tugasan 2 bmk 3043

12
7/23/2019 Tugasan 2 BMK 3043 http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-2-bmk-3043 1/12  TUGASAN 2 MENULIS ARTIKEL ( BMK 3043 ) SENI MENGARANG DISEDIAKAN OLEH : AHMAD LUTFI BIN ISHAK ( D20111049896 ) KUMPULAN UPSI 01(A131PJJ) SEMESTER PENSYARAH : DR. SITI SANIAH BINTI ABU BAKAR

Upload: ahmad-lutfi

Post on 17-Feb-2018

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 2 BMK 3043

7/23/2019 Tugasan 2 BMK 3043

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-2-bmk-3043 1/12

 

TUGASAN 2

MENULIS ARTIKEL

( BMK 3043 )

SENI MENGARANG

DISEDIAKAN OLEH :

AHMAD LUTFI BIN ISHAK ( D20111049896 )

KUMPULAN UPSI 01(A131PJJ)

SEMESTER

PENSYARAH :

DR. SITI SANIAH BINTI ABU BAKAR

Page 2: Tugasan 2 BMK 3043

7/23/2019 Tugasan 2 BMK 3043

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-2-bmk-3043 2/12

1

Semarak Memertabatkan Bahasa Melayu.

Sudah lima puluh enam tahun Malaysia merdeka. Isu bahasa Melayu masih lagi belum

selesai. Isu bahasa Melayu sering diperkatakan di mana-mana sahaja, tidak kira di kedai kopi,

di media masa sama ada media cetak ataupun media elektronik. Sepatutnya dalam jangka

masa yang panjang ini, bahasa Melayu telahpun dimertabatkan. Untuk ini semua pihak

mestilah bertanggung jawab dalam penggunaaan bahasa Melayu itu sendiri. Semua pihak

mestilah memainkan peranan masing-masing. Berdasarkan bukti sejarah, bahasa Melayu

telah menjadi lingua franca atau bahasa perantaraan di daerah Kepulauan Melayu sejak

zaman-berzaman. Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi

dan bahasa pengantar ilmu sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957. Kedudukan bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi diwartakan dalam Perlembagaan

Persekutuan( Perkara 152 ), sementara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

khusus diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan sebagai bahasa pengantar ilmu

 pula diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996.

Kerajaan telah mengeluarkan surat pekeliling Am No. 12, tahun 1967 kepada semua

 jabatan-jabatan kerajaan untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu secararasminya. Melalui pekeliling ini, bahasa Melayu perlu digunakan untuk tujuan - tujuan rasmi

dalam pentadbiran harian, bahasa pengantar di sekolah, surat-menyurat rasmi kerajaan yang

meliputi semua jabatan kerajaan persekutuan dan negeri. Dalam hal ini semua pihak perlu

menjalankan peranan masing-masing, seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, pihak kerajaan dan

 pihak swasta.

 Namun beberapa tahun yang lampau Bahasa Melayu yang di agung-agungkan oleh

masyarakat Melayu itu sendiri sekali lagi teruji kewibawaannya.Bahasa ini teruji apabila

sistem pengajaran matematik dan sains yang selama ini diajarkan dalam bahasa melayu

ditukarkan format ke dalam bahasa inggeris atau bahsa penjajah.Pertukaran ini menjatuhkan

maruah bahasa melayu. Penggunaan bahasa ini bukan sahaja mencemarkan bahasa Melayu,

 bahkan menjadi masalah golongan percubaan yang terdiri daripada anak bangsa kita sendiri

yang menjadi mangsa. Pelajar eksperimen inilah yang akan terhuyung-hayang mencari realiti

 bahasa yang perlu digunakan sedangkan mahir dalam bahasa ynag digunakan. Disini dapat

dilihat pencemaran bahasa telah berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia. Namun kini

Page 3: Tugasan 2 BMK 3043

7/23/2019 Tugasan 2 BMK 3043

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-2-bmk-3043 3/12

2

 pihak kerajaan telahpun sedar, pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains telahpun

diajar semula dalam bahasa Melayu.

