laporan perkhemahan perdana 2012 skklia
Post on 12-Apr-2018
279 Views
Preview:
TRANSCRIPT
7/21/2019 Laporan Perkhemahan Perdana 2012 Skklia
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perkhemahan-perdana-2012-skklia 1/22
LAPORAN PERKHEMAHAN PERDANA UNIT-UNIT
BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH 2012
SEKOLAH KEBANGSAAN KLIA
7/21/2019 Laporan Perkhemahan Perdana 2012 Skklia
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perkhemahan-perdana-2012-skklia 2/22
NAMA PROGRAM
Perkhemahan Perdana Unit-Unit Beruniform Peringkat Sekolah Kebangsaan
KLIA 2012
PENGENALAN
Aktiviti kokurikulum ialah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap
pelajar harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar
bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa
pelajar-pelajar tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah maka
aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan
pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani
dan pembentukan nilai-nilai estetika yang positif. Untuk memastikan
perjalanan aktiviti kokurikulum berjalan dengan lancar, pelajar-pelajar
dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin, perlu diberi latihan kepimpinan
untuk mengurus organisasi mereka.
Perkhemahan unit beruniform, adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik
darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk
masalah gejala sosial. Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid
percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-
aktiviti yang disediakan, mereka juga didedahkan dengan suatu
persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat
keberanian dan kepercayaan internal dan interpersonal.
Pada tahun ini, Unit Kokurikulum SK KLIA sekali lagi diberi mandat untuk
mengelolakan perkhemahan unit-unit beruniform yang melibatkan murid
tahun empat, lima dan enam. Dengan semangat dan kepercayaan, adalah
diharapkan agar perkhemahan ini akan dapat memberikan peluang
kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka. Di samping
menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti akan dapat mengeratkan tali
persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru.
7/21/2019 Laporan Perkhemahan Perdana 2012 Skklia
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perkhemahan-perdana-2012-skklia 3/22
OBJEKTIF
Pada akhir program ini, peserta program dapat:
1. Didedahkan dengan pengalaman baru di dalam suasana
perkhemahan.
2. Mewujudkan kerjasama dan tolong menolong di kalangan murid serta
guru di dalam aktiviti yang dijalankan.
3. Memberi peluang kepada murid untuk mengasah dan menonjolkan
bakat serta kebolehan yang ada.
4. Mewujudkan persaingan yang sihat antara murid.
5. Memberi peluang kepada murid agar lebih berani dan yakin akan diri
sendiri.
6. Merapatkan hubungan silaturahim di antara murid dan guru-guru.
MATLAMAT
Antara matlamat program ini adalah seperti berikut:
Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi
bersama-sama rakan dan guru.
Mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari di sekolah bersama unit
masing-masing.
Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti yang
berfaedah.
Menerapkan sikap hormat menghormati sesama insan.
Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran
matang.
7/21/2019 Laporan Perkhemahan Perdana 2012 Skklia
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perkhemahan-perdana-2012-skklia 4/22
TARIKH PELAKSANAAN:
25 Mei – 26 Mei 2012
MASA/TENTATIF
(25 Mei) 3.00 petang sehingga (26 Mei)3.00 petang
TEMPAT
Sekolah Kebangsaan KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
SASARAN PENYERTAAN
120 orang murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) yang mewakili setiap unit uniform
iaitu:
i. 30 orang ahli Pengakap Kanak-Kanak (PKK)
ii. 30 orang ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSSM)
iii. 30 orang ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
iv. 30 orang ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
JADUAL PENGISIAN/ PELAKSANAAN PROGRAM
Masa 25 Mei 2012 Masa 26 Mei 2012
3.00
petang
Pendaftaran
peserta
5.00 pagi Bangun tidur,
pengurusan diri
Solat Subuh
Tazkirah Subuh
3.30
petang
Taklimat
perkhemahan
7.00 pagi Riadah
Kawad kaki
4.00
petang
Mendirikan khemah
Demonstrasi
Mendirikan
Khemah.
Membersihkan
kawasan
perkhemahan.
