Download - model kon pengalaman dale
7/23/2019 model kon pengalaman dale
http://slidepdf.com/reader/full/model-kon-pengalaman-dale 1/24
BAB III
METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Kerangka Teori
Pembelajaran merupakan perubahan ke atas individu hasil daripada pengalaman dan manusia
mula belajar sejak lahir dan semua pembelajaran ini berkaitan dengan pengalaman. Pembelajaran
tidak terhad kepada sekolah sahaja tetapi pembelajaran banyak berlaku dalam banyak keadaan,
iaitu formal dan tidak formal. Pembelajaran melalui pelbagai, iaitu secara sengaja atau tidak
sengaja.
Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang
dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori-teori pembelajaran ini,
pensyarah akan memahami pelbagai cara pelajar-pelajar belajar dan seterusnya
menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai
objektif kajian pelajaran dengan berkesan. Pembelajaran berlaku apabila manusia, termasuk
pelajar muda, dari semasa ke semasa mengubah kefahaman dalaman mereka tentang dunia
semasa mereka dan menemui bukti luaran yang bercanggah dengan kefahaman awal mereka.
7/23/2019 model kon pengalaman dale
http://slidepdf.com/reader/full/model-kon-pengalaman-dale 2/24
Lima teori pembelajaran, iaitu teori behavioris, teori kognitif, teori pembelajaran sosial, teori
konstruktivisme, dan teori humanistik. Lima aspek yang berkaitan dengan teori pembelajaran,
iaitu kesediaan, corak pengamatan, ingatan dan lupaan, persepsi serta pemindahan pembelajaran.
Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura
Teori pembelajaran sosial mempunyai ciri-ciri pendekatan behavioris tetapi menekankan
pembelajaran berdasarkan faktor sosial. Prinsip asas teori pembelajaran sosial adalah
berdasarkan kepada pendirian bahawa pembelajaran merupakan proses kognitif dan afektif
berdasarkan pemerhatian tingkah laku orang lain model! dan meniru tingkah laku yang boleh
memberi manfaat kepadanya. Pemerolehan pengetahuan dan gerak balas merupakan dua
perkara yang berbe"a. #alaupun pembelajaran telah berlaku, ia hanya akan diperlihatkan dalam
keadaan yangg $sesuai%. &andura menamakan ini sebagai pembelajaran pemerhatian atau
pembelajaran melalui model.
'Teori Pembelajaran (osial' yang telah diperkenalkan oleh )lbert &andura *+!. i dalam
teori ini menekankan tentang aspek interaksi antara manusia dengan persekitarannya. Terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi tingkah laku anti sosial pelajar remaja, iaitu kelakuan
pelajar itu sendiri, pengaruh persekitaran dan interaksi kognitif. amun menurut &andura *+!
latihan pemerhatian atau modeling adalah amat penting dalam pembentukan tingkah laku agresif.
7/23/2019 model kon pengalaman dale
http://slidepdf.com/reader/full/model-kon-pengalaman-dale 3/24
&andura *++/! berpandangan bahawa prinsip-prinsip belajar cukup untuk menerangkan dan
memprediksikan tingkah laku serta perubahan tingkah laku. 0a mengingatkan bahawa manusia
berfikir, membanayangkan, merancang, menginterpretasi, menilai dan membandingkan. Manusia
mampu merancang kehidupannya sendiri sehingga ia mampu mengawal lingkungannya selain
dibentuk oleh lingkungannya itu. 1etika orang lain cuba untuk mengendalikan diri kita, nilai-
nilai dan keyakinan yag ada pada diri kita menyebabkan kita akan menolak kendalian mereka itu.
Model sosial ini melatih pelajar agar berkebolehan menyusun maklumat serta-merta dan
mensintesis maklumat untuk menyelesaikan masalah. Model ini membantu untuk
memperkembangkan perspektif individu dan kumpulan dalam memperjelas dan mengembangkan
idea-idea. Mementingkan unsur interaksi sosial sambil murid-murid bekerjasama untuk
menyempurnakan suatu tugasan.
