendiri mengamalkan kebanyakan undang-undang common law dan peraturan-peraturan ekuiti,maka kesemua Enakmen dan Ordinan yang dibentuk sebelum ini digabungkan dalam Akta Undang-Undang Sivil 1956.Penggunaan undang-undang Inggeris di seluruh Malaysia adalh melalui penguatkuasaan Seksyen 3 dan Seksyen 5,Akta Undang-undang Sivil 1956Seksyen 3, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan syarat-syarat pemakaian undang-undang Inggeris di Malaysia,iaitu:

  • a)pemilihan terakhir jika tiada statut tempatan dapat digunakan untuk menyelesaikan perkara itu. b)hanya bahagian undang-undang Inggeris yang sesuai dengan keadaan tempatan digunakan untuk mengisi kekosongan sistem undang-undang tempatanSeksyen 5(1) daN Seksyen 5(2),Perlembagaan Persekutuan menunjukkan penerimaan Undang-undang Perdagangan Inggeris oleh badan perundangan.

    Keputusan Mahkamah Atau Doktrin Duluan Kehakiman

    Undang-undang tidak bertulis di Malaysia meliputi keputusan yang pernah dibuat oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan.Keputusan kehakiman yang lebih tinggi dan terdahulu akan dijadikan panduan dan inilah yang dikenali sebagai Doktrin Duluan Kehakiman yang mengikat.Keputusan Mahkamah Atasan akan dirujuk sekiranya tiada undang-undang bertulis menyentuh tentang sesuatu kes tersebut.Doktrin ini biasanya digunakan untuk undang-undang tidak bertulis dan undang-undang common law. -undang-undang tersebut tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri.5. Semasa membuat keputusan berasaskan Doktrin Duluan Kehakiman,hakim akan mengikut prinsip keputusan hakim terdahulu yang pernah mengendalikan kes yang serupa.

  • Keputusan Mahkamah Rendah harus berpandukan keputusan Mahkamah Atasan.

    7. Seandainya tiada Doktrin Duluan Kehakiman yang boleh dirujuk,Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi terikat untuk membuat keputusan duluan sendiri untuk kes berkenaan.

  • BADAN PERUNDANGAN PERSEKUTUAN

    Badan perundangan Malaysia

    Tanggungjawab utama

    Bidang kuasa perundangan terbahagi kepada tiga komponen,iaitu: a)Senarai Persekutuan b)Senarai Negeri c)Senarai Bersama

    Fungsi Dan Komponen Parlimen

    Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia.Peringkat Persekutuan- kuasa perundangan terletak pada Parlimen yang terdiri daripada tiga komponen,iaitu: a)Yang di-Pertuan Agong b)Dewan Negara c)Dewan RakyatSegala undang-undang Persekutuan yang diluluskan,biasanya perlu melalui ketiga-tiga komponen berkenaan.

    ParlimenDewan Undangan NegerimenggubalmeluluskanUndang-undang Persekutuan dan undang-undang Negeri

  • FUNGSI PARLIMEN

    -forum untuk ahli-ahli dewan membahaskan hal ehwal tentang kerajaan dan negara.-membahas belanjawn negara dan rang undang-undang.-membahaskan pemindahan undang-undang mengikut perkembangan sosioekonomi dan politik semua negeri.-mengawal belanjawn negara,iaitu cukai dan kadar Persekutuan melalui kuat kuasa Parlimen sebagaimana sebagaimana yang terdapat dalam undang-undang Persekutuan.-bertindak sebagai forum kritik dan menjadi tumpuan peandapat orang ramai berhubung dengan hal ehwal negara agar dasar serta tindakan kerajaan yang dilaksanakan selaras dengan pandangan umum.Prosiding di Parlimen tidak boleh dipersoalkan atau didakwa di mana-mana Mahkamah di bawah Akta Hasutan (1945) dan Ordinan Darurat 1970.Parlimen membenarkan Bdan Perundangan Negeri membuat undang-undang negeri berdasarkan Peruntukan Perkara 75.

  • KOMPONEN PARLIMEN

    Yang di-Petuan Agong

    YDPA berkuasa memperkenankan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum diwartakan dan dikuatkuasakan dalam Persekutuan.Perkara 66,Perlembangan Persekutuan memperuntukkan bahawa sekiranya rang undang-undang tidak diperkenankan oleh YDPA dalam masa 30 hari,rang undang-undang tersebut dianggap sudah diperkenankan oleh baginda dan akan dikuatkuasakan.Selepas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengenkana Cop Mohor Besar ke atas rang undang-undang atas perintah YDPA,maka rang undand-undang tersebut akan menjadi undang-undang dan diwartakan sebelum dilaksanakan.-berkuasa untuk memanggil Parlimen bersidang,YDPA juga mempunyai kuasa budi bicara untuk memberhentikan persidangan atau membubarkan Parlimen.-berhak tidak mengikut nasihat Perdana Menteri yang mencadangkan pembubaran Parlimen.-memanggil Parlimen bersidang dalam tempoh masa enam bulan antara persidangan terakhir dalam penggal pertama dengan tarikh penetapan untuk persidangan pertamanya dalam penggal yang kemudiannya.-tidak mengikuti persidangan Parlimen,tetapi boleh memberi ucapan dalam Majlis Parlimen (Perkara 60) dan merasmikan pembukaan serta pembubaran Parlimen.

