nota sejaraha

Upload: ayem-rawi

Post on 13-Oct-2015

88 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

asa

TRANSCRIPT

1. MALAYSIA DALAMPERTUBUHANANTARABANGSA 2. KOMANWEL Dibentuk pada tahun 1931 Anggotanya negara bekas tanah jajahanBritain yang merdeka 54 negara maju dan negara sedangmembangun. Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun1965 beribu pejabat di London 3. Matlamat 4. Faedah MenyertaiKomanwel Mendapat bantuan pertahanan daripada negara-negaraKomanwel dalam menyekat perjuangan PKM Membuat perjanjian pertahanan dengan Britain , Australiadan New Zealand yang menjanjikan bantuan sekiranyaMalaysia diserang oleh mana-mana pihak semasakonfrontasi Mengadakan kerjasama pertahanan dengan negaraKomanwel Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel(CHOGM)memberi ruang untuk Malaysia membincangkan hal-halkepentingan bersama(setiap dua tahun) 5. Menganjurkan mesyuarat CHOGM(1989)Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi yang bersepakatmengawal dan mengatasi masalah pencemaran. Memberi peluang untuk menyuarakan penentangan terhadapdasar Apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakanhak asasi manusia Eksport Malaysia ke negara Komanwel terutamanya Britaindikenakan cukai yang rendah tetapi keistimewaan ini ditarikbalik selepas Britain menjadi anggota pertubuhan KesatuanEropah(EU) Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswadalam bidang pendidikan Berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998. 6. Ditubuhkan secara rasmi tahun 1945 Ibu pejabat di San Francisco (asal) berpindah keNew York 1946 Peringkat awal 51 buah anggota 189 buah 2002 Negara anggota perlu akur dengan Piagam PBB iaitusatu perjanjian antarabangsa yang menggariskanprinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa Terdapat 4 matlamat Piagam PBBPERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) 7. Matlamat Piagam PBB Menjamin keamanan dan keselamatan dunia Menggalakkan hubungan berbaik-baik antaranegara anggota Bekerjasama menyelesaikan masalahantarabangsa dan melindungi hak asasimanusia tanpa mengira bangsa, agama danwarna kulit Menjadi pusat bagi mengharmonikantindakan negara-negara anggota 8. PERANAN MALAYSIA DALAM PBB Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo(1960) bagimenamatkan perang saudara Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia(1989) untukmembantu negara itu mencapai kemerdekaan Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran Iraq Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia Malaysia lantang bersuara di PBB menentang DasarApartheid di Afrika Selatan Menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan duniayang menjadi hak milik atau kuasa semua negara 9. sambungan Menjadi ahli Bank Dunia Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah Hasil daripada usul Malaysia- satu persidangan antarabangsadiadakan di Vienna(Austria) Jun 1987. Perdana MenteriMalaysia menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut Malaysia bekerjasama dan menyertai agensi antarabangsaPBB kerjasama dalam pengeluaran makanan di bawahagensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian(FAO), kerjasamadalam bidang kesihatan dan perubatan di bawahPertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) dan kerjasama dalambidang sains dan teknologi di bawah PertubuhanPendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-BangsaBersatu(UNESCO) 10. Sambungan lagi.. Dipilih menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB tahun1965, 1989 dan 1999 Tan Sri Razali Ismail menjadi PengerusiPerhimpunan Agung PBB Beliau juga dilantik sebagai wakil khas PBB untukmenyelesaikan konflik politik negara Myanmar. Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin denganmengajurkan Persidangan Antarabangsa tentangPalestin di Kuala Lumpur 11. PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM(OIC) Ditubuhkan pada tahun 1971 beribu pejabat di Jeddah, ArabSaudi Idea Tunku Abdul Rahman Semasa ditubuhkan 57 buah negara dan tiga negarasebagai pemerhati Matlamat :a) Mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segalabidangb) Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islamc) Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaanantara negara Islamd) Bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islamdihormati dan tidak dicemari 12. SUMBANGAN OIC Memberikan bantuan kepada negara-negara Islamyang menghadapi masalah spt :- Menghantar pasukan perubatan ke Lubdan, Bosniadan Afghanistan Bantuan kewangan kepada negara-negara Islamyang kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad OIC menubuhkan Bank Pembangunan Islam bagimemberikan perkhidmatan kewangan kepadanegara anggota 13. SUMBANGAN MALAYSIA DALAMOIC Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OICpertama Menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq Memberikan sokongan kepada rakyat Palestin berjuangmendapatkan semula tanah air daripada Israel Menjadi tuan rumah Persidangan OIC 1974 dan 2003 Menganjurkan persidangan menentang pengganas dikalangan negara Islam 2002 Tawaran biasiswa kepada para pelajar dari negara OIC untukbelajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negaraIslam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi 14. Faedah Yang DiperolehDaripada OIC Pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagimelaksanakan projek-projek pembangunan untukkepentingan rakyat OIC memberikan bantuan kepada Malaysia untukmenubuhkan UIAM Malaysia mendapat penghormatan daripadanegara-negara anggota kerana amat seriusmemperjuangkan hak dan kebajikan negara-negaraIslam 15. MALAYSIA DALAMPERTUBUHANSERANTAU 16. PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIATENGGARA (ASEAN) 17. Peta menunjukkan negara-negara anggota ASEAN 18. Dtubuhkan pada 8 Ogos 1967 hasil daripadaDeklarasi Bangkok Matlamat :- Mengekalkan kestabilan politik dirantau AsiaTenggara Membantu antara satu sama lain dalam bidangekonomi, sosial dan kebudayaan Meningkatkan taraf hidup penduduk melaluikerjasama dalam bidang pertanian,perdagangan dan perindusterian. Memberi kerjasama dan membantu dalambentuk latihan dan penyelidikan Mengadakan perhubungan yang erat denganpertubuhan serantau dan antarabangsa 19. PERANAN DAN SUMBANGAN MALAYSIADALAM ASEAN Menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur pada November1971. Memberi kata sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEANsebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) Tujuan utama ZOPFAN adalah mengekalkan keamanan dankestabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersekongkoldengan mana-mana blok Barat atau blok Timur bagimengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar Mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atasKampuchea. Turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaanDemokratik Campuran Kampuchea. Membuat keputusan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Mengisytiharkan larangan menggunakan perairan danpelabuhannya untuk mana-mana kapal yang mengangkutbahan atau senjata nuklear. 20. Bekerjasama dalam projek perindustrian, contohnyaprojek baja urea di Bintulu(Sarawak) serta di Acheh Menyertai kerjasama ekonomi melalui zon KawasanPerdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang diumumkandalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura 1992. Mengemukakan idea mewujudkan PerundinganEkonomi Asia Timur (EAEC) bagi memperluaskankerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun danKorea Selatan. Idea Dr Mahathir tetapi ditentang oleh Amerika Syarikatdan negara-negara maju. Kerjasama secara tidak rasmi tetap diteruskan melaluikonsep ASEAN + 3 Menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama ASEAN+ 3(China,Jepun dan Korea) 21. Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikandengan menyertai Pertubuhan Menteri - MenteriPelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuanke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan Membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik(RECSAM) di Pulau Pinang. Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan dansosial seperti mengadakan festival kebudayaan dankesenian. Bersama-sama menubuhkan Tabung KebudayaanASEAN. Mengadakan pertukaran rancangan televisyen danradio. Menganjurkan Sukan SEA. Menjalinkan kerjasama menyertai Tahun MelawatASEAN 1992. 22. Pesuruhjaya tinggi tentang orangpelarian PBB( UNHCR ) 23. Di tubuhkan pada tahun 1950 Bertanggungjawab untuk memimpin danmenyelaraskan tindakan antarabangsa bagimemberikan perlindungan orang pelariandan menyelesaikan maslah mereka 24. Tujuan utama adalah untuk melindungi hakdan kebajikan orang pelarian Berusaha untuk memastikan bahawa setiaporang pelarian berhak untuk mendapatkansuara dan mencari tempat perlindungan yangselamat di negara lain Membantu pelarian kembali ke negara asalmereka dan menetap di negara yang lain. 25. RUJUKAN http://cikgurazak.blogspot.com/2010/03/malaysia-dan-hubungan-antarabangsa.html http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/peranan-dan-penglibatan-malaysia-untuk.html http://adun.johordt.gov.my/index.php/kemelah/2009/07/07/apa-itu-apartheid

