conservasi piaget

Upload: kheikhei

Post on 10-Oct-2015

87 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pkk

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Setiap manusia yang normal akan mengalami perubahan dan perkembangan dari aspek fizikal, sosial, kognitif dan emosi sejak mereka dilahirkan sehinggalah menjadi remaja, dewasa dan tua. Perkembangan secara umumnya dapat didefinisikan sebagai aspek perubahan yang dihadapi oleh individu yang berubah menurut peredaran masa. Namun, pelbagai pendapat telah dikemukakan mengenai konsep dan definisi perkembangan itu sendiri, salah satunya ialah daripada Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi dalam buku Perkembangan Kanak-kanak, telah mengatakan perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat dari sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih awal.. Berbanding Santoock (2008), bagi pandangan beliau perkembangan dapat ditafsirkan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Selain itu,Mok Soon Sang (2009) juga telah memberikan input pemahaman beliau berkenaan dengan konsep perkembangan kanak-kanak.Menurut beliau,perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan.Konsep perkembangan pada asasnya ialah perubahan tingkah laku mental.Menurut Wikipedia, kanak-kanak (juga digelarkan budak atau anak kecil) ialah manusia yang muda, iaitu seorang yang masih belum mencapai baligh.Manakala "Perkembangan kanak-kanak" pula ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa.Secara ringkasnya, saya berpendapat bahawa Perkembangan kanak-kanak dapat dinilai melalui pelbagai aspek seperti aspek fizikal, bahasa, kognitif dan emosi.Namun, perkembangan kanak-kanak tidak semestinya boleh diukur melalui satu mekanisme yang tepat, tetapi boleh dilihat berdasarkan penilaian dan pemerhatian seseorang terhadap kanak-kanak tersebut. Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah memilih 2 orang murid semasa melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah atau PBS dan telah melakukan beberapa ujian serta pemerhatian terhadap mereka. Seorang daripada mereka adalah dari kalangan tahap 1 dan seorang lagi dari tahap 2.Murid pertama yang telah saya pilih untuk diuji ialah Chin Li Juan dari kelas 2A dan yang kedua ialah Lim Chi Fung dari kelas 4A di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Batu, Pantai Remis Perak. Saya telah menggunakan beberapa kaedah iaitu senarai semak, temu bual dengan guru subjek dan guru kelas Li Juan dan Chi Fung yang diperhati dalam mengumpul data. Selain itu saya juga telah menggunakan kaedah pemerhatian terhadap mereka ketika berada di dalam kelas pada waktu sesi pembelajaran dan juga pada waktu rehat. Saya telah berinteraksi dengan Li Juan dan Chi Fung pada waktu rehat selama empat hari berturut-turut untuk mendapatkan maklumat mengenai mereka secara lebih terperinci dan tepat. Kesemua ini ialah untuk memastikan ketepatan maklumat demi menjamin kelancaran proses pengdokumentasian pada akhir kajian ini.

2.0 PROFIL MURID2.1MURID TAHAP 1

NamaChin Li Juan

Tarikh Lahir4 Julai 2006

Tempat LahirSri Manjung Specialist Centre Sitiawan

Umur8 tahun

JantinaPerempuan

Anak yang ke berapa1

AgamaBuddha

Alamat rumahNo 490, Kampung Baru Sungai Batu 34900 Pantai Remis,Perak

Nama bapaChin Yeen Sang

Umur50

Pekerjaan Tukang kayu

Nama ibuBeh Kim Mooi

Umur43

PekerjaanSuri Rumah Tangga

HobiMelukis

Subjek KegemaranPendidikan Seni Visual

Makanan KegemaranBiskut, Ice-cream

Cita-citaGuru

Ketinggian133cm

Berat Badan32kg

Pemerhatian UmumLi Juan merupakan pendiam, Dia telah melakukan kerjanya dengan sistematik seperti membuat rancangan sebelum menyiapkan tugasan sekolah.Bukan itu sahaja, sikap yang ditunjukkan oleh Li Juan sangat baik (bersopan-santun,tidak sombong). Dia juga seorang yang menepati masa dan memberi kerjasama yang sangat tinggi kepada saya dalam melakukan beberapa ujian dan menjayakan sesi interaksi.Dia merupakan salah satu pelajar yang menonjol dalam kelas dari segi akhlak dan juga keputusan peperiksaannya.