  • Fungsi YDPA yang berkaitan dengan Parlimen ditunjukkan pada Rajah 5.2

    Fungis YDPA di-Pertuan Agong dalam ParlimenMemperkenankan rang undang-undangMembubarkan atau memberhentikan persidangan ParlimenMemanggil Parlimen bersidangMemberi ucapan dan merasmikan pembukaam Parlimen

  • Dewan Negara

    Dewan NegaraMajlis Tertinggi yang dikenali sebagai Senat & ahli-ahlinya dikenali sebagai SenatorFungsi:a)Membahaskan rang undang-undang yang dibentuk oleh Dewan Rakyat dengan menelitinya agar menjaga kepentingan masyarakat umum. b)Menangguhkan rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat, tetapi tidak berkuasa menolaknya.Dewan Negara tidak boleh meluluskan Rang Undang-undang KewanganParlimen diberi kuasa oleh Perlembangan untuk mengubah kedudukan ahli Dewan Negara.

  • DEWAN RAKYATTempat wakil rakyat mendapat pembelaan bagi masyarakat sesebuah kawasan ParlimenParti yang memenangi undi majoriti dalam pilihan raya umum dan mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan.Pemimpin parti politik yang mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan Rakyat akan dilantik sebagai Perdana Menteri.Sekiranya Perdana Menteri kehilangan suara terbanyak Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri tersebut hendaklah meletak jawatan atau memohon YDPA untuk membubarkan ParlimenFungsi Dewan Rakyat:a)Menggubal dan membahas rang undang-undangb)Membahas dasar-dasar kerajaan dan masalah rakyatc)Mencapai kata pemutus berhubung undang-undang kewangan.d)Mengkaji semula rang undang-undang yang dipertangguhkan oleh Dewan Negara mengikut keadaaan semasa.

    Rang Undang-undang Kewangan hanya perlu mendapat kelulusan Dewan Rakyat sebelum dipersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong.

  • PENTADBIRAN PARLIMEN

    Fungsi lima jawatankuasa parlimen.

    JenisFungsiJawatankuasa PemilihMemilih ahli-ahli Jawatankuasa DewanJawatankuasa Hak dan KebebasanMempertimbangkan perkara-perkara yang dikemukakan oleh Dewan demi kepentingan ahli Dewan.Jawatankuasa Peraturan MesyuaratMempertimbangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan peraturan dan mesyuarat Majlis Dewan.Jawatankuasa DewanPenasihat kepada Yang Dipertua Dewan yang bertanggunjawab menyediakan kemudahan demi keselesaan ahli Dewan.Jawatankuasa Kira-kira Wang NegaraMemeriksa kira-kira badan pentadbiran dan pertubuhan yang mengurus wang Negeri yang akan dibentangkan dalam Majlis Dewan.

  • Persidangan Parlimen

    Persidangan pertama Parlimen adalah dalam tempoh 120 hari selepas tarikh pembubarannya yang lalu.

    2.Persidanagn pertama Parlimen merangkumi:a)titah ucapan diraja yang dibuat oleh YDPA tentang tugas-tugas kerajaan dan dasar-dasar negara yang telah dijalankan.b)perancangan takwim Parlimen selama lima penggal (satu tahun dianggap sebagai satu penggal)c)melantik Yang Dipertua Dewan atau Speaker dan Timbalan Yang Dipertua Dewan.d)ahli-ahli Dewan mengangkat sumpah.

    Dalam persidangan Parlimen, selain membahaskan dasar-dasar dan rang undang-undang, Parlimen juga membahaskan Belanjawan Negara pada setiap tahun.

    4.Proses permulaan persidangan Parlimen ditunjukkan pada rajah dibawah:

  • Pilihan raya umum selepas pembubaran Parlimen:60 hari dari tarikh pembubaran bagi Semenjung Malaysia90 hari dari tarikh pembubaran bagi Sabah dan Sarawak

    Yang di-Pertuan Agong (YDPA) memanggil Parlimen bersidang 120 hari dari tarikh pembuburan

    Merancang takwim Parlimen untuk lima penggalPelantikan Yang Dipertua Dewan/ Speaker dan Timbalan Yang Dipertua DewanAhli Dewan mengangkat sumpah.Titah ucapan YDPA dalam merasmikan pembukaan ParlimenPersidangan Parlimen bermulaRajah : Proses permulaan persidangan Parlimen

  • Keistimewaan parlimen

    Perlembagaan memperuntuhkan perlindungan dan keistimewaan kepada ahli parlimen.

    Antara keistimewaan Parlimen ialah:a)berkuasa membuat peraturan Dewan dan menghukum ahli dewan yang melanggar keistimewaan yang dietapkan oleh Dewan.b)Perkara 63(4), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan setiap ahli Parlimen terlindung daripada tindakan undang-undang berhubung dengan:i) perjalanan Majlis Parlimenii) perkara-perkara atau pendapat yang diperkatakan di dalam Dewan.iii) pengundian di dalam Dewan Parlimen

    3.Kesemua tindakan di atas tidak boleh dipersoalkan oleh mahkamah. Namun, ahli Parlimen tidak boleh membangkitkan isu-isu sensitif seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Hasutan 1970.

  • Keahlian Dewan Rakyat dan Dewan NegaraKelayakanAhli-ahli Parlimen terdiri daripada ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara.Ahli Dewan Negara mesti berumur 30 tahun ke atas sementara ahli Dewan Rakyat mesti berumur 21 tahun ke atas.Kelayakan lain ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah seperti berikut:a)seorang warganegara Malaysiab)bermastautin di Malaysiac)mesti sempurna akal d)tidak melakukan kesalahan yang membolehkan keahliannya dibatalkanSetiap ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara dikehendaki mengangkat sumpah taat setia kepada Malaysia dan perlembagaannya. Kehilangan KelayakanSeseorang akan hilang kelayakan sebagai ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara(ahli Parlimen) mengikut Perkara 48,Perlembagaan Persekutuan iaitu:a)memperoleh kewarganegaraan asingb)tidak warasc)bankrap(muflis)d)memegang jawatan bergaji,iaitu jawatan dalam perkhidmatan awam

  • e)disabitkan kesalahan dan dipenjarakan lebih daripada satu tahun(12 bulan) tanpa mendapat pengampunanf)didenda lebih daripada RM2000 tanpa mendapat pengampunan

    Ahli Dewan Rakyat yang tidak menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya bagi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dalam tempoh yang ditetapkan akan turut hilang kelayakan sebagai ahli Dewan.Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara juga akan hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan jika:a)tidak mengangkat sumpah dalam tempoh tiga bulan selepas dipilih.b)tidak menghadiri persidangan Dewan selama enam bulan beturut-turut tanpa persetujuan Speaker.