Peranan antarabangsa Malaysia kian mencabarOleh MUHAMMAD AFIFI ABDUL [email protected] / [email protected] ialah pensyarah sains politik, Pusat Pengajian Antarabangsa, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia.KEJAYAAN peranan antarabangsa Malaysia pada hari ini ialah usahanya dalam konteks penyelesaian konflik serantau dan antarabangsa semasa. Sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan dan keselamatan sejagat, Malaysia sangat perihatin terhadap pelbagai isu dan konflik yang boleh menjejaskan keamanan negara, serantau dan antarabangsa. Malaysia telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa strategi pengurusan konflik secara aman telah berjaya membantunya menghapuskan ancaman komunis dalam negara.Di peringkat serantau, Malaysia telah bekerjasama dengan negara-negara yang berjiran dengannya serta menggunakan platform ASEAN bagi menguruskan pelbagai konflik yang berlaku di sekitar sempadannya. Selepas beberapa tahun, usaha diplomasi Malaysia ini telah terbukti berjaya.Sebagai contoh, peranan Malaysia dalam mengurus dan menyelesaikan konflik di Pulau Mindanao, selatan Filipina telah mendapat pujian daripada banyak pihak, pemerhati antarabangsa serta PBB. Misi diplomasi Malaysia di Pulau Mindanao berakhir dengan termeterainya proses damai antara Bangsamoro dengan kerajaan Filipina.Berikutan dengan kejayaan ini, Malaysia sedang cuba 'menjual' peranan diplomasiya kepada beberapa buah negara lain yang sedang menghadapi masalah yang sedemikian rupa seperti Myanmar (isu Rohinya) dan Thailand (isu selatan Thai). Yang terkini, Malaysia sedang berusaha sedaya upaya untuk menjadi 'perunding damai' di antara Hamas dan Fatah di Palestin.Tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, atas usaha dan keberanian beliau untuk berusaha menjejakkan kaki ke bumi Palestin yang sedang hebat bergolak. Sesungguhnya, kehadiran Najib pasti menjadi pembakar semangat kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam sejagat untuk terus berjuang bagi membantu rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis Israel.Pun begitu, apa yang telah dicapai oleh Malaysia sekarang sebenarnya hanya satu permulaan kepada satu episod baru dalam kancah dunia politik antarabangsa era globalisasi. Apatah lagi, bagi sebuah negara kecil seperti Malaysia yang ingin mencapai status sebagai sebuah 'negara kuasa pertengahan' (middle power state), cabaran yang bakal dihadapinya mulai daripada sekarang dan akan datang adalah semakin mencabar dan berliku.'Negara kuasa pertengahan' ialah satu konsep yang merujuk kepada status sesebuah negara yang bukan 'besar' dan bukan 'kecil' tetapi boleh berdikari serta mampu memberikan impak penting dalam konteks politik antarabangsa. Malaysia, pada ketika ini sedang mempersiapkan dirinya menjadi sebuah 'negara kuasa pertengahan'.Sememangnya, usaha dan peranan antarabangsa Malaysia khasnya dalam menyokong idea PBB bagi memastikan keamanan dan keselamatan dunia sejagat menerusi pendekatan penyelesaian konflik secara aman dan tindakan multilateralisme yang dijana menerusi platform PBB telah memperlihatkan tindakan dasar luar Malaysia sebagai bakal sebuah 'negara kuasa pertengahan'.Dan sekiranya status ini berjaya dicapai oleh Malaysia, ia bakal meletakkan negara ini sebaris dengan 'negara-negara kuasa pertengahan' yang tersohor pada ketika ini seperti Kanada, Brazil, India, Korea Selatan, dan Jepun.Pendekatan Wasatiyyah yang dianjurkan oleh Malaysia dalam konteks penyelesaian konflik antarabangsa sememangnya merupakan satu pendekatan yang baik dan bijaksana. Banyak negara dunia telah menyambut baik pendekatan ini kerana ia bersifat sangat universal. Jikalau melihat kepada logik akal, tiada siapa pun mahu melihat kemusnahan dan kematian.Ramai yang pasti bersetuju sekiranya semua konflik dan krisis antarabangsa dapat di selesaikan secara aman tanpa melibatkan kemusnahan dan pertumpahan darah. Tetapi persoalannya, apakah semua pihak yang sedang berkonflik termasuk pihak-pihak tertentu yang berkepentingan serta negara-negara kuasa besar dunia benar-benar bersetuju dengan pendekatan ini?Dalam hal yang sebegini, bersikap positif dan berbaik sangka adalah sesuatu yang sangat dialu-alukan. Tetapi kalau disingkap sejarah silam politik antarabangsa, kita akan dapati keadaan sebaliknya sedang berlaku dan ia sangat mengecewakan.Realitinya, dalam konteks pengurusan dan penyelesaian konflik antarabangsa, negara-negara kuasa besar dunia pada hari ini lebih menyukai pendekatan secara kekerasan daripada pendekatan secara aman. Mereka lebih cenderung kepada peperangan yang sudah pasti membawa kepada kemusnahan dunia dan kematian manusia yang tidak berdosa.Andaian ini boleh disokong dengan beberapa fakta yang sangat menarik untuk difikirkan bersama, sebagai contoh:(i) Perubahan peranan misi pengaman antarabangsa daripada hanya misi pengaman kepada 'misi campur tangan ketenteraan' (military intervention).(ii) Peningkatan krisis dan konflik antarabangsa di negara-negara yang menolak demokrasi.(iii) Peningkatan jumlah misi pengaman antarabangsa sama ada di bawah seliaan PBB dan agensi bukan PBB (seperti NATO, EU dan pertubuhan-pertubuhan serantau).(iv) Peningkatan jumlah pengeluaran dan penjualan senjata oleh negara-negara kuasa besar dunia.(v) Peningkatan jumlah pembelian senjata oleh negara-negara membangun dan miskin seperti di Afrika, Asia dan Amerika Selatan.(vi) Sokongan kuat sama ada oleh PBB dan negara-negara kuasa besar dunia terhadap usaha campur tangan asing dalam konflik di negara-negara membangun (seperti di Iraq, Afghanistan, Syria dan yang terkini di Mali).PBB, sebagai badan antarabangsa yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan dengan tadbir-urus dunia sejagat (global governance) pula semakin hari semakin hilang 'taring'nya. Hari ini, banyak usaha misi pengaman antarabangsa yang sebelum ini diterajui oleh PBB telah 'diswastakan' kepada agensi bukan PBB yang jelas sekali mempunyai pelbagai kepentingan yang terselindung.Misi pengaman antarabangsa pada hari ini telah hilang sifatcollective securitydan 'multilateralismenya'. Ia tidak ubah seperti misi untuk mempertahankan kepentingan nasional negara-negara tertentu dan berkepentingan di PBB.Lihatlah apa yang telah berlaku kepada misi-misi pengaman antarabangsa di beberapa buah negara seperti Bosnia, Somalia dan Rwanda. Ia adalah antara contoh misi-misi pengaman yang gagal sementara krisis di beberapa buah negara lain seperti di Palestin dibiarkan berlarutan.Banyak yang telah ditulis oleh sarjana-sarjana Barat mengenai sikap negara-negara kuasa besar dunia ini. Sebagai contoh, Michael Pugh dalam artikelnya 'Peacekeeping and Critical Theory'(2004) terbitan Jurnal International Peacekeeping menulis mengenai bagaimana peranan 'New York Orthodoxy' di PBB mencatur perkembangan politik antarabangsa.Robert Cox dalam artikelnya yang bertajuk'Critical Political Economy'(1995) menulis mengenai bagaimana institusi kewangan antarabangsa mengatur dan memanipulasi sistem ekonomi antarabangsa supaya lebih menguntungkan negara-negara kuasa besar dunia dan menjadikan negara-negara lain yang bukan Barat untuk kekal menanggung hutang yang tinggi.Mark Duffield pula dalam bukunya yang bertajuk 'Global Governance and the New Wars: The Merging of Development and Security' (2001) mengatakan bahawa sebenarnya isu global pada hari ini bukanlah sangat mengenai isu terrorisme tetapi sebalik isu bagaimana negara-negara kuasa besar dunia dapat menyuntik fahaman liberalisme dan demokrasi serta membentuk jaringan konflik yang tidak liberal ke seluruh pelosok dunia khasnya di negara-negara yang bukan Barat.Demikianlah sikap 'talam dua muka'(double-standard)negara-negara kuasa besar dunia terhadap negara-negara lain dalam konteks politik antarabangsa semasa. Ini sebenarnya menjadi satu cabaran besar bagi sebuah negara kecil seperti Malaysia untuk menempatkan dirinya sebagai bakal 'negara kuasa pertengahan' berbekalkan prinsip Wasatiyyah. Semoga Malaysia berjaya menjadi sebuah negara contoh yang gigih berusaha dengan segala kemampuan yang ada demi memastikan keamanan dan keselamatan dunia sejagat terpelihara daripada 'ancaman' negara atau pihak yang berkepentingan ini

Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130130/re_07/Peranan-antarabangsa-Malaysia-kian-mencabar#ixzz2gApAxFM0 Utusan Melayu (M) Bhd

APA ITU HUBUNGAN LUAR?

Ilmu membantu manusia memahami fenomena alam dengan lebih jelas dansistematik. Lebih tepat lagi ia membantu manusia menjelaskan sebab, cara,masa dan tempat sesuatu fenomena alam itu berlaku. Peristiwa-peristiwatersebut sukar dijelaskan hanya dengan berpandukan suatu bidangpengetahuan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku itu menyebabkan manusia lebihmatang dan berhati-hati dalam tindakan yang mereka lakukan.Ilmu membantu manusia memahami fenomena alam dengan lebih jelas dansistematik. Lebih tepat lagi ia membantu manusia menjelaskan sebab, cara,masa dan tempat sesuatu fenomena alam itu berlaku. Peristiwa-peristiwatersebut sukar dijelaskan hanya dengan berpandukan suatu bidangpengetahuan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku itu menyebabkan manusia lebihmatang dan berhati-hati dalam tindakan yang mereka lakukan.Sebagai contoh, konflik yang berlaku kepada seseorang atau dalam hubunganindividu dengan individu lain mungkin boleh dijelaskan melalui pelbagai bidangilmu seperti psikologi, sosiologi dan sains politik. Bagaimana pula denganperistiwa-peristiwa yang berlaku pada skala yang lebih besar? Contohnya konflikyang berlaku dalam hubungan antara sesebuah negara dengan negara yang lainatau antara negara dengan entiti-entiti lain dalam hubungan antarabangsaseperti syarikat-syarikat multinasional dan organisasi-organisasi antarabangsa.Jelas di sini bidang kepakaran tertentu diperlukan bagi memahami kes-kesseperti yang dinyatakan di atas. Berdasarkan keperluan tersebutlah maka bidanghubungan antarabangsa diperkenalkan sebagai suatu cabang ilmu yangbermanfaat membantu hubungan antara manusia sebagai satu masyarakat ataukomuniti dengan masyarakat lain. Apabila bercakap berkenaan perkaitan bidangini dengan tindakan yang dilakukan, pihak yang paling rapat berkait dengan soalini ialah penganalisis dan pembuat dasar bagi sesebuah negara. Peristiwa 11September 2001 mengajar pembuat dasar supaya lebih berwaspada danberhati-hati. Perbincangan berkenaan sistem antarabangsa, aktor-aktor yangterlibat dalam sistem antarabangsa dan pendekatan-pendekatan dalamhubungan antarabangsa yang digunakan oleh penganalisis dan pembuat dasarperlu diketahui agar kefahaman mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku padaperingkat antarabangsa lebih jelas dan seterusnya dapat menghasilkan dasaryang lebih baik dan rasional.Apa itu Hubungan Antarabangsa?Cara terbaik memahami maksud istilah hubungan antarabangsa ialah denganmentakrifkannya secara literal iaitu sebagai kajian berkenaan hubungan atauinteraksi yang melampaui sempadan negara. Berdasarkan takrif umum iniandaian dapat dilakukan di sini bahawa hubungan yang melampaui sempadanbukan sahaja melibatkan hubungan antara negara dengan negara bahkan jugaia merupakan hubungan yang turut melibatkan entiti-entiti (atau dalam istilahpolitik disebut sebagai aktor) lain. Entiti ataupun aktor-aktor tersebut terdiridaripada organisasi dan institusi antarabangsa, syarikat-syarikat multinasionaldan individu-individu.Secara tradisinya ia lebih ditakrifkan sebagai hubungan yang hanyamelibatkan negara iaitu unit terpenting yang dikaji dalam bidang ini. Takrifsedemikian berlaku kerana ia mempunyai kaitan dengan latar belakangperkembangan bidang ini sekitar dua peperangan dunia antara 1914-1945.Namun, pengkaji-pengkaji hubungan antarabangsa selepas era tersebutterutamanya sekitar 1960-an dan 1970-an mula memberi tempat kepadaperanan aktor-aktor lain dalam hubungan ini.Menurut Beridge (1992: 1), kajian hubungan antarabangsa melibatkan subjekyang luas merangkumi aktiviti-aktiviti pelbagai bentuk negara (kuasa besar,negara kapitalis, demokratik liberal dan sebagainya) dan aktor-aktorantarabangsa lain seperti syarikat-syarikat multinasional. Ia juga merangkumikajian mengenai kaedah negara-negara tersebut mencapai dasar luar merekaseperti propaganda serta kajian mengenai peraturan dan institusi-institusi sistemnegara yang terlibat dalam hubungan tersebut. Goldstein (1994:1) menjelaskanmaksud hubungan antarabangsa dengan lebih khusus merujuk sebagai kajianmengenai hubungan antara kerajaan-kerajaan. Di samping itu beliau turutmemberi penekanan pada peranan aktor-aktor lain yang turut terlibat dalamhubungan tersebut seperti organisasi antarabangsa, syarikat multinasional,individu-individuBeliau menambah lagi bahawa hubungan politik ini dipengaruhi oleh faktorgeografi dan sejarah. Berdasarkan hakikat tersebut beliau berpendapat bidanghubungan antarabangsa adalah bidang kajian yang luas kerana ia melibatkanbidang-bidang ilmu lain. Henderson (1998: 1) mentakrifkan hubunganantarabangsa sebagai proses pembahagian kuasa di antara negara-negara diperingkat antarabangsa manakala Holsti (1995: 19) beranggapan bahawa bidangini merujuk kepada semua bentuk interaksi antara anggota-anggota pelbagaimasyarakat (negara) sama ada disokong oleh kerajaan ataupun tidak. Jelas disini hubungan antarabangsa adalah kajian mengenai hubungan dan interaksiantara pelbagai aktor di peringkat antarabangsa dan berdasarkan takrif-takrif diatas kita boleh bahagikan aktor hubungan antarabangsa kepada dua bentuk iaituaktor negara dan aktor bukan negara.Aktor-Aktor Hubungan AntarabangsaSiapakah aktor dalam hubungan antarabangsa? Daripada suatu segi soalanini mudah dijawab kerana berdasarkan takrif-takrif sebelum ini, negara dilihatsebagai satu-satunya aktor yang dimaksudkan berdasarkan hakikat pertama,sifat hubungan adalah melampaui sempadan (iaitu satu ciri utama negara).Kedua, aktor-aktor lain yang terlibat adalah entiti-entiti yang terkandung ataumewakili negara-negara tertentu sama ada disokong ataupun tidak oleh kerajaanmasing-masing. Lebih khusus lagi sebenarnya hubungan yang dimaksudkan disini melibatkan kerajaan negara-negara di dunia. Dalam hubunganantarabangsa, para pengkaji hubungan antarabangsa mengkaji keputusan dantindakan kerajaan-kerajaan tersebut.Namun secara realiti, di peringkat antarabangsa, hubungan yang berlakumelibatkan aktor-aktor lain yang terlibat dengan keputusan dan tindakankerajaan-kerajaan tersebut. Aktor-aktor ini terdiri daripada syarikat-syarikatmultinasional (MNCs) yang selalunya mampu mengatasi keputusan dan tindakannegara-negara bagi menentukan kepentingan masing-masing. Sesetengahsyarikat-syarikat tersebut memiliki kuasa monopoli dalam sumber-sumber yangdiperlukan oleh negara sama ada berbentuk bahan mentah, industri berteknologitinggi mahupun produk elektronik bagi kegunaan pengguna. Antara syarikat-syarikat tersebut termasuklah kumpulan tujuh syarikat-syarikat pengeluar minyak terbesar di dunia iaitu Aramco (Exxon, Shell Oil Company, British Petroleum,dFrances Compagnie Franaaise des Petroles, Mobil, Socal, Texaco dan Gulf)dan syarikat pengeluar kapal terbang penumpang Boeing.Kini keputusan dan tindakan kerajaan bukan sahaja kurang berkeupayaanmempengaruhi syarikat-syarikat tersebut, malah sebaliknya keputusan dantindakan kerajaan-kerajaan pula yang dipengaruhi oleh kepentingan syarikat-syarikat tersebut. Sebagai contoh, penguasaan Aramco dalam teknologi danmodal dalam industri pengeluaran minyak menyebabkan pada dekad 1950-anhingga akhir 1960-an, mereka menguasai hampir 95 peratus sumber bekalanminyak dunia