set up computer work area

Upload: umair-hafiz

Post on 24-Feb-2018

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Set Up Computer Work Area

    1/12

    Page 1

    MENUBUHKAN KAWASAN KERJA KOMPUTER

    Menentukan Kawasan Kerja Yang Melibatkan Komputer

    Secara umum, kawasan kerja menggambarkan satu tempat di mana satu atauramai orang bekerja.

    Sebagai contoh, desktopdianggap satu kawasan kerja. Dalam sebuah program seperti text

    editor, word processor, atauspreadsheetdi mana anda menaip teks di tetingkap,

    ia dianggap kawasan kerja.

    Pada kebiasaannya orang yang bekerja menggunakan komputer perlu duduk

    dihadapan komputer untuk hampir lapan jam sehari. Mereka akan melihat pada skrin dan

    membuat sedikit pergerakan tangan yang sama berulang kali. Ini akan membuatkan mereka

    berasa letih dan penat kerana aliran darah tidak mengalir dengan baik disebabkan oleh jumlah

    pergerakan yang sedikit ketika menggunakan komputer.

    Kini telah ramai orang dilaporkan mengalami beberapa masalah dipercayai berpunca

    daripada tabiat kerja, tempat kerja dan sebagainya. Antara contoh masalah yang dialami oleh

    mereka ialah keletihan, ketegangan mata, pening kepala, pandangan kabur, sakit leher dan

    sebagainya.

    Perkara diatas tidak sepatutnya berlaku kepada mereka kerana terdapat cara yang boleh

    membuatkan mereka berasa selesa dan dapat mengelakkan kecederaan ketika bekerja.

    Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan keselesaan dan mengelakkan

    kecederaan ketika bekerja ialah:

    Pastikan jarak antara mata dengan skrin monitor adalah dalam lingkungan 20 hingga

    26 inci jauh.

    Pergelangan tangan hendaklah berada dalam keadaan neutral dan tidak mebengkok

    sama ada ke bawah atau ke atas.

    Laraskan ketinggian kerusi supaya lengan berada dalam keadaan lurus dan siku

    membengkok pada sudut 90 darjah.

    Ubah kedudukan skrin supaya bahagian atas skrin berada pada 5-15 di bawah garis

    mendatar penglihatan.

  • 7/25/2019 Set Up Computer Work Area

    2/12

    Page 2

    Pastikan tahap kecerahan skrin tidak terlalu cerah kerana ia akan menyebabkan mata

    penat.

    Setelah lama menggunakan komputer, lakukan sedikit regangan atau senaman untuk

    merehatkan otot-otot anda.

    Rehatkan mata anda setiap 20-30 minit ketika menggunakan komputer dengan

    melihat benda yang berwarna hijau.

    Gunakan kerusi yang selesa untuk diduduki dalam masa yang lama.

    Dan banyak lagi.

    Postur kedudukan yang betul ketika menggunakan komputer:

    Contoh kawasan tempat kerja persendirian:

  • 7/25/2019 Set Up Computer Work Area

    3/12

    Page 3

    Contoh kawasan tempat kerja di dalam makmal komputer:

  • 7/25/2019 Set Up Computer Work Area

    4/12

    Page 4

    Cara Menguruskan Sumber Kuasa

    Untuk membina sebuah makmal komputer, tempat kerja dan sebagainya, kita perlulah

    mengetahui bilangan barang elektronik yang akan digunakan di dalam makmal atau tempat

    kerja tersebut, seperti komputer, printer, monitor, router (jika ada) dan sebagainya.

    Selepas mengetahui jumlah barang elektronik yang diperlukan di dalam makmal atau tempat

    kerja, kita perlu mengira bilangan watt yang diperlukan bagi setiap barangan tersebut. Setiap

    barang mempunyai watt yang berbeza-beza, jadi setiap barang perlu diperiksa jumlah watt

    yang diperlukan untuk memberi bekalan kuasa yang cukup bagi barang tersebut.