    Keanggotaan Dewan NegaraDewan Negara mempunyai 70 orang ahli,di mana 44 orang daripadanya dilantik oleh YDPA dari kalangan warganegara yang telah berbakti dengan cemerlang kepada negara.Ahli-ahli yang dilantik (senator) merupakan mereka yang:a)cemerlang dalam perkhidmatan awamb)mencapai kecemerlangan dalam bidang profesion, perdagangan, pertanian, perusahaan, kebudayaan atau khidmat masyarakat.c)mewakili dan menjaga kepentingan kaum atau golongan minoriti

  • Tempoh jawatan ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan tidak boleh memegang jawatan melebihi dua penggal.Tempoh jawatan ahli Dewan Negara tidak terjejas dengan pembubaran Parlimen.Sekiranya seseorang ahli dipilih atau dilantik bagi menggantikan ahli lain yang meninggal dunia atau bercuti,maka tempoh jawatannya mengikut bakinya sahaja.Jadual 5.2 menunjukkan bilangan ahli Dewan Negara yang dipilih dan dilantik

    AhliCara Pelantikan/PemilihanBilanganDua orang wakil dari setiap NegeriDipilih dari kalangan ahli Dewan Undangan Negeri26 Wakil dari Wilayah Persekutuan Kuala LumpurDilantik oleh YDPA2Wakil dari Wilayah Persekutuan LabuanDilantik oleh YDPA1Wakil dari Wilayah Persekutuan PutrajayaDilantik oleh YDPA140 orang ahli yang cemerlang dalm bidang masing-masingDilantik oleh YDPA40Jumlah70

  • Yang Dipertua/Speaker Dewan Negara

    Yang Dipertua Dewan dan timbalannya dipilih dari kalangan ahli Dewan untuk mempengerusikan persidangan Dewan.Ahli DUN yang dipilih untuk jawatan Yang Dipertua Dewan hendaklah terlebih dahulu berhenti menjadi ahli DUN.Tugas Yang Dipertua Dewan akan dilaksanakan oleh Timbalan Yang Dipertua jika Yang Dipertua Dewan tidak dapat hadir.Tugas-tugas Yang Dipertua Dewan Negara ialah:a)Mempengerusikan persidangan Dewan Negarab)memastikan ahli-ahli Dewan mematuhi tatatertib Dewan Negarac)menjadi jurucakap Dewand)mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli-ahli Dewan yang tidak mematuhi tatatertib.Bidang kuasa Speaker Dewan Negara ialah:a)menerima atau menolakk soalna ahli-ahli dewanb)menangguhkan persidangan Dewan Negarac)menyingkir ahli daripada persidangan Dewan Negara6.Seperti Dewan Rakyat, Dewan Negara turut mempunyai Setiausaha Dewan yang mengendalikan pentadbiran Dewan Negara

  • Keanggotaan Dewan RakyatAhli Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum yang diadakan lima tahun sekali.Jawatan ahli Dewan Rakyat berkuat kuasa selagi Parlimen tidak dibubarkan.Jadual 5.3 memperincikan peranan anggota Dewan Rakyat

    AhliPeranan/FungsiYang Dipertua DewanDikenali sebagai Speaker selaku Pengerusi.Setiausaha Dewan Merupakan Ketua Jabatan bagi Parlimen. Bertanggunjawab menguruskan perjalanan persidangan. Tugas lain meliputi menghantar notis panggilan persidangan menerima usul serta pertanyaan lisan atau bertulis daripada ahli, dan mengeluarkan laporan persidangan.Timbalan SpeakerTerdiri daripada dua orang yang dilantik oleh ahli Dewan untuk membantu tugas Speaker.

  • Ketua Pembangkang Dilantik dari kalangan ahli pembangkang Dewan dan dibayar elaun tambahan. Speaker berkuasa menentukan Ketua Pembangkang sekiranya timbul pertikaian mengenai jawatan tersebut.Ketua WhipGelaran untuk ahli Parlimen yang dilantik oleh parti politik untuk menentukan kehadiran ahli bagi menyokong sesuatu usul atau tindakan yang dimulakan oleh ketua parti.Ketua Majlis Ketua parti pemerintah atau Perdana Menteri. Bertanggungjawab menentukan tarikh persidangan.

  • Yang Dipertua/ Speaker Dewan RakyatSebelum persidangan Parlimen, Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh dipilih a) dari kalangan ahli Dewan Rakyatb) di luar Dewan Rakyat sebagai ahli Dewan tambahan2. Kuasa ahli Dewan tambahan sebagai Yang Dipertua Dewan terhad kerana jawatan ini tidak boleh:a) dilantik sebagai Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen.b)mengundi dalam perbahasan Dewan.Tugas-tugas Yang Dipertua Dewan ialah:a) mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat.b) memastikan ahli-ahli Dewan mematuhi tatatertib Dewan Rakyat.c) menjadi jurucakap Dewand) mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli-ahli Dewan yang tidak mematuhi tatatertib.Timbalan Yang Dipertua Dewan dipilih dari kalangan ahli Dewan Rakyat bagi menjalankan fungsi Yang Dipertua Dewan sekiranya beliau tidak dapat manghadiri persidangan.Kuasa budi bicara Speaker Dewan Rakyat sama seperti kuasa budi bicara Speaker Dewasa Negara, iaitu:a)menerima atau menolak soalan ahli dewan.b)menangguhkan persidangan Dewan Rakyat.c)melarang ahli daripada persidangan Dewan Rakyat.