2.2Murid Tahap Dua

NamaLim Chi Fung

Tarikh Lahir19 Ogos 2004

Tempat LahirKS Wan & Liow Specialist Maternity Centre Bukit Mertajam

Umur10 tahun

JantinaLelaki

Anak yang ke berapa2

AgamaBuddha

Alamat rumahNo 51, Kampung Baru Sungai Batu 34900 Pantai Remis,Perak

Nama bapaLim Kok Boon

Umur37

Pekerjaan Jurutera

Nama ibuLaw Fiew Chen

Umur34

PekerjaanSuri Rumah Tangga

HobiBermain (berlari)

Subjek KegemaranMatematik

Makanan KegemaranKentang Goreng (fries)

Cita-citaJuruterbang

Ketinggian134cm

Berat Badan31kg

Pemerhatian UmumChi Fung merupakan seorang budak yang ceria dan bersikap optimistik namun kurang bercakap. Ini mungkin kerana dia segan dengan penemuan saya. Chi Fung seorang murid yang aktif, dia selalu berlari ke tempat rakannya untuk bercakap dan bermain. Di dalam kelas, gurunya menyatakan dia adalah seorang pelajar yang amat cerdik, namun keputusan peperiksaannya kurang memuaskan akibat tidak menumpu perhatian ketika waktu pengajaran dan pembelajaran.

3.0 PENGUMPULAN DATA3.1 PERKEMBANGAN FIZIKALSeperti yang dinyatakan dalam buku Perkembangan Kanak-kanak, perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007). Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, ukur lilit kepala, menjadi lebih kuat dan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang lebih kompleks.

Murid Tahap 1Murid Tahap 2

Nama : Chin Li JuanUmur : 8 TahunJantina : PerempuanNama : Lim Chi FungUmur : 10 TahunJantina : Lelaki

Pertumbuhan Fizikal (terkini) Berat badan : 32 kg Ketinggian : 133 cm Perimeter kepala : 53 cm Saiz : M Warna mata : Hitam Warna kulit : Sawo Matang (coklat gelap)Pertumbuhan Fizikal (terkini) Berat badan : 31 kg Ketinggian : 134 cm Perimeter kepala : 51 cm Saiz : S Warna mata : Hitam Warna kulit : Kuning langsat (coklat terang)

Perkembangan Fizikal(data berdasarkan ujikaji yang dijalankan bersama pekembangan kognitif) Dapat melukis garisan lurus(motor halus telah berkembang) Dapat mengimbangkan badan selepas melakukan lompatan Lebih gemuk Tidak dapat menjentikan jari(motor halus belum berkembang)Perkembangan Fizikal(data berdasarkan ujikaji yang dijalankan bersama pekembangan kognitif) Dapat melukis garisan lurus(motor halus telah berkembang) Dapat mengimbangkan badan selepas melakukan lompatan Menjadi lebih kurus Dapat menjentikkan jari(motor halus telah berkembang)

Jadual 1: Jadual menunjukkan hasil pengumpulan data perkembangan fizikal

3.1.1PERBANDINGAN TRENDA-TRENDA PERBEZAAN PERKEMBANGAN FIZIKAL

3.1.1.1 JADUAL PERBANDINGAN KETINGGIAN DAN BERAT BADAN MURID TAHAP 1 DAN 2 DARI TAHUN 1

Tahun Murid1234

Ketinggian (CM)

Chin Li Juan126133--

Lim Chi Fung115121126134

Berat Badan (KG)

Chin Li Juan3132--

Lim Chi Fung19222631

Jadual 2: Jadual menunjukkan data perbandingan ketinggian dan berat badan murid tahap 1 dan 2 dari tahun 1

