topik 9 persediaan sebelum kejohanan olahraga

Upload: hadi-newrole

Post on 11-Oct-2015

191 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN

    Persediaan sebelum kejohanan biasanya mengambil masa yang lama, bermula dari lantikan Jawatankuasa Induk. Bagi membentuk perancangan yang tersusun Jawatankuasa Induk perlu merancang dasar, tujuan, tarikh dan tempat kejohanan dan seterusnya membentuk satu kertas kerja. Huraian tugasan bagi Jawatankuasa Induk dan Kecil telah dibincangkan dalam Topik 7.

    TTooppiikk

    99 Persediaan

    Sebelum Kejohanan Olahraga

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menulis kertas kerja bagi kejohanan olahraga;

    2. Menghuraikan peranan Jawatankuasa Teknikal sebelum kejohananolahraga;

    3. Menyatakan surat-surat yang perlu dihantar sebelum kejohananolahraga; dan

    4. Menyenaraikan jenis-jenis borang yang diperlukan dalammelaksanakan kejohanan olahraga.

  • TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA 195

    PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN

    Kertas kerja merupakan bahan bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu projek untuk dibahaskan. Kertas kerja yang baik adalah kertas kerja yang dapat memberi gambaran yang jelas tentang hala tuju, jenis aktiviti, jawatankuasa, peserta dan perbelanjaan sesuatu projek. Dengan kata lain, kertas kerja yang lengkap akan menjadi sumber rujukan utama dalam sesuatu program. Kertas kerja juga merupakan dokumen rujukan yang perlu ada dalam proses memohon kebenaran dan pertolongan daripada pihak tertentu. Berdasarkan kepentingan ini, kertas kerja perlu lengkap dan terarah. (a) MMenyediakan KKertas Kerja Mengikut Format yang Ditetapkan Antara format kertas kerja yang selalu digunakan ialah seperti berikut:

    (i) TTajuk Kertas Kerja Tulis tajuk dengan ringkas dan bermakna. Tajuk yang dirangka

    perlulah jelas tepat dan menggambarkan objektif program.

    (ii) TTujuan Kertas Kerja Nyatakan secara jelas arah, hala, haluan yang ditujukan, maksud,

    matlamat dan tuntutan kertas kerja disediakan sama ada untuk:

    Kelulusan, maklumat atau perbincangan;

    Untuk siapa kertas kerja dikemukakan; dan

    Nyatakan apakah objektif dan matlamat yang hendak dicapai.

    (iii) MMatlamat Projek Merupakan sasaran yang realistik untuk dicapai dan perlu

    berdasarkan kepada konsep kejohanan.

    (iv) PPenerangan tentang Projek Nyatakan secara jelas butiran mengenai :

    Tarikh, masa atau tempat.

    Peserta kumpulan sasaran.

    Yuran atau bayaran yang dikenakan.

    Kerjasama atau bantuan di unit atau persatuan lain.

    9.1

  • TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA 196

    (v) JJawatankuasa Induk

    Nyatakan secara jelas segala butiran mengenai Jawatankuasa Induk dan Kecil.

    Nyatakan atau sertakan minit mesyuarat induk yang telah memutuskan untuk mengadakan projek yang dipohon.

    Senarai penuh Jawatankuasa Induk yang terdiri daripada:

    - Penaung

    - Penasihat

    - Senarai Penuh Ahli Jawatankuasa Induk dan Kecil

    Peranan dan bidang tugas jawatankuasa.

    (vi) AAnggaran Perbelanjaan Nyatakan secara terperinci anggaran pendapatan serta perbelanjaan

    termasuk belanja runcit sebanyak 10 peratus dan diperincikan mengikut butir-butir perbelanjaan.

    (vii) SSusun Atur atau Atur Cara Sediakan jadual tentatif program yang terperinci dari awal hingga

    akhir termasuklah atur cara perasmian dan penutup dengan menyatakan masa, tempat dan tindakan jawatankuasa dan individu.

    (viii) PPeserta Nyatakan kumpulan sasaran yang akan menyertai program ini sama

    ada pelajar atau kakitangan iaitu anggaran bilangan peserta.

    (ix) TTindakan

    Senarai semak tindakan

    Pelan tindakan

    Atur cara pentadbiran

    Carta Gantt

    (x) SSokongan Rujuk keseluruhan kertas kerja kepada penasihat atau pegawai yang

    berkaitan untuk dikomen atau diberi sokongan.

  • TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA 197

    (b) MMendapat Kelulusan dari Pihak Pengurusan Kertas kerja yang telah dibina perlu dihantar untuk mendapat kelulusan

    daripada pihak pengurusan. Penganjur mesti memastikan tarikh serahan kertas kerja menepati kehendak masa pemprosesan kelulusan.

