Download - 2 Definisi Tamadun Islam Dan Prinsipnya
-
7/22/2019 2 Definisi Tamadun Islam Dan Prinsipnya
1/3
WAJ 3101: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)
Definisi Tamadun Islam dan prinsipnya.
Dari perspektif Islam, definisi Tamadun Islam sentiasa dikaitkan dengan istilah
umran, hadarah, dan madaniyyah. Namun, mereka tetap meletakkan unsurkerohanian sebagai dasar atau teras utama dalam pembinaan dan perkembangan
Tamadun Islam.
Menurut Syed naquib Al- Altas, Tamadun Islam merupakan keadaan
kehidupan insan yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang
tinggi dalam seluruh masyarakatnya. Bagi Al-Syirazi, Tamadun Islam ialah
pembincangan tentang sesuatu kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan kemajuan
sesuatu bangsa dan pemerintahan yang menjerus kepada perbahasan mengenai
sejarah keilmuan, peradaban, kemajuan industri, dan pembangunan ekonomi. Pada
pendapat Teuku Iskandar pula, Tamadun Islam merupakan satu keadaan
masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan
kebendaan serta perkembangan pemikiran yakini sosial, budaya, politik, dan lain-lain
lagi.
Antara prinsip Tamadun Islam termasuklah memelihara keselamatan agama.
Oleh sebab fitrah semula jadi manusia yang sentiasa hendak beragama, maka Allah
SWT, dalam Tamadun Islam telah memberikan kebebasan beragama. Namun,
seseorang tidak boleh memaksa orang lain atau menggunakan kekerasan untuk
mempercayai apa yang dianutinya. Untuk menjaga kesejahteraan sejagat, setiap
individu dikehendaki mematuhi dan beribadat denagn menjalankan segala suruhan-
Nya, seperti syirik, khurafat, dan murtad.
Selain itu, Islam juga memegang prinsip memelihara nyawa atau jiwa. Islamtidak membenarkan orang menyerang jiwa atau perasaan orang lain yang akan
menyebabkan kesan yang serius. Islam juga tidak membenarkan pembunuhan,
sama ada diri-sendiri ataupun diri orang lain. Larangan membunuh telah diperketat
dengan memberikan pengingatan yang serius menerusi ayat-ayat suci dalam Al-
famchiewgiekppgsn1611
1
-
7/22/2019 2 Definisi Tamadun Islam Dan Prinsipnya
2/3
Quran. Dalam Islam, membunuh seorang manusia juga bererti membunuh seluruh
makluk manusia, memandangkan membunuh, walaupun diri-sendiri melambangkan
pembunuhan manusia secara keseluruhannya.
Prinsip yang ketiga dalam Tamadun Islam ialah memelihara keselamatan
akal. Penganut wajib menjaga minda dan fikirannya dengan sebaik mungkin,
memandangkan akal merupakan anugerah Allah yang sangat berharga. Demi
memelihara keselamatan, kewarasan dan kesejahteraannya, Islam juga melarang
umatnya meminum minuman yang akan merosakkan dan mengganggu akal
fikirannya seperti arak dan minuman keras. Hal ini demikian kerana meminum arak
akan menyebabkan kita hilang kawalan diri, lantas melakukan kegiatan yang
dilarang oleh Islam.
Malah, Tamadun Islam juga amat mementingkan maruah dan keturunan.
Penganut wajib menjaga nama baik dan harga diri mereka. Jadi, perkara yang akan
menjatuhkan maruah diri seperti percakapan dan perlakuan yang tidak senonoh
adalah terlarang. Islam juga mengharamkan semua faktor yang menyumbang
kepada zina dan aktiviti yang bahaya seperti bohsia dan bohjan.
Prinsip-prinsip lain yang terkandung dalam Tamadun Islam adalah untukmenjaga harta benda. Tamadun Islam menggalakkan umatnya mencari harta benda
kerana harta merupakan pemberian Allah kepada makhluknya. Namun harta yang
kita cari juga haruslah dijaga agar tidak membazir atau merosakkan hidup kita.
Setiap orang bebas mencari harta masing-masing selagi dia tidak mencuri harta
orang lain.
Memelihara hak dan kebebasan juga tertakluk dalam prinsip Islam. Dalam
konteks ini, ia terbahagi kepada dua, iaitu hak manusia dan hak Allah. Antara hak
Allah termasuklah kebebasan daripada Taklid (tidak mengikut tradisi yang
bertentangan dengan akidah, syarik, dan akhlak), alam bukti kewujudan Allah SWT
dan kebebasan daripada kesesatan (patuh dan menyerah diri kepada bimbingan Al-
Quran). Sementara itu, hak-hak manusia pula termasuklah hak untuk bebas
bergerak, bebas bersuara, bebas berpesatuan, dan bebas beragama.
famchiewgiekppgsn1611
2
-
7/22/2019 2 Definisi Tamadun Islam Dan Prinsipnya
3/3
Ringkasan/ Rumusan:
Terdapat banyak definisi mengenai frasa Tamadun Islam. Namun, semua
definisi yang dikemukakan oleh para sarjana Islam tetap meletakkan unsur
kerohanian sebagai teras dalam perkembangan Tamadun Islam. Terdapat banyak
prinsip yang dipegang atau diamalkan dalam Tamadun Islam. Antaranya
termasuklah memelihara keselamatan agama, memelihara nyawa dan jiwa,
memelihara keselamatan akal, memelihara hak dan kebebasan, mementingkan
maruah dan keturunan, serta menjaga harta benda. Dengan mengamalkan semua
prinsip tersebut, Tamadun Islam dapat mengatasi semua masalah yang dihadapi
oleh tamadun-tamadun yang lain sehingga ke hari ini.
Bibliografi:
5.1 Definisi Tamadun Islam. (2011). Dimuat turun pada Januari 5, 2011, dari
http://www.slideshare.net/wanbk/51-definisi-tamadun-islam
Haba. (November 20, 2008). TOPIK 1 & 2 : Pengenalan dan Konsep Asas
Tamadun. Dimuat turun pada Januari 5, 2011, dari http://titas-
haba.blogspot.com/2008/11/definisi-tamadun.html
Daud, M. (1999). Tamadun Islam Edisi Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributions Sdn. Bhd.
Arif, S., Noor, A. R. M., Sulaiman, N., Hassan, M. A. & Rawi, A. H. M. (2007).
Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.
Bhd.
Builder, T. (Oktober 25, 2010). Definisi Tamadun Islam dan Prinsip-prinsipnya.Dimuat turun pada Januari 5, 2011, dari
http://treebuilder.blogspot.com/2010/10/definisi-tamadun-islam-dan-
prinsip.html#more
famchiewgiekppgsn1611
3
http://www.slideshare.net/wanbk/51-definisi-tamadun-islamhttp://titas-haba.blogspot.com/2008/11/definisi-tamadun.htmlhttp://titas-haba.blogspot.com/2008/11/definisi-tamadun.htmlhttp://treebuilder.blogspot.com/2010/10/definisi-tamadun-islam-dan-prinsip.html#morehttp://treebuilder.blogspot.com/2010/10/definisi-tamadun-islam-dan-prinsip.html#morehttp://www.slideshare.net/wanbk/51-definisi-tamadun-islamhttp://titas-haba.blogspot.com/2008/11/definisi-tamadun.htmlhttp://titas-haba.blogspot.com/2008/11/definisi-tamadun.htmlhttp://treebuilder.blogspot.com/2010/10/definisi-tamadun-islam-dan-prinsip.html#morehttp://treebuilder.blogspot.com/2010/10/definisi-tamadun-islam-dan-prinsip.html#more