4_jadual berkala unsur

Upload: norjanah-ramli

Post on 26-Feb-2018

295 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    1/27

    1

    J DU L BERK L UNSUR

    Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    2/27

    2 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun

    Antoine Lavoiser (1743

    1794) merupakan ahli sains yangtelah mengelaskan bahan-bahan kepada logam dan bukan

    logam.

    Walau bagaimanapun, pengelasannya tidak berjaya kerana

    cahaya, haba dan beberapa sebatian yang lain turut dianggap

    sebagai unsur.

    Pada tahun 1829, Johann Dobereiner telah membahagikan

    unsur-unsur kepada kumpulan.

    Setiap kumpulan mengandungi tiga unsur dengan sifat kimia

    yang serupa yang dikenali sebagai triad Dobereiner.

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    3/27

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com3

    Pada tahun 1864, John Newlands telah menyusun unsurmengikut tertib menaik jisim atom. Beliau telah

    mengenalkan Hukum Oktaf iaitu sifat yang serupa berulang

    pada setiap unsur kelapan dalam susunannya.

    Malangnya Hukum Oktaf gagal kerana hanya dipatuhi oleh 17

    unsur yang pertama.

    Pada tahun 1870, Lothar Meyer telah memplot graf isi padu

    atom melawan jisim atom bagi semua unsur yang wujud

    ketika itu.

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    4/27

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com4

    Beliau berjaya menunjukkan bahawa sifat unsur dapatmembentuk suatu corak berkala terhadap jisim atomnya.

    Pada tahun 1869, Dmitri Mendeleev menyusun unsur

    mengikut tertib menaik jisim atom dan mengelaskannya

    mengikut sifat kimia yang serupa.

    Beliau meninggalkan ruang kosong dalam jadualnya bagi

    unsur-unsur yang belum ditemui dan mampu meramalkan

    sifat-sifat unsur ini.

    Pada tahun 1914, Henry J. G. Moseley telah membuat kajian

    spektrum sinar-X bagi unsur.

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    5/27

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com5

    Beliau telah menyusun semula unsur mengikut tertib menaiknombor proton dalam Jadual Berkala Unsur dan sekali gus

    mengesahkan penemuan Mendeleev.

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    6/27

    6

    Jadual Berkala Unsur moden ialah satu kaedah menyusun

    unsur-unsur mengikut tertib menaik nombor proton.

    Struktur asas Jadual Berkala Unsur ialah pembahagian

    kepada lajur menegak dan baris mendatar. Lajur menegak dipanggil Kumpulan dan dinombor dengan 1

    hingga 18.

    Nombor kumpulan bagi sesuatu unsur bergantung padabilangan elektron valens atom unsur tersebut.

    Baris mendatar dipanggil Kala dan di nombor dengan 1

    hingga 7.

    Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    7/27

    7

    Nombor kala bagi sesuatu unsur bergantung pada bilangan petalaberisi elektron atom unsur tersebut.

    Logam terletak di sebelah kiri manakala bukan logam terletakdisebelah kanan Jadual Berkala Unsur.

    Saiz atom dan sifat kelogaman unsur-unsur semakin bertambahsemasa menuruni kumpulan.

    Saiz atom dan sifat kelogaman unsur-unsur semakin berkurangsemasa merentas kala dari kiri ke kanan.

    Keelektropositifan unsur bertambah semasa menurunikumpulan.

    Keelektronegatifan unsur bertambah semasa merentas kala darikiri ke kanan.

    Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    8/27

    8 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    9/27

    9

    Unsur

    unsur Kumpulan 18 terdiri daripada helium, neon, argon,kripton, xenon dan radon. Unsur-unsur ini dinamakan gas adi.

    Gas adi mempunyai saiz atom yang kecil, tidak berwarna pada suhu dantekanan bilik serta mempunyai takat lebur, takat didih dan ketumpatanyang rendah.

    Petala terluar setiap unsur Kumpulan 18 diisi penuh dengan elektron. Atom helium, He mempunyai dua elektron valens iaitu susunan elektron

    duplet.

    Gas-gas adi yang lain mempunyai lapan elektron valens iaitu susunanelektron oktet.

    Susunan-susunan elektron ini sangat stabil dan menjadikan gas-gas aditidak reaktif atau lengai secara kimia.

    Gas-gas adi tidak perlu menerima, melepaskan atau berkongsi elektrondengan unsur-unsur lain.

    Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    10/27

    10

    Unsur-unsur Kumpulan 1 terdiri daripada litium, natrium,kalium, rubidium, sesium dan fransium.

    Unsur-unsur ini dikenali logam alkali.

    Unsur kumpulan 1 adalah lembut, konduktor haba dan

    elektrik yang baik, berwarna kelabu dan berkilau bagi

    permukaan yang baharu dipotong, serta mempunyai takat

    lebur, takat didih dan ketumpatan yang rendah.

    Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    11/27

    11

    Semasa menuruni Kumpulan 1: Saiz atom semakin bertambah kerana petala berisi elektron

    semakin bertambah

    Kereaktifan bertambah

    Takat lebur dan takat didih berkurang

    Ketumpatan meningkat

    Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    12/27

    12

    Setiap atom logam unsur Kumpulan 1 mempunyai satuelektron valens.

    Semasa tindak balas kimia, elektron valens akan dilepaskan

    untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil dan

    membentuk ion bercas +1.

    Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    13/27

    13

    Logam alkali bertindak balas dengan air secara cergasmenghasilkan larutan hidroksida logam yang beralkali dan gas

    hidrogen, H2.

