sistem pentadbiran sistematik melaka

Upload: lordelalala

Post on 05-Oct-2015

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

SISTEM PENTADBIRAN SISTEMATIK MELAKAMelaka mempunyai satu sistem pentadbiran yang tersusun dan sistematikKesultanan Melayu Melaka mengamalkan sistem pemerintahan yang dikenali sebagaiSistem Pembesar Empat LipatanMelalui sistem ini, sultan mengetuai pemerintahanBaginda dibantu oleh empat pembesar yang dikenali sebagai Pembesar BerempatPembesar utama ialah Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu BendahariStruktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka adalah saeperti di bawahSultan merupakan kuasa tertinggi kerajaan. Sultan dianggap berdaulatDaulat bermakna kesempurnaan, keistimewaan, kuasa tertinggi dan kewibawaan pemerintahKonsep daulat ini amat dimuliakan oleh rakyat kerana jika seseorang yang enggan mengakui kedaulatan sultan, mereka akan dianggap menderhakaPeranan sultan* Lambang perpaduan rakyat* Menyelaras kegiatan-kegiatan ekonomi* Ketua agama Islam* Ketua adat istiadat Melayu* Mengetuai hubungan diplomatik* Melantik pembesar negeriSultan juga dianggap mempunyai Kuasa mutlak dalam segala aspek iaitu dalam pemerintahan peperangan, hubungan diplomatik dan agama IslamPembesar perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan jujur danbijaksana untuk memajukan MelakaMereka juga bertanggungjawab menegakkan kedaulatan sultan dan kerajaan Melaka_______________________________Sistem Pembesar Empat LipatanSistem Pentadbiran Pembesar Empat Lipatan adalah satu sistem yang sistematikSetiap pembesar diberikan tugas dan tanggungjawab untuk melicinkan pentadbiranBendahara* Menteri utama* Penasihat utama sultan dalam pentadbiran* Ketua hakim untuk menyelesaikan kes yang besar* Ketua istiadat* Ketua turus angkatan perang* Pemasngku sultan ketika sultan gering atau ke luar negaraTemenggung* Memelihara keamanan dan keselamatan dalam negeri* Penguasa bandar dan kota Melaka* Mengawasi pedagang asing dan memastikan sukatan dan timbangan pedagang adalah betul* Protokol istana* Hakim di daratLaksamana* Ketua angkatan laut* Menjaga ketenteraman laut* Mengawal keselamatan sulktan atau pengawal peribadi sultan* Mengetuai utusan diraja ke seberang laut* Ketua duta* Mengetuai angkatan tentera sekiranya ketiadaan Bendahara* Jawatan ini diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah_______________________________________Kawasan PeganganKerajaan yang kuat dan maju adalah hasil daripada sokongan padu dan taat setia daripadapembesar kepada sultanSultan perlu meningkatkan serta mengekalkan sokongan tersebut agar tidak berlaku keadaan tidak puas hati di kalangan pembesarnyaSultan akan memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir sungai, pulau dan wilayah.Kawasan yang ditadbir oleh pembesar dikenali sebagai 'Kawasan pegangan'Pembesar berempat diberi kawasan tertentu untuk ditadbir iaitua. Bendahara, kawasan pegangannya ialah Muar dan Bentanb. Penghulku Bendahari kawasan pegangannya ialah Sening Ujung dan Kamparc. Laksamana kawasan pegangannya ialah Temasikd. Temenggung tiada kawasan pegangane. Hulubalang kawasan pegangannya ialah Sungai Raya dan SiantanSultan juga melantik pembesar di kawasan jajahan dan daerah untuk memungut cukaiKawasan yang menjadi tempat pembesar memungut cukai ialah 'kawasan pemakanan'Ufti bagi kawasan pembesar itu akan dipersembahkan kepada sultan_______________________________________Pentadbiran BerwibawaKesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan iaitu sistempentadbiran yang hampir sama dengan Sistem Jemaah Menteri sekarangMalalui sistem ini setiap pembesar diberi tugas dan tanggungjawab masing-masing bagi melicinkan