prosiding seminar 2010 (pelajar pismp ambilan januari 07)
TRANSCRIPT
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
1/123
0
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKANPELAJAR PISMP AMBILAN JANUARI 2007
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKANPELAJAR PISMP AMBILAN JANUARI 2007
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKANPELAJAR PISMP AMBILAN JANUARI 2007
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKANPELAJAR PISMP AMBILAN JANUARI 2007
INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS ILMU KHAS
13 OKTOBER 2010
DEWAN DATO RAZALI ISMAIL
EDITOR:
PUAN JEYA VELU
MOHD ZULHAKIMI BIN MOHD ISA
AHMAD ADHWA BIN ROSDI
MOHD IQBAL BIN YAHAYA
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
2/123
1
KANDUNGAN
PEMBENTANG TAJUK
AIMI NADIA BINTI
RAZALI
Meningkatkan kemahiran melukis dalam kalangan murid Tahun 4 Utarid
dengan menggunakan kaedah grid.
AFIQ BIN
NAZARUDDIN
Meningkatkan kemahiran penggunaan perisian microsoft paint dalam
bidang menggambar murid Tahun 5 dengan menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif.
MOHD IZAZAYA
BIN AHMAD
Meningkatkan kemahiran penggunaan media kering dalam aktiviti lukisan
murid Tahun 5 melalui teknik gosokan.
DIRA HIRDAYANTI
BINTI MAH HUSIN
Meningkatkan kemahiran menggambar menggunakan kepelbagaian media
kering melalui teknik garisan selari dalam kalangan murid Tahun 5 Bestari.
ALIA SHAFINI BINTI
KAMARUZAMAN
Meningkatkan kefahaman murid masalah pendengaran tahun 5M melalui
penggunaan carta dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
MASTURAH AYU
BINTI MOHAMAD
LAN
Penggunaan kad perkataan meningkatkan kemahiran menulis ayat tunggal
murid bermasalah pendengaran.
KHOILI ATTAR
BINTI RAME
Modifikasi Model Polya dengan menggunakan teknik visualisasi bagi
meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah matematik berayat bagi
operasi tolak dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran kumpulan 7.
NURUL HANA BINTI
MOHD. NORDIN
Meningkatkan kemahiran nyanyian solfa murid Tahun 4 Bintang dengan
mengaplikasikan kemahiran pendengaran dalaman.
MD JAIS BIN ISMAIL Meningkatkan kemahiran koordinasi menyanyi sambil menepuk corak
irama murid Tahun 4 Cemerlang melalui kaedah euritmik.
ALIA SHAFINI BINTI
KAMARUZAMAN
Meningkatkan kefahaman murid masalah pendengaran tahun 5M melalui
penggunaan carta dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
SITI RAZIMAH
BINTI YUNUS
Meningkatkan kemahiran permainan rekoder muri Tahun 5 Tekun dengan
menggunakan kaedah pembelajaran koperatif.
NURUL HANA BINTI
MOHD. NORDIN
Meningkatkan kemahiran nyanyian solfa murid Tahun 4 Bintang dengan
mengaplikasikan kemahiran pendengaran dalaman.
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
3/123
2
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENIRU GAMBAR DALAM
KALANGAN MURID-MURID TAHUN 4 UTARID DENGAN MENGGUNAKAN
KAEDAH GRID
Aimi Nadia binti RazaliInstitut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
ABSTRAK. Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran membuat lukisan imitasi yangmempunyai struktur rupa serta bentuk objek tepat dalam kalangan murid-murid. Seramai 32 orangmurid-murid dari tahun 4 Utarid Sekolah Kebangsaan Tasek Permai, Ampang telah terlibat dalamkajian ini. Fokus kajian ini adalah kepada pendedahan penggunaan kaedah grid yang dipercayaimampu meningkatkan kemahiran melukis murid-murid dari aspek ketepatan struktur rupa dan bentuksesuatu objek. Tinjauan awal telah dibuat melalui temu bual dengan guru Pendidikan Seni VisualTahun 4 untuk mengenalpasti pendedahan kaedah grid kepada murid-murid. Soal selidik dan ujian praberbentuk amali juga dijalankan terhadap murid-murid tahun 4 bagi melihat tahap kemahiran merekadalam melukis. Hasil tinjauan mendapati bahawa murid-murid dikenalpasti tidak dapat melukisdengan struktur serta bentuk objek dengan tepat. Keadaan ini membuatkan saya berasa terpanggiluntuk membantu mereka untuk meningkatkan kemahiran dalam melukis supaya mereka berasa lebihyakin untuk melukis di masa akan datang. Murid-murid didedahkan kepada penggunaan kaedah gridini selama 4 minggu. Keputusan Ujian Pos dan pemerhatian yang dijalankan menunjukkan prestasi
murid-murid dalam membuat lukisan imitasi dengan lebih tepat telah meningkat. Dapatan akhir jugamenunjukkan bahawa lukisan mereka lebih baik dan mereka lebih yakin untuk melukis dengan
menggunakan kaedah grid yang telah dipelajari.
PENDAHULUAN
PengenalanPendidikan Seni Visual KBSR, merupakan salah satu matapelajaran elektif yang
mengandungi pelbagai aktiviti untuk melahirkan insan yang harmonis, kreatif danmenghargai keindahan alam dan warisan negara. Kegiatan-kegiatan yang terkandung di
dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sebenarnya mampu merealisasikan hasrat
yang ingin dicapai. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Namun, bagi memenuhi
hasrat tersebut para guru perlu memainkan peranan yang penting dalam memperkembangkan
potensi murid khususnya dalam kegiatan pemikiran, penerokaan, penyataan idea, ekspresi
diri dan penghasilan.
Senario yang sering berlaku di sekolah adalah mata pelajaran ini sering tidak dititik beratkan
dan lebih mementingkan mata pelajaran teras semata-mata. Ia mengakibatkan segelintir
kalangan guru memandang ringan terhadap matlamat yang perlu dicapai menerusi mata
pelajaran ini. Objektif yang sepatutnya dicapai oleh murid-murid pada setiap tahun
pembelajaran mereka juga tidak mencapai tahap terutamanya dalam bidang menggambar.
Kebanyakan murid-murid lemah dalam membuat gambar samada menggunakan media kering
mahupun media basah.
Masalah yang berlaku ini boleh dikurangkan atau diatasi dengan menggunakan kaedah-
kaedah yang sesuai mengikut tahap murid-murid. Ia juga turut menggabungkan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk memastikan objektif yang disasarkan
tercapai. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran
murid-murid dalam menghasilkan gambar secara melukis antaranya adalah kaedah tekapan,
kaedah peniruan, kaedah tetingkap, dan kaedah grid.
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
4/123
3
Kaedah grid merupakan satu kaedah alternatif yang dapat memberikan hasil lukisan yang
mempunyai struktur dan kadar banding objek yang tepat. Penggunaan garisan grid semasa
proses melukis mampu melatih murid-murid untuk melukis apa yang dilihat secara terperinci
dari petak ke petak grid yang lain. Justeru itu, pendedahan kepada penggunaan kaedah grid di
peringkat awal dan disertakan latihan-latihan yang berpandukan arahan guru dikatakan
mampu meningkatkan kemahiran melukis dalam kalangan murid-murid.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALUMenerusi sesi pengajaran dan pembelajaran lalu, pengkaji telah menjalankan satu pengajaran
dalam bidang menggambar yang melibatkan aktiviti melukis bertajuk Hidupan Laut kepada
murid tahun 4 Utarid di sekolah ini. Apabila pengkaji memulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran, antara ayat pertama yang sering menjadi sebutan oleh murid-murid ini apabila
diminta melukis adalah cikgu, saya tidak pandai melukis Apabila mendengar keluhan
daripada mereka, pengkaji merasa terpanggil untuk membantu murid-murid ini supaya
mereka dapat melukis dengan lebih baik dan berasa lebih yakin dengan kemampuan diri
mereka sendiri dalam menghasilkan sebuah lukisan. Ini kerana kemahiran melukis boleh
dipelajari dan ia masih belum terlambat untuk mempelajarinya memandangkan mereka masihberada di peringkat sekolah rendah. Menurut Smith (1994) orang cenderung untuk
menganggap bahawa mereka memerlukan bakat istimewa untuk melukis tetapi melukis tiada
bezanya dengan kemahiran yang lain.
Melalui pemerhatian yang telah dibuat, pengkaji mendapati ramai diantara murid-murid yang
bermasalah dalam menghasilkan lukisan. Ramai di antara murid Tahun 4 Utarid yang tidak
dapat melukis gambar Hidupan Laut dengan baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Kebanyakan gambar atau objek yang dihasilkan tidak mempunyai struktur rupa
yang betul dan tepat. Murid juga cenderung untuk melukis gambar yang nisbah kadar
bandingnya tidak tepat. Contohnya, murid melukis gambar mata ikan pada kedudukan yang
tidak tepat dan saiznya sangat kecil jika dibandingkan dengan saiz ikan yang besar. Keadaan
ini mungkin disebabkan murid tidak pernah melihat gambaran sebenar ikan tersebut dan tidak
dapat memindahkan gambar yang dilihat dengan skala yang betul. Mereka juga telah
dikenalpasti tidak dapat melukis bentuk-bentuk objek dengan tepat. Murid-murid turut
bermasalah dalam menggunakan ruang yang ada pada kertas lukisan. Kebanyakan murid
melukis gambar bertumpu di bahagian tengah kertas lukisan sahaja dan tidak tahu
menggunakan ruang yang ada sepenuhnya. Mereka sering melukis gambar dengan saiz dan
kadar banding objek yang tidak tepat. Keadaan ini menyebabkan lukisan yang dihasilkan
menjadi tidak seimbang dan menjadi kurang bermakna. pengkaji mengandaikan mungkin
murid masih tidak tahu lagi cara untuk membahagikan ruang yang terdapat dalam sesebuah
lukisan.
Antara masalah lain yang timbul ialah, kebiasaannya murid-murid lebih gemar meniru
gambar yang terdapat pada contoh lukisan guru kerana mereka mengatakan bahawa mereka
tidak pandai dan tidak mempunyai idea untuk melukis. Oleh yang demikian mereka lebih rela
tidak melukis jika tidak mempunyai contoh kerana hasil lukisan mereka tidak cantik.
Menurut Dan (2006) ramai orang menyedari lukisan mereka tidak kelihatan relalistik. Mereka
boleh lihat kesalahan yang jelas tetapi mereka tidak tahu bagaimana caranya untuk
membetulkannya. Ini menyebabkan mereka merasakan jika mereka tidak dapat melukis
dengan sempurna, mereka tidak perlu melukis langsung.
Murid-murid kebanyakannya membuat imitasi contoh lukisan yang disediakan guru.Walaupun begitu, gambar-gambar yang telah diimitasi juga turut bermasalah iaitu murid
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
5/123
4
masih tidak dapat melukis dengan struktur rupa dan bentuk objek yang tepat. Masalah ini
berlaku mungkin disebabkan murid-murid tidak pernah didedahkan kepada kaedah-kaedah
yang boleh digunakan untuk menghasilkan gambar dan cara melukis yang betul. Kebanyakan
murid hanya menggunakan pengalaman mereka sendiri ketika melukis .
REFLEKSI NILAI PENDIDIKANMurid yang berada di Tahun 4 ini sudah mempunyai kemahiran mengira dan menggunakan
pembaris. Murid-murid sudah mempunyai kemahiran dan pengetahuan membuat garisan
menggunakan alat. Untuk mempertingkatkan lagi kemahiran melukis menggunakan
pengetahuan yang sedia ada ini, pengkaji ingin mendedahkan murid kepada penggunaan
kaedah grid.
