rph pke tahun 2

Upload: annenordin

Post on 23-Feb-2018

282 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 RPH PKE TAHUN 2

    1/3

    Mata pelajaran: Pendidikan Kesihatan

    Tarikh: 28 Februari 2016 (Khamis)

    Masa: 9:40 10:10 am

    Tahun: 2 Bestari

    Bilangan murid: 29 oraNG

    Modul: Kesihatan Diri dan Reproduktif

    Tajuk: Amalan Hidup Sihat

    Standard Kandungan: 1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan dan perkembangan fizikalyang sihat.

    Standard Pembelajaran: 1.1.4 Mengamalkan postur yang betul untuk pertumbuhan danperkembangan fizikal

    Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran, muridmurid dapat:

    1. Membezakan postur yang baik dan postur yang tidak baik.

    2. Menandakan betul pada 3 gambar yang menunjukkan postur yang baik untuk rutin seharian.

    3. Menunjukkan pergerakan postur yang sesuai berdasarkan demonstrasi yang ditunjukkan

    Pengetahuan sedia ada: Murid tahu apakah nama bagi aktiviti dan rutin seharian mereka

    Penerapan nilai: Kebersihan, menjaga kesihatan tubuh badan

    KBKK: Pemerhatian dan meneliti

    EMK: Kreativit dan Inovasi

    KBAT: Membezakan aktiviti dan rutin yang berfaedah dan postur yang sesuai untuk aktiviti yang

    berlainan

    Penggabungjalinan/ Penyerapan: Membuat perbandingan postur badan yang sesuai dan yang

    tidak sesuai

    Strategi utama: Demonstrasi

    BBM:

  • 7/24/2019 RPH PKE TAHUN 2

    2/3

    Masa /Fasa

    Pelajaran Fokus Pembelajaran & Aktiviti Catatan

    InduksiSet

    (5 minit)

    Pengenalan TajukPelajaran

    Amalan HidupSihat

    1. Guru menampal satu catatan diari di hadapan

    kelas.

    2. Guru bertanya kepada murid-murid apakah yang

    ditampal di papan putih.

    3. Guru memberitahu murid-murid tentang catatan

    diari yang ditunjukkan

    3. Guru memberitahu murid-murid bahawa mereka

    akan mempelajari makan berkhasiat dan makanan

    tidak berkhasiat.

    BBM:

    Langkah 1(10 minit)

    Mengenal pastidan membezakanpostur yang sesuaiuntuk aktiviti yangberlainan

    1. Guru menayangkan beberapa postur berdiri dan

    duduk.2. Guru membimbing murid-murid memberi

    pandangan dan pendapat tentang kedua-dua postur

    tersebut.

    3. Guru menerangkan tentang postur yang sesuai

    untuk rutin harian murid-murid.

    4. Guru menerangkan kebaikan mengamalkan

    postur yang sesuai untuk aktiviti-aktiviti seharian.

    .

    Langkah 2

    (10 minit)

    Demonstrasiindividu

    1. Guru memanggil 2 murid untuk membuatdemonstrasi postur yang sesuai di hadapan.

    2. Guru menerangkan tentang satu situasi dan

    murid tersebut ditugaskan untuk menunjukkan

    postur yang sesuai untuk aktiviti yang diberikan.

    3. Guru membimbing murid-murid untuk

    menunjukkan postur yang betul.

    4. Guru memberitahu murid-murid yang lain untuk

    mengikut postur yang ditunjukkan murid di

    hadapan.

    5. Guru menerangkan kepada murid-murid dengan

    lebih lanjut tentang postur yang ditunjukkan.

    Langkah 3

    (10 minit)

    Melengkapkankertas latihan

    1. Guru mengedarkan kertas latihan kepada murid-murid.2. Guru menerangkan arahan kertas latihan yangdiberikan.3. Guru membacakan soalan dan menunjukkan

  • 7/24/2019 RPH PKE TAHUN 2

    3/3

    contoh.4. Guru memperuntukkan masa kepada murid-murid untuk menyiapkan kertas latihan yangdiberikan.5. Guru membincangkan soalan dan jawapandengan murid-murid.

    Penutup Penerapan nilaidan meringkaskanhasil pembelajaran

    1. Guru bertanya kepada murid tentang apa yang

    dipelajari hari ini.

    2. Guru menerapkan nilai murni yang diterapkan

    pada sesi pembelajaran hari ini.

    2. Guru meringkas hasil pembelajaran hari ini.