203139817 minit mesyuarat pbs pertama 2014

Upload: rajes-kanni-raji

Post on 07-Feb-2018

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 203139817 Minit Mesyuarat PBS Pertama 2014

    1/8

    JAWATANKUASA P.B.S 2014

    SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK

    28200 BANDAR BERA

    MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA PBS (2014)

    TARIKH : 8 Januari 2014

    TEMPAT : Bilik Mesyuarat SK Bukit Rok

    MASA : 1.15 ptg2.30 ptg

    KEHADIRAN :

    1. En. Zolkipli Bin Hasan (GPK 1)

    2. Pn. Wan Zaidawati Binti Wan Daud (GPK HEM)

    3. Pn. Nik Mohamad Nazri Bin Nik Man (GPK KO)

    4. En. Mohd Hafiz Bin Sulaiman (Setiausaha P.B.S & KP Pendidikan Jasmani)

    5. En. Mohd Suhardi B Mohd Sabarruddin

    6. En. Roslan Bin BIau (KP Bahasa Melayu)

    7. En. Muhamad Haniff B Ahmad Tajuddin (KP Matematik)

    8. En. Mohd Sahril B Mohamad (KP RBT & TMK)

    9. Tn. Hj. Zainal Ashikhin B Ibrahim (KP Sains)

    10.

    Pn. Nornadhirah Bt A.Ghani (KP Pendidikan Kesihatan)11.En. Mohd Suhardi B Mohd Sabarruddin (Guru BI Tahun 1 & 3)

    12.

    Pn. Saridah Binti Sonar (KP Pendidikan Seni Visual)

    13.Pn. Muraini A/P Saat (Guru Pemulihan)

    14.Cik Asmaliza Bt Hassan (Guru Pra Sekolah)

    TIDAK HADIR BERSEBAB :

    1.

    Pn. Ramlah @ Siti Surih Binti Suanda (Guru Besar) kerana cuti sakit2. En. Md. Basri B Md Radzi (KP Bahasa Inggeris / Guru Bahasa Inggeris Tahun 2) kerana

    temujanji Klinik Pakar HoSHAS

    3. Ustaz Mansor B Mat Noor (KP Pendidikan Islam) kerana Mesyuarat PPD Bera

    4. Cik Noorshakila Bt Ramli (KP Bahasa Arab) kerana Mesyuarat PPD Bera

    5. En. Mohd Kamal B Abu Hanifah (KP Pendidikan Moral) kerana Mesyuarat Data

  • 7/21/2019 203139817 Minit Mesyuarat PBS Pertama 2014

    2/8

    JAWATANKUASA P.B.S 2014

    SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK

    28200 BANDAR BERA

    BIL PERKARA TINDAKAN

    1. Kata Aluan Pengerusi Mesyuarat (GPK 1)

    1.1 Pengerusi mesyuarat merakamkan penghargaan dan terima

    kasih atas kehadiran guru-guru yang terlibat dengan

    jawatankuasa PBS yang hadir untuk mesyuarat pertama

    bagi tahun 2014.

    1.2 Tujuan mesyuarat kali ini adalah bagi membincangkan;

    pelan operasi sepanjang tahun bagi melaksanakan PBS.

    1.3 Harapan pengerusi mesyuarat agar aktiviti penjaminan

    kualiti pada tahun ini dapat ditingkatkan lagi setelah

    menadapat pujian Jemaah Nazir pada tahun lepas.

    Pengerusi

    2. Taklimat Setiausaha Jawatankuasa PBS 2014

    2.1 Pembentukan A.J.K PBS bagi sesi 2014.

    Pengerusi : Pn. Ramlah @ Siti Surih Bt Suanda (GB)

    Timb. Penegrusi : En. Zolkipli B Hassan (GPK1)

    Ketua Bahagian Pentaksiran Pusat &

    Pentaksiran Sekolah (Ps & Pp)

    N. Pengerusi 1 : Pn. Wan Zaidawati Bt Wan Daud (GPKH)

    Ketua Bahagian Psikometrik &Pembudayaan PBS

    N. Pengerusi 2 : En. Nik Mohamad Nazri B Nik Man (GPKK)

    Ketua Bahagian PAJSK

    Setiausaha PBS : En. Mohd Hafiz B Sulaiman

    (Kes Khas)

    Ahli Jawatankuasa;

    LADAP

    Tn Hj Zainal Ashikhin B Ibrahim (KP Sains)

    PENYELARASAN SKOR

    Pn. Saridah Binti Sonar (KP Pendidikan Seni Visual)

    PEMENTORAN

    Cik Noorshakila Bt Ramli (KP Bahasa Arab)

    Semua guru

    Jawatankuasa

  • 7/21/2019 203139817 Minit Mesyuarat PBS Pertama 2014

    3/8

    JAWATANKUASA P.B.S 2014

    SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK

    28200 BANDAR BERA

    PENGESANAN

    En. Mansor B Mohd Noor (KP Pendidikan Islam)

    PEMANTAUAN

    En. Muhammad Haniff B Ahmad Tajuddin (KP Matematik)

    PENTASKIRAN PUSAT (Pp) & PENTAKSIRAN SEKOLAH (Ps)

    En Md. Basri B Md. Radzi (KP Bahasa Inggeris)

    PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (Psi)

    En Mohd Kamal B Abu Hanifah (KP Pendidikan Moral)

    PENTAKSIRAN PAJSK

    En. Mohd Sahril B Mohamad (KP RBT & TMK)

    PEMBUDAYAAN

    Pn Nornadhirah Bt A.Ghani (KP Pendidikan Kesihatan)

    Surat pelantikan jawatankuasa akan diedarkan secara rasmi.

    2.2 PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN BERASASKAN

    SEKOLAH (P.B.S) & PROGRAM PEMBUDAYAAN P.B.S

    PengesananPengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan

    keberkesanan instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.

    Objektif Pengesanan PBS adalah;

    a.

    Mengenalpasti kekuatan dan keberkesanan instrumen

    pentaksiran yang digunakan.

    b.

    Meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan

    kebolehtadbiran instrumen pentaksiran.

    c.

    Mencadangkan penambahbaikan menyeluruh instrumen

    pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.

    Jadual & Senarai Pegawai Pengesanan akan diberikan bersama surat

    pelantikan.

    Pementoran

    Pementoran PBS adalah proses membantu, memudahcara dan

    membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan

    prosedur yang ditetapkan. Objektif pementoran adalah;Memberi

    bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan

    pengurusan PBS dan SPPBS.

  • 7/21/2019 203139817 Minit Mesyuarat PBS Pertama 2014

    4/8

    JAWATANKUASA P.B.S 2014

    SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK

    28200 BANDAR BERA

    a.

    Meningkatkan kemahiran pelaksanaan dan pentaksiran

    dalam kalangan guru yang dibimbing.

    b.

    Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang

    dibimbing / dimenti

    c.

    Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksananPBS

    d.

    Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional

    antara mentor dan guru yang dibimbing/menti

    Jadual & Senarai Pegawai Pementoran akan diberikan bersama surat

    pelantikan.

    Penyelarasan

    Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada

    Stanbdard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik(deskriptor) sesuatu tugasan.

    Objektif penyelarasan adalah seperti berikut;

    a.

    Menyeragamkan skor pentaksiran yang diberikan oleh guru

    berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens

    dalam dokumen standard prestasi.

    b.

    Menyeragamkan skor Pentaksiran Pusat yang diberikan

    oleh guru berdasarkan rubrik sesuatu tugasan yang

    ditetapkan.

    c.

    Memastikan kesahan dan kebolhpercayaan skor dalam

    pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.d.

    Memastikan skor yang diberi menepati keupayaan dan

    prestasi murid

    e.

    Memastikan skor yang diberi menepati keupayaan dan

    prestasi murid.

    f.

    Memastikan skor yang diberi adalah adil bagi semua murid

    Jadual & Senarai Pegawai Penyelarasan akan diberikan bersama surat

    pelantikan.

    PemantauanPemantauan PBS ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut

    prosdur dan garis panduan yang ditetatapkan.

    Diantara objektif pemantauan PBS ialah;

    a.

    Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuh

    b.

    Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di

    sekolah.

    c.

    Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS

    oleh guru

  • 7/21/2019 203139817 Minit Mesyuarat PBS Pertama 2014

    5/8

    JAWATANKUASA P.B.S 2014

    SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK

    28200 BANDAR BERA

    d.

    Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan

    ketidakakuran.

    e.

    Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan

    penambahbaikan.

    Jadual & Senarai Pegawai Penyelarasan Skor akan diberikan bersama

    surat pelantikan.

    Pembudayaan & Sudut PBS

    - Sudut PBS akan diperbaharui dan dikemaskini dalam bulan

    Januari. Mohon guru yang ada masa lapang membantu

    menceriakan papan maklumat PBS.

    - Mohon pentadbir atau guru yang berada dalam PIBG

    mewarwarkan tentang wujudkan PBS di dalam Pentaksiran

    KSSR.

    - Setiausaha dengan kerjasama Pn Nornadhirah akan

    mewujdkan Pamplet tentang PBS dan akan diedarkan

    semasa Mesyuarat PIBG kali pertama.

    - Program Vocabulary in English, persembahan semasa

    perhimpunan, pertandingan adalah salah satu program

    pembudayaan PBS di sekolah.

    - Pembudayaan PBS boleh ditingkatkan dnegan membuat

    program sekolah dan menjemput ibu bapa memberi markah

    seperti pertandingan melukis dan sebagainya. Juga

    merupakan salah satu program Sarana Ibu Bapa.

    Guru incharge : Pn. Nornadhirah Bt A. Ghani

    2.3 Pengurusan Kes-Kes Khas

    Setiausaha akan meminta maklumat murid-murid seperti;

    - Tidak hadir dalam jangka masa laman

    - Orang Kelainan Upaya (OKU)

    - Sakit

    - Lambat Pendaftaran- Pulang daripada luar Negara

    - Atlet yang memerlukan latihan luar ang lama

    - Bertukar sekolah

    Daripada guru kelas. Bagi murid bertukar, setiap guru

    matapelajaran perlu menyertakan borang tansit dan

    memasukkan skor dalam SPPBS online dan meneyrahkan

    kepada Setiausah untuk dihantar ke sekolah baru (Fail

    Perkembangan)

  • 7/21/2019 203139817 Minit Mesyuarat PBS Pertama 2014

    6/8

    JAWATANKUASA P.B.S 2014

    SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK

    28200 BANDAR BERA

    2.4 Maklumat Mata Pelajaran Baru Tahun 4 Yang Memerlukan

    Pentaksiran;

    Matapelajaran Duni Sains & Teknologi bertukar menjadi

    Sains, manakala matapelajaran Dunia Muzik menjadi

    Pendidikan Muzik dan Dunia Seni Visual menjadi Pendidikan

    Seni Visual selain tambahan matapelajaran baru seperti

    Reka Bentuk Teknologi (RBT) yang diajar bersama dengan

    Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK), dan

    Sejarah.Matapelajaran lain yang telah dipelajari semasa

    Tahun 1 hingga 3 masih sama.

    2.5

    Petaksiran Baru Murid Tahun 4 dari Bidang Psikometrik dan

    PAJSK 2014.i. Pentaskiran Psikometrik (Ppsi)

    Jawatankuasa PBS menetapkan bahawa diadakan dua kali

    setahun iatu penggal pertama dan penggal kedua di mana

    soalan akan diberikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

    dan ditadbir secara Pentaksiran Sekolah. Pentaksiran

    Psikometrik dinilai daripada segi Aptitud dan Personaliti.

    - Penilaia akan dijalankan di mana , pihak berkenaan akan

    mengumpulkan murid, edar kertas soalan dan jawapan,

    menerangkan tujuan ujian dijalankan dan murid menjawab

    seterusnya skornya akan dinilaikan.

    GPK Kawal Selia : Pn Wan Zaidawati Bt Wan Daud (PK HEM)

    Guru incharge : En Mohd Kamal B Abu Hanifah (KP PMO)

    ii. Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah (Pp & Ps)

    Jawatankuasa PBS dimaklumi bahawa Setiausaha belum lagi

    ditaklimatkan perkara ini namun apa yang difahami

    daripada pengetahuannya bahawa Pentaksiran Pusat adalah

    berbentuk kajian lapangan, folio, amali dan sebagainya dan

    dijalankan di sekolah. Soalan atau tugasan akan dikeluarkan

    oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

    GPK Kawal Selia : En Zolkipli B Hassan (PK1)

    Guru incharge : En Md. Basri B Md Radzi (KP BI)

    iii. Pentaksiran Amali Jasmani Sukan & Ko-Kurikulum (PAJSK)

    Jawatankuasa PBS dimaklumi bahawa GPK Ko-Ko sudah

    ditaklimatkan tentang perkara ini dan dari pengetahuannya

    bahawa Pentaksiran PAJSK di nilai daripada segi Amali

  • 7/21/2019 203139817 Minit Mesyuarat PBS Pertama 2014

    7/8

    JAWATANKUASA P.B.S 2014

    SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK

    28200 BANDAR BERA

    Jasmani (SEGAK & BMI), Sukan dan Aktiviti Ko-Kurikulum &

    Ekstra Ko-Kurikulum.

    GPK Kawal Selia : En Nik Mohamad Nazri B Nik Man (PKKO)

    Guru incharge : En Mohd Sahril B Mohamad (KP RBT &

    TMK)

    2.6Pengurusan Fail & Prekodan (Borang Transit)

    Semua guru yang terlibat dengan Darjah 1, 2 & 3 masih

    menggunakan fail perkembangan dan fail showcase. Sila isi

    evidens dan boring transit. Jangan bertangguh kerja

    memasukkan ke dalam online. Deskriptor tertinggi bagis

    etiap band ditinggalkan dalam fail perkembangan.

    Murid tahun 4 boleh guna fail perkembangan untuk

    menunjukkan perkembangan pembelajaran dariapda tahun

    1 hingga tahun 6 dan evidens boleh dilihat pada buku @

    hasil kerja murid ataupun pada murid itu sendiri. Guru

    dikehendaki merekodkan pentaksiran di dalam borang yang

    telah dibekalkan semasa berkursus. Kesemua maklumat ini

    akan dikumpulkan dan dimasukkan dalam satu fail

    perkembangan untuk memudahkan penilaian apabila ibu

    bapa hadir.

    3. Hal-hal lain.

    3.1 Semua guru dimaklumkan bahawa SPPBS akan beroperasi di

    bawah SPS dan akan mula beroperasi mulai 1 April 2014.

    Bagi guru yang masih tidak memasukkan skor murid tahun

    2013 boleh berbuat demikian di awal bulan April 2014.

    3.2 Cikgu Zolkipli mencadangkan agar setiap guru peka dan

    segera menyiapkan kerja terbengkalai

    Semua guru

    4. Penutup.

    Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang Semua guru

  • 7/21/2019 203139817 Minit Mesyuarat PBS Pertama 2014

    8/8

    JAWATANKUASA P.B.S 2014

    SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK

    28200 BANDAR BERA

    Disediakan oleh: Disemak oleh; Disahkan oleh;

    .............................................

    ( MOHD HAFIZ BIN SULAIMAN)

    Setiausaha Jawatankuasa P.B.S