Kaedah ini memerlukan kemahiran murid untuk membuat sedikit pengiraan dan kemahiran
membuat garisan menggunakan alat. Kaedah grid ini mampu mempertingkatkan kemahiran
murid dalam membuat garisan dan pengiraan. Kemahiran ini bukan hanya diguna pakai
dalam subjek Pendidikan Seni Visual sahaja malah subjek lain juga menggunakan kemahiran
ini.
Pengajaran kaedah grid ini mampu menajamkan pengamatan murid-murid. mereka akan
dapat belajar untuk memfokuskan penglihatan mereka kepada sesuatu bahagian yang dilihat.
Murid-murid diajar cara untuk memindahkan garisan dari satu titik ke titik yang lain untuk
membentuk objek tertentu.
Ketekunan dan kesabaran murid yang diperlukan dalam penggunaan kaedah grid ini secara
tidak langsung dapat membentuk diri murid yang sabar dan berdisiplin. Nilai-nilai murni ini
sememangnya bertepatan dengan salah satu hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
inginkan pembangunan insan yang seimbang dan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial.
FOKUS KAJIAN
Isu KajianWalaupun terdapat banyak masalah yang dihadapi oleh murid-murid, namun pengkaji hanya
fokuskan kajian ini kepada isu penghasilan gambar yang ditiru tidak tepat. Murid-murid
kebanyakannya sering melukis secara:
Tidak dapat meniru gambar dengan struktur dan bentuk yang tepat.
Kadar banding gambar yang dilukis tidak tepat
Kurang yakin dalam melakar garisan untuk menghasilkan gambar
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid-murid dalam meniru gambar yang
dilukis. Secara tidak langsung juga dapat meningkatkan keyakinan diri mereka apabila dapat
melukis dengan tepat.
Tinjauan Literatur berkaitan Isu Kajian
Kemahiran MelukisKemahiran-kemahiran dalam melukis ini boleh dipelajari melalui latihan-latihan yang
berterusan dan sesiapa sahaja boleh mempelajarinya termasuklah murid-murid yang masih
berada di sekolah rendah. Menurut Sim (2009) melatih kanak-kanak untuk membina
kemahiran melukis adalah penting. Tanpa latihan dan tunjuk ajar yang rapi, kanak-kanak
cenderung untuk kehilangan keyakinan dan kebolehan semulajadi dalam seni apabila merekamencecah peringkat dewasa.
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
6/123
5
PeniruanImitasi adalah penting (Md. Nasir dan Iberahim Hassan, 2003). Proses imitasi pada alam
sekeliling memberi pengaruh yang sangat besar terutamanya kepada kanak-kanak sehingga
mereka meniru gaya percakapan dan tingkah laku orang yang berada paling hampir dalamhidup mereka. Di sini terbentuk personaliti yang sedikit sebanyak mempengaruhi hasil seni
mereka.
Kaedah GridKaedah grid sangat sesuai digunakan dalam menghasilkan sesebuah lukisan yang mempunyai
kadar banding yang tepat melalui pengaplikasiannya dalam sesebuah lukisan. Menurut
Nelson (2005) grid merupakan satu kaedah yang hebat untuk melihat nisbah kadar banding.
Ini kerana setiap grid yang dibuat perlu diukur untuk mendapatkan skala pembesaran atau
pengecilan objek yang hendak dihasilkan.
Kebiasaannya murid-murid cenderung untuk melukis sesuatu objek berdasarkankefahamannya sendiri walaupun hakikat sebenarnya bukan seperti apa yang dilihat. Sistem
grid melatih mata untuk melihat dunia seperti apa yang diperlihatkan secara visual dan bukan
berdasarkan kepada pengetahuan fizikal dan ruang (Smith, 1994). Hammond (2004) turut
menyatakan bahawa semakin kerap kaedah grid digunakan, ia dapat melatih mata anda untuk
melihat rupa dengan baik, oleh itu anda dapat melukisnya dengan tepat.
Smith (1994) menyatakan semakin kerap penggunaan kaedah grid digunakan semakin tinggi
kemahiran dan keyakinan yang anda akan perolehi dalam melukis.
OBJEKTIF KAJIANMelalui kajian ini diharapkan murid-murid dapat mencapai objektif yang berikut:
Objektif Umum
Penyelidikan ini secara umumnya dijalankan bertujuan sebagai usaha untuk meningkatkan
kemahiran melukis di kalangan murid-murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Tasek Permai,
Ampang Selangor.
Objektif Khusus
Murid dapat meningkatkan kemahiran meniru gambar dengan menggunakan kaedahgrid.
Murid dapat meniru gambar sesuatu objek dengan struktur rupa dan bentuk yang tepatmenggunakan kaedah grid.
Murid dapat menghasilkan gambar dengan kadar banding yang tepat denganmenggunakan kaedah grid.
Murid dapat meningkatkan keyakinan diri untuk melukis dengan menggunakan
kaedah grid.
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 32 orang murid Tahun 4 Utarid yang terdiri daripada 13 orang murid
lelaki dan 19 orang murid perempuan.
TINDAKAN YANG DIJALANKANDalam kajian ini, pengkaji telah melaksanakan tiga peringat intervensi dalam satu kitaran.
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
7/123
6
Intervensi Peringkat Pertamaa) Aktiviti 1 (20 minit):
Guru memperkenalkan kaedah grid kepada murid
Guru menerangkan ciri-ciri serta fungsi penggunaan kaedah
grid menggunakan slaid yang ditayangkan
b) Aktiviti 2 (20 minit):Guru menerangkan cara menghasilkan garisan grid pada
kertas
Murid melihat dan menghasilkan garisan grid bersama-sama
mengikut langkah demi langkah
c) Aktiviti 3 (10 minit):Guru menerangkan cara melukis menggunakan kaedah gridmenggunakan kaedah demonstrasi.
Murid memerhatikan langkah penggunaan kaedah grid.
Intervensi Peringkat Keduaa) Aktiviti 1 (10 minit):Guru mengulangkaji pemahaman murid tentang langkah
penggunaan kaedah grid untuk melukis.
b) Aktiviti 2 (40 minit):Guru memberi latihan iaitu melukis dengan meniru rupa-rupaobjek geometri atau organik serta melukis bentuk-bentuk
mudah mengikut petak grid.
Murid melaksanakan tugasan yang diberi secara individu
Guru membimbing dan memantau murid melaksanakan
tugasan.]
Intervensi Peringkat Ketigaa) Aktiviti 1 (10 minit):
Guru mengulangkaji cara melukis menggunakan kaedah grid
Guru menunjukkan cara melukis bentuk-bentuk yang lebihkompleks mengikut petak grid.
b) Aktiviti 2 (40 minit):Guru memberi tugasan iaitu melukis dengan meniru gambaryang lebih kompleks mengikut grid kepada murid
Murid melaksanakan tugasan yang diberi secara individu
Guru membimbing dan memantau murid melaksanakantugasan
CARA PENGUMPULAN DATAPengkaji telah menggunakan empat jenis instrumen bagi mengumpul data. Instrumen-
instrumen tersebut adalah soal selidik, temubual, pemerhatian dan ujian.
Soal SelidikTerdapat satu jenis borang soal selidik telah dibina untuk kajian ini. Borang ini melibatkan
beberapa soalan berkaitan tentang pengetahuan responden serta kemahiran melukis dalam
matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Borang soal selidik ini dapat memberi jawapan
kepada permasalahan yang ingin diselidik. Borang soal selidik ini mengandungi soalan
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
8/123
7
berbentuk tertutup. Ujian soal selidik ini telah dilaksanakan setelah murid-murid yang
menjadi responden dikenalpasti.
UjianDalam kajian ini, pengkaji telah melakukan dua sesi ujian. Ujian-ujian yang telah dijalankan
adalah Ujian Pra dan Ujian Pos. Ujian Pra ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahappengetahuan murid terhadap kaedah grid. Ujian ini telah dilaksanakan secara bertulis dan
juga amali. Bagi ujian bertulis, responden diuji dengan set soalan berbentuk item pilihan
tunggal berkaitan beberapa aspek tentang kaedah grid. Ujian ini akan menguji pemahaman
responden berkaitan ciri-ciri kaedah grid, fungsi kaedah grid serta langkah penggunaan
kaedah grid.
Bagi Ujian Amali pula, responden telah diminta untuk menghasilkan lukisan manual
menggunakan kemahiran melukis yang mereka ada. Mereka perlu melukis gambar yang telah
diberikan untuk ditiru. Kelemahan dan tahap pencapaian murid dapat dikenalpasti melalui
ujian yang dijalankan ini.
Ujian Pos pula dilakukan setelah semua langkah intervensi dijalankan. Bentuk ujian serta
soalan yang digunakan adalah sama seperti yang telah dilaksanakan sewaktu Ujian Pra iaitu
ujian bertulis dan juga ujian amali. Ujian Pos ini bertujuan untuk menguji keberkesanan
intervensi yang telah dilaksanakan.
PemerhatianDalam kajian ini, data dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur dan juga
pemerhatian tidak berstruktur.Pemerhatian berstruktur digunakan untuk menilai hasil karya
yang telah dihasilkan responden dalam Ujian Pra Amali dan Ujian Pos Amali. Terdapat
beberapa aspek yang dinilai dalam pemerhatian berstruktur ini. Antara aspek-aspek tersebut
ialah nisbah, pengekalan bentuk objek, mengikut petak-petak grid dan juga kekemasan pada
hasil lukisan. Pada Ujian Pra hanya tiga aspek sahaja yang dilihat iaitu aspek nisbah,
pengekalan bentuk dan kekemasan. Responden perlu menghasilkan lukisan secara manual
yang memenuhi keperluan aspek-aspek ini untuk memperoleh markah penuh.
Kaedah pemerhatian tidak berstruktur pula digunakan sepanjang kajian dilaksanakan. Ia
bertujuan untuk melihat reaksi dan minat murid sepanjang proses tersebut. Selain itu
bertujuan untuk melihat gangguan-gangguan yang ada ketika kaedah ini dilaksanakan serta
respon daripada pihak responden.
TemubualPengkaji telah menggunakan temubual semi struktur. Sesi temubual ini telah dilakukan
setelah selesai Ujian Pos. Pengkaji telah membina 5 soalan utama yang berkaitan dengan
pemahaman mereka terhadap kaedah grid. Soalan yang berkaitan perasaan murid-murid
terhadap pembelajaran menggunakan kaedah grid juga turut ditanya. temubual ini akan dapat
mengukuhkan lagi kajian saya untuk melihat tahap pemahaman murid terhadap kaedah grid
setelah proses intervensi dijalankan. Secara tidak langsung, saya juga turut mendapat maklum
balas daripada responden mengenai kefahaman mereka terhadap pengajaran yang saya
sampaikan. Responden yang terlibat hanya 5 orang. Pemilihan dibuat berdasarkan keputusan
Ujian Pos mereka.Ciri-ciri responden yang dipilih adalah mengikut tahap lemah sederhana
dan cemerlang.
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
9/123
8
KEPUTUSAN KAJIANKejayaan ini dapat dibuktikan dengan pencapaian murid-murid Tahu 4 Utarid yang baik
dalam Ujian Pos yang dijalankan. Analisis pencapaian di antara Ujian Pra dan Ujian Pos
adalah seperti berikut:
Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos Bertulis
Jadual 1 :Perbandingan Markah Ujian Pra Bertulis dan Ujian Pos Bertulis Mengikut Tahap
TahapUjian Pra Bertulis Ujian Pos Bertulis
Jumlah Peratus (%) Jumlah Peratus (%)
Lulus Tinggi 1 3.1 6 18.8
Lulus Sederhana 7 21.9 13 40.6
Lulus Rendah 11 34.4 13 40.6
Gagal 10 31.2 0 0.0Jumlah 32 100.0 32 100.0
Rajah 1.Perbandingan Markah Ujian Pra Bertulis dan Ujian Pos Bertulis Mengikut Tahap
Jadual 1 dan Rajah 1 menunjukkan perbandingan pencapaian tahap responden bagi Ujian Pra
Bertulis dan Ujian Pos Bertulis. Hasil dapatan menunjukkan perubahan yang ketara antara
Ujian Pra dan Ujian Pos setelah intervensi dijalankan.