  • Jumlah minimum ahli yang membolehkan persidangan berlangsung secara rasmi ialah 26 orang ( tidak termasuk Speaker)Setiausaha Dewan dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri untuk menguruskan pentadbiran Dewan Rakyat.Pemecatan Setiausaha Dewan Rakyat dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong.

    PROSES PENGGUBALAN DAN KELULUSAN RANG UNDANG-UNDANGUndang-undang negara digubal dalam proses yang melibatkan beberapa peringkat agar undang-undang yang digubal bersesuaian denagn aspirasi rakyat.Dokumen-dokumen usul hanya akan menjadi undang-undang selepas rang undang-undang diluluskan oleh Dewan Parlimen dan diperkenan oleh YDPA.Empat jenis rang undang-undang:-

    JENISPENERANGANRang undang-undang ahli persendirianDibentangkan oleh ahli Dewan Rakyat yang bukan MenteriRang undang-undang persendirianMenyentuh pertubuhan, bahan atau orang tertentu sahaja.

  • Proses Penggubalan Rang Undang-Undang AwamSemua undang-undang perlu diwartakan dan dihebahkan kepada masyarakat umum sebelum berkuat kuasa dalam Persekutuan.Parlimen boleh menangguhkan penguatkuasaan undang-undang pada tarikh yang lebih awal daripada tarikh diwartakan.Jika YDPA menolak sesuatu rang undang-undang, rang undang-undang itu akan dibawa ke peringkat Jawatankuasa Dewan asal untuk dikaji dan seterusnya diserahkan semula untuk diperkenan oleh YDPA.Menurut Perkara 66, Perlembagaan Persekutuan, sekiranya dalam masa 30 hari, YDPA tidak memperkenan undang-undang tersebut, undang-undang itu secara automatik akan menjadi undang-undang.Rang undang-undang dikuatkuasakan sebelum diwartakan dalam Warta Kerajaan.

    Rang undang-undang hibridDibentangkan oleh ahli Dewan Rakyat atau kerajaan yang menyentuh kepentingan atau hak individu. Rang undang-undang awamMenyentuh kepentingan awam dan dibentangkan oleh Menteri yang mewakili kerajaan.

  • Menteri marangka dasarMenteri menyediakan usul rang undang-undang selepas berunding dengan::Jabatan Peguam Negara:Perbendaharaan:Kementerian berkaitan

    Jabatan Peguam Negara menyediakan draf rang undang-undang.Notis pemberitahuan dihantar kepada Setiausaha Dewan Rakyat dan Setiausaha Dewan Negeri.Mengemukakan draf rang undang-undang di Parlimen.

    Rang undang-undang dibahaskan di Dewan Rakyat.

    Rang undang-undang dibahaskan di Dewan Negara.

    Rang undang-undang dipersembahkan kepada YDPA untuk diperkenankan

    Undang-undang diwartakan

    Penguatkuasaan undang-undang

  • Prosedur penggubalan rang undang-undang di Majlis Parlimen

    PeringkatTindakanBacaan Kali Pertama# Menteri mengemukakan rang undang-undang dengan pembacaan tajuk rang undang-undang. Bacaan Kali Kedua#Rang undang-undang dibahaskan oleh ahli Dewan secara teliti berkenaan pengaruh dan implikasinya terhadap rakyat dan negara.#Menteri menjawab segala pertanyaan yang dikemukakan kepadanya.Peringkat Jawatankuasa#Penelitian rang undang-undang dibuat, iaitu semua fasal, jadual dan pendahuluan rang undang-undang serta pindaan pindaan yang sesuai dibuat.Bacaan Kali Ketiga#Rang undang-undang dikemukakan oleh Menteri kepada Dewan Rakyat untuk kelulusan.#Undian majoriti biasa dibuat sebelum diluluskan oeh Dewan Rakyat.

  • BADAN PERUNDANGAN NEGERIBadan perundangan negeri melalui Dewan Undangan Negeri boleh membuat, menggubal dan meminda undang-undang bagi perkara-perkara yang terdapat dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

    Komponen Badan Perundangan NegeriSultan atau Yang Dipertua Negeri (YDN)Fungsi sultan atau YDN:a)memperkenankan rang undang-undang Negerib)memanggil DUN bersidangc)membubarkan DUNd)memberi ucapan perasmian pembukaan DUN walaupun tidak menghadiri kesemua persidangan DUN.2.Semua rang undang-undang Negeri mesti diperkenan oleh sultan atau raja bagi negeri-negeri beraja dan YDN bagi negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, dan Sarawak.Dewan Undangan Negeri (DUN)Berkuasa menggubal undang-undang Negeri.Terdiri daripada ahli-ahli yang dipilih oleh rakyat negeri berkenaan dalam pilihan raya.Jumlah ahli DUN berbeza antara sebuah negeri dengan negeri lain.

  • Fungsi Dewan Undangan Negeri (DUN)Menggubal, meluluskan dan menolak sebarang rang undang-undang atau pindaan undang-undang berkenaan perkara-perkara yang tersenarai dalam Senarai Negeri dan Senerai Bersama.Jika Parlimen mewakilkan kuasa kepada DUN berhubung dengan perkara-perkara yang tersenarai dalam Senarai Persekutuan, DUN boleh mengubal undang-undang berhubung dengan perkara berkenaan.Menggubal undang-undang tentang perkara-perkara yang tidak tersenarai dalam mana-mana Senarai.Persidangan Dewan Undangan NegeriPilihan raya umum harus dibuat selepas pembuburan DUN dibuat dalam jangka masa 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.Dalam tempoh 120 hari selepas tarikh pembubaran, sultan atau YDN mesti memanggil DUN untuk bersidang.Perkara yang akan dilakukan dalAm persidangan DUN yang pertama ialah:a)merancang takwim DUN untuk lima penggal (jarak masa antara persidangan tidak boleh melebihi 180 hari)b)melantik Yang Dipertuan DUN (Speaker) dan Timbalannya.c)ahli-ahli DUN mengangkat sumpah.d)Sultan atau YDN memberi titah ucapan mengenai tugas-tugas Kerajaan Negeri dan dasar-dasar Kerajaan Negeri.4.Persidangan DUN akan bermula.