3.1.1.2 CARTA PERBANDINGAN KETINGGIAN DAN BERAT BADAN MURID TAHAP 1 DAN 2

Rajah 1.1Rajah 1.2

3.1.1.3 PERBANDINGAN TULISAN MURID TAHAP 1 DAN TAHAP 2

MuridTulisanTahap 1 : Chin Li JuanTahap 2 : Lim Chi Fung

Cina

Melayu

Jadual 3: Jadual menunjukkan perbandingan contoh tulisan murid tahap 1 dan 2

3.1.2 HURAIAN

Berdasarkan jadual 2 , perkembangan fizikal kedua-dua murid seperti berat badan dan ketinggian telah meningkat mengikut umur. Seiring dengan penyataan yang telah dikemukakan oleh Santrock (2008) nan mentafisirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi sehingga ke akhir hayat ,maka bukanlah sesuatu yang luar biasa sekiranya saiz, berat,ketinggian dan ukur lilit kepala kanak kanak berbeza (meningkat) mengikut tahap umur kerana hal-hal tersebut sebenarnya adalah fitrah manusia.Melalui pemerhatian dan perbandingan atas berat badan dan ketinggian, dapat dimaklumkan bahawa ketinggian Li Juan (murid tahap 1) dan berat badannya ialah lebih kurang sama dengan Chi Fung (murid tahap 2). Pada hakikatnya, perempuan akan mengalami proses pertumbuhan dan mencapai akil baligh lebih awal daripada lelaki, ini bermaksud Li Juan mengalami proses pertumbuhan awal daripada Chi Fung. Bukan itu sahaja, pertumbuhan ditetapkan oleh baka tetapi dipengaruhi oleh persekitaran.Menurut perhatian saya sepanjang PBS, saya mendapati bahawa saiz badan ibu Li Juan adalah lebih besar daripada wanita yang lain(faktor baka).Hal ini dapat menjelaskan sebab saiz badan Li Juan adalah lebih besar.Lebih-lebih lagi, ibu Li Juan akan membawa bekalan makanan yang mengandungi beberapa lauk(pemakanan yang seimbang)datang melawat Li Juan. Bertentangan dengan situasi Li Juan, Chi Fung hanya membeli makanan yang ringan di kantin untuk dimakan.(faktor persekitaran).Dengan ini, dapat dijelaskan faktor berlakunya pembesaran yang lebih ketara pada Li Juan.Dapat dilihat daripada jadual 3 di atas, tulisan yang ditulis oleh Li Juan adalah lebih kemas dan teratur berbanding Chi Fung walaupun perkembangan otot halus (jari tangan) bagi murid Tahun 2 yang berumur 8 Tahun belum lagi begitu sempurna di mana genggaman pensel masih lagi lemah berbanding murid Tahap 2. Hal ini mungkin disebabkan cara pemegang pensel dan tahap asuh didikan daripada penjaga. Ibu bapa Chi Fung telah bercerai dan ibunya meninggalkan Chi Fung di rumah nenek untuk dijaga oleh neneknya untuk mencari rezeki di luar.Keruntuhan institusi keluarga mungkin menyebabkan perkembangan Chi Fung telah diabaikan, cara menulis yang betul tidak diajar kerana tahap pendidikan neneknya adalah sangat rendah.Faktor lain yang menyebabkan tulisan Chi Fung tidak kemas ialah Chi Fung seorang yang kurang sabar, dia seolah-olah ingin menyiapkan tugasan dalam masa yang singkat sahaja tanpa mementingkan kekemasan.Dari segi aktiviti fizikal pula, dapat dilihat bahawa kemahiran-kemahiran psikomotor pada Chi Fung yang berumur 10 tahun jauh lebih baik daripada Li Juan. Hal ini disebabkan Chi Fung telah memasuki pertengahan peringkat kanak-kanak yang mempuyai ciri pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat kanak-kanak(7-12 tahun) lebih bercorak penambahbaikan kemahiran psikomotor manakala Li Juan hanya berada di awal peringkat ini yang kurang memiliki ciri tersebut.Kesimpulannya, setiap kanak-kanak akan mengalami perubahan terhadap perkembangan dan pertumbuhan dari segi fizikal pada kadar yang berbeza-beza mengikut kematangan dan pengalaman yang dilaluinya. Tuntasnya, guru perlu sensitif dan memberi perhatian kepada perubahan-perubahan ini kerana ia mempengaruhi kesediaan, keupayaan dan minat kanak-kanak dalam pembelajaran di sekolah.

