unsur mistik dalam masyarakat melayu dan pri-bumi

67
 Unsur-unsur Mistik Masyarakat Melayu dan Pri-Bumi Preetpal Singh A/L Ranjit Singh KLB1460010 Maisarah Binti Azhar KLB1490025 Zu’irah Binti Zulhairul KLB1490162 Muhammad Bin Ismail KLB1490156 Putri Nur Balqish Zamine Binti Nor Zamri KLB1460008 Mogana Devi A/P Perumal KLB1490138 Akmar Hadati Binti Jasmi KLB1460075 Kishen Naidu KLB1460182 Puteri Nadzirah Inez Binti Mohd Amran KLB1460024

Upload: mun-tajuddin

Post on 08-Oct-2015

290 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

unsu-unsurr mistik dalam masyarakat melayu dan pri-bumi. subjek titas

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Unsur-unsur Mistik Masyarakat Melayu dan Pri-BumiPreetpal Singh A/L Ranjit SinghKLB1460010Maisarah Binti AzharKLB1490025Zuirah Binti Zulhairul KLB1490162Muhammad Bin IsmailKLB1490156Putri Nur Balqish Zamine Binti Nor ZamriKLB1460008Mogana Devi A/P Perumal KLB1490138Akmar Hadati Binti JasmiKLB1460075Kishen Naidu KLB1460182Puteri Nadzirah Inez Binti Mohd Amran KLB1460024

PendahuluanKebudayaan mempunyai hubungan yang sangat erat dengan sesebuah masyarakat

Budaya mempamerkan sifat masyarakat tersebut dan terbentuk dari unsur-unsur yang rumit termasuklah agama, adat istiadat, pakaian dan karya seni

Unsur mistik yang terdapat dalam masyarakat melayu dan pri bumi telah lama wujud dan masih lagi dipraktikan oleh segolongan masyarkat melayu and pri bumi

Penyebahan pokok, burung dan objek lain adalah contoh unsur mistik yang digunakan

Unsur-unsur mistik dan signifikannya dalam tarian tradisional di Malaysia dan pri bumi dapat dikenali dan difahami serta dapat mengetahui pendapat masyarakat setempat tentang pandangan dan masa depan tarian tradisional ini yang semakin luput ditelan zaman terutamanya.Unsur-Unsur Mistik Masyarakat Melayu SAKAJin yang dibela sebagai perlindungan diriBiasanya bertujuan sbg pendampingAkan diwariskan ke generasi seterusnyaDijamu acak utk mengelak dr berlaku onarAda yg guna utk aniayai org dan sbg pelarisMewariskan melalui akad atau fizikalSaka tanpa tuan disyaki akan mengangguSaka juga boleh merasuk bayi kecilSaka boleh dikurung dlm bekas saka boleh diikat di tmpt yang kekalPENANAMAN URI BAYIUri bayi adalah placenta

Hukum menanam uri adalah 'harus

Hendaklah dibersihkan dulu sblm tanam

Khurafat : tanam dgn alatan tambahan spt pensil dan pembaris

Ditanam kaca atau alatan tajam spt paku di sekeliling

Menyalakan api kecil di waktu malamSANTAU

Bertujuan untuk meracuni mangsa

Menggunakan kaca jernih, buluh miang

Niat utk tuntut bela, balas dendam

2 cara : santau fizikal @ santau angin banyak alternatif disediakan antaranya doa dan banyak membaca Al-QuranKHURAFATKhurafat ini berasal dari bahasa arab kharafa-yakhrifu- kharfan- khurafatanKhurafat didefinisikan sebagai sebaris kata yang membawa erti kepercayaan yang karut, dongeng dan tahyulIstilah syarak pula mengertikan perkara ini sebagai semua kepercayaan yang diyakini kegiatannya memiliki dasar dan bersumber daripada ajaran agama Islam Semasa KelahiranUri atau placenta adalah tisu yang melekat pada rahim ibu dan disambung ke badan bayi melalui tali pusat. Masyarakat melayu Islam menanam uri-uri ini kebiasaannya di hadapan rumah. Kalau tanam jauh-jauh dikhuatiri akan mendapat jodoh daripada orang jauh juga.Kepercayaan bahawa uri kepada anak perempuan baru lahir di tanam bersama senduk dan sudu menyebabkan anak perempuan itu nanti pandai memasakSemasa MengandungKepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik kepercayaan karut yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzamanKENANBinatang-binatang mampu menyebabkan kecederaan kepada manusia di dalam proses kejadian manusia Binatang yang di kenan kepada anak-anak yang lahir itu telah dizalimi oleh ibu-bapanyaKenan ini sebenarnya budaya masyarakat Animisme yang masih wujud di dalam amalan-amalan kita sehari-harianIa telah membudayakan pemikiran kita agar takut kepada kekuasaan luar biasa haiwan. Islam telah meletakkan pemikiran kita lebih baik daripada penyembah haiwan.Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.

