skema bahasa melayu kertas 2

Upload: nsuriana

Post on 10-Feb-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Skema Bahasa Melayu Kertas 2

    1/4

    SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2

    TINGKATAN 4

    Rumusan

    Pendahuluan : {2m}

    Petikan membincangkan langkah-langkah/usaha-usaha/ tindakan-tindakan/cadangan-

    cadangan/formula untuk remaja mempersiapkan diri menghadapi alam pekerjaan di negara kita.

    Isi tersurat :{6isi x 2m}

    S1-Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan

    S2-Ketika berada di kelas perlu memberi tumpuan terhadap pengajaran guru

    S3-Remaja perlu aktif dalam kegiatan kokurikulum

    S4-Remaja perlu melatih diri dengan disiplin yang tinggi

    S5-Mengikuti kursus kemahiran sebagai pelengkap dengan kelulusan

    S6-Kursus-kursus motivasi hendaklah diikuti dari semasa ke semasa untuk mewujudkan keyakinan.

    S7-Remaja digalakkan bekerja sambilan untuk mencari pengalaman.

    S8-Digalakkan melanjutkan pelajaran hingga ke university.

    S9-Memilih kursus yang boleh dimanfaatkan apabila menempuh alam pekerjaan

    S10-Memastikan memperoleh gred purata terbaik agar mudah mendapat kerja.

    Isi Tersirat:{2isi x 2}

    T1-Gagal bersaing dengan calon lain disebabkan kelulusan pada tahap minimum

    T2-Mempamerkan sikap tidak berdisiplin/tidak berkeyakinan ketika temuduga

    T3-Tiada kemahiran tambahan untuk meyakinkan majikan.

    T4-kelulusan yang dimiliki kurang ditawarkan dalam pasaran kerja.

    Kesimpulan :{2m}

    Kesimpulannya, remaja perlu bersedia dari awal sebelum melangkah ke a am pekerjaan agar mudah

    diterima majikan apabila memohon sesuatu pekerjaan.

    Soalan 2 : Pemahaman

    a) Pemahaman rumusani) perlawanan yang hebat untu memperoleh sesuatu. (2m)ii)

    -ramai remaja berputus asa gara-gara kesukaran mencari pekerjaan -Terlalu memilih pekerjaan sehinggalah ada yang sanggup menganggur -mahukan kerja yang mudah tetapi bergaji besar (3m)

    iii) sudah bosan membaca buku pelajaran sejak dari kecil -keinginan berseronok dengan memegang gaji hasil titik peluh sendiri Gaji yang diperolehi dapat membeli barang yang diingini seperti telefon yangcanggih,kenderaan yang lebih baik.

    -bekerja dapat membantu keluarga,adik beradik. -mempunyai latar belakang keluarga yang miskin.(pendapat yang sesuai diterima)(4m)

  • 7/22/2019 Skema Bahasa Melayu Kertas 2

    2/4

    b)cerpen-ibu dan ceper

    i)

    Air sungai ceper tidak mengalir lagi Timbunan sampah sarap dan bangkai terdapat di dalam sungai itu Pokok-pokok buluh di tepi sungai itu tumbang (3m)ii)

    Masyarakat membuang sampah sarap ke dalam sungai Penerokaan hutan yang berleluasa untuk aktiviti pertanian dan penempatan. Aktiviti pembalakan haram.(pandapat yang sesuai) (3m)iii)

    Persoalan dalam petikan-pencemaran sungai akibat perbuatan manusia. Persoalan dalam keseluruhan cerpen-masyarakat kampung bergantung kepada

    sector pertanian untuk menjalankan aktiviti harian.-kemusnahan tanaman dan

    kematian haiwan ternakan akibat banjir dan kemarau panjang.(mana-mana

    persoalan) (3m)

    c) Prosa tradisional-pelayaran penuh peristiwa

    i)

    Bak/macam/seperti/umpama cahaya yang memancar di langit (2m)ii)

    Mencabut keris yang tersisip di pinggang Mencampak tengkolok yang dipakai di atas kepala Menyingsing lengan baju Menyerukan anak lelaki (3m)iii)

    Tidak ada pilihan hiburan lain Untuk mengisi masa lapang Kurang kesedaran dan pengamalan ajaran agama Dianggap tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang Akan dianggap hebat apabila ayam miliknya memenangi perlawanan (pendapat yang

    sesui diterima) (4m)

    d) Puisi tradisional-pantun budi

    i)

    kasih seseorang itu akan diterima dan akan dikenang selama-lamanya/ibarathutang yang tidak dapat dijelaskan selama-lamanya. (2m)

    ii)

    Apabila di rumah kita sepatutnya membantu dalam kerja-kerja rumah sepertimembasuh pinggan mangkuk selepas digunakan

    Bersikap berbudi bahasa sebagai kita menghormati mereka. Belajar bersungguh-sungguh hingga meraih kejayaan yang cemerlang. (pendapat

    yang sesuai diterima) (3m)

    iii)

    Jika kita tidak mengenang seseorang, nama kita tidak akan diingati. Contohnya,mengingati orang yang pernah berbudi terhadapnya.