walaupun lokasi-lokasi pengeluaran minyak tersebut terletak dikebanyakan negara-negara Asia Barat (Daniels, 1995: 450-451).Aktor-aktor lain yang terlibat dalam proses hubungan, interaksi dan tawarmenawar ini termasuklah organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, individu-individu seperti pemimpin dan warganegara negara-negara tertentu, kumpulan-kumpulan bukan kerajaan dan kumpulan-kumpulanpendesak seperti kumpulan pengganas. Namun, buku ini akan mengkategorikanaktor-aktor tersebut kepada dua bentuk iaitu aktor negara dan aktor bukannegara.Aktor NegaraAktor yang paling penting dalam hubungan antarabangsa ialah negara.Negara ialah entiti yang bersempadan yang dikawal dan dikuasai oleh kerajaandan diduduki oleh sejumlah penduduk. Sesebuah negara bebas daripadasebarang ancaman, ugutan dan tekanan luar malah ia berkuasa secara mutlak(konsep kedaulatan) bagi menentukan kepentingan dan kebajikannya sendiri.Antara lain, sesebuah negara berkuasa menggubal dan melaksanakan undang-undang, mengutip cukai, membentuk kuasa tentera, menggunakan sumber aslimalah boleh dikatakan sebenarnya sesebuah negara dapat melakukan apasahaja dalam lingkungan sempadannya demi kepentingan nasional. Kedaulatanyang dimiliki oleh sesebuah negara diiktiraf oleh negara-negara lain melaluihubungan diplomatik dan selalunya melalui keahlian dalam PBB. Populasi yangmembentuk sebagai warganegara atau rakyat bagi sesebuah negaramembentuk masyarakat mereka sebagai suatu institusi yang berbeza daripadamasyarakat negara lain. Identiti institusi ini kita kenalinya sebagai bangsa.Masyarakat antarabangsa pada masa kini menerima konsep negara sebagainegara yang demokratik sebagai mengesahkan kerajaan yang memimpin rakyatatau sesuatu bangsa tersebut dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Justeru itu,bagi sesetengah ahli sains politik pengiktirafan antarabangsa merupakan satulagi ciri penting kewujudan sesebuah negara. Dalam hal ini kita dapat melihatbahawa kerajaan-kerajaan yang tidak dipilih oleh rakyatnya seperti kerajaanAparteid di Afrika Selatan dan kerajaan Taliban di Afghanistan tidak dapat kekallama dalam hubungan antarabangsa kerana tidak diiktiraf kewujudannya olehmasyarakat antarabangsa.Dalam kehidupan harian, kebanyakan pembaca mentakrif istilah negarasecara umum sebagai keputusan yang dibuat oleh kerajaan sesebuah negaraatau negara disamakan dengan kerajaan. Oleh itu tindakan kerajaan diterimasecara mudah sebagai tindakan oleh rakyat sesebuah negara seperti dalamkenyataan Malaysia menyokong resolusi PBB dan Iraq menawan Kuwait.Secara realiti, tindakan-tindakan yang dilakukan oleh negara melalui prosesdalaman yang kompleks yang melibatkan pelbagai kepentingan dan kumpulan-kumpulan dalaman. Malah sebenarnya, aktor yang benar-benar terlibat dalamproses pembuatan keputusan dan pelaksanaan tindakan negara tersebut ialahindividu yang digelar sebagai pemimpin sesebuah negara (sama ada ketuakerajaan atau ketua negara mengikut sistem politik negara-negara tertentu).Individu-individu yang turut sama terlibat secara langsung adalah birokrat-birokrat yang terlibat dalam kementerian luar sesebuah negara yang bertindak diatas nama negara.Sistem antarabangsa yang wujud pada masa kini mempunyai struktur yangberoperasi berdasarkan peraturan dan bentuk interaksi yang tertentu.Sesetengah peraturan tersebut bersifat jelas dan ada yang bersifat kabur. Initermasuk soal keanggotaan negara dalam sistem, hak dan tanggungjawabanggota (negara) dalam sistem dan bentuk tindakan serta respons yangseharusnya wujud antara negara-negara. Kebanyakan negara yang wujud padamasa kini adalah bersifat negara-bangsa. Namun masih banyak negara-negarayang belum bergelar negara-bangsa akibat kesan peperangan dunia yang sukarmenentukan status kewujudan mereka sama ada berdasarkan bangsa atausempadan. Isu-isu konflik dan peperangan yang berlaku pada masa kini banyakberorientasikan isu perebutan sempadan dan juga konflik berteraskan kumpulanmasyarakat seperti etnik dan bangsa.Apabila sebahagian rakyat sesebuah negara mengenal pasti diri merekasebagai entiti yang berbeza daripada kepentingan yang diwakili oleh kerajaanseperti perbezaan bangsa, mereka mungkin menentang kerajaan yang wujuddemi mendapatkan hak pemerintahan dan sempadan jajahan sendiri yangdikenal pasti sebagai kepentingan mereka. Peperangan di Balkan, Kashmir dandi Timor Timur adalah antara isu yang berunsurkan pentakrifan sesuatukumpulan masyarakat sebagai satu bangsa. Kewujudan negara berasaskanpecahan bangsa ini adalah sebahagian daripada bentuk perkembangan terkinidalam sistem negara-bangsa kini. Sistem negara juga dipengaruhi olehperkembangan-perkembangan yang lain seperti globalisasi, kemajuantelekomunikasi dan senjata nuklear.Kemerdekaan negara-negara kecil seperti bekas Kesatuan Soviet,Czechoslovakia dan Yugoslavia menambahkan jumlah negara di dunia. Jumlahkeseluruhan negara-negara di dunia sebenarnya bergantung pada statusnegara-negara tertentu yang bersifat separa-entiti politik iaitu sama ada ia bakalberpecah atau bakal bergabung dengan entiti-entiti politik yang lain.Pada tahun 1999, hanya 189 buah negara wujud sebagai anggota PBBtermasuk sebuah negara berkecuali iaitu Switzerland (Goldstein, 2001: 13).Masih ada entiti-entiti lain seperti Timor Timur yang kini belum sepenuhnyaberstatus negara dan Palestin yang masih terumbang-ambing statusnya.Sesetengah entiti-entiti politik yang lain lebih dirujuk sebagai negeri dan bukannegara seperti Taiwan kerana ia masih dianggap oleh China sebagai sebahagiandaripada negara tersebut. Oleh sebab itu Taiwan tidak dapat diterima sebagaianggota PBB. Selain daripada itu masih banyak lagi tanah-tanah bekas jajahanyang dikuasai oleh negara-negara lain seperti Puerto Rico dan Guam yangdikuasai Amerika Syarikat, Bermuda dan Kepulauan Falkland yang dikuasaiBritish, Martinique oleh Perancis dan Netherlands Antilles oleh Belanda.Beberapa entiti-entiti baru mungkin akan wujud pada masa hadapan hasilpemecahan akibat tuntutan kuasa autonomi penduduk di sesebuah negaraseperti di Quebec, Kanada, Sahara Barat, Kurdistan dan sebagainya (Goldstein,2001: 13).Saiz negara yang wujud dalam sistem antarabangsa juga berbeza. Begitulahjuga dengan saiz penduduknya. Kedua-dua elemen ini mampu mempengaruhikedudukan negara sebagai aktor antarabangsa. Saiz yang luas menandakanpenguasaan daripada aspek geopolitik, hasil galian dan penguasaan ruangudara yang luas. Saiz penduduk pula memberi gambaran keupayaan sesuatumasyarakat bertindak sebagai pasaran yang luas bagi ekonomi sesebuahnegara. Kedudukan China sejak kebelakangan ini begitu menonjol dalam sistemantarabangsa, bukan sahaja daripada aspek politik bahkan juga aspekekonominya. Jumlah penduduknya yang melebihi satu bilion orang mampumenyediakan pasaran yang luas bagi ekonomi China yang semakinberkembang. Kedudukan China mungkin lebih berdaya saing berbanding Indiadan Indonesia di mana saiz geografinya tidak dapat menyaingi saizpenduduknya. Perkara yang sama dinikmati oleh Amerika Syarikat yangmempunyai keupayaan geopolitik dan pasaran yang kukuh akibat saiz geografidan penduduknya.Negara-negara di dunia juga berbeza daripada aspek saiz aktiviti ekonomimereka yang selalunya diukur pada Keluaran Kasar Negara (KNK). AmerikaSyarikat merupakan negara yang teratas dalam senarai negara yang memilikikadar KNK yang tinggi iaitu sebanyak $8 trilion (Daniels, 1995: 37). Kedudukantersebut bukan sahaja memberi ruang yang luas kepada Amerika Syarikatsupaya bertindak sebagai aktor yang aktif dalam sistem antarabangsa malahmampu mendominasikan hampir sebahagian besar struktur sistem antarabangsaseperti dalam PBB, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia,Undang-undang Antarabangsa dan peraturan-peraturan perdaganganantarabangsa dalam Organisasi Perdagangan Dunia (WTO). Satu perlimadaripada ekonomi dunia berpunca daripada ekonomi Amerika dan bersamaenam lagi kuasa ekonomi dunia, Amerika menyumbang hampir separuhdaripada ekonomi dunia (Daniels, 1995: 40). Negara-negara lain yang turutmenguasai ekonomi dunia termasuklah China, Jepun, Jerman, India, Perancis,Britain, Itali, Brazil, Mexico, Kanada, Rusia, Sepanyol dan Korea SelatanBeberapa negara di dunia pada masa kini juga turut mempunyai kedudukansebagai kuasa besar dunia kerana memiliki kuasa dan pengaruh ketenteraandan ekonomi yang kuat. Hubungan antara kuasa-kuasa besar membentuksistem hubungan tambahan dalam hubungan antarabangsa. Mereka mempunyaiperaturan dan bentuk hubungan yang tersendiri sesama mereka. Kuasa terbesardalam kumpulan kuasa-kuasa besar tersebut yang digelar superpower lazimnyamempunyai kuasa yang terkuat antara kuasa-kuasa yang lain merujuk kepadapemilikan senjata dan keupayaan nuklear. Semasa Perang Dingin, dua kuasabesar yang bergelar superpower ini berada pada Amerika Syarikat dan KesatuanSoviet. Kejatuhan blok komunis pada awal 1990-an bermakna hanya AmerikaSyarikat yang kekal sehingga kini dikenali sebagai superpower. Peranan negara-negara lain turut penting dalam sistem antarabangsa namun pengaruh merekatidaklah setanding pengaruh yang diberikan oleh kuasa-kuasa besar duniasebagai aktor hubungan antarabangsaDalam perbincangan di atas, jelaslah aktor negara yang berdasarkan empatciri penting kewujudan negara (sempadan, populasi, kerajaan dan kedaulatan)mampu memberi kesan pada kedudukan dan pengaruh negara sebagai aktordalam hubungan antarabangsa. Walau bagaimanapun, perlu dijelaskan di sinitiada elemen yang tertentu yang dapat menyatakan tahap kekuasaan sebenarsesebuah negara. Namun sehingga ini sejarah menunjukkan penguasaan aspekketenteraan (keselamatan) dan ekonomi menentukan kedudukan negara dalamsistem antarabangsa.Aktor Bukan NegaraNegara mungkin bertindak sebagai aktor terpenting dalam hubunganantarabangsa namun mereka tetap dipengaruhi, dikawal, dikekang oleh pelbagaiaktor-aktor lain yang dikenali sebagai aktor bukan negara. Aktor-aktor bukannegara ini, boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pertama, kumpulanyang berada dalam negara yang mempengaruhi dasar luar negara. Sebagaicontoh, di Malaysia kesatuan sekerja mungkin bertindak sebagai kumpulanpendesak yang mampu mempengaruhi dasar kerajaan mengenai peluangpekerjaan bagi tenaga asing di Malaysia. Kemasukan buruh asing secara bebassama ada buruh mahir ataupun kasar boleh menggugat peluang pekerjaan bagitenaga buruh dalam negara dalam suasana aktiviti ekonomi yang semakinkurang di negara. Pertubuhan seperti Gabungan Persatuan-persatuan PenggunaMalaysia (FOMCA) berkeupayaan mempengaruhi dasar kerajaan dalammelindungi pengusaha dan pengguna tempatan daripada produk, bentuk danpremis-premis perniagaan yang diimport dari luar negara.Kumpulan-kumpulan yang sama turut wujud di negara-negara luar yangbertindak mempengaruhi keputusan dan tindakan kerajaan dalam usahamelindungi kepentingan masing-masing. Sebagai contoh, peladang-peladang diEropah berkuasa mempengaruhi Kesatuan Eropah (sebelumnya dikenaliKomuniti Eropah) supaya melancarkan dasar Common Agricultural Policy (CAP)yang mampu melindungi kepentingan hasil pertanian tempatan dan pada masayang sama meletakkan halangan ke atas barangan pertanian yang diimport darinegara luar komuniti tersebut.Tindakan-tindakan yang dilakukan aktor-aktor bukan kerajaan tersebutmembantu mempengaruhi bentuk aktiviti ekonomi yang kebanyakannya menjadiagenda dalam politik antarabangsa. Perkembangan dan kepesatan dalam aktivitiekonomi yang berlaku pada masa kini melampaui keupayaan dan kuasa negarauntuk mengawal. Pelaburan asing terus masuk ke negara-negara tertentu bukanatas insentif yang disediakan oleh kerajaan tetapi atas desakan syarikat-syarikatmultinasional supaya terus bersaing mencari lokasi pengeluaran yang lebihefisien dan menguntungkan mereka. Keuntungan yang dibawa oleh merekamelalui pemindahan modal, teknologi, peluang pekerjaan dan pendapatan hasilcukai bagi kerajaan tempatan mengatasi kepentingan-kepentingan lain yangmungkin ada pada negara yang menerima kedatangan mereka.Sebagai contoh, pada 1996, kerajaan Nigeria menerima pelaburan syarikatminyak Royal Dutch Shell membuka loji petroleum di kawasan perairannyawalaupun menerima desakan daripada kumpulan pencinta alam tempatan.Keupayaan syarikat-syarikat perniagaan yang pada mulanya bersifat aktordalaman sesebuah negara yang menentu arahkan perjalanan hubunganantarabangsa meletakkan mereka kalaupun tidak melebihi mungkin menyamaikedudukan negara. Oleh sebab itu dalam sesetengah perbincangan akademik,syarikat-syarikat multinasional juga digelar syarikat-syarikat transnasionalkurang di negara. Pertubuhan seperti Gabungan Persatuan-persatuan PenggunaMalaysia (FOMCA) berkeupayaan mempengaruhi dasar kerajaan dalammelindungi pengusaha dan pengguna tempatan daripada produk, bentuk danpremis-premis perniagaan yang diimport dari luar negara.Kumpulan-kumpulan yang sama turut wujud di negara-negara luar yangbertindak mempengaruhi keputusan dan tindakan kerajaan dalam usahamelindungi kepentingan masing-masing. Sebagai contoh, peladang-peladang diEropah berkuasa mempengaruhi Kesatuan Eropah (sebelumnya dikenaliKomuniti Eropah) supaya melancarkan dasar Common Agricultural Policy (CAP)yang mampu melindungi kepentingan hasil pertanian tempatan dan pada masayang sama meletakkan halangan ke atas barangan pertanian yang diimport darinegara luar komuniti tersebut.Tindakan-tindakan yang dilakukan aktor-aktor bukan kerajaan tersebutmembantu mempengaruhi bentuk aktiviti ekonomi yang kebanyakannya menjadiagenda dalam politik antarabangsa. Perkembangan dan kepesatan dalam aktivitiekonomi yang berlaku pada masa kini melampaui keupayaan dan kuasa negarauntuk mengawal. Pelaburan asing terus masuk ke negara-negara tertentu bukanatas insentif yang disediakan oleh kerajaan tetapi atas desakan syarikat-syarikatmultinasional supaya terus bersaing mencari lokasi pengeluaran yang lebihefisien dan menguntungkan mereka. Keuntungan yang dibawa oleh merekamelalui pemindahan modal, teknologi, peluang pekerjaan dan pendapatan hasilcukai bagi kerajaan tempatan mengatasi kepentingan-kepentingan lain yangmungkin ada pada negara yang menerima kedatangan mereka.Sebagai contoh, pada 1996, kerajaan Nigeria menerima pelaburan syarikatminyak Royal Dutch Shell membuka loji petroleum di kawasan perairannyawalaupun menerima desakan daripada kumpulan pencinta alam tempatan.Keupayaan syarikat-syarikat perniagaan yang pada mulanya bersifat aktordalaman sesebuah negara yang menentu arahkan perjalanan hubunganantarabangsa meletakkan mereka kalaupun tidak melebihi mungkin menyamaikedudukan negara. Oleh sebab itu dalam sesetengah perbincangan akademik,syarikat-syarikat multinasional juga digelar syarikat-syarikat transnasionalSatu lagi bentuk aktor bukan negara ialah