Teori pembelajaran &andura *++/! menjelaskan tingkah laku manusia dari segi interaksi timbal
balik yang berkesinambungan antara faktor kognitif, tingkah laku, dan faktor sekeliling. alam
proses interaksi timbal balik itulah terdapatnya peluang untuk manusa memperangaruhi nasibnya
atau kemampuannya untuk memimpin diri sendiri. 1onsep mengenai cara manusia berfungsi
seperti ini seperti ini tidak menempatkan orang semata-mata sebagai objek yang tidak berdaya
yang dikawal oleh pengaruh-pengaruh sekelilingnya mahupun sebagai pelaku bebas yang dapat
beraksi apa sahaja berdasarkan apa yang diinginkannya. Manusia dan sekelilingnya merupakan
faktor-faktor yang saling menentukan antara satu sama lain secara tibal balik.
7/23/2019 model kon pengalaman dale
http://slidepdf.com/reader/full/model-kon-pengalaman-dale 4/24
(ecara singkat seperti yang dikatan oleh Albert Bandura and Imitation dalam Hilary's Blog
233!, metod pembelajaran )lbert &andura iaitu manusia sebagai makhluk sosial dianugerahi
kemampuan untuk belajar dan meneliti orang lain. 4ika orang lain mendapat hukuman atau
ganjaran maka manusia akan meniru perilaku dan belajar dari pengalaman orang tersebut.
&erdasarkan Teori Pembelajaran (osial yang dipelopori oleh )lbert &andura, pemerhati akan
meniru setiap tingkahlaku 5model5 sekiranya tingkahlaku model tersebut mempunyai ciri-ciri
seperti bakat, kecerdasan, kuasa, kecantikan atau pun populariti yang diminati oleh pemerhati.
Teori Permodelan Bandura
&andura dan #alters menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur /- 6 tahun untuk
menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak keseluruhannya meniru
model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. &eliau merumuskan bahawa pelbagai
tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil
pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis
menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian
atau peniruan. Teori ini terdiri daripada teori permodelan &andura.
Teori pembelajaran sosial yang diaplikasikan oleh &andura *+/! juga merumuskan bahawa
perkara utama yang sering dipelajari oleh kanak-kanak dan remaja ialah melalui pemerhatian
terhadap tingkah laku orang lain, khususnya orang yang signifikan dengan mereka. Menurut
7/23/2019 model kon pengalaman dale
http://slidepdf.com/reader/full/model-kon-pengalaman-dale 5/24
Mahmood 233*!, tingkah laku agresif dipelajari daripada persekitaran sosial seperti interaksi
dengan keluarga, rakan sebaya, media massa dan konsep kendiri individu. 7leh kerana manusia
dipengaruhi oleh persekitaran mereka, maka remaja akan memilih salah satu daripada pengaruh
persekitaran mereka untuk ditauladani. 4ika tingkah laku negatif ditunjukan oleh ibu bapa, maka
remaja akan terikut-ikut kepada tingkah laku ibu bapa tersebut dan jika ia ditunjukan oleh rakan
sebaya remaja, ia juga akan menjadi ikutan remaja.
Prinsi Pembelajaran melalui Pemodelan! Pembelajaran Peniruan
&andura *+86! mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui
pemerhatian atau pemodelan iaitu perhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau
motivasi.
*. Tumpuan Pemerhatian
9ntuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. &iasanya kita memberi
perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. 9ntuk kanak- kanak kecil
ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. &agi pelajar yang lebih
tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. :aktor- faktor yang
mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan
perhubungan dengan pemerhatian. alam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan
perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi-
isi penting. alam suatu teknik drama contohnya melakonkan watak dan perwatakan dalam
7/23/2019 model kon pengalaman dale
http://slidepdf.com/reader/full/model-kon-pengalaman-dale 6/24
sesebuah novel, kita mungkin memerlukan pelajar yang dapat memberi perhatian yang baik
supaya perwatakan dalam sesuatu watak itu dapat dikenal pasti oleh pelajar yang menonton.
2. Mengingat
Langkah-langkah perlakuan yang telah dilakonkan akan disimpan dalam ingatan oleh pelajar.
Pemerhatian perlu disimpan dan dikekalkan dalam ingatan dan akan berlakunya proses
mengekodan, menyimpan dan mendekod.