Pantang Larang Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.

MANDI BUNGA Pembuangan sial di badan Menaikkan seri wajahMenjauhkan seseorang daripada didekati oleh semangat jahatMendapat jodoh dengan lebih cepat

Cara-cara:7 jenis warna bunga, daun limau, dan sirih pinang. Memakai kain batik sahaja tanpa alas atau berkemban. Upacara akan dijalankan dengan bacaan mantera atau jampi serapah.

SUSUKTujuan:Untuk kelihatan cantikMegurangkan kedut dan menegangkan kulit

Jenis:bacaan ayat al-Quran cth: untuk menjauhkan dari syiriksusuk objek cth: emas, berlian, perak dan sebagainya

SambunganCara-cara:

Pemakaian susuk lebih mudah dikatakan dengan mencucuk emas dengan jarum di bahagian yang dikehendaki seperti muka, dada dan kemaluan7 jenis warna bunga, daun limau, dan sirih pinangMemakai kain batik sahaja tanpa alas atau berkembanBacaan mantera atau jampi serapah.

SambunganKesan-kesannya:Menjerumus kearah maksiat kerana menarik perhatian lelaki bukan muhrimJin ada pada sekeliling wajah pemakaiMendapat mimpi ngeri dan jin itu akan mengganggunya sehingga tidak boleh tidur malam.

Pantang-larang:Tidak boleh melintasi di bawah ampaian besi, meminum air zam-zam, Memakan pisang emas Makanan yang bercucuk seperti sate

Contoh kesan memakai susuk

KEMATIANDefinisi JAKIMBercerai roh dari badanDefinisi Dewan Bahasa & PustakaMeninggal dunia

Maksud Firman Allah S.W.T:Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari kiamat.(Al-Quran, Surah Al-Imran: ayat 185)

Wajib bagi seseorang yg beragama Islam utk menguruskan mayat saudara sesama IslamHukum asal pengurusan jenazah orang Islam adalah fardu kifayah (jika ianya tidak dilakukan maka berdosa semua umat Islam)Fasa kematian:Fasa semasa kematianFasa semasa pengebumianFasa selepas kematianKEMATIANSemasa kematianMemberitahu tok imam agar dapat dihebahkanMayat dibaringkan di tengah rumah (kepala hingga kaki ditutup)Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat, tangan dikiamkan (tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada)Penziarah yg datang akan membacakan ayat-ayat suci al-QuranTempat bara diletakkan di hadapan mayat dan kemenyan akan dibakarSekiranya mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan diadakan

SambunganSemasa kematianMayat perlu dikebumikan secepat mungkinSebelum dikebumi, mayat dimandikan dengan cermatMayat perempuan dimandikan oleh tukang mandi mayat perempuan dan begitu juga sebaliknyaNamun, lebih baik sekiranya ahli keluarga mayat sendiri yg memandikan mayatJenazah dikapankan (jenazah lelaki 3 lapisan, jenazah wanita 5 lapisan berserta telekung)Jenazah dipakaikan celak dan kapur barusPenghormatan akhir- keluarga terdekat & muhrim dibenarkan utk mengucup mayat (tidak boleh menitiskan air mata ke tubuh mayat)SambunganSemasa kematianMayat disembahyangkan samada di rumah atau masjidSebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda, wakil/waris si mati akan memberi ucapan ringkas (mohon maaf/ampun bg si mati sekiranya semasa hayatnya pernah berbuat dosa terhadap seseorang)Dituruti dgn adat lalu dibawah keranda sebanyak 3 atau 7 kali, dipercayai bg mengelakkan rasa rindu kepada si mati

