soalan 3 - gmgm3023

Upload: ct-kawaii

Post on 17-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 SOALAN 3 - GMGM3023

    1/5

    GMGM3023-Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam PLK-UUM

    SOALAN 3

    Bincangkan cabaran kepimpinan organisasi formal di Malaysia serta berikan cadangan

    menghadapi cabaran tersebut.

    Kejayaan organisasi ditentukan oleh pengurusan yang cekap lagi berkesan. Kejayaan

    yang akan dicapai adalah hasil dari kepemimpinan yang berkaliber serta bersedia untuk

    menyesuaikan diri dengan persekitaran di mana organisasi berada. Kekuatan inovatif dan

    kecintaan terhadap kejayaan adalah antara beberapa perkara yang penting yang perlu

    diutamakan oleh seorang pemimpin untuk mencapai matlamat organisasi yang telah

    ditetapkan.

    Pemimpin organisasi yang cemerlang ialah pemimpin yang tahu mengkomunikasikan

    kepada subordinat dan pengurusan atasan hala tuju organisasi dan di mana organisasi akan

    diposisikan dalam jangka masa pendek atau panjang. Kemahiran komunikasi yang dimiliki

    oleh seorang pemimpin akan membolehkan mereka mencungkil potensi yang ada pada

    suborbinat, mengiktiraf kelebihan yang dimiliki dan pada masa yang sama mengambil faedah

    daripada kepelbagaian yang ada pada subordinat.

    Kemahiran berkomunikasi bukan bermaksud penguasaan sesuatu bahasa, ianya lebih

    kepada pengurusan jalinan hubungan, serta bagaimana pengurus menguruskan maklumat.

    Kedua-dua kemahiran ini adalah asas penting kemahiran komunikasi pemimpin dalam

    menjalinkan hubungan serta aliran maklumat pada persekitaran dalaman serta luaran

    organisasi yang diuruskan mereka.

    Persekitaran yang kompleks dan kepelbagaian tenaga kerja ialah satu isu yang akan

    mencabar kebolehan komunikasi berkesan seorang pemimpin dalam mengurus organisasi

    No.Matrik : 3!" #age $ %

    "&3

  • 7/23/2019 SOALAN 3 - GMGM3023

    2/5

    GMGM3023-Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam PLK-UUM

    menjelang abad ke-21. Terdapat dua sebab utama kenapa isu ini akan mencabar kemahiran

    komunikasi pemimpin iaitu

    a! "rganisasi perlu menguruskan kepelbagaian tenaga kerja yang semakin meningkat.

    Keadaan ini sudah tentu menyebabkan organisasi dianggotai oleh pekerja daripada

    pelbagai bangsa, budaya, latar belakang dan jangkaan. Keadaan ini sudah tentu

    memerlukan seorang pemimpin yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi

    bagi membolehkan mereka mengurus kepelbagaian ini dengan lebih berkesan.

    b! Tenaga kerja yang pelbagai mempunyai kelebihan kompetitif yang berpotensi untuk

    diperkembangkan. Kemahiran komunikasi yang dimiliki oleh seorang pemimpin akan

    membolehkan mereka bertindak secara proaktif dalam proses penyelesaian

    permasalahan organisasi serta keupayaan membuat keputusan dengan cara memahami

    kehendak dan keperluan mereka yang ada hubungan dengan organisasi kerja.

    Tenaga kerja yang pelbagai dengan latar belakang budaya yang berbe#a sudah tentu

    akan mempengaruhi sikap dan gelagat pemimpin dalam mengurus organisasi. Pengurusan

    budaya dan isu-isu yang berkaitan dengannya akan mempengaruhi corak pengurusan,

    pembangunan peribadi, gaya kepimpinan dan pendekatan dalam komunikasi. "leh itu, dalam

    sebuah organisasi yang multinasional, seorang pemimpin yang mengurus subordinat perlu

    mengambilkira isu-isu berkaitan dengan kepelbagaian yang akan mempengaruhi

    keberkesanan operasi organisasi.