    (c) MMenyediakan Jadual Tindakan Tentatif Jadual tindakan tentatif perlu dibina bagi memastikan pelaksanaan

    program berjalan dengan lancar. Jadual tindakan tentatif ini membolehkan pengerusi atau orang yang berkepentingan memantau aktiviti perancangan dan perkembangan tugas setiap jawatankuasa. Jadual tindakan tentatif boleh dibuat dalam bentuk carta Gantt, senarai semak, jadual, carta alir dan lain-lain media yang mudah difahami.

    PENGURUSAN SEBELUM KEJOHANAN

    Bagi menentukan kejayaan dan keberkesanan perjalanan kejohanan olahraga persediaan awal amat perlu. Pengurusan kejohanan harus dirancang terlebih awal dan tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa. Dalam merancang pertandingan sukan, apa yang perlu ialah pengurusan yang teliti, kemas dan berdokumen. Kesemua ini dilakukan bagi mengelakkan perkara-perkara penting seperti terlepas pandang yang akhirnya akan merencat atau mencacatkan kejohanan olahraga. Dalam merancang dan melaksanakan kejohanan olahraga berbagai pihak perlu dihubungi bagi mendapat kebenaran, memohon bantuan, jemputan dan pemberitahuan. Kesemua proses ini memerlukan pihak urus setia menyiapkan dan menghantar surat yang mengandungi tujuan tersebut. Urusan surat-menyurat merupakan cara berkomunikasi yang selalu digunakan dalam mengelola sesuatu majlis atau kejohanan. Surat adalah dokumen yang mengandungi maklumat dan akan menjadi sumber rujukan. Oleh itu, surat perlu mempunyai maklumat yang ringkas tetapi bermakna kepada pembacanya. Surat biasanya dikeluarkan oleh Setiausaha Jawatankuasa.

    9.2

    1. Jadual tentatif membolehkan pengerusi memantau aktiviti perancangan dan pelaksanaan aktiviti. Nyatakan bentuk jadual tindakan tentatif.

    2. Nyatakan format membina Kertas Kerja mengikut modul ini.

    SEMAK KENDIRI 9.1

  • TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA 198

    Jawatankuasa Teknikal Kepegawaian perlu bekerja keras sebelum kejohanan. Berbagai tugasan perlu diselesaikan oleh jawatankuasa ini. Jawatankuasa Teknikal Kepegawaian perlu menyediakan jumlah pegawai yang mencukupi untuk bertugas pada hari kejohanan. Jawatankuasa ini juga perlu menyusun jadual pegawai yang bertugas dalam kejohanan olahraga, pelan luar jangkaan (contingency plan) dan kebajikan pegawai. Jawatankuasa Teknikal dan Padang bertanggungjawab menentukan padang dan gelanggang tersedia untuk kejohanan olahraga. Jawatankuasa ini juga perlu memastikan keadaan padang dalam keadaan baik serta tidak mendatangkan mudarat kepada peserta. Selain itu jawatankuasa ini perlu memastikan ukuran gelanggang dan padang menepati spesifikasi. Jawatankuasa Teknik Alatan pula perlu memastikan alatan yang digunakan dalam kejohanan olahraga tersedia. Urusan pendaftaran peserta akan melibatkan Jawatankuasa Pendaftaran. Jawatankuasa ini perlu memastikan peserta kejohanan didaftarkan penyertaannya mengikut borang penyertaan. Selain daripada borang-borang teknikal berserta kandungannya iaitu nama peserta serta data lain perlu disiapkan oleh Jawatankuasa Pendaftaran sebelum kejohanan bermula.

    9.2.1 Pengurusan Surat-Menyurat dan Pelantikan

    Surat merupakan kiriman kertas yang ditulis dan dikirim pada orang lain yang mempunyai maksud tertentu. Surat merupakan dokumen penting yang boleh menjadi sumber rujukan dari semasa ke semasa. Dalam mengendalikan kejohanan olahraga, urusan surat-menyurat merupakan keperluan. Antara surat yang dikeluarkan oleh jawatankuasa ialah: (a) SSurat Jemputan Mengambil Bahagian Surat ini dialamatkan kepada badan-badan, persatuan-persatuan atau

    sekolah-sekolah untuk menjemput mereka menyertai kejohanan. Butiran dalam surat pelantikan ini ialah jenis dan bentuk kejohanan, tarikh kejohanan, masa kejohanan dan tempat kejohanan dan nombor telefon pegawai yang berkenaan. Surat ini mesti dilampirkan dengan ringkasan kertas kerja, peraturan am, jadual pertandingan dan borang penyertaan serta lampiran yang berkaitan.

