api belanja hemat

Upload: hafis82

Post on 26-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 API Belanja hemat

    1/7

    1

    MEMO PERHUBUNGAN

    BAHAGIAN PENGURUSANINSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN (ILKAP)

    JABATAN PERDANA MENTERI

    Ruj. Fail: ILKAP/ 01/PUP/53 (22) Tarikh: 23 Februari2010

    TAJUK ARAHAN PENTADBIRAN KETUA PENGARAH BIL 2/2010

    KEPADA SEMUA PEGAWAI DAN KAKITANGAN

    DARIPADA PENDAFTAR

    S.K.

    - YBRS. PUAN KETUA

    PENGARAH

    Tuan/Puan,

    Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

    2. Bersama-sama ini disertakan Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah Bil2/2010- Garis Panduan Langkah Perbelanjaan Berhemat Institut LatihanKehakiman dan Perundangan (ILKAP) untuk makluman dan tindakansemua. Kerjasama tuan/puan dipohon untuk mematuhi arahan yang telahdikeluarkan bagi memastikan ILKAP dapat menjalankan fungsinya seperti biasawalaupun dalam keadaan kekurangan peruntukan bagi tahun 2010 ini.

    Sekian, terima kasih.

    t.t(HASLINDA BT ALIAS)

  • 7/25/2019 API Belanja hemat

    2/7

    2

    ARAHAN PENTADBIRAN KETUA PENGARAH BILANGAN 2/2010

    GARIS PANDUAN LANGKAH PERBELANJAAN BERHEMAT

    INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN (ILKAP)

    LATAR BELAKANG

    1. Arahan pentadbiran ini adalah bertujuan untuk memberi garis panduan kepada

    semua pegawai dan kakitangan Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)

    mengenai langkah-langkah perbelanjaan berhemat yang perlu dilaksanakan bagi

    menampung pengurangan Kerajaan ke atas peruntukan kewangan ILKAP bagi tahun

    2010 sebanyak 30 peratus.

    2. Penyediaan garis panduan ini adalah berdasarkan kepada pekeliling, surat

    arahan dan surat edaran seperti berikut:

    2.1 Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 7 Tahun 2008;

    2.2 Surat Arahan Perbendaharaan bertarikh 15 Julai 2009;

    2.3 Surat Arahan Perbendaharaan bertarikh 17 Disember 2009;

    2.4 Surat Edaran Jabatan Perdana Menteri, Ruj: JPM 400-6/1 Jld.6 (14)

    bertarikh 30 Disember 2009; dan

    2.5 Surat Edaran Jabatan Perdana Menteri, Ruj: JPM 400-6/9 ( ) bertarikh

    30 Disember 2009.

    STRATEGI LANGKAH PERBELANJAAN BERHEMAT

    3. Penjimatan Utiliti dan Bahan Bakar

    (a) Memastikan semua lampu di ruang terbuka seperti ruang koridor dan

    tangga ditutup pada waktu pagi.

    (b) Memastikan semua lampu dan penghawa dingin dipadamkan dalam

    keadaan berikut:

    Setiap kali tamat kuliah/aktiviti bagi semua bilik kuliah/kemudahan

    yang digunakan;

    Setiap kali pegawai meninggalkan bilik untuk tugas rasmi di luarpejabat/mesyuarat atau tamat waktu bekerja;

    Pada waktu rehat bagi ruang pejabat gunasama sekiranya tiada tugas

    mendesak untuk dilaksanakan.

    (c) Memastikan semua paip air ditutup dengan rapi selepas digunakan.

  • 7/25/2019 API Belanja hemat

    3/7

    3

    (d) Melaporkan sebarang kerosakan elektrikal atau kebocoran paip di

    kawasan kampus ILKAP dengan kadar segera kepada Unit

    Penyelenggaraan, Bahagian Pengurusan.

    (e) Memastikan penggunaan kemudahan telefon pejabat adalah bagi tujuan

    tugas rasmi sahaja. Pemantauan menerusi bil terperinci bagi setiap talian

    sambungan akan dilaksanakan dan penggunaan bagi panggilan peribadi

    akan dikenakan bayaran.

    (f) Memastikan penggunaan kemudahan telefon bimbit rasmi (bagi pegawai

    kanan) digunakan bagi tujuan tugas rasmi sahaja. Panggilan ke luar

    negara adalah tidak dibenarkan melainkan bagi urusan pelaksanaan

    kursus yang melibatkan penceramah jemputan luar negara. Pegawai

    perlu mengesahkan panggilan-panggilan rasmi yang dibuat untuk tujuan

    pembayaran oleh ILKAP.