3.2 PERKEMBANGAN KOGNITIFSecara umumnya, perkembangan kognitif merujuk kepada proses perkembangan keupayaan berfikir dan menaakul yang berlaku seiringan dengan perkembangan sosioemosi, fizikal dan penguasaan kemahiran berbahasa. Menurut Berk (2006), proses kognitif merupakan proses dalaman dan hasilan minda yang membawa kepada pengetahuan.Proses ini merangkumi segala aktiviti mental yakni mengingat, membuat perwakilan symbol, mengkategorikan, menyelesaikan masalah, mereka cipta mengkhayalkan dan daya imaginasi.

Murid Tahap 1Chin Li JuanMurid Tahap 2Lim Chi Fung

Aspek-aspek perkembangan kognitifMahir dalam pengiraan dan matematik Menjawab soalan matematik dalam masa yang ditetapkan Dapat mengenal pasti terhadap masa yang ditunjuk.

Tidak dapat berfikir secara logikal Tidak dapat menjawab soalan abstrak.

Pencapaian dalam akademik yang baik. Mencapai sekurang-kurangnya 50% dalam peperiksaan bagi setiap mata pelajaran.Mahir dalam pengiraan dan matematik Dapat menjawab soalan berdasarkan jadual pendaraban secara spontan dan cepat.

Dapat berfikir secara logik Dapat menjawab soalan abstrak.

Mempunyai tahap kognitif yang tinggi Mencapai sekurang-kurangnya 50% dalam peperiksaan setiap mata pelajaran. Dapat memahami arahan yang diberi. Mempunyai daya ingatan yang kuat

Jadual 4: Jadual menunjukkan hasil pengumpulan maklumat perkembangan kognitif

3.2.2 HURAIAN Berdasarkan jadual 4 di atas, tahap kognitif dapat dikenal pasti melalui beberapa aspek perkembangan yang telah dikemukakan.Kedua-dua murid ini telah mengalami peringkat Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun), yang berbeza ialah murid tahap 1 iaitu Li Juan yang berumur 8 tahun berada di awal peringkat ini manakala murid tahap 2 iaitu Chi Fung yang berumur 10 tahun telah menghampiri tempoh akhir peringkat ini.Melalui pemerhatian ke atas rekod pencapaian murid yang dipinjam dengan guru kelas kedua-dua murid , dapat dimaklumkan bahawa kedua-dua murid, Li Juan dan Chi Fung mempunyai pencapaian akademik yang baik serta mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi kerana mereka telah mencapai sekurang-kurangnya 50% dalam peperiksaan bagi setiap mata pelajaran.Hal ini mungkin disebabkan Li Juan dan Chi Fung merupakan murid dari golongan sederhana dari segi pencapaian kurikulum.Bukan itu, sahaja faktor persekitaran turut menyumbang kepada berlakunya situasi ini.Hal ini kerana pihak sekolah telah menyediakan kelas tambahan pada hari Isnin dan Selasa bagi setiap murid Tahun 1 hingga Tahun 6.Dengan adanya didikan formal tambahan daripada pendidik yang professional, maka, tahap kognitif murid-murid akan dapat ditingkat. Bagi Chi Fung pula, dia mempunyai daya ingatan yang kuat sewaktu dipanggil untuk mengingat nama sayur-sayuran.Hal ini kerana perkembangan otak Chi Fung lebih baik akibat bermain permainan yang memerlukan proses berfikir seperti suduko.Selain itu, melalui uji kaji dapat diketahui bahawa Li Juan dan Chi Fung amat mahir dalam pengiraan dan matematik. Tahap penguasaan Chi Fung terhadap pengiraan dan Matematik adalah tinggi kerana subjek Matematik merupakan subjek kegemarannya.Dia berminat untuk menyelesaikan masalah logikal matematik secara implisit akan meningkatkan tahap kognitifnya.Kemungkinan juga kemahiran yang dimiliki oleh Chi Fung disebabkan faktor baka.Hal ini dapat dilihat melalui profil murid yang menunjukkan pekerjaan bapa Chi Fung ialah jurutera nan biasa mengaplikasikan pengiraan.Li Juan gagal menjawab soalan abstrak manakala Chi Fung dapat memberi jawapan yang tepat dalam masa yang singkat. Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008) dalam buku Perkembangan Kanak-kanak ,kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit berkebolehan berfikir secara logik. Hal ini kerana Li Juan masih berada dalam awal peringkat operasi konkrit, kemungkinan besar dia masih belum memiliki ciri-ciri kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit.Tuntasnya, pada peringkat operasi konkrit ini, kanak-kanak dapat mempertimbangkan beberapa ciri objek secara serentak, bukan lagi focus kepada satu ciri sahaja. Oleh hal yang demikian, guru boleh menyediakan bahan-bahan untuk kanak-kanak menguji idea mereka melalui penglibatan aktif supaya dapat berfikir secara logik tentang permasalahan yang dihadapi mereka.

