suasana di tanah melayu semasa zaman darurat

Upload: zint-phony

Post on 14-Oct-2015

82 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Tanah melayu

TRANSCRIPT

  • 11

    SUASANA DI TANAH MELAYUPADA ZAMAN DARURAT, 1948-1960:

    SATU TINJAUAN

    Ho Hui Ling

    PengenalanTempoh 1948 hingga 1960 dikenali sebagai zaman Darurat di TanahMelayu. Undang-undang Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu pada16 Jun 19-18 oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent keranakekacauan yang ditimbulkan oleh komunis yang boleh mengancamkeamanan dan keselamatan negara. Komunis telah melakukanberbagai-bagai kegiatan sabotaj, pemusnahan dan kerosakan ke atasharta awam serta harta benda penduduk dan kerajaan; jugapembunuhan, kejahatan dan keganasan ke atas semua lapisanmasyarakat di Tanah ~vfelayu. Kegiatan komunis bukan sahajamendatangkan kesusahan, penderitaan dan gangguan ke ataskehidupan penduduk serta kerosakan harta benda yang tidak teinilai,malahan turut menimbulkan ketidakstabilan politik, sosial danekonomi di Tanah tI,felayu. Sejak 16 Jun 19-18, Tanah Melayu diletakkandi bawah Undang-undang Darurat sehingga undang-undang ituditarik balik oleh pihak berkuasa pada 31 Julai 1960.

    Artikel ini bertujuan untuk memaparkan suasana di Tanah Melayupada zaman Darurat (19-18-1960), iaitu kesan daripada kegiatan dangerakan komunis. Perbincangan dalam artikel ini bermula denganmendedahkan gerakan awal komunis di Tanah Melayu sejak tahun1920-an dan kemudian diikuti dengan perbincangan tentang suasanadi Tanah Melayu pada zaman Darurat.

    193

  • Sejarah Pembinaan Negara Bangsa

    Gerakan Awal Komunis Sebelum Zaman DaruratFahaman komunis mula dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak awaltahun 1920-an lagi, iaitu melalui cawangan Parti Kuomintang (KMT)yang mempunyai perkaitan dengan gerakan komunis di negara China.Menjelang tahun 1924, ca\vangan dan ranting KMT telah ditubuhkandi hampir setiap negeri di Tan~h Melayu sebagai pelapis bagimenyebarkan pengaruh komums. Pada tahun 1924 misalnya,cawangan KMT telah dapat dikesan di bandar-bandar utama, iaituSeremban, Melaka, Muar, Pulau Pinang, Kedah, Kuala Lumpur, Klangdan Singapura. Selain itu, komunis juga bergerak melalui kesatuansekerja, pertubuhan-pertubuhan, penerbitan seperti akhbar dansekolah-sekolah Cina dalam usaha menyebarkan pengaruh komunisdalam kalangan penduduk di Tanah Melayu, khasnya orang Cina.Orang Cina pada masa itu masih menumpahkan taat setia kepadanegara China dan sentiasa mengikut perkembangan politik yangberlaku di sana.

    Selain pengaruh komunis yang dibawa masuk melalui negaraChina, dalam tempoh 1920-an juga, didapati beberapa orang pemimpinkomunis dari Indonesia cuba menyebarkan fahaman komunis dalamkalangan orang Melayu di Tanah Melayu. Antaranya, Tan Malakadan Hasanoesi yang pernah sampai ke Pulau Pinang. Selain itu,Boedisoejitro dan Sutan Perpateh singgah di Pulau Pinang pada Mei1926 dan berjaya menubuhkan sebuah kelab di Seberang Prai.Percubaan juga dilakukan oleh Boedisoejitro di Kallang, Singapuradalam usaha menyebarkan pengaruh komunis. Sutan Perpateh jugapernah melawat Perak Utara dan Kedah dalam usaha menyebarkankomunisme dalam kalangan penduduk MelaYll di kawasan tersebut.\Usaha itu dilakukan berikutan kegagalan komllnis lIntuk menguasaiPulauJawa pada tahun 1926 yang menyebabkan Tanah Melayu menjadipilihan komllnis dari Indonesia. Walallpun dianggarkan lebih kllrang90 peratus daripada komunis, penyokong dan pensimpatinya di TanahMelayu adalah terdiri daripada orang Cina, namun tidak dapatdinafikan terdapat juga orang Melayu yang terlibat dalam pergerakankomllnis atau yang menyokong perjuangan komunis di Tanah Melayll.Keadaan ini dapat dibuktikan dengan kemunculan nama-nama sepertiMusa Ahmad, Rashid tvlaidin, Abdullah C. D., Ibrahim Chik danShamsiah Fakeh.2

    Pergolakan politik di negara China sentiasa mempengaruhi politikorang Cina di Tanah ~1elayu. Setelah Dr. Sun Yat-sen meninggal duniapada Mac 1925 di negara China, keretakan berlaku dalam BarisanBersatu yang menyatukan KMT-PKC (Parti Komunis China) di China.Apabila konflik semakin hebat, Barisan Bersatu KMT-PKC berpecah