    (g) Memastikan penggunaan kenderaan jabatan mengikut peraturan yang

    ditetapkan khusus untuk tujuan tugas rasmi sahaja. Setiap penggunaankereta jabatan perlu mendapat kelulusan dari Ketua Pengarah/Pendaftar.

    (h) Mengurangkan penggunaan kiriman pos bagi tujuan penghantaran sijil

    kehadiran/gambar kursus/resit bayaran kursus kepada peserta. Adalah

    wajar supaya dokumen-dokumen berkenaan diserahkan kepada peserta

    kursus sebelum kursus berakhir.

    4. Penjimatan Bekalan Peralatan Pejabat

    (a) Mengurangkan penggunaan kertas dan toner/dakwat pencetak melalui

    kaedah berikut:

    Mencetak sesuatu dokumen setelah semakan ke atas paparan

    komputer dibuat sepenuhnya;

    Menggunakan kemudahan e-mel rasmi untuk mengemukakan draf

    dokumen semakan kepada pegawai atasan bagi persetujuan sebelum

    dicetak;

    Memanfaatkan kertas kitar semula untuk mencetak dokumen

    kegunaan dalaman;

    Melaksanakan kemudahan perkongsian pencetak (shared-printer) di

    kalangan kakitangan sokongan;

    Menggalakkan penggunaan soft copy bagi edaran nota kursus kepada

    peserta-peserta kursus.

    (b) Memastikan penggunaan peralatan pejabat terhad kepada urusan tugas

    rasmi sahaja.

    (c) Memantapkan keberkesanan pengurusan stor bekalan di ILKAP, termasuk

    melaksanakan sistem pengawalan dan penjadualan pengambilan stok.

  • 7/25/2019 API Belanja hemat

    4/7

    4

    5. Pengurusan Mesyuarat

    (a) Memastikan supaya pengurusan mesyuarat adalah ringkas, padat dan

    tepat. Ini adalah bagi mengelakkan tempoh mesyuarat diadakan terlalu

    panjang.

    (b) Menghadkan makan minum untuk mesyuarat seperti berikut:

    Mesyuarat pada sebelah pagi

    yang melibatkan penyertaan

    pegawai dari luar ILKAP

    : Nasi Lemak/Mee/Bihun

    ATAU

    Kuih (2 jenis)

    Air teh/kopi

    Mesyuarat pada sebelah

    petang yang melibatkan

    penyertaan pegawai dari luar

    ILKAP

    : Air teh/kopi

    Air mineral

    Mesyuarat pada sebelah pagi

    yang melibatkan pegawai

    ILKAP sahaja

    : Kuih (2 jenis)

    Air teh/kopi

    Mesyuarat pada sebelah

    petang yang melibatkan

    pegawai ILKAP sahaja

    : Air mineral

    Makan tengah hari : TIDAK DIBENARKAN (melainkan

    bagi program yang berterusan

    sehingga petang dan tiada minum

    petang disediakan)

    6. Pengurusan Acara

    (a) Memastikan majlis atau upacara keraian diadakan terhad kepada urusan

    yang benar-benar penting sahaja dan diadakan secara sederhana.

    (b) Memastikan tiada pemberian cenderamata atau door gift.

    (c) Memastikan kos persediaan majlis seperti hiasan pentas dan persiapan

    tempat adalah minima dan tidak berlebihan.

    7. Penganjuran Persidangan, Seminar, Kursus, Latihan, Bengkel, Retreat, Lawatan

    Kerja

  • 7/25/2019 API Belanja hemat

    5/7

    5

    (a) Penganjuran persidangan/seminar/kursus/bengkel/mesyuarat/retreat

    perlu dihadkan kepada yang benar-benar perlu sahaja dan diadakan

    (dengan keutamaan) di premis kerajaan, melainkan bagi program

    peringkat antarabangsa.

    (b) Sebarang cadangan penganjuran latihan, kursus, seminar, simposium

    dan bengkel di luar pejabat perlu dikemukakan permohonan kepada

    Seksyen Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Sumber

    Manusia, Pentadbiran Am JPM untuk pertimbangan dan kelulusan.

    (c) Sebarang cadangan yang melibatkan persidangan, mesyuarat, retreat

    dan lawatan kerja di luar pejabat pula perlu dikemukakan kepada

    Seksyen Kewangan, Bahagian Kewangan dan Pembangunan, Pentadbiran

    Am JPM untuk pertimbangan dan kelulusan.

    8. Pemberian Cenderamata

    (a) Pemberian cenderamata (goodies atau gift) kepadapeserta/pegawai/tetamu yang menghadiri program adalah tidak

    dibenarkan.