pentadbiran kerajaanTanpa sistem pentadbiran ini sudaj tentu kerajaan akan lemahJadual Perbezaan Sistem Pembesar Empat Lipatan dan Jemaah Menteri Sekarang_____________________________________Kedudukan GeografiMelaka terletak di tempat yang strategik di Selat Melaka, iaitu di pertengahan jalanperdagangan anatara Timur dan BaratPedagang-pedagang asing yang berulang alik di antara India (Barat) dan China (Timur) akan berdagang di Melaka, selain mendapat bekalan makanan dan air ataupun membaiki kapalPelabuhan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin Monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa dan angin Monsun Barat Daya oleh Pulau SumateraPedagang-pedagang yang datang berdagang juga menunggu pertukaran angin Monsun untuk pulang dan datang ke Melakaa. Angin Monsun Timur laut yang bertiup dalam bulan November hingga Mac membawapedagang China ke Melaka dan pada masa sama akan membawa pedagang Asia Barat dan India belayar pulang dari Melakab. Angin Monsun Barat Daya yang bertiup dalam bulan Mei hingga September pula akanmembantu pedagang Asia Barat dan India ke Melaka dan pada masa yang samamembawa pedagang China belayar pulang dari MelakaSelain itu, muara sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal dagang yang besar berlabuh di kawasan pelabuhanPerairan Selat Melaka yang sempit juga telah membolehkan kerajaan Melaka mengawal laluan kapal-kapal dagang dengan mudahMelaka juga mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit yang menjadi panduan untukl kapal dagang keluar masuk ke pelabuhannya. Selain sesuai dijadikan kubu pelabuhan serta tempat memerhati musuhPokok-pokok bakau dan api-api yang terdapat di persisiran pantai pula menjadikannya sukar ditembusi musuh.____________________________________________Kemudahan PelabuhanPelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintah di pelabuhan Melaka untuk menarik pedagang-pedagang asing ke palbuhan MelakaAntara kemudahan-kemudahan tersebut ialah kemudahan membaiki kapal, menyediakan rumah persinggahan dan gudang untuk menyimpan barang.Kemudahan pengangkutan juga disediakan oleh Syahbandar seperti kapal, perahu, jong, lancara, gajah dan pekerja untuk kemudahan para pedagang untuk membawa barangan ke gudangPedagang juga mudah mendapatkan bekalan makanan dan air semelum memulakan pelayaran semasa menunggu pertukaran angin MonsunAngkatan laut yang terdiri daripada Orang Laut juga dibentuk untuk melindungi pedagang daripada serangan lanun______________________________________________Peranan SyahbandarParameswara telah mengasaskan sebuah kerajaan yang cekap, baik dan adil di Melaka melalui Majlis Tertinggi yang diketuai olehnyaJentera pentadbiran yang tersusun ini telah berjaya mengekalkan Keselamatan, kemakmuran dan keamanan di MelakaSyahbandar iaitu anatara jawatan terpenting berjaya menguruskan pentadbiran di pelabuhan dengan cekap dan bijak.Antara tugas-tugas Syahbandar ialaha. Menguruskan cukaib. Menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapalc. Menguruskan gudangd. Menguruskan pasare. Menjaga kebajikan pedagangg. Menjaga keselamatan pedagangh. Menjadi hakim di pelabuhanSyahbandar juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kumpulan pedagangSyahbandar I ----->>>>> Mengurus pedagang dari GujeratSyahbandar II ----->>>>> Menguruskan pedagang daria. Chinab. Ryukyuc. ChampaSyahbandar III ------->>>> Menguruskan pedagang daria. Kalinggab. Peguc. Benggalad. ParsiSyahbandar IV ------->>> Mengurus pedagang daria. Pulau Jawab. Bandac. Borneod. Filipinae. Malukuf. Kalimantang. Pasai_______________________________________________Keberkesanan Undang-undangUntuk melicinkan lagi urusan aktiviti perdagangan, kerajaan Melaka