    $ebih-lebih lagi pengurusan pada abad ke-21 sudah semestinya akan lebih mencabar

    ke%iba%aan pengurus kesan daripada penggunaan teknologi yang bertambah canggih,

    persaingan yang lebih sengit, lebih terdedah kepada maklumat-maklumat terkini serta jalinan

    No.Matrik : 3!" #age $

    "&3

  • 7/23/2019 SOALAN 3 - GMGM3023

    3/5

    GMGM3023-Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam PLK-UUM

    hubungan subordinat yang bertambah kompleks dan di luar jangkaan. &ubordinat akan

    bersikap lebih mendesak dan sekiranya permintaan mereka gagal dipenuhi, mereka lebih

    bersedia untuk mengambil tindakan yang lebih drastik seperti mengambil tindakan undang-

    undang, mengadu kepada kesatuan atau mungkin akan meletakkan ja%atan dan menyertai

    organisasi pesaing. 'ni adalah kerana pergerakkan subordinat adalah lebih fleksibel dengan

    mobiliti yang lebih tinggi dan kebolehcapaian maklumat dengan lebih cepat dan terkini.

    No.Matrik : 3!" #age $ 3

    "&3

  • 7/23/2019 SOALAN 3 - GMGM3023

    4/5

    GMGM3023-Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam PLK-UUM

    'ABA(AN)'ABA(AN *AN+ ,-A,A#- OL/ #/M-M#-N

    &ungguhpun terdapat banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pemimpin yang

    memerlukan mereka memiliki komunikasi yang berkesan yang telah dikenalpasti, di sini

    hanya beberapa cabaran yang penting dan ketara yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin

    bagi memastikan mereka berkomunikasi dengan berkesan. (i antaranya ialah

    i. 0epelbagaian 1enaga 0er2a

    "rganisasi hari ini telah menjadi lebih pelbagai )heterogeneous! dari segi jantina,

    bangsa, etnik dan diversiti budaya kerja. (i samping itu terdapat tenaga kerja yang telah

    berumur dan cacat dari segi fi#ikal juga menyertai barisan tenaga kerja dalam sesebuah

    organisasi. *kibatnya pemimpin perlu memiliki komunikasi yang berkesan bagi memenuhi

    keperluan kepelbagaian gaya, sikap, latar belakang, keperluan, budaya, dan harapan yang

    berlainan yang dimiliki oleh subordinat. (engan mengenalpasti dan menghormati perbe#aan-

    perbe#aan berkenaan boleh menjamin pengekalan subordinat dengan organisasi dan terus

    meningkatkan pencapaian mereka.

    ii. 0epelbagaian #ilihan

    Persaingan secara global mendesak organisasi untuk menyingkirkan polisi

    tradisionalnya dalam menjamin pekerjaan, kekananan, dan pampasan. +ika subordinat berasa

    tidak dilindungi dan dihormati dengan sendirinya kesetiaan mereka terhadap organisasi akan

    menurun. 'ni adalah kerana subordinat hari ini mempunyai kepelbagaian pilihan jenis

    pekerjaan dan mobiliti tempat kerja yang lebih tinggi. "leh itu setiap maklumat yang ingin

    disampaikan oleh pemimpin perlu memastikan kesetiaan subordinat terhadap organisasi tidak

    terjejas.

    No.Matrik : 3!" #age $ &

    "&3

  • 7/23/2019 SOALAN 3 - GMGM3023

    5/5

    GMGM3023-Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam PLK-UUM

    iii. Memastikan #enambaikan *ang Berterusan

    Pemimpin organisasi juga perlu memberi tumpuan yang lebih kepada isu kuantiti dan

    kualiti produk yang dikeluarkan. Kedua-dua aspek ini perlu ditangani sebaik mungkin

    memandangkan semua pihak mahukan produk atau perkhidmatan yang setimpal dengan

    jumlah %ang yang dibelanjakan. emandangkan pesaing mereka juga memiliki kekuatan

    untuk menjual produk pada harga yang hampir sama atau lebih rendah maka sudah tentu

    memerlukan organisasi menyusun strategi agar syer pasaran mereka tidak terlepas kepada

    pesaing.

    No.Matrik : 3!" #age $

    "&3