    Bagi memastikan tidak ada lebihan kuasa yang digunakan serta mengelakkan daripada

    kejadian litar pintas atau kehilangan data, terdapat dua jenis sumber kuasa yang diperlukan di

    dalam sesebuah makmal komputer iaitu Automatic Voltage Regulator (AVR) dan

    Uninterruptible Power Supply (UPS).

    Automatic Voltage Regulator (AVR) atau pengatur voltan direka untuk mengekalkan

    tahap voltan yang tetap secara automatik. Ia boleh menggunakan satu mekanisme

    elektromekanik atau komponen elektronik. Bergantung pada reka bentuk, ia boleh digunakan

    untuk mengawal satu atau lebih AC atau DC voltan.

  • 7/25/2019 Set Up Computer Work Area

    5/12

    Page 5

    Uninterruptible Power Supply (UPS) adalahbekalan kuasa yang hadir dengan bateri untuk

    mengekalkan kuasa sekiranya berlaku gangguan kuasa. Biasanya, UPS akan memberi

    bekalan kuasa kepada komputer yang sedang digunakan untuk beberapa minit selepas

    gangguan kuasa, ia membolehkan kita menyimpan data di dalam RAM dan menutup

    komputer dengan baik. Banyak UPS kini menawarkan satu komponen perisian yang

    membolehkan anda untuk menetapkan prosedur ketika berlakunya gangguan bekalan elektrik

    semasa anda berada jauh dari komputer.

    Terdapat dua jenis sistem UPS iaitu sistem Standby Power Systems (SPS)dan On-line UPS

    System. SPS memantau talian kuasa dan beralih kepada kuasa bateri sebaik sahaja ia

    mengesan masalah. Pertukaran kepada bateri memerlukan beberapa milisaat, di mana masa

    komputer tidak menerima apa-apa kuasa. Siap sedia Sistem Kuasa kadang-kadang dipanggil

    UPSes Line-interaktif. Standby Power Systems (SPS) juga dipanggil Line-interactive UPS.

    On-line UPS System pula dpat mengelakkan masalah daya kuasa seketika dengan sentiasa

    membekalkan kuasa dari penyongsang sendiri walaupun bekalan kuasa dalam keadaan baik.

    Secara umum, On-line UPS System adalah lebih mahal berbanding Standby Power Systems

    (SPS).

  • 7/25/2019 Set Up Computer Work Area

    6/12

    Page 6

    Mengenal Pasti Suhu Dan Pengudaraan

    Suhu Di Dalam Makmal Komputer

    Suhu di bilik atau pejabat perlulah sesuai. Untuk memastikan sistem komputer

    beroperasi dalam suhu yang sesuai, kadar suhu yang telah ditetapkan oleh pembekal

    komputer perlulah diketahui. Kebanyakan pembekal komputer menyediakan data tentang

    suhu operasi untuk setiap sistemnya. Contohnya, IBM menyediakan suhu operasi seperti

    berikut :

    Sistem On : 6090 Fahrenheit

    Sistem Off : 50-110 Fahrenheit

    Keadaan suhu di dalam sebuah makmal komputer perlulah menepati ciri-cirinya bagi

    memastikan peralatan di dalam makmal tersebut terjaga dan dapat bertahan lebih lama.

  • 7/25/2019 Set Up Computer Work Area

    7/12

    Page 7

    Pengudaraan Di Dalam Makmal Komputer

    Sebuah makmal komputer perlu mempunyai sistem pengudaraan yang baik kerana ia

    akan membantu dalam mendapatkan keselesaan serta kemudahan bernafas ketika berada di

    dalam makmal. Manusia memerlukan oksigen dengan secukupnya untuk pernafasan dan

    aktiviti-aktiviti lain. Jadi kita perlu mencegah kenaikan kadar kandungan karbon dioksida dan

    bau yang tidak diingini bagi memudahkan oksigen masuk. Bagi membolehkan pengaliran

    udara, kita perlu meletakkan kipas ekzos di dalam sesebuah makmal.