telah menggubal undang-undang seperti Undang-undang Laut MelakaUndang-undang Laut Melaka yang digubal mengandungi 24 fasalUndang-undang Laut Melaka yang digubal mengandungia. Peraturan dan tatatertib berniagab. Cara berjual belic. Hukum-hukum jenayah yang berlaku di kapald. Larangan dan tanggungjawab bakhoda_________________________________________Cukai PerdaganganMelaka mempunyai cukai pelabuhan yang teratur dan berpatutanTerdapat dua jenis cukai yang dikenakan dalam urusan perniagaan iaitu:a.Cukai rasmi (duti import) atau Panduanb.Cukai tak rasmi iaitu dalam bentuk hadiah kepada sultan dan pembesarSelainitu, cukai juga dikenakan ke atas keluar masuk barangan makanan di Melaka kerana hasil pertanian Melaka tidak mencukupi untuk keperluan sendiriPerdagang juga perlu membuat bayaran untuk mendapat Surat Kebenaran Berniaga untuk urusan jual beli. Surat ini merupakan lesen untuk berniagaSurat Kebenaran Berniaga dikeluarkan bertujuan untuka. Memastikan urusan perdagangan adalah lancarb. Sumber pendapatan kerajaanSistem pungutan cukai yang dikenakan oleh kerajaan Melaka ialah Sistem Cukai BerkeutamaanCukai yang dikenakan ialah mengikut kawasan dan hubungan dengan Melakaa. Pedagang dari Barat seperti India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukaisebanyak 6%b. Pedagang dari Timur seperti China dan Jepun tidak dikenakan cukai tetapi merekadikehendaki memberi persembahan iaitu hadiah kepada Sultan, Temenggung danSyahbandarc. Pedagang dari Kepulauan Melayu atau tinggal tetap di Melaka dikenakan cukaisebanyak 3%_________________________________________________Penggunaan Sistem Mata WangMelaka menjadi tarikan pedagang asing kerana urusan niaga dijalankan melaui sistem tukar barang dan penggunaan mata wangWang logam mula digunakan semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah dan kedatangan pedagang asing telah meluaskan lagi menggunakan mata wang tersebutWang logam ini diperbuat daripada timah yang dipanggil calainsPada permukaan wang timah ini dipahat nama sultan yang memerintah Melaka pada masa ituPenggunaan mata wang emas, perak dan timah juga digunakan. Mata wang ini dibawa dari Pedir,Pasai, Kembayat dan Gujerat__________________________________________Penggunaan Sistem Mata WangPelabuhan Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan entrepotPelabuhan entrepot berperanan sebagai pusat pengumpulan barangan dari kepulauan Melaytu dan pusat pengedaran barangan dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu_________________________________________________Bahasa Melayu sebagai Lingua FrancaBahasa Melayu telah digunakan dengan meluas di MelakaBahasa Melayu dianggap sebagai Lingua Franca kerana digunakan dengan meluas oleh pedagang di pelabuhan MelakaPedagang-pedagang asing juga tidak menghadapi masalah komunikasi dengan pegawai Melaka kerana mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga digunakan di negeri-negeri Melayu lain yang berhampiran Melaka atau tanahjajahan MelakaSelain itu, bahasa Melayu juga digunakan dalam hubungan sosial, pentadbiran, ekonomi, agama agama dan pendidikan.___________________________________________________Hubungan Diplomatik dengan Negara SerantauMelaka telah menjalankan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Pasai, Jawa, Kampar dan Siak sejak pemerintahan Parameswara lagi.Hubungan dengan Melaka juga telah memajukan ekonomi negera-negara ini kerana kegiatan perdagangan sepertia. Pasai membekalkan lada hitam, emas dan berasb. Jawa-membekalkan beras, bahan makanan dan rempahc. Kampar dan Siak-membekalkan emas_________________________________________________PasaiHubungan dengan Pasai terjalin apabila Megat Iskandar Syah (1414-1424) mengahwiniputeri