manual pbppp jawatankuasa

Upload: francis-jessius

Post on 11-Oct-2015

185 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

MANUAL

TRANSCRIPT

  • MANUALJAWATANKUASA

    PBPPP ORGANISASI

  • ISI KANDUNGAN

    PERKARA MUKA SURAT

    1.0 PENGENALAN 1 1.0.1 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) 2 1.0.2 Fokus PBPPP 21.1 Matlamat PBPPP 3 1.1.1 Objektif 31.2 Kerangka PBPPP 4 1.2.1 Struktur Instrumen PBPPP 5 1.2.2 Komponen Instrumen PBPPP 5 1.2.3 Penggubalan Instrumen PBPPP 7 1.2.4 Tempoh Penilaian 7 1.2.5 Pihak yang Terlibat 8

    2.0 JAWATANKUASA PBPPP PERINGKAT ORGANISASI 82.1 Matlamat Penubuhan 82.2 Struktur Jawatankuasa 82.3 Tanggungjawab Jawatankuasa 10 A. Penilaian 10 B. Bahan/Dokumen Bercetak 10 C. Tugasan 112.4 Skop Tugas Jawatankuasa 12 2.4.1 Pengerusi 12 2.4.2 Setiausaha 12 2.4.3 Ahli Jawatankuasa 13 2.4.4 Urus Setia 132.5 Penubuhan Jawatankuasa pada Peringkat Sekolah 14

    3.0 PROSES KERJA JAWATANKUASA 153.1 Pelantikan Pegawai Penilai Kriteria Pegawai Penilai 153.2 Latihan Pegawai Penilai 163.3 Pemantauan Pegawai Penilai 163.4 Penyelarasan Skor 16

    4.0 PELAKSANAAN PBPPP 174.1 Tatacara Pelaksanaan PBPPP 17 4.1.1 Tiga Fasa Prapelaksanaan 18 1. Fasa Prapelaksanaan 18 2. Fasa Semasa Prapelaksanaan 18 3. Fasa pascapelaksanaan 194.2 Pelaksanaan PBPPP secara Dalam Talian 20

    i

  • 5.0 LAPORAN PENILAIAN 215.1 Rayuan Penilaian 215.2 Pembatalan 21

    6.0 AKRONIM 22

    7.0 LAMPIRAN 23Lampiran A: Borang Markah PBPPP 23Lampiran B: Instrumen PBPPP Generik 26

    GAMBAR RAJAH Rajah 1: Anjakan 4 dan Anjakan 5 PPPM 1Rajah 2: Kerangka Konsep PBPPP 4Rajah 3: Tempoh Penilaian 7

    JADUAL Jadual 1: Kategori Pencapaian Prestasi 4Jadual 2: Cadangan Senarai Jawatankuasa PBPPP pada Peringkat Organisasi

    Kementerian Pendidikan Malaysia 9

    ii

  • 1MANUAL JAWATANKUASA PBPPP ORGANISASI

    1.0 PENGENALAN

    Rajah 1: Anjakan 4 dan Anjakan 5 PPPM

    Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai 2016

    Memperkenalkan kriteria pemilihan berasaskan kompetensi dan memperkukuhkan proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013

    Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang 2016

    Melaksanakan pakej kerjaya baharu bagi pengetua guru besar mulai 2013, dengan lebih sokongan, lebih fleksibiliti pengoperasian bagi menambah baik sekolah, kurikulum dan kokurikulum, serta lebih akauntabiliti terhadap meningkatkan keberhasilan murid

    Anjakan 5MEMASTIKANKEPIMPINANBERPRESTASITINGGIDITEMPATKANDI SETIAPSEKOLAH

    Anjakan 4TRANSFORMASIKEGURUANSEBAGAIPROFESIONPILIHAN

    4 5

  • 21.0.1 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP):

    (a) Satu kaedah penilaian baharu yang relevan dengan Anjakan 4 dan Anjakan 5 PPPM 2013 2025

    (b) Dihasratkan untuk menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

    (c) Menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)

    (d) Berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place)

    (e) Mengikut stardard prestasi yang ditetapkan

    (f) Selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025

    1.0.2 Fokus PBPPP adalah pada:

    (a) Menilai elemen pembangunan kompetensi dan potensi berasaskan gred dan jawatan

    (b) Menilai keberhasilan PPP

    (c) Mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan

    Berdasarkan mesyuarat DTF (Delivery Task Force) yang telah diadakan pada 19 September 2013 yang dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato Hj Muhyiddin B. Hj Mohd Yassin (Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia), YAB Menteri telah bersetuju bahawa PBPPP bagi kumpulan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) akan dilaksanakan sepenuhnya bermula pada tahun 2015.

  • 31.1 Matlamat PBPPPMatlamat PBPPP adalah untuk membuat penilaian terhadap PPP secara menyeluruh:

    1.1.1 Objektif

    Pada akhir prapelaksanaan PBPPP, penilaian ini dapat:

    A B C D

    menilai kompetensi dan potensi

    PPP

    menilai keberhasilan

    yang merupakan hasil kerja PPP

    mengenal pasti kompetensi dan

    potensi PPP untuk membolehkan

    Program Pembangunan

    Profesional Berterusan (CPD)

    dilaksanakan

    mengenal pasti keperluan latihan

    PPP untuk pembangunan laluan kerjaya

    dengan menggabungjalinkan

    kompetensi dan keberhasilan

    untuk meningkatkan kecekapan dan komitmen bagi

    melahirkan PPP yang berprestasi

    tinggi

    bagi mendukung aspirasi ke arah pendidikan yang berkualiti tinggi

    A B C

  • 41.2 Kerangka PBPPP

    Generik

    FungsionalPPPPrestasi

    PPP

    +

    Rajah 2: Kerangka Konsep PBPPP

    Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2009, PPP dibahagikan kepada lima kategori prestasi, iaitu:

    (a) Cemerlang

    (b) Baik

    (c) Sederhana

    (d) Kurang Memuaskan

    (d) Lemah

    Skor Penyataan LNPT Penyataan PPPM

    90% 100% Cemerlang Prestasi Tinggi

    80% 89.99% BaikPrestasi Sederhana

    60% 79.99% Sederhana

    50% 59.99% Kurang MemuaskanPrestasi Rendah

    0% 49.99% Lemah

    Jadual 1: Kategori Pencapaian Prestasi

  • 51.2.1 Struktur Instrumen PBPPP

    Komponen Instrumen PBPPP terdapat tiga komponen dalam Instrumen PBPPP.