    (b) SSurat Pelantikan Ahli Jawatankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Kecil Surat pelantikan perlu diberikan kepada Ahli Jawatankuasa Induk dan Ahli

    Jawatankuasa Kecil. Butiran dalam surat pelantikan ini ialah jawatan, tarikh kejohanan, masa kejohanan dan tempat kejohanan. Surat lantikan juga perlu disertakan dengan surat jawapan penerimaan.

  • TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA 199

    (c) SSurat Pelantikan Pegawai Teknikal Surat pelantikan perlu diberikan kepada Pegawai Teknikal dalam waktu

    yang bersesuaian. Butiran dalam surat pelantikan ini ialah jawatan, tarikh kejohanan, masa kejohanan, tempat kejohanan dan nombor telefon pengerusi ke pegawai. Surat lantikan juga perlu disertakan dengan surat jawapan penerimaan.

    (d) SSurat Memohon Pelepasan Pihak Jawatankuasa Tertinggi juga perlu memohon pelepasan daripada

    majikannya untuk setiap ahli jawatankuasa dan Pegawai Teknikal yang bertugas. Butiran dalam surat pelantikan ini ialah nama pegawai yang terlibat, jawatan, sela tarikh kerja, tarikh kejohanan, masa kejohanan, tempat kejohanan dan nombor telefon Pengerusi Kepegawaian.

    (e) SSurat Penggunaan Gelanggang Surat ini dibuat sekiranya gelanggang atau padang di bawah kawalan

    sekolah atau pertubuhan lain digunakan. Surat ini perlu dihantar segera supaya gelanggang dapat disediakan pada tarikh yang dikehendaki. Butiran dalam surat ini ialah tarikh kejohanan, masa kejohanan dan tujuan penggunaan gelanggang yang dicadangkan.

    (f) SSurat Peminjaman Alatan Surat ini bertujuan untuk meminjam barang-barang untuk kejohanan dari

    badan-badan, pertubuhan atau sekolah. Surat ini perlu dihantar segera supaya barang-barang dapat disediakan pada tarikh yang kita kehendaki. Butiran dalam surat ini ialah tarikh kejohanan, masa kejohanan, tujuan penggunaan alatan yang dicadangkan, tarikh mengambil dan tarik pemulangan barang.

    (g) SSurat PPenggunaan Kemudahan Surat ini bertujuan untuk memohon kemudahan seperti asrama, bas dan

    lain-lain dari satu pertubuhan atau sekolah. Surat ini perlu dihantar segera supaya kemudahan yang dikehendaki dapat disediakan pada tarikh yang dikehendaki. Butiran dalam surat ini ialah tarikh kejohanan, masa kejohanan dan tujuan penggunaan kemudahan yang dicadangkan.

    (h) SSurat Memohon Bantuan daripada Persatuan Sukarela atau Badan-badan

    Beruniform Bantuan dari persatuan sukarela atau badan-badan beruniform contohnya

    St. John Ambulans, Bulan Sabit Merah dan Pengakap perlu dalam melicinkan kejohanan olahraga. Penganjur perlu menghantar surat memohon bantuan bagi mendapatkan perkhidmatan persatuan sukarela atau badan-badan beruniform tersebut. Surat memohon bantuan perlu

  • TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA 200

    mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat, bidang bantuan yang dikehendaki dan jumlah anggota yang diperlukan.

    (i) SSurat Memohon Bantuan daripada Pihak Polis Terdapat aktiviti kejohanan contohnya acara jalan kaki atau maraton yang

    melibatkan penggunaan jalan raya. Penganjur perlu memaklumkan dan memohon mengadakan aktiviti berkenaan daripada pihak polis. Oleh itu, pihak penganjur perlu menghantar surat memohon kebenaran dan bantuan daripada pihak polis. Kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat. Surat ini juga perlu mengandungi permohonan bantuan daripada pihak polis kepada penganjur, contohnya mengadakan rondaan dan kawalan.

    (j) SSurat Pemberitahuan, Memohon Bantuan Kawalan dari RELA Dalam keadaan tertentu kita mungkin memohon bantuan daripada pihak

    RELA untuk membuat kawalan keselamatan. Surat memohon bantuan kawalan keselamatan daripada pihak RELA perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat, bidang kawalan yang dikehendaki dan jumlah anggota yang dikehendaki.

    (k) SSurat Pemberitahuan dan Memohon Bantuan dari Hospital atau Klinik Penganjur perlu memaklumkan hospital atau klinik tentang kejohanan

    olahraga yang dianjurkan. Ini bertujuan bagi hospital atau klinik bersedia memberi bantuan kecemasan atau ambulans sekiranya berlaku kecemasan dalam menjalankan kejohanan olahraga. Kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat.

    (l) Surat Sumbangan Dalam satu kejohanan olahraga yang besar, sumbangan dari pihak

    korporat atau individu memang diperlukan. Dalam surat memohon sumbangan sama ada dari segi kewangan atau barang-barang perlu mengandungi masa, tarikh, tempat, aktiviti yang terlibat dan sumbangan yang diharapkan.

