Download - TEORI ETIKA MORAL TEOLOGIKAL
-
7/23/2019 TEORI ETIKA MORAL TEOLOGIKAL
1/14
3.0 TEORI ETIKA
3.1 TEORI TELEOLOGI
Teori ini mengatakan bahawa nilai betul atau salah bergantung kepada kesan
sesuatu perbuatan. Keputusan yang terakhir bergantung kepada jumlah bandingan
perkara-perkara baik atau betul yang dilakukan, sama ada secara langsung atau
tidak langsung, iaitu perbandingan imbangan antara baikdan buruk, betul dan salah.
Ini bererti, sesuatu tindakan atau perbuatan perlu banyak kebaikan daripada
keburukan mengikut peraturan yang berkenaan. Teori ini juga amat mementingkan
hasil akibat sesuatu tindakan ini juga digelar sebagai konsekualisme(consequentialism).
Bagi ahli-ahli teleologi (teleologis), mutu atau nilai moral tindakan seseorang
individu, atau sifat perlakuannya bergantung kepada nilai bukan moral yang
dihasilkan oleh mereka atau cuba dihasilkan secara bandingan. Hal ini kerana jika
mutu atau nilai moral sesuatu perkara bergantung kepada nilai moral yangdihasilkan, keadaan akan menjadi berbelit-belit. Oleh itu teori-teori telah menetapkan
apa yang baik atau wajib secara bukan moral. Oleh yang demikian, untuk
mengetahui sama ada apa yang dilakukan itu adalah baik, betul, atau wajib secara
moral, kita mesti mengetahui apa yang baik, betul, atau wajib secara bukan moral
atau perkara berkenaan hendaklah menghasilkan atau cuba menghasilkan apa yang
baik, betul, atau wajib secara bukan moral (Frankena W. K. 1973).
Pelbagai teori teleologi wujud, antaranya :
i) Utilitarianisme
ii) Egoisme
-
7/23/2019 TEORI ETIKA MORAL TEOLOGIKAL
2/14
Utilitarianisme adalah berkaitan dengan tindakan seseorang yang berasakan
tujuan memaksimumkan kebahagiaan atau keseronokan untuk bilangan orang yang
banyak. Contohnya seperti kes pengeboman Hiroshima adalah bertujuan untuk
menghentikan peperangan dunia yang telah banyak mengorbankan nyawa manusia.
Sebelum ulasan dibuat terhadap etika utilitarianisme, untuk memperjelaskan
teori etika ini eloklah isu moral berkaitan peperangan diambil sebagai contoh. Bagi
utilitarianisme, dalam memutuskan kemoralan melancarkan peperangan tertentu
menerusi cara berperang tertentu, seseorang itu mesti menimbangkan kemudahan
dan kebaikan yang mungkin dihasilkan oleh peperangan itu. Jika kemudaratan itu
dijangka melebihi apa-apa akibat yang baik yang boleh dinikmati negara yang
melancarkan peperangan itu (walaupun negara berkenaan menang), menurut etika
utilitarianisme, peperangan itu tidak boleh di justifikasikan. Sebaliknya, peperangan
serta cara peperangan itu dikendalikan dianggap wajar dari segi moral oleh etika
utilitarianisme jika hasilnya membawa kebahagiaan dan kebaikan lebih daripada
kesengsaraan dan penderitaan.
Justeru itu, utilitarianisme akan menyokong tindakan mengebom bandarbandar di Jerman (walaupun ramai yang tidak berdosa terkorban) untuk
menamatkan Perang Dunia Kedua kerana jika pihak Nazi menang, dunia ini akan
kehilangan sifat ke manusiaannya dan kezaliman akan berleluasa. Walau apa pun,
yang menjadi masalah ialah setiap negara yang pernah berperang selalunya
mendakwa mereka berbuat demikian untuk menegakkan kebenaran bagi kebaikan
dunia, manakala cara serta alat peperangan canggih yang digunakan adalah wajar
dari segi moral.