/. Penghasilan semula; <eproduksi
Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. )pabila seseorang
tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri- ciri atau langkah- langkah
dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar. (esorang itu memerlukan latihan yang
banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang perkara- perkara penting sebelum boleh
menghasilkan tingkah laku model. i peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku
lebih lancar dan mahir.
=. Motivasi
1ita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian,
tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk motivasi
atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam
pembelajaran pemerhatian. (eandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan
meniru tindakan seseorang model, kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan
perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. (elain itu, peneguhan penting
untuk mengekalkan pembelajaran. alam memberikan motivasi, peranan guru amatlah penting
7/23/2019 model kon pengalaman dale
http://slidepdf.com/reader/full/model-kon-pengalaman-dale 7/24
terhadap pelajarnya. Tunjuk ajar dan motivasi guru akan memberikan dorongan kepada pelajar
untuk terus terbabit dalam apa jua aktiviti pembelajaran yang guru anjurkan. (ekiranya pelajar
berasa seronok dan mendapat peneguhan daripada orang lain, maka tingkahlaku itu akan diulangi
dan dikukuhkannya.
Imliakasi Teori Sosial dalam Pengajaran dan Pembelajaran
)ntara implikasi yang berkait rapat dengan Teori Pembelajaran (osial terhadap pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan teknik drama ialah sesebuah lakonan oleh pelaku akan
mempengaruhi pemikiran penonton. Maksudnya ialah apabila sesorang pelajar sedang beraksi di
dalam kelas sambil diperhatikan oleh penonton atau pelajar yang lain, maka akan timbul satu
persepsi di dalam minda penonton mengenai apa yang mereka lihat. >al ini akan memberikan
mereka gambaran sebenar tentang sesuatu peristiwa yang berkaitan dengan isi pengajaran dan
pembelajaran. Misalnya, sekiranya guru mengajar mengenai nilai dan pengajaran dalam
17M()(, guru akan akan menyenaraikan pelbagai jenis nilai dan pengajaran dan akan
menyuruh beberapa orang pelajar untuk melakonkan nilai pengajaran itu di dalam kelas. (ebagai
contoh, nilai baik hati dilakonkan dengan babak yang melibatkan unsur-unsur baik hati dalam
diri seseorang. )pabila pelajar lain menonton, mereka jelas akan membuat penilaian tingkah laku
itu dan secara tidak langsung otak mereka akan memahami nilai baik hati itu. >al ini jelas
membuatkan pelajar untuk memahami isi pelajaran yang guru cuba sampaikan. (elain itu, guru
juga boleh mengajar watak dan perwatakan dengan teknik main peranan dan simulasi ini.
7/23/2019 model kon pengalaman dale
http://slidepdf.com/reader/full/model-kon-pengalaman-dale 8/24
MODEL PEMBELA"ARA#
Model pembelajaran merupakan salah satu komponen utama dalam menciptakan suasana belajar
yang aktif, inovatif, kreatif dan menyenangkan. Model pembelajaran yang menarik dan variatif
akan berimplikasi pada minat mahupun motivasi peserta didik dalam mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Proses pembelajaran yang baik tidak hanya menumpukan pada satu aspek semata-mata, malahan
kepelbagaian dalam kaedah pengajaran merupakan faktor utama dalam usaha untuk menarik
minat para pelajar untuk mendalami sebarang ilmu melalui proses pengajaran dan pembelajaran.
Proses pengajaran dan pembelajaran PdP! adakalanya membosankan para pelajar sekiranya
topik atau tajuk yang dibincangkan gagal memainkan peranan dalam usaha untuk menarik minat
pelajar di samping mengaplikasikan segala kemahiran yang ada untuk kembali memancing
supaya pelajar dapat memahami dengan tepat mengenai sesuatu topik yang dibincangkan.
