temuramah frank kern - dan kennedy

Upload: syed-mikraj-satria

Post on 11-Oct-2015

91 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Frank Kern mempunyai pengalaman selama 16 tahun dalammenulis *copy, manakala Dan Kennedy selama 40 tahun.Pengalaman ini mengajar mereka supaya tidak memaksa apabilamenjual.

TRANSCRIPT

  • Nota daripada Video Temuramah

    Frank Kern & Dan Kennedy Nota 67 baris yang kini dah jadi 27 mukasurat

    Oleh: Abu Muaaz Asrul Munir Azizan

  • Daftar Isi Pengenalan

    Mindset Menulis Copy

    Tulis Copy dengan Bercerita

    Mengajar & Belajar dalam Bentuk wizard

    Manipulasi & Emosi

    PROGRESSIVE AGREEMENT

    Unique Selling ProposiNon

    Cara Atasi Masalah Buntu bila Menulis

    Copy Sebagai Aset Jangka Panjang

    Penutup

  • ISI PERTAMA

    Pengenalan

  • Pengenalan Video apa ni?

    Pertama sekali, terima kasih kerana mendapatkan nota yang pada asalnya 67 baris ini. Nota ini ditulis berdasarkan kepada satu video temuramah 2 tokoh - Frank Kern kepada gurunya Dan Kennedy. Video ini saya dapat kerana berkawan dan menjadi pelanggan Frank Kern. Frank Kern mempunyai pengalaman selama 16 tahun dalam menulis *copy, manakala Dan Kennedy selama 40 tahun. Pengalaman ini mengajar mereka supaya tidak memaksa apabila menjual. Untuk kenal dengan lebih lanjut 2 tokoh ini, silalah cari di Google. Susunan nota berdasarkan video. Penting untuk baca Penutup & mukasurat terakhir (BONUS?) *copy termasuklah surat jualan (online atau offline), video jualan dan lain-lain untuk menghasilkan pembelian.

  • ISI KEDUA

    Mindset Menulis Copy

  • Mindset Menulis Copy Ini mesti jadi!

    Mindset - copy ni mesti jadi punyalah!" - memberi tekanan. Tekanan tak membantu apabila menulis copy. Sila cuba lebih daripada satu cara untuk mencapai tujuan copy. Bila lebih daripada satu cara, dapat membantu kurangkan tekanan Bayangkan jika anda cuba 6 cara, berkemungkinan 1 berjaya dan 5 gagal, tapi jika hanya cuba 1 cara, berkemungkinan satu-satunya cara tu gagal... Mana yang lebih tertekan? Satu percubaan atau 6 percubaan? *Santai - Dan Kennedy teruk dalam permainan golf, dia pernah pukul bola golf, kemudian melantun kembali kena kepalanya sehingga dia tak sedarkan diri.

  • ISI KETIGA

    Tulis Copy dengan Bercerita

  • Tulis Copy dengan Bercerita

    Cerita menjadi pelik apabila terlalu berstruktur

    Cerita menjadi pelik apabila terlalu berstruktur. Struktur memberi tekanan kepada penulis, seterusnya menghasilkan tulisan yang tidak natural. Cerita bagus boleh digunakan sebagai: 1. Bukti 2. Mewujudkan ketakutan 3. Memberi motivasi & inspirasi 4. Mengalih perhatian daripada kecacatan produk yang anda

    tak mahu cerita secara langsung 5. 'Jambatan' daripada satu fakta kepada fakta yang lain 6. Kesimpulan sebelum penutup (CTA) untuk copy yang

    panjang sebagai mengingatkan kembali prospek kepada copy Jangan terlalu menekankan yang setiap copy anda mesti bercerita. Cerita adalah suatu alat yang anda gunakan untuk mencapai sesuatu matlamat (6 contoh matlamat seperti di atas). Seperti semua alat, bercerita juga memerlukan cara yang betul untuk mendapatkan hasil yang baik.

  • ISI KEEMPAT

    Mengajar & Belajar dalam Bentuk wizard

  • Mengajar & Belajar dalam Bentuk wizard

    Copy tidak akan natural jika ikut membabi buta

    Contoh bentuk wizard: 5 langkah untuk menulis... 7 teknik buat website... 3 strategi menjual... Pelajar suka belajar dalam bentuk wizard ini... Senang nak ikut secara membabi buta. Di sebabkan personaliti cikgu & pelajar adalah berbeza... Copy tidak akan kelihatan natural jika pelajar tiru cikgu bulat-bulat. SEBALIKNYA pelajar sepatutnya guna struktur & architecture sahaja daripada wizard yang diajar oleh cikgu... Ubah ikut kesesuaian & personaliti masing-masing supaya menghasilkan suatu copy yang natural & asli. Bagi cikgu pula, bila mengajar wizard, sila tambahkan SEBAB untuk sesuatu langkah supaya mudah untuk pelajar faham & ubah. Sebagai contoh, cikgu yang suruh supaya pelajarnya lebih banyak senyum - sila nyatakan sebab kenapa kena lebih banyak senyum... Bila pelajar tahu sebab, setiap pelajar dapat mengukir senyuman yang natural & asli - bukan meniru senyum cikgu.