8.00 pagi Sarapan Pagi
7/21/2019 Laporan Perkhemahan Perdana 2012 Skklia
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perkhemahan-perdana-2012-skklia 5/22
6.00
petang
Pengurusan diri
Makan malam
8.30 pagi Pertandingan Kawad
Kaki
7.00
petang
Solat Maghrib
Tazkirah Maghrib
Solat Isyak
10.00 pagi Minum pagi
9.00
malam
Pertandingan
Persembahan
Kebudayaan
10.30
pagi:
Pertandingan Masakan
Rimba
Pertandingan
Pertolongan Cemas
Menurun khemah unit
masing-masing.
11.00
malam
Minum malam/tidur 12.30
tengahari
Makan Tengahari
1.00
tengahari:
Solat Zohor
2.00
petang
Majlis penutup
Penyampaian Sijil dan
hadiah
3.00
Petang
Bersurai
LAPORAN
Kehadiran / Penyertaan :
Seramai 120 orang murid telah menyertai perkhemahan.
Pelaksanaan Aktiviti:
1. Pertandingan Persembahan Kebudayaan
Pertandingan ini dijalankan pada malam 25 Mei. Setiap unit telah
menghantar seramai 10 orang peserta sebagai wakil. Kesemua wakil
peserta perkhemahan telah dapat mempersembahkan persembahan
kebudayaan masing-masing. Peserta-peserta perkhemahan juga
7/21/2019 Laporan Perkhemahan Perdana 2012 Skklia
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perkhemahan-perdana-2012-skklia 6/22
dilihat mampu memberikan komitmen yang jitu, sesuai dengan objektif
aktiviti ini dijalankan.
2. Pertandingan Kawad Kaki Pertandingan ini dijalankan pada 26 Mei pukul 8.00 pagi. Setiap Unit
menghantar pasukan seramai 18 orang, lelaki dan perempuan. Setiap
pasukan telah dinilai berdasarkan disiplin, kekuatan suara dan
keseragaman peserta.
3. Pertandingan Masakan Rimba
Pertandingan ini dijalankan pada 26 Mei pukul 2.00 petang. Seramai 5
orang peserta dari setiap unit telah dilatih beberapa minggu untuk
menyertai pertandingan ini. Mereka dikehendaki memasak beberapa
jenis makanan menggunakan kemudahan yang terhad sesuai dengan
silibus Ikhtiar Hidup iaitu memasak secara kreatif dalam masa 60 minit
sahaja. Kesemua peserta dapat melaksanakan tugas masing-masing
dan berjaya menghasilkan masakan yang ditetapkan.
4. Pertandingan Pertolongan Cemas
Setiap Unit telah menghantar 5 orang peserta untuk menjadi wakil
dalam pertandingan ini. Pertandingan ini memerlukan peserta
menunjukkan simulasi 4 hingga 5 jenis balutan berdasarkan beberapa
situasi. Peserta telah diberi masa selama 60 minit untuk menunjukkan
kemahiran masing-masing. Namun masih ada di kalangan peserta
yang masih kekok menggunakan segala peralatan yang ada
walaupun telah berlatih beberapa kali.
7/21/2019 Laporan Perkhemahan Perdana 2012 Skklia
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perkhemahan-perdana-2012-skklia 7/22
Keputusan Pertandingan
Pertandingan Tempat Pertama Kedua Ketiga
Pertandingan
Persembahan
Kebudayaan
Tunas Kadet
Remaja Sekolah
(TKRS)
Pergerakan Puteri
Islam (PPIM)
Pengakap
Kanak-Kanak
(PKK)
Pertandingan
Kawad Kaki
Pergerakan
Puteri Islam
(PPIM)
Tunas Kadet
Remaja Sekolah
(TKRS)
Pengakap
Kanak-Kanak
(PKK)
Pertandingan
Masakan Rimba
Pengakap
Kanak-Kanak
(PKK)
Pergerakan Puteri
Islam Malaysia
(PPIM)
Tunas Kadet
Remaja Sekolah
(TKRS)
Pertandingan
Pertolongan
Cemas
Persatuan Bulan
Sabit Merah
Malaysia (BSM)
Tunas Kadet
Remaja Sekolah
(TKRS)
Pergerakan Puteri
Islam Malaysia
(PPIM)
Juara Keseluruhan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
Semua aktiviti yang dirancang telah dapat dijalankan dengan jayanya.