SambunganSemasa pengebumianKeranda diusung ke tanah perkuburan (menaiki kenderaan jika tapak perkuburan jauh)Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah sehingga ke kuburKaum wanita tidak begitu digalakkan (khuatir akan terlalu meratapi kematian)Tangisan dan ratapan yg berlebihan tidak digalakkan dalam islamKeranda akan dimasukkan ke dalam liang lahad/lubang kubur yg telah digali terlebih dahuluPapan penutup keranda dibuka, mengerengkan badan mayat, ikatan di kepala akan dibukaSambunganSemasa pengebumianTanah diambil dan dikepal utk menyendal kepala jenazah dan azan akan dilaungkan di telinga jenazahTanah akan ditimbus, dipacakkan objek seperti kayu atau ranting sebagai penanda kuburTalkin dan doa dibaca sejurus kubur ditimbusAhli keluarga, saudara mara, penziarah akan mengambil peluang utk menyiram kubur dari bahagian kepala hingga ke bahagian kakiBunga ditaburSambunganSelepas kematianKenduri arwah & doa selamat diadakan oleh ahli keluarga setelah selesai urusan pengebumianKenduri lazimnya diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh atau keseratus hariTujuan bagi mendoakan kesejahteraan si matiTerdapat segelintir masyarakat melayu meneruskan dgn adat meletakkan batu kecil di atas pusara & membuat pagar disekelilingnya pada hari keseratus

SambunganSelepas kematianAmalan berkabung dilakukan selama 3 hari jika diizinkan suami bg wanita yg kematian ahli keluarga4 bulan 10 hari bagi wanita kematian suamiMenurut islam, wanita kematian suami tidak boleh memakai celak, baju berwarna, wangian, berinai serta menyikat rambut kecuali ketika baru bersih selepas datang haidUnsur-Unsur Mistik Masyarakat Pri-Bumi SUKU KAUM MAH MERITerdiri daripada suku kaum orang asli senoiMenetap di Pulau Carey, SelangorJuga dikenali sebagai orang laut Berhijrah dari Pulau-Pulau di selatan Johor ke pantai negeri Selangor

Perkahwinan Suku Kaum Mah MeriPerayaanKepercayaan Kematian Suku Kaum Mah MeriPantang LarangPerkahwinan Memelihara upacara menghalau hantu syaitan dengan cara mereka tersendiriTujuan upacara pemujaan diadakan adalah untuk memberitahu nenek moyang bahawa cucu mereka bakal berkahwin

Istiadat mengasah gigi dan Kain hitam akan digunakan dan cincin adalah alat pengasah yang digunakan untuk mengasah gigi

Sambungan Upacara perkahwinan dimulakan dengan tok dukun membawa pengantin lelaki memusing mengelilingi sekumpulan gadis bersama pengantin perempuan yang dilitupi kelambu dan diasap dengan kemenyan Upacara itu bertujuan menghalau syaitan dan mengelak perkara buruk Ketika majlis persandingan upacara melambung duit dilakukan sebagai simbolik kepada kebebasan mempelai menentukan arah tuju hidup di alam rumahtangga

Sambungan Mempelai makan bersama-sama agar berakhir dengan serentak supaya hidup mereka berkekalan bahagia Jika seorang daripada mempelai memakan lebih awal diantara mereka, dipercayai perlakuan itu akan mengundang kecelakaan dalam rumah tangga pada masa depan Selepas selesai majlis perkahwinan, pasangan pengantin dilarang keluar rumah untuk tempoh tiga hari untuk mengelak daripada diganggu hantu atau syaitan Sambungan Rumah pengantin tidak akan disapu dengan penyapu lidi, tidak boleh berlaku pergaduhan dan peralatan yang dipinjam semasa majlis itu hendaklah dikembalikan selepas tiga hari

Perayaan

Upacara puja pantai (moyang laut) dan perayaan musim buahPersembahan makanan kepada moyang akan dilakukan secara besar-besaranUpacara ini dijalankan untuk memohon restu moyang supaya mereka mendapat hasil tangkapan laut yang banyak dan memohon agar keselamatan mereka tidak diancamUpacara musim buah pula dijalankan secara sederhana selepas musim buah-buahanKepercayaan