  • Keahlian Dewan Undangan NegeriAhli DUN- wajib warganegara Malaysia dan bermastautin di negeri berkenaan.Kelayakan ahli DUN (ADUN):a) berumur 21 tahun ke atas.b)waras fikiranc)tidak muflisd)tidak memegang jawatan bergajie)tidak pernah dipenjara melebihi setahunf)tidak pernah didenda melebihi RM2000 tanpa pengampunan.Menurut Perkara 48, Perlembagaan Persekutuan, ADUN boleh dilucutkan daripada jawatannya jika beliau:a)menjalani hukuman penjara melebihi setahun.b)didenda RM2000 ke atas.c)tidak menghantar penyata-penyata yang dikehendaki oleh undang-undang.d)tidak mentaati undang-undang negara dengan memperoleh kewarganegaraan asing.Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri merupakan antara pegawai yang terlibat dalam persidangan DUN.Ketiga-tiga orang pegawai di atas membantu dalam merangka dan mengusulkan rang undang-undang Negeri, tetapi tidak terlibat dalam memberi persejuan dalam pengundian.

  • ADUN memegang jawatan selama lima tahun sekiranya DUN tidak dibubarkan sebelum itu.ADUN memiliki keistimewaan seperti ahli-ahli Parlimen.

    Yang Dipertua (Speaker) Dewan Undangan NegeriYang Dipertua atau Speaker DUN boleh terdiri daripada seorang ADUN atau ahli di luar DUN.Fungsi Speaker DUN:a)mempengerusikan persidangan DUN.b)memastikan ADUN mematuhi tatatertib Dewanc)menjadi jurucakap DUNd)mengenakan tindakan tatatertib terhadap ahli-ahli yang melanggar tatatertib DUN.Peranan DUN akan diambil alih oleh Timbalan Speaker DUN jika Speaker DUN tidak dapat menghadiri persidangan DUN.Keistimewaan Dewan Undangan NegeriSama seperti ahli-ahli Dewan Parlimen iaitu:a)sebarang prosiding di DUN tidak boleh dipersoalkan oleh mahkamah.b)ahli-ahli DUN tidak boleh didakwa atas apa-apa yang diperkatakan (kecuali isu-isu sensitif yang terdapat dalam Akta Hasutan 1970)c)tidak boleh didakwa sekiranya menyiarkan persidangan DUN.

  • Proses Penggubalan Dan Kelulusan Rang Undang-undang

    Proses penggubaln rang undang-undang atau Enakmen di DUN hampir sama dengan di Parlimen.Enakmen merupakan undang-undang yang digubal, diluluskan dan diterima pakai di peringkat negeri.Proses penggubalan rang Enakmen di semua negeri di Malaysia melalui tiga peringkat yang berikut:a)Peringkat penggubalanb)Penggubalan di DUNc)Kelulusan rang EnakmenPada peringkat pertama (penggubalan),jabatan-jabatan mencadangkan suatu Enakmen kepada Jawatankuasa Penggubalan yang dianggotai Penasihat Undang-undang Negeri dan ahli-ahlinya.Jawatankuasa berkenaan akan menyediakan rang Enakmen sebelum dihantar untuk dibahaskan di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Selepas mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,rang Enakmen itu diwartakan oleh Penasihat Undang-undang Negeri (tidak melebihi 14 hari) sebelum dibentangkan dalam DUN.

  • 7)Pada peringakt kedua (penggubalan di DUN) ,rang Enakmen tersebut melalui tiga peringkat persidangan,iaitu:a)Peringkat 1, iaitu nama rang Enakmen disebut (Bacaan 1)b)Peringkat 11, iaitu rang Enakmen dibahas (Bacaan 11)c)Peringkat 111, iaitu peringkat jawatankuasa yang membahas, meminda dan membatalkan fasal-fasal tertentu dalam rang Enakmen (Bacaan 111)Pada peringkat ketiga (kelulusan rang Enakmen), rang Enakmen tersebut akan diundi dan dianggap diluluskan sekiranya mendapat undi majoriti daripada DUN (Bacaan 111)Seterusnya rang Enakmen dipersembahkan kepada sultan atau YDN untuk diperkenan.Rang Enakmen mesti diperkenan dalam 30 hari dan jika tidak ia secara automatik menjadi undang-undang.Enakmen tersebut akan diwartakan dan dikuatkuasakan selepas diwartakan.

  • PINDAAN PERLEMBAGAANPindaan Perlembagaan PersekutuanPerkara 159, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan pindaan Perlembagaan Persekutuan.Perlembagaan dipinda apabila Perlembagaan menghadapi proses tambahan atau pemansuhan sesuatu dasar disebabkan fahaman dan kehendak rakyat telah berubah (Perkara 159 (6) )Di Malaysia, pindaan Perlembagaan boleh dilaksanakan oleh Parlimen tanpa melibatkan referendum rakyat terlebih dahulu.Empat cara perlembagaan memperuntukkan pindaan:a)mendapat persetujuan lebih 2/3 ahli Majlis Parlimen dan diperkenan oleh Majlis Raja-rajab)mendapat persetujuan lebih 2/3 ahli Majlis Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak.c)perkara-perkara yang memerlukan suara majoriti dalam Parlimen.d)perkara-perkara yang dipinda dengan mendapat persetujuan daripada 2/3 daripada ahli Majlis Parlimen.