    194

  • Suasana di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat

    pada tahun 1927. Dengan itu, pihak komunis di Tanah Melayu tidakdapat lagi menggunakan cawangan KMT dalam penyebaran fahamanmereka. Oleh yang demikian, pihak komunis di Tanah Melayu cubamengatur langkah lain. Ini membawa kepada penubuhan PartiKomunis Nanyang (PKN/Nan-Yang Kung-Ch'an-Tang/Soutll SeasCommunist Party) pada Mac 1928 di bawah arahan Biro Timur JauhComintern (Communist International) di Shanghai. Ia ditubuhkan sebagaialat Comintern untuk menyelaras, menggerak dan mengawasipergerakan komunis di Tanah Melayu, Thailand, Burma, Annam,Indochina dan Indonesia dengan Singapura sebagai pangkalan ataupusatnya.3 Namun begitu, PKN tidak berjaya mencapai matlamatseperti yang diharapkan dalam mengkoordinasikan pergerakankomunis di negara-negara tersebut. Keadaan ini akhirnya mendorongpihak Comintern mengarahkan penubuhan sebuah parti baru.

    Pada 30 April 1930, Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan diTanah Melayu. PKM bertanggungjawab menghalau penjajah Britishdan mendirikan sebuah republik komunis di Tanah Melayu. WalaupunPKM tidak dapat berkembang dengan pesat pada peringkat awal,tetapi ia dapat bergerak dalam dua aktiviti penting pada ketika itu.Pertama, PKM berjaya mempergunakan keadaan kemelesetan ekonomidunia pada tahun 1930-an dalam mempengaruhi kaum buruh di TanahMelayu untuk mengadakan pemogokan. Dengan itu, dapatmenimbulkan ketidakstabilan ekonomi yang boleh menjejaskankekuatan ekonomi dan pentadbiran British di Tanah Melayu. PKMberjaya mempengaruhi pekerja dari hampir semua bidang, termasuklahpekerja kuari, pekerja binaan, pekerja kilang nenas, pembuat kasut,orang gaji, pekedai, pekerja kilang getah dan sesetengah pekerja diestet getah. Antara contoh mogok ialah seperti yang berlaku di KualaLumpur, dalam kalangan tukang kasut pada 30 Disember 1933 dantukang jahit pada 8 Januari 1934. Alasan mereka melakukan mogokialah menuntut kenaikan gaji dan memperbaiki keadaan tempat kerjamereka.4 Pada 10 Oktober 1934, pemandu lori berbangsa Cina di PulauPinang terlibat dalam mogok akibat pengurangan bayaran muatanlori dari 60 sen kepada 50 sen. Pemogokan itu berakhir pada 11Oktober 1934 apabila mereka dijanjikan kadar bayaran baru.5

    Selain itu, pekerja Cina di lombong besi Sri Medan, Batu Pahat,Johor, mengadakan mogok pada 26 September 1935 kerana masalahkenaikan gaji. Kadar kenaikan gaji kemudiannya dipersetujui olehpihak pengurusan sebanyak 20 peratus.6 Pemogokan juga berlaku diKilang Getah Sham Yip Leung, Klang, Selangor, antara 6 Januari 1937hingga 15 Januari 1937. Mogok itu berakhir setelah dijanjikanpeningkatan gaji dad 7.5 peratus ke 30 peratus.7 Dalam kejadian lain

    195

  • Sejarah Pembinaan Negara Bangsa

    di Seremban, Negeri Sembilan, pemogokan dilakukan oleh pemb 't~~ompah pada? Mei 1?37. Kerja dipulihkan pa~a 3. Mei 1937 sete:drJanpkan kenarkan gaJI 10 peratus.8 Drpercayar kejadian mogok ituberlaku hasil hasutan daripada komunis.

    Aktiviti kedua PKM pada peringkat awal penubuhannya ialahmenggunakan Perang China-Jepun yang meletus pada tahun 1937 dnegara China sebagai alasan menganjurkan gerakan anti-Jepun da~memperluas pengaruhnya dalam kalangan penduduk Cina di TanahMelayu. Serangan Jepun ke atas negara China pada tahun 1937 turutmenaikkan semangat kebangsaan orang Cina di seberang laut,termasuklah di Tanah Melayu. PKM segera mengeksploitasikan luapansemangat kebangsaan orang Cina untuk meluaskan pengaruhnya. PKMbukan sahaja menyokong, malah meniupkan lagi semangat kebangsaandengan menganjurkan dan mendalangi kempen anti-Jepun di TanahMelayu.

