prosa tradisional new

Upload: asrun89

Post on 10-Oct-2015

86 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

prosa

TRANSCRIPT

PROSA TRADISIONAL

PROSA TRADISIONAL

JENIS PROSA TRADISIONALPROSA TRADISIONALMerupakan sejenis cerita rakyat yang berdasarkan kehidupan masyarakat. Sastera ini dianggap milik bersama masyarakat dan kelompok masyarakat yang tertutup.

JENIS-JENIS PROSA TRADISIONALMITOSmerupakan sekumpulan cerita yang dianggap benar-benar berlaku pada zaman silam. Biasanya memperkatakan kisah dewa dewi dan manusia agung berhubung dengan asal usul raja, tempat, kedatangan Islam yang dianggap aneh dan menakjubkan. merupakan kepercayaan kerana ianya dianggap benar-benar berlaku kerana mempunyai hubungan dengan kepercayaan sesuatu agama, misalnya cerita tentang Tuhan, dewa dan Nabi.

DEFINISIcerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam. Dapat menerangkan perasaan ingin tahu manusia terhadap sesuatu kejadian alam yang tidak terjawab melalui pemikiran biasa.

Berfungsi menghubungkan manusia dengan kuasa yang agung- yang diluar daripada batas-batas kehidupan manusia biasa.

Sebagai alat kawalan sosial.

Sebagai alat pendidikan, untuk pengajaran dan contoh teladan.

FUNGSIuntuk menerang sebab dan akibat sesuatu kejadian itu.

Ahli antropologi- Untuk memberi pengesahan atau pendokongan terhadap sesuatu institusi sosial.

Memberikan hiburan kepada pendengar-pendengar tentang asal-usul kejadian sesuatu yang terdapat dalam kehidupan mereka.

a.Cerita mitos dianggap sebagai cerita rekaan tetapi masyarakat tradisional mempercayai yang cerita mitos itu benar-benar berlaku. Cerita mitos dari segi isi dan tema, adalah dihubungkan dengan asal usul bermulanya sesuatu kejadian, benda, binatang, manusia, asal usul nama tempat, asal usul keturunan raja dan lain-lain lagi. Setiap asal usul itu dikaitkan dengan pelbagai peristiwa dengan keadaan yang luar biasa tetapi dipercayai benar-benar berlaku.CIRI-CIRI CERITA MITOS

b. Bagi masyarakat Melayu tradisional, cerita mitos adalah suci dan mulia serta berlawanan kepada sifat duniawi. Cerita mitos adalah cerita tentang dewa dewi dari kayangan dan dipercayai ada kaitan dengan unsur keagamaan, bersifat suci dan kudus. Banyak pantang larang dikenakan dalam hal mematuhi cerita mitos. Kalau dipatuhi pantang larang itu mendapat kebaikan dan kekurniaan. Jikalau dilanggar maka mala petaka akan menimpa.c. Latar masa cerita mitos adalah pada zaman pra-sejarah iaitu zaman animisme. Semua masyarakat Melayu lama percaya pada kepercayaan animisme.

d. Latar tempat cerita mitos berlaku di dunia luar, di dunia kayangan dan di dasar laut. Latar trmpat sejarah juga terdapat dalam cerita mitos. Misalnya, mitos asal usul negeri Melaka sebagaiman yang digambarkan dalam Sejarah Melayu mengambil latar tempat sejarah. Latar tempat di dasar laut pula melalui mitos dinasti seperti yang digambar dalam sejarah Melayu iaitu seorang daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain memasuki dan melawat negeri bawah laut bernama Dika.Beliau berkahwin dan mendapat tiga orang anak di negeri bawah laut itu. Anak-anak bagindalah kemudiannya menjadi raja diPalembang, Singapura dan akhirnya menjadi raja negeri Melaka.

e. Watak-watak dalam cerita mitos pula terdiri daripada Tuhan dan dewa-dewi sebagai watak-watak bukan manusia. Dalam cerita metos juga terdapat watak manusia dan binatang. Beberapa contoh dapat dilihat di dalam teks Sejarah Melayu. Umpamanya nama Samudera-Pasai berasal daripada semut besar. Nama ini diperoleh daripada peristiwa seekor anjing bernama Si Pasai yang menyalak bukit kerana nampak semut sebesar kucing.Sempena dengan peristiwa yang luar biasa ini maka Sultan Malikul Salleh membuka sebuah negeri baru yang dinamakannya Samudera-Pasai. Melalui mitos nama tempat ini, watak-watak yang terlibat melibatkan watak manusia dan bukan manusia iaitu watak Malikul Salleh, anjing dan semut besar.

Cerita mitos memainkan peranan yang tersendiri dalam masyarakat Melayu lama. Pertama, ia berperanan menggambarkan serta memuliakan golongan raja. Golongan raja dianggap memiliki kuasa yag luar biasa serta taraf mereka disamakan dengan golongan dewa-dewi. Contohnya asal usul raja-raja, pengislaman raja serta pembukaan negara kota. Cerita-cerita ini dapat dilihat dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Si Miskin, Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Merong Mahawangsa. Misalnya dalam teks Sejarah Melayu, kemasukan agama Islam dapat dilihat melalui peristiwa Raja Kecil Besar diislamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam mimpinya.