  • 7/22/2019 Skema Bahasa Melayu Kertas 2

    3/4

    Orang yang mati akan meninggalkan nama. Contohnya, orang yang berbudi ketikahidup akan diingati walaupun telah meninggal dunia. (mana-mana persoalan

    diterima) (4m)

    Soalan 3-Pengetahuan dan kemahiran berbahasa

    a) Bina ayati) Hanyir-bau seperti ikan basah (ikan air tawar biasanya lebih hanyir berbanding dengan

    ikan air masin)

    ii) Tengik-Bau/rasa yang tidak sedap-bau minyak yang sudah lama/berbau busuk-terlalujahat(kelakuan)/sangat tajam(perkataan)/sangat kejam(perbuatan)-ibu membuang

    minyak masak yang lama itu kerana tengik

    iii) Hapak-berbau busuk seperti bau peluh kerana tidak mandi atau berpeluh./berbau tidaksedap kerana sudah lapuk,using,sudah lama tersimpan-tilam di bawah katilnya itu

    bebau hapak

    iv) Busuk-berbau tidak sedap kerana sudah buruk dll/jahat,dengki,khianat-bau busuklongkang yang tersumbat itu telah mencemari kawasan sekitarnya.

    v) Hangit-berbau seperti bau kain terbakar/rosak,terbakar dan berbau-kakak yang terlelapsejurus menanak nasi menyebabkan nasi itu hangit.

    vi) Hamis-busuk seperti bau kambing(terutama daging),bau lembu/bau peluh.-dagingkambing biasanya bebau hamis. (6m)

    b) Memisahkan ayati) Pemanasan global mengakibatkan kecairan ais di Kutub Utara dan Kutub Selatanii) kecairan ais akan meningkatkan aras lautiii) Kejadian banjir luar biasa berlaku di beberapa buah Negaraiv) Kejadian banjir yang berlaku sering dikaitkan dengan isu pemanasan globalv) Usaha-usaha perlu dilakukan segera bagi mengatasi masalah inivi) Semua Negara perlu akur akan peraturan yang ditetapkan bersama-sama. (6m)c) Ejaan dan imbuhani) Penyerbuan-serbuan masaalah-masalahii) Menghampiri-berhampiran kueh-kuihiii) Mengeri-mengerikan selekuh-selekoh (6m)

    d) istilah dan tatabahasa

    i) di-pada merodok-menusuk

    ii) demi untuk-demi/untuk pusat-pada

    Rakyat-rakyat-rakyat lonjakan-kenaikan (6m)

    e) peribahasa

    i) ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya (2m)

    ii) kalau tidak dipecahkam ruyung, manakan dapat sagunya (2m)

    Muafakat membawa berkat (2m)

  • 7/22/2019 Skema Bahasa Melayu Kertas 2

    4/4

    Soalan 4 : Novel

    a) Berdasarkan novel yang saya kaji di tingkatan 4 bertajuk papa..(akhirnya kau tewas jua!)karya deana yusof mempunyai peleraianyang jelas.

    -pada suatu petang, Julia menerima ajakan papa untuk diperkenalkaan kepada calonisterinya, Aisyah. Pada hari pernikahan, Julia tidak ikut serta dengan alas an mahu menjaga

    mama.

    -Julia dalam keadaan demam. Selama 3 hari Julia terlantar di hospital. Dr. Razif menasihatiJulia agar bertenang dan menerima segala-galanya dengan hati yang terbuka.

    Pada suatu malam, Aisyah masuk ke bilik mama. Papa menegur aisyah kerana masuk ke bilikmama tanpa berteman. Bagi papa, isteri keduanya itu perlu berteman ketika bertemu

    madunya untuk mengelakkan perkara buruk berlaku.

    -Papa menegur mama yang masih koma. Tiba-tiba mama membuka mata dan mulut. Mamamenggerakkan tangan dan jejarinya. Bibirnya kumat-kamit mahu mengatakan sesuatu.

    Mama memandang Aisyah. Papa menceritakan kedudukan Aisyah dalam keluarganya.

    -Tiba-tiba dada mama bergoncang dengan kencang. Julia membisikkan dua kalimah syahadatke telinga mama. Mama begitu payah mahu mengucap, namun akhirnya dia Berjaya

    menghembus nafasnya yang terakhir. Papa membetulkan nama mama seperti orang mahu

    bersolat. Akhirnya papa menangis menghadapi situasi seperti itu.

    b) Persoalan Sikap simpati sesama rakan setugas-rakan Intan MAliana dan Jeffri hadir untuk menziarahi

    jenazah bayi yang baru dilahirkan iaitu Ahmad dan Muhammad,sebelum bayi itu

    dikebumikan. Persahabatan tanpa mengira keturunan-Julia walaupun mengetahui Rasylan anak luar nikah

    tetapi yang dilihat adalah keperibadian Rasylan yang baik, bukan latar belakangnya untuk dia

    berterusan berkawan dengan remaja itu.

    Menumpang kasih di rumah sepupu-Mak Cik Noraini pernah memiliki keluargabahagia,tetapi menjelang hari raya 17 tahun yang lalu,kereta yang dipandu oleh suaminya

    terlibat dalam kemalangan menyebabkan suami dan kedua-dua anaknya terkorban lalu

    berteduh dirumah Jeffri dengan menjadi pembantu rumah keluarga tersebut.

    Pengorbanan suami dan isteri demi kebahagiaan pasangan masing-masing- Intan Malianasanggup berkorban dengan mengandung kali kedua demi memenuhi kehendak suaminya

    walaupun mengetahui akan risiko yang bakal dihadapinya

    (mana-mana persoalan dari novel)