tugasan 1 (c) - endy

11
7/23/2019 Tugasan 1 (c) - EnDY http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-c-endy 1/11 0 HGF 3043 KAJI IKLIM NAMA : ENDYERRA NAZIELLA BINTI MOHAMMAD HISHAM NO. MATRK : D20141067776 NO. KAD PENGENALAN :940912136032 NAMA PENSYARAH :DR. MOHD HAIRY BIN IBRAHIM

Upload: nurashikin-zulkifli

Post on 18-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1 (c) - EnDY

7/23/2019 Tugasan 1 (c) - EnDY

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-c-endy 1/11

0

HGF 3043 KAJI IKLIM

NAMA : ENDYERRA NAZIELLA BINTI MOHAMMAD HISHAM

NO. MATRK : D20141067776

NO. KAD PENGENALAN :940912136032

NAMA PENSYARAH :DR. MOHD HAIRY BIN IBRAHIM

Page 2: Tugasan 1 (c) - EnDY

7/23/2019 Tugasan 1 (c) - EnDY

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-c-endy 2/11

1

PENGENALAN

Siklon tropika aau lebih dikenali sebagai taufan merujuk kepada ribut tropika yang mempunyai

angin kencang melebihi 120 km/jam. Silon tropika ini terjadi hasil daripada haba yang dilepaskan

apabila udara panas naik dan wap udara di dalam akan meluwap kemudiannya ia membentuk mata

taufan. Nama siklon tropika ini dihasilkan berdasarkan tempat terjadinya siklon iaitu di kawasan

tropika dan juga kerana bentukknya serupa dengan siklon. Oleh itu, ia dinamakan sebagai siklon

tropika. Di bahagian hemisfera utara bumi siklon tropika ini berputar mengikut arah lawan jam.

Manakala di bahagian selatan hemisfera bumi siklon tropika ini berputar mengikut arah jam.

Rajah 1: kewujudan mata angin taufan yang dikesan oleh satelit bumi.

Berdasarkan sejarah ribut taufan nargris merupakan siklon paling dasyat di lembangan lautan hindi

utara. Siklon kedua paling besar sepanjang sejarah adalah taufan nina. Siklon nagris ke-8 paling

teruk sepanjang sejarah di mana ia merupakan siklon tropika pertama yang telah melanda myanmar.

Peringkat ribut taufan boleh dibahagikan kepada 5 kategori berdasarkan skala taufan saffir-simpson.

Kategori ini dibezakan berdasarkan keamatan angin yang berterusan. Oleh itu untuk

mengklasifikasikan sebagai taufan, siklon tropika hendaklah mempunyai kelajuan angin maksimum

yang berterusan sekurang-kurangnya 119 km/jam bagi kategori 1. Pengelasan yang tinggi

merupakan kategori 5 di mana keamatan angin melebihi 155 mph.

Page 3: Tugasan 1 (c) - EnDY

7/23/2019 Tugasan 1 (c) - EnDY

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-c-endy 3/11

2

Jadual 1: Skala Taufan Saffir-Simpson (SSHS)

Skala Tekanan pusat

(mb)

Kelajuan angin

m 1)

Surge

(m)

Kerosakan

(damage)

1 >980 33-42 1.2-1.6 Minimal

2 965-979 43-49 1.7-2.5 Moderate

3 945-964 50-58 2.6-3.8 Extensive

4 920-944 59-69 3.9-5.5 Extreme

5 <920 >69 >5.5 Catastrophic

DEFINISI SIKLON TROPIKA

Siklon tropika merujuk kepada ribut siklon yang berlaku di atas permukaan laut tropika iaitu sekitar

5˚-15˚ U/S di mana ia menghailkan angin kencang yang berpuar akibat daripada pembentukkan

sistem tekanan udara rendah yang melampau di sesebuah kawasan perairan tersebut. Kelajuan angin

maksimum yang dicapai adalah sekitar 34 knot atau lebih berhampiran dengan pusat dan ia

kebiasaanya berterusan sekurang-kurangnya untuk enam jam. Kekuatan ribut yang berpusar boleh

mencapai sehingga ratusan kilometer dari pusat puting beliung. Jika angin yang bertiup mencapai

kelajuan 118 km/jam atau lebih daripada 165 km/jam ia kebiasaanya dikenali sebagai siklon tropika

teruk. Di negara-negara lain seperti Carribean, Gulf Mexico dan Lautan Atlantik siklon tropika

dikenali sebagai hurikan (Hurricane). Manakala di North-West Pasific berdekatan dengan Filipina

dan Jepun ia dikenali sebagai taufan (Typhoone).