    Antara kegiatan anti-Jepun yang dipercayai dipengaruhi olehkomunis ialah satu peristiwa yang berlaku di Melaka pada 29November 1937, apabila seorang perempuan dicurahkan dengan tarketika ia meninggalkan sebuah kedai. Ini kerana beliau dituduhmembeli barang-barang Jepun dari kedai berkenaan. Pada 4 Di~ember1937, sebuah born dilemparkan ke dalam auditorium panggungwayang di F/ln and Frolic Am/lsement Park, Pulau Pinang, keranadikatakan rombongan pelakon yang membuat persembahan itu ialahmereka yang pro-Jepun. Born itu terkena kepala seorang penontonCina dan membunuhnya.9 Di Alor Setar, Kedah, pada 20 Julai 1938,lima beg kacang soya yang tiba dari Pulau Pinang ditolak keranadipercayai ialah barangan Jepun. 1O Pada 15 Ogos 1938, kedai ChopKwong Yee Lung di Kampar, Perak, yang mengimport 20 beg kacangsoya dari Singapura, diperiksa dan keraninya didakwa menerimabarangan Jepun. 1l

    Pada zaman pendudukan Jepun (1941-1945) di Tanah MelaYll,PKM bekerjasama dengan British dalam memerangi Jepun. Hasilkerjasama dengan British telah membolehkan PKM membentllkbarisan tulang belakangnya yang dikenali sebagai Malayan Peeple'sAnti-Japanese Army (MPAJA) atau lebih dikenali sebagai Bintang Tigapada sekitar tahlln 1942. Jika diIihat dari kepentingan jangka panjang,PKM lebih beruntung dengan zaman pendudukan Jepun keranabantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatandaripada pihak British, yang kemudian digunakan dalam gerakanbersenjatanya pada tahun 1948. Di samping itu, PKM menjadi lebihpopular kerana penglibatannya dalam menentang tentera Jepunmelalui ;...,fPAJA. Penubuhan MPAJA bagi orang Cina bukan sahaja

    196

  • Suasana di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat

    menyediakan perlindungan daripada Jepun, tetapi juga memberi satuinspirasi yang besar kepada orang Cina. Orang Cina yangkebanyakannya penyokong PKM memberi sumbangan kepada MPAJAdengan membekalkan bahan makanan, wang, maklumat dan rekrut.Menerusinya juga, PKM berjaya memperluas pengaruhnya dalamkalangan rakyat. Rakyat yang bencikan keganasan, kekejaman danpenderitaan akibat kedatangan Jepun mudah dieksploitasi untukmenyokong perjuangan MPAJA kerana ia bertindak sebagai penggerakutama menentang Jepun di negara ini pada ketika ituY

    Selepas Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 dan sebelumBritish Military Administration (BMA) kembali ke Tanah Melayu pada3 September 1945, wujud kekosongan politik dan ketenteraan di TanahMelayu. Keadaan ini telah digunakan oleh PKM dan MPAJA untukberkuasa di Tanah Melayu. Mereka keluar dari hutan dan melakukanpenganiayaan di sana sini, kononnya terhadap orang yang melakukankesalahan jenayah kepada penduduk dan yang bersubahat denganJepun. Mereka mengadakan perbicaraan sendiri, melakukan kezaliman,membunuh ramai orang Melayu dan Cina dan rnengancam seluruhpenduduk. Dianggarkan MPAJA telah membunuh lebih kurang 2,542orang Cina, Melayu, India dan lain-lain yang dianggap sebagai talibarut Jepun.B

    Kezaliman tersebut memuncak kepada pergaduhan yang besarapabila orang Melayu mengambil tindak balas terhadap orang Cinadi kawasan luar bandar. Pergaduhan kaum telah berlaku di kawasan-kawasan seperti Sungai Manik, Batu Kikir, sekitar Bekor danLenggong di Perak; Jelebu dan Padang Lebar, Negeri Sembilan;Senggarang, Kluang, Mersing dan Batu Pahat, Johor; Pekan dan Raub,Pahang; Kampung Merbok, Kedah; Kota Bharu, Kelantan serta di AlorGajah, Melaka.J.l Pada ketika itu, komunis telah melakukan banyakkekacauan di Tanah Melayu dan kegiatan komunis itu telahmenjejaskan hubungan antara kaum di Tanah Melayu.

    Walaupun kemudiannya MPAJA dibubarkan pada 1 Disember1945 dengan persetujuan PKM setelah BMA berkuasa di Tanah Melayu,namun kegiatan komunis masih diteruskan dengan tujuan untukmenghalau penjajah British dan membentuk republik komunis. PKMtelah bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan seperti All MalayanCouncil of Joint Action-Pusat Tenaga Rakyat (AMCJA-PUTERA), PartiKebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Malayan Democratic Union(MDU) dan New Democratic Youth League (NDYL) dalarn usahamenggagalkan rancangan politik yang diwujudkan oleh pihak British,iaitu Malayan Union. Namun demikian, dengan tertubuhnya

    197

  • Sejarah Pembinaan Negara Bangsa

    Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, PKM menyedaribahawa matlamat mereka telah gagalY

    Pada masa yang sama, PKM juga menjadikan kesatuan sekerjasebagai sasaran mereka dan menghasut pekerja melakukan mogok.PKM dapat mempengaruhi kesatuan sekerja melalui ka'l-valan terhadapPan-Malayan Federation ofTrade Unions (PMFTU). Dalam tempoh enambulan, dari Disember 1947 hingga Mei 19-18, dilaporkan 130 daripada335 kesatuan sekerja adalah di bawah pengaruh komunis dan 70 lagikesatuan sekerja turut diragui dipengaruhi komunis. 16 Namundemikian, usaha PKM tidak berjaya dengan adanya tekanan daripadapihak kerajaan. Trepass Law diluluskan untuk menyekat pegawai-pegawai kesatuan sekerja memasuki ladang bagi memberi ceramahdan mengorganisasikan pekerja. Seterusnya, Trade Union Ordinancedipinda menjadi undang-undang pada 12 Jun 1948 di mana semuakesatuan sekerja diwajibkan membuat pendaftaran dengan pihakberkuasa. Tekanan-tekanan itu telah menyebabkan PKM yang dibawah pimpinan setiausaha agungnya, Chin Peng mengambilkeputusan untuk memulakan gerakan bersenjata di Tanah Melayu.Berikutnya, satu siri keganasan telah dilakukan oleh komunis di TanahMelayu.