Menurut Ashmore R. B. (1987), utilitarianisme ialah :
a teleogical theory which regards the end of action to be general happiness
and which judges praiseworthy those acts, dispositions, rules and institutions
which maximize the happiness of all who are affected by them
-
7/23/2019 TEORI ETIKA MORAL TEOLOGIKAL
3/14
Dalam erti kata yang lain teori ini memerlukan kita memilih sesuatu tindakan
yang boleh menghasilkan kebaikan yang maksimum ke atas sebanyak mungkin
orang yang terlibat. Kebaikan ini adalah dalam bentuk kegembiraan atau
keseronokan. Sebenarnya utilitarianisme berasal daripada perkataan utility yang
bermaksud barang yang berguna atau berfaedah. Maka uitilirianisme bermaksud
kita perlu menilai sesuatu tindakan berdasarkan kegunaanya atau faedahnya untuk
kebanyakan orang bagi memperbaiki kualiti hidup kita. Secara ringkas, sesuatu
tindakan yang kita lakukan dianggap sebagai bermoral apabila tindakan tersebut
menghasilkan keseronokan yang maksimum. Sebaliknya, apabila ia menghasilkan
kesakitan atau penderitaan, ia dianggap tidak bermoral.
Di Malaysia, salah satu contoh utilitarianisme ialah mewujudkan koc wanita di
dalam sistem transit aliran ringan. Walaupun usaha ini banyak dikritik oleh
sebahagian daripada kaum lelaki namun pada hakikatnya ia banyak membawa
kebaikan kepada golongan wanita yang merupakan golongan majoriti di Malaysia.
Teori Egoisme (Egoism) ini merujuk kepada sebarang perbuatan yang
dilakukan oleh seseorang itu semata-mata untuk memanfaatkan diri sendiri.
Seseorang itu tidak akan mempedulikan perasaan orang lain tidak kira orang itu
dilayan dengan buruk ataupun baik. Matlamat yang terutama ialah untuk
memberikan faedah kepada diri sendiri.
Teori ini mula berkembang sejak berkurun-kurun dahulu di mana wujudnyapertentangan di antara golongan bangsawan dan rakyat bawahan. Dikatakan
bahawa golongan bangsawan pada ketika itu melihat diri mereka sendiri sebagai
golongan rakyat yang paling tinggi dan berhak menggunakan rakyat jelata sebagai
hamba abdi. Golongan bawahan ini lemah dan tidak terdaya untuk menjaga
kebajikan diri walaupun bilangan mereka ramai. Orang biasa ini dipaksa dengan
kejam supaya mereka bekerja untuk golongan atasan itu tanpa dibayar apa-apa gaji.
-
7/23/2019 TEORI ETIKA MORAL TEOLOGIKAL
4/14
Teori Egoisme diasaskan oleh Friedrich Wilhelm Nietsche (1844-1900).
Beliau merupakan seorang ahli falsafah yang mengkritik kuat terhadap teori
Utilitarianisme. Mengapakah beliau berpendapat sebegitu? Ini adalah kerana asas
pemikiran utilitarianisme sangatlah mementingkan kesan sesuatu perbuatan
terhadap majoriti masyarakat. Nietsche lebih mementingkan individu. Beliau juga
kuat menentang teori kemoralan sosial dan menyifatkannya sebagai kemoralan
hamba abdi kerana individu-individu telah disekat hak kebebasan mereka. Dalam
teori kemoralan sosial, setiap individu diwajibkan untuk menurut segala perintah
yang wujud dalam masyarakat.
Kita tidak perlu membayangkan teori ini sebagaimana yang dikemukakan oleh
Nietsche. Egoisme ini wujud dalam setiap individu, termasuk saya dan anda yang
sedang membaca artikel ini. Tahap egoisme adalah berlainan mengikut pandangan
individu masing-masing. Tetapi, matlamat masih sama, iaitu, mementingkan diri
sendiri untuk mendapatkan manfaat dan tidak menghiraukan perasaan orang lain.
Sebagai contoh, individu A mengenakan usikan (prank) kepada individu B
tanpa berfikir kesan-kesan yang berikutan. Individu A mengusik dengan menyatakan
ia boleh hack ke dalam sistem komputer individu B melalui MSN. Individu B yang
tidak dapat mengawal perasaan kerisauaan lalu memberitahu hal ini kepada ibu dan
bapanya, pensyarah, dan kawan baiknya. Individu B amat sedih dan bimbang akan
kebolehan hacker itu.
Ianya jelas bahawa keseronokan hanya berpihak kepada individu A dan
individu B diabaikan untuk menghadapi kesan-kesan negatif. Individu B yang berada
dalam keadaan yang panik boleh melakukan apa sahaja tindakan seperti
merepotkan hal ini kepada pihak berkuasa.
