upsr hanya exam sahaja

Upload: norita-haironi

Post on 16-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Upsr Hanya Exam Sahaja

    1/7

  • 7/23/2019 Upsr Hanya Exam Sahaja

    2/7

  • 7/23/2019 Upsr Hanya Exam Sahaja

    3/7

  • 7/23/2019 Upsr Hanya Exam Sahaja

    4/7

  • 7/23/2019 Upsr Hanya Exam Sahaja

    5/7

    UPSR HANYA EXAM SAHAJA, APA NAK RISAU?

    Kepada anak-anak yang keluar sekolah dengan mata merah kerana A tidak banyak, atau sikit

    lagi nak straight A atau cari A, B dan C tak jumpa pun dalam kertas. Mari sini Abah nak cakap

    sikit. Sebelum itu, untuk yang score banyak A dan gembira dan sedang meraikan di kedai-kedai

    makanan laju (Fastfood) atau yang sedang nak bayar duit beli Mini Cooper S tak payah baca pun

    tak mengapa.

    Abah dulu UPSR tak banyak A. Adalah 1 sahajapun A. Bukan tak pandai, cuma kepandaian

    Abah tak tumpah ke atas kertas peperiksaan. Bayangkanlah, Abah tak dapat score matematik

    kerana dalam exam tak boleh pakai calculator sedangkan sekarang abah buah business semua

    nak tekan calculator. Abah tak hafal sifir selain sifir 1,2 dan 5. Sifir 5 tu hafal kerana selalu main

    nyorok-nyorok kena kira sampai 100 tapi gandaan 5. Abah dulu UPSR Bahasa Inggeris pun

    dapat D dan malah abah konsisten dalam PMR juga abah dapat D untuk BI tapi bila masuk

    universiti mengadap semua buku-buku dalam BI lama-mama boleh juga. Bila abah jadi lecturer

    dan kena mengajar student international, buruk-buruk abah punya BI pun boleh juga anak murid

    faham.

    Malah pada hari ini, abah juga bangga kerana walaupun BI dalam UPSR dapat D sahaja, tapi

    abah dah boleh buat talk depan Mat Saleh dan mereka faham pun apa abah cakap. Lagi best

    kadang-kadang abah tergelak dengar BI Mat Saleh dari France, Itali, Switzerland, Germany dan

    Russia. Tapi yang pentingnya abah faham apa mereka cakap dan mereka faham apa abah

    cakap.

    Sekarang abah meniaga tak pakai pun pengamiran, janjang aritmetik, janjang geometrik,

    pembezaan, probabilities, teorem pithagoras, algebra dan banyak lagi. Abah punya bini seorang

    saintis kejuruteraan kimia dalam matematik dari Cambridge juga nak buat calculation dia pakaiMathematica 5.2 kalau susah sangat. Key-in sahaja nilai dan nanti komputer kirakan. Memanglah

    asas kena tahu cuma tak payahlah sedih sangat.

    Abah ni kalau soalan 5 x 17 abah boleh jawab cuma lambat sikit sahaja kalau guna congak. Tapi

    kalau pakai calculator abah tahu macammana nak cari. Bila ada orang datang nak minta abah

    ambil gambar, abah tak gunapun Teorem Pithagoras dan Persamaan Matriks untuk kira harga

    pakej. Masa abah nak beli tiket kapal terbang pun abah tak adapun kena selesaikan persamaan

    kuadratik mahupun persamaan kimia atau kena lukis konfigurasi kimia polymer dan hidrokarbon.

    Relaks jer

    Anak Cina Simpang Kerayong yang dulu abah beli tembikai ada yang pandai bapak dia

    sekolahkan sampai universiti. Ada yang sekolah tak pandai dia berhenti setakat darjah 6 dan

    bekerja asalkan pandai tekan calculator (atau sempoa) dan boleh cakap sikit-sikit kira OK lah.

    Bila abang dia yang pandai sikit masuk universiti dan balik abangnya sama-sama ambil alih

    kedai mendiang bapaknya. Masa tu, kedai tembikai di simpang Kerayong dah tak ada lagi tapi

    dah pindah ke pekan Triang. Masa tu abang yang masuk universiti tu dah kerja jaga akaun.

    Adiknya yang berhenti darjah 6 dah jadi taukey kedai. Emak bapak dulu ada kedai jual buah-

    buahan bila sampai kepada anak dia gandakan jadi pemborong buah-buahan tempatan dan

    supply masuk supermarket dan kedai-kedai runcit.

  • 7/23/2019 Upsr Hanya Exam Sahaja

    6/7

    Pesanan abah, jangan sedih-sedih kalau UPSR tak bagus mana. Percayalah kita cuma perlu

    berusaha dan buat yang terbai, maka apa sahaja yang kita dapat, kita terima dengan baik. Tapi

    kalau hari-hari kerja tidur tak habis-habis memanglah upsr pun gagal buat kerja pun gagal juga.

    Dalam UPSR tak ada ajar macammana nak selesaikan masalah. Kita kena turun juga selesaikan

    masalah dan setiap masalah yang diselesaikan ialah ilmu baru kepada kita. Apapun keputusan

    yang anak-anak dapat, abah ucapkan tahniah! Tapi jangan pulak lepas ni korang terus membutataknak belajar dan bila mak bapak tanya kenapa tak studi korang tag mak pak korang pulak kat

    artikel ini. Maksud abah yang sebenar-benar-benar-benarnya ialah, jangan frust sangat tapi

    teruskanlah usaha. Kalau nombor pun tak kenal, nak tekan calculator celah bedah mana boleh

    jumpa jawapan?

    Kepada cikgu-cikgu yang mula nak marah dan naik angin, tolong jangan seksa orang-orang

    macam saya yang tak sama macam budak-budak lain. You supposed to teach me how to think

    NOT bragging me to score more A in exam (perenggan ini ditambah lepas ada cikgu-cikgu yang

    marah).

    Tak perlu terjun bangunan atau nak menonggeng-nonggeng frust. UPSR jer pun. Kepada ibu

    dan bapa kepada anak-anak yang tak banyak A dalam result, jika ada orang nak banding-

    banding atau sindir-sindir result anak anda minta dia mengadap Abah nanti abah tolong kutip,

    basuh dan sidai orang-orang ni.

    ABAH

    Notakaki :

    UPSR abah - 1A (tiada kesedaran)PMR abah - 5A (dah timbul kesedaran)

    SPM abah - 7A

    Degree - CGPA 3.21 jer.

    Keputusan di atas abah dapat sambil main-main dan buat business masa di sekolah dan

    universiti. Bila teringat nak exam baru study. Tapi abah banyak belajar masa abah buat business

    tu

  • 7/23/2019 Upsr Hanya Exam Sahaja

    7/7