Peratusan tahap gagal telah menurun secara mendadak daripada 31.2% dalam Ujian Pra
kepada 0.0% dalam Ujian Pos. Penurunan peratusan ini menunjukkan peningkatan
responden dalam menggunakan kaedah grid walaupun hanya memenuhi 1 aspek yang
ditentukan samada aspek nisbah, pengekalan bentuk, mengikut petak grid dan kekemasan.
Tahap lulus sederhana dan lulus tinggi pula telah menunjukkan kenaikan peratus dengan jelas
Bagi tahap lulus tinggi, peratusan telah meningkat sebanyak 15.7% iaitu daripada seorang
kepada 6 orang. Tahap lulus sederhana pula meningkat tinggi dari 7 orang kepada 13 orangtelah mengubah peratus asal tahap tersebut daripada 21.9% kepada 40.6%.
3.1%
21.9%
34.4%
31.2%
18.8%
40.6% 40.6%
0.0%0.0%
5.0%
10.0%
15.0%
20.0%
25.0%
30.0%
35.0%
40.0%
45.0%
Lulus Tinggi Lulus Sederhana Lulus Rendah Gagal
Peratus(%)
Tahap
Ujian Pra
Ujian Pos
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
10/123
9
Secara keseluruhannya terdapat peningkatan yang sangat baik sekali pada Ujian Pos bertulis
berbanding Ujian Pra bertulis yang dijalankan oleh responden. Keadaan ini telah
menunjukkan keberkesanan secara keseluruhan terhadap intervensi yang telah dijalankan.
Hampir kesemua responden telah mencapai tahap lulus rendah dan ke atas dan hanya seorang
sahaja yang tidak berjaya melepasi tahap gagal.
Perbandingan Ujian Pra Amali dan Ujian Pos AmaliJadual 2 :
Perbandingan Markah Ujian Pra Amali dan Ujian Pos Amali Mengikut Gred
GredUjian Pra Amali Ujian Pos Amali
Jumlah Peratus (%) Jumlah Peratus (%)
A 0 0.0 6 18.8
B 6 18.8 10 31.3C 13 40.6 8 25.0
D 6 18.8 6 18.8
E 7 21.9 1 3.1
Jumlah 32 100.0 32 100.0
Rajah 1. Perbandingan Markah Ujian Pra Amali dan Ujian Pos Amali Mengikut Gred
Jadual 2 dan Rajah 2 di atas menunjukkan perbandingan pencapaian tahap responden bagi
Ujian Pra Amali dan Ujian Pos Amali. Hasil dapatan menunjukkan perubahan yang ketara
antara Ujian Pra dan Ujian Pos setelah intervensi dijalankan.
Terdapat penuruan yang mendadak bagi peratusan Gred E daripada 21.9% kepada 3.1%
sebanyak 18.8%. Peratus responden yang mendapat gred C juga turut menurun iaitu sebanyak
15.6% daripada 40.6% semasa Ujian Pra kepada 25% semasa Ujian Pos. Hal ini
0.0
18.8
40.6
18.8
21.9
18.8
31.3
25
18.8
3.1
0.0
5.0
10.0
15.0
20.0
25.0
30.0
35.0
40.0
45.0
A B C D E
Peratus(%)
Gred
Ujian Pra
Ujian Pos
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
11/123
10
menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan dalam kemahiran responden melukis gambar
menggunakan kaedah grid.
Walaupun kelihatan Gred D tidak menunjukkan sebarang perubahan dan kekal dengan
peratusan sebanyak 18.8%, namun responden yang mendapat gred A menunjukkan
peningkatan yang tinggi iaitu sebanyak 18.8%. manakala peratus yang mendapat Gred Eberkurang sebanyak 18.8%.
Secara keseluruhannya terdapat peningkatan yang sangat baik sekali pada Ujian Pos. Amali
berbanding Ujian Pra Amali yang dijalankan oleh responden. Keadaan ini telah menunjukkan
keberkesanan secara keseluruhan terhadap intervensi yang telah dijalankan.
walaubagaimanapun tidak semua responden melepasi tahap gagal.
Pemerhatian
Hasil daripada pemerhatian menunjukkan pada mulanya responden amat teruja dan amat
berminat dalam melaksanakan aktiviti menggunakan kaedah grid ini. Namun, semasa
intervensi kedua dan ketiga terdapat segelintir responden yang mula bosan denganpenggunaan kaedah ini. Tidak kurang juga dengan responden yang mula berminat dan
menyukai kaedah yang digunakan setelah membuat latihan beberapa kali.
Sewaktu intervensi dilaksanakan, responden lebih suka untuk melakukan aktiviti bersama
rakan mereka. Keadaan ini mengakibatkan kesan yang positif dan negatif. Terdapat
responden yang bergurau dan tidak menumpukan perhatian kepada aktiviti yang dilakukan.
Responden yang tidak membawa alat seperti pembaris dan pemadam terpaksa meminjam
daripada rakan dan mereka berjalan ke sana ke mari untuk meminjam. Hal ini mengakibatkan
responden menjadi kurang tumpuan akibat gangguan daripada responden lain.
Dari aspek kemahiran pula menunjukkan peningkatan dari intervensi peringkat pertama
sehingga intervensi peringkat ketiga. Kemahiran penguasaan kemahiran ini dapat dilihat
melalui hasil kerja latihan-latihan yang diberikan. Gambar yang dilukis lebih kemas dan
mempunyai kadar banding yang lebih tepat berbanding sebelum intervensi dijalankan.
TemubualHasil temubual yang dijalankan terdapat maklum balas positif dan negatif yang diterima.
Pengkaji mendapati bahawa empat daripada lima responden dapat meningkatkan kemahiran
mereka melukis gambar dengan tepat.Tiga responden berasa lebih yakin untuk meniru
gambar setelah mempelajari kaedah grid. Namun terdapat juga dua responden yang tidak
pasti dan masih tidak yakin untuk meniru gambar setelah menggunakan kaedah grid. Dariaspek pemahaman pula, pengkaji mendapati kesemua responden boleh menjawab dengan
betul fungsi kaedah grid tetapi ada yang mengatakan bahawa mereka tidak memahami
tentang kaedah grid. Mungkin dari aspek pemahaman mereka faham namun aspek
penggunaan kaedah grid yang melibatkan kemahiran mereka tidak begitu memahaminya
secara terperinci.
RUMUSAN DAN REFLEKSI KAJIAN
Rumusan dan Dapatan Kajian
Kajian tindakan yang telah dijalankan ini adalah bertujuan meningkatkan kemahiran
responden dalam meniru gambar yang dilukis. Secara keseluruhannya, menerusi Ujian Pra
Bertulis dan Ujian Pra Amali menunjukkan responden berada pada tahap lemah dansederhana dalam aspek pemahaman mahupun kemahiran.
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
12/123
11
Setelah intervensi dijalankan, peningkatan yang baik telah dapat dilihat di kalangan
responden, baik dari segi pemahaman mahupun kemahiran berkaitan kaedah grid ini. Hasil
dapatan yang diperoleh telah menjadi bukti kepada pencapaian responden. Peningkatan tahap
pencapaian responden ini dapat dilihat menerusi markah yang telah mereka peroleh dalam
Ujian Pos yang telah dilaksanakan. Walaupun tidak ramai yang mencapai gred cemerlang,
namun peningkatan mereka dari aspek-aspek yang dinilai sudah cukup menunjukkan adanyapeningkatan dalam kemahiran mereka meniru gambar.
Melalui Ujian Pos yang telah dijalankan. responden secara keseluruhannya telah
menunjukkan peningkatan yang baik meskipun tempoh masa intervensi yang dijalankan
adalah singkat. Walaupun begitu, masih terdapat responden yang berada di tahap gagal. Oleh
itu, penambah baikan boleh dilakukan untuk mengurangkan peratusan murid yang gagal dan
seterusnya berjaya mencapai tahap lulus.
Refleksi KajianPelaksanaan penggunaan kaedah grid yang telah dijalankan telah menunjukkan maklum balas
yang baik daripada responden. Penggunaan kaedah grid yang telah dijalankan dalamintervensi ini telah memudahkan responden untuk lebih menguasai cara untuk meniru gambar
yang dilukis dengan lebih tepat mengikut skala yang tertentu. Mereka juga dapat
meningkatkan pengamatan mata mereka untuk memfokuskan setiap petak-petak grid yang
dilihat bagi menghasilkan gambar sesuatu objek dengan tepat dan mengikut kadar
bandingnya tersendiri.
Pada awalnya pengkaji merasakan bahawa kaedah ini sesuai untuk didedahkan kepada
responden yang berada di Tahun 4 tetapi melalui pemerhatian yang telah dilaksanakan
menunjukkan kurangnya kesesuaian pelaksanaan kaedah grid dalam kalangan responden
kerana didapati responden masih tidak mampu untuk membuat pengamatan dengan baik.
Walaupun mereka terdiri daripada murid di tahap 2 namun Tahun 4 merupakan tahun
peralihan daripada tahap 1. Mungkin responden masih belum betul-betul mencapai peringkat
Awal Realisme dimana ia merupakan peringkat permulaan kepada membuat lukisan yang
kelihatan realistik. Oleh yang demikian, keinginan mereka untuk melukis secara realistik
masih belum begitu menonjol.
Antara kelemahan yang dapat dikenalpasti dalam kalangan responden adalah keliru dengan
petak-petak grid yang ingin ditandakan. Mereka tersalah memindahakan semula apa yang
dilihat pada petak grid yang sepatutnya. Pengkaji merasakan bahawa responden mempunyai
masalah pengamatan. Mereka didapati tidak mampu memfokuskan apa yang dilihat untuk
dilukis semula.
Terdapat segelintir murid-murid yang cepat bosan menggunakan kaedah ini. Mereka hanya
menumpukan lukisan mengikut grid yang diberi pada awal waktu sahaja dan kemudian
membuat secara sambil lewa dan tidak kurang juga yang berputus asa. Selain itu, responden
juga turut menyatakan kesukaran mereka untuk melukis mengikut setiap petak-petak grid
berbanding hanya melukis secara bebas.
Masalah yang sering dihadapi semasa pelaksanaan kajian juga adalah isu kehadiran
responden sewaktu pelaksanaan intervensi dan juga ujian. Setiap kali ujian dan intervensi
yang dijalankan pasti ada responden yang tidak dapat menghadirkan diri ke kelas. Oleh yang
demikian, pengkaji perlu sentiasa ada alternatif lain untuk memastikan perjalanan kajian tidaktergendala dengan mengadakan rancangan sandaran.
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
13/123
12
Selain daripada itu, pengkaji mendapati terdapat responden yang masih lemah dan
memerlukan tempoh sesi intervensi yang lebih panjang untuk menguasai satu-satu kemahiran
yang diajar. Hal ini mungkin kerana responden lambat untuk memahami kemahiran yang
diajar.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYAPengkaji mencadangkan supaya penambahbaikan dilakukan terhadap Kaedah Grid iaitu
menyediakan satu alat yang dapat digunakan supaya responden boleh memfokuskan setiap
petak grid yang ingin dilukis dan tidak terganggu dengan petak grid yang lain. Dengan
adanya alat ini, responden dapat memfokuskan bahagian petak-petak grid yang dilihat dan
dapat memplotkan garisan yang ingin dilukisnya dengan lebih tepat.