Pasai dan memeluk agama IslamRakyat Pasai yang menetap di Melaka pula telah berkahwin dengan orang tempatanKedua-dua kerajaan ini bertukar-tukar pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan hukum agama IslamKerajaan Melaka juga telah membantu kerajaan Pasai menamatkan keadaan huru-hara dengan menghantar pembesar dan tenteranyaHubungan kedua-dua kerajaan ini telah mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan tolong menolongHubungan kerajaan Melaka dan Pasai dianggap setaraf. Istilah Salam digunakan semasa berutus suratMelalui hubungan diplomatik ini, kerajaan sekitar Melaka telah mendapat bejalan sepertia. Beras, makanan dan rempah dari Jawab. Lada hitam, beras dan emas dari Pasai________________________________________________Kampar dan SiakPenaklukan Melaka ke atas Siak pula membolehkan Melaka mengawal pengeluaranemas dan penguasaan ke atas Kampar pula membolehkan Melaka mengawal eksportlada hitam dan emas2Kerajaan Melaka telah meberi taraf naungan terhadap Siak dan apabila berutus surat, kedua-dua negara ini akan menggunakan sembahPenggunaan istilah sembah ini menunjukkan kerajaan Kampar dan Siak lebih rendah tarafberbanding dengan MelakaUfti dalam bentuk wang atau barangan perlu dihantar ke MelakaKetinggian kedudukan kerajaan Melaka dapat dilihat ketika Sultan Mansur Shah melawat Majapahit.Baginda diiringi oleh raja-raja dari Palembang, jambi dan Lingga___________________________________________________Hubungan Antarabangsa dengan ChinaSemasa pemerintahan Maharaja Yung Lo (Dinasti Ming), baginda telah memperluaskan hubungan perdagangan dan pengaruh China ke luar negeri.Pada tahun 1404, utusan Kerajaan Ming yang diketuai oleh Laksamana Cheng Ying Ching tiba di MelakaMelaka sedang diancam oleh Siam dan Majapahit mengambil kesempatan untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan ChinaPada tahun 1405, Parameswara telah menghantar satu utusan ke China dan kerajaan Ming telah bersetuju memberi perlindungan dan mengiktiraf Parameswara sebagai raja MelakaKerajaan Ming juga telah menghantar sebuah inskripsi ke Melaka bersama-sama dengan cap mohor, sepasang kain sutera dan payung kuning.China juga telah memberi amaran kepada kerajaan Siam agar tidak mengganggu kedaulatan Melaka melalui utusannya yang diketuai oleh Cheng Ho yang tiba di Melaka pada tahun 1409Pada tahun 1411, Parameswara sendiri melawat ChinaSelain itu, hubungan dengan China juga terjalin dalam bentuk hubungan perdagangan apabila pedagang-pedagang China datang berdagang ke MelakaPedagang-pedagang China telah menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan atau menunggu pertukaran angin sebelum bertolask ke India________________________________________________Hubungan Diplomatik dengan SiamSiam telah menjadi ancaman Melaka sejak awal-awal lagi kerana semasa Parameswara di Temasik. baginda telah membunuh Temagi iaitu wakil SiamHubungan Melaka dan Siam terjalin dengan penghantaran utusan diplomatik yang diwakilioleh Tuan Telani dan Menteri Jana Putera ke SiamMelaka mahu menjalinkan hubungan yang baik dengan Siam demi kepentingan ekonomiSiam telah membekalkan beras, bahan makanan dan kayu jati__________________________________________________Hubungan Melaka dengan RyukyuMelaka juga telah menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan Kepulau Ryukyu (Jepun) antara tahun 1460-an hingga 1480-anRaja Ryukyu pernah menerima surat daripada Sultan Mansor ShahDalam kandungan surta tersebut, baginda telah memberitahu Raja Ryukyu mengenai kelakuanpedagang-pedagang Ryukyu melanggar undang-undang Melaka semasa berdagang di MelakaRaja Ryukyu membalas surat dengan menyatakan bahawa mereka akan akur dengan peraturan dan