-
7/23/2019 TEORI ETIKA MORAL TEOLOGIKAL
5/14
Teori ini memang patutlah dikritik oleh semua lapisan masyarakat. Sebab-
sebabnya adalah cukup terang di mana kepentingan diri sendiri diutamakan tanpa
memikirkan akibat-akibatnya. Jika individu A tidak mengaku bahawa dia merupakan
dalang itu, kemungkinan besar individu A akan menghadapi risiko-risiko tinggi.
-
7/23/2019 TEORI ETIKA MORAL TEOLOGIKAL
6/14
3.2 TEORI DEONTOLOGI
Pandangan etika deontologikal berasal daripada perkataan Yunani deon
yang bermaksud tugas atau kewajipan (duty) ; dan ia berbeza dengan pandangan
teologikal dari perkataan telos yang bermaksud matlamat (goal). Orang yang
berpandangan deontologikal percaya bahawa bertindak secara moral melibatkan
kesedaran diri (iaitu bernilai intrinsic) dalam penerimaan batasan-batasan atau
peraturan spesifik yang meletakkan had kita antara kepentingan diri dengan
kebaikan umum (Davis, N. dalam Singer, P. 1991). Mereka juga percaya bahawa
ada tindakan-tindakan tertentu yang salah dalam dirinya. Oleh itu, tindakan itu tidak
boleh diterima secara moral dalam apa jua kesannya, walaupun kesannya itu adalah
secara moral baik dan wajib. Secara bandingan, pandangan teologikal menolak
kepercayaan bahawa ada tindakan-tindakan khas dan tertentu yang sendirinya betul
atau salah. Untuk teologis, betul atau salah tindakan kita ditentukan oleh penilaian
bandingan konsekuen tindakan tersebut.
Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli flasafah
German (1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian
barat Rusia. Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu
tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di
bawah kawalan kita. Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan
kita dan, oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk
membuat kebaikan atau keburukan.
-
7/23/2019 TEORI ETIKA MORAL TEOLOGIKAL
7/14
3.2.1 PRINSIP KEWAJIPAN
Sesuatu tindakan yang datang daripada kesedaran untuk menunaikan
tanggungjawab akan melahirkan perbuatan yang benar dari segi moral.Kant
menyatakan perkara-perkara yang baik ialah membuat sesuatu bakat minda seperti
kebijaksanaan dan kecerdasan pemikiran, keberanian dan kesederhanaan
pemikiran. Dalam konteks ini, Kant tidak mahu menganggap sesuatu tekad itu baik
atas sebab apa yang telah atau ingin atau boleh dicapai dan dihasilkan oleh tekad
itu.
Motif tunggal tekad baik hanya berlaku apabila menganggap ia sebagaimengamalkan kewajipan. Ini kerana untuk mengamalkan kewajipan, sesuatu tekad
itu baik kerana batinnya atau semangat dalamannya. Dengan kata lain, yang baik
dan patut diberi pujian moral ialah mengamalkan kewajipan itu semata-mata kerana
amalannya ialah suatu kewajipan. Kant juga menjelaskan bahawa mengamalkan
kewajipan sedemikian adalah serupa dengan bertingkah laku wajar kerana
memuliakan atau menghormati undang-undang.
Menurut Kant lagi, kita perlu mengambil kira niat, tujuan atau motif seseorang
dalam menentukan sama ada satu tindakan adalah baik dan betul. Sebagi contoh,
aktiviti bagi seorang pekedai yang benar-benar jujur mungkin tiada perbezaan
dengan pekedai yang enggan jujur, atau yang berniaga dengan jujur hanya dengan
niat untuk memperoleh reputasi bisnes yang baik dan akan menipu pelanggan
apabila ada peluang. Pekedai pertama dianggap bermoral kerana tekadnya baik,
manakala pekedai kedua dengan niat yang bertujuan adalah tidak bermoral
walaupun tindakan yang diambil olehnya adalah sama dengan pekedai pertama.
Secara ringkasnya, sesuatu tindakan tetap tidak dianggap sebagai bermoral jika
tindakan tersebut dilakukan atas kepentingan diri.