Objektif yang disasarkan berjaya.
Penghargaan
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan urus setia Perkhemahan
Perdana SK KLIA 2012 yang terdiri daripada guru-guru SK KLIA dan tidak lupa
juga kepada YDP Persatuan Ibu Bapa Dan Guru yang juga sudi
menyumbang tenaga dalam menjayakan lagi perkhemahan ini.
Disediakan oleh,
…………………………
(SALHAWATI YUSOF)
7/21/2019 Laporan Perkhemahan Perdana 2012 Skklia
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perkhemahan-perdana-2012-skklia 8/22
LAMPIRAN
Gambar-Gambar Sepanjang Perkhemahan
Sesi Pendaftaran
Mendengar taklimat perkhemahan
7/21/2019 Laporan Perkhemahan Perdana 2012 Skklia
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perkhemahan-perdana-2012-skklia 9/22
Demonstrasi mendirikan khemah oleh Puan Nor Alina dan Cik Siti NurFatehah.
7/21/2019 Laporan Perkhemahan Perdana 2012 Skklia
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perkhemahan-perdana-2012-skklia 10/22
Susun Atur Tapak Khemah Peserta
7/21/2019 Laporan Perkhemahan Perdana 2012 Skklia
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perkhemahan-perdana-2012-skklia 11/22
Membersihkan kawasan perkhemahan
Peserta beratur untuk minum petang
7/21/2019 Laporan Perkhemahan Perdana 2012 Skklia
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perkhemahan-perdana-2012-skklia 12/22
Minum petang
Sarapan pagi
7/21/2019 Laporan Perkhemahan Perdana 2012 Skklia
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perkhemahan-perdana-2012-skklia 13/22
Antara persembahan daripada peserta semasa Pertandingan Malam
Kebudayaan
7/21/2019 Laporan Perkhemahan Perdana 2012 Skklia
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perkhemahan-perdana-2012-skklia 14/22
Para peserta sedang bersiap untuk pertandingan Kawad Kaki
7/21/2019 Laporan Perkhemahan Perdana 2012 Skklia
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perkhemahan-perdana-2012-skklia 15/22
Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia sedang membuat lintas hormat di
hadapan hakim.
Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah sedang memberi laporan kepada
hakim.
7/21/2019 Laporan Perkhemahan Perdana 2012 Skklia
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perkhemahan-perdana-2012-skklia 16/22
Pasukan Pergerakan Puteri Islam Malaysia sedang berkawad.
Pasukan Pengakap sedang meluruskan barisan di hadapan hakim.
7/21/2019 Laporan Perkhemahan Perdana 2012 Skklia
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perkhemahan-perdana-2012-skklia 17/22
Para peserta Pertandingan Masakan Rimba sedang mempersiapkan
hidangan masing-masing.
7/21/2019 Laporan Perkhemahan Perdana 2012 Skklia
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perkhemahan-perdana-2012-skklia 18/22
Antara hidangan yang telah dihidangkan oleh peserta kepada hakim.
7/21/2019 Laporan Perkhemahan Perdana 2012 Skklia
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perkhemahan-perdana-2012-skklia 19/22
Solat berjemaah di surau sekolah.
Tazkirah oleh Ustaz Zainal Abidin sebelum menunaikan solat berjemaah.
7/21/2019 Laporan Perkhemahan Perdana 2012 Skklia
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perkhemahan-perdana-2012-skklia 20/22
Majlis penutup dan penyampaian hadiah.
7/21/2019 Laporan Perkhemahan Perdana 2012 Skklia
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perkhemahan-perdana-2012-skklia 21/22
Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah bersama hadiah yang dimenangi.
Pasukan peserta Pergerakan Puteri Islam Malaysia bersama hadiah yangdimenangi.
7/21/2019 Laporan Perkhemahan Perdana 2012 Skklia
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perkhemahan-perdana-2012-skklia 22/22
Pasukan peserta Pengakap bersama hadiah yang dimenangi.
top related