Peruntukan undang-undang tentang taraf dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu perlu dipertegas dalam pelaksanaan dan

 penguatkuasaannya. Meminda atau memperluas Akta DBP dalam hal pemberian kuasa untuk

mengambil tindakan kepada pihak yang menggunakan bahasa Melayu yang salah di jabatan

kerajaan, kerana tidak menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa

rasmi dan bahasa ilmu. Mana-mana pengecualian yang tidak munasabah tidak harus wujud

lagi dalam Akta Bahasa Kebangsaan atau akta-akta lain, misalnya pengecualian penggunaan

 bahasa Melayu dalam system kehakiman. Demikian juga, kedudukan bahasa Melayu dalam

 bidang ekonomi (termasuk perdagangan). Beberapa undang-undang yang berkaitan dengan

 bidang perdagangan yang selama ini „menyekat‟ penguatkuasaan penggunaan bahasa Melayu

disebabkan akta yang  berkaitan telah „luput tarikh‟ (sebilangannya diaktakan sebelum atau

 pada awal kemerdekaan) hendaklah segera dipinda dan dimasukkan unsur penguatkuasaan

 penggunaan bahasa Melayu ke dalam akta pindaan itu. Cara terbaik meningkatkan

 penggunaan bahasa Melayu dalam sektor awam adalah mengadakan audit bahasa dari semasa

ke semasa. Semua penjawat awam diwajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala

urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan termasuk ketika bermesyuarat, surat-menyurat atau

seminar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kabinet bersetuju

dengan keputusan itu bagi memantapkan peranan bahasa Melayu selain memperkasakannya

sebagai bahasa ilmu. "Bagi memastikan arahan ini dipatuhi, Pekeliling Perkhidmatan

 berkaitan Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam akan

dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam," katanya ketika melancarkan sambutan Bulan

Bahasa Kebangsaan peringkat kebangsaan 2011 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka

(UTeM).

Menubuhkan sebuah jawatankuasa, iaitu Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa

Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara .

Ketua-ketua jabatan hendaklah mewujudkan mekanisme di organisasi masing-masing untuk

menjayakan dan memantau pelaksanaan surat pekeliling ini serta mengambil tindakan-

tindakan seeperti :

i) 

Memastikan semua pegawai dan kakitangan Kerajaan menggunakan bahasa

kebangsaan yang baik dan betul dalam semua urusan rasmi, sama ada secara

Page 4: Tugasan 2 BMK 3043

7/23/2019 Tugasan 2 BMK 3043

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-2-bmk-3043 4/12

3

tulisan mahupun lisan, dengan rakan sekerja dan apabila berurusan dengan

 pelanggan.

ii) 

Mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul dari segi ejaan,

sebutan, istilah dan tatabahasa dalam hal-hal seperti mesyuarat, surat-menyurat,

arahan pada papan tanda dan papan kenyataan, iklan, dokumen rasmi, penarnaan

di tempat awam , kawasan perumahan, premis pemiagaan dan lain-lain.

iii)  Menjalankan kursus, latihan dan menganjurkan aktiviti bahasa secara berterusan

yang bertujuan meningkatkan kemahiran dalam bahasa kebangsaan di kalangan

 pegawai dan kakitangan.

Bertepatan dengan langkah kerajaan mengembalikan pengajaran dan pembelajaran

Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu adalah bersesuaian dengan Perkara 152(1) & 6

Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996, adalah wajib bagi

semua mata pelajaran yang diajar di semua sekolah menggunakan bahasa Melayu. Walaupun

sekolah terdiri dari berbagai aliran, iaitu SJK(Tamil), SJK(Cina) dan Sekolah Kebangsaan,

tetapi Bahasa Melayu dijadikan sebagai satu mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah.

Bagi mengiktirafkan kebolehkepercayaan tarhadap kualiti pendidikan maka pihak kerajaan

telah mengadakan kurikulum dan peperiksaan yang sama tanpa mengira jenis atau kategori

sekolah. Sukatan yang diselaras ialah untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai tahap

kemampuan dan kebolehan yang sama. Kurikulum Kebangsaan yang diselaraskan ini wajib

diguna oleh semua pihak. Perkara ini telahpun disentuh dalam Seksyen 18 (1), Akta

Pendidikan (1996):

“Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum

Kebangsaan yang, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh semua

sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.” 