    Kandungan Instrumen ialah:

    1 Dimensi 2 Elemen 3 Aspek

    menggambarkan konstruk yang hendak dinilai

    pemboleh ubah bagi sesuatu dimensi (konstruk)

    perincian tentang perkara yang dinilai dalam sesuatu elemen

    STRUKTUR PBPPP

    KOMPONEN

    DIMENSI

    CONTOH ELEMEN

    CONTOH ASPEK

    PENINGKATAN:

    PdP Peningkatan ilmu pengetahuan

    PT(A) Peningkatan Pencapaian Sasaran

    PT(B) Peningkatan Pencapaian Sasaran

    Fasilitator Peningkatan/Perubahan Klien

    Jurulatih Peningkatan Pencapaian/Kemahiran dalam bidang

    KEBERHASILANGENERIK

    PROFESIONALISME

    TUGASAN TAMBAHAN

    PENGLIBATAN

    Sumbangan

    Bimbingan dan Motivasi

    Sumbangan Profesional

    & Sosial

    FUNGSIONAL

    KEMAHIRAN

    PdP PT(A) PT(B) Fasilitator Jurulatih

    Perancangan PdP

    Pengetahuan

    Perancangan

    Pengetahuan Pentaksiran

    PBPPP

    1.2.2 Komponen Instrumen PBPPP

    Instrumen PBPPP terbahagi kepada tiga komponen.

    1 Generik

    Semua PPP, tanpa mengambil kira di mana mereka bertugas, akan dinilai dengan menggunakan komponen generik yang sama.

    Sila rujuk kepada Lampiran Instrumen PBPPP Generik

  • 62 Fungsional

    Komponen Fungsional mengandungi SATU dimensi sahaja, iaitu Dimensi Kemahiran, yang dikelompokkan dalam lima kategori kumpulan berasaskan bidang tugas, iaitu:

    Kategori Kumpulan Deskripsi

    (a) Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)PPP yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan di bawah kelolaan KPM.

    (b) Pengajaran dan Pentadbiran (A) (PTA)

    PPP pada peringkat pengurusan di sekolah dan institusi pengajian di bawah kelolaan KPM yang terlibat dalam pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran.

    (c) Pengurusan dan Pentadbiran (B) (PTB)

    PPP pada peringkat pengurusan dan pentadbiran di organisasi KPM yang hanya terlibat dengan pengurusan dan pentadbiran tanpa pengajaran dan pembelajaran.

    (d) FasilitatorGuru Bimbingan dan Kaunseling (sekolah), Kaunselor Organisasi (Bahagian, JPN, PPD, IPGK dan KM), SIPartners+, SISC+ dan FasiLINUS.

    (e) Jurulatih Jurulatih Sukan dan Jurulatih Seni

    6

    Komponen generik mengandungi TIGA dimensi

    3 Keberhasilan

    Instrumen Keberhasilan:

    (a) menilai peningkatan dan bukannya pencapaian

    (b) dibahagikan kepada lima kategori kumpulan berasaskan bidang tugas PPP (seperti PdP, PTA, PTB, Fasilitator dan Jurulatih)

    (c) ukuran peningkatan berdasarkan empat aras penilaian, iaitu Cemerlang, Baik, Sederhana dan Lemah

    Sila rujuk kepada Lampiran Instrumen PBPPP Keberhasilan

  • 71.2.3 Penggubalan Instrumen PBPPP

    Penggubalan Instrumen PBPPP berasaskan prinsip dan proses yang berikut:

    (a) Pernyataan yang jelas, relevan, praktikal, adil dan realistik.

    (b) Konsep penilaian berasaskan Tugas dan Tempat Bertugas.

    (c) Instrumen yang dibangunkan ini juga melalui beberapa proses/program kajian dan penandaarasan.

    (d)Proses penggubalan dan penambahbaikan PBPPP dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka dan memperoleh persetujuan bersama daripada semua pihak yang berkepentingan termasuk konsultan bertauliah.

    1.2.4 Tempoh Penilaian

    (a) Fleksibiliti diberikan kepada organisasi untuk melaksanakan penilaian secara berterusan dalam tempoh satu tahun penilaian.

    (b) KPM akan menetapkan tarikh awal dan tarikh akhir untuk Pegawai Penilai (PP) menjalankan penilaian.

    (c) Penghantaran skor akhir penilaian bagi semua Pegawai Yang Dinilai (PYD) dalam organisasi masing-masing akan ditetapkan oleh KPM.

    PP1

    PP2

    MULA AKHIR

    Perbincangan antara PP1 dengan PYD

    Penilaian pertama oleh PP1

    Penilaian kedua/akhir oleh PP1

    Perbincangan antara PP2 dengan PYD

    Penilaian pertama oleh PP2

    Penilaian kedua/akhir oleh PP2

    Prapenilaian Penilaian pertama Penilaian kedua/akhirRajah 3: Tempoh Penilaian

    7

  • 81.2.5 Pihak yang Terlibat dalam Penilaian

    Pelaksanaan PBPPP di setiap organisasi melibatkan tiga pihak

    2.0 JAWATANKUASA PBPPP PERINGKAT ORGANISASI

    2.1 Matlamat Penubuhan

    Matlamat penubuhan Jawatankuasa PBPPP adalah untuk melancarkan pelaksanaan penilaian ini pada peringkat organisasi masing-masing.

    2.2 Struktur JawatankuasaJawatankuasa PBPPP organisasi terdiri daripada lima orang:

    (a) Pengerusi seorang(b) Setiausaha seorang(c) Ahli tiga orang

    Jawatankuasa boleh melantik seorang Urus Setia

    Jawatankuasa PBPPP organisasi terdiri daripada lima orang:

    (a) Pengerusi seorang(b) Setiausaha seorang(c) Ahli seorang

  • 9Cadangan Senarai Jawatankuasa PBPPP pada peringkat organisasi KPM adalah seperti yang berikut (Jadual 2):

    Agensi Pengerusi Ahli (3 orang) Setiausaha Urus Setia

    Bahagian KPM Pengarah

    Timbalan Pengarah/

    Ketua Sektor/Ketua Penolong

    Pengarah

    Ketua Sektor/Ketua Penolong

    Pengarah

    Unit Pentadbiran/Unit Kenaikan

    Pangkat

    Jabatan Pendidikan

    NegaraPengarah

    Timbalan Pengarah/

    Ketua Sektor

    Ketua Sektor Khidmat

    Pengurusan dan Pembangunan

    Unit Penilaian Kompetensi

    Pejabat Pendidikan

    Daerah

    Pegawai Pendidikan

    Daerah

    Timbalan PPD/Penolong PPD

    (Ketua Unit)

    Ketua Unit Pengurusan

    SekolahUnit Pentadbiran

    PPDWPKL Timbalan PengarahPenolong PPD

    Kanan

    Penolong PPDK Sektor Pengurusan

    Sekolah

    Unit Pentadbiran

    Institut Pendidikan Guru Pengarah

    Timbalan Pengarah/

    Ketua Jabatan/Ketua Unit

    Ketua Unit Khidmat

    Pengurusan

    Unit Khidmat Pengurusan

    Kolej Matrikulasi Pengarah

    Timbalan Pengarah/

    Ketua Jabatan/Ketua Unit

    Ketua JabatanPanel

    Pembangunan Sumber Manusia

    Institut Aminudin Baki Pengarah

    Timbalan Pengarah/

    Ketua Pusat/Ketua Jabatan

    Pendaftar Unit Khidmat Pengurusan

    Kolej Vokasional PengarahTimbalan Pengarah/

    Ketua Jabatan

    Ketua Unit Jaminan Kualiti Unit Pentadbiran

    Sekolah Menengah &

    Kolej VokasionalPengetua

    Guru Penolong Kanan/

    Guru Kanan Mata Pelajaran

    Guru Penolong Kanan

    KPT/PT Pentadbiran

    Sekolah Rendah Guru BesarGuru Penolong

    Kanan/ Ketua Panitia

    Guru Penolong Kanan

    KPT/PT Pentadbiran

    Jadual 2: Cadangan Senarai Jawatankuasa PBPPP di Peringkat Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia

  • 10

    2.3 Tanggungjawab JawatankuasaTanggungjawab Jawatankuasa PBPPP Organisasi adalah seperti berikut:

    A. Penilaian

    (a) Merancang, menyelaraskan dan memantau aktiviti penilaian peringkat organisasi.