3.3 PERKEMBANGAN BAHASAViygotsky melihat bahasa sebagai alat utama untuk interaksi sosial, pemindahan budaya dan menjana pemikiran individu. Kanak-kanak mempelajari bahasa secara bereinteraksi setiap hari dengan orang-orang di persekitaran.Murid Tahap 1Chin Li JuanMurid Tahap 2Lim Chi Fung

Perkembangan BahasaDapat bertutur dalam ayat yang penuh dan lancar.Dapat Bina ayat mudah Sebutan perkataan (intonasi) tepat Menggunakan bahasa yang betulTelah menguasai bahasa yang lain. Bahasa Melayu Bahasa InggerisDapat menceritakan peristiwa yang berlaku kebelakangan ini.Tidak dapat bertutur dalam ayat yang penuh.Dapat Mengaplikasikan bahasa kompleks Bina ayat

Sudah menguasai bahasa yang lain. Bahasa Melayu Bahasa InggerisDapat menceritakan peristiwa yang berlaku kebelakangan ini.

Jadual 5: Jadual menunjukkan hasil pengumpulan maklumat perkembangan bahasa

Jadual 5 yang di atas telah menunjukkan tahap perkembangan bahasa kedua-dua murid dari tahap 1 dan tahap 2. Melalui pemerhatian yang telah dilakukan, dapat dijelaskan bahawa perkembangan bahasa adalah lebih pesat ke atas Li Juan. Hal ini sedemikian kerana Li Juan dapat bertutur dalam ayat penuh mudah dan pesat manakala Chi Fung tidak mampu.Chi Fung lebih banyak menggunakan bahasa rojak(bahasa yang tidak formal dan lengkang)dalam pertuturannya. Secara amnya, kanak-kanak perempuan lebih cepat masih bercakap kalau dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki. Ini disebabkan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak perempuan lebih cepat berbanding lelaki. Oleh itu tidak hairan jika Li Juan lebih pandai bertutur, mempunyai intonasi yang baik.Namun, Li Juan hanya biasa bertutur dengan orang yang dikenali dan rapat denganya.Sementelahan, kecerdasan dan kebolehan bahasa seseorang adalah saling berkait rapat. Jika dilihat pada kanak-kanak yang cerdas, mereka lebih mahir bercakap jika dibandingkan kanak-kanak yang lemah.Menurut pemerhatian sewaktu saya menjalankan PBS, saya mendapati Li Juan dan Chi Fung lebih menguasai kemahiran bertutur jika berbanding dengan murid sekelas mereka yang lain dan mempunyai tahap kognitif yang lebih rendah daripada mereka.Faktor persekitaran merupakan faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak yang membesar dalam linkungan alam sekitar yang pandai bertutur akan mendapat stimulasi untuk bertutur. Kesannya perkembangan bahasa mereka akan menjadi lebih cepat. Jika persekitaran kanak-kanak dikelilingi dengan orang pandai maka mereka sudah biasa dengan percakapan orang bijaksana serta perbendaharaan kata yang betul dan banyak secara lansung akan menjadikan seseorang dapat bertutur dengan lancar.Pernyataan ini amat sesuai dengan keadaan Chi Fung. Orang yang di sekitar Chi Fung seperti ibu bapa dan nenek mempunyai tahap pendidikan yang rendah dan biasanya menggunakan kantonese untuk bertutur dalam kehidupan harian, oleh itu Chi Fung tidak dapat bertutur dalam ayat yang lengkap.