Bahasa Melayu juga dijadikan ukuran untuk menilai pencapaian yang diperolehi oleh pelajar

dalam peperiksaan awam serta syarat untuk mendapatkan sijil mereka mesti lulus dalam mata

 pelajaran bahasa Melayu. Begitu juga dengan pelajar di intitiusi pengajian tinggi. Setiap

 pelajar institusi pengajian tinggi wajib mengambil peperiksaan bahasa Melayu sebagai satu

syarat untuk mendapat pengijazahan.

Prihatinnya pihak kerajaan bersama Dewan Bahasa dan Pustaka telah melancarkan

 pelbagai program demi untuk memertabatkan bahasa Melayu. Keluhan dan rungutan

Page 5: Tugasan 2 BMK 3043

7/23/2019 Tugasan 2 BMK 3043

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-2-bmk-3043 5/12

4

terutamanya ahli-ahli bahasa yang tidak berpuas hati dengan penggunaan bahas Melayu oleh

 penduduk Malaysia terutamanya para pemimpin. Kita sering melihat di kaca televisyen, yang

mana para pemimpin politik yang tidak menampakkan minat menggunakan bahasa Melayu

ketika ditemuramah ataupun ketika menyampaikan ucapan kepada umum. Tambah

menyedihkan lagi pemimpin tersebut dari kaum Melayu. Adakah usaha memertabatkan

 bahasa kebangsaan itu cuma dimainkan oleh segelintir rakyat yang masih rasa cinta terhadap

 bahasa kebangsaan, tidak pemimpin negara itu sendiri? Inilah keruntuhan jati diri yang

sedang berlaku kepada pemimpin negara kita Malaysia. Seolah-olah mereka sengaja

membutakan mata dan hati dan tidak mahu belajar daripada kehebatan jati diri pemimpin di

 beberapa negara yang megah dengan bahasa mereka sendiri, misalnya mantan Presiden

Indonesia, Megawati Sukarna semasa menghadiri dialog “ Culture Diversity anad Peaceful

Integration in Asia” yang disiarkan oleh stesen televisyen CCTV(News), Beijing pada 12

Oktober 2010, cuba mengangkat status bahasa Melayu Indonesia ketika diwawancara.

Walaupun semua pertanyaan dikemukakan dalam bahasa Inggeris.

Sepatutnya semua kementerian mewujudkan Bahagian Pembudayaan Bahasa supaya

dapat memberikan dampak yang besar terhadap usaha memertabatkan bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu bahasa temadun dalam semua bidang.

Semua kementerian sewajarnya tidak terlepas tangan dan turut menyokong usha

membudayakan bahasa dalam kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia. Bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan akan menjadi lemah jika pemimpin tertinggi tidak melaksanakan

 peranannya sebagai pencinta bahasa yang terulung sebagai contoh terhadap orang yang

dipinpinnya. Oleh yang demikian semarak bahasa Melayu adalah untuk memperkukuhkan

 jati diri rakyat bagi sebuah negara bangsa dan meningkatkan kecintaan rakyat terhadap

 bahasa kebangsaan Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia kita mesti menaruh keyakinan,

 bahawa bahasa Melayu mampu menjadi wahana pengungkap fikiran dalam segala bidang

 baik politik, pendidikan, ekonomi, sosial dan hubungan antara bangsa.

Program Bulan Bahasa Kebangsaan

Page 6: Tugasan 2 BMK 3043

7/23/2019 Tugasan 2 BMK 3043

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-2-bmk-3043 6/12

5

Program Bulan bahasa Kebangsaan (BBK) dijalankan sepanjang bulan Oktober setiap tahun,

 pelbagai pengisian program telah dirangka oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Bulan

Bahasa Kebangsaan merupakan suatu program yang memfokuskan kempen cintai bahasa

Melayu yang dipelopori penganjurannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tujuan utama

 pelaksanaan program ini adalah untuk mendidik masyarakat berbilang bangsa khususnya di

Malaysia agar dapat menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan

negara tersebut dalam pelbagai aspek dan bidang yang boleh memaju ke arah kelestarian

 bahasa Melayu sebagai bahasa kelas dunia yang praktikal dan realistik. Tujuan utama

 penganjuran program ini adalah:

1.  Untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa

Malaysia.