    Contoh:

    2Li(p) + 2H2O(ce)2LiOH(ak) + H2(g)

    2Na(p) + 2H2O(ce)2NaOH(ak) + H2(g)

    2K(p) + 2H2O(ce)2KOH(ak) + H2(g)

    Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    14/27

    14

    Logam alkali terbakar dalam gas oksigen, O2menghasilkanpepejal putih oksida logam.

    Contoh:

    4Li(p) + O2(g)2Li2O(p)

    4Na(p) + O2(g)2Na2O(p)

    4K(p) + O2(g)2K2O(p)

    Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    15/27

    15

    Pepejal oksida logam yang terhasil larut di dalam air untukmembentuk larutan hidroksida logam yang beralkali.

    Larutan ini mengubah warna penunjuk fenolftalein daripada

    merah jambu kepada tak berwarna.

    Contoh:

    Li2O(p) + H2O(ce)2LiOH(ak)

    Na2O(p) + H2O(ce)2NaOH(ak)

    K2O(p) + H2O(ce)

    2KOH(ak)

    Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    16/27

    16

    Logam alkali terbakar dalam gas klorin, Cl2untukmembentuk pepejal putih klorida logam.

    Contoh:

    2Li(p) + Cl2(g)2LiCl(p)

    2Na(p) + Cl2(g)2NaCl(p)

    2K(p) + Cl2(g)2KCl(p)

    Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    17/27

    17

    Unsur-unsur Kumpulan 17 (halogen) terdiri daripada: Fluorin

    Klorin

    Bromin

    Iodin

    Astatin

    Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    18/27

    18

    Apabila menuruni Kumpulan 17: Saiz atom semakin bertambah kerana petala berisi elektron

    semakin bertambah

    Kereaktifan berkurang

    Takat lebur dan takat didih meningkat

    Ketumpatan meningkat

    Warna semakin gelap

    Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    19/27

    19

    Setiap atom halogen mempunyai tujuh elektron valens.

    Semasa tindak balas kimia, atom halogen akan menerima satu

    elektron untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil

    dan membentuk ion bercas -1.

    Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    20/27

    20

    Halogen bertindak balas dengan air untuk membentuk duajenis asid.

    Contoh:

    Cl2(ak) + H2O(ce) HOCl(ak) + HCl(ak)

    Br2(ak) + H2O(ce) HOBr(ak) + HBr(ak)

    I2(ak) + H2O(ce) HOI(ak) + HI(ak)

    Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    21/27

    21

    Halogen bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida,NaOH membentuk natrium halida, natrium halat(I) dan air.

    Contoh:

    Br2(p) + 2NaOH(ak)NaBr(ak) + NaOBr(ak) + H2O(ce)

    I2(p) + 2NaOH(ak)NaI(ak) + NaOI(ak) + H2O(ce)

    Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    22/27

    22

    Halogen dalam keadaan gas bertindak balas dengan ferumyang panas untuk membentuk ferum (III) halida.

    Contoh:

    3Cl2(g) + 2Fe(p)2FeCl3(p)

    3Br2(g) + 2Fe(p)2FeBr3(p)

    3I2(p) + 2Fe(p)2FeI3(p)

    Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    23/27

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com23

    Merentas Kala 3 pada Jadual Berkala Unsur dari kiri kekanan:

    Nombor proton bertambah daripada satu unsur ke unsur yang

    berikutnya

    Semua atom unsur mempunyai 3 petala yang berisi elektron Bilangan elektron valens bertambah dari 1 hingga 8

    Semua unsur wujud sebagai pepejal kecuali klorin dan argon

    yang merupakan gas

    Jejari dan saiz atom unsur semakin berkurang

    Keelektronegatifan unsur semakin bertambah disebabkan daya

    tarikan nukleus terhadap elektron valens bertambah kuat

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    24/27

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com24

    Semasa merentas Kala 3 dari kiri ke kanan: Unsur-unsur berubah daripada pepejal kepada gas

    {Na, Mg, Al, Si, P, S,} {Cl, Ar}

    Pepejal Gas

    Unsur-unsur berubah daripada logam kepada separuh logam(metaloid) dan kemudian bukan logam.

    {Na, Mg, Al,} {Si,} {P, S, Cl, Ar}

    Logam Separuh logam Bukan logam

    Oksida bagi unsur-unsur berubah daripada bes kepadaamfoterik dan kemudian asid.

    {Na2O, MgO,} {Al2O3,} {SiO2, P4O10, SO2, Cl2O7}

    Oksida bes Amfoterik Oksida asid

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    25/27

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com25

    Unsur-unsur peralihan berada dalam Kumpulan 3 hinggaKumpulan 12 pada Jadual Berkala Unsur.

    Contoh unsur peralihan ialah:

    Titanium

    Tungsten

    Ferum

    Nikel

    Kuprum

    Kromium

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    26/27

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com26

    SEMUAUNSUR

    PERALIHAN

    logampepejal

    permukaanberkilat

    mulur

    bolehditempa

    mempunyaikekuatanregangan

    tinggi

    mempunyaitakat leburdan takat

    didih tinggi

    konduktorhaba danelektrik

    yang baik

  • 7/25/2019 4_jadual Berkala Unsur

    27/27

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com27

    SIFATISTIMEWA

    UNSURPERALIHAN

    Membentuk ionatau sebatian yang

    berwarna

    Menunjukkanpelbagai nombor

    pengoksidaandalam sebatiannya

    Bertindak sebagaimangkin dalam

    tindak balas kimia