3.4 PERKEMBANGAN SOSIOEMOSIPerkembangan sosioemosi ialah proses seseorang kanak-kanak membina hubungan dengan orang-orang yang hampir dengan mereka.Hubungan dengan persekitaran ini akan melatih kanak-kanak berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain. (Wong Kiet Wah dan rakan, 2013). Dalam buku Perkembangan Kanak-kanak oleh Wong Kiet Wah dan rakan (2013) telah menyatakan bahawa dari perspektif psikososial, ahli-ahli psikologi seperti Sigmund Freud dan Erik Erikson menerangkan perkembangan sosial dan emosi sebagai diema atau konflik antara desakan dalaman dan tuntutan budaya. John Bowlby (1969) dan Mary Ainsworth (1989) pula menggunakan teori etologikal untuk mengenal pasti hubungan perapatan antara bayi dengan ibu bapa atau pengasuhnya yang memberi kesan kepada keupayaan seseorang mengurus emosi dan persekitaran sosial mereka.Murid Tahap 1Chin Li JuanMurid Tahap 2Lim Chi Fung

Aspek-aspek perkembangan sosioemosiTidak berperangai egosentrikPendiam Kurang bersenyum dengan orang lainBersopan santun Bertegur sapa apabila bertemu dengan warga sekolahSuka aktiviti berkumpulan Suka bergaul dengan rakan-rakan Suka berkongsi benda dengan rakan-rakan

Pandai mengawal emosi diriTidak berperangai egosentrikPeriang Selalu bersenyum dengan orang lainBersopan santun Bertegur sapa apabila bertemu dengan warga sekolahSuka aktiviti berkumpulan Suka bergaul dengan rakan-rakan Suka berkongsi benda dengan rakan-rakan.

Tidak pandai mengawal emosi diri

Jadual 6: Jadual menunjukkan hasil pengumpulan maklumat perkembangan sosioemosi

Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan dan direkodkan dalam jadual 6, dapat dikesani bahawa kedua-dua murid yang diuji kaji tidak bersikap egosentrik.Hal ini dapat dijelaskan dengan mereka boleh dan sanggup menerima pandangan guru atau rakan sekelas sewaktu melakukan sesuatu perkara misalnya, cara melukis sebuah rumah dan cara pengiraan matematik yang lebih mudah.Ketika uji kaji fizikal, bahasa, sosioemosi, fizikal dan tugas Jean Piaget dijalankan, Li Juan berasa malu apabila ditanyakan soalan tentang dirinya. Walaubagaimanapun, dia tetap memberikan kerjasama.Bukan itu sahaja, Li Juan kelihatan kurang yakin untuk menjawab soalan saya.Lama-kelamaan, Li Juan telah menyesuaikan diri dalam keadaan di mana kehadiran saya sebagai pemerhati.Li Juan jarang bersenyum dengan orang lain kerana dia seorang yang pendiam. Sepanjang saya menjalankan PBS, hanya 1 kali sahaja Li Juan bersenyum dengan saya iaitu saya memberi hadiah kepada dia pada hari terakhir.Li Juan juga seorang yang pandai mengawal emosi sendiri, dalam konteks ini, dia tidak mudah menunjukkan perasaan seperti sedih sewaktu ejaan mendapat markah yang rendah.Ketika uji kaji fizikal, bahasa, sosioemosi, fizikal dan tugas Jean Piaget dijalankan, Chi Fung kurang bersungguh-sungguh untuk menyertai aktiviti dan ujian yang dijalankan. Tetapi dia masih memberikan kerjasama kepada saya. Chi Fung juga telah memberikan respon yang baik ketika menjawab soalan yang diberi.Menurut perhatian saya selama empat hari berturut-turut, saya mendapati Chi Fung merupakan seorang yang periang dan sedikit aktif.Dia suka mengkacau orang lain seperti berlari ke tempat rakan-sekelasnya dan memukul belakang rakannya.Chi Fung juga tidak dapat mengawal emosinya sendiri, ini mungkin disebabkan dia kekurangan kasih sayang dari ibubapa dan perceraian ibu bapanya telah memberi implikasi negative ke atas sosioemosi Chi Fung. Personaliti Chi Fung sedikit banyak telah dijejas dan menyebabkan dia kurang sabar ,cepat marah dan kurang yakin kepada orang lain. Li Juan dan Chi Fung merupakan murid yang bersopan santun.Mereka akan bertegur sapa apabila bertemu dengan warga sekolah. Hal ini kerana, pihak sekolah menekankan nilai sopan santun sebagai peraturan utama sekolah mereka.