Sesuatu kejadian (baik atau buruk) merupakan petunjuk untuk memulakan pekerjaan atau perjalanan baruJika makan tebu waktu malam, mereka seolah-olah menghisap darah keluarga yang telah mati Berjalan dalam panas pula dianggap seperti disampuk hantuJika tidak menghormati orang tua, badan mereka akan menjadi kurus dan sering mendapat penyakitMakan kerak nasi maka hutang si peminjam tidak dapat dibayar

Kematian Suku Kaum Mah Meri

Mayat akan diletakkan di tempat lapang seperti di serambiTidak dibenarkan makan dan minum jika mayat masih dirumah kecuali untuk roh si mati dimana satu hidangan diletakkan di tempat khasMayat akan dijaga supaya tidak dilangkah kucing kerana mayat akan dirasuk hantu dan bangun mengganggu keluarganya

Pantang Larang

Pantang larang pada makananTetamu dianggap kurang sopan jika tidak menjamah makanan yang telah disediakanDilarang membuang sisa makanan di merata tempat yang mungkin dimakan oleh semut atau binatang atau pun dihayutkan oleh air. Oleh kerana itu, sisa makanan hendaklah dikumpulkan untuk ditanam atau dibakar atau si pembuang akan mendapat busungPantang larang pada binatang buas Dilarang bercakap besar atau mengata dan tidak boleh sesekali mengambil sisa binatang buas untuk dimakan Akibat dari perbuatan ini binatang buas itu akan mengetahui dan timbul perasaan marah terhadap orang ituSelain itu, tempat-tempat dimana binatang buas membunuh manusia tidak boleh dilalui jika tidak mereka akan jatuh sakit atau mungkin mengigau wajah binatang buas tersebutKAUM SEMAI Masyarakat pribumi yang terbesar ialah masyarakat orang asli semai dari kumpulan senoi. Terdapat dua suku yang menyebabkan terbentuknya kaum semai iaitu terdiri daripada: suku hoabinhnian dan suku neolitik. Antara tempat tinggal suku kaum semai meliputi beberapa kawasan seperti: banjaran titiwangsa, perak tengah, perak selatan dan pahang barat.Kepercayaan AnimismeSeluruh objek di sekeliling mereka mempunyai semangat tertentu atau mempengaruhi kehidupan mereka dengan kuasa yang luar biasa. Mementingkan kehidupan yang harmoni antara manusia dengan alam semesta di mana ianya adalah kunci kesejahteraan dan kebahagiaan. Nilai-nila Murni Kaum Semau Melalui Konsep Pandang DuniaPuak semai mengatakan jasad, semangat, roh dan malaikat merupakan unsur yang membentuk manusia. Makhluk superhuman dikatakan mengawal manusia di mana ianya dipercayai wujud di sekeliling mereka. Oleh hal yang demikian, makhluk superhuman ini terbahagi kepada tiga iaitu:

1) Nyenaang2) Maklikat3) Nyaniik

Nyenaaang & MaklikatNyenaang merupakan kuasa yang sama seperti tuhan. mempunyai orang suruhannya yang digelar Maklikat. Nyaniik merupakan kuasa utama dalam sistem kepercayaan Semai dan mempengaruhi mereka dengan kukuh. Nyaniik lebih dipercayai dengan bersikap baik dan bersimpati terhadap manusia.Kemarahan,teguran,sapaan dan pertanyaan Nyaniik diolahkan sama ada dalam bentuk bencana alam mahupun bencana penyakit.

Nyaniik Masyarakat semai dengan nyaniik ini mempunyai perhubungan yang berbentuk pertentangan tabii. Nyaniik (makhluk superhuman) merupakan pihak yang paling berkuasa, sama ada memberi kebaikan kepada manusia ataupun sebaliknya iaitu dengan meghuru-harakan kehidupan manusia melalui bencana alam atau bencana penyakit. Manusia pula berada di pihak yang lemah yang dapat dilihat dengan pengakuan yang ditekankan oleh biduan yang diwakili hala (bomoh/dukun) semasa berhubung dengan makhluk-makhluk tersebut dalam upacara berkebut.