7/23/2019 model kon pengalaman dale
http://slidepdf.com/reader/full/model-kon-pengalaman-dale 9/24
MODEL KO# PE#GALAMA# DALE
?dgar ale *+=6! telah mengemukakan pendapatnya dalam teori pembelajaran manusia yang
disebut sebagai $@one of ?Aperience% 1on Pengalaman!. alam teori ini ale menjelaskan
kesan media yang berbe"a dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah
kefahaman pelajar daripada sukar kepada yang lebih mudah. Menurut ?dgar ale, *+6+ dalam
oriati ). <ashid, 233+! pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang abstrak, iaitu
penggunaan media simbolik verbal jika mereka sudah memiliki banyak maklumat konkrit untuk
mentafsir maklumat abstrak berkenaan. Menurutnya, pengunaan teknologi moden dalam
pengajaran memaksimakan penguasaan pelajar. (elain itu, kon pengalaman ?dgar ale, *+6+
dalam Mustafa )bdul (ami%, 233=! yang menyusun bahan bantu mengajar yang digunakan oleh
beliau sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
9ntuk itu, 1on Pengalaman Pembelajaran ale merupakan garis panduan yang boleh digunakan
oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat memahami dengan
mendalam mengenai apa yang cuba disampaikan. alam model ini, ale mengklasifikasikan
bahawa media dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
proses pembelajaran berkesan.
7/23/2019 model kon pengalaman dale
http://slidepdf.com/reader/full/model-kon-pengalaman-dale 10/24
<ajah B Model 1on Pengalaman ale
<ajah di atas merupakan kon pengalaman pembelajaran yang diasaskan oleh ?dgar ale yang
boleh digunakan oleh para guru untuk mengaplikasikannya dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran. Terdapat / tahap dalam kon pengalaman pembelajaran ale iaitu persimbolan,
pemerhatian dan juga penglibatan. i bawah tahap persimbolan, kon pembelajaran ale
memecahkannya kepada dua bahagian iaitu simbol lisan verbal! dan jugap simbol penglihatan
visual!. Pada tahap kedua pula, ale telah memecahkannya kepada = bahagian iaitu rakaman
radio dan gambar, televisyen, pameran, serta demontrasi atau tunjuk cara. Manakala pada aras
terakhir iaitu penglibatan, ale memecahkannya kepada / peringkat iaitu main peranan,
penggunaan alat dan bahan sebagai model dan bercorak / dimensi serta pengalaman langsung.
1etiga-tiga aras pengalaman belajar yang diutarakan oleh ale mempunyai peranan dan fungsi
yang tersendiri. &egitu juga dengan kaedah mengajar. Curu perlu bijak dan pandai untuk
7/23/2019 model kon pengalaman dale
http://slidepdf.com/reader/full/model-kon-pengalaman-dale 11/24
menyesuaikan setiap aras dengan bentuk pengajaran dan pembelajaran yang akan disampaikan
kepada pelajar.
Menurut 1on Pengalaman ale, pembelajaran berlaku daripada konkrit kepada abstrak.
Pengalaman konkrit adalah pengalaman belajar yang paling mudah. Pengalaman konkrit
dimulakan dengan pelajar sendiri melibatkan diri dalam suatu pengalaman yang sebenar.
Pengalaman konkrit ini semakin berkurangan apabila peranan pelajar sebagai pemerhati kepada
peristiwa sebenar berkurangan. Peristiwa sebenar dalam bentuk salinan seperti rakaman video.
Manakala pengalaman abstrak pula merupakan pengalaman belajar secara lebih kompleks dan
sukar. Pengalaman abstrak dialami apabila pelajar mentafsir simbol visual dan lisan yang
mewakili peristiwa tersebut. Menurut ale, pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran
yang abstrak asalkan mereka telah mempunyai banyak maklumat konkrit yang boleh digunakan
bagi mentafsir konsep yang abstrak tersebut. 1on ini dianggap satu model yang praktikal bagi
menganalisis ciri-ciri media pengajaran dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan. #alau
bagaimanapun, manusia mempunyai pelbagai kebolehan untuk belajar. 7leh yang demikian,
pendidik haruslah peka akan kebolehan tersebut agar dapat diaplikasikan penggunaan tersebut di
dalam kelas bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
@ontoh penggunaan model 1on Pengalaman ale dalam pengajaran dan pembelajaran boleh
dilihat dalam contoh berikut B
Curu mengajar pelajar mengenai syarat sah solat. Pelajar dibawa ke surau, dan mereka
dikehendaki melakonkan atau mengerjakan sesuatu solat secara berjemaah mengikut kumpulan.