2.  Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.

3. 

Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.

4.  Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara

 bangsa.

Selaras dengan usaha untuk memertabatkan bahasa kebangsaan, maka bertepatanlah program

 bulan bahasa kebangsaan yang dijalankan setiap tahun. Bulan Bahasa Kebangsaan yang kita

raikan saban tahun bukan sekadar satu acara tahunan. Mengimbau kembali semangat

sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan sebenarnya lahir daripada perjuangan para pejuang

 bangsa kita terdahulu. Menjadi komitmen setiap warga Malaysia untuk memastikan bahasa

Melayu dimartabatkan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dalam

 pentadbiran kerajaan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan. Kesedaran dan tanggungjawab ini

 perlu terus ditanam di dalam jiwa generasi kini dan akan datang untuk terus menghidupkan

obor daripada jiwa pahlawan pejuang bahasa dahulu, agar bahasa kebangsaan terus abadi dan

dipelihara sesuai dengan kedudukannya dalam Perlembagaan negara.

Page 7: Tugasan 2 BMK 3043

7/23/2019 Tugasan 2 BMK 3043

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-2-bmk-3043 7/12

6

Setiap negara yang berdaulat pastinya mempunyai bahasa kebangsaan yang menjadi teras

dalam kehidupan bernegara. Elemen bahasa menjadi salah satu faktor penting dalam

membentuk negara bangsa. Oleh sebab itulah faktor bahasa tidak boleh dipandang remeh.

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyemai dan seterusnya memperkukuh rasa

megah bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dalam negara yang didukung oleh

masyarakat majmuk seperti di negara kita ini, maka tugas ini perlu diletakkan pada

keutamaan yang tinggi. Bahasa kebangsaan mestilah diutamakan.

Dalam hal ini, kita sewajarnya mengambil contoh daripada negara China, Jepun dan

Korea. Mereka maju dalam segenap bidang, namun kedudukan bahasa kebangsaan di negara-

negara tersebut sedikit pun tidak terjejas, malah semakin kukuh oleh wujudnya semangat jati

diri warganya. Berpeganglah pada kata-kata “Maju bangsa majulah negara”. Dengan

 berpegang kepada falsafah ini semua pihak akan berasa bertanggungjawab bersama-sama

memelihara bahasa kebangsaan negara.

Hubungan antara bahasa dengan sesuatu bangsa memang perkara yang penting mesti

difahami dengan mendalam agar kewujudan bahasa itu tidak dinilai sekadar sebagai alat

komunikasi semata-mata. Apabila bahasa dinilai daripada sudut yang sempit, iaitu sebagai

alat komunikasi semata-mata, maka peranan bahasa sebagai roh atau jiwa sesuatu bangsa

tidak difahami atau tidak dianggap penting, sehingga tidak menilai pentingnya bahasa milik

 bangsanya sebagai asas jati diri. Mereka tidak mempunyai rasa bangga dan tidak merasakan

 perlunya memperjuangkan bahasa milik bangsanya dalam pembangunan. Mereka bersikap

terlalu liberal dan pragmatis sehingga mindanya mudah tertawan oleh sesuatu unsur dari luar,

yang dipercayainya agung dan membawa kemajuan bangsa dan negara. Mana-mana bahasa

yang dianggapnya menjadi asas pembangunan dan kemajuan, maka baginya tidak ada “dosa”

memilih bahasa asing itu sebagai alat pembangunan dan kemajuan bangsa dan negaranya.

Justeru bahasa tersebut menjadi tercemar dan martabat bahasa tersebut tidak lagi dihiraukan.

Ibu segala masalah yang kita hadapi dalam pelaksanaan dasar bahasa yang berkaitan erat

dengan proses pembinaan negara itu ialah ketidak tekalan sikap, pendirian dan pelaksanaan,

yang sebahagiannya disebabkan oleh faktor tidak atau kurang memahami peranan bahasa

sebagai salah satu asas pembangunan.