undang-undang MelakaIni terbukti Raja Ryukyu menyanjung tinggi kedaulatan kerajaan Melaka____________________________________________________Hubungan Melaka dengan GujeratMelaka juga menjalankan hubungan perdagangan dengan GujeratPedagang Gujerat membekalkan kain kepada MelakaMelaka membekalkan rempah kepada mereka dari Kepulauan MelayuPedagang Gujerat juga menyebarkan agama Islam di Melaka__________________________________________________________Hubungan Melaka dengan ArabPedagang dari Tanah Arab mengembangkan ajaran Islam di MelakaMereka juga membelia. Emas dan rempah dari Kepulauan Melayub. Kain sutera dan teh dari China___________________________________________________________Pusat Perkembangan Agama IslamKedah dan Terengganu adalah antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayuyang menerima ajaran IslamKedah menerima agama Islam sekitar abad ke 9, iaitu dengan penemuan batu nisandi Tanjung Inggeris, KedahPenemuan batu bersurat dari Kuala Berang Terengganu membuktikan agama Islam telahbertapak di negeri tersebut pada abad ke-13 lagiMelaka pula telah menerima agama Islam pada abad ke 15 apabila Megat Iskandar Syahmemeluk agama Islam.________________________________________________________Teori Pengislaman MelakaTeori 1Megat Iskandar Shah iaitu Sultan Melaka yang telah memeluk Islah setelah berkahwin dengan puteri PasaiTindakan baginda diikuti oleh pembesar-pembesar dan kemudian rakyat jelataTeori 2Sayid Abdul aziz yang datang dari Jeddah telah mengislamkan Raja Sri Maharaja dan baginda kemudian menggunakan nama Sultan Mahmud ShahTeori pengislaman Melaka ini adalah menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin.Pedagang-pedagang dari arab dan India juga berperanan penting seperti berdakwahsemasa berdagangSelain daripada berdakwah pedagang-pedagang ini juga telah berkahwin dengan penduduksetempat dan membawa ahli-ahli agama untuk menjalankan dakwah di MelakaKedatangan Islam ke Melaka telah disambut baik oleh semua rakyat MelakaPenduduk Melaka tertarik dengan ajaran Islam kerana kelebihan pada agama tersebutkerana meliputia. Toleransib. Adilc. Rasional____________________________________________________Keunggulan Melaka Sebagai Pusat Penyebaran IslamPada abad ke 15 Melaka muncul sebagai pusat penyebaran dan pengajian IslamUlama dan pendakwah dari pelbagai tempat seperti Arab dan Pasai bertemu di Melakauntuk berdakwahUlama menjadi guru kepada sultan, pembesar dan rakyat MelakaPendakwah pula berdakwah kepada rakyat jelata dan sanggup berkorban untuk dihantarkeluar untuk menyebarkan agama IslamPemerintah juga memgambil berat terhadap pendakwah seperti tempat tinggal kepadapendaklwahPemerintah atau raja Melaka sendiri menyambut baik kedatangan agama Islam iaitudengan menganuti agama tersebut dan kemudian diikuti pembesar dan rakyat jelataSultan Mansor Shah sanggup menghantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untukbertanyakan mengani hal-hal agama demi mendalami agama IslamSultan Melaka turut menyokong dan melibatkan diri dalam berdakwahSultan Muzaffar Shah telah mendirikan beberapa institusi agama seperti masjidmadrasah dan surau iaitu tempat untuk mempelajari agama Islam dan membacakitab suci al-QuranMelaka merupakan pusat pengajian ilmu tasawuf yang terkenal. Ilmu tasawuf ialahajaran untuk mengenali Tuhan serta mendekatkan diri kepada TuhanAbdul Karim al-Jili merupakan ahli tasawuf yang terkanl di Melaka. Beliau mengarangsebuah kitab iaitu Insan al-KamilDi istana Melaka kegiatan yang berkaitan dengan agama Islam dijalankan sepertia. Menterjemah kitab-kitabb. Menyadur kitab-kitabc. Menyimpan kitab agama Islam di perpustakaanAntara kitab terkenal yang telah diterjemahkan ialaha. Hikayat Amir