(atu kumpulan melaksanakan solat manakala satu kumpulan kumpulan lagi membuat analisis
7/23/2019 model kon pengalaman dale
http://slidepdf.com/reader/full/model-kon-pengalaman-dale 12/24
dan membuar penilaian terhadap solat yang dibuat oleh kumpulan yang mengerjakan solat sama
ada solat kumpulan tersebut sah atau tidak, penilaian dibuat berdasarkan pengalaman sebenar
mereka. engan demikian murid dapat menilai solat sendiri. )ktiviti tersebut akan dibuat
pengukuhan dan kesahan melalui peringkat pemerhatian, di mana guru akan menunjukkan
perkara- perkara yang menjadi sah dan batal solat melalui video gambar kaku. Pada peringkat
persimbolan guru meminta pelajar untuk menyebut kembali syarat sah solat, dan
menyenaraikannya semula.
4elaslah berpandukan 1on Pengalaman ale, guru boleh menyusun atur aktiviti pembelajaran
secara yang sistematik. Melalui pengkelasan aktiviti dan teknik yang ditunjukkan memberi
implikasi yang memberansangkan pembelajaran seperti, pelajar akan mengingati apa yang
dipelajari dengan cepat dan berpanjangan serta pelajar juga akan dapat mengaplikasikan
pembelajaran yang diperlajarinya dalam kehidupan seharian.
Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan yang telah dikeluarkan oleh ale di mana
beliau menjelaskan bahawa murid hanya akan mengingat *3D daripada apa yang mereka baca,
23D daripada apa yang mereka dengar, /3D daripada apa yang mereka lihat, E3D daripada apa
yang mereka dengar dan lihat, 3D dari apa yang mereka katakan dan tulis, dan +3D dari apa
yang mereka katakan seperti yang mereka lakukan. 9ntuk itu, setiap aras sememangnya
memainkan peranan dan fungsinya yang tersendiri dalam menarik minat pelajar. ?dgar ale juga
membuat klasifikasi pengalaman menurut tingkat, dari yang paling konkrit iaitu asas kepada aras
yang tertinggi iaitu abstrak. Maksudnya di sini, semakin konkrit pengalaman belajar itu, semakin
besar manfaatnya yang akan diterima oleh pelajar.
7/23/2019 model kon pengalaman dale
http://slidepdf.com/reader/full/model-kon-pengalaman-dale 13/24
Kesimulan
1aedah main peranan dalam teori dan model pembelajaran ini dijangka dapat membantu pelajar
yang pasif didalam kelas untuk turut sama melibatkan diri dalam aktiviti main peranan dan sekali
gus dapat meningkatkan tahap pencapaian lisan mereka. Manakala pelajar juga dapat memupuk
sifat-sifat sosial dengan cara berinteraksi sesama mereka dengan cara komunikasi yang berkesan
dengan watak-watak lain. Tambahan pula, pelajar diberikan peluang untuk melahirkan pelbagai
perasaan atau emosi mengikut watak-watak yang dimainkan, pelajar juga dapat berbincang serta
memikirkan masalah sendiri dan dengan ini dapat memahami diri sendiri secara lebih mendalam.
>al ini secara langsung melatih pelajar untuk mengawal emosi dan perasaan pelajar ketika
menghadapi suatu situasi. 1aedah ini lebih berkesan jika diaplikasikan sewaktu pengajaran mata
pelajaran.
7/23/2019 model kon pengalaman dale
http://slidepdf.com/reader/full/model-kon-pengalaman-dale 14/24
• Tatabaha
sa• Karanga
n• KOMSAS
Pengajaran BahasaMelayu
• TeoriPembelajaranSosialBandura
• ModelKon
PengalamanDale
Aplikasi Teori dan
Model • Kaedahmainperanan
Pendekatan Drama
• keboleha
nbertutur
Ujian Pradan Pos
Kerangka Teori Kajian
7/23/2019 model kon pengalaman dale
http://slidepdf.com/reader/full/model-kon-pengalaman-dale 15/24
Kaeda$ Kajian
1aedah pelaksanaan kajian ini dilakukan berdasarkan tahap-tahap yang berikutB
*. 1ajian 1epustakaan
2. 1aedah Pemerhatian
/. 1aedah (oal (elidik
Kajian Keustakaan
1ajian pustaka adalah tertumpu kepada bahan sekunder di perpustakaan. Penyelidik merujuk
bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan seperti buku, tesis, artikel, prosiding, kertas kerja
seminar, jurnal, majalah dan surat khabar untuk mengumpul maklumat tentang model-model
penilaian, topik-topik yang berkaitan dengan tajuk kajian penyelidik dan teori pembelajaran
bahasa Melayu. 1ajian kepustakaan ini penting kerana melalui kaedah ini para penyelidik
mendapat gambaran yang jelas mengenai prinsip, konsep, kaedah, pengolahan dan
penganalisisan data yang bersesuaian dengan reka bentuk kajian tindakan mereka. 1ajian
kepustakaan melibatkan beberapa proses yang utama, iaitu membanding dan membe"akan,
menganalisis, menilai, membuat kesimpulan serta mensintesis.