    (m) SSurat Jemputan Perasmian atau Penutup Tetamu Kehormat Pihak penganjur juga perlu menghantar surat jemputan khas kepada

    tetamu kehormat untuk merasmikan atau menutup kejohanan olahraga. Butiran dalam surat ini ialah tarikh kejohanan, masa perasmian atau penutup kejohanan dan jadual aktiviti perasmian atau penutup kejohanan yang dicadangkan.

  • TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA 201

    (n) SSurat Jemputan Perasmian atau Penutup Tetamu Khas Bagi menyerikan lagi upacara perasmian dan penutup, pihak penganjur

    boleh menjemput tetamu khas. Surat jemputan mestilah berbutiran seperti berikut iaitu tarikh kejohanan, masa perasmian atau penutup kejohanan dan jadual aktiviti perasmian atau penutup kejohanan yang dicadangkan.

    Pelantikan Jawatankuasa Pelantikan jawatankuasa induk serta kecil dan bidang tugasnya telah dibincangkan dengan terperinci dalam Topik 7. Pihak pengurusan pertandingan perlu memastikan bahawa pelantikan jawatankuasa perlu berdasarkan kepada keupayaan dan pengalaman kerja yang lepas. Urusan pelantikan perlu dilakukan secara bersurat. Oleh kerana jawatankuasa akan melibatkan mesyuarat dan lain-lain tugasan di luar, pelepasan ahli jawatankuasa terlibat perlu dipohon daripada majikan jika berkenaan. Surat mesyuarat atau panggilan bertugas kepada ahli jawatankuasa perlulah melalui Ketua Jabatan untuk direkodkan. Pelantikan Pegawai Kejohanan Pelantikan pegawai kejohanan olahraga hendaklah dilantik dengan berhati-hati. Sekiranya berkemampuan, pegawai kejohanan yang dilantik perlulah bertauliah dengan mempunyai sijil kepegawaian daripada KOM. Namun dalam kejohanan sekolah atau Majlis Sekolah Daerah, adalah sukar bagi kita untuk mendapatkan kesemua pegawai yang bertauliah. Oleh itu biasanya mereka yang mempunyai tauliah diminta mengetuai Pegawai Teknikal sebagai referi dan Ketua Hakim. Kursus pegawai kejohanan perlu dirancang bagi memberi pendedahan dan seterusnya melicinkan lagi kejohanan olahraga. Pelantikan pegawai perlu berdasarkan pengalaman dan latar belakang. Dalam keadaan tertentu mungkin pegawai yang tidak berpengalaman perlu berpasangan dengan pegawai yang berpengalaman untuk menimba pengetahuan daripada rakan yang lebih senior. Bagi kejohanan besar terdapat juga penganjur membuat amali kejohanan sebenar bagi melatih pegawai yang bertugas. Dalam Topik 8, bidang tugas pegawai-pegawai teknikal dihuraikan dengan terperinci. Selain daripada itu Jawatankuasa Teknik Kepegawaian perlu juga berbincang dengan pegawai sebelum menyusun jadual bertugas dalam kejohanan olahraga. Antara faktor penting yang perlu difikirkan ialah pengalaman dan kelulusan pegawai yang bertugas, masalah peribadi pegawai yang tidak dapat dielakkan dan kepakaran pegawai dalam bidang-bidang tertentu. Selain daripada itu kebajikan pegawai juga perlu dijaga oleh jawatankuasa ini.

  • TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA 202

    9.2.2 Persiapan Teknikal

    Persiapan teknikal perlu mantap bagi menjayakan kejohanan olahraga. Oleh itu, berbagai kerja perlu dilakukan oleh jawatankuasa teknikal sebelum menganjur sesuatu kejohanan. Jawatankuasa teknik dan pertandingan perlu menyiapkan dan memastikan penyediaan padang dan gelanggang mengikut ukuran dan spefikasi yang terdapat dalam undang-undang KOM. Jawatankuasa ini juga perlu memastikan alatan yang digunakan dalam kejohanan ini mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh KOM. Selain daripada aspek ini, jawatankuasa juga perlu memastikan gelanggang dan alatan yang digunakan selamat dan tidak mendatangkan risiko kecederaan kepada peserta. Jawatankuasa Teknikal Peralatan bertanggungjawab menyediakan segala peralatan pertandingan. Alat-alat ini termasuk kerusi, meja bagi hakim, sistem pembesar suara, papan tulis dan lain-lain perkakasan teknikal sesuatu pertandingan. Jawatankuasa Peralatan juga dikehendaki membantu Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan untuk memeriksa peralatan dan memastikannya mengikut spesifikasi. Sebaik sahaja borang penyertaan dihantar oleh pasukan yang bertanding, Jawatankuasa Pendaftaran dan Pertandingan perlu mendaftar peserta dengan teliti supaya tidak terdapat kesilapan teknikal berlaku yang akan mengganggu tumpuan peserta. Jawatankuasa ini perlu mendaftarkan peserta ke dalam borang teknikal yang akan digunakan dalam pertandingan. Jawatankuasa Pendaftaran perlu membantu Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal bagi memastikan pendaftaran peserta oleh pasukan mengikut undang-undang yang ditetapkan. Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan perlu menyediakan borang teknikal sebelum urusan pendaftaran peserta dilakukan.