Sebilangan orang Melayu yang baru agak celik dalam bidang ekonomi tiba-tiba

menjadi orang yang angkuh dan memandang hina pula akan bahasa dan budayanya. Kadang

kala para pemimpin sendiri yang mencampur adukkan bahasa Melayu dengan bahasa

Page 8: Tugasan 2 BMK 3043

7/23/2019 Tugasan 2 BMK 3043

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-2-bmk-3043 8/12

7

Inggeris apabila berucap. Ini menyebabkan bahasa Melayu tercemar. Oleh yang demikian

 program pengauditan bahasa yang dibuat oleh DBP adalah bertepatan dengan lengkah untuk

memertabatkan bahasa Melayu.

Pemantauan bersemuka dari waktu ke waktu seperti majlis-majlis rasmi, sama ada

dilaksanakan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa

rasmi atau sebaliknya. Demikian juga aspek mutu bahasa yang digunakan. Kesalahan bahasa

dari segi ejaan, penggunaan perkataan, istilah dan struktur ayat dapat diperbetulkan. Dengan

ini peningkatan penggunaan bahasa Melayu dan mutunya dapat ditingkatkan. Kakitangan

awam perlu berasa bangga dan lebih mengutamakan bahasa Melayu apabila berhubung atau

 berkomunikasi sesama mereka atau arang awam. Terdapat kemajuan yang nyata tentang

darjah keluasan penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi jentera pentadbiran

kerajaan dan juga tentang mutu bahasa yang digunakan tetapi masih perlu terus ditingkatkan

usaha pemantapannya. Setiap jabatan kerajaan tidak sewenang-wenangnya menggunakan

 bahasa rojak, istilah yang salah dalam menulis surat, minit mesyuarat dan dalam majlis-majlis

rasmi.

Usaha mendaulatkan Bahasa Melayu di segenap lapangan, merupakan tindakan murni

yang bukan sahaja menepati semangat undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembangan

Persekutuan yang memperuntukan kedudukan istimewa Bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan di dalam perkara 152. Usaha ini harus dilihat sebagai satu jihad untuk menguat

dan mengekalkan identiti serta jati diri bangsa dan negara Malaysia. Langkah pihak kerajaan

untuk menukarkan nama-nama tempat, jalan dan sebagainya daripada menggunakan bahasa

asing kepada bahasa Melayu merupakan satu langkah yang tepat untuk mendaulatkan

 penggunaan bahasa Melayu di Negara kita. Sebagai sebuah negara berdaulat dan mengiktiraf

 peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kita tentu hairan apabila istilah-istilah

asing digunakan secara meluas di negara kita.

Kita patut berbangga dengan usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kebudayaan,

Kesenian dan Warisan untuk menggunakan nama-nama pemimpin nasional, bunga dan

 peristiwa perjuangan negara merupakan satu langkah bijak yang harus dilaksanakan dan

dicontohi bagi mendidik serta menanam jati diri bangsa. Kita harus sedar bahasa Melayu

merupakan bahasa kelima terbesar di dunia dan menjadi antara bahasa berpengaruh yang

 berperanan di dalam penyebaran agama Islam, selain bahasa Arab, Parsi, dan Urdu. Sejarah

Page 9: Tugasan 2 BMK 3043

7/23/2019 Tugasan 2 BMK 3043

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-2-bmk-3043 9/12

8

telah membuktikan bahawa, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa lingua franca di

kepulauan Melayu disebabkan bahasa ini mudah dipelajari, dan tidak terikat kepada susun

lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah difahami berbanding bahasa lain.

Perkara 152 (Seksyen 8 AktaBahasa Kebangsaan) Perlembagaan Persekutuan dan

Perkara 110 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994. Ini bermakna Bahasa kebangsaan

mesti digunakan bukan sahaja semasa prosiding tetapi juga dalam memfailkan dokumen-

dokumen mahkamah. Usaha-usaha memartabat dan melestarikan Bahasa Melayu didalam

 bidang perundangan dan kehakiman sudah lama bermula sejak awal tahun enam puluhan.