Intervensi boleh ditambahkan dengan latihan tahap mudah yang banyak sebelum
meningkatkan tahap kesukaran latihan yang diberi bagi memastikan responden dapat
menyesuaikan diri mereka membuat pengamatan secara berfokus. Pengkaji mendapati antara
masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang lemah adalah kurangnya kemahiran.
Dengan adanya latihan-latihan mudah yang banyak dapat melatih murid untuk lebih mahirmelakar garisan dan mampu melatih pengamatan murid untuk memfokuskan sesuatu
bahagian.
Selain itu penambahan tempoh masa intervensi yang lebih lama mungkin dapat memahirkan
lagi responden. Dengan tempoh intervensi yang lebih lama, responden akan diberikan
latihan-latihan peringkat mudah dengan lebih banyak untuk memastikan murid-murid dapat
menyesuaikan diri mereka dengan pengamatan mata. Secara tidak langsung dapat melatih
diri mereka untuk lebih fokus ketika melukis menggunakan kaedah grid.
Kaedah Pembelajaran secara Koperatif mungkin dapat mengatasi masalah kawalan kelas.
Melalui pelaksanaan aktiviti secara berkumpula mungkin dapat meningkatkan lagi kawalan
kelas kerana pergerakan responden dapat dipantau secara berkumpulan. Kumpulan-kumpulan
ini terdiri daripada murid-murid yang berlainan tahapnya dalam subjek Pendidikan Seni
Visual. Responden yang cemerlang dapat membantu rakan-rakan mereka dalam satu
kumpulan. Pembelajaran secara berkumpulan juga menjadikan responden lebih seronok
kerana secara tidak langsung mereka dapat berinteraksi bersama rakan-rakan mereka untuk
bersama-sama menyelesaikan latihan yang diberi. Responden dapat berinteraksi secara sihat
dalam kalangan mereka. Ia sekaligus dapat meringankan beban pengkaji untuk memantau
setiap masalah murid.
SENARAI RUJUKANBahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003).Kursus
perguruan lepasan ijazah sekolah rendah mod latihan perguruan
berasaskan sekolah pendidikan seni visual minor, modul 1/3. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia. (2008).Buku manual kajian tindakan (edisi ketiga). Kuala Lumpur
: Percetakan Nasional Malaysia Bhd.
Dan. (2006).Anyone can learn to draw. Diperoleh Ogos 20, 2010 dari
http://emptyeasel.com/2006/12/03/no-artistic-talent-dont-worry-anyone-can-learn-to-
draw/
Hammond, L. (2004).Big book of drawing. Ohio: North Light Books.Lowenfeld, V. (1947). Creative and mental growth. New York: Macmillan Co.
http://emptyeasel.com/2006/12/03/no-artistic-talent-dont-worry-anyone-can-learn-to-draw/http://emptyeasel.com/2006/12/03/no-artistic-talent-dont-worry-anyone-can-learn-to-draw/http://emptyeasel.com/2006/12/03/no-artistic-talent-dont-worry-anyone-can-learn-to-draw/http://emptyeasel.com/2006/12/03/no-artistic-talent-dont-worry-anyone-can-learn-to-draw/ -
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
14/123
13
Mazlan Mohamad. (1996).Pendidikan seni 1: prinsip pendidikan seni.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mazlan Mohamad. (1997).Pendidikan seni 2: kurikulum pendidikan seni.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Md Nasir Ibrahim, Iberahim Hassan (2003).Pendidikan Seni Untuk
Maktab dan Universiti. Bentong, Pahang Darul Makmur : PTSPublications.
Nelson, C. (2005). The drawing bible. Ohio: North Light Books.
Smith, S. (1994). Step-by-step drawing. London: Collin & Brown Limited.
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
15/123
14
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN PERISIAN MICROSOFT PAINT
DALAM BIDANG MENGGAMBAR MURID TAHUN 5 MENGGUNAKAN
KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF
Afiq bin NazaruddinInstitut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
ABSTRAK. Kajian ini telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran dan juga pengetahuanmurid-murid dalam menggunakan perisian Microsoft Paintbagi tujuan Bidang Menggambar yangterkandung dalam pelajaran Pendidikan Seni Visual. Seramai 75 orang murid daripada kelas pertamadan kelas terakhir Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Alam Damai telah terlibat dalam kajian ini. Fokuskajian ini adalah kepada penekanan penggunaan kaedah koperatif dalam pengajaran penggunaanperisianMicrosoft Paintdi mana murid-murid diletakkan dalam kumpulan berpasangan dan bertigauntuk memudahkan lagi pemahaman mereka sewaktu mempelajari perisian ini. Tinjauan awal telahdilaksanakan melalui soal selidik, ujian pra dan juga pemerhatian. Hasil tinjauan mendapati bahawamurid masih lemah dari segi pemahaman mahupun kemahiran dalam menggunakan perisian inikerana kurang didedahkan di sekolah meskipun perkara ini terkandung dalam sukatan pelajaranPendidikan Seni Visual sekolah rendah. Bagi mengatasi masalah ini dalam tempoh masa yang singkat,penerapan kaedah koperatif telah dilaksanakan selama 4 minggu. Keputusan ujian pos danpemerhatian yang dijalankan telah menunjukkan peningkatan pemahaman dan kemahiran murid-
murid dalam menggunakan perisian Microsoft Paint ini. Dapatan akhir juga menunjukkan bahawamurid gembira belajar secara koperatif kerana dapat saling mambantu antara satu sama lain seterusnya
dapat meningkatkan pemahaman masing-masing.
PENDAHULUAN
PengenalanGlobalisasi merupakan satu fenomena yang semakin berkembang pada hari ini.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi adalah amat berkait rapat denganfenomena ini. Selain daripada membantu dalam menjana ekonomi dan meningkatkan sistem
komunikasi negara, teknologi maklumat dan komunikasi ini turut menyerap masuk dan
mempengaruhi sistem pendidikan negara. Pengenalan Sekolah Bestari dan pengwujudan
makmal-makmal komputer di sekolah merupakan antara initiatif yang diambil kerajaan untuk
menambah baik sistem pendidikan negara selaras dengan perkembangan semasa ini.
Pendidikan Seni Visual turut tidak ketinggalan dalam menikmati kemajuan ini.
Pengaplikasian teknologi dalam Pendidikan Seni Visual bukan sahaja akan dapat menarik
minat murid, malah dapat mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran di
samping meningkatkan daya kreativiti murid-murid tersebut. Pendedahan kepada teknologi
ini juga dapat melatih murid-murid untuk membiasakan diri dalam menggunakan komputer
agar mereka tidak merasa janggal untuk mengendalikannya pada masa-masa hadapan.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALUBerdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lalu, pengkaji telah mendapati bahawa
pelaksanaan pengajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di Sekolah Kebangsaan
Alam Damai telah berjalan dengan baik. Murid-murid telah diajar dengan pelbagai
pengetahuan dan juga kemahiran berhubung dengan mata pelajaran ini. Bilangan alat dan
bahan yang mencukupi dan selalu dikemaskini juga memudahkan guru-guru untuk
melaksanakan pengajaran mereka berpandukan rancangan pengajaran tahunan yang telah
sedia. Keadaan ini menunjukkan penerimaan yang positif daripada pihak sekolah terhadapmata pelajaran ini.
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
16/123
15
Walau bagaimanapun, setelah merujuk Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
(2003), pengkaji mendapati bahawa terdapat sedikit kekurangan dalam tahap pelaksanaan
pengajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah ini di mana kurangnya pelaksanaan pengajaran
yang melibatkan murid dalam menggunakan perisian komputer bagi murid-murid tahun 5 dan
tahun 6. Penggunaan perisian komputer dalam Pendidikan Seni Visual yang kurang sertakaedah pengajaran yang konvensional telah menjadikan murid kurang berpengetahuan dan
berkemahiran dalam menggunakan perisian komputer.
Kemudahan bilik komputer yang lengkap seharusnya dapat digunakan untuk melahirkan
murid-murid yang celik komputer dari semua aspek. Walau bagaimanapun, penjadualan bilik
komputer sekolah yang hanya ditetapkan kepada mata pelajaran tertentu seperti mata
pelajaran teras sahaja telah menjadikan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual seolah-olah
diketepikan. Hal tersebut mungkin berlaku kerana pihak pentadbir terlepas pandang
mengenai perkara ini dan keadaan ini akan menjadikan murid-murid terus tercicir daripada
mempelajari seni visual yang berbentuk digital ini dengan lebih baik.
REFLEKSI NILAI PENDIDIKANKajian ini bersesuaian untuk dilaksanakan dalam menyokong usaha kerajaan melahirkan
modal insan yang celik teknologi maklumat dan komunikasi yang turut mencakupi aspek seni
visual. Sekiranya pada masa dahulu seni visual hanya lebih dikenali dalam bentuk lukisan,
catan, arca dan juga kraftangan, pada hari ini, lukisan digital juga menjadi salah satu cabang
yang semakin diberi perhatian oleh masyarakat.
Kajian yang dijalankan ini juga turut mengaplikasikan kaedah pembelajaran koperatif yang
amat menekankan sikap bekerjasama dan saling membantu antara ahli kumpulan dalam usaha
mencapai satu matlamat yang sama. Kenyataan ini adalah selari dengan hasil kajian yang
telah dijalankan oleh Johnson, Johnson dan Holubec (1998). Rumusan daripada 550
eksperimen dan 100 kajian korelasional yang telah mereka jalankan menunjukkan terdapat
peningkatan dari segi pencapaian akademik, hubungan interpersonal yang lebih kolaboratif
dan posotif, dan keyakinan diri yang lebih tinggi bagi individu yang melibatkan diri dalam
pembelajaran berbentuk koperatif ini.
FOKUS KAJIAN
Isu KajianKajian ini hanya memfokuskan kepada penggunaan perisian Microsoft Paintdalam Bidang
Menggambar murid tahun 5 sahaja. Kajian ini hanya difokuskan kepada murid tahun 5 sahaja
kerana mengikut sukatan pelajaran, pelaksanaan aktiviti Pendidikan Seni Visual yangmenggunakan perisian komputer adalah bermula dari tahun 5.
Kajian ini juga hanya menumpukan kepada penggunaan perisian Microsoft Paint.Microsoft
Paintmerupakan perisian komputer yang hanya mempunyai fungsi-fungsi asas dan mudah
untuk difahami. Ciri-ciri ini menjadikan perisian ini lebih mudah dan sesuai untuk
diperkenalkan dan diajar kepada murid-murid sekolah rendah. Perisian Microsoft Paint
selalunya dilengkapkan bersama dalam mana-mana komputer yang menggunakan sistem
operasiMicrosoft Window yang kebanyakannya digunakan di sekolah. Oleh yang demikian,
perisian Microsoft Paint ini akan mudah untuk didapati di mana-mana sekolah termasuk di
Sekolah Kebangsaan Alam Damai ini.
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
17/123
16
Bidang Menggambar juga dijadikan fokus dalam kajian ini kerana bidang ini merupakan
kemahiran asas yang paling penting dalam mata pelajaran Seni Visual. Murid seterusnya
akan dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari menerusi
perisianMicrosoft Paintdalam menghasilkan gambar ini pada bidang-bidang yang lain.
Penggunaan perisian komputer adalah penting kepada murid-murid tahun 5 kerana sekiranyamereka kurang berpengetahuan dan berkemahiran dalam menggunakan perisian ini, objektif
yang telah ditetapkan untuk Pendidikan Seni Visual murid tahun 5 boleh dianggap tidak
tercapai sepenuhnya. Selain daripada itu, pembelajaran menggunakan perisian-perisian
komputer seperti Microsoft Paint juga boleh menjadi salah satu alternatif pengajaran yang
lebih bervariasi untuk menarik minat murid dalam mata pelajaran ini sebagaimana pendapat
Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik
pengajaran.
Pelaksanaan pembelajaran secara koperatif telah dipilih dalam kajian ini kerana kaedah ini
dapat membantu dalam meningkatkan pemahaman responden mengenai perisian Microsoft
Paintyang diajar. Pernyataan ini selari dengan pendapat Slavin (1985) dalam kajiannya yangmenyatakan bahawa pembelajaran secara koperatif memberi banyak kesan positif termasuk
peningkatan pencapaian dari segi akademik, hubungan antara ahli kumpulan dan juga dapat
meningkatkan keyakinan diri. Oleh yang demikian, pembelajaran sedemikian amat
diperlukan bagi memudahkan murid-murid untuk menguasai penggunaan Microsoft Paintini
dalam tempoh masa yang singkat.
Selain daripada itu, penerapan kaedah pembelajaran koperatif ini juga adalah selaras dengan
penggunaan makmal komputer yang mempunyai bilangan komputer yang terhad. Oleh yang
demikian, penggunaan kaedah koperatif dapat digunakan di mana setiap pasangan ataupun
kumpulan kecil bersama-sama berkongsi komputer yang sama. Kaedah ini adalah relevan
kepada pihak sekolah seperti Sekolah Kebangsaan Alam Damai yang mempunyai bilangan
murid yang ramai.
Tinjauan awal telah dilakukan sebelum kajian dilaksanakan. Pemerhatian secara umum yang
dilakukan terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di
sekolah ini telah menunjukkan bahawa masalah kurangnya pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan perisian komputer ini memang timbul. Hal ini dapat dibuktikan
menerusi penjadualan bilik komputer yang hanya menyenaraikan mata pelajaran teras sahaja
bagi penggunaan bilik komputer tersebut. Sesi temubual yang dijalankan terhadap murid-
murid tahun 5 di dalam kelas dan juga guru-guru Pendidikan Seni Visual telah mengukuhkan
lagi bahawa masalah ini memang wujud di sekolah ini. Kaedah pengajaran tunjuk cara biasayang diterapkan oleh guru masih tidak dapat meningkatkan tahap penguasaan penggunaan
perisianMicrosoft Paintdalam kalangan murid-murid. Kurangnya kefahaman dan asas yang
kukuh boleh menjadi faktor masalah ini timbul.
TINJAUAN LITERATUR BERKAITAN DENGAN ISU KAJIAN
Definisi perisian Microsoft PaintMenurut laman web Wikipedia, Paintbrush (kini dikenali sebagai Microsoft Paint ) ataupun
juga dikenali umum sebagai MS Paintatau Paint , merupakan salah satu perisian lukisan
grafik mudah. Perisian ini mempunyai tools yang ringkas dan mudah difahami oleh pengguna
yang masih baru dalam penghasilan lukisan grafik komputer (computer graphic drawing).
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
18/123
17
Definisi Keadah Pembelajaran KoperatifMenurut Shahabudin Hashim (2003), Pembelajaran Koperatif bermaksud seseorang individu
itu bekerja bersama-sama untuk mencapai satu objektif yang ditetapkan secara berganding
bahu bersama-sama. Semua individu yang terlibat akan cuba menyelesaikan segala apa
sahaja permasalahan yang dihadapi demi kebaikan diri sendiri dan ahli kumpulan yang lain
secara keseluruhannya.
Kepentingan Teknologi dalam PendidikanTeknologi pada hari ini telah berkembang dengan pantas sekali. Bapa pelukis realisme moden
Eropah, Claude Courbet (1900) pernah berkata, Perkembangan manusia semakin pesat dan
akan meninggalkan kita jauh ke belakang sehinggakan tidak terdaya mengekorinya. Beliau
berpendapat bahawa kemajuan yang begitu pesat membangun serta penemuan baru yang kian
bertambah setiap hari mampu menyebabkan manusia tercicir. Perkembangan ini juga tidak
terlepas daripada bidang seni visual.
Pandangan Claude Corbet kini telah menjadi kenyataan apabila teknologi informasi yang
berteraskan elektronik canggih telah ditemukan dan amat pesat berkembang. Keadaan initurut mempengaruhi sistem pendidikan di Malaysia. Mat Nor Daim (1997) dalam
persidangan konvensyen Discovery Malaysia menegaskan bahawa pembelajaran di abad 21
adalah lebih bergantung kepada teknologi maklumat khususnya perkomputeran. Johnston
(1990) pula mengatakan bahawa multimedia merupakan elemen yang sangat sesuai dalam
pembelajaran Pendidikan Seni Visual kerana keseluruhan media terangkum dalam perisian
tersebut. Menyedari keadaan tersebut, kerajaan telah mengambil iniatif yang besar dalam
memastikan proses pembelajaran menggunakan teknologi maklumat ini.
Di Malaysia, Program Celik Komputer di sekolah telah diperkenalkan oleh Menteri
Pendidikan pada tahun 1992 yang melibatkan 60 buah sekolah di seluruh negara. Ia
melibatkan langkah awal Malaysia untuk membudayakan teknologi komputer di seluruh
negara. Setelah 7 tahun membudayakan komputer di sekolahsekolah pilihan, barulah
Malaysia mengistiharkan untuk melancarkan Sekolah Bestari (The Malaysian Smart School)
yang memberi pendedahan awal penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan.
Keadaan ini membuktikan betapa pentingnya penggunaan teknologi maklumat dalam sistem
pendidikan negara kita.
Kaedah Pembelajaran KoperatifHornby (2009) dalam kajiannya menyatakan bahawa pembelajaran secara koperatif
merupakan kaedah yang lebih efektif dan berkesan dalam meningkatkan pencapaian
akademik pelajar bagi semua peringkat umur. Sebuah kajian lain yang dijalankan olehMoreno (2009) telah membawa kepada satu dapatan yang menunjukkan bahawa pelajar yang
terlibat dalam kumpulan koperatif dilaporkan mencapai keputusan lebih baik daripada pelajar
yang belajar secara individu. Kedua-dua keputusan ini merupakan bukti kukuh keberkesanan
kaedah pembelajaran koperatif dalam meningkatkan pemahaman murid-murid.
Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan
untuk memantapkan kaedah pembelajaran koperatif ini. Menurut Ismail Said (2009), antara
kaedah koperatif yang selalu digunakan ialah Jigsaw, Teams-Games-Tournament,
Pembelajaran Bersama, Kajian Berkumpulan, Team Accelarated Instruction, Think-Pair-
Square, Think-Pair-Share, Three-Step Interview, Talking Chips, Trade-A-Problem, Window
Pane, Three Stray One Stay, The Yarn Yarn, RoundRobin Brainstorming, Three -MinuteReview, Number Heads TogetherdanInside-Outside Circle.
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
19/123
18
Dalam kajian ini, penekanan telah diberikan terhadap penggunaan teknik Think-Pair-Share.
Teknik ini memerlukan murid untuk bekerjasama dalam pasangan untuk menyelesaikan
tugasan secara bersama sebelum dikongsi bersama rakan-rakan sekelas yang lain.
Perkongsian dengan rakan sekelas dilakukan melalui sesi apresisasi pada penghujung kelas.
OBJEKTIF KAJIANObjektif Umum
Objektif umum kajian tindakan ini adalah meningkatkan kemahiran penggunaan perisian
Microsoft Paint dalam Bidang Menggambar murid tahun 5 menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif.
Objektif Khusus
Objektif khusus kajian tindakan ini meliputi 3 aspek iaitu :
Murid dapat mengenali dan menamakan tools yang terdapat dalam perisianMicrosoft
Paint
Murid dapat menyatakan fungsi-fungsi bagi tools yang terdapat dalam perisian
Microsoft Paint
Murid dapat menggunakan perisian Microsoft Paint untuk menghasilkan lukisan
grafik komputer dalam Bidang Menggambar
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 75 orang responden yang terdiri daripada 2 buah kelas murid tahun 5
daripada Sekolah Kebangsaan Alam Damai, Cheras. Kelas yang dipilih merupakan kelas
pertama dan kelas terakhir dalam tahun 5 iaitu 5 Nilam dan 5 Intan. Responden dalam kajian
ini telah dipilih berdasarkan pencapaian akademik mereka bagi memastikan kumpulan
sasaran yang dipilih terdiri daripada mereka yang lemah dan juga cemerlang dari segi
pencapaian akademik masing-masing. Pemilihan ini adalah untuk melihat keberkesananpenggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam meningkatkan kemahiran penggunaan
perisian Microsoft Paint bagi kedua-dua kumpulan responden yang mempunyai prestasi
akademik yang cemerlang dan lemah ini.
TINDAKAN YANG DIJALANKANDalam kajian ini, pengkaji telah melaksanakan dua peringkat intervensi kerana kajian ini
telah dilaksanakan sebanyak 2 kitaran.
Intervensi Peringkat PertamaPada kebiasaannya, guru Pendidikan Seni Visual yang terlibat lebih menekankan penggunaan
kaedah tunjuk cara dalam pengajarannya. Berbeza dengan intervensi ini, penekanan diberikanterhadap penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam meningkatkan lagi pemahaman
dan kemahiran responden dalam menggunakan perisian Microsoft Paint di samping
pelaksanaan kaedah tunjuk cara. Kaedah ini juga bertujuan meningkatkan lagi keyakinan
responden dalam mengendalikan perisian ini. Pemerhatian telah dilaksanakan secara
berterusan dalam intervensi ini untuk melihat perkembangan responden.
a) Sesi Pertama : Pengenalan kepada perisianMicrosoft Paintdan Tools
Guru membahagikan murid dalam kumpulan berpasangan
Guru memperkenalkan nama-nama Tools yang terdapat dalam perisian Microsoft
Paintserta fungsinya
Guru dan murid bersama-sama menggunakan Tools untuk melihat kesan yang dapatdilakukan bagi setiap Tools
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
20/123
19
Murid meneroka Tools dalamMicrosoft Paintsecara bebas dalam kumpulan.
Guru memilih murid secara rawak untuk menunjukkan kemahiran penggunaan Tools
yang telah dipelajari di hadapan kelas
b) Sesi Kedua : Pengenalan kepada PenggunaanFunction
Murid berada dalam kumpulan masing-masingGuru mengulangkaji pemahaman murid mengenai nama dan fungsi Tools
Guru memperkenalkan nama-nama function yang terdapat dalam perisian Microsoft
Paintserta kegunaannya
Guru dan murid bersama-sama menggunakan function untuk melihat kesan yangdapat dilakukan bagi setiapfunction tersebut
Murid menerokafunction dalamMicrosoft Paintsecara bebas dalam kumpulan.
Guru memilih murid secara rawak untuk menunjukkan kemahiran penggunaan
function yang telah dipelajari di hadapan kelas
c) Sesi Ketiga : Pengaplikasian Penggunaan Tools danFunctionMurid berada dalam kumpulan masing-masing
Guru mengulangkaji pemahaman murid mengenai nama dan fungsi tools serta
function lain yang terdapat dalam perisianMicrosoft Paint.
Guru dan murid-murid bersama-sama mengaplikasikan tools dan function untuk
menghasilkan lukisan komputer grafik.
Murid meneroka keseluruhan tools dan function dalam Microsoft Paint untukmenghasilkan lukisan komputer grafik mengikut kumpulan masing-masing
Guru memberikan tajuk menggambar kepada murid untuk dihasilkan menggunakan
perisianMicrosoft Paint
Murid mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan kreativiti untuk menghasilkan
lukisan grafik komputer secara individu mengikut tajuk yang telah ditetapkan
Guru memilih murid secara rawak untuk menunjukkan kemahiran penggunaan tools
danfunction yang telah digunakan dalam menghasilkan lukisan masing-masing
Intervensi Peringkat KeduaKeputusan ujian pos pertama menunjukkan peratus responden yang gagal dan mendapat lulus
rendah bagi ujian pos pertama adalah masih tinggi. Responden yang mendapat keputusan
yang kurang memuaskan ini adalah disebabkan mereka terlupa akan kemahiran yang telah
diajar pada sesi yang sebelumnya. Responden juga tidak dapat menunjukkan peningkatan
yang baik kerana kesemua ahli kumpulan responden tersebut kurang mahir serta pendedahan
dalam menggunakan komputer. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat membantuantara satu sama lain dalam kumpulan tersebut.
Beberapa perubahan telah dilakukan dalam intervensi peringkat kedua ini. Antara
penambahbaikan yang telah dibuat adalah melalui pelaksanaan soal jawab dalam kumpulan
sebagai aktiviti ulang kaji pada awal sesi intervensi. Responden akan bersoal jawab antara
antara ahli kumpulan mereka berdasarkan nota yang telah diberikan responden. Pelaksanaan
bantuan Rakan Paintjuga diserapkan dalam intervensi peringkat kedua ini sebagai langkah
penambahbaikan. Responden-responden yang telah dikenalpasti mempunyai kemahiran yang
agak baik dipilih untuk membantu rakan-rakan daripada kumpulan yang lain ini.
a) Sesi Pertama :Penghasilan Lukisan 3 DimensiMurid berada dalam kumpulan masing-masing
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
21/123
20
Murid bersoal jawab mengenai nama dan fungsi tools sertafunction lain yang terdapat
dalam perisianMicrosoft Paintdalam kumpulan masing-masing.
Guru memperkenalkan kaedah dalam menghasilkan lukisan berbentuk 3 dimensi
menggunakan perisianMicrosoft Paint
Guru dan murid bersama-sama menggunakan perisian Microsoft Paint untuk
menghasilkan lukisan 3 dimensi.Murid meneroka kaedah dalam menghasilkan lukisan 3 dimensidalam kumpulan
Guru memilih murid secara rawak untuk menunjukkan kemahiran menghasilkan
lukisan 3 dimensi menggunakan perisianMicrosoft Paint
b) Sesi Kedua : Penghasilan Lukisan Komputer Grafik
Murid berada dalam kumpulan masing-masing
Murid bersoal jawab mengenai nama dan fungsi tools, function serta cara
mengaplikasikannya dalam menghasilkan lukisan dalam kumpulan
Guru memberikan tajuk lukisan untuk dihasilkan mengikut kumpulan Guru memantau
aktiviti murid dan mengenalpasti kumpulan yang masih lemahGuru melantik beberapa orang murid menjadi Rakan Paint untuk membantukumpulan yang masih lemah dalam menggunakan perisianMicrosoft Paint.
Guru memilih murid secara rawak untuk menunjukkan kemahiran penggunaan tools
danfunction yang telah digunakan dalam menghasilkan lukisan.
CARA PENGUMPULAN DATA
Soal SelidikDua borang soal selidik telah dibina untuk kajian ini iaitu soalan demografi dan soal selidik
minat dan pengetahuan. Borang soal selidik demografi melibatkan dapatan data tentang
nama, umur, bangsa, jantina, pekerjaan ibu bapa dan alamat responden yang terlibat dengan
kajian. Borang soal selidik yang kedua pula bertujuan melihat tahap minat murid dalamPendidikan Seni Visual serta pengetahuan mereka mengenai penggunaan komputer.
UjianDalam kajian ini, pengkaji telah dua bentuk ujian untuk mengumpul data iaitu ujian pra dan
ujian pos. Ujian pra adalah bertujuan mengkaji tahap pengetahuan serta kemahiran responden
berhubung penggunaan perisianMicrosoft Paintsebelum mereka menjalani intervensi. Ujian
pos pula bertujuan melihat keberkesanan intervensi yang telah dilaksanakan. Kajian ini
melibatkan dua kali ujian pos iaitu ujian pos pertama dan ujian pos kedua yang dilaksanakan
selepas selesai intervensi peringkat pertama dan kedua. Ujian pra dan pos ini telah
dilaksanakan secara bertulis dan juga amali.
Bagi ujian bertulis, responden diuji dengan 10 soalan berbentuk item pilihan tunggal
berkaitan beberapa aspek berhubung perisian Microsoft Paint. Terdapat 5 aspek yang
terkandung dalam ujian bertulis ini iaitu aspek pengetahuan asas mengenai perisian Microsoft
Paint, nama tools dalamMicrosoft Paint, fungsi tools dalam Microsoft Paint, function yang
terdapat dalamMicrosoft Paintdan juga soalan pengetahuan berkaitanMicrosoft Paintsecara
keseluruhan. Bagi ujian amali pula, responden akan diminta untuk menghasilkan lukisan
grafik komputer mudah menggunakan perisianMicrosoft Paint. Melalui ujian ini, kelemahan
dan tahap pencapaian kemahiran responden akan dapat dikenalpasti. Responden perlu
menghasilkan lukisan grafik komputer mudah berdasarkan tajuk yang telah ditetapkan.
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
22/123
21
PemerhatianData dalam kajian ini juga dikumpul melalui kaedah pemerhatian iaitu pemerhatian
berstruktur dan juga pemerhatian tidak berstruktur. Pemerhatian berstruktur ini digunakan
untuk menilai hasil karya yang telah dihasilkan responden dalam ujian amali. Terdapat
beberapa aspek yang dinilai dalam pemerhatian berstruktur ini iaitu rupa objek, kepelbagaian
penggunaan warna, kepelbagaian penggunaan Tools, penggunaan function dan jugakekemasan pada hasil lukisan. Responden perlu menghasilkan lukisan grafik komputer yang
memenuhi keperluan aspek-aspek ini untuk memperoleh markah penuh.
Kaedah pemerhatian tidak berstruktur pula digunakan sepanjang kajian dilaksanakan.
Pemerhatian ini bertujuan untuk melihat reaksi dan minat murid sepanjang proses tersebut.
Refleksi BertulisRefleksi bertulis ini merupakan salah satu bentuk kaedah pengumpulan data untuk melihat
sejauh mana responden memahami segala maklumat yang telah diajar. Refleksi bertulis ini
juga dapat membantu pengkaji melihat keberkesanan pengajarannya serta keberkesanan
kaedah yang telah diterapkan dalam pengajarannya. Responden juga dapat meluahkanperasaan mereka sepanjang menjalani kajian ini menerusi refleksi bertulis ini.
KEPUTUSAN KAJIAN
Ujian BertulisJadual 1 :
Perbandingan Markah Ujian Pra Bertulis, Ujian Pos Bertulis Pertama dan Ujian Pos
Bertulis Kedua Mengikut Tahap
Tahap
Ujian Pra BertulisUjian Pos Bertulis
PertamaUjian Pos Bertulis
Kedua
JumlahPeratus
(%)Jumlah
Peratus(%)
JumlahPeratus
(%)
Lulus Tinggi 6 8.0 42 56.0 51 68.0Lulus Sederhana 19 25.3 21 28.0 11 14.7Lulus Rendah 26 34.7 5 6.7 8 10.7Gagal 24 32.0 7 9.3 5 6.7Jumlah 75 100.0 75 100.0 75 100.0
Rajah 1. Perbandingan Markah Ujian Pra Bertulis, Ujian Pos Bertulis Pertama dan Ujian
Pos Bertulis Kedua Mengikut Tahap
32.0 34.7
25.3
8.09.3 6.7
28.0
56.0
6.710.7
14.7
68.0
0.0
10.0
20.0
30.0
40.0
50.0
60.0
70.0
80.0
Gagal Lulus Rendah Lulus
Sederhana
Lulus Tinggi
Peratus(%)
Tahap
Ujian Pra
Ujian Pos Pertama
Ujian Pos Kedua
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
23/123
22
Jadual 1 dan Rajah 1 menunjukkan perbandingan pencapaian tahap responden bagi ujian pra
bertulis, ujian pos bertulis pertama dan ujian pos bertulis kedua. Hasil dapatan menunjukkan
perubahan setelah intervensi peringkat pertama dan kedua dijalankan.
Penurunan peratusan responden bagi tahap gagal dapat dilihat dalam rajah dan jadual. Bagitahap lulus rendah pula, peratusan telah menurun sebanyak 28% daripada 34.7% kepada
6.7% pada ujian pos bertulis pertama tetapi peratus tersebut bertambah sebanyak 4.0%
menjadikan peratus tahap lulus rendah meningkat kepada 10.7%. Tahap lulus sederhana pula
menunjukkan kenaikan sewaktu ujian pos bertulis pertama namun peratusan tersebut
berkurang sebanyak 13.3% seterusnya menjadikan peratus tahap sederhana turun kepada
14.7%. Bagi lulus tinggi pula, peningkatan peratus yang mendadak dapat dilihat dari ujian pra
bertulis hinggalah ke ujian pos bertulis kedua. Hampir 70.0% mencapai tahap lulus tinggi ini.
Secara keseluruhannya, markah ujian pos bertulis pertama dan kedua menunjukkan
peningkatan pemahaman responden yang baik. Peratusan responden yang gagal berjaya
dikurangkan manakala peratusan responden yang lulus dapat ditingkatkan.
Ujian AmaliJadual 2 :
Perbandingan Markah Ujian Pra Amali, Ujian Pos Amali Pertama dan Ujian Pos Amali
Kedua Mengikut Tahap.
Tahap
Ujian Pra Amali Ujian Pos AmaliPertama
Ujian Pos Amali Kedua
Jumlah Peratus (%) JumlahPeratus
(%)Jumlah
Peratus
(%)
Lulus Tinggi 9 12.0 52 69.3 60 80.0Lulus Sederhana 31 41.3 16 21.3 12 16.0Lulus Rendah 14 18.7 7 9.3 2 2.7Gagal 21 28.0 0 0.0 1 1.3Jumlah 75 100.0 75 100.0 75 100.0
Rajah 2.Perbandingan Markah Ujian Pra Amali, Ujian Pos Amali Pertama dan Ujian Pos
Amali Kedua Mengikut Tahap.
28.018.7
41.3
12.0
0.09.3
21.3
69.3
1.3 2.7
16.0
80.0
0.0
20.0
40.060.0
80.0
100.0
Gagal Lulus Rendah Lulus
Sederhana
Lulus Tinggi
Peratus
(%)
Tahap
Ujian Pra
Ujian Pos Pertama
Ujian Pos Kedua
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
24/123
23
Jadual 2 dan Rajah 2 di atas menunjukkan perbandingan pencapaian tahap responden bagi
ujian pra amali, ujian pos amali pertama dan ujian pos amali kedua. Hasil dapatan
menunjukkan perubahan yang ketara setelah intervensi pertama dan kedua dijalankan.
Bagi tahap gagal, peratusan telah menurun sebanyak 28.0% iaitu daripada 28.0% ke 0.0%.
Walau bagaimanapun, peratusan tersebut telah meningkat sedikit sebanyak 1.3%. Bagi tahaplulus rendah dan lulus sederhana pula, peratusan telah menunjukkan penurunan daripada
ujian pra hinggalah ke ujian pos kedua. Tahap lulus tinggi pula telah menunjukkan kenaikan
peratus yang amat mendadak sekali. Sebilangan besar responden telah mencapai tahap lulus
tinggi selepas intervensi peringkat kedua dilaksanakan.
Secara keseluruhannya, markah ujian pos amali kedua responden telah meningkat dengan
baik sekali berbanding markah ujian pra amali dan juga pos amali pertama. Keadaan ini telah
menunjukkan keberkesanan secara keseluruhan intervensi yang telah dijalankan.
Pemerhatian Tidak Berstruktur
Pemerhatian yang dijalankan menunjukkan responden amat teruja dan amat berminat dalammelaksanakan aktiviti menggunakan perisian komputer ini. Selain daripada itu, pengkaji juga
mendapati responden kurang daya kreativiti yang mungkin disebabkan kurangnya
pendedahan yang mereka terima dalam menghasilkan lukisan yang berkualiti di sekolah.
Sewaktu intervensi dilaksanakan, responden lebih cenderung untuk duduk bersama rakan
yang duduk bersebelahan dengan mereka sewaktu di dalam kelas. Hal ini mendorong
responden untuk bergurau dan tidak menumpukan perhatian. Keadaan ini menunjukkan satu
kelemahan yang mungkin timbul apabila melaksanakan pembelajaran berbentuk koperatif ini.
Kemahiran responden telah menunjukkan peningkatan semenjak dari intervensi pertama
sehinggalah ke ujian pos kedua. Responden semakin mahir mengendalikan tetikus dan
menggunakan arahan pintas (shortcut) dalam menghasilkan lukisan. Sewaktu pelaksanaan
bimbinganRakanPaintpula, responden-responden yang dipilih kelihatan bersemangat untuk
membantu rakan-rakan mereka yang lain. Keyakinan diri responden juga dapat
dipertingkatkan dalam masa yang sama.
Secara keseluruhannya, responden perempuan didapati lebih mudah menguasai kemahiran
yang diajar ini kerana mereka lebih mendengar arahan dan dapat berbincang dengan baik
dalam kumpulan masing-masing. Responden lelaki pula lebih gemar membuat penerokaan
sendiri dan menjadikan mereka lebih kreatif dalam menghasilkan lukisan.
Refleksi Bertulis
Hampir keseluruhan responden yang mengisi jawapan bagi refleksi bertulis ini berasa amat
seronok dan gembira dalam menggunakan perisian Microsoft Paint ini. Responden turut
menceritakan masalah-masalah yang mereka hadapi sewaktu menggunakan perisian
Microsoft Paint ini. Walau bagaimanapun, mereka telah berjaya mengatasi masalah ini dan
dapat melukis sebagaimana rakan-rakan yang lain.
Responden turut menyatakan rasa bangga kerana mempunyai rakan-rakan yang selalu
membantu mereka dalam mempelajari perisian ini. Secara keseluruhannya, maklum balas
yang diterima adalah berbentuk postif.
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
25/123
24
RUMUSAN DAN REFLEKSI KAJIAN
Rumusan Dapatan KajianPada awal kajian, ujian pra telah menunjukkan bahawa tahap pemahaman dan kemahiran
responden dalam penggunaan perisian Microsoft Paint adalah agak sederhana secara
keseluruhannya. Hanya sebilangan kecil sahaja daripada responden yang benar-benar telah
menguasai penggunaan perisian ini. Walau bagaimanapun, setelah intervensi yang pertamadijalankan, peningkatan pemahaman dan kemahiran responden telah dapat dilihat.
Penggunaan kaedah pembelajaran koperatif telah memudahkan responden untuk lebih
menguasai penggunaan perisian ini. Responden dapat saling membantu, bertukar-tukar
pendapat dan berkongsi idea dalam menghasilkan lukisan grafik komputer yang dikehendaki.
Mereka juga dapat saling mengingati antara pasangan atau ahli kumpulan masing-masing
mengenai kemahiran yang telah diajar. Pemerhatian yang dilaksanakan juga menunjukkan
kesesuaian pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif ini kerana bilangan komputer yang
tidak dapat menampung setiap seorang responden.
Dalam intervensi kedua, responden yang dikenalpasti mahir dalam penggunaan perisian initelah diberikan peluang untuk menjadi tenaga pengajar kepada responden-responden daripada
kumpulan yang lain. Tenaga-tenaga pengajar muda ini dipanggil RakanPaint. Sekiranya
pada intervensi pertama responden hanya bekerjasama dalam kumpulan sahaja, kini dalam
intervensi kedua, responden mula bekerjasama di luar kumpulan mereka. Keputusan yang
diperoleh dalam ujian pos kedua telah menunjukkan keberkesanan pengaplikasian intervensi
kedua yang telah dijalankan. Peningkatan secara keseluruhan telah dapat dilihat baik.
Peratusan yang tinggi membuktikan intervensi kedua telah memberikan kesan yang positif
kepada responden.
Secara keseluruhannya, kajian yang telah dilaksanakan ini telah menunjukkan keberkesanan
intervensi yang dijalankan. Penerapan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran
perisian Microsoft Paint boleh meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran tersebut.
Kebanyakan responden juga telah memberikan maklumbalas yang baik berkaitan dengan
intervensi yang telah dilaksanakan. Hanya segelintir yang berasa kurang seronok
melaksanakan aktiviti tersebut kerana pasangan respondennya gemar bermain dan tidak
serius dalam mempelajari kemahiran yang diajar.
Refleksi KajianPelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif yang dijalankan telah mendapat maklum balas
yang baik daripada responden. Kerjasama yang wujud dalam kumpulan responden telah
memudahkan mereka untuk berbincang dan melaksanakan tugasan menghasilkan lukisankomputer grafik yang diberikan. Kaedah ini juga telah melatih responden untuk bertolak
ansur dan berkongsi kemudahan komputer yang ada. Responden juga telah menunjukkan
interaksi yang baik sesama ahli kumpulan dan dapat bersosial dengan baik. Penerapan nilai
murni yang tidak langsung ini mampu membentuk peribadi murid yang lebih baik.
Dalam peringkat intervensi yang pertama, pengkaji telah mengenalpasti beberapa kelemahan
seperti dalam pembahagian kumpulan. Terdapat ahli kumpulan yang kesemuanya terdiri
daripada responden-responden yang lemah. Situasi ini tidak akan dapat membantu
perkembangan kemahiran responden tersebut. Selain daripada itu, kemahiran komputer yang
agak kurang dalam kalangan sesetengah responden telah menyebabkan hasil-hasil lukisan
yang telah dilukis menggunakan perisian Microsoft Paint ini telah hilang akibat penindihanfail. Masalah ini telah menjejaskan hasil dapatan yang lebih banyak dan meluas.
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
26/123
25
Beberapa penambahbaikan telah dilakukan pada intervensi peringkat kedua. Antara
penambahbaikan tersebut adalah melalui pelaksanaan soal jawab dalam kumpulan pada sesi
ulangkaji sebelum sesi interaksi bermula. Kesan yang positif dapat dilihat di mana responden
semakin berupaya untuk mengingati kemahiran yang telah diajar pada sesi-sesi intervensi
yang lepas. Penambahbaikan juga telah dilaksanakan menerusi bantuan daripada RakanPaintyang dipilih daripada kalangan responden yang berkemahiran. Pelaksanaan kaedah ini
telah meningkatkan keyakinan diri responden yang dilantik menjadi Rakan Paintdan telah
memudahkan responden-responden yang memerlukan bimbingan. Pengkaji pula dapat
menumpukan lebih perhatian kepada kumpulan responden yang benar-benar lemah.
Masih terdapat juga kelemahan yang wujud dalam intervensi peringkat kedua ini. Kelemahan
tersebut adalah dari segi pembahagian ahli kumpulan yang kebanyakannya terdiri daripada
jantina yang sama. Keadaan ini telah menggalakkan sebilangan responden untuk berbual dan
kurang menumpukan perhatian. Selain daripada itu, pengkaji mendapati terdapat responden
yang masih lemah dan memerlukan tempoh sesi intervensi yang lebih panjang untuk
menguasai satu-satu kemahiran yang diajar. Kurang pendedahan berkaitan penggunaankomputer mungkin menyumbang kepada berlakunya masalah ini.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYABeberapa penambahbaikan telah dibuat pada intervensi kedua untuk mengatasi masalah yang
dikenalpasti pada intervensi peringkat pertama. Antara penambahbaikannya ialah pendekatan
soal jawab ulang kaji dalam kumpulan dan pelaksanaan bimbingan menerusi Rakan Paint.
Penambahbaikan bagi intervensi kedua pula dapat dilakukan menerusi penetapan jantina
responden yang berbeza bagi setiap kumpulan dalam menjadikan responden lebih
menumpukan perhatian. Tempoh intervensi yang dilaksanakan juga akan dipanjangkan untuk
memberi peluang kepada responden yang lemah. Kajian juga hanya akan melibatkan
responden yang berada pada tahap gagal, lulus rendah dan lulus sederhana sahaja untuk
membolehkan pengkaji memberikan bimbingan yang lebih kepada responden yang masih
lemah.
Kaedah pembelajaran secara imitasi juga akan dilaksanakan untuk mengukuhkan lagi kaedah
koperatif yang digunakan. Peniruan yang dilakukan oleh responden dapat membantu mereka
menguasai kemahiran yang diperlukan secara tidak langsung tetapi kaedah ini perlulah
mengaplikasikan aras kesukaran dari mudah ke susah secara berperingkat.
SENARAI RUJUKANJohnson, D., Johnson, R., & Holubec, E. (1998). Cooperation in the classroom. Boston:
Allyn and Bacon.
Johnston, S. J. (1990). Multimedia.Info World, 12, 47-52.
Heinich, R. (1996).Instructional media and technologies for learning. NJ, Englewood Cliffs
: Merrill.
Paint Software. (n.d). Dalam Wikipedia: The Free Encyclopedia. Wikimedia Foundation Inc.
Encyclopedia on-line.Diambil pada April 2 2010 daripada
http://en.wikipedia.org/wiki/Paint_%28software%29
Penston, G. (2006).Adobe creative suite 2 how-tos : 100 essential techniques. Berkeley :
Peachpit
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003).Huraian sukatanpelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
http://en.wikipedia.org/wiki/Paint_%28software%29http://en.wikipedia.org/wiki/Paint_%28software%29http://en.wikipedia.org/wiki/Paint_%28software%29 -
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
27/123
26
Shahabuddin Hashim, D. R. Y., Mohd Zahir Ahmad. (2003).Pedagogi : Strategi dan
teknik mengajar dengan berkesan. Bentong: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.
Slavin, R. E. (1985). An introdution to cooperative learning research. In R. E. Slavin, S.
Sharan, S. Kagan, R. Hertz-Lazarowitz, C. Webb, & R. Schmuck (Eds.),Learning to
cooperate, cooperating to learn (pp. 5-16). New York: Plenum.
Smart School Project Team. (1997). The Malaysian smart school : Implementation plan.Kuala Lumpur: Ministry of Education
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
28/123
27
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN MEDIA KERING DALAM
AKTIVITI LUKISAN MURID-MURID TAHUN 5 GEMILANG
MELALUI TEKNIK GOSOKAN
Mohd Izazaya Bin AhmadInstitut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
ABSTRAK. Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan murid-murid berkaitan
penggunaan media kering semasa menjalankan aktiviti lukisan dalam bidang menggambar.
Kumpulan sasaran dalam kajian ini adalah murid-murid dari Tahun 5 Gemilang, Sekolah
Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling 1 iaitu seramai 30 orang murid yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan jantina. Fokus utama kajian ini adalah untuk meningkatkan cara
penggunaan media kering dalam aktiviti lukisan murid-murid melalui teknik gosokan.
Pengkaji juga ingin meransang responden agar dapat mengembangkan kebolehan, kreativiti
dan pengetahuan untuk menghasilkan gaya lukisan yang menarik. Dalam melaksanakan
tinjauan awal kajian, pengkaji telah menggunakan ujian pra dan pos, soal selidik danpemerhatian sebagai medium untuk mendapatkan maklumat kajian. Hasil dapatan ujian pra
menunjukkan pada peringkat permulaan, responden kurang arif dan tiada pengetahuan
mengenai konsep tajuk yang dikaji. Kemudian, pengkaji telah menggunakan kaedah
demonstrasi dengan cara memberi penekanan tentang keseluruhan kajian. Setelah dua
minggu menjalankan intevensi, pengkaji telah menjalankan ujian pos terhadap responden.
Hasilnya, responden menampakkan peningkatan dari segi pemahaman penggunaan media
kering di samping mengaplikasikan apa yang telah diajar sebelum ini.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALUBerdasarkan pemerhatian pengkaji semasa menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Jalan
Pasar 1, Kuala Lumpur dan Sekolah Kebangsaan Batu Sembilan, Selangor, pengkaji telah
mendapati hampir 70 peratus murid-murid tahap dua masih kurang menguasai penggunaan
media kering dalam aktiviti lukisan. Buktinya dapat dilihat semasa pengajaran dan
pembelajaran PSV dijalankan di dalam kelas di mana murid-murid masih kurang pemahaman
tentang cara melukis objek, kurang keyakinan menggunakan media kering dan tidak kreatif
dalam memperkembangkan idea.
Semasa menjalani praktikum juga, pengkaji banyak menjalankan aktiviti yang berkaitan
dengan lukisan seperti membuat gurisan bertemakan flora dan fauna, stensilan bertemakan
hidupan laut, melukis potret diri menggunakan garisan grid, melukis objek maujud melalui
teknik gosokan dan lain-lain aktiviti berkaitan lukisan. Rata-rata aktiviti yang dijalankan olehpengkaji adalah dibawah bidang menggambar iaitu bidang yang menegaskan perkembangan
persepsi dan kemahiran seseorang murid.
Secara kesimpulannya, pengkaji mendapati murid-murid tahap 2 di sekolah masih lemah dan
memerlukan tunjuk ajar untuk menghasilkan lukisan yang berkualiti dan menarik. Jadi,
pengkaji akan cuba untuk menangani masalah ini dengan cara memperbanyakan pengajaran
berkaitan konsep lukisan serta mengaplikasikan teknik lukisan dengan menggunakan media
kering.
REFLEKSI NILAI PENDIDIKAN
Semasa menjalankan kajian ini, terdapat beberapa teori berkaitan yang telah dikenal pastioleh pengkaji. Antara teorinya ialah Teori Konstruktivisme yang bermaksud suatu fahaman
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
29/123
28
murid yang dibina sendiri secara aktif berdasarkan kepada pengalaman atau pengetahuan
sedia ada dan tidak menerima pengetahuan secara pasif dari persekitaran.
Perkaitan teori ini dengan kajian yang telah dijalankan ialah cara murid-murid untuk
menyesuaikan pengetahuan sedia ada mereka semasa membina pengetahuan baru. Pengkaji
melihat murid-murid kurang pengetahuan asas tentang teknik, alat dan bahan dalam
menghasilkan lukisan. Oleh itu, pengkaji mencari jalan bagaimana untuk membanturesponden membina pengetahuan baru melalui intervensi yang dijalankan. Hasilnya,
responden telah dapat mempelajari serta menambahkan lagi ilmu sedia ada mereka tentang
aktiviti lukisan terutamanya berkaitan cara menghasilkan kesan tertentu dalam lukisan
menggunakan media kering.
Dalam kajian ini juga, Teori Kontekstual telah digunakan untuk membantu murid-murid
mengaitkan apa yang telah dipelajari dengan pengetahuan mereka. Kaedah ini menyediakan
pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Dalam
intervensi yang dijalankan, responden mendapat kemahiran dan pengetahuan mengenai cara
untuk menghasilkan lukisan yang menarik. Secara keseluruhannya, responden telah
melibatkan diri secara aktif semasa intervensi ini dijalankan. Kedua-dua teori di atas telahdijalankan menggunakan kaedah demonstrasi.
ISU KAJIANPengkaji memfokuskan isu kajian ini untuk meningkatkan kemahiran penggunaan media
kering dalam aktiviti lukisan tahun 5 Gemilang Sek. Keb. Bandar Baru Seri Petaling 1
melalui teknik gosokan. Tujuan pengkaji memfokuskan kajiannya ini adalah kerana ia ingin
melihat perubahan serta peningkatan dari segi kemahiran mahupun pengetahuan murid-murid
berkaitan dengan teknik, alat dan bahan untuk melukis. Pengkaji juga melihat kajian ini
sebagai satu usaha dan landasan dalam melahirkan murid-murid yang terbuka mindanya
untuk menjadikan bidang lukisan ini sebagai suatu hobi dan aktiviti pada masa senggang.
TINJAUAN LITERATUR BERKAITAN DENGAN ISU KAJIANMenurut kajian Noor Shah Saad (2001), guru dan pelajar perlu memilih dan mengenalpasti
topik dalam mata pelajaran PSV yang memerlukan penggunaan media yang pelbagai supaya
hasil karya mereka tidak kelihatan kaku dan menampakkan kualiti garisan. Antara media
yang boleh digunakan oleh guru adalah seperti media kering dan media basah.
Menurut Abd. Rahim (1989) jika media digunakan dengan cara yang sistematik, ia boleh
meninggalkan kesan yang positif dalam peningkatan minat pelajar semasa proses P&P yang
akan mempengaruhi tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran PSV. Ia membawa
beberapa kepentingan seperti menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih jelas danberkesan, penglibatan pelbagai deria, memperkayakan pengajaran dan perluasan batasan
komunikasi dan lain-lain kepentingan.
Polya (1981) menegaskan bahawa guru PSV perlu menjelaskan teknik-teknik secara
bermakna dan bukan secara mekanikal. Untuk menjalankan tugas ini dengan baik, para guru
bukan sahaja perlu pengetahuan tentang PSV yang meluas, tetapi mempunyai pengetahuan
tentang cara untuk menggunakan media yang pelbagai.
Menurut Anthony Ryder (1997) dalam bukunya Life Drawing telah menyatakan bahawa
seseorang yang ingin belajar melukis perlu memulakan dengan menggunakan media yang
mudah seperti pensel. Kemudiannya beralih kepada arang, pen, pastel dan sebagainya.Menurut beliau lagi, penggunaan pensel merupakan satu media yang paling bagus dan ianya
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
30/123
29
digunakan oleh kebanyakan pelukis di dunia. Pensel mempunyai pelbagai jenis ketebalan dan
kekerasan. Contohnya untuk mendapatkan kesan yang kabur, pensel 6H sangat sesuai dan
jika inginkan kesan lembut dan pekat, gunakan pensel 6B.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Am:Meningkatkan kemahiran menggunakan media kering dalam aktiviti lukisan melalui teknik
gosokan.
Objektif Khusus:1. Mengenalpasti jenis-jenis media kering yang sering kali digunakan di sekolah.2. Melihat apakah teknik-teknik yang digunakan dalam menghasilkan lukisan.3. Mengenalpasti kesan penggunaan media kering semasa menjalankan aktiviti lukisan.4. Mengenalpasti jenis media kering yang sesuai digunakan semasa melukis dengan teknik
gosokan.
Persoalan Kajian1. Apakah jenis-jenis media kering yang sering digunakan oleh murid-murid di sekolah?2. Apakah teknik-teknik dalam menghasilkan lukisan?3. Bagaimanakah kesan media kering semasa menjalankan aktiviti lukisan?4. Apakah jenis media kering yang sesuai digunakan semasa melukis dengan teknik gosokan?KUMPULAN SASARANKajian ini melibatkan seramai 30 orang murid dari kelas 5 Gemilang Sek. Keb. Bandar Baru
Seri Petaling 1.
TINDAKAN YANG DIJALANKANIntervensi 1 : Pengkaji telah menjalankan intervensi pertama ini selama seminggu selepas
selesai daripada Ujian Pra (Teori & Amali) dijalankan. Intervensi ini mengambil masa selama
1 jam. Dalam intervensi ini, pengkaji telah memberi penekanan kepada konsep aktiviti
lukisan supaya pengetahuan responden meningkat dan bertambah. Selain itu, pengkaji juga
menggunakan kaedah tunjuk cara kepada responden berkaitan dengan teknik gosokan.
Tujuannya ialah untuk meningkatkan kemahiran teknik gosokan responden di samping untuk
memudahkan aktiviti amali.
Intervensi 2 ; Kaedah yang digunakan dalam intervensi kedua ini adalah melalui kaedah
demonstrasi (tunjuk cara). Tunjuk cara oleh guru dalam Pendidikan Seni Visual merupakan
kaedah yang berkesan untuk mengatasi masalah ini. Jadi, pengkaji telah menunjukkan caradan langkah-langkah bagaimana untuk menghasilkan teknik gosokan dengan menggunakan
media kering iaitu pensel dan krayon.
Cara Pengumpulan Data1. Ujian Pra (Teori) : Soalan yang diberikan adalah dalam bentuk objektif atau Aneka
Pilihan dan responden perlu menjawab sebanyak 10 soalan dalam masa 15 minit.
2. Ujian Pra (Amali) / Pemerhatian Berstruktur : Dalam ujian ini, pengkaji telahmembekalkan kertas lukisan yang mempunyai lukisan objek geometri dan bahan maujud.
Responden perlu menggunakan media kering (pensel dan krayon) serta mengaplikasikan
teknik lukisan mengikut pemahaman dan pengetahuan mereka. Kriteria yang ditekankan
dalam penghasilan karya adalah seperti kekemasan, teknik, idea, gubahan dan warna yangdigunakan.
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
31/123
30
3. Ujian Pos (Teori) : Apabila selesai intervensi pertama, pengkaji telah menjalankan UjianPos (Teori) kepada respondennya. Soalan dalam ujian ini adalah mirip dengan soalan
dalam Ujian Pra. Tujuan ujian ini dijalankan ialah ingin melihat peningkatan pemahaman
dan pengetahuan responden apabila intervensi pertama selesai diterangkan.
4. Ujian Pos (Amali) / Pemerhatian Berstruktur Pengkaji sekali lagi ingin melihatperkembangan kemahiran respondennya dengan mengadakan Ujian Pos (Amali).Pengkaji telah membekalkan kertas lukisan yang sama seperti dengan Ujian Pra (Amali),
dan di sini responden perlu mengaplikasikan ilmu yang telah diterima di dalam intervensi
pertama.
5. Soal Selidik : Soal selidik dijalankan untuk meningkatkan lagi pemahaman responden.Sebanyak 10 soalan diberikan oleh pengkaji kepada responden untuk dijawab. Masa yang
diperuntukkan untuk menjawab soalan ini ialah selama 15 minit. Responden dikehendaki
mengisi jawapan pada ruangan Ya atau Tidak.
ANALISIS DATA
Jadual 1 :
Analisis Perbezaan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos (Teori)
Bil. Sampel/Murid Ujian Pra Ujian Pos
1) M 1 8 8
2) M 2 5 10
3) M 3 6 94) M 4 6 8
5) M 5 9 9
6) M 6 7 97) M 7 2 5
8) M 8 5 89) M 9 5 9
10) M 10 6 911) M 11 7 1012) M 12 3 713) M 13 4 8
14) M 14 7 715) M 15 3 716) M 16 7 7
17) M 17 8 10
18) M 18 7 8
19) M 19 5 920) M 20 3 821) M 21 5 8
22) M 22 7 1023) M 23 6 924) M 24 8 9
25) M 25 4 7
26) M 26 3 427) M 27 8 10
28) M 28 7 1029) M 29 6 8
30) M 30 7 9
Jadual 1 merupakan perbezaan markah bagi responden yang memperolehi markah dalam
kedua-dua ujian teori yang dijalankan. Seramai 30 responden telah menjalani kedua-dua ujian
-
7/23/2019 Prosiding Seminar 2010 (Pelajar Pismp Ambilan Januari 07)
32/12