    Kemuncak keganasan komunis berlaku pada 16 Jun 1948 apabilakomunis melakukan pembunuhan di Sungai Siput, Perak yangmengorbankan tiga orang peladang Eropah dalam tempoh sehari.Salah seorang mangsa keganasan komunis ialah Arthur Walker,pengurus Estet Elphil, Sungai Siput, berumur 50 talmn yang ditembakmati oleh komunis. Pada hari yang sama, seorang pengurus ladangberumur 55 tahun, John Allison dan pembantunya yang berumur 21tahun, Ian Christian dari Estet Phin Soon, Sungai Siput dibunuh olehsekumpulan 12 orang komunis. 17 Selepas pembunuhan di Sungai Siput,komunis juga melakukan kekejaman di kawasan lain. Berikutandengan keganasan komunis itu, pada 16 Jun 1948, Sir Edward Gentmengisytiharkan Undang-undang Darurat di Perak yang merangkumikawasan Ipoh dan Sungai Siput serta daerah Kluang, Muar, Kulai danPlentong di Johor. Pada 17 Jun 1948, undang-undang itu diperluasmeliputi seluruh negeri Perak dan Johor. Seterusnya, Undang-undangDarurat dikuatkuasakan di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948Y

    Suasana di Tanah Melayu Pada Zaman DaruratWalaupun Undang-undang Darurat dikuatkuasakan, kegiatan komunismasih berleluasa di Tanah Melayu. Setiap hari terdapat kejadiankeganasan komunis yang dilaporkan di merata-rata tempat di Tanah

    198

  • Suasana di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat

    t\1elayu. Hampir setiap hari terdapat nyawa manusia yang terkorban,lebih-lebih lagi orang awam yang tidak berdosa. Hampir sctiap hariharta benda yang tidak ternilai telah dimusnahkan disebabkankomunis. Oengan itu, kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlahwang yang besar untuk menamatkan kehilangan nyawa, mengakhiripertempuran dan kemusnahan serta kerosakan akibat daripadatindakan komunis.

    Antara kejahatan yang dilakukan oleh komunis ialah seranganke atas orang a\\"am (baik orang Melayu, Cina, India, Orang Aslimahupun orang Eropah), membakar kampllng yang menyebabkanpenduduk kehilangan tempat tinggal, menyerang estet getah danlombong timah, melancarkan serangan ke atas pasukan keselamatan,membunuh peladang dan pelombong Eropah serta mengganggu sistempengangklltan dan mensabotaj kemudahan asas. Tindakan komunisitu telah mendatangkan kesusahan kepada penduduk, melemahkankekuatan ekonomi orang perseorangan dan kerajaan British sertamenimbulkan keadaan huru-hara di seluruh negara. Ini selaras dengancita-cita komunis untuk menghalau pihak British keluar dari TanahMelayu dengan menimbulkan gangguan ke atas kestabilan politik,ekonomi dan sosial. Sclepas British keluar dari Tanah Melayu, makakomunis akan dapat menguasai pcntadbiran dan negara ini.

    Kegiatan yang dilakukan oleh komunis di Tanah r-,.1elayutermasuklah serangan born tangan, penculikan, ugutan, pembunuhan,memusnahkan harta benda, mengganggu pencarian rezeki pendudukserta mensabotaj kemudahan asas. Kesemua ini telah menghuru-harakan kehidllpan penduduk, menyebabkan mereka hidup dalamkebimbangan, ketakutan dan menderita serta terpaksa menanggungkerugian harta benda. Sepanjang zaman Oarurat, sejumlah 2,473 orangawam dibunuh oleh komunis dan 1,385 orang dicederakan. Oi pihakpasllkan keselamatan pula, sejumlah 1,865 nyawa terkorban dan 2,560orang dicederakan. 19 Sementara itu, sejllmlah 99 orang peladangEropah dan kakitangannya menjadi mangsa keganasan komunis diTanah ~lelayu pada zaman Oarurat. 20

    Antaranya, pada 1-l September 1948, 12 orang Melayu yangsedang membersihkan rumput di Estet Chan Kang S\vee, Segamat,Johor, ditembak oleh empat orang komunis, menyebabkan seorang

    ~\"relayu mati dan dua cedera. 21 Pada 29 September 1948, seoranggembala lembu berbangsa India diculik dan kemudian dijllmpai matiditembak oleh komunis di ka\\"asan Tapah, PerakY Oalamperkembangan lain, pada Julai 1949, di Cameron Highlands, Pahang,komunis menyerang Orang Asli yang sedang bekerja di kebun getahdan mengakibatkan 11 Orang Asli terbunuh.23 Pada 8 Jun 1950, 23