organisasi-organisasi antarabangsabukan kerajaan (INGOs). Organisasi-organisasi swasta ini, sesetengahnyamempunyai saiz dan sumber yang besar yang mampu mempengaruhi aktor-aktor lain seperti negara, MNCs dan INGOs yang lain. Peranan mereka muladiterima di peringkat antarabangsa walaupun tidak setanding peranan negara.Antara kumpulan-kumpulan ini termasuklah kumpulan The Greenpeace,International Olympic Committee, International Studies Association, FederationInternationale de Football Association (FIFA) dan sebagainya. Sesetengahorganisasi-organisasi tersebut ditubuhkan bermotifkan politik, kemanusiaan,ekonomi dan teknikal. Namun kesemuanya mampu memberikan pengaruhsebagai aktor yang penting dalam hubungan antarabangsa.Akhir sekali, aktor bukan negara juga dapat dilihat daripada segi organisasi-organisasi antara kerajaan (IGOs). Organisasi-organisasi tersebut dianggotaioleh kerajaan negara-negara tertentu. Contoh yang terbaik adalah seperti PBBdan agensi-agensi yang wujud di dalam PBB sendiri. Organisasi-organisasi yangsama termasuklah seperti Bank Dunia, IMF, Organisation of Petroleum ExportingCountries (OPEC), The International Atomic Energy Agency, WTO, Associationof South East Asian Nations (ASEAN), Liga Arab, North Atlantic TreatyOrganisation (NATO),Organisation ofAfrican Unity (OAU)dan banyak lagi.Setiap IOGOs mempunyai peranan tersendiri dan berbeza daripada segi saizdan keupayaan (Goldstein, 2001: 15).Kedua-dua organisasi iaitu INGOs dan IGOs lebih dikenali sebagai organisasiantarabangsa membantu memenuhi fungsi-fungsi yang berguna dalamhubungan antarabangsa. Berdasarkan penjelasan di atas, jelas peranan yangdimainkan oleh aktor-aktor bukan negara juga penting dalam hubunganantarabangsa. Namun, peranan negara sebagai aktor terpenting tidak dapatdinafikan memandangkan pertama, negara adalah lapisan terakhir yangmenentukan corak hubungan tersebut dan kedua yang lebih penting ialah selagisistem antarabangsa yang wujud pada masa kini berupa sistem negara-bangsa,negara terus memainkan peranan utama dalam hubungan antarabangsaHubungan Antarabangsa Sebagai Bidang KajianBidang hubungan antarabangsa adalah sebahagian daripada ilmu sainspolitik. Oleh itu hubungan antarabangsa juga adalah bidang yang mengkaji politikantarabangsa yang mengkaji dasar tindakan kerajaan ke atas kerajaan-kerajaanlain. Namun, sebenarnya hubungan antarabangsa bersifat lebih luas daripada ituyang turut mengkaji disiplin-disiplin ilmu yang lain seperti ekonomi, sejarah,sosiologi dan disiplin-disiplin lain lagi. Sehubungan dengan itu, beberapauniversiti menawarkan kursus hubungan antarabangsa sebagai subjek pilihanatau sekurang-kurangnya dibincangkan dalam kursus-kursus tertentu sepertisains politik, undang-undang antarabangsa, ekonomi dan sosiologi.Hubungan politik antara negara-negara meliputi pelbagai bentuk aktiviti sepertidiplomasi, peperangan, perdagangan, pakatan, pertukaran budaya, penglibatanbersama dalam organisasi antarabangsa dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti tertentuyang wujud dalam hubungan tersebut boleh menjadi isu yang perlu diperhatikanoleh bukan sahaja oleh pembuat dasar bahkan juga oleh sarjana-sarjana sepertiisu rundingan dagangan antarabangsa dan konflik etnik tertentu. Sehubungandengan itu, pembuat-pembuat dasar mempunyai dua bentuk respons terhadapisu-isu tersebut iaitu sama ada secara bekerjasama atau berkonflik. Pilihan yangdibuat sudah tentu mempengaruhi bentuk hubungan antara sebuah negaradengan negara-negara lain. Dalam hal ini, sarjana-sarjana hubunganantarabangsa memberi penekanan pada kedua-dua bentuk hubungan dalamkajian mereka.Skop kajian dalam hubungan antarabangsa adalah luas dan bergantungkepada bidang-bidang yang berkaitan dengan hubungan antara negara-negara.Secara tradisi, hubungan antarabangsa lebih mengkaji permasalahan mengenaipeperangan dan keamanan iaitu bidang yang dikaji dalam pengajiankeselamatan antarabangsa. Sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an, selainmengkaji mengenai peperangan dan keamanan, hubungan antarabangsa turutmengkaji isu-isu seperti diplomat, pembentukan pakatan dan perjanjian, sertapembangunan dan pengukuhan kuasa tentera. Selepas Perang Dingin tamat,tumpuan kajian hubungan antarabangsa yang berteraskan isu keselamatandiperluaskan. Ia bukan lagi bersifat kajian yang menyentuh berkenaanperlumbaan kuasa ketenteraan antara kuasa-kuasa besar dunia bahkan turut melibatkan konflik serantau, konflik etnik dan perdagangan. Penglibatan sarjana-sarjana hubungan antarabangsa dalam proses pembuatan dasar luar negaraturut meningkat akibat perkaitan secara langsung antara bidang-bidang yangdikaji dengan isu-isu yang dihadapi oleh negara-negara pada ketika itu.Pada sekitar 1970-an dan 1980-an, kajian dalam hubungan antarabangsameluas kepada tumpuan kajian mengenai ekonomi kerana hubungan antaranegara pada ketika itu lebih didominasi oleh hubungan ekonomi. Peristiwakejatuhan harga minyak di pasaran pada 1973-1974 dan 1979-1980menyebabkan jurang hubungan antara negara-negara semakin jauhterutamanya kedudukan antara negara maju dengan negara membangun.Hubungan yang bersifat ekonomi ini turut melibatkan isu-isu sampingan yang lainseperti isu alam sekitar, migrasi, pemindahan teknologi, pelaburan terus asingdan sebagainya. Berdasarkan kepada perkembangan tersebut, beberapasarjana menganggap hubungan antarabangsa tidak tepat jika dikaji denganmenggunakan kaedah politik tetapi seharusnya turut dikaji daripada perspektifekonomi. Justeru itu, bidang politik ekonomi antarabangsa diperkenal danmemberi saingan pada bidang kajian keselamatan antarabangsa yang lebihmendominasi hubungan antarabangsa sebelumnya.Proses globalisasi yang melanda pada dekad 1990-an merubah tumpuankajian dalam hubungan antarabangsa kepada peranan aktor-aktor selaindaripada negara yang turut berperanan menentukan perjalanan sistemantarabangsa. Namun ini tidak sama sekali mengetepikan negara secaralangsung sebagai aktor yang paling penting dalam kajian hubunganantarabangsa. Bermula kurun ke 21, kajian hubungan antarabangsa kembalikepada skop kajian yang tradisi iaitu mengenai isu keselamatan. Walaupundunia dikejutkan oleh serangan pengganas pada 11 September 2001 ke atasAmerika Syarikat, pengkaji hubungan antarabangsa berpendapat ia bukanlah isuyang baru kerana ia masih berupa isu keselamatan, konflik dan peperanganyang sebelum ini menjadi tajuk utama kajian dalam hubungan antarabangsa.Konflik di Asia Timur, konflik di bekas negara Soviet dan konflik antara India danPakistan adalah antara isu-isu yang berkaitan dengan keganasan dan konflik.Jelas di sini kajian dalam hubungan antarabangsa merangkumi pelbagai isulain yang bersilangan dan berkaitan dengan hubungan antara negara-negaradalam sistem antarabangsa. Dalam kata lain, unit analisis dalam kajianhubungan antarabangsa masih tertumpu pada aktor utamanya iaitu negara-bangsa. Apakah negara sahaja yang menjadi aktor penting dalam hubunganantarabangsa? Buku ini cuba membincangkan pelbagai isu yang berkaitandengan peranan pelbagai aktor-aktor dalam hubungan antarabangsa dalampelbagai isu merangkumi isu konflik etnik serantau, perdagangan danperundangan. Dalam buku ini juga perbincangan umum akan menyentuhmengenai bentuk hubungan antara pelbagai aktor dalam pelbagai peringkatseperti hubungan diplomatik antara negara, krisis hubungan Utara-Selatan dansebagainya