    (b) Mencadangkan dan mengemukakan senarai PP untuk diperakukan mengikut kriteria yang ditetapkan.

    (c) Mengemukakan senarai PP untuk mendapat kelulusan.

    (d) Merancang dan melaksanakan latihan dalaman bagi PP di peringkat organisasi.

    (e) Menyediakan laporan pelaksanaan penilaian pada peringkat organisasi.

    (f) Membuat penyelarasan skor apabila SMG modul e-Prestasi memberikan peringatan tentang ketidaktekalan skor (perbezaan skor melebih 10 antara PP).

    (g) Menentukan proses tindakan pelaksanaan PBPPP mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa PBPPP Organisasi dan pihak KPM.

    B. Bahan/Dokumen Bercetak

    (a) Memastikan semua bahan/dokumen yang bercetak/bertulis yang melibatkan penilaian diklasifikasikan sebagai Dokumen Terperingkat pada tahap TERHAD.

    (b)Bahan/Dokumen Terperingkat tahap TERHAD disimpan di tempat yang sesuai mengikut garis panduan penyimpanan dokumen TERHAD untuk tidak kurang tiga tahun dari tarikh yang tertera pada dokumen sebelum dilupuskan.

    (c) Kerahsiaan Skor PYD wajib dijaga sepanjang masa.

  • 11

    C Tugasan

    Peranan Situasi Tindakan Jangka Masa

    Mengarahkan

    PP melaksanakan penilaian

    melaksanakan penilaian PYD masing-masing

    mematuhi tempoh yang telah ditetapkan KPM

    PP yang akan bertukar ke jabatan lain

    menyediakan penilaian dengan serta-merta bagi PYD di bawah seliaan mereka

    jika tempoh penyeliaan tidak kurang dari ENAM bulan

    PP yang akan bersara

    PP yang akan meletakkan jawatan

    PYD yang akan bersara

    melengkapkan penilaian PBPPP

    jika tempoh perkhidmatan dalam tahun penilaian itu ialah ENAM bulan dan lebih

    PYD yang akan melepaskan jawatan sedia ada untuk dilantik ke jawatan lain

    melengkapkan penilaian PBPPP

    jika tempoh perkhidmatan dalam tahun penilaian itu ialah ENAM bulan dan lebih

    Memastikan

    PP telah melaksanakan tugas berdasarkan manual

    telah melaksanakan tugas berdasarkan manual

    mematuhi tempoh yang telah ditetapkan KPM

    Penilaian PYD yang bertukar jabatan dan datanya belum dikemaskinikan

    PP melaksanakan penilaian secara manual

    perkara ini perlu dimaklumkan kepada pihak BPPK

    Penilaian PYD yang baharu yang dilantik selepas 1 Julai

    dilaksanakanapabila tempoh perkhidmatan genap ENAM bulan

  • 12

    2.4 Skop Tugas Jawatankuasa2.4.1 Pengerusi

    Skop tugas Pengerusi Jawatankuasa PBPPP adalah seperti yang berikut:

    (a) Menubuhkan Jawatankuasa PBPPP bagi organisasi yang dipimpinnya

    (b) Melantik Setiausaha

    (c) Melantik pegawai/kakitangan sebagai Urus Setia

    (d) Menghadiri Latihan Pengurusan PBPPP anjuran KPM

    (e) Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa PBPPP

    (f) Mempengerusikan mesyuarat untuk menyelaraskan skor sekiranya terdapat perbezaan skor melebihi 10 antara PP1 dengan PP2

    (g) Menjaga kerahsiaan skor PYD dan Dokumen Terperingkat sepanjang masa

    2.4.2 Setiausaha

    Skop tugas Setiausaha Jawatankuasa PBPPP adalah seperti yang berikut:

    (a) Menjadi penyelaras kepada Jawatankuasa PBPPP

    (b) Menghadiri mesyuarat pelaksanaan PBPPP

    (c) Menyediakan jadual pelaksanaan PBPPP

    (d) Menguruskan latihan penilaian dalaman bagi PP

    (e) Menerima dokumen pelaksanaan PBPPP daripada KPM

    (f) Menyediakan cadangan senarai PP untuk dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa PBPPP

    (g) Menguruskan taklimat PBPPP bagi PP dan PYD

    (h) Memantau proses kemasukan skor PYD dalam Sistem Maklumat Guru (SMG) modul e-Prestasi secara dalam talian

    (i) Menyediakan minit mesyuarat dan dokumen PBPPP

    (j) Menghadiri Mesyuarat Pascapelaksanaan PBPPP

    (k) Menjadi pegawai perantara bagi organisasi dengan KPM dan agensi lain yang terlibat secara langsung

    (l) Menjaga kerahsiaan skor PYD dan Dokumen Terperingkat sepanjang masa

  • 13

    2.4.3 Ahli Jawatankuasa

    Skop tugas Ahli Jawatankuasa PBPPP adalah seperti yang berikut:

    (a) Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PBPPP

    (b) Mencadangkan PP bagi setiap PYD

    (c) Menjaga kebersihan skor PYD dan Dokumen Terperingkat sepanjang masa

    2.4.4 Urus Setia

    Skop tugas Urus Setia Jawatankuasa PBPPP adalah seperti yang berikut:

    (a) Mengurusan keperluan mesyuarat atau taklimat yang berkaitan dengan pelaksanaan PBPPP

    (b) Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PBPPP untuk memastikan kelancaran mesyuarat

    (c) Memastikan semua bahan/dokumen yang bercetak/bertulis melibatkan penilaian ini diklasifikasikan sebagai dokumen TERHAD

    (d)Memastikan dokumen TERHAD disimpan di tempat yang sesuai mengikut garis panduan penyimpanan dokumen TERHAD dalam tempoh tidak kurang daripada tiga tahun, iaitu bermula dari tarikh yang tertera pada dokumen sebelum dilupuskan

    (e) Menjaga kerahsiaan skor PYD dan Dokumen Terperingkat sepanjang masa

    Urus Setia bukan ahli jawatankuasa dan tidak terlibat dalam membuat keputusan

  • 14

    2.5 Penubuhan Jawatankuasa pada Peringkat SekolahContoh penubuhan Jawatankuasa peringkat sekolah menengah

    14

    2.5 Penubuhan Jawatankuasa Pada Peringkat Sekolah Contoh penubuhan Jawatankuasa peringkat sekolah menengah

    Pemimpin sekolah menghadiri latihanyang dikendalikan oleh PPD

    Membentuk Jawatankuasa PBPPPSekolah Menengah yang terdiri daripada:

    (a) Pengerusi: Pengetua(b) Setiausaha: Guru Penolong Kanan(c) Ahli (3 orang): Guru Penolong Kanan/Guru Kanan Mata Pelajaran(d) Urus Setia: KPT/PT Pentadbiran (Rujuk kepada Jadual 2: Cadangan Senarai Jawatankuasa PBPPP pada di peringkat organisasi KPM)

    Setiausaha akan mendaftarkan nama ahliJawatankuasa Organisasi dalam e-Prestasi untukmendapat kelulusan PPD

  • 15

    3.0 PROSES KERJA JAWATANKUASA

    3.1 Pelantikan Pegawai Penilai Kriteria Pegawai PenilaiKriteria pelantikan PP adalah seperti yang berikut:

    Syarat Kriteria

    (a)

    (i) mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang PYD; dan

    (ii) mempunyai kemahiran menilai secara objektif.

    (b)

    PP boleh dilantik berdasarkan satu gred lebih Tinggi atau Ketua Organisasi/Penyelia.

    (a) Sekiranya tiada sesiapa yang memenuhi perjawatan hakiki dalam mana-mana Organisasi.

    (b) Sekiranya perjawatan hakiki dalam mana-mana organisasi tidak mencukupi.

    (c) mengikut kekanan/lama tempoh berkhidmat dalam gred semasa atau ditentukan oleh Jawatankuasa PBPPP Organisasi dengan syarat memenuhi kriteria PP.

    (c)

    Tiada hubungan kekeluargaan terdekat melalui pertalian darah atau perkahwinan antara PP dengan PYD.Contoh: suami, isteri, anak, adik-beradik, anak saudara, mentua, menantu, ipar, sepupu atau biras.

    (d)

    PP telah menyelia PYD tidak kurang daripada enam bulan dalam satu tahun penilaian. Sekiranya PYD berkhidmat di dua jabatan yang berlainan dalam tempoh yang sama panjang, maka penilaian hendaklah dilaksanakan di jabatan PYD berkhidmat semasa.

    (e)

    PP yang paling lama tempoh penyeliaannya atau lebih banyak tugas yang berkaitan dengan PYD boleh membuat penilaian tersebut. PYD yang diselia oleh lebih daripada seorang PP dalam tempoh masa yang berbeza-beza dan tidak ada pegawai kanan lain yang layak membuat penilaian.

    (f)

    Penyelia yang terdekat dan mempunyai hubungan kerja dengan PYD akan melaksanakan penilaian. Sekiranya tiada PP yang layak menilai kerana tempoh penyeliaannya kurang daripada enam bulan dalam tahun yang dinilai. Bagi kes-kes tertentu tempoh minimum ialah tiga bulan.

  • 16

    PP1 dan PP2 tidak dibenarkan berbincang berkenaan skor PYD

    3.2 Latihan Pegawai Penilai

    3.4 Penyelarasan SkorPenyelarasan skor dilakukan:

    (a) apabila terdapat ketidaktekalan skor melebihi dari 10 antara skor PP1 dengan PP2

    (b) Jawatankuasa PBPPP Organisasi akan menetapkan keputusan penyelarasan skor akhir

    a b

    Latihan diberikan oleh KPM

    3.3 Pemantauan Pegawai PenilaiPemantauan dilakukan oleh Jawatankuasa Organisasi, iaitu:

    (a)memastikan PP mencetak dua borang markah (i) sesalinan borang markah perlu diberikan kepada PYD (ii) sesalinan lagi disimpan di dalam fail perkhidmatan PYD

    (b) memastikan PP menjalankan penilaian seperti yang telah ditetapkan

    (c) memastikan PP memasukkan markah dalam Sistem Maklumat Guru (SMG) Modul e-Prestasi sebelum tarikh akhir

    (d) memastikan PP telah memberi PYD satu salinan Borang Markah yang telah ditandatangani oleh PP dan PYD bagi simpanan PYD

    (e) memastikan PP telah memberikan Borang Markah kepada Jawatankuasa PBPPP untuk disimpan di dalam Fail Peribadi PYD

  • 17

    Fasa Pra-pelaksanaan

    Pengumuman Jadual Pelaksanaan

    Pengesahan Jawatankuasa PBPPP

    Penubuhan & Pendaftaran Jawatankuasa PBPPP

    Menyelaraskan Skor

    Pemantauan PPFasa Semasa pelaksanaan

    Perbezaan skor > 10

    Penerimaan Laporan Prestasi

    Fasa Pasca pelaksanaan

    Rayuan (jika ada)

    TIDAK

    YA

    4.0 PELAKSANAAN PBPPP

    4.1 Tatacara Pelaksanaan PBPPP Carta Alir Pelaksanaan PBPPP

    Pelantikan & PendaftaranPP1 dan PP2

    Pengesahan PP1 dan PP2

    Latihan PP

    PemberianTaklimat PBPPP

    Lembaga Kompetensi dan Potensi KPM mengesahkan

    Skor Muktamad

    Pengesahan Skor

  • 18

    4.1.1 Fasa Prapelaksanaan

    1 Fasa Prapelaksanaan

    Fasa prapelaksanaan adalah seperti yang berikut:

    (a) Arahan penubuhan Jawatankuasa PBPPP pada peringkat Organisasi oleh KPM

    (b) Ketua Jabatan menetapkan nama dan melantik ahli Jawatankuasa PBPPP pada peringkat organisasi

    (c) Pengesahan pelantikan ahli Jawatankuasa PBPPP oleh PPD/JPN/Bahagian di KPM

    (d) Jawatankuasa PBPPP bermesyuarat dan menetapkan PP1 dan PP2 bagi setiap PYD

    (e) Pengesahan pelantikan PP oleh PPD/JPN/Bahagian di KPM

    (f) Merancang jadual pelaksanaan penilaian peringkat organisasi

    (g) Memaklumkan jadual penilaian kepada PP dan PYD

    (h) Pihak organisasi hendaklah melaksanakan taklimat bagi PYD dan PP

    2 Fasa Semasa Prapelaksanaan

    Fasa semasa pelaksanaan adalah seperti yang berikut:

    Pelaksanaan Penilaian

    (a) Memantau PP1 dan PP2 memasukkan skor ke dalam Sistem Maklumat Guru (SMG) modul e-Prestasi

    (b) PYD diberi peluang untuk mengetahui skor penilaian bagi dirinya semasa proses penilaian

    Penyimpanan bahan

    PP membuat dua salinan borang markah sebagai bukti bagi setiap penilaian yang dilaksanakan:

    (a) sesalinan borang markah perlu diberi kepada PYD

    (b) sesalinan lagi disimpan di dalam fail perkhidmatan PYD

    Penyimpanan borang markah

  • 19

    PERHATIAN PENTING!Gangguan dalam talian atau Kawasan Luar Bandar tanpa InternetJika berlaku masalah atau gangguan talian yang berpanjangan:1 pengisian skor secara manual menggunakan borang markah dibenarkan

    bagi mengelakkan penilaian PBPPP terganggu dan boleh menjejaskan jadual perancangan penyediaan penilaian tersebut; dan

    2 maklumat PBPPP ini hendaklah direkodkan oleh Urus Setia PBPPP sebagai Dokumen Terperingkat PBPPP.

    3 Fasa Pascapelaksanaan

    Fasa pascapelaksanaan adalah seperti yang berikut:

    (a)

    Jika Sistem Maklumat Guru (SMG) modul e-Prestasi mengesan perbezaan skor yang tidak tekal melebihi 10 antara PP1 dan PP2, Jawatankuasa PBPPP Organisasi akan (i) bermesyuarat untuk membuat pelarasan skor, dan (ii) memutuskan skor akhir PYD yang terlibat.

    (b) Penyelarasan skor (jika ada) hanya boleh dijalankan setelah semua skor bagi setiap PYD telah dimasukkan dalam Sistem Maklumat Guru (SMG) modul e-Prestasi

    Pengesahan markah akhir akan dibuat oleh Lembaga Kompetensi dan Potensi KPM

  • 20

    4.2 Pelaksanaan PBPPP secara Dalam Talian4.2.1 Sistem Maklumat Guru (SMG) Modul e-Prestasi

    (a) PBPPP dilaksanakan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Sistem Maklumat Guru (SMG) Modul e-Prestasi.

    (b) SMG Modul e-Prestasi boleh diakses menerusi http://apps.moe.gov.my/smg/10/

    (c)

    Pelaksanaan PBPPP menggunakan e-Prestasi adalah untuk: (i) mengelakkan PYD memilih PP dengan sendiri, dan (ii) memberikan kebebasan kepada PP untuk membuat penilaian secara lebih objektif

    terhadap PYD.

    (d)

    SMG Modul e-Prestasi digunakan untuk: (i) pemilihan Ahli Jawatankuasa PBPPP Organisasi (ii) pemilihan PP oleh Jawatankuasa (iii) PP memasukkan skor penilaian dalam jangka masa yang ditetapkan (iv) Jawatankuasa menyelaraskan skor penilaian akhir yang tidak tekal (markah yang

    melebih 10)

    Bahan-bahan berkaitan dengan

    PBPPP boleh dimuat turun dari

    menu Manual Pengguna dalam Sistem Maklumat

    Guru (SMG) Modul e-Prestasi

    Pegawai yang terlibat dalam pelaksanaan PBPPP boleh merujuk kepada SMG Modul e-Prestasi seperti dalam Manual Penggunaan Sistem tersebut.

  • 21

    5.0 LAPORAN PENILAIAN

    5.1 Rayuan Keputusan

    5.2 Pembatalan

  • 22

    6.0 AKRONIM

    AR Acquired ResultBK9 Borang penilaian bagi pensyarah IABBPPK Bahagian Pembangunan dan Penilaian KompetensiBRM Buku Rancangan MengajarCGPA Cumulative Genome Project AttendanceCPD Program Pembangunan Profesional BerterusanDTF Delivery Task ForceETR Estimated Target ResultGPS Gred Purata SekolahGTP 2.0 Program Transformasi KerajaanIAB Institut Aminudin BakiIPG Institut Pendidikan GuruJPA Jabatan Perkhidmatan Awam

    JPN Jabatan Pendidikan Negeri

    KC Kriteria KecemerlanganKM Kolej MatrikulasiKOMPAS Instrumen Kompetensi Pemimpin SekolahKPM Kementerian Pendidikan MalaysiaKPPA Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamLNPT Laporan Penilaian Prestasi TahunanPBPPP Penilaian Bersepadu Pegawai PerkhidmatanPdP Pengajaran dan PembelajaranPP Pegawai PenilaiPP1 Pegawai Penilai 1PP2 Pegawai Penilai 2PPD Pejabat Pendidikan DaerahPPP Pegawai Perkhidmatan PendidikanPPPM 2013-2025 Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaPROSPEK Program Bersepadu Potensi dan KompetensiPTA Pengajaran dan Pentadbiran (A)PTB Pengurusan dan Pentadbiran (B)PTK Penilaian Tahap KecekapanPYD Pegawai Yang DinilaiSGM Standard Guru MalaysiaSKKSM Standard Kompetensi Kepengetuan Sekolah MalaysiaSKT Sasaran Kerja TahunanTOV Take off Value

  • 23

    7.0 LAMPIRAN7.0 LAMPIRAN

    Lampiran A : Borang Markah PBPPPP

    1) CALON

    NO. KAD PENGENALAN :NAMA :JAWATAN :GRED :

    2) PENILAI

    NO. KAD PENGENALAN :NAMA :JAWATAN :GRED :

    KOD & NAMA SEKOLAH :PPD :

    BORANG MARKAHPENILAIAN BERSEPADU

    PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    01 PROFESIONALISME

    E1 NILAI PROFESIONAL

    A1.1 AMALAN PROFESIONAL 1

    A1.2 HUBUNGAN DENGAN PELANGGAN 2

    E2 SAHSIAH

    A2.1 MENGUTAMAKAN PENCAPAIAN 3

    A2.2 KEPANTASAN BERTINDAK 4

    A2.3 KEMATANGAN EMOSI & KEYAKINAN DIRI 5

    A2.4 BUDAYA KERJA SEPASUKAN 6

    A2.5 BERFOKUSKAN PELANGGAN 7

    BIL KRITERIA SOALAN ARAS PENILAIAN

    INSTRUMEN PENILAIAN KOMPETENSI

    23

    7.0 LAMPIRAN

    Lampiran A : Borang Markah PBPPPP

    1) CALON

    NO. KAD PENGENALAN :NAMA :JAWATAN :GRED :

    2) PENILAI

    NO. KAD PENGENALAN :NAMA :JAWATAN :GRED :

    KOD & NAMA SEKOLAH :PPD :

    BORANG MARKAHPENILAIAN BERSEPADU

    PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    01 PROFESIONALISME

    E1 NILAI PROFESIONAL

    A1.1 AMALAN PROFESIONAL 1

    A1.2 HUBUNGAN DENGAN PELANGGAN 2

    E2 SAHSIAH

    A2.1 MENGUTAMAKAN PENCAPAIAN 3

    A2.2 KEPANTASAN BERTINDAK 4

    A2.3 KEMATANGAN EMOSI & KEYAKINAN DIRI 5

    A2.4 BUDAYA KERJA SEPASUKAN 6

    A2.5 BERFOKUSKAN PELANGGAN 7

    BIL KRITERIA SOALAN ARAS PENILAIAN

    INSTRUMEN PENILAIAN KOMPETENSI

    23

  • 24

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    E3 POTENSI

    A3.1 KEPIMPINAN BERWAWASAN DAN MEMBUAT KEPUTUSAN 8

    A3.2 PENYESUAIAN PERUBAHAN 9

    A3.3 KEINGINAN MENIMBA PENGETAHUAN 10

    A3.4 PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF 11

    E4 KEILMUAN DAN PENGETAHUAN

    A4.1 DASAR-DASAR KERAJAAN 12

    A4.2 PERATURAN DAN PEKELILING 13

    A4.3 PENGUASAAN BIDANG TUGAS 14

    A4.4 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) 15

    D2 TUGASAN TAMBAHAN

    E1 HUBUNGAN LUAR

    A1.1 JALINAN DAN JARINGAN (NETWORKING AND LINKAGES) 16

    E2 TUGASAN SAMPINGAN

    A2.1 TUGAS-TUGAS LAIN SELAIN TUGAS HAKIKI 17

    D3 PENGLIBATAN

    E1 SUMBANGAN

    A1.1 BIMBINGAN DAN MOTIVASI (COACHING AND MENTORING) 18

    A1.2 SUMBANGAN PROFESIONAL DAN SOSIAL 19

    D4 KEMAHIRAN

    E1 PERANCANGAN PdP

    A1.1 PENGETAHUAN 20

    A1.2 PERANCANGAN 21

    A1.3 PENGETAHUAN PENTAKSIRAN 22

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    24

  • 25

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    4 3 2 1

    E2 PELAKSANAAN PdP

    A2.1 PENYAMPAIAN 23

    A2.2 PENGGUNAAN SUMBER PENDIDIKAN 24

    A2.3 KEMAHIRAN KOMUNIKASI 25

    A2.4 TEKNIK PENYOALAN 26

    A2.5 PENGLIBATAN DAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN MURID 27

    E3 PENTAKSIRAN PdP

    A3.1 PENILAIAN PRESTASI MURID 28

    4 3 2 1

    01 KEBERHASILAN

    A1.1 PENINGKATAN ILMU / KEMAHIRAN 1

    CATATAN :

    BIL KRITERIA SOALAN ARAS PENILAIAN

    INSTRUMEN KEBERHASILAN

    25

  • 26

    Lampiran B : Instrumen PBPPP - Generik

    KOD DIMENSI, ELEMEN

    DAN ASPEK DESKRIPSI

    KAEDAH PENILAIAN

    PEGAWAI PENILAI BOLEH MENGGUNAKAN SATU ATAU LEBIH DARIPADA SATU KAEDAH PENILAIAN BERDASARKAN KESESUAIAN UNTUK MENINGKATKAN KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN PENILAIAN

    ARAS PENILAIAN

    CEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH

    SEMAKAN BAHAN (A) TEMU BUAL

    (B) PENCERAPAN

    (C) PEMERHATIAN

    (D) 4 3 2 1

    D1 PROFESIONALISME

    E1 NILAI PROFESIONAL

    A1.1

    AMALAN PROFESIONAL

    Keupayaan pegawai untuk: mengetahui, memahami, menghayati dan mempamerkan: etika kerja penjawat

    awam etika kerja keguruan etika kaunseling

    berdasarkan Akta 580 (GBKSM dan Kaunselor)

    Contohnya: amanah berketerampilan kecintaan terhadap

    profesion teladan

    Jika perlu

    Jika perlu

    Jika perlu

    Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut: jujur dan boleh

    dipertanggung-jawabkan

    cara berpakaian

    mengikut peraturan semasa

    tingkah laku

    boleh diteladani seperti menepati masa, bertimbang rasa, beradab dan mesra

    menjaga nama

    baik profesion

    Mengetahui, memahami dan menghayati semua etika kerja yang berkaitan serta jelas mempamerkan tingkah laku beretika melalui amalan profesional dengan baik.

    Mengetahui dan memahami semua etika kerja yang berkaitan serta dapat mempamerkan tingkah laku beretika melalui amalan professional pada tahap sederhana.

    Kurang mengetahui, kurang memahami semua etika kerja yang berkaitan dan kurang mempamerkan tingkah laku beretika melalui amalan profesional.

    Tidak mengetahui, tidak memahami semua etika kerja yang berkaitan dan tidak mempamerkan tingkah laku beretika melalui amalan profesional.

    26

    Lampiran B: Instrumen PBPPP Generik

  • 27

    A1.2

    HUBUNGAN DENGAN PELANGGAN

    Keupayaan pegawai untuk: mewujudkan hubungan yang positif dengan pelanggan. Contohnya: kesantunan kemesraan adil hormat-menghormati percaya-

    mempercayai tahap ekspektasi

    yang tinggi

    Jika perlu

    Jika perlu

    Jika perlu

    Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut:

    memberi

    perhatian / tumpuan tanpa mendiskriminasi-kan murid

    menerima pandangan dan menegur murid secara berhemah

    kesanggupan

    pegawai untuk bekerja lebih masa

    Berupaya untuk membina hubungan dua hala (interpersonal) yang positif dengan pelanggan pada tahap yang baik.

    Berupaya untuk membina hubungan dua hala (interpersonal) yang positif dengan pelanggan pada tahap sederhana.

    Kurang berupaya untuk membina hubungan dua hala (interpersonal) yang positif dengan pelanggan.

    Tidak berupaya untuk membina hubungan dua hala (interpersonal) yang positif dengan pelanggan

    E2 SAHSIAH

    A2.1

    MENGUTAMAKAN PENCAPAIAN

    Keupayaan pegawai untuk: menunjukkan kesungguhan untuk mencapai matlamat dan keprihatinan terhadap kecekapan serta kecemerlangan penyampaian perkhidmatan

    Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut: surat arahan /

    memo dokumen program /

    latihan kertas maklum

    balas terhadap sesuatu arahan

    Jika perlu

    Jika perlu

    Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut: komitmen konsisten bertanggung-

    jawab prihatin berusaha

    Mempunyai komitmen yang tinggi dan konsisten dalam menyelesaikan tugasan serta menunjukkan sikap yang cemerlang ke arah pencapaian matlamat.

    Mempunyai komitmen dalam menyelesaikan tugasan serta menunjukkan sikap yang baik ke arah pencapaian matlamat.

    Kurang komitmen dalam menyelesaikan tugasan serta menunjukkan sikap yang memuaskan ke arah pencapaian matlamat.

    Tiada komitmen dalam menyelesai kan tugasan.

    27

  • 28

    A2.2 KEPANTASAN BERTINDAK

    Keupayaan pegawai untuk:

    melaksanakan sesuatu arahan atau program berdasarkan tempoh dan sasaran kerja yang ditetapkan

    Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut:

    surat arahan / memo

    jadual kerja / program

    analisis data

    post-mortem

    laporan

    Jika perlu Jika perlu Jika perlu

    Bersikap proaktif untuk menyelesaikan tugasan dengan hasil yang berkualiti.

    Berupaya menyelesaikan tugasan dalam tempoh yang ditetapkandengan hasil yang berkualiti.

    Mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan tugasan serta sentiasa perlu diingatkan.

    Tiada usaha untuk menyelesaikan tugasan dan mengharapkan pegawai lain untuk menyelesaikan-nya.

    A2.3 KEMATANGAN EMOSI DAN KEYAKINAN DIRI

    Keupayaan pegawai untuk:

    memahami keadaan emosi diri sendiri dan individu lain serta menggunakan pemahaman tersebutuntuk kebaikan organisasi

    mempercayai kebolehan diri sendiriuntuk melaksanakan tugas dan memilih tindakan yang berkesan bagi sebarang tugasan atau masalah

    Jika perlu Jika perlu Jika perlu

    Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut:

    berfikiran terbuka apabila berinteraksi

    tenang

    asertif

    rasional

    Mengenali, mengawal dan menangani emosi diri serta berkeyakinan terhadap kebolehan diri dalam pelbagai situasi.

    Mengenali dan mengawal emosi diri serta berkeyakinan terhadap kebolehan diri dalam pelbagai situasi.

    Kurang mengawal emosi diri serta kurang berkeyakinan terhadap kebolehan diri dalam pelbagai situasi.

    Tidak dapat untuk mengawal emosi diri dan tidak berkeyakinan terhadap kebolehan diri dalam pelbagai situasi.

    28

  • 29

    A2.4

    BUDAYA KERJA SEPASUKAN

    Keupayaan pegawai untuk: mewujudkan

    suasana kerja sepasukan yang harmoni dan mesra

    menyesuaikan diri

    dalam semua keadaan ke arah mencapai kejayaan sesuatu organisasi

    Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut:

    minit mesyuarat

    buku program

    laporan

    post-mortem

    Jika perlu

    Jika perlu

    Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut: Pengendalian

    mesyuarat / perjumpaan

    komunikasi dua

    hala

    terbuka kepada perbincangan

    menerima

    perbezaan pendapat

    membuat

    keputusan secara kolektif

    Terlibat secara aktif dalam melaksanakan tugasan secara sepasukan dan menangani isu atau masalah bersama-sama.

    Terlibat dalam melaksanakan tugasan secara sepasukan dan menangani isu atau masalah bersama-sama.

    Kurang penglibatan dalam melaksanakan tugasan secara sepasukan.

    Tidak terlibat dalam melaksanakan tugasan secara sepasukan.

    A2.5

    BERFOKUSKAN PELANGGAN

    Keupayaan pegawai untuk: memberi tumpuan dan berusaha untuk memahami serta memenuhi kehendak dan keperluan semasa atau jangka panjang pelanggan

    Jika perlu

    Jika perlu

    Jika perlu

    Jika perlu

    Proaktif dalam mengutamakan pelanggan dan berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan dalam bidang tugas.

    Mengutamakan pelanggan dan berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan dalam bidang tugas.

    Kurang mengutamakan dan kurang memenuhi keperluan pelanggan dalam bidang tugas.

    Kurang mengutamakan dan tidak memenuhi keperluan pelanggan dalam bidang tugas.

    29

  • 30 30

    E3 POTENSI

    A3.1

    KEPIMPINAN BERWAWASAN DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

    Keupayaan pegawai untuk: menetapkan hala

    tuju / matlamat organisasi / sasaran

    membangkitkan komitmen pasukan

    mempunyai keinginan untuk memimpin yang lain dalam usaha mencapai matlamat organisasi / sasaran

    membuat keputusan secara berkesan

    Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut:

    visi dan misi Perancangan

    Strategik minit mesyuarat laporan tahunan analisis data Sasaran Kerja

    Tahunan

    Jika perlu

    Jika perlu

    Jika perlu

    Memperlihatkan hala tuju kerja yang sangat jelas dengan menggerakkan sumber secara optimum untuk membuat keputusan bagi mencapai sasaran.

    Memperlihatkan hala tuju kerja yang jelas dengan menggerakkan sumber secara kerap untuk membuat keputusan bagi mencapai sasaran.

    Memperlihatkan hala tuju kerja yang kurang jelas dengan menggerakkan sumber secara minimum untuk membuat keputusan bagi mencapai sasaran.

    Memperlihatkan hala tuju kerja yang tidak jelas dan tidak mampu untuk membuat keputusan bagi mencapai sasaran.

    A3.2

    PENYESUAIAN PERUBAHAN

    Keupayaan pegawai untuk: membuat perubahan dan mengambil risiko

    Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut: minit mesyuarat

    buku program kertas kerja laporan program

    Jika perlu

    Jika perlu

    Jika perlu

    Bersedia untuk berubah dan dapat menyesuaikan diri terhadap perubahan serta berani menghadapi risiko dalam melaksanakan bidang tugas.

    Bersedia untuk berubah dan dapat menyesuaikan diri terhadap perubahan dalam melaksanakan bidang tugas.

    Bersedia untuk berubah tetapi sukar untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan dalam melaksanakan bidang tugas.

    Tidak bersedia untuk berubah dan tidak berani menghadapi cabaran.

  • 31 31

    A3.3

    KEINGINAN MENIMBA PENGETAHUAN

    Keupayaan pegawai untuk: mempelajari

    perkara baharu untuk mendapat maklumat

    memperolehi

    pengetahuan bagi menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah

    Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut: kertas kerja

    dokumen

    pekeliling / dasar bahan ilmiah /

    bukan ilmiah latihan / LDP /

    seminar / kursus / kejurulatihan

    Jika perlu

    Jika perlu

    Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh yang berikut:

    Kualiti hasil kerja

    Proaktif untuk mempelajari ilmu, kemahiran dan nilai baharu bagi menyelesaikan masalah dalam bidang tugas.

    Bersedia untuk mempelajari ilmu, kemahiran dan nilai baharu bagi menyelesaikan masalah dalam bidang tugas.

    Kurang bersedia untuk mempelajari ilmu, kemahiran dan nilai baharu bagi menyelesaikan masalah dalam bidang tugas.

    Tidak bersedia untuk mempelajari ilmu, kemahiran dan nilai baharu bagi menyelesaikan masalah dalam bidang tugas.

    A3.4

    PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF

    Keupayaan pegawai untuk: menghasilkan idea baharu, memperkenalkan sesuatu yang baharu atau menambah baik keadaan sedia ada dengan mencabar status quo, mengambil risiko dan menggalakkan inovasi

    Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut: minit mesyuarat

    buku program kertas kerja /

    cadangan laporan program

    Jika perlu

    Jika perlu

    Jika perlu

    Berkeupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang baharu dan boleh diguna pakai serta menjadi sumber rujukan.

    Berkeupayaan menghasilkan sesuatu yang baharu dan boleh diguna pakai dalam pelaksanaan tugas.

    Kurang berkeupayaan menghasilkan sesuatu yang baharu dan boleh diguna pakai dalam pelaksanaan tugas.

    Tiada inisiatif dalam menghasilkan idea untuk diguna pakai dalam pelaksanaan tugas.

  • 32

    E4 KEILMUAN DAN PENGETAHUAN

    A4.1

    DASAR-DASAR KERAJAAN

    Keupayaan pegawai untuk: mengetahui, memahami dan menghayati dasar utama KPM

    Jika perlu

    Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut: PPPM / DTP /

    1M1S / Transformasi Pendidikan / LDP / RIMUP / MBMMBI / PBS / SSR / KSSM / NKEA / LINUS / KeBAT / NKRA / MMI dan dasar-dasar berkaitan

    Jika perlu

    Jika perlu

    Mengetahui, memahami dan menghayati serta dapat menterjemahkan dasar utama KPM.

    Mengetahui dan memahami dasar serta dapat menghayati dasar utama KPM.

    Mengetahui dan memahami dasar utama KPM.

    Mengetahui dasar utama KPM tetapi tidak memahami dan menghayati dasar tersebut.

    A4.2

    PERATURAN DAN PEKELILING

    Keupayaan pegawai untuk:

    mengetahui, memahami dan menghayati pekeliling utama mengikut bidang tugas yang berkaitan

    Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh yang berikut: pekeliling utama

    yang berkaitan

    Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh soalan yang berikut: Apakah yang anda

    faham tentang NKRA?

    Jika perlu

    Jika perlu

    Mengetahui, memahami dan menghayati serta dapat mematuhi pekeliling utama mengikut bidang tugas.

    Mengetahui dan memahami serta dapat mematuhi pekeliling utama mengikut bidang tugas.

    Mengetahui dan memahami pekeliling utama mengikut bidang tugas.

    Mengetahui tetapi tidak memahami pekeliling utama mengikut bidang tugas.

    A4.3

    PENGUASAAN BIDANG TUGAS

    Keupayaan pegawai untuk: mengetahui dan menguasai fungsi bidang tugas serta menjadi sumber rujukan kepada pelanggan

    Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut: Fail Meja Prosedur Kerja Perancangan

    Tahunan KPI

    Jika perlu

    Jika perlu

    Jika perlu

    Mengetahui spesifikasi dan fungsi bidang tugas yang berkaitan serta dapat menjelaskannya dan boleh menjadi sumber rujukan.

    Mengetahui spesifikasi dan fungsi bidang tugas yang berkaitan serta dapat menjelaskan bidang tugas.

    Kurang mengetahui spesifikasi dan fungsi serta kurang berkemampuan untuk menjelaskan bidang tugas.

    Tidak mengetahui spesifikasi dan fungsi bidang tugas.

    32

  • 33

    A4.4

    TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)

    Keupayaan pegawai untuk: menguasai teknologi

    maklumat dalam bidang tugas

    mengintegrasi pelbagai komponen TMK dalam bidang tugas

    membudayakan peningkatan keilmuan TMK

    Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut:

    laman sesawang portal rasmi media sosial e-mel buku program minit mesyuarat aplikasi sistem

    Jika perlu

    Jika perlu

    Jika perlu

    Menguasai dan mengintegrasi TMK secara optimum serta dapat membudayakan-nya dalam bidang tugas.

    Menguasai, mengintegrasi dan membudayakan TMK dalam bidang tugas.

    Kurang menguasai, mengintegrasi dan membudayakan TMK dalam bidang tugas.

    Tidak menguasai, mengintegrasi dan membudayakan TMK dalam bidang tugas.

    D2 TUGASAN TAMBAHAN

    E1 HUBUNGAN LUAR

    A1.1

    JALINAN DAN JARINGAN (NETWORKING AND LINKAGES)

    Keupayaan pegawai untuk: mewujudkan dan membina hubungan secara kolaboratif, perkongsian pintar dan seumpamanya dengan pihak luar berkaitan bidang tugas

    Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut:

    laporan aktiviti buku program minit mesyuarat kertas kerja /

    cadangan

    Jika perlu

    Jika perlu

    Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh yang berikut:

    Aktiviti

    kokurikulum di sekolah

    Proaktif untuk mewujudkan dan membina hubungan profesional dengan pihak luar berkaitan bidang tugas.

    Berupaya untuk mewujudkan dan membina hubungan profesional dengan pihak luar berkaitan bidang tugas.

    Kurang berupaya untuk mewujudkan dan membina hubungan profesional dengan pihak luar berkaitan bidang tugas.

    Tidak berupaya untuk mewujudkan dan membina hubungan profesional dengan pihak luar berkaitan bidang tugas.

    33

  • 34

    E2 TUGASAN SAMPINGAN

    A2.1 TUGAS-TUGAS LAIN SELAIN TUGAS HAKIKI

    Keupayaan pegawai untuk:

    melaksanakan tugas yang diarah oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa

    Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut:

    surat arahan

    perancangan program

    laporan

    minit mesyuarat

    Jika perlu Jika perlu Jika perlu

    Sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugas-tugas tambahan secara berkesan.

    Bersedia untuk melaksanakan tugas-tugas tambahan secara berkesan.

    Kurang bersedia untuk melaksanakan tugas-tugas tambahan secara berkesan.

    Tidak bersedia untuk melaksanakan tugas-tugas tambahan secara berkesan.

    D3 PENGLIBATAN

    E1 SUMBANGAN

    A1.1 BIMBINGAN DAN MOTIVASI (COACHING AND MENTORING)

    Keupayaan pegawai untuk:

    berkongsi idea, memberi bimbingan atau konsultasi untuk meningkatkan ilmu atau kemahiran

    Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut:

    laporan program

    kertas kerja / cadangan

    minit mesyuarat

    program mentor mentee

    Jika perlu Jika perlu Jika perlu

    Sentiasa bersedia untuk berkongsi idea, memberi bimbingan atau konsultasi untuk meningkatkan ilmu atau kemahiran yang berkaitan dengan bidang tugas.

    Bersedia untuk berkongsi idea, memberi bimbingan atau konsultasi untuk meningkatkan ilmu atau kemahiran yang berkaitan dengan bidang tugas.

    Kurang bersedia untuk berkongsi idea, memberi bimbingan atau konsultasi untuk meningkatkan ilmu atau kemahiran yang berkaitan dengan bidang tugas.

    Tidak bersedia untuk berkongsi idea, memberi bimbingan atau konsultasi untuk meningkatkan ilmu atau kemahiran yang berkaitan dengan bidang tugas.

    A1.2 SUMBANGAN PROFESIONAL DAN SOSIAL

    Keupayaan pegawai untuk:

    melibatkan diri dalam sumbangan profesional dan sosial selain tugasan hakiki dan tugasan sampingan

    Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut:

    surat

    sijil

    buku program

    Jika perlu Jika perlu Jika perlu

    Sentiasa bersedia untuk melibatkan diri dalam memberi sumbangan profesional dan sosial selain tugasan hakiki dan tugasan sampingan.

    Bersedia untuk melibatkan diri dalam memberi sumbangan profesional dan sosial selain tugasan hakiki dan tugasan sampingan.

    Kurang bersedia untuk melibatkan diri dalam memberi sumbangan profesional dan sosial selain tugasan hakiki dan tugasan sampingan.

    Tidak bersedia untuk melibatkan diri dalam memberi sumbangan profesional dan sosial selain tugasan hakiki dan tugasan sampingan.

    34