Konsep-Konsep Yang Diamalkan Oleh Kaum Semai

Selanjutnya, pelbagai konsep-konsep kepercayaan karut atau unsur mistik yang diamalkan oleh kaum Semai. Konsep-konsep berikut adalah:-TenghaakTerlaijSrenglookPuhnanTarok NgooiTenghaak & TerlaijKonsep teghaak (berdusa) merupakan ahli-ahli masyarakat yang membuat sesuatu kesalahan dalam keadaan yang bersalah. Nyenaang (datuk,tuan,tuhan) atau makhluk superhuman ini memberi pembalasan terhadap manusia melalui konsep teghaak.Konsep terlaij pula berperanan dalam membentuk kehidupan sosial masyarakat. Engku (guruh/petir) merupakan denda berikutan konsep terlaij yang berpunca daripada kemarahan makhluk berkenaan.

Srenglook & PuhnanMasyarakat ini ditegah melalui konsep Strenglook supaya segala janji dihormati. Konsep ini terjadi apabila seseorang memungkiri janji. Konsep puhnan adalah pengawalan dan membentuk kehidupan sosial masyarakat ini. Konsep ini yang bermaksud kempunan iaitu kegagalan merupakan seseorang yang gagal dalam memenuhi hasrat atau kehendaknya, bakal ditimpa bencana.

Tarok & NgooiTarok dan ngooi adalah antara konsep lain yang membentuk kehidupan sosial masyarakat ini. Kedua-dua ini adalah konsep bencana penyakit. Tarok terkena dan Tarok perbuatan orang ialah pembahagian kepada konsep Tarok. Ngooi pula menerangkan tentang penyakit yang timbul jika Nyaniik menguasai ngooi (bau) manusia.Nyaniik (hantu) ngooi bersifat binatang umpama kerbau, gajah, babi dan lain-lain yang terdapat di dalam hutan.

KAUM TEMIARPenempatan rumpun bangsa Temiar yang terbanyak dapat dilihat di daerah Gua Musang, Kelantan yang menganjur hingga ke sempadan Perak dan Kelantan. Melalui kaedah berhalaq, lokasi membuat rumah panjang ditentukan oleh Penghulu atau Batin. membina kediaman sendiri apabila sekian lama tinggal di rumah panjang tersebut. Mereka bercucuk tanam,berburu dan mencari tumbuhan hutan sebagai sara hidup mereka.

PerkahwinanAdat menanggung (meyakinkan bakal mertua). Penawaran diri dalam pengurusan kerja-kerja seharian haruslah dilakukan bakal menantu lelaki dalam meyakinkan mertua terhadap kewibawaannya yang menunjukkan mereka sanggup menanggung bakal keluarganya. Adat ini dikenali sebagai Adat Menunggu.

Kepercayan Kaum Temiar1.Karei/EngkuPerbuatan keji yang dilakukan dan pelanggaran pantang larang akan diturunkan bala oleh makhluk yang dipercayai besar dan berkuasa tinggal di angkasa Karei marah.2.PenungguMasyarakat Temiar percaya bahawa tempat yang berpenunggu seperti lubuk ,lata, teluk, gua, bukit dan gunung harus dielak dan tidak diganggu. Penunggu akan menyampuk mereka yang lemah semangat jika mereka menegur atau berkata sesuatu di tempat tersebut.3.Kayu MerbauPada waktu subuh,senja dan ketika hujan panas serta ada pula pelangi terutamanya, mereka mempercayai bahawa teras kayu merbau boleh memanah dan mengenai sesiapa sahaja yang lalu.

Sambungan4. Pantang HarimauJelmaan harimau akan datang mengganggu orang yang memungkiri janji jika tidak membuat pertemuan yang dibuat.5. Bunga PakmaKecuali Tok Halaq, bunga pakma tidak boleh dipetik. Apabila terjatuh dan bergolek ketika membawanya, ia boleh bertukar menjadi harimau (ruai).