  • ISI KELIMA

    Manipulasi & Emosi

  • Manipulasi & Emosi 1/2

    Manipulasi selalu dipandang negatif

    Manipulasi - selalu dipandang negatif Sesuatu perkara yang kita lakukan untuk sesuatu tujuan, kemudian perkara tersebut efektif, itu adalah manipulasi. Contoh: Seorang pemilik restoran yang buat masakan sedap & persekitaran menarik menyebabkan orang datang berulangkali ke restoran dia - masak sedap, hidang makanan sedap & sediakan persekitaran menarik, itu adalah manipulasi. Bila menjual, kita membuatkan pembeli melakukan perkara yang berlawanan dengan fitrah manusia iaitu bertangguh. Penjual: Belilah sekarang Pembeli: Nak tengok-tengok dulu... Nak survey harga dulu... 1001 alasan. Pernah tak anda memang dah rancang untuk beli sesuatu, kemudian ke kedai yang menjual benda yang anda rancang nak beli... Tetapi apabila ditanya oleh penjual, anda jawab: "Tengok-tengok dulu", "Survey harga dulu" dan 1001 alasan lain.

  • Manipulasi & Emosi 2/2

    Manipulasi selalu dipandang negatif

    Inilah fitrah orang yang nak membeli tangguh takut dengan pengalaman lalu pernah ditipu, pernah tersalah beli, pernah kena marah dengan suami/isteri dan perkara negatif yang lain. Tetapi, sebagai penjual, kita nak 'melawan' fitrah ini supaya CTA beli sekarang. Perbuatan 'melawan' fitrah ini adalah manipulasi. Alat untuk melawan' fitrah urgency, scarcity, psikologi, emosi dan lain-lain. Tidak menjalankan manipulasi dalam proses menjual adalah sesuatu yang tidak realistik. Neraca moral untuk manipulasi: Niat mendapat sesuatu dengan baik = manipulasi baik, Niat mendapat sesuatu dengan jahat = manipulasi jahat

  • ISI KEENAM

    PROGRESSIVE AGREEMENT

  • PROGRESSIVE AGREEMENT 1/3

    Tajuk paling penting dalam video ini

    Contoh projek yang sedang Dan Kennedy lakukan sekarang: Mengajak businessmen dari negeri lain pindah operasi mereka ke Oklahoma Dan Kennedy kaji dan kenal macam mana persekitaran Oklahoma - politik, ekonomi, orang yang tinggal di sana, pemimpin, tahap pemikiran dan lain-lain. Jadi dia akan ajak orang-orang jenis yang sama untuk pindah ke sana. Dan dia akan gunakan manipulasi yang sesuai dengan orang-orang ini. Progresive agreement adalah beberapa siri persetujuan yang kita cuba dapatkan daripada prospek.

  • PROGRESSIVE AGREEMENT 2/3

    Tajuk paling penting dalam video ini

    Contoh untuk prospek projek Oklahoma, Dan Kennedy kena tulis copy yang membuatkan prospek setuju bahawa: 1. Dia takut di tempat sekarang - Oklahoma lebih selamat 2. Dia mampu untuk pindah 3. Dia nak dan akan pindah 4. Dia tahu ke mana nak pindah di Oklahoma Akhir sekali - CTA Pindahlah ke Oklahoma untuk berniaga Kalau terus ke agreement keempat, businessmen akan menolak CTA sebab masih risau dengan risiko pada agreement 1, 2, 3... Cuba sebaik mungkin supaya setiap tahap agreement tak ada penolakkan, susun ikut tertib yang betul, jangan langkau tahap agreement. Ketakutan adalah manipulasi jenis emosi yang paling mudah digunakan.

  • PROGRESSIVE AGREEMENT 3/3

    Tajuk paling penting dalam video ini

    Kalau menjual secara bersemuka, kita akan dapat maklumbalas secara langsung daripada prospek... Tetapi dalam menulis copy, kita tak dapat maklumbalas secara langsung... Apa yang kita kena buat, kita kena agak, apa maklumbalas yang mungkin daripada prospek kita. Daripada maklumbalas yang mungkin inilah kita senaraikan kerisauan prospek. Dan dengan kerisauan inilah kita wujudkan Progressive Agreement untuk hilangkan kerisauan prospek. Sekali lagi ditegaskan, pastikan tertib Progressive Agreement adalah betul, jika satu tahap agreement tak lepas, ayat-ayat selepas tu tak bermakna (kurang berkesan) kepada prospek.