-
7/23/2019 TEORI ETIKA MORAL TEOLOGIKAL
8/14
Sebagai contoh di Malaysia mencuri merupakan satu kesalahan tidak kira
bahan yang dicuri itu besar atau kecil, mahal atau murah dan sebagainya. Walapun
mencuri boleh membantu seseorang mendapatkan bahan yang diinginkan atau
wang, tetapi dia akan dihina oleh orang lain atau disalahkan di sisi undang-undang.
3.2.2 PRINSIP EKSISTENSIALISME
Ia boleh didefinisikan sebagai menegaskan bahawa nilai buruk mesti
berasaskan pilihan individu secara bebas. Sebaliknya, pilihan individu menjadi nilai
buruk jika kerana dipaksa. Eksistensialisme boleh ditakrifkan dengan senang, tetapi
apa yang menjadikannya sukar difahami ialah terdapat dua aliran eksistensialisme
yang berlainan pandangan iaitu:
a) Eksistensialisme yang beragama kristian, termaksuk Karl
Jaspers dan Gabriel Marcell, kedua-duanya katolik;
b) Eksistensialisme ateistik (ateis ialah orang yang tidak percaya
kewujudan Tuhan), termasuk Martin Heidegger dan beberapa oranga eksistensialis
Perancis serta Sarte sendiri.
Eksistensialisme melemahkan peraturan tradisional dan mutlak yang
berfungsi sebagai panduan moral. Bagi eksistensialisme, kemoralan berasaskan
andaian "kebebasan". Menurut Satre, jika individu mematuhi peraturan masyarakat
secara buta tuli, dia mempunyai pandangan "mitologi" yang menjejaskan
kebebasannya. Mitos ini mesti dihapuskan dari alam kemoralan.
Tidak dapat dinafikan bahawa individu tidak dapat membuat apa-apa
terhadap hakikat bahawa dia telah lahir, bagaimana dia lahir, dalam abad berapa dia
lahir, ibu bapanya dan lain-lain, tetapi dia boleh menentukan bagaimana dia hendak
hidup.
-
7/23/2019 TEORI ETIKA MORAL TEOLOGIKAL
9/14
Individu mesti bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku
moralnya sendiri. Aspek ini sama dengan pandangan Heideggar yang
memperkenalkan konsep "kewujudan sah". Kewujudan ini merujuk kepada individu
membuat pilihan dan keputusan moral yang tulen dan tidak membenarkan dirinya
dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan orang lain dalam membuat pilihan dan
keputusan moral. Apabila individu itu membenarkan orang lain membuat pilihan
moral untuk dirnya, dia dianggap berada dalam kewujudan yang tidak sah.
Mengikut eksistensialisme, seseorang itu merasakan kewajipannya bukan
suatu yang dipaksa dari luar, tetapi sesuatu yang dikehendaki olehnya sendiri.
Dengan menjauhi semua prinsip dan peraturan moral, individu mesti menggunakan
kebebasannya untuk mendapat fakta yang betul berhubung dengan situasi yang
dihadapinya, iaitu menilai secar teliti situasi berkenaan, kemudian membuat pilihan
dan keputusan moralnya sendiri. Eksistensialisme menekankan pilihan terus
daripada sumber asal (first hand choice).
Sebagai contoh, masyarakat Malaysia seringkali merasakan menderma
secara paksaan daripada orang lain adalah satu nilai yang buruk dan menderma
hanya akan dilihat sebagai nilai yang baik jika dilakukan dengan kerelaan hati
sendiri.
-
7/23/2019 TEORI ETIKA MORAL TEOLOGIKAL
10/14
3.3 TEORI KEMORALAN SOSIAL
Teori kemoralan sosial dikenali sebagai Ethos iaitu hukum, adat resam,
kebiasaan dan tradisi. Keduanya, Mores iaitu adab, sopan, santun, tradisi yang
menentukan piawaian sesebuah kelompok. Hasil daripada takrifan ini lahirnya teori
kemoralan sosial (kemoralan konvensional/tradisionalisme).Ia merupakan peraturan
yang ditentukan oleh masyarakat dijadikan sebagai undang-undang dan diberi
autoriti dalam masyarakat.
