ukiran kayu edited (1)
Post on 16-Oct-2015
279 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
MSK 3153: STUDIO PRAKTIS KRAF
KUMPULANUPSI-01(A131PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMANO. IDNO. TELEFON
AJYAH LOUISIANA NAPITUPULUD20102045368012-6425254
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. IZANI BIN MAT ILISI KANDUNGAN
31PENGENALAN
42DEFINISI UKIRAN KAYU
53PRINSIP UKIRAN KAYU
54SEJARAH UKIRAN KAYU
54.1 Perkembangan Sejarah Ukiran Kayu
54.1.1Zaman Awal
64.1.2Zaman Pengaruh Hindu
74.1.3Zaman Pengaruh Islam
94.1.4Zaman Kesultanan
94.1.5Zaman Penjajahan
104.1.6Zaman Selepas Merdeka
124.1.7Zaman Moden
125CIRI-CIRI UKIRAN KAYU MENGIKUT ZAMAN
125.1Zaman Awal
135.2Zaman Pengaruh Hindu
135.3Zaman Pengaruh Islam
135.4Zaman Penjajahan
145.5Zaman Selepas Kemerdekaan
155.6Zaman Moden
156NILAI INTELEKTUAL DI SEBALIK KRAF UKIRAN
156.1Fahaman Animisme
156.2Fahaman Hindhu-Budha
166.3Fahaman Islam
177MOTIF & IDENTITI KRAF NUSANTARA
177.1Jenis- jenis Ukiran
177.1.1Ukiran Tebuk Tembus
187.1.2Ukiran Bunga Timbul
187.1.3Ukiran Arca
197.1.4Larik
197.1.5Ukiran Kayu Hanyut
207.2Alatan & Motif
207.2.1Alatan
207.2.2Motif
217.3 Pengertian silat
228IDENTITI MOTIF AWAN LARAT
228.1Awan Larat
238.1.1Awan Larat Melayu Asli
238.1.2Awan Larat Jawa
248.1.3Silang / Kerawang
248.1.4Awan Bentuk Huruf Larik dan Simetri
259KESIMPULAN
2510RUJUKAN
UKIRAN KAYU
1 PENGENALAN
Seni kraf melambangkan kebudayaan atau identiti sesebuah masyarakat, ia juga merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang sejak dahulu kala. Jelaslah bahawa seni kraf dihasilkan oleh manusia yang bertamadun dan ia juga berkembang mengikut peredaran zaman.Hasil ciptaan kraf tradisional adalah kaya dengan unsur-unsur budaya dan mempunyai keunikan yang tersendiri.
Seni kraf merupakan satu kerja hasil kerja tangan yang sangat halus, dan indah.Ia terzahir daripada bentuk,gaya, sifat, garisan, gerak dan warnanya yang menarik.Kebiasaannya barang-barang kraf digunakan untuk kegunaan harian dan upacara adat resam atau upacara keagamaan pada suatu ketika dahulu sehinggalah sekarang.Warisan seni kraf yang masih lagi terpelihara sehingga kini seperti batik,tenunan,ukiran,anyaman,tekat,tembikar,wau, gasing dan perhiasan diriSeni kraf mempunyai hubungan dengan adat resam atau nilai sosial.Justeru itu ia berkait rapat dan ini telah menjadikan hak dan nilai kepunyaan disebabkan penerimaan sesebuah kraftangan dalam sesebuah sistem. Selain daripada itu, ia juga merupakan simbolik atau indentiti yang tersendiri seperti simbol kerjasama dan rukun tetangga sesama masyarakat pada suatu ketika dahulu.
Nilai-nilai kesenian dan kebudayaan yang terdapat pada sesebuah bangsa menunjukkan suatu titik permulaan dimana tingginya nilai budaya itu berkembang ke tahap yang lebih tinggi. Kebudayaan yang terpancar melalui seni kraftangan inilah mengukirkan keberadaan sesebuah bangsa yang bertamadun. Pengukuran kebudayaan dapat dinilai melalui gagasan pemikiran, material budaya dan pengucapan. Seni kraf adalah aspek material budaya yang cukup signifikan bagi mengangkat nilai-nilai keluhuran sesebuah bangsa. Teknologi dan kreativiti yang terdapat pada senireka kraftangan adalah suatu ukuran untuk menentukan tahap tamadun bangsa.