  • Cara 1Cara 2 Cara 3Perkara 14-31-KewarganegaraanPerkara 32-Keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri AgongPerkara 38-Tugas dan kuasa Najlis Raja-RajaPerkara 63-Keistimewaan ParlimenPerkara 70-Raja-raja Melayu dan Yang Dipertua NegeriPerkara 71-Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan NegeriPerkara 152-Bahasa kebangsaanPerkara 153-Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan SarawakPerkara 159-Pindaan perlembagaanPerkara 181-Kedaulatan undang-undangPerkara yang menyentuh kepentingan Sabah dan Sarawak ,iaitu:Keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan SarawakPerundangan dan pemerintahan tentang perkara-perkara dalam bidang kuasa Negeri,iaitu hal agama,bahasa dan kedudukan istimewa BumiputeraKemasukan atau gabungan Negeri-negeri dengan PersekutuanPindaan Jadual tertentu dalam Bahagian 111 Perlembagaan (peruntukan tambahan tentang kewarganegaraan)Bentuk sumpah dan ikrar (Jadual 6)Pemilihan dan pelantikan ahli Dewan Negara

  • Pindaan Perlembagaan Negeri

    Perlembagaan Negeri boleh dipinda kerana berlakunya perubahan dalam masyarakat di sesebuah negeri.-dibuat melalui persetujuan 2/3 daripada ahli Dewan Undangan Negeri dengan persetujuan sultan bagi negeri-negeri beraja dan Yang Dipertua Negeri bagi negeri-negeri tidak beraja dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong.Antara perkara tersebut ialah:a)kedaulatan sultan atau Yang Dipertua Negerib)kedudukan sultan atau Yang Dipertua Negeric)kuasa pengampunan sultan atau Yang Dipertua Negerid)keistimewaan Dewan Undangan NegeriPindaan Perlembagaan Negeri yange memerlukan persetujuan ahlli Dewan Undangan Negeri ialah:a)semua bentuk sumpah dan ikrarb)pemilihan dan pelantikan ADUNc)bilangan kerusi dalam DUN

  • PILIHAN RAYA

    Dalam sistem demokrasi berparlimen,rakyat menentukan parti politik yang membentuk kerajaan dan mentadbir negara melalui pilihan raya umum.Pilihan raya di Malaysia diadakan setiap lima tahun untuk memilih: a)wakil rakyat di Parlimen untuk memerintah negarab)wakil rakyat di DUN untuk memerintah negeriNamun,piliha raya umum boleh diadakan sebelum tempoh lima tahun tamat apabila Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen atas cadangan Perdana Menteri.

    Sejarah Dan Perkembangan Pilihan Raya

    Kawasan pilihan raya berubah dari semasa ke semasa disebabkan pertambahan penduduk.Pilihan raya pertama di Tanah Melayu dijalankan pada tahun 1951 untuk Majlis Perbandaran Kuala Lumpur.Sewaktu pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur,Parti Perikatan UMNO-MCA berjya memenangi 9 daripada 12 kerusi.Dalam pilihan raya umum pertama pada tahun 1955, Parti Perikatan UMNO MCA-MIC berjaya memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Isu utama yang diperjuangkan pada masa itu ialah kemerdekaan dan permuafakatan antara kaum.

  • Piihan raya tahun 1959 dan 1969 pula memusatkan pelaksanaan dasar kerajaan demi kepentingan kaum masing-masing.Pilihan raya umum pada tahun 1964 dan 1974 pula memperlihatkan rakyat memperjuangkan kepentingan kestabilan politik akibat masalah Konfrontasi Indonesia (1963) dan Peristiwa Rusuhan Kaum 13 Me 1969.Antara faktor yang menentukan keputusan pilihan raya termasuk ketokohan calon, kekuatan parti politik, dasar parti dan kerajaan yang memerintah.Pilihan raya penting kerana menunjukkan sikap pengundi terhadap parti yang memerintah dan parti pembangkang.

    Suruhanjaya Pilihan Raya TujuanMemelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi negara melalui pilihan raya yang adil dan saksama.SPR bertanggungjawab untuk memastikan rakyat dapat memilih wakil mereka melalui pengundian secara langsung dalam setiap pilihan raya.PerananMenjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar nama pemilih.Mengisi kekosongan kerusi wakil rakyat dengan menjalankan pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan DUN serta pilihan raya kecil.Mangkaji dan menyempadankan semula bahagian pilihan raya Parlimen dan DUN dalam tempoh tidak kurang daripada lapan tahun selepas tarikh akhir penyelesaian urusan

  • penyempadanan sebelumnya.Mendaftarkan calon-calon yang bertanding dan memastikan calon memenuhi kelayakan yang ditetapkan.Menerima dan menyelidik rayuan tentang keputusan pilihan raya untuk memastikan kelancaran perjalanan pilihan raya.KeanggotaanAhli-ahli SPR dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan Majlis Raja-raja yang terdiri daripada pengerusi, timbalan pengerusi dan lima orang ahli lain yang membantu dalam urusan SPR.SPR bebas daripada kawalan politik.Bahagian Urus setia SPR merupakan pusat pentadbiran SPR.Urus setia ini berperanan melaksanakan semua fungsi, dasar dan keputusan SPR dan ahli-ahlinya terdiri daripada:a)seorang setiausaha sebagai ketua pentadbirb)pegawai pilihan raya Negeri yang mengetuai pejabat pilihan raya Negeri.c)kakitangan urus setiaSyarat-syarat yang ditetapkan untuk menjadi ahli SPR ialah:a)seseorang mesti berumur kurang daripada 65 tahun.b)seseorang yang tidak muflisc)tidak memegang jawatan bergaji yang laind)bukan ahli mana-mana parti politik atau wakil Dewan Parlimen atau DUN.