PERANAN DAN PENGLIBATAN MALAYSIA UNTUK MEWUJUDKAN KESTABILAN SERANTAU KHUSUSNYA DALAM ASPEK POLITIK DAN KESELAMATANPengenalan:

Asia Tenggara merupakan satu perkataan baru yang hanya muncul pada masa Perang Dunia Kedua sebelum ini hanya lebih dikenali dengan panggilan Alam Melayu . Umumnya Asia Tenggarameliputi dua jenis masyarakat besar iaitu negeri-negeri di Tanah Besar dan negeri-negeri kepulauan. Kedua-duannya terdiri daripaa Vietnam, Kemboja, Laos, Thailand, Myanmar, Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Filipina.[1]Kerjasama serantau di antara negara-negara di Asia Tenggara ini sebenarnya telah bermula sejak abad yang ke-13 lagi. Kerjasama serantau ketika itu meliputi tiga aspek besar iaitu kerjasama dari sudut sosiobudaya, politik, dan diplomasi serta perdagangan dan ekonomi. Namun kerjasama ketika itu melibatkan dua buah negara sahaja contohnya hubungan Siam dengan Melaka, Myanmar dengan Siam dan Majapahit dengan negeri-negeri Nusantara[2].

Sejarah kerjasama serantau di Asia Tenggara selepas kemerdekaan boleh dikesan daripada cadangan Tunku Abdul Rahman kepada Presiden Garcia (Filipina) pada bulan Januari 1959 untuk menubuhkan sebuah persatuan bukan politik di kalangan negara-negara Asia Tenggara bagi meningkatkan kerjasama politik, ekonomi dan sosial. Kerjasama serantau pertama yang ditubuhkanialah Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negara-negara Asia Tenggara (Southeast Asian Friendship and Economic TreatyatauringkasnyaSEAFET) pada tahun 1959 yang dianggotai oleh Tanah Melayu dan Filipina. Kedua diikuti dengan Persatuan Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 yang dianggotai oleh Tanah Melayu, Thailanad, Filipina. Kerjasama serantau Asia Tenggara yang ketiga ialah MAPHILINDOyang ditubuhkan pada tahun 1963 dan dianggotai oleh Tanah Melayu , Filipina dan Indonesia dan kerjasama serantau yang keempat daan merupakan pertubuhan kerjasama yang terakhir ialah Persatuan Negara-negera Asia Tenggara (ASEAN) yang ditubuhkanpada tahun 1967 dan dianggotai oleh 10 buah negara secara berperingkat iaitu Malaysia, Thailand. Singapura, Indonesia, Filipina, Brunei, Vietnam, Laos, Kemboja, Hanoi, Pertubuhan ini kekal hingga ke hari ini.

Penulisan ini akan membincangkan peranan dan penglibatan Malaysia untuk mewujudkan kestabilan serantau khususnya dalam aspek politik dan keselamatan. Penulis akan cuba mengupas dan mengalurkan peranan yang telah dimainkan oleh Malaysia dalam menyelesaikan beberapa isu dengan menjaga hubungan dan semangat setiakawan ASEAN.Selain daripada menjalinkan hubungan diplomatic, Malaysia juga telah menggunakan kaedah atau pendaktan rundingan, bertolak-ansur, cara diplomasi dan yang lebih menarik lagi Malaysia telah memainkan peranan sebagai orang perantaraan dalam menyelesaikan isu-isu yang melibatkan dua buah negara yang bertelagah seperti yang berlaku di Kemboja. Di mana Malaysia telah bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan prgolakan politik yang berlaku di Kemboja. Selain daripada itu, penulis cuba memperlihatkan peranan dan penglibatan Malaysia dalam menyelesaikan isu tuntutan bertindih dengan cara rundingan dan cuba menyelesaikan sebarang pertikaian melalui ICJ. Isu Malaysia-Singapura juga turut dilihat bagi menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysiasentiasa mendukung hasrat murni untuk menjalinkan hubungan baik dengan negara jiran.