    Selain itu kandungan kelembapan udara dan panas matahari yang sentiasa tinggimenyebabkan kulit kita sentiasa terasa melekit dan tidak selesa. Fenomena iklim panas

    lembap ini hanya boleh diredakan dengan meniupkan angin untuk mempercepatkan proses

    sejatan pada kulit. Bagi mencegah ketidakselesaan yang disebabkan oleh kepanasan dan

    kelekitan kulit ini, bekalan udara yang cukup kelajuan dan kadar tukarannya adalah

    diperlukan. Kadar aliran dan kelajuan udara pula dipengaruhi oleh geometri ruang dan lokasi

    bukaan. Oleh itu saiz dan ruang semasa peringkat rekabentuk perlu diteliti dengan mendalam

    supaya perkara- perkara ini dapat diterapkan dan bukan sekadar anggaran yang kurang tepat.

  • 7/25/2019 Set Up Computer Work Area

    8/12

    Page 8

    Udara sebenarnya memiliki kapasiti terma yang rendah. Oleh itu sekiranya sesebuah

    bangunan tidak mempunyai sistem pengudaraan, suhu udaranya tetap berada pada aras suhu

    permukaan dalam. Suhu permukaan dalam pula berubah mengikut purata suhu permukaan

    luar. Purata suhu permukaan luar dan dalam adalah berkait, iaitu ia dipengaruhi oleh warna

    dinding luar bangunan berkenaan. Suhu lazimnya meningkat sekiranya warna digelapkan.

    Tahap ketinggian turun-naik suhu ini pula ditentukan oleh kapasiti terma, rintangan terma

    dan julat suhu permukaan luar bangunan. Oleh itu suhu udara didalam bangunan terbukti

    dipengaruhi oleh ciri-ciri komponen binaan atau struktur banguanan. Hasil daripada beberapa

    penyelidikan, telah terbukti bahawa kesan penyejukan oleh pengudaraan sememangnya

    bergantung kepada perbezaan suhu luar dan dalam bangunan. Pengudaraan berupaya

    menurunkan suhu pada bahagian luar bangunan dan seterusnya mengakibatkan penurunan

    suhu bahagian dalam dan suhu udara yang terkandung di dalamnya. Peranan ini perlu diambil

    kira khususnya bagi penurunan suhu bumbung dan ruang loteng bangunan.

  • 7/25/2019 Set Up Computer Work Area

    9/12

    Page 9

    Menentukan Ciri-Ciri Keselamatan Untuk Kawasan Kerja Komputer

    Di dalam sebuah makmal komputer atau tempat kerja, terdapat beberapa ciri

    keselamatan yang perlu diambil berat bagi memastikan tiada sebarang perkara yang tidak

    diingini berlaku.

    Sebuah makmal komputer atau tempat kerja memerlukan pencahayaan yang baik kerana ia

    dapat memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna ketika menggunakannya. Lampu

    yang digunakan di dalam makmal atau tempat kerja perlulah sesuai dan menepati bilangan

    yang diperlukan. Antara jenis lampu yang boleh digunakan ialah lampu pendaflour,

    fluorescent dan sebagainya.

    Mengikut logik akal, di dalam sebuah makmal komputer atau tempat kerja pasti

    mempunyai lebih daripada tiga barang elektronik. Jadi, risiko untuk berlaku sebarang

    kebakaran di dalam makmal atau tempat kerja adalah tinggi. Bagi mengelakkan berlakunya

    kebakaran yang besar, alat pemadam api perlu diletakkan di tempat tersebut. Selain itu, kita

    juga boleh meletakkan alat pengesan asap bagi memberi amaran ketika kita berada di luar

    kawasan makmal atau tempat kerja. Dua alat ini dapat mengurangkan kerosakan alatan dan

    seterusnya menjimatkan kos membaik pulih.

