tranfomasi ayat

Upload: farah

Post on 16-Feb-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Tranfomasi Ayat

    1/1

    PENGGUBALAN SOALAN TATABAHASA SPM

    TRANSFORMASI AYAT

    Latihan 1

    Baca ayat-ayat penyata di bawah dengan teliti, kemudian tukarkan ayat penyata kepada ayat

    tanya berlandaskan perkataan yang dihuruftebalkan. Penjanaan ayat tersebut mestilahmenepati maksud asal pada ayat.

    (i) Ali dan keluarganya tinggal di slim River.(ii)

    Puan Chong mengajarkan subjek Sejarah dengan video dan multimedia lain.

    (iii) Che Tasuka menggunakan khidmat solek antarabangsa.(iv)

    Lorong yang sepi itu berbahaya kerana menjadi tempat penagih dadah bersarang.

    (v)

    Lima orangguru cemerlang itu datang dari Pantai Timur.

    (vi) Kucing sedang berlindung di bawah kereta sewaktu hujan turun.[6 markah]

    Latihan 2

    Baca ayat-ayat penyata di bawah dengan teliti, kemudian tukarkan ayat penyata kepada ayat

    seruan berlandaskan perkataan yang dihuruftebalkan. Penjanaan ayat tersebut mestilahmenepati maksud asal pada ayat.

    (i) Dengan perasaan terkejut, ibu bertanya tentang kemunculan dua ekor tikur di dapur.

    (ii) Kakak meraungkesakitan kerana jarinya berdarah.(iii) Ibu Selmi menasihatianak-anak supaya belajar dengan bersungguh-sungguh demi masa

    depan yang cerah.(iv) Ayah mengeluhsambil berkata bahawa anak-anak gadis zaman ini semakin liar.

    (v) Shasmita mengagumikeindahan pantai yang bersih itu.

    (vi)

    Dengan perasaan marah, Rianna menghalau pengemis itu keluar dari kedainya.[6 markah]

    Latihan 3

    Baca ayat-ayat penyata di bawah dengan teliti, kemudian tukarkan ayat penyata kepada ayat

    perintah berlandaskan kata kerja yang dihuruftebalkan. Penjanaan ayat tersebut mestilahmenepati maksud asal pada ayat.

    (i) Ashwaria melarangpembantu rumahnya menyentuh fail di atas meja tulisnya.

    (ii) Ling menjemputtetamu masuk ke rumah untuk meraikan Tahun Baharu Cina.(iii)

    Norziana memujukanak kembarnya supaya tidak menangis lagi.

    (iv) Ahli akademik itu berharap agar para peserta seminar duduk di tempat masing-masingkerana acara penting akan bermula tidak lama lagi.

    (v)

    Penceramah kesihatan itu menyeruorang ramai agar menjauhi tabiat merokok.

    (vi) Isteri menteri itu meminta wartawan tidak menulis berita yang direka sendiri demi

    menjaga nama baiknya.[6 markah]