Hamzahb. Hikayat Muhammad Ali HanafiahDalam urusan pentadbiran pula, Sultan Melaka telah menerapkan nilai-nilai Islamseperti konsep musyawarah________________________________________Kegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam ke Negara lain di Asia TenggaraPerkahwinan DirajaPuteri-puteri Islam Melaka dikahwinkan dengan raja-raja yang bukan Islam.Contoh dengan raja negeri Kedah Pahang dan Kelantan. Putera-puteri dari RokanSiak dan InderagiriPuteri Sultan Mansor Shah telah dikahwinkan denganputera Raja SiakSiakPerkahwinan tersebut menyebabkan agama Islam tersebar dengan mudah ke negeri-negeri tersebuttersebutSelain itu, perkahwinan dengan rakyat juga membantu menyebarkan agamna IslamPenaklukan Semasa Pemerintahan Sultan Mansur & Bendahara Tun PerakRaja-raja di negeri-negeri yang ditakluk oleh Melaka akan memeluk agama Islam untuk mendapat kurniaan ataulayanan yang lebih baik serta menunjukkan taat setiakepada Sultan MelakaRakyat jelata pula akan mengikut jejak langkah raja iaitu memeluk Islam secara sukarela. Contoh di Terengganu, Johor, Kelantan,Pahang, Rokan dan InderagiriPeranan Ahli SufiUlama ahli sufi dan mubaligh Melaka telah dihantaroleh kerajaan Melaka ke merata-rata tempat untukmenyebarkan agama Islam. Contoh ke KalimantanKepulauan Sulu, Sulawesi dan MindanaoPedagangSaudagar-saudagar yang datang berdagang di Melaka turut tertarik dengan Islam lalu memeluk agama Islam selain untuk mendapatkan keistimewaan dan perdaganganApabila mereka pulang, mereka akan menyebarkan agama Islam di daerah masing-masing seperti di JawaAskar UpahanSultan Alauddin Riayat Shah telah menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar dan Inderagiri dalam hal ehwal agamaApabila mereka pilang mereka turut menyebarkan agama Islam ke Pulau JawaUsaha PemerintahSultan Alauddin Riayat Shah telah menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar dan Inderagiri dalam hal ehwal agamaGalakan dan dorongan diberi oleh pemerintah kepada pendakwah untuk menyebarkan Islam_____________________________________________________Sinar Islam dan Kesannya Terhadap MelakaKesan PolitikSultan Muhammad Shah adalah sultan yang pertama menggunakan gelaran "sultan" bagi menggantikan gelaran 'seri' yang berunsur agama HinduPada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, corak pemerintahan dan kepimpinan Islam telah diamalkan. Baginda dianggap mencontohi kepimpinan Khalifah Omar Al Khatab iaitu dengan menyamar diri pada waktu malam untuk melihat sendiri kehidupan rakyat dan mennagkap pencuriMelaka juga telah mengadakan hubungan diplomatik lebih luas bukan sahaja dengan negeri di kepulauan Melayu, China, Kepulauan Ryukyu di Jepun tetapi Melaka juga telah menerima utusan dan hadiah dari Raja Aden, Ormus, Cambang dan BengalMelaka juga menerapkan nilai-nilai syariah dalam pentadbiran serta undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka untuk mewujudkan satu sistem pemerintahan yang adil, bermuafakat bermusyawarah dan persamaan tarafHukum-hukum adalah berkaitan dengan membunuh, berzina dan meminum arakKesan EkonomiMelaka telah menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal di dunia pada abad ke 15Banyak barang-barang yang berkaitan dengan Islam dibawa masuk seperti kitab-kitabagama, minyak wangi, permaidani, pakaian dan sebagainyaMelaka juga menjalankan konsep jual beli secara Islam seperti dalam soal timbangansukatan, konsep zakat, fitrah, wakal, sedekahKesan SosialPada abad ke-15, Melaka menjadi pusat pengajian dan perkembangan agama Islamyang terpentingBanyak perkataan Arab seperti ilmu, faedah, fardhu, sedekah, hikmat dan lain-lainlagi memperkayakan khazanah bahasa MelayuBahasa Melayu telah dijadikan bahasa