    9.2.3 Penyediaan Borang

    Borang teknikal menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan untuk menyediakannya. Borang teknikal dalam kejohanan olahraga adalah merupakan borang yang terdiri daripada maklumat dan mempunyai fungsi yang tersendiri. Borang-borang teknikal perlu seragam mengikut KOM. Dalam pengelolaan kejohanan olahraga, borang teknikal merupakan bahan atau alat yang penting dalam melicinkan kejohanan olahraga. Maklumat atau butiran dalam borang akan memudahkan pegawai teknikal menjalankan tugasnya. Jadual seterusnya menunjukkan jenis borang dan fungsinya.

  • TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA 203

    Jadual 9.1: Borang dan Kegunaannya

    BIL BORANG KEGUNAAN

    1 Borang Masuk atau Penyertaan (Lampiran A)

    Borang ini mengandungi butir-butir para peserta, pasukan yang mengambil bahagian dan acara yang dipertandingkan.

    2 Borang Penyeliaan Peserta (Lampiran B)

    Borang ini menunjukkan dan mengesahkan senarai peserta yang bertanding dalam sesuatu acara.

    3 Borang Hakim Balapan (Lampiran C)

    Borang ini digunakan oleh hakim untuk mencatatkan kedudukan dan keputusan yang dicapai dalam acara balapan.

    4 Borang Penjaga Masa (Lampiran D)

    Borang ini digunakan untuk mencatat masa yang dicapai dalam acara balapan.

    5 Borang Ketua Penjaga Masa (Lampiran E)

    Borang ini digunakan oleh Ketua Penjaga Masa untuk mencatat masa rasmi bagi satu acara balapan. Borang ini merupakan rumusan daripada setiap penjaga masa.

    6 Borang Ketua Hakim

    (Lampiran F)

    Borang ini digunakan untuk Ketua Hakim dalam mencatat keputusan rasmi bagi satu acara balapan. Borang ini merupakan rumusan daripada setiap penjaga masa.

    7 Borang atau Kad Acara Padang (lompatan dan balingan) (Lampiran H)

    Borang ini tercatat senarai nama peserta, jumlah percubaan dan ukuran pencapaian dalam satu acara lompatan atau balingan.

    8 Borang Pencapaian Markah Keseluruhan (Lampiran I)

    Borang ini akan memaparkan markah yang dicapai oleh setiap pasukan bagi acara yang dipertandingkan. Ia adalah borang pengiraan markah untuk menentukan tempat dalam sesuatu pasukan.

    9 Borang Bantahan

    (Lampiran K)

    Borang bantahan akan diberikan kepada pihak yang ingin membuat bantahan terhadap keputusan rasmi atau pengadilan.

    10 Borang Penyampaian Hadiah (Lampiran L)

    Borang ini digunakan untuk urusan penyampaian hadiah supaya ia berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

    11 Senarai Pemenang Piala Pusingan Borang ini memudahkan pihak penganjur mengesan piala-piala pusingan yang dimenangi oleh sesuatu pasukan.

    12 Borang Catatan Pusingan (Lampiran M)

    Borang ini digunakan untuk mencatat bilangan pusingan yang dibuat oleh peserta dalam acara lari jarak jauh (5000m, 10000m).

    13 Borang Laporan Kelajuan Angin Borang ini digunakan oleh juruteknik untuk mencatat kelajuan angin yang bertiup semasa sesuatu acara dijalankan.

  • TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA 204

    Kertas kerja merupakan bahan bertulis yang mengandungi perbincangan

    mengenai sesuatu projek untuk dibahaskan. Kertas kerja yang baik adalah kertas kerja yang dapat memberi gambaran yang jelas tentang hala tuju, jenis aktiviti, jawatankuasa, peserta dan perbelanjaan sesuatu projek.

    Jadual tindakan tentatif ini membolehkan pengerusi atau orang yang

    berkepentingan memantau aktiviti perancangan dan perkembangan tugas setiap jawatankuasa.

    Pengurusan kejohanan harus dirancang terlebih awal dan tidak boleh dibuat

    secara tergesa-gesa.