Siklon tropika mendapatkan tenaga mereka daripada laut tropika yang panas dan ia akan

terbentuk jika uhu permukaan laut di ata 26.5˚C . Siklon tropika boleh berlaku secara berterusan

untuk beberapa hari. Walau bagaimanapun, siklon tropika tidak akan terjadi di sekitar kawasan 0˚-

15˚ U/S. Hal edemikian berlaku adalah diebabkan kawaan terebut tidak terdapatnya daya

koriolis yang dapat membantu pergerakan angin di kawasan tersebut.

Kawasan tropika yang kebiasaanya terdedah kepada kejadian siklon tropika ialah kawasan

 berhampiran Kepulauan Filipina iaitu sekitar Laut China Selatan, Laut Banggala, Selatan Lautan

Hindi, berhampiran Pulau Madagascar, Laut Arab, Teluk Mexico, Laut Karibea dan sekitar pantai

timur Benua Australia.

Page 4: Tugasan 1 (c) - EnDY

7/23/2019 Tugasan 1 (c) - EnDY

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-c-endy 4/11

3

Rajah 2 : Kawasan Tropika Sering Dilanda Siklon Tropika

PROSES BAGAIMANA SIKLON TROPIKA TERJADI DAN PENGARUHNYA

TERHADAP CUACA DAN IKLIM

Siklon tropika berlaku bergantung dengan tahap haba dan kelembapan yang ada iaitu ia bermula

dengan pemanasan lautan yang melampau dengan uhu ekurang kurangnya 26˚C di atas

 permukaan lautan. Pemanasan yang melampau di atas lautan tropika menyebabkan udara di

kawasan berkenaan berada dalam keadaan yang tidak stabil. Keadaan sedemikian akan mewujudkan

sel-sel tekanan udara rendah yang melampau di kawasan tersebut. Tekanan udara rendah tersebut

kemudiannya berkembang dengan pesat sambil menyerap wap air di sekitarnya. Dalam masa yang

sama wujud sel tekanan udara tinggi di kawasan daratan berhampiran lalu ia mewujudkan cerun di

antara kedua-dua kawasan tersebut. Berlakunya pergerakan angin permukaan dari daratan ke laut

dan pergerakan angin di bahagian atas dari laut ke darat. Angin panas dan lembap berputar dengan

kencang di sekitar sel-sel tekanan rendah tersebut dan membawa banyak wap air naik ke bahagianatas. Pembebasan haba pendam akan memanaskan udara persekitarannya menyebabkan udara yang

 panas dan lembap ini akan naik ke lapisan yang lebih tinggi. Maka terjadilah siklon tropika di

sesuau kawasan tersebut. Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan terjadinya siklon

tropika. Keadaan-keadaan tersebut adalah seperti berikut :

1.  Pertama, ia berlaku di kawasan laut tr opika ekitar 5˚ hingga 15˚ U/S disebabkan tiada daya

koriolis yang dapat membantu menolak pergerakan angin di kawasan tersebut.

2. 

Kedua, ia berlaku apabila suhu sekitarnya pada 26 darjah Celcius.

Page 5: Tugasan 1 (c) - EnDY

7/23/2019 Tugasan 1 (c) - EnDY

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-c-endy 5/11

4

3.  Ketiga, ia juga biasanya berlaku selepas musim monsun timur laut iaitu pada akhir musim

 panas dan awal musim sejuk.

4.  Keempat, ia berlaku apabila terdapat tekanan udara tinggi yang sekaligus mewujudkan ribut.

Pada kebiasaanya, siklon tropika terjadi di perairan di sekitar kawasan tropika terutamanya

di bahagian kawasan tropika yang mempunyai suhu permukaan lautan yang panas. Berdasarkan

data pada tahun 1968 hingga 1989, didapati bahawa jumlah siklon tropika yang terjadi di bahagian

utara bumi rata-rata 57.3 kejadian dalam satu tahun dan di bahagian selatan bumi pula rata-rata 26.3

siklon tropika berlaku dalam setahun. Siklon tropika boleh terbentuk jika suhu permukaan laut

mencapai suhu sekurang-kurangnya 26.5 °C hingga ke kedalaman 60 meter. Siklon tropika boleh

terjadi apabila keadaan atmosfera tidak stabil yang membolehkan terbentuknya awan

Cumulonimbus. Awan-awan ini yang juga dikenali sebagai awan-awan guruh merupakan penanda

wilayah konvektif kuat. Awan Cumulonimbus juga penting dalam perkembangan siklon tropika.