    199

  • Sejarah Pembinaan Negara Bangsa

    orang cedera apabila komunis melemparkan born tangan ke dalamsebuah kedai runcit di Nibong Tebal, Seberang Prai.24 Di Sungai Siput,Perak, kejadian serangan born tangan pada 27 Februari 1951 diPanggung Wayang Wah Lok, mengakibatkan tiga orang mati dan 13cedera.25 Sementara itu, pada November 1952, enam orang komunismenyerbll sebllah kampllng Melayu di Negeri Sembilan. Merekamerompak sepucuk senapang patah dari seorang pekedai Melayll danmembllnllh seorang ketlla Home Guard Melayu.26 Dalam kejadian lain,pada 25 Ogos 1954, dua 'kepala' estet berbangsa India diikat padapokok dan perut dibelah oleh komllnis di Estet Dovenby, Sungai Sipllt,PerakY Pada 9 Mac 1955, 12 orang komunis melarikan tujuh OrangAsli dan kemlldian empat daripadanya dibunuh. Kejadian itu berlakuketika Orang Asli berkenaan sedang menangkap ikan di SungaiLandor di kawasan Chenderiang, Ipoh, Perak. 23

    Penderitaan penduduk bertambah apabila tindakan komunismenyebabkan mereka kehilangan tempat teduhan. Antaranya, padapagi 26 Julai 1948, setengah daripada kampung Pantai Remis, Sitiawan,Perak musnah dibakar oleh komunis tanpa sebab yang jelas danmengakibatkan kira-kira 500 penghuni kehilangan tempat tinggal.29Pada 4 Februari 1950, lebih kurang 70 orang komunis telah membakarKampung Simpang Tiga, Perak, menyebabkan lebih kurang 1,000 orangpenduduk kehilangan tempat tinggal. Kerosakan dianggarkan lebihdaripada % juta ringgit dan mengorbankan dua nyawa penduduk.30Dalam kejadian lain, pada 22 November 1950, seorang Cina terbunuhakibat tindakan komunis membakar 30 buah rumah setingganberdekatan dengan Kampung Bukit Selambu, Sungai Petani, Kedah.Lebih kurang 200 penduduk kehilangan tempat tinggal.31 Sementaraitu, pada 2 Mac 1951, komunis membakar sebuah kedai menjual getahdi sebuah kampung di Kulim, Kedah. Api merebak dan memusnahkansetengah daripada kampung berkenaan termasuklah sebuah sekolahdan 31 buah rumah kedai.32

    Kehidupan dan pergerakan penduduk di Tanah Melayu terjejasakibat sabotaj komunis ke atas kemudahan asas. Landasan kereta apikerap kali dirosakkan dan kereta api diserang, ditembak dandibomkan oleh komunis. Begitu juga, sabotaj ke atas kenderaan jalansering berlaku. Keadaan ini mengancam nyawa pengguna jalan rayadan penumpang kereta api serta menjejaskan perkhidmatan sistemperhubllngan di Tanah Melayu.

    Sehingga pada tahun 1950, dilaporkan penumpang kereta apimalam telah berkurangan separuh. Sejak tercetusnya pengganasankomunis pada tahun 1948 sehingga tamatnya zaman Darurat padatahun 1960, komunis telah melakukan sebanyak 387 kali sabotaj ke

    200

    ---- ------- -~--------------------- -

  • Suasana di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat

    atas perkhidmatan kereta api. Dalam tempoh tersebut, telah berlakllsebanyak 197 kejadian komunis menggelincirkan kereta api, 172 kalikereta api ditembak dan 19 buah stesen kereta api dirosakkan olehkomunis. Kejadian tersebut mengakibatkan 45 orang penllmpangterbunllh dan 176 orang cedera. Sementara itll, 18 orang kakitanganperkhidmatan kereta api terbunuh dan 42 orang cedera dalamserangan tersebut.33

    Sementara itu, kes komunis membakar dan memusnahkankenderaan jalan (bas, lori dan kereta) adalah 208 pada tahun 1951 dan97 kes pada tahun 1952.34 Sejak Undang-llndang Darurat diisYtiharkan

    sehingga tahun 1950, sejumlah 149 bllah bas dimusnahkan oleh komunisdan penumpang dirompak. 35 Kejadian-kejadian itu biasanya berakhirdengan penumpang dirompak wang dan barangan atall makanan,kemudian kenderaan itu dibakar oleh Komunis. Dalam kejadian itu,kadangkala penumpang dan pemandll juga tidak dapat teriepasdaripada kccederaan dan kemahan. Antaranya, berlaku pada 18 Ogos1948,15 orang komunis menahan sebuah bas di Kampung Luas, Kroh,Perak. Mcreka membunuh seorang penumpang dan menculik seorangpenumpang wanita.36 Dalam perkembangan lain, sekumpulan komunismenahan dan merompak sebuah lori yang membawa barang makanandi Batu 68, Jalan Jerantut-Kuantan, Kuantan, Pahang, pada 15 Januari1950. Dalam kejadian itu, barang makanan yang dirompak olehkomunis itu dianggarkan bernilai $1,108.37