Seni kraf menjadi warisan kesenian yang berharga.Semoga ia terus terpelira supaya tidak lenyap di telan zaman. Seni kraf yang ada sekarang ini supaya dapat memupuk minat generasi muda terhadap warisan kesenian yang menjadi lambang kebanggaan dan identiti sesebuah kaum.2 DEFINISI UKIRAN KAYU
Ukiran kayu merupakan seni pertukangan tangan atau dikenali sebagi kraftangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.Menurut dewan bahasa seni ukiran merupakan satu proses menorah, menggores, dan memahat dengan menggunakan pahat untuk membuat reka bentuk pada kayu atau barang perhiasan dan lain-lain. Ukiran tradisional Melayu yang menerapkan unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup sebagai identiti ukiran mereka. Alam seni Mukaddas yang bermaksud mempunyai maksud yang tersirat selain maksud yang tersurat. Motif yang digunakan saperti motif awan larat atau ragam hias yang diambil dari unsur-unsur flora, fauna, kaligrafi jawi, kosmos dan bentuk geometri. Hasil ukiran Melayu dapat dilihat pada istana lama, rumah tradisional, masjid, makam, kepala sampan, perabot, senjata dan peralatan harian.Selain daripa itu hasil ukiran juga dapat dilihat pada Istana Kenangan, Bukit Chandan Kuala Kangsar, Perak,Istana Balai Besar, Kedah, Istana Tengku Nik( Muzium Induk Negeri Terengganu),Istana Sri Menanti, Negeri Sembilan,Masjid kampung keling, Melaka,Rumah-rumah Melayu kayu di negeri Perlis, Melaka dan Johor,Masjid kampung Laut juga di Kota Bharu Kelantan.Seni ukiran ini sangat terkenal sejak dahulu lagi kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Seni ukiran ini bukan sinonim dengan masyarakat Melayu sahaja bahkan kepada masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat Orang Asli juga di rantau ini.3 PRINSIP UKIRAN KAYU
Ukiran kayuatau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasilkan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.Di dalam senireka ukiran kayu ia adalah sebagai pelengkap dan penyokong kepada sesuatu reka bentuk.Jenis ukiran ini kebisaannya ditentukan oleh silat dan saiz serta kegunaan.Motif yang diilhamkan perlulah harmoni dengan persekitaran,biasanya motif flora digunakan sebgai lambang keindahan persekitaran. Di dalam ukiran kayu juga diterapkanan dengan nilai-nilai falsafah dan kerohanian orang Melayu, disamping mengekalkan nilai-nilai keagamaan.4 SEJARAH UKIRAN KAYU
Seni kraf boleh ditakrifkan sebagai perusahaan kerja seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi sejak turun-temurun. Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.4.1 Perkembangan Sejarah Ukiran Kayu4.1.1 Zaman Awal
Menurut sejarah sejarah, dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara menunjukkan terdapatnya pengukir-pengukir handal telah wujud di zaman dahulu. Ini terbukti ukiran yang terdapat pada belanga, gelang, kendi dan pinggan mangkuk. Menurut R.O Winsted; their chief interest lies in their diversity of from .simple incised pattern Sejarah juga telah membuktikan kesan awal yang dijumpai iaitu ukiran motif bunga pada tembikar yang dijumpai di Sungai Johor, Kota.(Mustafa Mohammed, 1982:87). Penemuan artifak-artifak yang diperbuat dari batu dan tanah menyokong keberadaan seni ukiran telah wujud di alam Melayau. Kegiatan harian masyarakat Melayu pada masa itu berkonsepkan hidup untuk hari ini. Penggunaan alat keperluan harian seperti kapak, beliung, kuku kambing, kukuran, tugal, dan perahu dihiasi dengan motif ukiran adalah bahan bukti yang sahih tentang kewujudan seni ukiran. Waktu lapang yang lebih panjang menjadikan mereka mempunyai naluri estetik yang mula muncul dalam kehidupan mereka. Jika sebelum ini barangan kraf yang mereka hasilkan lebih ke arah fungsi fizikal untuk meneruskan kehidupan tetapi kini mereka mula melihat fungsi dan nilai estetik. Di samping menjadikan alat tersebut sebagai senjata dan keperluan harian mereka, perkakas tersebut juga dipercayai mempunyai kuasa-kuasa ghaib dan motif-motif binatang memberikan lambang dan makna dalam kepercayaan .( Siti Zainon Ismail, 1985: 31).Bukti lain seperti tembikar di Gua Cha, Kelantan dan Bukit Lembu, Perlis merupakan bukti sejarah terhadap keahlian para tukang Melayu dalam menggabungkan kehidupan lahiriah dan batiniah.Walaupun peralatan digunakan untuk kegunaan harian, namun keindahan dalam reka bentuk dan ragam hias serta coraknya menggambarkan ianya berkembang selaras dengan fungsi gunaan. Kepercayaan animisme dan dinamisme yang masih lagi diamalkan bahawa setiap benda mempunyai roh dan tenaga.Kedua-dua kepercayaan ini sukar dibezakan kerana ianya terjadi serentak. (Mahyuddin Yahya, 1998:108). Jelaslah terbukti bentuk-bentuk motif dan corak sangat mempengaruhi bentuk ukiran mereka. Motif yang berunsur binatang bernyawa merupakan ciri-ciri ukiran awal di alam Melayu.(Zulkifli Hanafi, 2000: 2).Kepercayaan animisme seperti unsur pemujaan