    (b) Permohonan pemberian cenderamata kepada tetamu bertaraf VIP perlu

    dikemukakan secara berasingan untuk pertimbangan kelulusan di

    peringkat JPM atau Kementerian Kewangan.

    9. Tuntutan Kerja Lebih Masa

    (a) Memastikan arahan kerja lebih masa dikeluarkan bagi setiap tugas yang

    mendesak yang memerlukan kerja lebih masa dilaksanakan. Surat arahan

    bertugas secara blanket tidak dibenarkan.

    (b) Semua Pengarah/Ketua Unit perlu memastikan bilangan kakitangan yang

    diarahkan adalah memadai dengan tugas yang akan dilaksanakan.

    (c) Bagi tujuan kerja lebih masa, penyediaan makan dan minum adalah tidak

    dibenarkan.

    (d) Semua tuntutan kerja lebih masa adalah terhad kepada jumlah tidak

    melebihi sepertiga (1/3) daripada jumlah gaji kakitangan. Tuntutan yang

    melebihi had yang ditetapkan akan dipertimbangkan imbuhan cuti

    gantian(bagi amaun yang melebihi had).

    10. Tuntutan Perjalanan

    (a) Semua pegawai/kakitangan adalah digalakkan menggunakan kemudahan

    kenderaan jabatan bagi tugas rasmi di sekitar Bandar Baru Bangi,

    Putrajaya dan Kuala Lumpur. Dalam keadaan kenderaan jabatan adalah

    tidak mencukupi, pegawai/kakitangan dibenarkan membawa kenderaan

    sendiri dengan kebenaran Ketua Pengarah/Pendaftar.

  • 7/25/2019 API Belanja hemat

    6/7

    6

    (b) Bagi pegawai/kakitangan yang diarahkan bertugas di luar stesyen,

    penentuan kaedah perjalanan akan ditentukan/diluluskan oleh Ketua

    Pengarah berdasarkan kaedah perjalanan yang paling menjimatkan (iaitu

    sama ada menggunakan kenderaan jabatan, kenderaan sendiri, gantian

    tiket penerbangan atau pengangkutan awam yang lain).

    11. Perolehan Kerajaan

    (a) Memastikan setiap urusan perolehan dibuat kajian pasaran terlebih

    dahulu bagi mengenal pasti anggaran harga jabatan yang wajar.

    (b) Memastikan setiap urusan perolehan dilaksanakan mengikut arahan dan

    peraturan kewangan yang berkuat kuasa.

    (c) Membuat rundingan dengan pihak pengguna (end user) mengenai

    keperluan/spesifikasi sesuatu perolehan bagi mengelakkan pembaziran

    untuk jangka pendek dan jangka panjang.

    12. Bayaran Bil

    (a) Memastikan semua bil/invois yang diterima diproses dan dibayar kepada

    pembekal/kontraktor dalam tempoh 14 hari dari tarikh diterima oleh

    pusat kos yang berkenaan.

    (b) Memastikan urusan bayaran tuntutan penceramah tempatan disusuli dan

    diselesaikan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh perkhidmatan

    diberikan.

    (c) Membuat semakan dari semasa ke semasa ke atas kontrak dan komitmen

    bayaran yang perlu dibuat bagi mengelakkan tunggakan bayaran bil atautuntutan ke atas bekalan atau perkidmatan yang telah diberikan oleh

    pembekal, kontraktor atau penceramah.

    (d) Memastikan semua bil dan tuntutan diselesaikan dalam tahun kewangan

    semasa bagi mengelakkan implikasi AP58(a) yang akan menjejaskan

    peruntukan tahun berikut dan AP59.

    13. Pemantauan Projek Pembangunan

    (a) Memastikan pelaksanaan projek pembangunan adalah mematuhi skop

    dan siling peruntukan yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi

    (UPE), JPM.

    (b) Membuat pemantauan dari semasa ke semasa dan menghadiri setiap

    Mesyuarat Tapak bagi mengikuti perkembangan semasa projek dan

    mengenal pasti sebarang permasalahan yang timbul untuk diselesaikan

    dengan semua pihak yang berkenaan.

  • 7/25/2019 API Belanja hemat

    7/7

    7

    (c) Mengadakan rundingan dengan pihak JKR, kontraktor dan sub-kontraktor

    dari semasa ke semasa untuk menyampaikan keperluan ILKAP dalam

    aspek penyempurnaan projek.

    TARIKH KUAT KUASA

    Pelaksanaan strategi langkah perbelanjaan berhemat ini akan berkuat kuasa serta merta

    sehingga satu arahan baru mengenainya dikeluarkan.

    22 Februari 2010

    t.t

    (ANNA NG FUI CHOO)