Selain itu, siklon tropika juga boleh terbentuk di atmosfera yang agak lembab pada ketinggian kira-

kira 5 km. Ketinggian ini merupakan atmosfera paras menengah di mana keadaan kering tidak

 boleh menyokong bagi perkembangan aktiviti ribut petir di dalam taufan. Bukan itu sahaja, siklon

tropika juga berada pada jarak sekurang-kurangnya kira-kira 500 km dari khatulistiwa. Oleh hal

yang demikian, siklon tropika jarang terbentuk di kawasan khatulistiwa. Ribut tropika ini juga

merupakan gangguan atmosfera di permukaan bumi berupa angin yang berpusar yang disertai

dengan ribut yang kuat. Perubahan keadaan angin terhadap ketinggian tidak terlalu besar.

Perubahan keadaan angin yang besar akan mengganggu proses perkembangan ribut petir.

Fenomena ini terjadi sebenarnya disebabkan oleh kesan rumah hijau. Menurut Pengarah

Jabatan Meteorologi, Saw Bun Ling dalam Kosmo Online ada menyatakan bahawa taufan sering

 berlaku di kawasan tertentu yang terdedah pada suhu lautan Pasifik melebihi 26 darjah Celcius.

Beliau juga menyatakan bahawa terdapat beberapa peringkat perkembangan dalam pembentukan

taufan. Peringkat pertama gangguan ribut tropika itu adalah sistem ribut petir yang tertumpu di

kawasan bertekanan rendah dengan kelajuan angin kencang kurang daripada 60 km/j. Peringkat

kedua, ribut tropika adalah sistem ribut petir kuat dengan kitaran permukaan tertentu serta kelajuan

angina maksimum antara 60-120 km/j. Walaupun siklon tropika sudah mula terbentuk, namun mata

taufan biasanya masih belum terbentuk. Peringkat ketiga pula ialah ribut tropika dengan angina

kencang melebihi 120 km/j. Pada waktu ini, mata taufan mula terbentuk seterusnya memudahkan

taufan dikesan oleh satelit. Apabila kelajuan angin maksimum meningkat melebihi 120 km/j

disebabkan oleh pengurangan dalam tekanan permukaan, ribut tropika pula dikategorikan sebagai

ribut taufan. Selain itu, saintis mendapati dua pertiga daripada peningkatan suhu lautan, yang boleh

menyebabkan taufan, disebabkan oleh tindakan manusia. Catatan tahun lalu menunjukkan telah

Page 6: Tugasan 1 (c) - EnDY

7/23/2019 Tugasan 1 (c) - EnDY

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-c-endy 6/11

5

 berlaku peningkatan yang serius dalam kejadian ribut kategori empat dan lima di seluruh dunia.

Kejadian ribut kategori empat dan lima adalah kejadian yang membawa kemusnahan teruk yang

terkuat dan paling kerap berlaku sepanjang sedekad lalu. Hal ini dapat dibuktikan dengan laporan

 penyelidikan oleh Kerry Emanuel dari Institut Teknologi Massachusetts, Amerika Syarikat (AS)

menunjukkan bahawa tempoh masa, kelajuan angin maksimum dan pelepasan tenaga yang

disebabkan oleh ribut tropika telah meningkat di Atlantik Utara dan lautan Pasifik Utara sejak

 pertengahan tahun 1970-an. Selain itu, Peter Webster dari Institut Teknologi Georgia, Amerika

Syarikat juga ada mencatatkan bahawa kejadian ribut kategori empat dan lima berlaku sebanyak

171 kali sepanjang tempoh 15 tahun dari 1975 hingga 1989, tetapi kejadian bencana itu meningkat

kepada 269 kes dalam tempoh 15 tahun berikutnya. Menurut Webster lagi, peningkatan intensiti

tersebut berkait rapat dengan kenaikan suhu laut yang akibatkan oleh pemanasan global. Bukan itu

sahaja, saintis Kevin Trenberth dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat juga telah mengenal pasti kemunculan musim ribut yang ketara di kawasan Atlantik Utara.

Menurutnya lagi, lebih 50 peratus daripada punca peningkatan itu disebabkan aktiviti manusia.

Sejak itu, Amerika Syarikat terus berwaspada dengan ancaman ribut selepas taufan Katrina

membawa kemusnahan teruk di sekitar New Orleans pada Ogos 2005.

BERDASARKAN SATU JENIS KEJADIAN SIKLON TROPIKA, NILAIKAN

PENGARUHNYA TERHADAP CUACA DAN IKLIM DI SESUATU TEMPAT.