6. Buah-buahan HutanDalam upacara gotong-royong pada sesuatu musim, buah Perah dan buah-buahan lain di dalam hutan hendaklah dipetik untuk dibuat kenduri. Selepas itu baru boleh dipetik. Harimau diarahkan oleh ruai buah-buahan yang akan datang menganggu orang lain jika mereka melanggar pantang larang berkenaan.Sambungan7. Kempunan (Selantap)Kempunan yang bermaksud ditimpa bala atau kesusahan datang menimpa jika sesuatu keinginan atau niat tidak tercapai oleh suka kaum Temiar.8. Suara BurungRoh si mati yang sedang berkeliaran ditegur apabila burung Chiap Chereyet berbunyi. Seseorang haruslah mengasap badan dengan asap agar badi tidak merasuk atau menganggu keluarga mereka jika mendengar bunyi burung tersebut.KAUM TEMUAN Suatu masyarakat pribumidari kumpulan melayu proto atau lebih mudah dikenali sebagai melayu asli. Selangor, melaka, pahang, negeri sembilan, dan daerah muar, malah johor merupakan antara penempatan pertama bagi suku kaum temuan ini. Petempatan-petempatan masyarakat ini terletak berdekatan dengan kampung tradisi melayu dan di pinggiran bandar. Faktor yang menarik perhatian ramai dari suku kaum ini adalah berkenaan dengan kepercayaan mereka yang kebanyakkan berunsur mistik.

KepercayaanPada awalnya merupakan antara penganut penganut animisme dan menyembah nenek-moyang mereka dahulu. Percaya pada kewujudan tuhan yang juga di kenali sebagai cemok dan lenggoi.Cemok dan lenggoi dipercayai sebagai nenek-moyang mereka dan dipercayai wujud dalam pelbagai bentuk seperti angin, hujan dan kilat dan yang berkenaan.Orang temuan juga percaya bahawa batu besar, sungai, pokok tinggi dan gunung adalah tempat tinggal hantu dan jin. Terdapat tiga hantu yang dianggap penting iaitu hantu malaikat, hantu beburung dan hantu lidah tanah. Hantu-hantu ini juga dipercayai adalah hantu jahat dan penyebab kepada pelbagai jenis penyakit. Untuk melawan hantu jahat ini, orang temuan bergantung pada bomoh yang dikenal sebagai orang bertangkai yang juga dikenali sebagai pawang.

SambunganPawang menggunakan beberapa herba hutan dan kayu-kayan seperti kayu gaharu dalam pengubatannya. Kayu gaharu itu akan dibakar untuk meminta bantuan daripada tuhan untuk menghalau hantu itu. Kadangkala sawai dilakukan untuk memulihkan pesakit dengan meminta pertolongan daripada nenek-moyang mereka serta pelbagai jin dan roh.kepercayaan yang telah menarik perhatian ramai adalah orang Temuan mempunyai sistem kalendar mereka sendiri yang berdasarkan umur bulan. Menurut sistem kalendar mereka, terdapat 360 hari dalam setahun dengan 30 hari setiap bulan yang agak luar biasa. Faktor yang agak luar biasa yang di jumpai adalah hari pertama dalam setiap bulan ditunjukkan oleh jeritan monyet liar.

SambunganAntara lagenda lagenda kaum temuan adalah Mamak dan Inak Bungsuk adalah penyambung zuriat untuk semua kaum Temuan setelah peristiwa "Banjir Besar" beribu-ribu tahun dahulu."Banjir Besar" berlaku kerana pada masa dulu Orang Temuan suka membuat "Celau" iaitu perkara-perkara yang terlarang dan menyebabkan Muyang dan Tuhan murka kepada mereka. Gunung Raja merupakan tempat kelahiran kaum Temuan.Gunung Raja terletak di antara sempadan negeri Selangor dan Pahang. Terdapat makhluk Halus yang mendiami Gunung Raja. Hantu seburu atau juga dikenali sebagai bigfoot telah wujud sejak zaman Mamak dan Inak Bungsuk lagi. Hantu Seburu ini adalah sebenarnya orang Asli Temuan yang menuntut salah ilmu Antara lagenda lagenda kaum temuan adalah Mamak dan Inak Bungsuk adalah penyambung zuriat untuk semua kaum Temuan setelah peristiwa "Banjir Besar" beribu-ribu tahun dahulu."Banjir Besar" berlaku kerana pada masa dulu Orang Temuan suka membuat "Celau" iaitu perkara-perkara yang terlarang dan menyebabkan Muyang dan Tuhan murka kepada mereka.Sambungan Gunung Raja merupakan tempat kelahiran kaum Temuan.Gunung Raja terletak di antara sempadan negeri Selangor dan Pahang. Terdapat makhluk Halus yang mendiami Gunung Raja. Hantu seburu atau juga dikenali sebagai bigfoot telah wujud sejak zaman Mamak dan Inak Bungsuk lagi. Hantu Seburu ini adalah sebenarnya orang Asli Temuan yang menuntut salah ilmu KAUM JAH-HUTKaum pribumi Jah-Hut adalah antara 3 puak utama pribumi iaitu Senoi, Melayu-Proto dan juga Negrito yang terdapat di Malaysia dan juga suku bangsa Jah Hut digolongkan sebagai salah satu etnik dari puak Senoi yang terdapat di daerah Jerantut dan Temerloh di negeri Pahang.