Walau bagaimanapun peningkatan trend penggunaan Bahasa Melayu dikalangan peguam

hanya nampak ketara sejak lima tahun kebelakangan ini. Para peguam masih lagi menghadapi

sedikit kesukaran dari segi penggunaan istilah, tatabahasa dan terjemahan seperti mana yang

 pernah dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bahasa Melayu Majlis Peguam Malaysia

Muhammad Hasif Hassan tidak beberapa lama dulu.

Majlis PeguamMalaysia akan terus bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka

(DBP) untuk mengadakankursus Bahasa Melayu bagi meningkatkan kemahiran dan memberi

ruang kepada peguam mempelajari istilah, tatabahasa dan laras bahasa dengan betul supaya

 penghujahan kes dimahkamah dapat berjalan dengan lebih fasih dan lancar.

MahkamahRayuan memutuskan bahawa para peguam perlu terikat dengan ketetapan

menggunakan BahasaKebangsaan iaitu Bahasa Melayu dalam prosiding mahkamah.

Menurut Hakim Abdul Malik Ishak,"keutamaan Bahasa Kebangsaan atau Bahasa

Melayu dalam mahkamah kita tidak boleh dinafikan lagi. Perkara 152, Perlembagaan

Persekutuan,dibaca bersama-sama Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan menetapkan semua

 prosiding, selain daripada memberi keterangan oleh seorang saksi, di Mahkamah

Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah mesti dalam

Bahasa Kebangsaan. Kaedah101, Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 menetapkan

dokumen-dokumen perlu dalam Bahasa Kebangsaan. Oleh itu, kegagalan dipihak perayu

untuk memfailkan memorandum rayuan dalam Bahasa Malaysia menyebabkan rekod rayuan

yang difailkan oleh perayu tidak boleh digunakan"

Berbagai lagi usaha telah dijalankan oleh Bahagian Penyelidikan dan Sekretariat

Bahasa Melayu Mahkamah Agong bagi memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu

termasuk mengadakan kelas Bahasa Melayu serta memperkenalkan dan memperbaiki lagi

Page 10: Tugasan 2 BMK 3043

7/23/2019 Tugasan 2 BMK 3043

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-2-bmk-3043 10/12

9

istilah-istilah Bahasa Melayu yang lazim digunakan di mahkamah. Dengan ini

menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia

sehingga boleh diterima atau diguna pakai dalam persidangan antarabangsa.

Bahasa Membentuk Perpaduan

“Bahasa Jiwa Bangsa”dengan jelas menunjukkan kepentingan bahasa dalam mempuk

 perpaduan antara kaum. Negara kita Malaysia, yang penduduknya terdiri daripada pelbagai

kaum. Kaum yang terbesarnya ialah Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain lagi.

Bahasa Melayu memaikan peranan penting bukan sahaja dalam memanuhi keperluan

manusia tetapi juga untuk meningkat perpaduan antara kaum.Sememangnya tidak dapat

dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu signifikan untuk menyumbang ke arah sebuah

negara yang aman dan sejahtera.

Perpaduan dapat didefinasikan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan

seluruh masyarakat dan negara supaya anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti

dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Bahasa Melayu sebagai

 bahasa perpaduan dapat diertikan sebagai bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara

yang digunakan sebagai alat perhubungan dalamlingkungan satu kelompok manusia yang

 berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam sesebuah negara.

Aspek penting untuk menyatupadukan rakyat mengikut fungsi bahasa Melayu sebagai

 bahasa perpaduan adalah melalui pendidikan. Sesungguhnya pendidikan hari ini telah

memainkan peranan penting dalam merialisasikan aspirasi negara ke arah mewujudkan

 perpaduan kaum. Penyata Razak tahun 1957, telah mewajibkan semua jenis sekolah

menggunakan sukatan pelajaran yang sama. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa

 pengantar di semua sekolah, khususnya untuk membanti perpaduan kebangsaan dan menjadi

wahana yang berkesan untuk berkomunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat

 pelbagai dialek atau bahasa. Bahasa Melayu turut membantu pembentukan jati diri bangsa

Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami.