Taufan dapat mengakibatkan banjir yang teruk. Ribut yang membadai menolak air laut ke pantai

sehingga membanjiri bandar di sekitar pantai tersebut. Contohnya, hujan lebat yang berlaku di

kawasan pedalaman New Orleans, Lousiana Amerika Syarikat akibat Taufan Katrina yang melanda

 pada Ogos 2005 telah mengakibatkan berlakunya fenomena banjir di kawasan tersebut.

Rajah 3: Banjir Yang Berlaku Di Amreika Akibat Taufan Katrina

Page 7: Tugasan 1 (c) - EnDY

7/23/2019 Tugasan 1 (c) - EnDY

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-c-endy 7/11

6

KESAN SIKLON TROPIKA TERHADAP MANUSIA DAN BAGAIMANA MANUSIA

MENGHADAPINYA.

Kesan siklon tropika terhadap manusia

1. 

Kehilangan nyawa dan menyebabkan berlakunya kecederaan.Siklon tropika menghasilkan angin ribut dan putaran yang kencang melebihi 200km/jam

telah mengorbankan banyak nyawa. Contohnya, bangladesh merupakan salah sebuah negara

yang paling mudah terdedah kepada bahayanya puting beliung terutamanya bagi masyarakat

yang tinggal di luar bandar di sepanjang delta yang subur di bahagian atas teluk bengal.

Lebih kurang 10 peratus siklon tropika merbahaya yang terbentuk di teluk bengal seperti

yang telah dicatatkan pada jadual 1. kawasan tersebut kebiasaanya dilanda lebih daripada

lima kali ribut setiap tahun.

Misalnya pada 25 mei 1985, kawasan delta sungai meghna, bangladesh telah dilanda

oleh siklon dengan kejauan angin melebihi 100 mph di mana ia menghasilkan ketinggian

gelombanng (surge) 15 hingga 20 m. Angin yang kncang ini telah memberi memusnahkan

400 meter persegi terutamanya pulau yang terletak di bahagian muara sungai. Dalam

kejadian tersebut telah dicatatkan seramai 10 000 orang dan 500 000 lembu ternakan telah

mati. Manakala seramai 100 000 orang penduduk yang masih hidup kehilangan tempat

tinggal mereka.

Jadual 2: lokasi terjadinya siklon tropika yang paling bahaya di dunia

pada abad ke-20

Tahun Lokasi Bilangan Terbunuh

1970 Bangaladesh 300,000

1991 Bangladesh 139,000

1922 China, P R 100,000

1935 India 60,000

1998 Central america 14,600

1937 Hong kong (china) 11,000

1965 Pakistan 10,000

1900 United states 8,000

1964 Vietnam 7,000

1991 Filipina 6,000

Sumber: diperoleh menerusi CRED dan NOAA

Page 8: Tugasan 1 (c) - EnDY

7/23/2019 Tugasan 1 (c) - EnDY

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-c-endy 8/11

7

2.  Kegiatan ekonomi terganggu dan terjejas.

Kejadian tropika bukan sahaja meragut nyawa manusia malah ia juga telah memberi impak

yang negatif terhadap kegiatan ekonmi yang telah dijalankan oleh manusia. Hal ini

disebabkan kelajuan angin yang kencang mampu memusnahkan tanaman serta premis-

 premis peniagaan. Misalnya, komuniti kumpulan kecil lauan pasifik seperti jepun, filipina

dan kepulauan karibean merupakan salah satu kepulauan yang berisiko tinggi menghadapi

siklon tropika. Sektor pertanian di kepulauan ini terdedah kepada angin kencang dan hujan

lebat sehingga menyebabkan kerosakan dan kemusnahan yang teruk terhadap tanaman.

Tanaman komersial yang sangat penting yang digunakan dalam pertukaran asing turut

mengalami kemusnahan akibat angin yang kencang.

Pada tahun 1997 hurikan allen (allen hurricane) telah berjaya memusnahkan ladang

 pisang. Berikut adalah peratusan ladang yang telah musnah akibat hurikan allen.Jadual 3: Lokasi Ladang Pisang Yang Musnah Akibat Allen Hurikan

(Hurr icane All en)  

Lokasi Peratusan

St lucia 97

St vincent 95

Dominica 75

Grenada 40

3.  Wabak penyakit terhadap manusia.

Siklon tropika yang disertai hujan yang lebat menyebabkan berlakunya banjir.

Contohnya, gelombang pasang surut yang berlaku disebabkan oleh siklon telah

menyebabkan delta sungai dinaiki air setinggi 40 kaki keadaan sedemikian

menyebabkan seramai 100 000 orang tenggelam dan 100 000 orang lagi telah dilaporkan

mati akibat penyakit disebabkan oleh air yang tercermar. Penyakit bawaan air seperti

taun akan berlaku semasa dan selepas banjir. Penyakit ini mampu membawa maut

kepada manusia.