PERANAN / FUNGSIIa juga memainkan peranan sebagai mengkritik serta menyindir sikap golongan raja yang zalim dan buruk tingkah lakunya. Umpamanya melalui mitos alegori peristiwa Singapura diserang ikan todak. Peristiwa itu sebenarnya menyindir kezaliman raja Singapura membunuh Tuan Jana Khatib yang telah dengan tidak sengaja menilik pohon pinang hingga terbelah dua di hadapan raja pemaisuri. Ekoran sikap zalim itu, maka Singapura menerima bala dan bencana serangan todak

Cerita LagendaPKP 3117Lagenda dikenali sebagai dongengan sejarah kerana cerita lagenda selalunya mengenai seseorang tokoh yang terkenal pada sesuatu tempat. Masyarakat percaya bahawa tokoh tersebut pernah hidup dan wujud dalam sejarah. Kebenaran sejarah cuba dibuktikan dengan mengaitkan beberapa kesan di tempat yang wujudnya lagenda tersebut.Apa itu cerita lagenda???Tokoh lagenda merupakan tokoh seorang pahlawan yang tidak ada tolok bandingannya. Oleh itu, tokoh ini diberi sepenuh kebanggaan masyarakat setempat. Tokoh ini amat istimewa, mempunyai kelebihan yang tinggi,bersifat kudus dan suci.

Lagenda ialah sebuah pernyataan yang selalunya bercorak cerita, yang berlatarkan masa atau sejarah yang masih boleh diingat oleh masyarakat berkenaan; yang mungkin menghubungkan pengalaman masa lampau dengan yang terkini. Lagenda dipercayai benar oleh penyampainya dan oleh mereka yang menerima penyampaian cerita itu, terutama sekali apabila wujud tanda-tanda di muka bumi yang seolah-olah mensahihkan sesuatu cerita lagenda itu. Mohd Khalid Taib (1991: 261) Definisi Cerita LagendaLagenda KepahlawananTerdiri daripada Hang Tuah, Tun Perak, Tun Bija Sura. Mereka merupakan tokoh pahlawanan terbilang zaman kerajaan mereka.

Lagenda KeagamaanTokoh Nabi dan alim ulama Islam. Nabi Khaidir, Nabi Yusuf, Sayyid Abdul AzizJenis Tokoh LagendaLagenda Pejuang NegaraDatok Bahaman, Tok Janggut, Panglima Hitam, Dol Said Naning.

Lagenda AntarabangsaNabi Sulaiman, Iskandar Zulkarnain, Puteri Balkis, Saidina Ali.

Lagenda PendosaSi Tanggang, Nahkoda Manis, Malin Kundang.

Lagenda Lain-lain [setempat (nusantara)]Puteri Saadong, Puteri Dayang Bunting, Mahsuri.

Cerita yang serius dan dipercayai benarBersifat terbukaLatar lagenda berlaku dalam ruang geografi yang dapat dirujukPeristiwa bergerak atas garis masa yang objektifLagenda lebih kepada karya sejarah dan bersifat objektif

Ciri-ciri Cerita LagendaUntuk menguatkan / mengukuhkan kepercayaan anggota masyarakat terhadap sesuatu tokoh dan peristiwa yang bercorak sejarah.Sebagai kebanggaan dan dijadikan teladan dan panduan kepada masyarakat tentang kepahlawanan dan kegagahan. Misalnya, tokoh Hang Tuah menjadi kebanggaan bangsa Melayu; kata-kata Hang Tuah Tak Melayu Hilang Didunia menjadi sebutan orang Melayu.Untuk menyanjungi keturunan tokoh-tokoh legenda sebagai orang yang gagah dan mulia.

Fungsi Cerita LagendaUntuk mengingati serta mengenang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam masyarakat melayu seperti keagungan kesultanan Melayu Melaka.Untuk dijadikan sebagai idola/ model seorang pahlawan atau pemimpin bangsa untuk dicontohi oleh masyarakat.Untuk menguatkan keyakinan orang Melayu terhadap agama Islam (khasnya cerita-cerita legenda pengaruh Islam disamping untuk menggantikan lagenda yang bersumber daripada kepercayaan hindu-buddha).

Cerita tokoh lagenda dimasukkan dengan unsur-unsur mitos dan dongeng bertujuan untuk membesar-besarkan keistimewaan seseorang tokoh. Menunjukkan kelebihan tokoh sehingga menjadi kebanggaan bertujuan sebagai teladan dan panduan kepada masyrakat kemudian menjadi wira kebangsaan yang dibanggakan.Kesimpulan http://smsoskmkb3.blogspot.com/2010/05/legenda.htmlhttp://jejakmihrabmimbar.wordpress.com/2010/02/18/antara-mitos-dan-legenda/http://sasterarakyat-kedah.com/?cat=21http://kmtppuintan.blogspot.com/2011/08/cerita-mitos.htmlKamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat

Sumber rujukan