James T Collins dalam bukunya „Bahasa Melayu Bahasa Dunia‟, terjemahan Alma

Evita Almanar, 2005, antara lain menulis bahawa Reid (1988) menyimpulkan kedudukan

 bahasa Melayu pada abad Perdagangan sebagai bahasa yang menjadi alat perhubungan

Page 11: Tugasan 2 BMK 3043

7/23/2019 Tugasan 2 BMK 3043

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-2-bmk-3043 11/12

10

kerana masyarakatnya berbual menggunakan bahasa Melayu, walaupun mereka berasal dari

 pelbagai negara termasuk Filipina, Cina, India dan sebagainya. Mereka menjalankan urusan

 perniagaan dalam bahasa Melayu di pelabuhan.

Yang kurik kendi, yang merah saga, yang baik budi, yang indah bahasa.

Pelbagai cara telahpun dibuat oleh DBP mahupun pihak kerajaan. Namun slogan „ Cintai

Bahasa Kebangsaan Kita‟ belum boleh dibanggakan kerana masih lagi terdapat segelintir

daripada pemimpin-pemimpin di negara ini yang membanggakan bahasa penjajah. Tetapi

lebih malang, pihak kerajaan sendiri yang menganjurkan kempen ini seolah-olah tidak

mematuhi atau tidak mengendahkan kempen anjuran mereka sendiri.

Contohnya, cuba kita perhatikan ucapan-ucapan para Menteri dan wakil kerajaan dalam

 program-program yang dihadiri oleh rakyat tempatan masih terdapat ucapan menteri-menteri

tersebut tidak menggunakan bahasa Kebangsaan. Mereka lebih selesa berucap dalam bahasa

asing seperti bahasa Inggeris. Padahal majlis tersebut kebanyakannya dihadiri oleh rakyat

tempatan.

Hal ini memperlihatkan keupayaan dan kejayaan bahasa Melayu sebagai wahana

tamadun moden bagi bangsa dan negara, khususnya dalam konteks pencapaian kemajuan

dengan berasaskan acuan sendiri. Bukanlah semua kejayaan itu sudah cukup memuaskan dan

 bukan pula tiada kekurangan dan masalahnya. Namun segala kekurangan yang masih ada

menjadi tanggungan kita mengatasinya dan dengan kepercayaan bahawa ikhtiar mesti

dijalankan terus, yakinlah kita bahawa kekurangan di sana sini itu tidak boleh sama sekali

dijadikan alasan untuk mengurangkan, apatah lagi meminggirkan peranan bahasa Melayu

dalam proses pembinaan negara. Proses pembinaan negara dengan berasaskan dasar-dasar

negara seperti Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan,di sampingDasar Ekonomi Baharu, Dasar Kebudayan Kebangsaan, Dasar Perkongsian Kuasa Politik dan

yang lainnya sejak kemerdekaan ternyata telah berjaya meletakkan negara pada tahap yang

cukup membanggakan. Dasar-dasar tersebut, termasuk Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar

Pendidikan Kebangsaan akan tetap relevan dan ampuh untuk kelangsungan tamadun bangsa

dan negara ini selanjutnya dan menjadi kesilapan besar apa-apa percubaan untuk

melemahkan apatah lagi merobohkannya. Kita barangkali memerlukan waktu puluhan tahun,

malah mungkin lebih, untuk membina semula kekuatan bangsa dan negara yang telah utuh itu

andai kata dasar-dasar kenegaraan yang terbukti berkesan itu diabaikan. Untuk

Page 12: Tugasan 2 BMK 3043

7/23/2019 Tugasan 2 BMK 3043

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-2-bmk-3043 12/12

11

mengembalikan kegemilangan dan martabat bahasa Malaysia, kesedaran tinggi amat penting

 bagi setiap warga negara terutamanya masyarakat Melayu sama ada di peringkat rendah,

 pertengahan dan atasan bagi memastikan bahasa kita berada di tahap sewajarnya.

Rujukan

Abdullah Hassan (Ed).( 1999). Perancangan Bahasa di Asia Tenggara. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar.( 1993). Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (1995). Ceritera Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2000). Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. 

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arba‟ie Sujud.(2011). Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu.Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka