Download - Buku Konvo
-
7/25/2019 Buku Konvo
1/30
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA SURAT
1. Setitik Tinta Dari Pendaftar
2. Proses-proses Wajib Dilakukan Sebelum Majlis Konvokesyen
2.1 Kajian Pengesanan Graduan IPT 2014 1-2
2.2 Pengambilan Gambar (Kad Alumni) 2-3
2.3 Kaedah Pembayaran Untuk Yuran Konvokesyen/Yuran/Lain-lain
Bayaran/Hutang Tertunggak3-6
2.4 Kad J emputan 6
2.5 Cenderahati Konvokesyen 6-7
2.6 Pengambilan J ubah 8
3. Proses-proses Wajib Dilakukan Semasa Majlis Konvokesyen
3.1 Pendaftaran Graduan 8
3.2 Pec ahan Sesi Majlis Konvokesyen 9-11
3.3 Panduan Kepada Graduan Semasa Majlis 11
4. Proses-proses Wajib Dilakukan Selepas Majlis Konvokesyen
4.1 Pemulangan J ubah, Mo rta r Boa rd atauBo nne tdan Hood 12-13
4.2 Tuntutan Sijil dan Transkrip Akademik 13-15
4.3 Penahanan Sijil dan Transkrip Akademik 15
4.4 Kehilangan Sijil dan Transkrip Akademik 15
4.5 Kesilapan Maklumat Dalam Sijil dan Transkrip Akademik 16
5. Tatacara Berpakaian
5.1 Pakaian Tetamu /Ibu bapa Semasa Majlis Konvokesyen 16
5.2 Pakaian Graduan Semasa Majlis Konvokesyen 17-18
5.3 Penampilan Diri Graduan 18
6. Raptai 18
7. Graduan Kurang Upaya (Cacat atau Kemalangan) 18
8. Gambar Konvokesyen 19
9. Seni kata Lagu UTeM 20
10. Waktu Solat Bagi Negeri Melaka 21
11. Senarai Semak 22-25
Lampiran A 26-27
-
7/25/2019 Buku Konvo
2/30
SETITIK TINTA DARI PENDAFTAR
Selamat Sejahtera.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua graduan
kerana telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
Majlis Konvokesyen Ke-10 UTeM akan dilaksanakan pada 27 & 28 September 2014 (Sabtu dan
Ahad) bertempat di Dewan Besar UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal,Melaka. Majlis Konvokesyen
adalah satu majlis pengiktirafan yang sangat bererti dan bermakna kepada graduan. J usteru,
kerjasama daripada semua graduan adalah diperlukan untuk menjadikan Majlis Konvokesyen ini
sebagai yang terbaik.
Buku ini disediakan bertujuan memberi panduan kepada graduan mengenai perkara-perkara yang
perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas menghadiri Majlis Konvokesyen. Buku Panduan
Kepada Graduan ini WAJIBdibaca dan difahami oleh setiap graduan bagi mengelakkan kekeliruandan ketidaksampaian maklumat penting yang perlu diketahui seperti pendaftaran graduan, tarikh
raptai, tarikh pengambilan jubah, tuntutan sijil & transkrip akademik, penahanan sijil & transkrip
akademik, pakaian graduan & ibu bapa, tuntutan gambar graduan dan Borang Kajian
Pengesanan Graduat IPTA, IPTS dan Politeknik 2014.
Panduan ini diharap membantu graduan sebelum, semasa dan selepas menghadirkan diri ke Majlis
Konvokesyen. Graduan turut diingatkan supaya sentiasa melayari laman sesawang Majlis
Konvokesyen di www.utem.edu.my untuk mendapatkan maklumat terkini tentang perjalanan Majlis
Konvokesyen. Kerjasama daripada semua graduan amat saya harapkan untuk menjamin kejayaan
keseluruhan Majlis Konvokesyen Universiti ini.
Syabas dan tahniah kepada semua graduan.
DATUK HASAN BIN SIRUN
Pendaftar
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
-
7/25/2019 Buku Konvo
3/30
1
MAJLIS KONVOKESYEN KE 10 (2014)UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)PADA 27 & 28 SEPTEMBER 2014 (SABTU & AHAD)
Selam at Sejahte ra
Tuan/Puan
MAJLIS KONVOKESYEN KE 10 UTeM (2014)
Kami ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan tuan/puan menamatkan
pengajian di UTeM pada tahun ini. Majlis Konvokesyen Ke-10 UTeM akan diadakan pada 27 & 28
September 2014 (Sabtu & Ahad) bertempat di Dewan Besar UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal,
Melaka. Para graduan adalah dijemput hadir pada Majlis Konvokesyen di atas.
Graduan diminta supaya membaca dengan teliti Panduan ini dan mengikuti arahan yang
terkandung di dalamnya. Satu senarai semak telah disediakan di muka surat akhir panduan ini
untuk kemudahan tindakan oleh graduan. J ika mempunyai kemusykilan, para graduan diminta
untuk menghubungi pegawai- pegawai Universiti yang dinyatakan.
2. PROSES-PROSES WAJIB DILAKUKAN SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN
2.1 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN IPT 2014
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah
melaksanakan kajian pengesanan graduan bagi semua graduan IPTA, IPTS dan
Politeknik secara on-line mulai tahun 2006. Sehubungan dengan itu semua bakal
graduan diwajibkanmengisi borang kajian pengesanan graduan IPT 2014 termasuk
graduan UTeM.
Kajian pengesanan graduan IPT merupakan satu kajian tahunan bertujuan untuk
mengukur daya tahap employab i l i ty dan marketabi l i ty graduan, mendapat
pandangan / persepsi graduan tentang keberkesanan program akademik, sistem
pengajian prasarana di IPT masing-masing serta mewujudkan pangkalan data
graduan-graduan IPT.
J usteru itu, sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam, bakal graduan UTeMadalah DIWAJ IBKANuntuk mengisi borang tersebut yang boleh dilayari secara on-
line di h t tp : / /g radua t .mohe .gov .my atau melayari portal UTeM
h t t p : / /www .u tem .edu .my (ruang ca mp us even t s) bermula 1 September 2014
sehingga 26 September 2014.
-
7/25/2019 Buku Konvo
4/30
2
Graduan dikehendaki mencetak Slip Pengesahan Kajian dan mengemukakan slip
tersebut semasa mengambil jubah konvokesyen kelak.
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tuan/ puan tidak akan diberikan
jubah konvokesyen tersebut.
Tuan / puan adalah digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli Persatuan Alumni UTeM
(AUTeM). Pendaftaran boleh dibuat di Unit Kerjaya dan Alumni, Aras Satu Pusat
Persatuan Pelajar UTeM dengan yuran sebanyak RM30.00.
Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Unit Kerjaya dan Alumni,
Pejabat Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni seperti berikut:
NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON
Encik Ahmad Fadzil bin Mohamad [email protected] 06-331 6793
Encik Muhammad Akmal bin Mad
Yatim [email protected] 06-331 6229
2.2 PENGAMBILAN GAMBAR (KAD ALUMNI)
Bagi memastikan Majlis Konvokesyen UTeM berjalan lancar, setiap graduan
DIWAJIBKAN mengambil gambar untuk Kad Alumni. Kad Alumni bertujuan untuk
memaparkan maklumat graduan semasa naik ke atas pentas. Para graduan
diingatkan supaya berpakaian kemas semasa proses mengambil gambar Kad
Alumni seperti berikut:-
Graduan lelaki : Memakai kemeja. Graduan turut diingatkan
supaya berambut pendek
Graduan perempuan : Memakai pakaian yang sopan
Berikut adalah ketetapan bagi pengambilan gambar (Kad Alumni) :
Tempat : Bangunan Pusat Persatuan Pelajar UTeM,
Kampus Induk
Durian Tunggal, Melaka
Tarikh / Masa : 22 September 2014 (Isnin) 25 September 2014 (Khamis)
i) 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari
ii)
2.30 petang hingga 5.00 petang
26 September 2014 (Jumaat)
i) 2.30 petang hingga 5.00 petang
-
7/25/2019 Buku Konvo
5/30
3
NOTA PENTINGi) SILA BAWA KAD ALUMNI INI KE KHEMAH PERSEDIAAN GRADUAN UNTUK
MENDAFTAR DIRI SEBELUM NAIK KE PENTAS.
ii) SEMUA GRADUAN WAJ IB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA
HARI JUMAAT 26 SEPTEMBER 2014 MULAI JAM 8.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00
TENGAH HARI. OLEH ITU, KAUNTER PENGAMBILAN GAMBAR (KAD ALUMNI)
HANYA AKAN DIBUKA PADA JAM 2.30 PETANG HINGGA 5.00 PETANG PADA
HARI TERSEBUT.
Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian
Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar seperti berikut:
NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON
Encik Mohd Zarlizan bin Zakaria [email protected] 06-331 6063
Encik Md Razip bin Baba [email protected] 06-331 6212
2.3 KAEDAH PEMBAYARAN UNTUK YURAN KONVOKESYEN / YURAN / LAIN-LAIN BAYARAN /
HUTANG TERTUNGGAK
2.3.1 YURAN KONVOKESYEN
a) Semua graduan DIWAJ IBKANmembuat bayaran yuran konvokesyen.
b)
Graduan yang TIDAK HADIRke Majlis Konvokesyen juga masih perlu
menjelaskan yuran konvokesyen untuk menuntut sijil dan transkrip.
c) Kadar yuran konvokesyen bagi setiap program adalah seperti berikut:
i. Diploma : RM100.00
ii. Sarjana Muda : RM130.00
iii. Sarjana : RM150.00
iv. Doktor Falsafah : RM150.00
d) Pembayaran yuran konvokesyen boleh dibuat melalui3kaedah:
Kaedah 1:
Pembayaran di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Graduanperlu mengemukakan nombor kad pengenalan graduan semasa
hendak membuat pembayaran di kaunter BIMB. Graduan
dikehendaki menyerahkan satu salinan slip bayaran (b a nk-in-slip)
yang telah diperakui oleh Bank Islam di Kaunter Yuran sebelum
mengambil jubah d i Kaunter Pengambilan J ubah. (Arahan seperti di
Lampiran A)
-
7/25/2019 Buku Konvo
6/30
4
Kaedah 2:
Pembayaran yuran secara on-linedengan melayari laman sesawang
www.bankislam.com.my. Resit perlu dicetak dan diserahkan di
Kaunter Yuran sebelum mengambil jubah di Kaunter Pengambilan
J ubah. (Arahan seperti di Lampiran A)
Kaedah 3:
Pembayaran dibuat melalui mesin auto-teller BIMB. Resit perlu dicetak
dan ditulis nama graduan dan diserahkan di Kaunter Yuran sebelum
mengambil jubah d i Kaunter Pengambilan J ubah. (Arahan seperti di
Lampiran A)
Semua graduan boleh membuat pembayaran yuran konvokesyen
bermula dari 2 September 2014 (Selasa) sehingga 19 September 2014
(Jumaat).
e) Kegagalan graduan untuk membuat bayaran yuran konvokesyen
akan menyebabkan proses-proses seterusnya TIDAK BOLEH
DITERUSKANiaitu:-
i. mengambil kad jemputan konvokesyen;
ii. mengambil jubah konvokesyen;
iii. menghadiri Majlis Konvokesyen; dan
iv. mengambil sijil dan transkrip akademik.
2.3.2
YURAN / LAIN-LAIN BAYARAN / HUTANG TERTUNGGAK
a) Graduan yang mempunyai yuran / lain-lain bayaran / hutang
tertunggak PERLUmenjelaskan semua pembayaran selewat-lewatnya
sebelum mengambil jubah.
b)
Merujuk kepada Pekeliling Bendahari Bil. 11/2011 berkenaan Peraturan
Pembayaran Pelajar, pelajar yang gagal menjelaskan semua bayaran
selepas tempoh yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan seperti
berikut:
i.
Ditahan daripada membuat pendaftaran mata pelajaran
ii. Ditahan slip menduduki peperiksaan
iii.
Ditahan keputusan peperiksaan
iv. Digantung pengajian
v.
Diberhentikan
vi. Ditahan menghadiri konvokesyen
vii. Ditahan transkrip
-
7/25/2019 Buku Konvo
7/30
5
c) Pembayaran yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak boleh
dibuat menggunakan kaedah Financ ial Proc essing Exc hang e
dengan melayari laman sesawang UTeM atau melalui bank
draf/kiriman wang/wang pos atas nama Bendahari UTeM dan dipos
ke Pejabat Bendahari atau selewat-lewatnya diserahkan di Kaunter
Yuran sebelum mengambil jubah .
d) Segala urusan pembayaran di Kaunter Yuran adalah menggunakan
bank draf/kiriman wang/wang pos. PEMBAYARAN SECARA TUNAI
TIDAK AKAN DITERIMA.
2.3.3 Berikut adalah ketetapan bagi urusan di Kaunter Yuran:
Tempat : Bangunan Pusat Persatuan Pelajar UTeM,
Kampus Induk
Durian Tunggal, Melaka
Tarikh / Masa : 22September 2014 (Isnin) 25 September 2014 (Khamis)
i) 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
ii) 2.30 petang hingga 5.00 petang
26 September 2014 (Jumaat)
i) 2.30 petang hingga 5.00 petang
NOTA PENTING
i) KEGAGALAN GRADUAN UNTUK MENYELESAIKAN BAYARAN AKAN
MENYEBABKAN PROSES-PROSES SETERUSNYA TIDAK DAPAT DITERUSKAN.
ii) GRADUAN YANG TIDAK HADIR KE MAJLIS KONVOKESYEN JUGA MASIH PERLU
MENJELASKAN YURAN KONVOKESYEN UNTUK MENUNTUT SIJIL DAN TRANSKRIP.
iii) SEMUA GRADUAN WAJ IB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA
HARI JUMAAT 26 SEPTEMBER MULAI JAM 8.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00
TENGAH HARI. OLEH ITU, KAUNTER HANYA AKAN DIBUKA SEMULA PADA JAM
2.30 PETANG HINGGA 5.00 PETANG PADA HARI TERSEBUT.
Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai di Pejabat Bendahariseperti berikut:
NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON
Cik Farah Farhana binti Md . Lani [email protected] 06-331 6120
Encik Afiq bin Hashim [email protected] 06-331 6118
Puan Zainab bin Amir [email protected] 06-331 6117
-
7/25/2019 Buku Konvo
8/30
6
2.4 KAD JEMPUTAN
i. Kad jemputan pelajar, pas masuk dan pelekat kenderaan akan diserahkan
mulai 22 September 2014 hingga 26 September 2014.
ii.
Setiap graduan yang hadir dibenarkan membawa tetamu mengikut jumlahpas masuk yang diterima. J umlah pas masuk bagi setiap graduan adalah
mengikut sesi seperti berikut:
iii.
Tetamu graduan hendaklah memegang pas masuk ini untuk ditunjukkan
kepada petugas di pintu masuk dewan. Tetamu graduan yang tidak
membawa kad pas masuk ini tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.
iv. Tempat meletak kenderaan disediakan bagi para graduan dan ibu bapa.
Graduan DIWAJIBKANmenampal stiker kenderaan yang disertakan bersama
kad jemputan di sebelah kiri cermin kenderaan yang dinaiki oleh graduan.
(Si la pa tuh i a rahan p ap an tanda yang d ised iakan da n pe tuga s kese lama tan semasa
anda me le takka n kenderaan d i da lam kawa san Dewa n Besar UTeM ba g i
me nge lakkan kesesaka n dan ha langan kepa da kend eraa n la in )
2.5 CENDERAHATI KONVOKESYEN
Semua graduan diberikan cenderahati konvokesyen daripada Universiti.
Sehubungan dengan itu, graduan dikehendaki mengambil cenderahati tersebut
seperti ketetapan berikut:
Tempat : Bangunan Pusat Persatuan Pelajar UTeM,
Kampus Induk
Durian Tunggal, Melaka
Tarikh / Masa : 22 September 2014 (Isnin) 25 September 2014 (Khamis)
i) 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari
ii) 2.30 petang hingga 5.00 petang
26 September 2014 (Jumaat)
i) 2.30 petang hingga 5.00 petang
SESI TARIKH PAS MASUK
I 27 September 2014 (Sabtu, Pagi) 3
II 27 September 2014 (Sabtu, Petang) 3
III 28 September 2014 (Ahad, Pagi) 2
IV 28 September 2014 (Ahad, Petang) 2
-
7/25/2019 Buku Konvo
9/30
7
NOTA PENTING:
SEMUA GRADUAN WAJ IB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI JUMAAT 26
SEPTEMBER 2014 MULAI JAM 8.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH ITU,
KAUNTER PENGAMBILAN JUBAH HANYA AKAN DIBUKA SEMULA PADA JAM 2.30 PETANG
HINGGA 5.00 PETANG PADA HARI TERSEBUT.
2.6 PENGAMBILAN JUBAH
Seperti yang telah dinyatakan di perkara 2.1 dan 2.3, graduan DIWAJ IBKAN
menyerahkan Slip Pengesahan Kajian dan menunjukkan Resit Pembayaran Yuran
Konvokesyen dan Yuran / Lain-lain Bayaran / Hutang Tertunggaksebelum membuat
pengambilan jubah. Berikut adalah ketetapan bagi pengambilan jubah :
Tempat : Aras 2, Dewan Besar UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal,
Melaka
Tarikh / Masa : 22 September 2014 (Isnin) 25 September 2014 (Khamis)
i) 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari
ii) 2.30 petang hingga 5.00 petang
26 September 2014 (Jumaat)
i) 2.30 petang hingga 5.00 petang
Pengambilan jubah selepas daripada tempoh di atas TIDAK AKAN DILAYAN.
NOTA PENTING:
SEMUA GRADUAN WAJ IB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI JUMAAT 26
SEPTEMBER 2014 MULAI JAM 8.00 PAGI SEHINGGA J AM 12.00 TENGAH HARI. OLEH ITU,
KAUNTER PENGAMBILAN JUBAH HANYA AKAN DIBUKA SEMULA PADA JAM 2.30 PETANG
HINGGA 5.00 PETANG PADA HARI TERSEBUT.
Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian
Pengurusan Akademik seperti berikut:
NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON
Puan Noor Asyikin binti Sulaiman [email protected] 06-331 6089
Encik Azhar bin Ismail [email protected] 06-331 6062/6085
Puan Siti Salwah binti Ahmad [email protected] 06-331 6088
-
7/25/2019 Buku Konvo
10/30
8
3. PROSES-PROSES WAJ IB DILAKUKAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN
3.1 PENDAFTARAN GRADUAN
3.1.1 Graduan yang hadir pada hari penganugerahandikehendaki mendaftarkan
diri kepada petugas di Khemah Persediaan Graduan dengan membawabersama-sama Q-Cardserta Kad Alumni. Masa pendaftaran adalah seperti
di perenggan 3.2 di bawah.
3.1.2 Graduan diminta supaya TIDAK MEMBAWA sebarang beg / beg tangan
semasa melaporkan diri kerana ia tidak dibenarkan dibawa masuk ke
Dewan. HANYA Q-CARD DAN KAD ALUMNI SAHAJA YANG PERLU DIBAWA
BERSAMA.
3.1.3 Graduan Sesi I dan III (Sesi Pagi)juga dinasihatkan agar bersarapan pagi
lebih awal sebelum mendaftar diri.
3.1.4
Graduan Sesi II dan IV (Sesi Petang) dikehendaki mendaftar diri selepas
menunaikan solat zohor.
J ika menunaikan solat zohor selepas mendaftar diri, anda dikehendaki segera
masuk ke dalam barisan sebaik sahaja selesai solat zohor mengikut susunan
yang telah ditetapkan. (Wak tu so la t ba gi nege ri Melaka a da lah sep er t i d i
be laka ng buku ini )
3.1.5 Semua graduan tidak dibenarkan meninggalkan dewan sehingga selesai
majlis konvokesyen.
NOTA PENTING:
GRADUAN YANG DIDAPATI TIDAK KEMBALI SEMULA KE DALAM BARISAN SEHINGGA BARISAN
GRADUAN TELAH MASUK KE DALAM DEWAN, MEREKA TIDAK AKAN DIBENARKAN MASUK KE
DALAM DEWAN.
-
7/25/2019 Buku Konvo
11/30
9
3.2 PECAHAN SESI MAJLIS KONVOKESYEN:
SESI TARIKH PROGRAMMASA
PENDAFTARAN
I
(Pagi)
27/09/2014
Sabtu
Ijazah Doktor Falsafah
Ijazah Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Elektrik
Ijazah Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Elektronik
Ijazah Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Mekanikal
Ijazah Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Pembuatan
Ijazah Sarjana Sains Dalam Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi
Ijazah Sarjana Sains Dalam Keusahawanan
Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri)
Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektronik (Kejuruteraan
Komputer)
Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektronik (Sistem
Elektronik)
Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektronik (Sistem
Telekomunikasi)
Ijazah Sarjana Kejuruteraan Pembuatan
(Kejuruteraan Sistem Pembuatan)
Ijazah Sarjana Kejuruteraan Pembuatan
(Kejuruteraa n Sistem Kualiti)
Ijazah Sarjana Kejuruteraan Pembuatan
(Kejuruteraa n Industri)
Ijazah Sarjana Sains Komputer (Teknologi Rangkaian
Internet)
Ijazah Sarjana Sains Komputer (Teknologi Pangkalan
Data)
Ijazah Sarjana Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian
Dan Kepintaran)
Ijazah Sarjana Sains Komputer (Sains Keselamatan)
Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan
Operasi Termaju)
Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan
Teknologi Dan Inovasi)
7.30 pagi
-
7/25/2019 Buku Konvo
12/30
10
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
(Automotif) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
(Rekabentuk & Inovasi) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Struktur& Bahan) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Termal-
Bendalir) Dengan Kepujian
II
(Petang)
27/09/2014
Sabtu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan
(Robotik & Automasi) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan
(Bahan Kejuruteraan) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan
(Proses Pembuatan) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Reka
bentuk Pembuatan) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan
(Pengurusan Pembuatan) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik
(Kejuruteraan Komputer) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik
(Elektronik Industri) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik
(Elektronik Telekomunikasi) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik
(Komunikasi Wayarles) Dengan Kepujian
1.30 petang
III
(Pagi)
28/09/2014
Ahad Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kawalan,
Instrumentasi & Automasi) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik
Kuasa & Pemacu) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik
Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa
Industri) Dengan Kepujian
7.30 pagi
-
7/25/2019 Buku Konvo
13/30
11
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian
Komputer) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pengurusan
Pangkalan Data) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran
Buatan) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Media
Interaktif) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan
Perisian) Dengan Kepujian
IV
(Petang)
28/09/2014
Ahad
Ijazah Sarjana Muda Teknousahawanan Dengan
Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dengan
Kepujian (Inovasi Teknologi)
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dengan
Kepujian (Pemasaran Teknologi Tinggi)
Diploma Kejuruteraan Elektrik
Diploma Kejuruteraan Elektronik
Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Diploma Kejuruteraan Pembuatan
Diploma Teknologi Maklumat & Komunikasi
1.30 petang
3.3 PANDUAN KEPADA GRADUAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN
PENTING:- Sila baca panduan ini dengan teliti.
3.3.1 Penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah / Sarjana / Sarjana Muda dan
Diploma akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri
Utama Mohd Khalil Bin Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka selaku Canselor
UTeM atau oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. J ohari bin Mat atau Yang
Berbahagia Datuk Wira Ismail bin Salleh selaku Pro-Canselor UTeM.
3.3.2 Apabila nama tuan/ puan diumumkan, tuan/puan diminta berjalan terus ke
arah Tuan Yang Terutama Tun Canselor, tunduk sebagai tanda hormat,
berjabat tangan dan menerima Album Ijazah Doktor Falsafah / Sarjana /
Sarjana Muda / Diploma dengan kedua-dua belah tangan dan
mengucapkan TERIMA KASIH TUN. Bagi penganugerahan oleh Pro-
Canselor, ucapannya adalah TERIMA KASIH TAN SRI atau TERIMA KASIH
DATUK WIRA.
-
7/25/2019 Buku Konvo
14/30
12
4. PROSES-PROSES WAJ IB DILAKUKAN SELEPAS MAJLIS KONVOKESYEN
4.1 PEMULANGAN JUBAH,MORTAR BOARDATAUBONNETDANHOOD
4.1.1 J ubah,Mo rtar Bo ard atau Bonnetdan Hood WAJIBdipulangkan sebaik majlis
penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah / Sarjana / Sarjana Muda / Diplomatuan/puan berakhir. Pemulangan jubah adalah mengikut ketetapan berikut :-
a) Tarikh : 27 September 2014 (Sabtu)
Tempat : Bangunan Pusat Persatuan Pelajar UTeM, Kampus
Induk Durian Tunggal, Melaka.
Masa : 12.00 tengah hari hingga 7.00 petang
b) Tarikh : 28 September 2014 (Ahad)
Tempat : Bangunan Pusat Persatuan Pelajar UTeM, Kampus
Induk Durian Tunggal, Melaka.
Masa : 8.00 pagi hingga 7.00 petang
c) Tarikh : 29 September 2014 (Isnin)
Tempat : Bangunan Pusat Persatuan Pelajar UTeM, Kampus
Induk Durian Tunggal, Melaka.
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
4.1.2 Selepas dari tarikh dan tempoh masa yang dinyatakan di atas dan tertakluk
kepada perenggan 4.1.3 dan 4.1.4 di bawah, graduan dikehendaki
memulangkan jubah, mo rta r bo a rd atau bonne t dan hood di Bahagian
Pengurusan Akademik, Bangunan Canselori UTeM, Kampus Induk Durian
Tunggal Melaka. Waktu pemulangan adalah pada hari bekerja sahaja,
bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
4.1.3 Graduan yang perlu menggunakan jubah, m orta r bo a rd atau bonne t dan
hoodlebih lama atas sebab-sebab tertentu dibenarkan memulangkannya di
dalam tempoh tujuh (7) hari selepas sesi terakhir Majlis Konvokesyen. Di
dalam tempoh ini, graduan dikenakan sewaan sebanyak RM2.00 sehari
(dikira termasuk Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am).
4.1.4 J ika graduan masih gagal memulangkan jubah, m orta r bo a rd atau bonne t
dan hood, denda lewat akan dikenakan mulai hari kelapan (8) selepas sesi
terakhir Majlis Konvokesyen. Kadar denda lewat ini ialah RM30.00 sehari (dikira
termasuk Sabtu, Ahad dan hari kelepa san am).
-
7/25/2019 Buku Konvo
15/30
13
4.1.5 Mana-mana graduan yang telah menghilangkan jubah dan/atau mana-
mana kelengkapannya (seperti mo rta r bo a rdatau bonne tdan hood) akan
dikenakan denda kehilangan seperti berikut:
Item Denda Kehilangan
a) J ubahRM700.00
b) Mor ta rboa rdRM100.00
c) BonnetRM200.00
d) Hood
RM100.00
J ika graduan lewat memaklumkan mengenai kehilangan jubah dan/atau
mana-mana kelengkapannya seperti dinyatakan di atas, graduan akan
dikenakan sewaan, denda lewat dan denda kehilangan.
4.1.6 Bagi graduan yang memulangkan jubah dan/atau mana-mana
kelengkapannya (seperti mortar boa rd atau bonne t dan hood) di dalam
keadaan rosak, graduan dianggap telah menghilangkannya dan akan
dikenakan bayaran mengikut denda kehilangan. J ika graduan turut lewat
memaklumkan mengenai kerosakan ini, graduan akan dikenakan bayaran
sewaan, denda lewat dan denda kehilangan.
4.1.7 Semua bayaran berhubung dengan sewaan, denda lewat atau denda
kehilangan hendaklah dibayar sebelum pengambilan Sijil dan Transkrip.
4.2 TUNTUTAN SIJ IL DAN TRANSKRIP AKADEMIK
4.2.1
Sijil dan Transkrip akan diserahkan selepas graduan memulangkan jubah,
mo rta r boa rd dan hood dan telah menyelesaikan denda atau hutang
tertunggak dengan Universiti.
4.2.2
Graduan Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma
dikehendaki mengambil Sijil dan Transkrip masing-masing selepas selesai
setiap sesi seperti berikut :
a) Tarikh : 27 September 2014 (Sabtu)
Tempat : Bangunan Pusat Persatuan Pelajar, Kampus Induk
UTeM.
Masa : 12.00 tengah hari hingga 7.00 petang
-
7/25/2019 Buku Konvo
16/30
14
b) Tarikh : 28 September 2014 (Ahad)
Tempat : Bangunan Pusat Persatuan Pelajar, Kampus Induk
UTeM.
Masa : 8.00 pagi hingga 7.00 petang
c) Tarikh : 29 September 2014 (Isnin)Tempat : Bangunan Pusat Persatuan Pelajar UTeM, Kampus
Induk Durian Tunggal, Melaka.
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Selepas dari tarikh da n tempoh di atas Sijil dan Transkrip boleh dituntut di
tempat berikut:
a) Pusat Pengajian Siswazah bagi graduan Ijazah Doktor Falsafah dan
Sarjana.
b)
Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar bagi graduan
Ijazah Sarjana Muda dan Diploma
Waktu pengambilan adalah pada hari bekerja sahaja, bermula jam 8.00 pagi
hingga 5.00 petang.
4.2.3 Sijil dan Transkrip hendaklah dituntut di dalam tempoh 90 haridari tarikh Majlis
Konvokesyen. Sekiranya tuntutan tidak dibuat dalam tempoh tersebut, pihak
Universiti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan,
kehilangan atau sebagainya.
4.2.4 Bagi graduan yang tidak dapat hadir untuk mengambil Sijil dan Transkrip,
boleh berhubung terus dengan Bahagian Pengurusan Akademik (bagi
graduan program Diploma dan Sarjana Muda) atau Pusat Pengajian
Siswazah (bagi graduan program Sarjana dan Doktor Falsafah) dan meminta
Sijil dan Transkrip berkenaan diposkan dengan memberikan alamat terkini
yang lengkap serta salinan Kad Pengenalan. Pihak Universiti tidak akan
bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan semasa
perjalanan pos. Semua urusan pos untuk menghantar Sijil dan Transkrip akan
dibuat melalui Pos Laju. Pihak Universiti akan hanya mengirimkan Sijil dan
Transkrip setelah graduan mengembalikan selengkapnya jubah, mortarboard dan hood dan telah menyelesaikan hutang tertunggak dengan
Universiti.
4.2.5 Graduan yang mewakilkan individu lainuntuk mengambil Sijil dan Transkrip
bagi pihaknya dikehendaki mengemukakan surat kebenaran dan salinan kad
pengenalan graduan serta mencatatkan nama dan nombor kad
pengenalan individu yang diwakilkan di dalam surat kebenaran. Pihak
-
7/25/2019 Buku Konvo
17/30
15
Universiti akan hanya menyerahkan Sijil dan Transkrip kepada wakil yang
dilantik jika graduan telah mengembalikan selengkapnya jubah, mortar
board dan hood dan telah menyelesaikan hutang tertunggak dengan
Universiti.
4.3
PENAHANAN SIJ IL DAN TRANSKRIP AKADEMIK
Graduan yang masih berhutang dengan pihak UTeM atau belum memulangkan
buku Perpustakaan atau barang-barang lain yang dipinjam dari mana-mana
Pejabat di UTeM, diingatkan supaya menyelesaikan urusan dengan Pejabat
berkenaan selewat- lewatnya 1 minggu sebelumMajlis Konvokesyen berlangsung.
Sekiranya bayaran atau penyerahan sudah dibuat, sila bawa resit bayaran atau
bukti serahan sewaktu menuntut Sijil dan Transkrip. Kegagalan berbuat demikian
akan menyebabkan Sijil dan Transkrip tuan/puan ditahan.
4.4 KEHILANGAN SIJ IL ATAU TRANSKRIP AKADEMIK
4.4.1 Pihak UTeM telah menetapkan bahawa sijil dan transkrip asal cuma
dikeluarkan sekali sahaja kepada graduan dan tidak lagi dikeluarkan untuk
menggantikan yang hilang atau rosak. Sekiranya sijil dan/atau transkrip hilang
atau rosak, pihak Universiti cuma dapat mengeluarkan salinan sijil dan/atau
transkrip berkenaan.
4.4.2 Bagi kes kehilangan sijil dan/atau transkrip, pelajar perlu membuat laporan
kepada pihak polis dan laporan tersebut hendaklah dilampirkan semasa
membuat permohonan ke Bahagian Pengurusan Akademik bagi graduan
Sarjana Muda dan Diploma atau Pusat Pengajian Siswazah graduan Ijazah
Doktor Falsafah dan Sarjana .
4.4.3 Bagi kes kerosakan sijil atau transkrip, graduan perlu melampirkan sijil atau
transkrip yang rosak tersebut kepada Bahagian Pengurusan Akademik atau
Pusat Pengajian Siswazah (mana yang berkenaan) semasa membuat
permohonan.
4.4.4 Permohonan tambahan salinansijil atau transkrip akan dikenakan bayaran
RM50.00 setiap satu bagi graduan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.
Manakala bagi graduan Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana bayaran yangdikenakan untuk setiap salinan sijil adalah RM100.00 dan transkrip RM50.00.
Oleh itu, para graduan dinasihatkan menyimpannya dengan baik dan
selamat. Juga dinasihatkan graduan membuat salinan yang mencukupi.
-
7/25/2019 Buku Konvo
18/30
16
4.5 KESILAPAN MAKLUMAT DALAM SIJ IL DAN TRANSKRIP AKADEMIK
Sebaik sahaja menerima Sijil dan Transkrip, setiap graduan perlu menyemaknya untuk
mengelakkan sebarang kesilapan. Sekiranya terdapat kesilapan maklumat dalam Sijil
atau Transkrip ianya boleh diganti baru dengan syarat kesilapan itu adalah dari
pihak UTeM sendiri dan dilaporkan secara bertulis dalam tempoh empat (4) mingguselepas tarikh konvokesyen atau 90 hari bagi mereka yang tidak menghadiri
konvokesyen. Selepas daripada tempoh ini Sijil atau Transkrip tidak lagi dikeluarkan.
5. TATACARA BERPAKAIAN
5.1 PAKAIAN TETAMU/IBU BAPA SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN
5.1.1 Tetamu Lelaki (Islam/Bukan Islam)
Pakaian rasmi/kebangsaan lengkap/ lo un g e su it atau pakaian tertib.
Maksud pakaian tertib bagi lelaki (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun
ke atas) adalah berseluar panjang dan baju berlengan panjang (Kemeja-T
adalah tidak dibenarkan).
5.1.2 Tetamu Wanita (Islam/Bukan Islam)
a) Pakaian tertib bagi wanita (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun
ke atas) adalah baju kurung/moden atau kebaya.
b) Bag i tetamu graduan yang bukan beragama Islam, pakaian gaun
atau skirtmestilah melebihi paras buku lali.
c) Blouse tanpa lengan, kemeja-T dan seluar yang tidak mencapai paras
buku lali adalah dianggap tidak sesuai dan tidak dibenarkan masuk
ke dalam Dewan.
NOTA PENTING:
i) PANDUAN PEMAKAIAN UNTUK TETAMU/IBU BAPA INI ADALAH BERDASARKAN
PANDUAN ETIKA PROTOKOL BERPAKAIAN UNTUK MAJLIS-MAJLIS RASMI.
ii) KANAK - KANAK DI BAWAH UMUR 12 TAHUN TIDAK DIBENARKAN MASUK KE
DALAM DEWAN.
iii) PETUGAS/PENYAMBUT TETAMU BERHAK UNTUK TIDAK MEMBENARKAN
TETAMU/IBU BAPA GRADUAN DARI MEMASUKI DEWAN JIKA GAGAL MEMATUHI
PERATURAN PAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN.
-
7/25/2019 Buku Konvo
19/30
17
5.2 PAKAIAN GRADUAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN
5.2.1 Graduan lelaki:-
a) Mo rta r Boa rdatau Bonnet(disediakan oleh pihak Universiti).
b) J ubah dan Hood (disediakan oleh pihak Universiti).
c)
Memakai lounge suit (kot atau blazer) berwarna hitam atau gelap
serta bertali leher. Baju dan tali leher adalah berwarna beb as
ATAU
Sepasang baju Melayu hitam berbutang lima (baju melayu cekak
musang), bersamping songket hitam berbunga benang emas dan
dipakai tanpa menggunakan bengkung.
d) Kasut kulit hitam bertutup penuh.
5.2.2 Graduan perempuan:-
a) Mo rta r Boa rdatau Bonnet(disediakan oleh pihak Universiti).
b) J ubah dan Hood(disediakan oleh pihak Universiti).
c) Baju kurung moden/labuh atau kebaya bandung/labuh. Kebaya
Sarung tanpa menggunakan belah (sp lit) di tepi tetapi boleh
memakai lipatan (p l ea t) di bahagian hadapan.
ATAU
Skirt labuh melepasi buku lali yang berwarna hitam dan blaus yang
berlengan panjang. (Warna blaus adalah bebas).
d)
kain pakaian jenis lace boleh dipakai dengan syarat mempunyai
lining.
e) Selendang/Mini Telekung/Sarung Tangan dibenarkan untuk dipakai.
f)
Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
g)
Bagi graduan yang memakai tudung/mini telekung, warna bagi
tudung tersebut adalah bebas.
h) Kasut kulit hitam bertutup penuh dan bertumit.Kasut sarung (sandal)
tidak dibenarkan sama sekali.
5.2.3 Jubah Graduan
a) Doktor Falsafah
(PhD)
: Biru Kehitaman (Blue Blac k) dengan tiga jalur
dilengan mengikut warna Fakulti dengan hood
b) Sarjana : Biru Kehitaman (Blue Blac k) dengan dua jalur di
lengan mengikut warna Fakulti dengan hood
c) Sarjana Muda : Biru Kehitaman (Blue Black) dengan satu jalur di
-
7/25/2019 Buku Konvo
20/30
18
NOTA PENTING
PAKAIAN SELAIN DARIPADA JENIS PAKAIAN YANG DISENARAIKAN DI ATAS ADALAH TIDAK
DIBENARKAN SAMA SEKALI. (SILA LIHAT LAMPIRAN DI BELAKANG IAITU CONTOH PAKAIANGRADUAN YANG DIBENARKAN)
5.3 PENAMPILAN DIRI GRADUAN
5.3.1 Graduan lelaki
Rambut hendaklah pendek dan kemas, tidak berwarna dan tidak
mencecah kolar baju. (Lihat lampiran)
5.3.2 Graduan Perempuan
Hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.
6. RAPTAI
Semua graduan DIWAJ IBKAN menghadiri raptai bagi melancarkan Majlis Konvokesyen.Semasa raptai, graduan akan diberi taklimat mengenai proses-proses sebelum dan semasa
Majlis Konvokesyen tersebut. Berikut ialah ketetapan bagi majlis raptai tersebut.
Tempat : Dewan Besar UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal, Melaka.
Tarikh : 26 September 2014 (Jumaat)
Masa : 08.00 Pagi
Semasa raptai, graduan dikehendaki berlatih menyanyikan lagu UTeM TERBILANG. Seni
kata lagu tersebut ada di muka surat akhir panduan ini.
7. GRADUAN KURANG UPAYA (CACAT ATAU KEMALANGAN)
Graduan kurang upaya (cacat atau kemalangan) yang memerlukan bantuan peralatan
seperti kerusi roda atau pembantu diminta memaklumkan kepada pihak Bahagian
Pengurusan Akademik di Kaunter Pengambilan J ubah semasa mengambil jubah atau
kepada petugassemasa raptai.
lengan mengikut warna Fakulti dengan hood
d) Diploma : Blue Black tanpa jalur di lengan tangan
JIKA GRADUAN GAGAL MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN DAN PENAMPILAN
DIRI YANG DITETAPKAN, PIHAK PETUGAS MAJLIS KONVOKESYEN MEMPUNYAI
KUASA UNTUK TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN MEMASUKI DEWAN DAN
MENYERTAI MAJLIS KONVOKESYEN UTeM.