  • 7/25/2019 Set Up Computer Work Area

    10/12

    Page 10

    Selain daripada dua alat ini, terdapat juga alatan lain seperti Gaseous fire suppression. Ia

    digunakan untuk melindungi aset bernilai tinggi seperti bilik server komputer, bilik kawalan

    PLC, tempat penyimpanan artifak yang tidak boleh ditukar ganti di mana ia memerlukan

    tahap perlindungan kebakaran yang tinggi dan jika air atau agen pemadam kebakaran yang

    lain digunakan, ia akan merosakkan peralatan yang hendak dilindungi.

    Gaseous Fire Suppression memadamkan kebakaran menggunakan ejen gas yang mampu

    meresap ke dalam kabinet dan kawasan terhalang untuk memastikan penghapusan lengkap.

    Ejen-ejen gas adalah bukan konduktif dan bukan menghakis menjadikan mereka selamat

    untuk digunakan di seluruh peralatan elektrik secara langsung. Ejen-ejen gas tidak

    meninggalkan sebarang sisa, jadi tiada proses pembersihan perlu dilakukan dan perniagaan

    atau kerja boleh disambung semula dengan segera.

    Sebuah makmal komputer perlulah dilengkapi dengan pintu kecemasan. Pintu

    kecemasan ialah sebuah pintu khas yang digunakan ketika berlaku sebarang kecemasan

    seperti kebakaran. Gabungan pintu keluar biasa dengan khas membolehkan proses

    pemindahan berlaku dengan lebih cepat. Ia juga memainkan peranan sebagai pintu alternatif

    jika laluan tetap untuk keluar disekat oleh kebakaran dan sebagainya. Ia biasanya diletakkan

    di tempat yang strategik seperti tangga, lorong atau lain-lain tempat.

    Gaseous Fire Suppression

    System

    Contoh Pintu Kecemasan

  • 7/25/2019 Set Up Computer Work Area

    11/12

    Page 11

    RUMUSAN

    Hasil daripada folio ini, saya dapati bahawa terdapat banyak perkara yang perlu kita

    lakukan sebelum menubuhkan sebuah kawasan kerja komputer. Antaranya ialah, kita perlu

    tahu adakah ruang yang kita ada untuk menubuhkan kawasan kerja tersebut cukup untuk

    menepati ciri-ciri keselamatan dan pengudaraan yang betul. Begitu juga dengan sumber kuasa

    yang akan kita gunakan di kawasan tempat kerja tersebut. Jika syarat-syarat keselamatan

    yang telah ditetapkan tidak dapat dipenuhi, maka kita perlu cari kawasan baharu yang lebih

    strategik dan efisien. Ini kerana kawasan yang strategik dan efisien dapat kekal lebih lama

    berbanding yang tidak strategik.

  • 7/25/2019 Set Up Computer Work Area

    12/12

    Page 12

    RUJUKAN

    Internet:

    http://www.computerhope.com/jargon/w/work-area.htm

    http://www.digital-doc.com/C2/ComputerErgo.pdf

    http://nairaby.blogspot.my/2008/06/how-to-avoid-computer-

    related-health.html

    http://techsemut.com/cara-menggunakan-komputer-dengan-betul/

    http://www.greeneducationfoundation.org/green-energy-challenge-

    menu/curriculum-and-activities/audits/594-computer-lab-energy-

    audit.html

    http://www.webopedia.com/TERM/U/UPS.html

    https://en.wikipedia.org/wiki/Voltage_regulator

    http://mantero86.blogspot.my/2008/01/bagaimana-cara-untuk-elak-

    kerosakan.html

    https://en.wikipedia.org/wiki/Gaseous_fire_suppression

    http://www.tycofis.co.uk/products/Gaseous-Fire-

    Suppression/inergen-overview

    http://www.argusfire.co.nz/gasSys.html

    https://en.wikipedia.org/wiki/Emergency_exit