  • Elemen Penting Pilihan RayaPeraturan Pilihan RayaDalam pilihan raya, parti politik berdaftar yang memperoleh undi majoriti di Parlimen atau di DUN akan membentuk kerajaan.Bagi memastikan pelaksanaan dan perjalanan pilihan raya yang baik dan lancar, undang-undang dan peraturan berkaitan urusan pilihan raya telah diwujudkan, iaitu;a)Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5)b)Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 9)c)Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981d)Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 1971e)Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian melalui Pos bagi Semenanjung Malaysia) 1959.f)Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian melalui Pos bagi Sabah dan Sarawak) 1968.PengundiSetiap pengundi (kecuali Wilayah Persekutuan) dikehendaki membuang dua kertas undi dengan satu pemilihan untuk wakil DUN dan satu lagi bagi wakil Dewan Rakyat. Ini disebabkan Parlimen dan DUN dibubarkan serentak untuk pilihan raya umum.Seseorang yang layak didaftar sebagai pengundi dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecul terdiri daripada:a)warganegara Malaysiab)berumur 21 tahun ke atas

  • c)telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya dalam daftar pemilihd)bermastautin di bahagian pilihan rayae)tidak hilang kelayakanBagi mereka yang bermastautin di luar kawasan pilihan raya, mereka boleh mengundi melalui pos.Antara mereka yang terlibat ialah:a)anggota perkhidmatan awam (termasuk isteri atau suami) yang bertugas di luar negara.b)pegawai-pegawai SRP yang bertugas pada hari pengundianc)anggota polis sebagaimana ditetapkan oleh undang-undang Malaysia.d)pegawai tentera yang berkhidmat di hutan belantara.e)pelajar-pelajar (termasuk isteri atau suami) yang belajar di luar negara semasa pilihan raya.Kertas undi pos mesti sampai kepada Pegawai Pengurus SPR sebelum pukul lima petang pada hari pengundian.Urusan pendaftaran dan penyemakan daftar pemilih atau pengundi dijalankan sepanjang tahun.

  • Calon Pilihan RayaCalon pilihan raya yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya harus memenuhi syarat yang berikut:a)warganegara Malaysiab)berumur 21 tahun ke atasc)sempurna akal fikirand)tidak muflisf)tidak pernah dipenjarakan melebihi 12 bulan tanpa pengampunan f)tidak pernah didenda RM2000 ke atas tanpa pengampunang)mesti taat kepada negara dengan tidak memperoleh kewanganegaraan asingh)mesti bermastautin di Negeri berkenaan jika bertanding untuk kerusi DUNi)tidak boleh memegang jawatan berpendapatan seperti kakitangan awam,hakim dan sebagainnya.Calon wajib mengemukakan penyata perbelanjaan selepas pilihan raya selesai.Pilihan raya akan diadakan jika ada calon-calon lain yang merebut jawatan ahli DUN di sesebuah kawasan pilihan raya. Sekiranya hanya seorang calon sahaja yang dinamakan pada hari penamaan calon, maka calon itu akan diisytiharkan sebagai pemenang tanpa berunding.

  • Bahagian Pilihan RayaPembentukan dan penentuan bahagian-bahagian pilihan raya berpandukan undang-undang yang telah diwartakan.Pembahagian bahagian-bahagian pilihan raya bergantung pada jumlah penduduk dan keluasan kawasan berkenaan.SPR bertanggungjawab menyempadankan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri dalam tempoh tidak kurang daripada lapan tahun selepas tarikh akhir penyempadanan dijalankan dan tidak lebih daripada 10 tahun.Tempoh Pelaksanaan Pilihan RayaPilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Majlis Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri (DUN) di Semenanjung Malaysia.Sabah dan Sarawak diperuntukkan tempoh 90 hari untuk menjalankan pengundian disebabkan ramai penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman menghadapi masalah untuk keluar mengundi.Pilihan raya kecil (DUN) harus diadakan dalam tempoh 60 hari untuk mengisi kekosongan luar jangkaan, iaitu berlaku kematian, perletakan jawatan atau perlucutan keahlian ahli DUN (ADUN).Kekosongan luar jangkaan tidak perlu diisi jika kekosongan berlaku dua tahun sebelum tamatnya tempoh DUN melainkan dimaklumkan oleh Speaker.

  • Perjalanan Pilihan Raya

    SPR mewartakan notis pemberitahuan pendaftaran nama pemilihSemakan semula daftar pengundiPembubaran Parlimen oleh YDPA dan DUN oleh sultan/YDNTarikh pilihan raya diumumkanHari penamaan calonKempen mamancing undiPengundianPengiraan undi

  • Sebelum Hari Pengundian

    Sebelum sesuatu pilihan raya diadakan,notis pemberitahuan pendaftaran nama-nama pemilihan akan diwartakan oleh SPR yang meliputi:a)pendaftaran nama oleh pengundi baharub)pendaftaran kepada Pegawai Pendaftar jika pengundi lama ingin berpindah ke kawasan pilihan raya lainSemakan semula daftar pengundi diadakan untuk memastikan pengemaskinian butir pengundi dan tempat pilihan raya.Parlimen akan dibubarkan oleh YDPA, manakala Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan oleh sultan atau Yang Dipertua Negeri selepas kesemua pendaftaran dan semakan daftar pengundi dibuat.Tarikh pilihanraya umum ditetapkan selepas pembubaran Parlimen dalam tempoh 60 hari selepas SPR mengeluarkan writ pilihan raya dan notis disiarkan dalam Warta Kerajaan yang mengandungi keterangan hari penamaan calon dan hari pengundian.Hari penamaan calon ditetapkan, iaitu bakal calon dikehendaki mengisi borang-borang tertentu dan diserah kepada Pegawai Pengurus SPR.Pusat-pusat penamaan ditempatkan di pejabat daerah,dewan majlis perbandaran, dewan serba guna, sekolah, balai raya dan stadium akan dibuka dari pukul 9 pagi hingga 10 pagi untuk menerima kertas pencalonan.Tempoh bantahan selama sejam sebelum pegawai pengurus pilihan raya mengumumka nama-nama calon sekiranya ada pertandingan diperuntukkan.