Ahli masyarakat mesti menerima/patuh kepada sistem kepiawaian moral
(moral standards) bagi menyekat segala perbuatan buruk seperti mencuri, tamak,
dengki dan sebagainya. Setiap masyarakat mempunyai adat resam dan pantang
larangnya yang tersendiri Buddha - tidak amalkan cara hidup ekstrim, Kristian -
patuhi rukun 10, Hindu patuhi peraturan moral dari epik Ramayana, Upanishad
Islam disiplin melalui ajaran etika dan akhlak dari Al-Quran dan hadith.
Teori Kemoralan Sosial mengutamakan kepentingan dan faedah masyarakat,
bukan kepentingan diri seseorang individu. Akan tetapi, masyarakat yang terlalu
dikawal oleh peraturan khususnya peraturan yang menyekat kebebasan kehidupan
ahli masyarakatnya yang menyebabkan keadaan dogmatic (terlalu patuh kepada
peraturan) dan autoritatif (terlalu berkuasa). Contohnya, ada sesetengah peraturan
masyarakat melarang orang ramai mengkritik nilai-nilai moral dalam peraturan yang
telah ditetapkan oleh masyarakat. Ini telah mengurangkan autonomi (kebebasan
hak) ahli-ahli masyarakat dan menambahkan autoriti pihak berkuasa.
-
7/23/2019 TEORI ETIKA MORAL TEOLOGIKAL
11/14
Peraturan-peraturan masyarakat yang ditentukan oleh pihak autoriti dan
diterima oleh ahli-ahli masyarakat, akan lama kelamaan menjadi tradisi dan bersifat
mutlak. Sifat mutlak ini kadang-kadang menyebabkan perlakuan ahli-ahli masyarakat
ini menghadapi cabaran yang tidak dapat ditangani dengan peraturan mutlak ini,
khasnya dalam menghadapi situasi baru yang mengancam kebahagiaan dan
ketenteraman kehidupan ahli-ahli masyarakat ( Wiblatt, W. R. 1963). Sebagai
contoh, kemajuan sains dan teknologi, khasnya perkembangan teknologi maklumat
yang begitu pesat kadang kala menimbulkan fobia (ketakutan) pada seseorang
untuk menghadapinya. Fobia computer berlaku apabila sesetengah orang (khasnya
generasi yang lebih tua) tiba-tiba terpaksa berhadapan dengan penggunaan
computer yang canggih dan sotifiskated dalam kehidupan seharian. Walau
bagaimanapun, dilema menghadapi situasi baru ini dengan sendirinya akan berakhir
apabila seseorang individu atau keseluruhan masyarakat dengan serta-merta atau
beransur-ansur dapat menyesuaikan diri dengan perubahan situasi tersebut. Apa
yang menjadi masalah adalah apabila ahli masyarakat enggan membuat perubahan
terhadap peraturan tradisional atau adat resam masyarakat. Jika keadaan ini
berlaku, kita yakin bahawa kemoralan sosial masyarakat tersebut akan ketinggalan
masa dan akhirnya merugikan mereka sendiri.
Menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan
yang dibuat oleh masyarakat. (Peraturan biasanya ditetapkan oleh ahli-ahli falsafah
moral, pemerintah negara, tokoh-tokoh agama dll) Berlaku salah faham, konflik dan
ketegangan kerana setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza.
(Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969titik hitam dalam sejarah Malaysia)
Kesukaran masyarakat baru menyesuaikan diri dengan sistem moral yang
ada kerana masa dan keadaan telah berubah. (Contoh : Perkembangan teknologi
maklumat - perlu diterima supaya masyarakat tidak ketinggalan dan merugikan diri
sendiri).
-
7/23/2019 TEORI ETIKA MORAL TEOLOGIKAL
12/14
Mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun bertentangan
dengan kehendak hati mereka. (Individu tidak berhak menyuarakan pendapat)
Peraturan masyarakat dicabar oleh ahli masyarakat itu sendiri. (Sesetengah orang
melanggar peraturan untuk keuntungan dan kepentingan sendiri tetapi akhirnya
perbuatan itu merugikan masyarakat dan negaranya).
Tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat adalah baik. Terdapat
peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatif dan membawa keburukan.
Sebagai contoh di Malaysia, pada baru-baru ini polis Malaysia menggunakan
kekerasan bagi meleraikan perhimpunan jalanan yang dijalankan oleh pihak parti
pembangkang. Namun begitu, masih ramai golongan masyarakat di Malaysia yang
mengecam tindakan tersebut.
