Download - Adat & Pantang Larang Kaum Cina (1)
-
7/24/2019 Adat & Pantang Larang Kaum Cina (1)
1/4
ADAT-ADAT & PANTANG LARANG KAUM CINA
A) Perayaan
Ia adalah festival yang paling penting dan yang paling meriah untuk diraikan
selama 15 hari pada bulan pertama takwim Cina.
Perayaan tahun baru diadakan jamuan yang istimewa sempena menghimpunkan
ahli keluarga untuk merayakannya di malam tahun baru.
Perayaan ini diserikan dengan adat orang tua memberi angpau kepada kanak
kanak dan ahli keluarga yang belum mendirikan rumah tangga. Pemberian angpau
adalah untuk melambangkan kegembiraan! selain merupakan sema"am restu untuk
kehidupan makmur serta untung nasib yang baik sepanjang tahun.
Tarian singa dipersembahkan sempena perayaan ini! adalah untuk menghalau
kuasa jahat seperti syaitan dan iblis. Ia juga dilihat sebagai mengundang perkara
yang baikbaik.
#adang kala tarian singa dipersembahkan untuk dikaitkan dengan cuacasepanjang
tahun dipenuhi rahmat dan hujan.
Mercundipasang untuk menghalau kuasa jahat selain menandakan kemeriahan
perayaan tahun baru.
$uga menjadi amalan baik adalah dengan membawa dua atau empat biji limau
%andarin untuk diberikan kepada tuan rumah oleh tetamu semasa men&iarahi pada
perayaan tahun baru.
Pemberian limau itu diibaratkan sebagai pemberian emas. Ini kerana dalam
bahasa sukuan Cina kantonis! nama'sebutan untuk limau menyerupai nama'sebutan
untuk emas.
() Upacara Perka!inan
erdapat tiga upa"ara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di %alaysia semasa sesuatu
perkahwinan diadakan iaitu*
Perka!inan si"il dimana bakal perngantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai
suami isteri yang sah dari segi undang undang.
-
7/24/2019 Adat & Pantang Larang Kaum Cina (1)
2/4
Upacara minum #e. Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana
pengantin baru memberi teh kepada ahliahli keluarga yang lebih tua untuk minum
sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain.
$amuan makan% Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawankawan akan
dijemput.
Pada kebiasaannya upa"ara perkahwinan sivil dan upa"ara minum teh adalah untuk
dihadiri oleh saudara mara yang rapat sahaja.
Perkara yang dianggap mustahak dalam perkahwinan kaum Cina ialah
pengumuman perkahwinan itu kepada kawankawan dan dan saudara mara mereka
dengan mengadakan jamuan. +leh kerana majlis ini penting maka tetamutetamu
yang hadir hendaklah memakai pakaian yang "antik dan berwarna merah.
arna meradikalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira. +leh
kerana itu! sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah dibungkus dengan kertas
berwarna merah.
,ebaiknyabaiknya hendaklah dielakkan daripada memakai baju yang berwarna
hitam! biru atau kelabu kerana warnawarna ini biasanya dikaitkan dengan
peristiwa sedih dalam masyarakat Cina.
C) Pan#ang Larang Makan & Minum
+rang Cina amat mementingkan kesihatan dan makanan yang berkhasiat.
+rang tua dilarang memakan kangkungkerana boleh menyebabkan sakit sendi.
%ereka yang mempunyai luka pada badan tidak dibenarkan memakan u'ang 'an
ke#am kerana mengakibatkan luka susah sembuh.
Pada tahun baru Cina! ikanyang dimakan tidak boleh putus kerana membawa
petunjuk yang tidak baik.
Para nelayanyang makan di atas kapal dilarang membalikkan ikan yang mereka
makan kerana boleh membawa ben"ana dan kemalangan.
-
7/24/2019 Adat & Pantang Larang Kaum Cina (1)
3/4
+rang Cina tidak digalakkan ber"akap semasa makan. %ereka dilarang mengetuk
mangkuk dan pinggan dengan penyepit.
-) (e!ak#u Ibu Mengan'ung%
-alam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita
mengandung dan bukannya suami.
%asyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki
boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang.
Anak perempuanhanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan
apabila berkahwin! mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.
%ereka tidak dibenarkan melakukan kerjakerja seperti memaku kerana dikhuatiri
bayi yang lahir akan mengalami ke"a"atan.
anita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata
kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari
terkena badi.
%ereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses bersalin. ,ewaktu
mengandung sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan
tidak mengalami sebarang gangguan.
Memberi namakepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah
antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan
perasaan ke"ewa apabila harapan tidak ter"apai.
-ari segi pen)agaan makanan! wanita yang hamil dilarang sama sekali makan
makanan yang /tajam0 seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan
banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu
sukar untuk bersalin.
ntuk menentukan samada kandungan itu lelaki atau perempuan! maka masyarakat
Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil! terutama apabila kandungan berusia
empat bulan ke atas. $ika perut ibu agak bulat! bayi yang di kandung adalah
perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.
2) (e!ak#u Kelairan*
,emasa ibu mengandung! perabot di dalam bilik ibu tidak boleh diubah
terutamanya katil! dan memaku dinding rumah tidak dibenarkan sama sekali.
Pantang larang itu diamalkan selama kirakira sebulan selepas bersalin.
-
7/24/2019 Adat & Pantang Larang Kaum Cina (1)
4/4
#elahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. ,audara
mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. 3adiah
hadiah itu dibungkus dengan kertas merah.
4) Upacara Kema#ian
pa"ara kematian yang melibatkan pen&iarahan dan penjagaan mayat biasanya
berlangsung dari #iga ingga #u)u ari.
Ia bertujuan memberi penghormatan terakhir! selain menghadiri upa"ara
pengebumian.
,umbangan wang dalam sampul putih biasanya disampaikan kepada keluarga si
mati oleh mereka yang datang men&iarahi. $umlahnya pula perlu berupa wang
dalam bentuk angka yang ganjil.
Pelawat seharusnya tidak memakai pakaianyang berwarnawarni sewaktu pergi
ke rumah orang mati. ,ebaiknyabaiknya pelawat itu memakai baju berwarna
muram seperti hitam atau kelabu dan sebagainya.
,ekarang la&imnya pelawat memberikan derma atau menghantar kalungan bunga
kepada si mati. #adang kala sekumpulan sahabat atau sesuatu persatuan
menyediakan panji atau nota yang ditulis dengan katakata pujian kepada si mati.
#etika meninggalkan rumah si mati! pelawat biasanya diberikan seutas benang
mera atau gula-gulaberikat benang merah sebagai tanda terima kasih.
arna merah itu warna yang membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan
yang "uba menga"au.