  • Antara pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari,kertas penamaan calon dipamerkan kepada orang ramai.Jika hanya seorang sahaja dinamakan Pegawai Pengurus SPR akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.Wang pendahuluan sebanyak RM10000 untuk pilihan raya Dewan Rakyat dan RM5000 untuk pilihan raya DUNharus disertakan bersama dengan kertas penamaan calon.Wang pendahuluan tidak akan dikembalikan jika seseorang calon tidak mendapat 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh semua calon dalam bahagian pilihan raya itu.Calon daripada parti politik boleh menggunakan simbol parti selepas mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa parti, sementara calon bebas menggunakan simbol-simbol yang disediakan oleh SPR.Semua calon perlu mengemukakan borang Akuan Bersumpah serta duit setem yang dibayar.Kempen bermula selepas penamaan calon untuk memancing undi dan calon-calon hendaklah mematuhi etika pilihan raya bagi memastikan suasana aman dan tenteram.Semua bentuk kempen pilihan raya harus ditamatkan sebelum pukul 12.00tengah malam menjelang hari pengundian.

  • Semasa Hari PengundianPada hari pengudian, semua rakyat Malaysia yang telah mendaftar dengan SPR akan keluar mengundi dari pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang pada hari yang sama.Di kawasan yang menghadapi mesalah perhubungan, hari mengundi dilanjutkan selama dua hari (terutama kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak)Pengundian dijalankan de beberapa tempat mengundi yang diwartakan.Setiap tempat mengundi akan diketuai oleh ketua tempat mengundi dan dibantu oleh kerani pengundian.Calon dibenarkan mendirikan pondok di luar sempadan tempat mengundi yang ditentukan oleh Pegawai Pengurus SPR untuk membantu pemilih menyemak nombor siri dalam daftar pemilih.Hanya orang tertentu sahaja yang dibenarkan berada di tempat mengundi,iaitu:a)pemilih yang namanya ada dalam daftar pemilih tempat mengundib)ahli dan pegawai SPRc)ketua tempat mengundi dan kerani pengundian.d)calon dan wakil calon (seorang wakil calon dibenarkan berada di tempat mengundi untuk memastikan tidak berlaku penipuan dan segalanya berjalan dengan lancar)e)ejen tempat mengundi dan ejen mengirra undif)individu yang mendapat kebenaran daripada SPR

  • Pengundi memilih calon dengan menandakan tanda pangkah (X) dalam ruangan bersebelahan dengan nama atau simbol calon atau parti politik.Kertas undi perlu ditanda, dilipat dan dimasukkan ke dalam peti undi.Bagi pilihan raya Parlimen dan Negeri yang diadakan serentak,dua kertas undi disediakan, dan setiap kertas undi tersebut perlu dimasukkan ke dalam peti undi berasingan uang ditanda Parlimen dan Negeri.

    Pengiraan Undi

    1.Pengiraan undi dilakukan di tempat mengundi atau berkelompok dan undi pos setiap bahagian pilihan raya dikira di tempat yang ditetapkan oleh Pegawai Pengurus SPR.Individu yang dibenarkan berada di tempat pengiraan dan penjumlahan rasmi undi ialah:a)ahli dan pegawai SPRb)pegawai lain yang dilantik oleh SPRc)kerani mengira undid)calon, wakil calon, dan ejen mengira undi (memastikan pengiran dijalankan dengan adil dan betul)Selepas pengiraan undi di tempat mengundi, penyata pengiraan undi dibawa kepada Pegawi Pengurus SPR di tempat menjumlahkan semua undi bagi sesebuah bahagian pilihan raya.Keputusan pilihan raya akan diumumkan oleh Pegawai pengurus SPR kawasan pilihan raya tersebut dan pemenangnya akan ditentukan melalui unid terbanyak.

  • Pengumuman Keputusan Pengundian Dan Selepas Hari Pengundian

    Keputusan seluruh bahagian pilihan raya umum akan diumumkan kepada seluruh rakyat Malaysia dan parti memperoleh kemenangan majoriti akan membentuk kerajaan.Keputusan pilihan raya boleh dipertikaikan di Mahkamah Tinggi dalam masa 21 hari selepas pengumuman kepurusan pilihan raya diwartakan dengan alasan:a)berlaku penyogokan atau pembuatan menyalahi undang-undangb)tidak mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan rayac)calon atau ejen calon hilang kelayakand)berlaku penipuan atau ugutanSekiranya hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pilihan raya itu tidak sah, maka SPR akan mengadakan pilihan raya baharu bagi bahagian pilihan raya berkenaan.Seseorang calon boleh membelanjakana jumlah wang bagi pilihan raya tidak melebihi nilai yang berikut:a)RM200 000 bagi pilihan raya Dewan Rakyatb)RM100 000 bagi pilihan raya DUN

  • Penyata perbelanjaan pilihan raya perlu diserahkan kepada Pegawai Pilihan Raya Negeri atau Pegawai Pengurus SPR dalam tempoh 31 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan dan kegagalan berbuat demikian merupakan perbuatan yang menyalahi undang-undang pilihan raya.

    6.Dokumen-dokumen seperti kertas undi dan daftar pemilih dalam sampul-sampul khas akan dimeterai oleh ketua tempat mengundi dan ejen-ejen calon yang hadir untuk disimpan selama enam bulan dan hanya dibuka apabila perlu atas arahan hakim Mahkamah Tinggi.