Kaeda$ Pemer$atian
7/23/2019 model kon pengalaman dale
http://slidepdf.com/reader/full/model-kon-pengalaman-dale 16/24
1aedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur
pemboleh ubah penyelidikan. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah
laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan
penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar,
serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat. (ebelum membuat
pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. (etiap pemerhatian
mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan
mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. @atatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh
dipercayai. Menurut 1erlinger *+/!, terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori
tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta
pensampelan tingkah laku. 1ategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang
perlu diperhati dan direkodkan. alam kajian ini, pemerhatian dilakukan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung terhadap sampel-sampel yang terla dipilih di dalam
kelas = )lamanda.
Kaeda$ Soal Selidik
Penyelidik telah menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan maklumat daripada
responden. (atu set soal selidik gaya pembelajaran telah disediakan, iaitu hanya untuk kumpulan
pelajar di kelas = )lamanda. @ronbach 233*!, menyatakan ujian adalah satu prosedur yang
sistematik untuk memerhati perlakuan, atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan
dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem berkategori. i samping itu, penyelidik telah
menggunakan pendekatan kuantitatif bagi mendapatkan data dan gaya pembelajaran, dengan
menggunakan borang soal selidik 1aedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan
maklumat dengan lebih tepat dan betul. Penyelidik telah mereka bentuk borang soal selidik yang
7/23/2019 model kon pengalaman dale
http://slidepdf.com/reader/full/model-kon-pengalaman-dale 17/24
sesuai dengan tajuk yang ingin dikaji. &orang itu diedarkan kepada semua pelajar di dalam kelas
tersebut. Maklumat yang penyelidik inginkan kebanyakannya datang daripada borang soal
selidik ini.
Poulasi dan Persamelan
Menurut Cay dan )irasian 233/!, populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan
kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan. (ampel kajian pula ialah responden-responden
kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi. Penetapan populasi kajian adalah penting
dalam kajian disebabkan populasi akan menentukan bagaimana dan berapa ramai sampel yang
akan kita pilih serta perbelanjaan kajian.
1ajian ini tertumpu kepada tingkatan empat yang mempunyai lebih kurang /+3 orang pelajar
yang terdiri daripada tingkatan empat <afflesia, >ibiscus, )lamanda, <ose, 0Aora, 7rkid,
Lavender, @arnation, Lily,dan sebagainya. #alau bagaimanapun, penyelidik cuma mengambil
satu kelas sebagai populasi kajian iaitu kelas = )lamanda yang terdiri daripada /8 orang pelajar
yang terdiri daripada */ orang pelajar lelaki dan 2E orang pelajar perempuan. 1ajian ini lebih
berfokus kepada teknik pengajaran guru yang menggunakan teknik drama sewaktu mengajar
mata pelajaran &ahasa Melayu di dalam kelas tersebut.
Instrumen Kajian
7/23/2019 model kon pengalaman dale
http://slidepdf.com/reader/full/model-kon-pengalaman-dale 18/24
0nstrumen kajian data adalah alat yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah- pemboleh
ubah yang dikaji Mohd. or 4aafar, 233E!. Terdapat beberapa jenis alat penyelidikan yang boleh
digunakan untuk mengambil data. alam kajian ini, alat penyelidikan yang digunakan adalah
soal selidik bagi kajian kuantitatif, manakala untuk kajian kualitatif penyelidik telah
menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual, dan soal selidik.