-
7/25/2019 Buku Konvo
21/30
19
8. GAMBAR KONVOKESYEN
8.1 PENGAMBILAN GAMBAR MAJLIS KONVOKESYEN (DALAM DEWAN)
Graduan tidak dibenarkan mengambil gambar atau membenarkan orang lain
berbuat demikian semasa di dalam dewan. Semua pengambilan gambar semasaMajlis Konvokesyen berlangsung akan diuruskan oleh KOPERASI UTeM BERHAD.
Harga bagi satu set gambar tersebut ialahRM50.00
Set tersebut mengandungi :-
Saiz gambar 11R (11 x 14) = 1 keping (Gambar menerima Ijazah penuh)
Saiz gambar 8R (8 x 10) = 1 keping (Gambar menerima Ijazah separuh)
Saiz gambar 5R (5 x 7) = 1 keping (Gambar berjalan)
Saiz gambar 4R (4 x 5) = 1 keping (Gambar menerima Ijazah penuh)
Pilihan tambahan:-
1 Salinan C D gambar penerimaan dan suasana sepanjang sesi konvokesyen
berlangsung berharga RM10.00
Berikut adalah ketetapan bagi urusan tempahangambar Majlis Konvokesyen (Dalam
Dewan):
Tempat : Koperasi UTeM, Bangunan Pusat Persatuan Pelajar, Kampus Induk
Durian Tunggal, Melaka.
Tarikh : 22 September 2014 hingga 26 September 2014 (Isnin hingga
Jumaat)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
2.30 petang hingga 5.00 petang
Gambar boleh dituntut sehari selepasMajlis Konvokesyen dengan membawa resit
bayaran gambar konvokesyen di Koperasi UTeM, Bangunan Pusat Persatuan Pelajar.
Maklumat tempahan dan bayaran boleh diperolehi daripada:
Nama untuk dihubungi : Puan Nuraihan Abdul Wahab / Puan Masniza Ab. Lah
No. Telefon Pejabat : 06-5532550
No. Telefon Bimbit : 012- 2290820 / 012-3428041
NOTA PENTING:
SEMUA GRADUAN WAJ IB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI JUMAAT 26
SEPTEMBER 2014 MULAI JAM 8.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH ITU,
KAUNTER PENGAMBILAN JUBAH HANYA AKAN DIBUKA SEMULA PADA JAM 2.30 PETANG
HINGGA 5.00 PETANG PADA HARI TERSEBUT.
-
7/25/2019 Buku Konvo
22/30
20
9. SENI KATA LAGU UTeM
UTeM TERBILANG
DI SINI SEGALA BERMULACEMERLANG MENCIPTA GEMILANG
BERTUAH BUMIKU MENYAKSI
BERSAMA KITA BERJUANG
TERSOHOR PERSADA DUNIA
SENADA WAWASAN NEGARA
MELAHIR INSAN LUHUR J IWA
MAMPAN MENAMBAT DUNIA
PERKONGSIAN PINTAR
UNIVERSITI DAN INDUSTRI
KREATIF INOVATIF
PEMBELAJ ARAN TERAS
APLIKASI DAN KOMPETENSI
TEKAD MENCAPAI VISI
DEMI SEMANGAT NEGARA
KAMI MENCURAH BAKTI
NASIB PERTIWI TERUS DIBELA
KEPADA IBUNDA KAMI BERJ ANJ I
UTeM KU CEMERLANG
UTeM KU GEMILANG
UTeM KU TERBILANG
UTeM TERUS BERJUANG
-
7/25/2019 Buku Konvo
23/30
21
10.WAKTU SOLAT BAGI NEGERI MELAKA
Tarikh Hari Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
26-9-2014 J umaat 5:43 6:59 13:04 16:09 19:06 20:15
27-9-2014 Sabtu 5:43 6:59 13:04 16:09 19:06 20:14
28-9-2014 Ahad 5:42 6:58 13:03 16:10 19:05 20:14
29-9-2014 Isnin 5:42 6:58 13:03 16:10 19:05 20:14
Sumb er da ripa da ww w.a l -a zim.co m
-
7/25/2019 Buku Konvo
24/30
22
11.SENARAI SEMAK
APA PERLU ANDA BUAT:
MASA BIL. PERKARADOKUMEN PERLU
DISERTAKAN/DIBAWA
SEBELUM MAJLIS
KONVOKESYEN
1 Layari laman sesawang konvokesyen
http://www.utem.edu.my/konvo2014/ dari masa ke
semasa untuk mengetahui berita terkini majlis
konvokesyen
2 Baca dengan telitisetiap maklumat / kandungan di
dalam laman sesawang konvokesyen serta Buku
Panduan Graduan.
3 Semak sesi konvokesyen anda.
4 Semak tatacara berpakaian dan penampilan
semasa konvokesyen. Sediakan keperluan ini jika
tiada.
Maklumkan kepada tetamu/ibu bapa mengenai
tatacara berpakaian tetamu/ibu bapa semasa
majlis konvokesyen. Sediakan keperluan ini jika
tiada.
5 Layari laman web http://graduat.mohe.gov.my
atau http://www.utem.edu.my dan isikan Kajian
Pengesanan Graduan IPT 2014. Sila cetak Slip
Pengesahan Kajian dan simpan dengan baik (andaperlu menunjukkan slip ini semasa mengambil
jubah konvokesyen).
6 Bayar yuran konvokesyen mengikut kaedah di
perenggan 2.3.1 Buku Panduan Graduan. Simpan
resit dengan baik (anda perlu menunjukkan resit ini
semasa mengambil jubah konvokesyen).
7 Semak dan bayar yuran / lain-lain bayaran /
hutang tertunggak mengikut kaedah di perenggan
2.3.2 Buku Panduan Graduan. Simpan resit atau
bukti bayaran dengan baik (anda perlu
menunjukkan resit/bukti ini semasa mengambil
jubah konvokesyen).
8 Datang ke Universiti pada tarikh yang ditetapkan
untuk pengambilan jubah.
- Slip Pengesahan
Kajian
- Resit-resit bayaran
yuran
-
7/25/2019 Buku Konvo
25/30
23
konvokesyen/
yuran / lain-lain
bayaran / hutang
tertunggak
9 Serahkan Slip Pengesahan Kajian kepada Kaunter
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA).
- Slip Pengesahan
Kajian
10 Ambil gambar untuk Kad Alumni di Kaunter
Pengambilan Gambar. Ambil, semak dan simpan
Kad Alumni dengan baik (sila bawa Kad Alumni ini
semasa Majlis Konvokesyen).
- Kad Alumni
11 Serahkan resit bayaran yuran konvokesyen dan
yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak
dan/atau semak status berhutang anda di Kaunter
Yuran. J elaskan hutang (jika masih ada) dan
simpan resit pembayaran. (Transkrip dan Sijil tidakakan diserahkan jika masih berhutang kepada
Universiti).