    Selain itu, pada 9 Ogos 1951, tujuh orang komunis menahan sebuahteksi dan merompak penumpang teksi berkenaan di Mersing, Johor.Sebuah lori Jabatan Kerja Rap yang tiba di tempat kejadian tersebut,ditembak dan dua penumpang cedera. Teksi dan lori itu dibakar.'"Pada 21 September 1952, komunis menahan sebuah kereta di JalanBentong, kira-kira 19.31 kilometer (12 batll) dari Kuala Lumpur.Komunis merompak wang $300 dan sepasang gelang emas bernilai5150 sebeillm kereta itu dibakar.39 Sementara itu, pada 26 Disember1953, sebuah bas ditahan di Ipoh, Perak. Konduktor bas dirompak\\'ang S10.~ Di Yong Peng, Johor, pada 10 Jun 1954, kira-kira 14 orangkomllnis menahan sebuah bas dalam perjalanan dari Singapura keKuala Lumpur serta tiga buah kereta dan sebuah lori. Penumpangkenderaan tcrscbut dirompak dan lori dibakarY

    Selain itu, talian telefon dipotong, Kabel elektrik dan paip airyang dirosakkan oleh komunis turut menyukarkan kehidupanpenduduk dan mengakibatkan pihak berkuasa terpaksamembclanjakan \\'ang yang banyak untuk memulihkan semulakcmudahan tersebut. .t\'1isalnya, pada malam 26 November 1948, kawattelefon di antara Kampar dan Air Kuning serta Kampar dan Tanjung

    201

  • Sejarah Pembinaan Negara Bangsa

    Malim, Perak dipotong oleh komunis. Dengan itu, perhubungan diantara kawasan tersebut terputusY Pada 20 November 1949, limapasang wayar telefon di lima tempat di kawasan Tapah, Perak,dipotong oleh komunis. Kejadian itu menyebabkan perkhidmatantelefon di balai polis di Tapah, Bidor, Tanjung Malim dan Tanah Masterjejas.H Sementara itu, pada 31 Mac 1950, di kawasan Merapoh, GuaMusang, Kelantan, komunis bukan sahaja mengalih papan di sebuahjambatan tetapi juga memotong talian telefon di kawasan berkenaan.+lPada Ogos 1952, komunis memotong 246 wayar telefon di daerahRawang, Selangor. Ini menyebabkan anggaran kerosakan sebanyakSl,300.~3Dalam perkembangan lain, di Johor, pada tahun 1954, komunismemotong wayar telefon sebanyak 115 kali yang mengakibatkan kosmembaiki telefon berjumlah S93,673.~6 Pada malam 23 Ogos 1955,komunis memutuskan talian telefon di Estet Hulu Remis, Layang-Layang, Johor. Mereka juga memutuskan lebih kurang 20 wayar dibeberapa tempat di ka\-vasan Layang-LayangY Pada 1 April 1956 pula,dilaporkan komunis telah memotong wayar telefon di Batu 20, JalanIpoh-Kampar, Perak.48 Kejadian lain dilaporkan berlaku di Batu 33Y:2,Jalan Kota Tinggi-Mersing, Johor, di mana wayar telefon dirosakkanoleh komunis pada 3 April 1958.49

    Kemudahan air paip terganggu kerana paip air sering disabotajoleh komunis pada zaman Darurat. Contohnya, di Kajang, Selangor,paip air sepanjang dua batu dirosakkan oleh komunis pada 23 Ogos1949. Penduduk terpaksa menggunakan air hujan dan air perigi. Pihakkerajaan terpaksa mengadakan satu skim kecemasan, iaitu mengepamair dari Sungai Jeloh di luar bandar Kajang untuk kegunaanpenduduknya.50 Begitu juga, di Perak, sebuah empangan air berdekatanChemor dimusnahkan oleh komunis pada a,val Oktober 1949.51 Pada11 Februari 1950, sa luran paip air di Batu 2, Jalan Kota Tinggi-Rompin,Johor dirosakkan oleh komunis dan mengganggu penghantaran airdari tempat takungan ke Kota Tinggi.52 Dalam perkembangan lain,pada 6 Jun 1951, komunis meletupkan paip utama di Taiping, Perak. 33Pada Januari 1952, di kawasan Ipoh, Perak, sebahagian saluran paiputama dialihkan oleh komunis dan mengakibatkan bekalan air

    terputus.~ Bekalan air di Tanjung Malim, Perak, sering dipotong olehkomunis. Sebanyak enam kejadian paip air dipotong oleh komur.isberiaku di Tanjung Malim pada awal tahun 1952. Penduduk terpaksamenggunakan air sungai, air perigi dan air hujan yang tertakungsebelum paip air dipulihkanY Tindakan komunis merosakkankeperluan orang ramai itll telah mendatangkan kesusahan kepadapenduduk kerana aktiviti harian mereka terganggu.