1etika melakukan kajian tindakan, pengkaji boleh menggunakan teknik dan instrumen yang
sesuai dengan permasalahan kajian. )ntara instrumen yang digunakan dalam melakukan kajian
tindakan ialah dengan menggunakan pemerhatian, soal selidik dan temubual. (elain itu, terdapat
juga alat-alat yang digunakan untuk mengumpul maklumat seperti menggunakan audio visual
iaitu dengan membuat rakaman, merekod ataupun menggunakan teknik menulis ketika
mengambil maklumat. alam kajian ini, pengkaji menggunakan tigat alat bagi mendapatkan
maklumat daripada responden iaitu pemerhatian, soal selidik, temu bual, serta ujian pra dan pos.
Pemer$atian
Pemerhatian adalah kaedah pengumpulan data yang paling cepat dilakukan. 0a termasuklah
dengan cara melihat, mendengar, dan juga menulis maklumat-maklumat yang diperolehi.
Pemerhatian digunakan secara sistematik iaitu perlulah merekod hasil tinjauan dan tindakan yang
dilakukan. >asil pemerhatian perlu ditafsir dan dianalisis dengan lebih teliti hal ini bagi
mengelakkan berlakunya penafsiran berdasarkan pendapat sendiri. #alau bagaimanapun hal ini
tidak patut berlaku.
Soal selidik
7/23/2019 model kon pengalaman dale
http://slidepdf.com/reader/full/model-kon-pengalaman-dale 19/24
(oalan selidik ini dijalankan bagi mendapatkan pendapat responden terhadap pengetahuan
mereka tentang kemahiran lisan mereka serta penggunaan teknik main peranan yang diterapkan
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di dalam kelas.
.
Soal selidik Set % & Maklumat Peribadi Resonden
(oalan selidik yang dijalankan dalam kajian ini memerlukan responden memilih jawapan yang
tepat terhdap soalan yang dikemukakan. &erdasarkan cadangan jawapan yang disediakan, soalan
selidik ini bertujuan mendapatkan jawapan yang betul bagi memudahkan teknik analisis yang
akan digunakan. (oal selidik ini terbahagi kepad dua bahagian iaitu bahagian ) dan &. &ahagian
) terdiri dari item-item seperti nama, bangsa, agama, jantina, jawatan, dan taraf pendidikan.
&ahagian & pula berkaitan dengan pengetahuan kemahiran lisan dari segi kebolehan dan
keyakinan. (et soal selidik ini akan diberikan pada sesi pertama pengajaran dilakukan oleh
pengkaji di dalam kelas tersebut. <esponden diberi masa *3 minit untuk menjawab sebelum
dikutip semula oleh pengkaji.
Soal selidik Set ' & Reson Resonden
7/23/2019 model kon pengalaman dale
http://slidepdf.com/reader/full/model-kon-pengalaman-dale 20/24
(oalan selidik ini dijalankan bagi mendapatkan pendapat responden terhadap teknik main
peranan dalam kemahiran lisan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di
dalam kelas. (ebanyak *E item soal selidik disediakan. (elain itu, soal selidik ini juga bertujuan
mengetahui sejauh mana minat mereka terhadap teknik main peranan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu di dalam kelas. )lat ukur yang digunakan daam soal selidik ini
menggunakan skala likert lima pilihan dengan skor * (angat Tidak (etuju!, 2 Tidak (etuju!, /
1urang (etuju!, = (etuju! dan E (angat (etuju!. Masa responden menjawab adalah selama *3
minit sebelum soal selidik dikutip oleh pengkaji.
(jian Pra
(et ujian pra dibuat bertujuan untuk melihat kemampuan murid berkomunikasi dari aspek
penyusunan ayat, kelancaran, idea yang disampaikan dan keyakinan sewaktu ujian. 9jian yang
dijalankan berbentuk ujian lisan. (eramai empat orang akan dibentuk menjadi satu kumpulan.
(oalan yang diberikan berbentuk subjektif dan mereka diminta untuk membincangkan soalan
tersebut setiap seorang selama E hingga *3 minit. Pencapaian murid ini akan digunakan bagi
mengkaji sejauh mana pencapaian mereka tanpa menggunakan teknik main peranan ini.