Resit-resit ba yaran
yuran konvokesyen/
yuran / lain-lain
bayaran / hutang
tertunggak
12 Terima Kad Jemputan menghadiri konvokesyen,
pas masuk dan pelekat kenderaan (sila serahkan
pas masuk kepada tetamu/ibu bapa yang akan
masuk ke Dewan).
- Kad J emputan
13 Ambil Cenderahati Konvokesyen di kaunter
pengambilan Cenderahati.
- Cenderahati
Konvokesyen
14 Ambil jubah konvokesyen dan Q-C ard dari KaunterPengambilan Jubah (sila bawa jubah konvokesyen
dan Q-Cardini semasa Majlis Konvokesyen).
-J ubah Graduan
- Q-Qard
15 Hadiri raptai Majlis Konvokesyen mengikut masa
dan tarikh yang ditetapkan. Kehadiran bagi majlis
raptai adalah diwajibkan kepada semua graduan
(sila rujuk Buku Panduan Graduan).
- Kad Alumni
- Q- Card
SEMASA MAJLIS
KONVOKESYEN
16 Datang ke Khemah Persediaan Graduan di Dewan
Besar UTeM dan mendaftar diri kepada petugas
pengurusan graduan (sila tepati masa dan
tatacara berpakaian yang telah ditetapkan
didalam Buku Panduan Graduan). Graduan Sesi I
dan III dinasihatkan bersarapan lebih awal.
- Pelekat Kenderaan
(tampalkan pada
sebelah kiri cermin
depan kenderaan)
- Kad J emputan
(dipegang oleh
ibubapa/ tetamu
graduan)
- Pas Masuk
(dipegang oleh
ibubapa / tetamu
-
7/25/2019 Buku Konvo
26/30
24
graduan yang
masuk ke Dewan)
- Kad Alumni
(dipegang oleh
graduan)
- Q-Card (dipegang
oleh graduan)- Jubah, mortar
b o a r d ataubonne t
hood (dipegang
oleh graduan)
PERINGATAN:
Graduan diminta
supaya tidak
membawa sebarang
beg / beg tangan,
barang berharga dan
dompet wang
semasa mendaftar
diri kecuali beg
kertas yang
menyimpan J ubah
sahaja. Beg / beg
tangan tidak
dibenarkan untuk
dibawa masuk ke
dalam Dewan. Pihak
Universiti tidak akanbertanggungjawab
jika berlaku sebarang
kehilangan /
kerosakkan harta
benda.
17 Beratur di dalam barisan / kursus anda mengikut
arahan petugas.
18 Berarak masuk ke dewan dengan tertib.
19 Ambil tempat duduk didalam dewan mengikut
arahan Pepandu Graduan.
20 Tunggu giliran Fakulti/kursus anda menerima
ijazah/diploma.
21 Beratur untuk menerima ijazah/diploma apabila
mendapat arahan Pepandu Graduan.
-
7/25/2019 Buku Konvo
27/30
25
22 Sw ip e Kad Alumni apabila diminta oleh petugas
untuk tujuan paparan nama di skrin.
23 Terima Ijazah / Diploma (sila rujuk perenggan 3.3
Buku Panduan Graduan).
24 Keluar dewan apab ila selesai majlis.
SELEPAS MAJLIS
KONVOKESYEN
25 Pulangkan jubah konvokesyen (dalam keadaan
baik) di Bangunan Pusat Persatuan Pelajar , UTeM.
Tempat pemulangan jubah konvokesyen adalah di
Bahagian Pengurusan Akademik jika ingin
dipulangkan selepas hari Ahad dan dikenakan
sewa (sila rujuk perenggan 4.1 Buku panduan
Graduan).
26 Ambil Sijil dan Transkrip di Bangunan Pusat
Persatuan Pelajar UTeM (pastikan dahulu anda tidakberhutang kepada Universiti). Tempa t mengambil
Sijil dan Transkrip adalah di Bahagian Pengurusan
Akademik atau Pusat Pengajian Siswazah jika ingin
diambil selepas hari Ahad.
- Kad pengenalan
- Resit-resit bayaranyuran
konvokesyen/
yuran / lain-lain
bayaran / hutang
tertunggak
-
7/25/2019 Buku Konvo
28/30
26
LAMPIRAN A
A) Kaunter Bank Cara Pembayaran
1.
Isikan maklumat nama dan nombor kad pengenalan pelajar di Slip Pembayaran/Bill
Payment.
2. Isikan di ruangan nama universiti dengan nama Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
3. Isikan di ruangan No. Rujukan/No Akaun Bil dengan YK dan diikuti dengan no matrik
pelajar. Contoh : YKB010110111
4. Serahkan kepada Teller Slip Pembayaran Bil / Bill Payment yang telah diisi maklumat
seperti di bawah.
Cara Pembayaran IPT FEES Melalui Kaunter Bank Islam
B) Internet Banking Cara Pembayaran
Cara Pembayaran IPT FEES melalui Perbankan Internet Bank Islam
1.
Layari www.bankislam.com.my
2. Klik logo Internet Banking Login dan tekan butang ok pada Security Alerts
3. Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan InternetBank Islam.
4. Pilih Bill Presentment pada bahagian Bill Payment.
5. Pilih Universiti pada bahagian senarai Universiti.
6. Masukkan No Kad Pengenalan pad a ruang Kad Pengenalan dan klik next
7. Senarai bil akan dipaparkan. Sila pilih bil yang bermula dengan YK diikuti dengan
nombor matrik pelajar. Contoh: YKB01010111. Kemudian klik pay.
-
7/25/2019 Buku Konvo
29/30
27
8.
Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih source account
yang hendak di debitkan and sahkan jumlah amaun yang hendak di bayar
dan klik pay
9. Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan.
10. Klik "Confirm" untuk meneruskan pembayaran atau sebaliknya.
11. Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan. Pelanggan
adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukan
sebagai rujukan.
C) ATM BANK ISLAM Cara Pembayaran
Pembayaran IPT FEESMelalui ATM Bank Islam
Pilih Menu:
LAIN-LAIN
PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT
YURAN IPT
Pilih AKAUN PEMBAYAR ( akaun yang akan didebit )
Masukkan NO KAD PENGENALAN PELAJ AR
Pilih Bil yang ingin dibayar. Sila pilih bil yang b ermula dengan YK diikuti dengan nombor
matrik pelajar. Contoh: YKB01010111. Kemudian klik pay.
Sahkan amaun yang ingin dibayar
* Transaksi selesai dan ambil Resit
-
7/25/2019 Buku Konvo
30/30
Segala pertanyaan umum boleh dimajukan kepada:Bahagian Pengurusan Akademik,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka.Telefon : 06-331 6085 / 6086 / 6062 / 6089 / 6083 / 6080 / 6078
/ 6081 / 6073 / 6088 / 6077/ 6076
Faks : 06-331 6079E-mel : [email protected]