  • Tahap Progressive Agreement berdasarkan projek Pindah ke Oklahoma oleh Dan Kennedy

    Jangan melompat ke tahap yang lebih tinggi tanpa melalui tahap yang

    lebih rendah

  • ISI KETUJUH

    Unique Selling Proposition

  • Unique Selling Proposition

    Sebab apa sleep learning bukan jogging learning?

    Sebab semua orang tidur, tapi tak semua orang jogging! Unik... Ini telah membezakan dengan produk jogging learning. Ada cara untuk buatkan semua benda unik. Unik bukanlah gimik Antara jalan untuk dapatkan USP: 1. Jika market sedia ada bertumpu kepada prospek yang

    generik, anda beralih kepada prospek niche 2. Sebaliknya, jika produk sedia ada tertumpu kepada satu

    niche, anda beralih kepada generik 3. Jika produk sedia ada generik, anda beralih kepada pelbagai

    niche Boleh membawa kepada kepelbagaian harga.

  • ISI KELAPAN

    Cara Atasi Masalah Buntu bila Menulis

  • Cara Atasi Masalah Buntu bila Menulis

    Dan Kennedy sentuh sedikit sahaja bab ini

    1. Kumpul bahan mentah dan study habis-habisan

    2. Bila buat macam ni, minda bawah sedar telah ada maklumat yang memudahkan untuk mula menulis

    3. Gunakan swipe file (contoh tulisan orang lain)

    4. Pengalaman

  • ISI KESEMBILAN

    Copy Sebagai Aset Jangka Panjang

  • Copy Sebagai Aset Jangka Panjang

    Cuba untuk lakukan yang TERBAIK!

    Copy zaman Internet rendah mutu sebab murah untuk disebarkan berbanding zaman dulu (media cetak, media elektronik) penulis copy jadi tak bersungguh bila menulis. Tulis copy dengan matlamat sebagai aset jangka panjang. Dan Kennedy ada copy yang ditulis 11 tahun lalu, tapi masih mendatangkan hasil sehingga hari ini tanpa mengubah satu ayat pun. Dengan Internet, sepatutnya mendatang hasil lebih banyak berbanding dulu sebab murah & cepat jika copy yang dihasilkan bermutu tinggi. Dan Kennedy ada sales video berdurasi 1 jam 23 minit. Conversion rate untuk video ini adalah 22% hingga 26%! Dan Kennedy kata trafik ke video ini belum optimum! Umur sasaran propek adalah 60 tahun ke atas! (60 tahun ke atas nak layan video 1 jam 23 minit secara online?!) Dan Kennedy jangkakan sales video ini dapat bertahan selama 20 tahun lebih!

  • ISI KESEPULUH

    Penutup

  • Penutup Minta bantuan

    Sebelum minta bantuan, saya ingin memohon maaf atas segala kekurangan untuk nota versi panjang ini. Pada mukasurat terakhir, saya sertakan link untuk download nota asal 67 baris. Bantuan diperlukan: 1. Minta tolong sangat-sangat email kembali kepada

    [email protected] nilai yang anda sanggup beri untuk nota yang sebegini. (Jangan bimbang, nota ini akan kekal percuma)

    2. Minta tolong sangat-sangat juga untuk kongsikan nota ini kepada saudara-mara & sahabat handai yang terlibat sama dalam Internet Marketing.

    3. Minta tolong juga untuk email [email protected] jika ada yang tak faham, saya cuba tonton balik video tu dan balas email anda.

    4. Minta tolong juga untuk email [email protected] jika ada sebarang cadangan pembaikkan. Mungkin saya akan keluarkan nota versi kedua. Mana tahu J

  • CUBA TENGOK GAMBAR DI BAWAH NI

    Saya ada EMPAT lagi video Frank Kern (saya dapat sebab saya beli produk dia).

    Jika anda Ndak mendaVar email anda untuk download nota ini, mohon

    copy & paste link di bawah ke browser anda untuk mendapatkan update nota TERBARU berdasarkan EMPAT lagi video Frank Kern.

    Yang ikhlas: Abu Muaaz Asrul Munir Azizan

    SeperN yang dijanjikan, di bawah ini link untuk download nota asal 67 baris:

    hYp://asrulmunir.com/bijak[/wp-content/uploads/2014/08/nasihatdankennedy.txt

    hCp://asrulmunir.com/bijakG/download-nota-67-baris/