ilmu dan Lingua FrancaTulisan Jawi juga telah disenaraikan daripada tulisan Arab dan digunakan sepenuhnyadalam urusan rasmi, perkembangan kesusasteraan melayu, kitab-kitaba agamaPenulisan dan penterjemahan hasil karya Saduran Islam. Contohnya darul Manzun,Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah danHikayat Iskandar DzulkarnainAl-Quran telah menjadi asas sistem pengaruh yang besar dalam budaya kehidupanorang MelayuAgama Islam juga mempunyai pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orangMelayu sepertiKesenianCorak ukiran di kubah masjid mimbar mihrab,menara azan, tempat berwuduk, madrasah, batu nisan dan sebagainyaTulisanTerdapat dalam ukiran berbentuk bunga, geometri, ayat al-Quran dan hadisKhatAmalanKhatam, al-Quran, majlis kesyukuran dan kenduri arwah7. Usaha gigih pemerintah Melaka mengembangkan agama Islam menyebabkan kedudukan Islam semakin kukuh di Melaka8 Melaka juga terkenal sebagai Serambi Makkah iaitu tempat umat Islam belajar agamaatau persinggah sebelum bertolak ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan fardhu haji9. Istana telah menjadi pusat kegiatan intelektual kerana kebanyakan golongan yang tahumanulis dan membaca ialah kerabat diraja dan golongan bangsawan_______________________________________Pusat kegiatan IlmuPeranan Istana sebagai Pusat kegiatan IntelektualJurutulis pengarang dan Ulama di IstanaKonsep intelektual bermaksud orang yang tahu membaca dan menulisPada zaman dahulu bilangan orang yang tahu membaca dan menulis amat kecilbilangannyaOrang yang mahir dalam bidang ini akan berpeluang menjadi jurutulis, pengarang, gurudan ulama di istanaTugas jurutulis ialahMengarang surat rasmi untuk rajaMenggubal perjanjianMenjadi guru kepada anak-anak raja5. Tugas pengarang ialahMenulis karya sejarah dan kesusasteraan MelayuMenterjemah karya-karya asing-Arab, Parsi, dan Monghul ke dalam bahasa MelayuMencatat diari istanaMenyusun salasilah raja-raja6. Tugas ulama ialahMenulis kitab agama IslamMenterjemah Kita agama___________________________________________________Karya SasteraBahasa asing telah dikuasai oleh golongan cerdik pandai di MelakaMereka telah menterjemah dan menyadur karya sastera dari negara Arab dan ParsiAntara karya sastera teremahan ialaha. Hikayat Amir Hamzahb. Hikayat Muhammad Ali Hanafiahc. Hikayat Iskandar ZulkarnainKarya sastera saduran pula ialaha. Hikayat Bulan Belahb. Hikayat Nabi Bercukurc. Hikayat Bakhtiard. Hikayat Nabi Wafate. Hikayat Nabi YusofSelain daripada karya sastera terjemahan dan saduran, hikayat Melayu juga telhadihasilkan. Antaranyaa. Hikaya Hang Tuahb. Hikayat Bayan BudimanSemasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah karya Undang-undang LautMelaka telah digubalUndang-undang ini dilengkapkan semasa pemerinthan Sultan Muzaffar Shah dan padazaman pemerinthan Sultan Mahmud Shah undang ini disusun semula_________________________________________Istana MelakaIstana Melaka pula telah dijadikan tempat untuk mengadakan perbincangan serta perbahasan antara golonganalim ulama mengenai agamaSebagai contoh kita Darul-Manzun merupakan kitab yang berkaitan dengan aspekketuhananKitab ini akan dibincang dan dibahaskan oleh alim ulama di istana MelakaIstana Melayu juga dijadikan perpustakaan untuk menyimpan khazanah kerajaan iaitubuku-buku penulis tempatan dan penulis asing______________________________________________Bahasa MelayuBahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa persuratan dan bahasa perantaraandalam kegiatan dakwahBahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai bahasa ilmu pengetahuanTulisan jawi juga telah digunakanHuruf-huruf jawi di bawah ini ditambah berasaskan huruf Araba. nyab. gac. pad. ngae. ca