    202

  • Suasana di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat

    Begitu juga, pasukan-pasukan kerja awam yang ditugaskan untukmemperbaiki dan membina jalan raya, memasang dan memperbaikipaip air, menjalankan penyelidikan di tapak skim hidroelektrik,mengendalikan pembinaan sistem pengairan dan perparitan, jugasering berdepan dengan serangan komunis. Keadaan itu sedikitsebanyak telah menjejaskan perkembangan projek-projek sosial yangdirancang oleh pihak berkuasa untuk meningkatkan taraf hiduppenduduk di Tanah Melayu. Contohnya, pada 16 NO\ember 1948,tiga orang pekerja dari Jabatan Kerja Raya yang bertugas di kawasantadahan Sungai Oa!, Kuala Kangsar, Perak, diserang oleh empat orangkomunis. Kejadian itu mengakibatkan seorang pekerja terbunuh. 56Oalam perkembangan lain, pada tahun 1950, penyelidikan SkimHidroelektrik Cameron Highlands, Pahang, terpaksa dibatalkan akibatpembunuhan juruteranya, B. de B. Gate dalam serangan hendapkomunis pada 2 Mac 1950.57 Oarurat juga menyebabkan sesetengahprojek pengairan terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan. Oi antaratahun 1950 hingga 1952, dua daripada tujuh skim pengairan yangdirancangkan di Johor dan satu daripada tiga skim pengairan diKelantan ditangguhkan kerana masalah Darurat. Di Melaka pula, duaskim yang dirancangkan oleh pihak berkuasa telah siap dalam tempoh1950-1952, manakala satu lagi terbantut kerana aktiviti komunis dikawasan iill.""

    Sementara itu, peniaga, pekedai, pengusaha kebun atau ladangdan pelombong mengalami keadaan serba salah pada zaman Darurat.Mereka merupakan sasaran peras ugut komunis bagi mendapatkanwang perlindungan dan tuntutan keperluan lain. Kegagalan memenuhipermintaan komunis bukan sahaja menyebabkan kedai, lombong,ladang dan tanaman mereka menanggung risiko, tetapi juga nyawadiri dan keluarga terancam. Contohnya, pada awal pagi 18 Mei 1950,seorang peniaga Cina di Temerloh, Pahang, menjumpai sepucuk suratyang diselitkan masuk melalui pintu rumahnya pada \'\'aktu malam,meminta wang dengan ugutan mencederakan peniaga itu dankeluarganya.'

  • Sejarah Pembinaan Negara Bangsa

    strategi komunis untuk membantutkan perkembangan ekonomi danmenyebabkan pengangguran berleluasa, supaya pekerja hilangkeyakinan kepada pihak kerajaan dan mudah dipengaruhi olehkomunis. Untuk tujuan tersebut, kuantiti getah yang banyak telahdicuri dan beribu-ribu pokok getah dirosakkan untuk mengelakkannyamenghasilkan susu getah. Alat-alat jentera dan mesin-mesin lombongturutdirosakkan oleh komunis. TempaHempat tinggal pekerja di estetdan lombong. rumah asap serta rumah pengurus turut dibakar. Begitujuga, pekerja-pekerja di estet dan lombong ditakut-takutkan dankadangkaia dibunuh bagi menyekat mereka daripada terus bekerja.Kegiatan komunis ini telah menjejaskan hasil pengeluaran sektor getahdan bijih timah.

    Dalam pada itu, sejak Undang-undang Darurat diisytiharkan diTanah ~relayu schingga Jun 1949 (tempoh setahun), terdapat 18serangan komunis ke atas estet yang menyebabkan 25 orang pekerjadan kontraktor terbunuh dan enam orang penoreh diculik olehkomunis. Manakala, dalam tempoh yang sama, bangunan yangdirosakkan oleh komunis termasuklah 15 buah rumah kongsi, tigabuah rumah kontraktor, sembilan buah rumah asap, sebuah kilangestet, tiga buah bangsal dan setor, dua buah sekolah dan dua buahkedai di estet.61 Sementara itu, pada tahun 1950 sahaja, bangunan yangdirosakkan oleh komunis di estet termasuk rumah asap, pejabat, kilanggetah, tempat tinggal pekerja bernilai hampir S5Yz juta dan lebih kurang300,000 pokok getah ditakik oleh komunis.62 Sementara itu, di antara1948 hingga 1956 (sembilan tahun), 80 buah lombong telah diserangoleh komunis di enam negeri, iaitu Perak, Selangor, Pahang, Johor,Terengganu dan ~egeri Sembilan. Dalam tempoh tersebut, 97 kalilombong diserang oleh komunis dan 53 orang menjadi mangsapembunuhan dengan 56 orang dicederakan.63 Tindakan komunis itutelah mengganggu punca pencarian rezeki penduduk di Tanah Melayudan turut melemahkan kekuatan ekonomi negara.