3.4 TEORI KEPERIBADIAN MULIA
Mengikut Ashmore, R. B. (1987), teori moral yang dikatakan sebagai satu
cara yang sistematik dalam menentukan soalan-soalan nilai, bermula apabila kita
bertanya Mengapa saya patut bertindak sedemikian dan bukan sebaliknya?
Teori ini menekankan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik.
Matlamatnya adalah untuk mengetahui kualiti dan taraf kehidupan yang diingini. Ia
juga menjadi satu piawai untuk menentukan kita hendak menjadi insan yang
bagaimana. Sebelum berbincang mengenai peraturan, soal keperibadian mulia perlu
dibentuk terlebih dahulu.
Peraturan dihuraikan dan dibuktikan berdasarkan konsep mengenai
keperibadian mulia. Tabiat atau perangai yang dibentuk dalam proses
perkembangan moral mengandungi kelakuan individu Mereka menentukan corak
tingkah laku dan respon terhadap situasi kehidupan.
-
7/23/2019 TEORI ETIKA MORAL TEOLOGIKAL
13/14
Teori ini menyatakan bahawa setiap keperibadian yang mulia merupakan
jalan tengah, iaitu sesuatu nilai yang diamalkan itu adalah tidak berlebihan dan
tidak juga terlalu kurang. Contohnya, seseorang yang mengamalkan nilai berani
hendaklah mengelakkan diri daripada perkara yang terlalu merbahaya tetapi bukan
semua bahaya. Teori ini menekankan cara-cara ideal untuk individu menjadi
seorang insan yang mulia.
Proses Perkembangan Moral Individu tidak dilahirkan dengan kebolehan
memahami dan mengaplikasikan kepiawaian moral Sama seperti kebolehan fizikal,
emosi dan kognitif seseorang yang berkembang apabila matang Kebolehan
seseorang menangani isu-isu moral dibina mengikut perkembangan kehidupan
mereka.
Keperibadian mulia telah didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa
dan mengutamakan sifat peribadi terhadap suatu kehidupan yang bermoral. Teori ini
berkait rapat dengan kaedah seikap baik dan sifat-sifat seorang insan bermoral.
Keperibadian mulia ialah kecenderungan untuk sesuatu tujuan. Ia bukanlah
perasaan atau kebolehan dan kekuasaan manusia merasai kerana seseorang itu
tidak boleh dipuji atau dikeji dan dikatakan baik atau jahat hanya sebab perasaannya
atau kerana dia berupaya merasai. Keperibadian mulia dianggap tidak dihasilkan
oleh alam semulajadi. Sebaliknya cara untuk memperoleh keperibadian mulia adalah
menerusi latihan dan pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan yang
menyenangkan dan menyeronokan.
Peribadi mulia tidak berlaku secara semulajadi, akan tetapi menerusi
latihan hingga menjadi satu kebiasaan dan menyeronokkan. Setiap keperibadian
mulia merupakan jalan tengah iaitu bermaksud tidak keterlaluan dan tidak terlalu
kurang. Tindakan yang berlebihan dan terlalu kurang adalah tindakan yang salah,
jahatn buruk dan tercela. Cara yang betul ialah mengambil pendekatan secara
sederhana dan pertengahan.
-
7/23/2019 TEORI ETIKA MORAL TEOLOGIKAL
14/14
Walaubagaimanapun, banyak kritikan yang diberikan terhadap teori ini.
Pertama sekali, terdapat manusia seperti nabi memiliki keperibadian mulia secara
semulajadi. Keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian dan pergaulan.
Teori jalan tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Hal ini demikian perbuatan
sederhana berbeza antara setiap individu. Selain itu, emosi manusia tidak boleh
dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur secara berterusan.
Sebagai contoh, dapat di berikan disini ialah dalam permainan bola sepak.
Keperibadian yang mulia yang ada pada setiap pemain dapat memastikan kelebihan
pasukan itu. Kemahiran adalah kebolehan seseorang itu melakukan tendangan yang
bagus dan baik. Sebelum menjadi tendangan yang bagus, setiap pemain perlu
melakukan latihan yang banyak dan betul. Jadi, sikap pemain perlulah positif dan
berdisiplin. Pemain juga perlu bersikap sederhana dan tidak berlagak. Jika berlagak
selepas memenangi sesuatu perlawanan, ia akan memberikan kesan yang buruk.