(jian Pos
7/23/2019 model kon pengalaman dale
http://slidepdf.com/reader/full/model-kon-pengalaman-dale 21/24
(et ujian pra dibuat bertujuan untuk melihat kemampuan murid berkomunikasi dari aspek
penyusunan ayat, kelancaran, idea yang disampaikan dan keyakinan sewaktu ujian. 9jian yang
dijalankan berbentuk ujian lisan. (eramai empat orang akan dibentuk menjadi satu kumpulan.
(oalan yang diberikan berbentuk subjektif dan mereka diminta untuk membincangkan soalan
tersebut setiap seorang selama E hingga *3 minit. Pencapaian murid ini akan digunakan bagi
mengkaji sejauh mana keberkesanan teknik main peranan ini terhadap kemahiran lisan mereka.
Kerangka Kerja Konsetual
7/23/2019 model kon pengalaman dale
http://slidepdf.com/reader/full/model-kon-pengalaman-dale 22/24
Kajian Kepustakaan• Perpustakaan Tuanku
Bainun
Kajian apangan• Persampelan dan
Populasi• Alat Kajian• Kaedah Kajian
Penerapan Teori danModel• Teori Pembelajaran
Sosial Bandura• Model Kon
Pengalaman Dale
Dapatan Kajian! Ujian Pra dan Pos
1erangka 1onseptual kajian ini dibina berdasarkan tajuk penyelidikan, objektif, Teori
Pembelajaran (osial &andura *+! dan Model Pembelajaran 1on Pengalaman ale *+=6!,
kaedah penyelidikan, populasi dan persampelan, tempat kajian dan penganalisisan data.
1erangka konseptual penyelidikan ini dapat dilihat dalam rajah yang berikutB
Penganalisisan Data
7/23/2019 model kon pengalaman dale
http://slidepdf.com/reader/full/model-kon-pengalaman-dale 23/24
(etelah data dikumpul, penganalisisan data dibuat untuk mengetahui hasil kajian yang diperoleh
daripada responden. ata diproses dengan menggunakan kaedah yang sistematik. (egala data
dan markat yang diperoleh daripada borang soal selidik dikodkan semula sebelum dimasukkan
ke dalam komputer.
Pengkaji bertanggungjawab bagi memastikan data yang diperolehi itu adalah memenuhi kriteria
yang telah ditetapkan. alam menganalisis data pengkaji boleh menggunakan bantuan komputer.
isini selalunya pengkaji akan menggunakan programStatistical Package for Social
Sciences atau lebih dikenali sebagai (P((.
1aedah pengumpulan data yang pelbagai samada dilakukan secara berstruktur atau tidak ataupun
kedua-duanya sekali. &agi pendekatan berstruktur, aspek yang hendak diperhatikan telahpun
dikenalpasti. &iasanya pengkaji telah menyediakan senarai semak atau bentuk soalan tertutup
yang berkaitan dengan perkara-perkara yang menjadi keutamaannya. &agi pemerhatian atau
temubual tidak berstruktur pula pelbagai soalan boleh dikumpulkan asalkannya berkaitan dengan
kajian.
&agi pemerhatian atau temubual tidak berstruktur, adalah lebih sukar ditandatangani dan
kompleks kerana wujudnya sumber subjektif. 9ntuk meningkatkan ketepatan, pembacaan nota-
nota catatan perlu dibaca berulang kali, serta direfleksikan .
7/23/2019 model kon pengalaman dale
http://slidepdf.com/reader/full/model-kon-pengalaman-dale 24/24
Kesimulan
alam bab 000 ini telah dibincangkan secara terperinci mengenai teori, model, kerangka teori,
kaedah kajian, populasi dan persampelan, instrumen kajian, kerangka kerja konseptual dan
penganalisisan data. >al ini bagi memastikan prosedur, keadah kajian dan instrumen yang
digunakan dalam pengumpulan data dapat dilaksnakan dengan baik dan berhasil. alam
melaksanakan kajian ini, penyelidik telah menggunakan Teori Pembelajaran (osial &andura
*+!, Model 1on Pengalaman ale *+=6!, kaedah pemerhatian, penilian ujian pra dan pos,
pembahagian soal selidik, dan beberapa cara lagi bagi memastikan penyelidikan ini dapat
dilaksanakan dengan sempurna.