    Dalam usaha komunis mengganggu perkembangan ekonomi diTanah ~lela~'u, peladang Eropah turut menjadi sasaran keganasankomunis..-\ntara kejadian serangan komunis ke atas peladang Eropahtelah beriaku pada 15 Oktober 1948 yang mengakibatkan Jack Moss,penolong pengurus Estet Jerantut, Kuala Lipis, Pahang, mati ditembakoleh komunis ketika mangsa sedang menjalankan penyeliaan di estet.6-lPada 14 Fcbruari 1949, F. P. W. Harrison, dari Estet Somme, Terap,Kulim, Kedah, discrang hendap oleh segerombolan komunis. Mangsamati kerana ditembak oleh komunisY' Dalam perkembangan lain, padapagi 19 Jun 1950, komunis menyerang dan membunuh Ross Wallace,pengurus Estet Sungai KabUl, Sungkai, Perak. 66 Selain itu, pada 10

    204

    II,

    !i,

    I

    ,

    j

    \

    --_.,-..__.- .--~- ....~------- --

    . .- - ----- ------ ---

    ,

  • Suasana di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat

    Januari 1951, penolong pengurus Estet Brooklands, Banting, KualaLangat, Selangor, W. J. Shaw, ditembak mati oleh komunis ketikaman gsa sedang menunggang basikal di kawasan estet bersamapembantunya, A. N. Symons yang mengalami kecederaanY Sementaraitu, pada 12 Januari 1954, John Basil Ritson, pengurus Estet NewRompin ditembak mati oleh komunis di Bahau, Negeri Sembilan.6sPada 16 November 1955, dua orang peladang Eropah cedera parahsetelah diserang hendap oleh kOIpunis di ka\vasan Lenga, Johor, ketikamereka sedang memeriksa kerja pembukaan estet getah baru.69

    Pasukan keselamatan di Tanah ~lela\"u turut dicabar oleh,

    komunis pada zaman Darurat. Pasukan keselamatan berdepan denganserangan komunis dan balai-balai polis di kawasan terpencil turutmenjadi sasaran komunis. Serangan dilakukan ke atas pasukankeselamatan supaya wujud keadaan huru-hara dan menunjukkanketidakupayaan mereka dalam melindungi penduduk dan negara.Antaranya, pada 8 Mac 1949, komunis menyerang sebuah jip tenteradi selatan Kajang, Selangor dan mencederakan seorang tentera. 70Dalam perkembangan lain, Balai Polis Bukit Kepong di hulu SungaiMuar, Johor diserang oleh segerombolan komunis pada 22 Februari1950. Kejadian itu mengakibatkan seramai 23 anggota polis dankeluarga mereka terkorban dan Balai Polis Bukit Kepong musnahdibakar oleh komunis.71 Pada 21 Februari 1952, sebuah kenderaanpolis diserang hendap oleh komunis di kawasan Taiping, Perak. Dalamkejadian itu, tiga anggota polis cedera dan dua daripadanya mengalamikecederaan parah.72 Dalam kejadian lain, Balai Polis Chuan Seng diPontian, Johor musnah dibakar oleh komunis pada 18 Oktober 1954.Dalam kejadian itu, komunis turut membunuh empat orang polis danmencederakan tujuh polis lain. 73

    Masalah komunis bukan sahaja mendatangkan kesusahan danpenderitaan kepada penduduk, menjejaskan perkembangan ekonomidan pembangunan sosial, malahan ia juga meningkatkan lagi bebanperbelanjaan pihak berkuasa. Ini dapat dilihat apabila pihak kerajaanBritish di Tanah Melayu terpaksa menanggung perbelanjaan yangbesar dalam mengatur dan menjalankan berbagai langkah untukmenangani masalah komunis. Dilaporkan bahawa anggaran puratakos Darurat adalah berjumlah di antara 5250,000 hingga 5300,000 seharipada zaman Darurat. Jumlah ini tidak termasuk kerosakan harta bendaseperti bangunan dan kenderaan yang dilakukan oleh komunis.Sepanjang tahun 1948 hingga 1960, dianggarkan pihak kerajaan telahmembelanjakan kira-kira $1,300 juta sebagai kos Darurat.7 Disebabkanmasalah komunis dan Darurat, jumlah perbelanjaan yang besar ini

    205

  • Sejarah Pembinaan Negara Bangsa

    terpaksa diperuntukkan untuk tujllan mematahkan kegiatan komllnisdan memlllihkan keamanan di negara ini.

    KesimpulanWalallplln ideologi komunis telah menyusup ke Tanah ~\'1elayumelaluiberbagai-bagai saluran sejak tahlln 192G-an, namlln gerakan komllnismencapai kemllncak pada tahun 1948 dengan mclctusnya gerakanbersenjata komunis. Dengan itu, berbagai kekejaman, kejahatan,kerosakan dan sabotaj telah dilakllkan oleh komunis secara berleluasadi Tanah Melayll. Keadaan itu menycbabkan kerajaan British terpaksamengambil tindakan mengisytiharkan Undang-llndang Darurat dandisllSllli dengan berbagai langkah yang bertlljllan untllkmenghapllskan komunis dan memlllihkan keamanan negara. Usahamenentang gerakan komunis menjadi semakin giat menjelang TanahMelaYlI mencapai kemerdekaan sehingga akhirnya komllnis dapatdilemahkan dan zaman Darllrat ditamatkan pada 31 Jlliai 1960.Berikutnya, saki-baki komllnis mengundurkan diri ke sempadanThaiIand-Tanah Melayu untuk menyusun semula kekuatan mereka.

    206

    ,

    "

    "

    File001901File001902File0013

    File001904File001905File001906File001907File001908File001909File001910File001911File001912File001913File001914