Page 9: Tugasan 1 (c) - EnDY

7/23/2019 Tugasan 1 (c) - EnDY

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-c-endy 9/11

8

Kaedah Manusia Menghadapi Siklon Tropika

1.  Sistem amaran awal

Disebabkan oleh kejadian siklon tropika ini banyak nyawa yang hilang. Oleh itu, terdapatlangkah yang boleh diambil untuk mengatasinya. Langkah yang boleh diambil adalah seperti

mengambil tindakan sistem amaran awal. Oleh kerana kejadian siklon ini tidak dapat

dijangka bila waktu akan terjadi maka pihak berkuasa akan menjalankan pemantauan

terhadap bencana alam yang mungkin akan berlaku pada masa hadapan. Oleh itu, jika

terdapat tanda-tanda akan berlakunya bencana seperti siklon atau taufan maka pihak

 berkuasa akan memberi amaran awal kepada masyarakat di dunia. Tujuannya adalah untuk

memastikan setiap pihak membuat persiapan rapi dan mengambil langkah menyelamat

seandainya bencana tersebut berlaku. Misalnya, menurut Pegawai Kemanusiaan Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Jan Egeland, pihak berkuasa tempatan telah melakukan

 beberapa langkah persiapan rapi dan mengambil tindakan menyelamat dengan segera.

Keadaan sedemikian hanya menyebabkan sedikit sahaja yang terkorban di sepanjang teluk

 pantai Amerika Syarikat berbanding 180 000 yang meninggal dalam kejadian tsunami

semasa Taufan Katrina di New Orleans, Amerika Syarikat.

2.  Mencari tempat perlindungan yang selamat dalam kadar yang segera

Pegawai Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga telah mengarahan

seluruh penduduk untuk berpindah dari kawasan yang bandar yang telah ditenggelami air ke

kawasan yang selamat. President Amerika Syarikat iaitu George W Bush turut menyatakan

lebih daripada 78 000 penduduk telah berteduh di pusat-pusat perlindungan berdekatan iaitu

superdome yang telah disediakan oleh pihak berkuasa.

3.  Mendedahkan pengetahuan bencana alam yang berlaku kepada masyrakat dunia.

Dalam usaha mengelakkan lebih ramai yang terkorban dalam kejadian taufan pihak yang

 berkuasa boleh mendedahkan ilmu pengetahuan berkaitan bencana alam kepada masyarakat

dunia. Contohnya, pihak Jabatan Meteorologi boleh menyampaikan maklumat berkaitan

 bencana alam kepada masyarakat dengan mengadakan seminar bencana alam kepada

masyarakat disekeliling mereka. Hal ini membolehkan masyarakat mendapatkan sedikit

sebanyak maklumat dalam manghadapi bencana alam yang terjadi pada masa hadapan.

Page 10: Tugasan 1 (c) - EnDY

7/23/2019 Tugasan 1 (c) - EnDY

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-c-endy 10/11

9

RUJUKAN

Abbott, P. L. 2004. Natural Disaster . Fourth Edition. New York : McGraw-Hill.

Sundar & T. Sezhiyan. 2007. Disaster Management . New Delhi : Sarup & Sons.

Keith Smith. 2001. Environmental Hazards : Assessing Risk and Reducing Disaster . Third

Edition. New York : Routledge

Keith Smith. 2004. Environmental Hazards : Assessing Risk and Reducing Disaster. Fourth

Edition. New York : Routledge.

Australian Government, Bureau of Meteorology, 2015. 19 November 2015.

http://www.bom.gov.au/cyclone/about/

Badan Meteorologi Klimatologi Dan Geofizik. Proses Terbentuknya Siklon Tropis. 18

 November 2015.

http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:http://meteo.bmkg.go.id/siklon/learn/02/id

Harricane Andrew : 20 Years.

http://aldiazphoto.blogspot.my/2012/08/hurricane-andrew-20-years.html

KOSMO ONLINE. Taufan adalah ribut tropika.18 November 2015. Di akses pada 18

 November 2015.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Rencana_Uta

ma&pg=ru_02.htm#ixzz3rnXKXNuH

UTUSAN ONLINE. Beribu Nyawa Terkorban Katrina lebih Dahsyat daripada Tsunami. 2

September 2005. Di akses pada 19 November 2015.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_ 

 Negara&pg=lu_01.htm

Page 11: Tugasan 1 (c) - EnDY

7/23/2019 Tugasan 1 (c) - EnDY

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-c-endy 11/11

10