3.5 TUGAS KONSERVASI PIAGET3.5.1 Senarai Semak Kemampuan Murid Menjawab Persoalan Ujian Kognitif Dengan Tepat. Tugas-tugas Konservasi Piaget

MuridKonservasi Bilangan (Pengiraan bilangan duit syiling selepas perubahan jarak antara duit syiling)Konservasi Kuantiti Air(Pemerhatian terhadap perubahan isipadu air yang ditukar bekas)Konservasi Jisim(Pemerhatian terhadap perubahan jisim ketulan tanah liat yang ditukar bentuk)Konservasi Panjang(Pemerhatian terhadap perubahan bagi pensel yang sama panjang)

Chin Li Juan (Murid Tahap 1)xxxx

Lim Chi Fung(Murid Tahap 2)

Jadual 7: Senarai Semak Kemampuan Murid Menjawab Persoalan Ujian Kognitif Dengan Tepat.

3.5.1.1 Analisis hasil pemerhatian murid tahap 1 (Chin Li Juan)

Murid tahap 1, Chin Li Juan yang berusia 8 tahun telah menjalani keempat-empat ujian berdasarkan ujian konservatif Piaget iaitu konservasi bilangan, konservasi kuantiti air, konservasi jisim dan konservasi panjang.Keputusan ujian ke atas Chin telah direkodkan dalam jadual.Dalam ujian konservasi bilangan selepas diubah kedudukan duit syiling ,Chin Li Juan menganggap barisan yang lebih panjang mempunyai ruang yang lebih banyak dan dapat memuatkan lebih banyak duit syiling. Keadaan ini menunjukkan Li Juan belum berupaya berfikir secara logik dan rasional. Keadaan begini tjuga elah bertentangan dengan teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget yang menyatakan kanak-kanak pada peringkat umur operasi konkrit (7-11 tahun), boleh berfikir secara logic dan dapat melaksanakan proses transformasi walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit. Tahap perkembangan kognitif Li Juan bagi tugas konservasi bilangan ini adalah rendah kerana tidak mampu mengingat semula situasi yang dikemukakan dan tidak boleh membandingkan dua situasi yang berlainan. Bagi ujian konservasi kuantiti air (pemerhatian terhadap perubahan isipadu air dalam bekas yang berlainan) , Li Juan menjawab isipadu air di dalam mangkuk adalah kurang berbanding dengan dalam gelas. Kenyataan ini bertentangan dengan pendapat yang diberikan oleh Jean Piaget di manakanak-kanak pada peringkat operasi konkrit dapat menguasai prinsip identiti.Melalui responden pertama menunjukkan Li Jun tidak menguasai Prinsip ganti rugi dan Prinsip keterbalikan yang mana boleh mencuba untuk menuang air di dalam mangkuk masuk semula ke dalam gelas bagi memastikan paras air sama dengan bekas A. Keadaan ini menunjukkan bahawa Li Juan lebih menumpukan kepada keadaan fizikal daripada konsep yang lebih abstrakPrinsip identiti juga masih belum dikuasai oleh responden melalui konservasi jisim (pemerhatian terhadap perubahan jisim ketulan tanah liat yang ditukar bentuk). Prinsip identiti bermaksud kanak-kanak faham bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya sudah berubah. Namun Li Juan tidak dapat berikan jawapan yang tepat.Ujian konservasi panjang (pemerhatian terhadap perubahan bagi pensel yang sama panjang) Li Juan juga tidak menguasai proses transformasi yang telah dilakukan. Li Juan memberitahu pensel yang lebih dekat dengannya lebih panjang sedangkan salah sebatang pensel hanya dialih sedikit ke sebelah kanan Alasan responden ini menunjukkan percanggahan dengan teori yang dikemukakan oleh Piaget di mana beliau menyatakan pada peringkat operasi konkrit, kanak-kanak dapat mempertimbangkan beberapa ciri objek secara serentak, bukan lagi berfokus kepada satu ciri sahaja.. Lantaran itu, sebagai kesimpulan daripada hasil dapatan uji kaji terhadap Li Juan (murid tahap 1) menunjukkan bahawa semua hasil dapatan kajian adalah bercanggah dengan teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget terhadap kanak-kanak peringkat operasi konkrit ( 7-11 tahun). Berdasarkan pemerhatian saya, keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh faktor persekitaran. Menurut Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) dalam buku Perkembangan Kanak-kanak oleh Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi telah menjelaskan perkembangan kanak-kanak berkaitan dengan interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Tahap pendidikan Ibu bapa Li Juan (luar Bandar) adalah lebih rendah jika berbanding dengan murid berasal dari Bandar.Ibu bapa Li Juan hanya mempunyai tahap pendidikan sekolah rendah sahaja dan tiada masa berinteraksi dengan Li juan kerana sibuk mencari rezeki . Dengan kenyataan ini, maka tidak hairan jika Li Juan masih tidak mempunyai ciri-ciri pada peringkat operasi konkrit iaitu tidak dapat menguasai proses transformasi, tiga prinsip asas misalnya prinsip identity, prinsip compensation (ganti rugi) dan prinsip keterbalikan.3.5.1.2 Analisis hasil pemerhatian murid tahap 2 (Lim Chi Fung)Berdasarkan hasil keempat-empat ujian yang telah dijalankan terhadap Lim Chi Fung (murid tahap 2) yang berusia 10 tahun, Chi Fung telah memenuhi ketiga-tiga prinsip asas yang telah dikemukakan oleh Jean Piaget.Antara ketiga-tiga prinsip asas tersebut ialah prinsip identiti, prinsip compensation ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Oleh itu, semua tugas konservatif Piaget yang dijalankan ke atas Chi Fung adalah sepadan dengan teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget. Melalui keempat-empat tugasan konservasi Jean Piaget dapat dikelihatan bahawa Chi Fung yang berusia 10 tahun ini sudah menguasai prinsip identity dimana dia tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan ,amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah. ( tugas konservasi bilangan, konservasi kuantiti air konservasi jisim dan konservasi panjang (adalah sama walaupun kedudukan duit syiling, pensel, bentuk tanah liat dan bentuk bekas(gelas menjadi mangkuk) sudah berubah bentuk.)Sementelahan, Chi Fung telah menguasai prinsip ganti rugi. denagn air yang dituangkan daripada gelas ke dalam mangkuk merupakan isipadu air yang sama dengan ir di dalam gelas. Ini telah menunjukkan Chi Fung sudah memahami bahawa bentuk mangkuk yang lebih pendek dan lebarlah yang menyebabkan isipadu air kelihatan kurang Bagi memastikan jawapannya, Chi Fung telah menuangkan semula air dari dalam mangkuk ke dalam gelas.Proses yang dilakukan oleh Chi Fung membuktikan bahawa dia juga telah memahami prinsip keterbalikan seperti mana yang dikemukakan oleh Jean Piaget.Tuntasnya, hasil dapatan uji kajian ke atas Chi Fung telah menujukkan dia menepati teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget iaitu pada peringkat operasi konkrit (7-11 Tahun) ini, kanak-kanak sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan (conservation) yang mana dalam konsep ini kanak-kanak bolej menguasai tiga konsep asas iaitu prinsip identiti, prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini juga berkobolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit kerana sudah dapat melaksanakan transformasi.

Rujukan

BUKUHaliza Hamzah, Joy, N. S. , Rafidah kastawi (2008). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Kamaruddin Hj. Husin (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Mohd Salleh Lebar (1999). Asas Psikologi Perkembangan.Kuala Lumpur :Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Mok Soon Sang (2009). Perkembangan Kanak-kanak, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Noraini bt Tahir, Roszikin bt Zakaria, Zainab bt Zakaria (2007). Perkembangan Kognitifdan Pembelajaran Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. BhdWong Kiet Wah, Khairuddin Mohammad, Maridah Hj. Alias ,etc (2013). Perkembangan kanak- kanak. Selangor : Oxford Fajar Sdn Bhd.

LAMAN WEBTanpa pengarang. (2010, Mac 23). Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget (1896-1980). [Web log post]. Dicapai daripada http://kumpulan4groupd.blogspot.com/2010/03/teori-perkembangan-kognitif-jean-piaget.htmlTanpa pengarang. (2009, July 6). Teori Perkembangan kanak-kanak. [Web log post]. Dicapai daripada http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/teori-perkembangan-kanak-kanak.htmlThe Seven Piagetian Conservation Tasks. (n. d.). Dicapai daripada http://www.cog.brown.edu:16080/courses/cg63/conservation

19