    1. Nyatakan jawatankuasa yang bertanggungjawab menyediakan segala peralatan pertandingan. Alat-alat ini termasuk kerusi, meja bagi hakim, sistem pembesar suara, papan tulis dan lain-lain perkakasan teknikal sesuatu pertandingan.

    2. Borang ini tercatat senarai nama peserta, jumlah percubaan,

    ukuran pencapaian dalam satu acara lompatan atau balingan. Namakan jenis borang ini.

    3. Nyatakan butiran yang ada dalam surat pelantikan Ahli

    Jawatankuasa Kecil dan Induk. 4. Berikan ciri-ciri dan contoh surat kebenaran yang digunakan

    dalam kejohanan olahraga. 5. Borang ini mengandungi butiran para peserta, pasukan yang

    mengambil bahagian dan acara yang dipertandingkan. Namakan jenis borang ini.

    6. Nyatakan jawatankuasa yang bertanggungjawab menyediakan

    borang teknikal sebelum urusan pendaftaran peserta dilakukan. 7. Nyatakan lampiran yang disertakan dalam surat jemputan

    mengambil bahagian.

    SEMAK KENDIRI 9.2

  • TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA 205

    Dalam merancang pertandingan sukan apa yang perlu ialah pengurusan yang teliti kemas dan berdokumen.

    Surat adalah dokumen yang mengandungi maklumat dan akan menjadi

    sumber rujukan. Surat perlu mempunyai maklumat yang ringkas tetapi bermakna kepada pembacanya.

    Jawatankuasa Teknikal Kepegawaian perlu menyediakan jumlah pegawai

    yang mencukupi untuk bertugas pada hari kejohanan. Jawatankuasa Teknikal dan Padang perlu memastikan keadaan padang

    dalam keadaan baik serta tidak mendatangkan mudarat kepada peserta. Jawatankuasa Teknik Alatan perlu memastikan alatan yang digunakan

    dalam kejohanan olahraga tersedia. Urusan pendaftaran peserta akan melibatkan Jawatankuasa Pendaftaran.

    Jawatankuasa ini perlu memastikan peserta kejohanan didaftarkan penyertaannya mengikut borang penyertaan.

    Kursus pegawai kejohanan perlu dirancang bagi memberi pendedahan

    kepada pegawai dan seterusnya melicinkan lagi kejohanan olahraga. Jawatankuasa Teknik Kepegawaian perlu berbincang dengan pegawai

    sebelum menyusun jadual bertugas dalam kejohanan olahraga. Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan perlu menyiapkan dan memastikan

    penyediaan padang dan gelanggang mengikut ukuran dan spesifikasi yang terdapat dalam undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

    Jawatankuasa Teknikal Peralatan bertanggungjawab menyediakan segala

    peralatan pertandingan. Jawatankuasa Pendaftaran dan Pertandingan perlu mendaftar peserta

    dengan teliti supaya tidak terdapat sebarang kesilapan teknikal. Jawatankuasa ini juga perlu membantu Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal bagi memastikan pendaftaran peserta dalam pasukan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

    Borang teknikal dalam kejohanan olahraga adalah merupakan borang yang

    terdiri daripada maklumat dan mempunyai fungsi yang tersendiri. Borang teknikal menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan untuk menyediakannya. Borang-borang ini perlu seragam mengikut KOM.

  • TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA 206

    Borang teknikal

    Jadual tindakan tentatif

    Jawatankuasa Pendaftaran

    Jawatankuasa Teknikal dan Padang

    Jawatankuasa Teknikal Kepegawaian

    Jawatankuasa Teknikal Peralatan

    Kertas kerja

    Persiapan teknikal

    Setiausaha jawatankuasa

    Urusan pendaftaran peserta

    Bennet, D. (1992). Sports facts athletic sports. London: Franklin Watts.

    Clarke, R., & Boyle, R. (1978). Successful track and field. Iowa: William C. Brown.

    Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia. (2003). Undang-undang kejohanan olahraga 3.

    Ten, H. (1996). Manual olahraga. Kuala Lumpur: Junjuara.

    Teng, B. T. (1994). Gerko: Panduan pengajaran olahraga. Shah Alam: Fajar Bakti

    Wee, E. H. (2002). Panduan pengajaran olahraga: Kepegawaian dan kejurulatihan. Shah Alam: Karisma.

  • TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA 207

    LAMPIRAN A: BORANG PENYERTAAN BORANG PENYERTAAN

    Pasukan: (L/P)

    BIL NAMA PESERTA

    ACAR

    A

    100

    m

    200

    m

    400

    m

    800

    m15

    00 m

    50

    00 m

    4x10

    0 m

    4x

    400

    m

    L Ti

    nggi

    L

    Jauh

    B.P

    elur

    u L.