Masyarakat ini telah dikenali dengan kemahiran pengukiran kayu, perubatan tradisional dan juga penyihir iaitu bomoh dalam penyembuhan penyakit. Secara langsung, sumber pendapatan serta sara menyara hidup mereka amat bergantung kepada hasilan hutan dan pertanian.

Mengikut tradisi, jawaatan Batin diwarisi turun-temurun oleh anak lelaki sulung dan bertanggungjawab sebagai Ketua Pentadbiran kampung, Ketua Adat atau wakil sukunya" Malahan, gelaran dalam masyarakat Jah Hut agak unik memandangkan panggilan kepada ibu bapa yang telah berkeluarga adalah berdasarkan nama anak sulung mereka, misalnya jika anak sulung bernama Abu, maka panggilan kepada bapa ialah Pak Abu atau Tai Abu, manakala ibu digelar sebagai Mak Abu / Deh Abu atau Wei Abu.

PerkahwinanTeruna dan dara mula berkenalan menerusi upacara nisaoi" buah tangan akan dihadiahkan oleh lelaki tersebut dan sekiranya diterima oleh pihak perempuan, maka lelaki tersebut akan meminang dan bertunang dengan gadis idamannya. Majlis pernikahan dijalankan tetapi berlangsung pada waktu malam terlebih dahulu di rumah pihak perempuan sehari sebelum di rumah pengantin lelaki. Semasa majlis pernikahan di rumah pihak lelaki, upacara pembayaran adat diadakan dan nasihat diberi kepada pengantin.

SambunganIbu yang hamil dilarang membuat kerja seperti mengikat dan memaku manakala suami dilarang membuat kerja yang sukar seperti mendirikan tiang rumah. Tempoh berpantang bagi ibu tersebut ialah selama empat puluh empat hari dan dia dilarang memakam makanan berminyak, pedas dan berbau keras kerana ditakuti anak akan menjadi bantut. Setelah tamat tempoh pantang, ibu tersebut akan membayar langir kepada bidan dengan cara mencuci rambut bidan oleh ibu tersebut.

Kepercayaan Kaum Jah-HutMengamalkan kepercayaan animisme juga di mana mereka percaya bahawa persekitaran semulajadi adalah dilindungi oleh semangat alam dan tumbuh-tumbuhan.Kegiatan pengukiran kayu bukan sahaja merupakan satu sumber pendapatan utama, tetapi juga merupakan satu lanjutan untuk kepercayaan keagamaan mereka. Suku kaum ini terkenal dengan ukiran-ukiran kayu (arca). Kegiatan ekonomi puak tersebut bergantung kepada penjualan kayu kayu tersebut.Setiap ukiran mempunyai pelbagai tujuan dan maksud dari segi kepercayaan, mistik, keagamaan, lagenda malah ianya juga menggambarkan kehidupan mereka itu. Ukiran kayu (cengal, merbau, tembusu kayu, sena, merpati dan banyak lagi.) Berbentuk patung figura haiwan dan manusia serta alam ghaib seperti hantu. Kesemua ukiran hanya menggunakan alatan tangan sahaja.

SambunganMembina penanda kubur berbentuk piramid yang mirip piramid tinggalan puak mayan dan aztec di mexico serta guatemala. Penolong kurator kanan muzium seni kraf orang asli, ahmad zulkarnain alias berkata, tidak mustahil sejarah panjang pribumi yang terdapat di negara ini mempunyai hubung kait dengan tamadun mayan berdasarkan persamaan seni reka keranda yang digunakan kedua-dua etnik tersebutKeranda yang digelar galang ini disusun secara bertingkat. Pada kebiasaannya ia menggunakan 16 batang kayu utama, kerja menyiapkan keranda dan penanda kubur tersebut dilakukan selepas hari ketujuh kematian. Katanya, empat batang kayu di bahagian paling atas akan diukir dengan pelbagai motif yang menjadi simbol membezakan mayat lelaki dan perempuan.Larangan bagi pasangan yang baru berkahwin dalam tempoh 7 hari masuk ke hutan. Ia dibimbangi akan mendapat kecelakaan atau gangguan daripada hantu atau syaitan..

SambunganMasyarakat Jah Hut juga dilarang daripada menegur atau menyapa orang yang hendak pergi memasang jerat atau mengail. Ia dikatakan akan menyebabkan jerat yang dipasang tidak akan mengena atau terkena pada orang lain dan tidak dapat menangkapi dengan banyak. Ketika membuat perangkap, orang asli Jah Hut dilarang darpada membuang air besar. Seperti biasa ia dikuatiri akan menyebabkan perangkap yang dipasang tidak akan mengena atau membawa malang.. Orang Jah Hut juga dilarang memuji kecantikan anak kecil. Ia dikuatiri akan menyebabkan kanak-kanak tersebut akan tidak cantik lagi apabila dewasa kelak. Masyarakat Jah Hut melarang bersiul pada waktu malam kerana perbuatan itu akan mengundang hantu atau jembalang datang ke rumah

SambunganPantang larang semasa membuat rumah juga ada. Peranan puyang (pawang) adalah besar dalam masyarakat orang jah hut selain daripada tok batin sebagai ketua masyarakat kaum jah hut. Masyarakat jah hut adalah sama dengan masyarakat orang asli yang lain mengamalkan cara hidup yang berpindah randah. Sekiranya kawasan pertanian mereka sudah tidak subur lagi merekaakan berpindah ke tempat lain. Sebelum rumah-rumah dibina, puyang akan menentukan sama ada tapak rumah tusesuai untuk dibuat rumah atau pun tidak. Mereka percaya sekiranya rumah itu didirikan di tapak yang tidak sesuai, isi rumah itu akan mudah mendapat penyakit atau serangan mahluk halus. Pembahagian tapak rumah atau kawasan ditentukan oleh ketua keluarga dan akan diputuskan oleh tok batin. Rumah-rumah dibina secara derderau (gotong-royong) dan bergilir-gilir. Pembinaan rumah dimulakan pada awal bulan islam dan disiapkan pada bulan itu juga.

SambunganBahan binaan untuk membuat rumah adalah di perlihara dari hutan itu juga. Bahan ikatan semuanya diperbuat daripada rotan. Jika diamati daripada kepercayaan masyarakat Jah Hut ini, terdapat sedikit pengaruh Islam dalam proses mereka membuat rumah. Ini mungkin berlaku disebabkan terdapatnya orang Islam yang pernah datang untuk mengajar tentang agama Islam. Tidak dinafikan juga kebelakangan ini, sebilangan kaum Jah Hut yang telah memeluk Islam dan mengamalkan cara hidup Islam.

66KESIMPULANOrang islam harus menyedari bahawa perkara-perkara mistik dan tahyul yang berlaku dalam masyarakat kini adalah permainan syaitan yang memainkan pemikiran manusia semata-semata

Semua pihak perlu prihatin dengan isu fahaman atau ajaran yang menyeleweng dari landasan islam

Hal ini penting supaya isu-isu berkaitan dapat ditangani dengan baik dan berhikmah demi kesucian agama, maruah bangsa dan keperluan negara

Walhal, allah swt, bagi umat islam telah menyatakan di dalam al-quran bahawa setiap kelakuan yang di murkai-nya akan menerima padah di akhirat kelak.