bab 7 haba ting 1

Post on 09-Apr-2017

302 Views

Category:

Education

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BAB 7 HABAOBJEKTIF PEMBELAJARAN:1) Menjelaskan pengaliran haba

melalui tiga cara, iaitu: Konduksi Perolakan Sinaran

KONDUKSIKonduksi didefinisikan sebagai

pergerakan haba melalui pepejal dari bahagian yang panas ke bahagian yang lebih sejuk.

Konduksi adalah pengaliran haba melalui benda yang bersentuh secara langsung.

Pengalir (konduktor) yang lebih baik, memindahkan haba dengan lebih cepat.

Jika salah satu hujung rod logam dipanaskan, hujung yang lagi satu akan menjadi panas.

Haba telah dipindahkan dari hujung yang panas ke hujung yang lebih sejuk melalui rod logam. Kaedah pemindahan haba ini dipanggil kondusi. Rod logam dipanggil konduktor haba.

PENERANGANApabila salah satu hujung rod

logam dipanaskan, zarah-zarah (atom) menerima lebih banyak tenaga dan bergetar dengan lebih cepat

Zarah-zarah yang semakin aktif bergetar melanggar jiran-jirannya. Dengan cara ini, getaran yang lebih kuat (haba) dilalukan sepanjang rod logam. Oleh itu, haba dipindahkan sepanjang rod logam.

Logam merupakan konduktor haba yang baik. Logam membenarkan haba mengalir melaluinya dengan cepat.

Bukan logam merupakan konduktor haba yang tidak baik. Bukan logam juga dikenali sebagai penebat haba.

Logam yang berbeza mengkonduksikan haba pada kadar yang berbeza

Kegunaan

konduktor

haba

Merkuri dalam

termometer

Periuk & kuali daripada

aluminium & keluli

Bit alat pemateri daripada kuprum

Radiator kereta

Kegunaan

penebat haba

Selimut

IgluStirofoam

Pemegang

periuk & cerek

SOALAN KBAT / HEBAT (TIMSS / PISA)Pada pendapat anda, apakah bahan yang paling sesuai digunakan sebagai pengacau dodol untuk mengacau dodol yang sedang mendidih? Terangkan jawapan tersebut.

Jika anda hendak mengacau dodol yang sedang mendidih, anda perlu menggunakan senduk yang dibuat daripada kayu. Hal ini demikian kerana senduk kayu itu tidak mengkonduksikan haba kepada tangan anda.

PEROLAKANPerolakan didefinisikan sebagai

pemindahan haba melalui bendalir menerusi pergerakan zarah-zarah bendalir itu.

Cecair & gas dirujuk sebagai bendalir.Cecair & gas merupakan konduktor haba

yang tidak baik kerana zarah-zarahnya jauh terpisah, kecuali merkuri

Cecair & gas memindahkan haba melalui proses yang dipanggil perolakan

Perolakan boleh diterangkan dengan menggunakan teori zarah.

Apabila bendalir (cecair @ gas) dipanaskan, bendalir itu mengembang & menjadi kurang tumpat

Bendalir yang panas naik dan bendalir yang sejuk mengalir masuk ke dalam mengambil tempat bendalir panas. Keputusannya, arus perolakan berlaku dalam bendalir

Haba dibawa ke atas oleh zarah-zarah cecair atau gas apabila bergerak ke atas. Proses ini dinamakan perolakan.

Perolakan tidak dapat berlaku dalam pepejal kerana zarah-zarah dalam pepejal tidak boleh bergerak bebas.

APLIKASI PEROLAKAN

SOALAN KBAT/HEBAT (TIMSS/PISA)Pada pendapat anda, pada kedudukan manakah paling baik untuk memasang penyaman udara di dalam sesebuah bilik?

Penyaman udara lazimnya dipasang di kedudukan yang tinggi pada dinding bilik. Hal ini demikian supaya udara sejuk yang dibebaskan oleh penyaman udara itu dapat turun ke bahagian bawah bilik tersebut.

SINARANSinaran didefinisikan sebagai

pemindahan haba tanpa menggunakan medium.

Sinaran tidak memerlukan bantuan medium, sinaran boleh bergerak melalui vakum.

Sinaran haba:Boleh diserap oleh permukaanBoleh dipantulkan dari permukaanBergerak pada kelajuan cahayaBoleh bergerak melalui vakum

KESIMPULAN1. Konduksi merupakan pengaliran

haba melalui pepejal (sentuhan secara terus) dari panas ke sejuk.

2. Perolakan merupakan pengaliran haba melalui bendalir (cecair@gas). Bendalir panas mengembang & kurang tumpat, naik ke atas. Bendalir sejuk tumpat dan ke bawah.

3. Sinaran merupakan pengaliran haba tanpa menggunakan medium.

top related