    Cak

    era

    B.Le

    mbi

    ng

    JUMLAH ACARA JUMLAH BESAR

    NoPeserta

    Perseorangan Pasukan

    (URUSAN RASMI) Tarikh terima___________ Catatan_____________________________ _____________________________

    ____________________ Tarikh ( )

    "Butir-butir penyertaan ini adalah mengikut syarat-syarat penyertaan."

    Pengesahan Pengurus pasukan

    ___________________ Tarikh ( Nama )

    Borang Penyertaan Borang ini mengandungi butir-butir para peserta, pasukan yang mengambil bahagian dan acara yang dipertandingkan.

  • TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA 208

    LAMPIRAN B: BORANG PENYELIAAN PESERTA

    LAPORAN PENYELIAAN PESERTA

    No Acara Acara (L/P) Kelas

    Masa pertandingan: Saringan/Separuh Akhir/Akhir

    LORONG NAMA PESERTA NOMBOR PASUKAN CATATAN

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    8

    Catatan Penolong Pelepas:

    TARIKH:

    Borang Penyeliaan Peserta: Borang ini menunjukkan dan mengesahkan senarai peserta yang bertanding dalam sesuatu acara.

  • TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA 209

    LAMPIRAN C: LAPORAN HAKIM BALAPAN

    LAPORAN HAKIMAcara: (L./W)

    LAPORAN HAKIMAcara: (L/W)

    No. Acara No. AcaraSaringan ( ) S-Akhir ( ) Saringan ( ) S-Akhir ( )

    1 1

    2

    Tarikh Hakim Tarikh HakimLAPORAN HAKIM LAPORAN HAKIMAcara: ' (L/W) Acara: (L/W)No. Acara- No. AcaraSaringan ( ) S-Akhir ( ) Saringan ( ) S-Akhir ( )

    (Hakim mencatat

    2 nombor peserta yang mendapat tempat 3kedua)(Hakim mencatat

    3 nombor peserta yang mendapat tempat 4ketiga)Tarikh Hakim Tarikh Hakim

    Borang Hakim Tempatan ini digunakan oleh hakim untuk mencatatkan kedudukan dan keputusan yang dicapai oleh dalam acara balapan.

  • TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA 210

    LAMPIRAN D: BORANG LAPORAN PENJAGA MASA

    LAPORAN PENJAGA MASA

    Acara_________________(L/W) No.Acara:___________ saringan/S.Akhir/Akhir

    Tempat

    Jam

    Tarikh

    Tanda tangan ( Nama Penjaga Masa)

    Borang Penjaga Masa ini digunakan untuk mencatat masa yang dicapai dalam acara balapan.

  • TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA 211

    LAMPIRAN E: BORANG LAPORAN KETUA PENJAGA MASA

    LAPORAN KETUA PENJAGA MASA

    Acara_________________(L/W) No.Acara:___________ saringan/S.Akhir/Akhir Rekod

    Tempat Masa Rasmi

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    8

    Tarikh Tanda tangan ( Nama Ketua Penjaga masa)

    Borang Ketua Penjaga Masa ini digunakan untuk ketua penjaga masa mencatat masa rasmi bagi satu acara balapan. Borang ini merupakan rumusan daripada setiap penjaga masa.

  • TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA 212

    LAMPIRAN F: BORANG LAPORAN KETUA HAKIM

    LAPORAN KETUA HAKIM

    No Acara Acara (L/P) Kelas

    Masa pertandingan: Saringan/Separuh Akhir/Akhir

    Tarikh: ( Referi ) ( Ketua Hakim ) Borang Ketua Hakim ini digunakan untuk ketua Hakim dalam mencatat keputusan rasmi bagi satu acara balapan. Borang ini merupakan rumusan daripada setiap hakim.

    LORONG NAMA PESERTA NOMBOR PASUKAN KEDUDUKAN CATATAN1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    8

  • TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA 213

    LAMPIRAN G: BORANG LAPORAN KETUA HAKIM (BALINGAN DAN LOMPATAN)

    LAPORAN ACARA L.Jauh/Lkijang/Lontar Peluru/L.Cakera

    No Acara Acara (L/P) Kelas

    Masa pertandingan: Rekod

    Giliran BUTIR-BUTIR PESERTA Jarak Terbaik ( percubaan) Jarak Terbaik (keselunihan)

    TEMPAT

    Nama No Pasukan 1 2 3 4 5 6

    12345678

    KEPUTUSAN

    TEMPAT NAMA NO.

    PASUKAN JARAK CATATAN

    Perta'maKeduaKetigaKeempatKelimaKeenamKetujuliKelapan

    Tarikh: ( Referi ) ( Ketua Hakim )

    Borang atau Kad Acara Padang (lompatan dan balingan) ini tercatat senarai nama peserta, jumlah percubaan, ukuran pencapaian dalam satu acara lompatan dan balingan.

  • TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA 214

    LAMPIRAN H: BORANG LAPORAN KETUA HAKIM (LOMPATAN TINGGI) LAPORAN ACARA L.Tinggi/Bergalah

    No Acara Acara (L/P) Kelas

    Masa pertandingan: Rekod

    GILIRAN BUTIR-BUTIR PESERTA Tinggi

    Jum

    lah

    Gag

    al

    Jum

    lah

    Lom

    pata

    m TEMPAT

    Nama No 1 2 3 1 2 3 1 2 3 1 2 3 1 2123456789

    KEPUTUSAN

    TEMPAT NAMA NO.

    PASUKAN JARAK CATATAN

    PertamaKeduaKetigaKeempatKelimaKeenamKetujuli Kelapan

    Tarikh: ( Referi ) ( Ketua Hakim )

    Borang atau Kad Acara Padang (lompatan tinggi) Borang ini tercatat senarai nama peserta, jumlah percubaan, ukuran pencapaian dalam satu acara lompatan tinggi.

  • TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA 215

    LAMPIRAN I: BORANG LAPORAN PENCAPAIAN MARKAH

    PENCAPAIAN MARKAH

    NO

    Acara

    10

    0 m

    20

    0 m

    400

    m

    800

    m

    15

    00 m

    4x10

    0 m

    4x40

    0 m

    L.T

    inng

    L. K

    ijang

    B P

    elur

    u

    B.L

    embi

    ng

    Jum

    lah

    Mar

    kah

    K

    edud

    ukan

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

    Keputusan (L/P)

    Kedudukan Pasukan MarkahJohan Naib Johan Ketiga

    ( Ketua Perakam)

    Borang Pencapaian Markah Keseluruhan ini akan memaparkan markah yang dicapai oleh setiap pasukan bagi acara yang dipertandingkan. Pengiraan markah untuk menentukan tempat dalam sesuatu pasukan.

  • TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA 216

    LAMPIRAN J: BORANG KEPUTUSAN RASMI

    KEPUTUSAN RASMI

    No Acara Acara (L/P) Kelas

    Masa pertandingan: Saringan/Separuh Akhir/Akhir

    Tarikh: ( Perakam ) ( Ketua Perakam ) Borang Keputusan Rasmi ini digunakan untuk perakam dalam mencatat keputusan rasmi bagi satu acara balapan. Borang ini merupakan rumusan daripada setiap laporan ketua hakim dan disahkan oleh referi.

    TEMPAT NAMA PESERTA/ PASUKAN NOMBOR Masa/Jauh/Tinggi CATATAN

    1 2 3 4 5 6 7 8

  • TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA 217

    LAMPIRAN K: BORANG BANTAHAN

    BORANG BANTAHAN

    Nama Peserta/Pasukan yang Membantah :

    Butir-Butir Bantahan Nombor Acara: Acara

    Masa Peristiwa Berlaku: Tempat Berlaku:

    Nombor Peserta @ Pasukan lawan yang terlibat:

    Peristiwa yang telah berlaku:

    Dengan ini saya mengemukakan bantahan ini untuk pertimbangan pihak tuan.

    Pengurus Pasukan ( ) Tarikh :

    Untuk Urusan Rasmi Tarikh Dan Masa Bantahan

    Keputusan Referi

    ( Referi ) Keputusan Juri Rayuan

    ( Pengerusi Juri Rayuan )

    Borang bantahan akan diberikan pihak yang ingin membuat bantahan terhadap keputusan rasmi atau pengadilan.

  • TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA 218

    LAMPIRAN L: BORANG PENYAMPAIAN HADIAH

    Acara_______

    Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.

    Pemenang; Pasukan/Peserta Masa/Jarak/Ketinggian

    1.

    2.

    3.

    Piala pusingan dihadiahkan oleh: Majlis mengucapkan. ribuan terima kasih kepada kerana sudi menyarnpaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.

    Catalan Penyelia Hadiah:

    Hadiah bagi acara ini telah di sarnpaikan pada pukul (masa)

    Tarikh (Penyelia Hadiah/Jumhebah)

    (Johan) (Nama) (Pencapaian)

    Borang Penyampaian Hadiah ini digunakan untuk urusan penyampaian hadiah yang berjalan lancar seperti yang dirancang.

  • TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA 219

    LAMPIRAN M: BORANG CATATAN PUSINGAN KAD PENCATAT PUSINGAN

    No Acara Acara (L/P) Kelas

    Masa pertandingan: Saringan/Separuh Akhir/Akhir

    Pusingn/No Peserta 1/2

    3/4 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1

    CATATAN

    Pencatat Pusingan ( ) Borang Catatan Pusingan ini digunakan untuk mencatat bilangan pusingan yang dibuat oleh peserta dalam acara lari jarak jauh (5000m, 10).