SEBAB-SEBAB PERLUNYA KEPADA KERJASAMA SERANTAU

Sebagai sebuah negara yang baru dibebaskan dari belenggu penjajahan dan menghirup angin kemerdekaan , negara-negara di Asia Tenggaramenghadapi pelbagai masalahdalam mengatur dasar luar negara mereka. Ini menyebabkan timbulnya tekanan ke atas soal-soal menubuhkan satu pakatan kerjasama di rantau Asia Tenggara. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keadaan ini:

a.Terdapatnyatekanan nasionalismanya sendiri agar negara yang baru merdeka itu mengambil mengambil peranan, mendapat tempat dan diterima sebagai setaraf dengan negara lain di dunia,

b.Kemampuan yang begitu terhadserta keadaan dalam negara yang serba kekurangan seperti keadaan politik yang tidak stabil, masyarakat yang terbahagi-bahagi dan ekonomi yang begitu lemah,

c.Asia Tenggara merupakan satu rantau yang strategik tetapi paling lemah kerana berpecah-belah dan kucar-kacir. Pengalaman sejarahmenunjukkan bahawa keadaan sedemikian memudahkan kuasa-kuasa besar dunia menjadikanya sebagai gelanggang pertelagahan. Dalam eraPerang Dingin, Asia Tenggara menjadi salah satu tumpuan perebutan kuasa Barat dengan komunis.

d.Negara-negara Asia Tenggara sedang menghadapi tugas-tugas besar dalam menegakkan perpaduan negara dan memperbaiki ekonomi yang masih berbentuk kolonial. Keadaan luar yang tidak stabil akan memberatkan lagi tugas-tugas ini. Di samping itu terdapat pelbagai gejala yang dapat mencetuskan pertikaian sesama sendiri terutama dalam soal-soal yang belum selesai hasil kolonialisma seperti isu sempadan negara, taburan ethnik dan semangat kedaerahan serta wujudnya perbezaan pandangan dan ideolgi setiapnegara serantau. Burma dengan neutral-ssosialis, Thai- terikat kuat pada Amerika Syarikat, Indonesia militant-nationalist, Filipina dianggap sebagai ranting Asia Ameria Syarikat, Vietnam Utara, nationals / communist dan sebagainya.[3]

Di atas kesedaran ini maka Malaysia sebagai sebuah negara yang terawal menyedari akan hakikat pentingnya kepada penubuhan kerjasama serantau ini membuat satu kesimpulan bahawa keselamatan negara-negara serantau di Asia Tenggara tidak akan terjamin selagi ianya masih hidup berpecah-belah dan membawa haluan masing-masing. Perpaduanadalah mesti untuk membangunn dengan lebih sempurna terutama dari terus bergantung pada kuasa-kuasa luar.

Kerjasama ini dapat dilihat dalam peringkat ASEAN dan dunia luar dalam aspek politik dan keselamatan, ekonomi dan sosial.Dalam peringkat kerjasama dalam ASEAN tujuannya adalah demi kepentingan pengukuhan ASEAN manakala kerjasama ASEAN dengan dunia luar adalah lebih berperanan dalam perdagangan antarabangsa atau lebih kepada kepentingan ekonomi. Dalam hal ini Malaysia telah mengatur langkah-langkah tertentu di arena politik antarabangsa . Oleh itu, penekanan diberikan kepada soal-soal menubuhkan pakatan kerjasama serantau, mengadakan satu jaminan keselamatanyang membolehkan tenagaditumpukan ke arah penglibatan isu-isu politik duniamengikut kemampuandan kepentingan nasional dari semasa ke semasa.Dalam usaha membina dan mengukuhkan kerjasama serantau ini Malaysia tidak ketinggalan memainkan peranan dan penglibatan dalam beberapa isu di Asia Tenggara.

Dasar Luar Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang pastinya tidak mampu hidup bersendirian. Atas kesedaran ini, Malaysia berpendapat kerjsama serantau adalah merupakan agenda penting dalam hubungan luarnya untuk mengujudkan kestabilan serantau dalam menghadapi ancaman musuh. Peranan dan penglibatan ini juga penting kepada Malaysia kerana sebagai sebuah negara yang baru merdeka perlu mengambil peranan, mendapat tempat dan diterima setaraf dengan negara-negara lain di dunia seterusnya mencipta identity sendiri.

Dasar luar Malaysia adalah kesinambungan kepada dasar negara bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Pada hakikatnya, walaupun terdapat pelbagai persepsi dan pengertian mengenai dasar luar negara, setiap dasar luar negara yang dibentuk perlu mengambilkira persekitaran luar yang dinamik.Pengertian di atas juga merujuk kepadadasar luar negara Melaysia. Kepelbagaian faktor geografi, sejarah, sosial dan politikmenyumbang kepada pembentukan dan halatuju hubungan anatarabangsa Malaysia dengan negara-negara lain.Selain daripada faktor-faktor tersebut, faktor globalisasi di ambang perkembangan era komunikasi dan teknologi maklumat juga memainkan peranan yang semakin penting. Walau apa pun faktor-faktornya, objektif dasarnya adalah sama iaitu ke arah menjaga dan mengekalkan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa[4]. Contohnya dalam konteks ASEAN, kesemua negara anggota ASEAN berganding bahu dalam usaha meningkatkan kerjasama di kalangan ahli-ahalinya. Manakala serantau pula secara umumnya dapat didefinasikan sebagai satu proses yang melibatkan sebahagiannegara yang terhad disesuatu rantau berkenaan dan akhirnya dibentuk sebagai suatu rganisasi serantau[5]. Oleh itu kerjasama serantaumembawa kepada penyatuan negara-negara dalam keperluan politik, ekonomi dan pertahanan.

Penelitian mendalam dasar luar Malaysia menunjukkan bahawa semenjak tahun 1957 ianya melalui perubahan yang stabil sejajar dengan perubahan pucuk kepimpinan politik negara. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah mengamalkan dasar anti-komunis dan sikap pro-Barat dengan mengadakan hubungan yang rapat dengan negara-negara Komenwel. Beliau juga telah merintis usaha kepada dasar berkecuali , neutral dan keamanan bersama. Di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein pula, Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan mula dikenali sebagai negara Islam. Semangat ingin berbaik-baik dan mencari rakan baru pada masa itu juga telah merapatkan lagi hubungan Malysia dengan Pertubuhan Negara-negera Berkecualai (NAM). Selain itu, Malaysia turut menggalakkan pelaburan selain daripada sumber-sumber British.

Era kepimpinan Tun Hussein Onn pula menyaksikanMalaysia mempereratkan hubungan serantau. ASEAN, contohnya telah menjadi prinsip asas kepada dasar luar Malaysia selepas kejatuhan Saigon (sekarang Ho ChiMinh City) pada 1975, pengunduran pengakalan-pengakalan tentera Amerika Syarikat di Asia Tenggara dan serangan Vietnam ke atas Kampuchea (sekarang Cambodia)

Walau bagaimanapun , dasar luar Malaysia telah melalui perubahan yang dramatik selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri yang keempat pada tahun 1981.Di bawah kepimpinan beliau dasar luar Malaysia lebih berorientasikan kepada aspek-aspek ekonomi. Pada masa yang sama, dasar luar Malaysia dilihat lebih menekankan kepada hak, kepentingan dan aspirasi negara-negara membangun dan sokongan kerjasama selatan-selatan.

Kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad juga telah dapat menyaksikan pelbagai inisiatif. Antaranya, Antartika sebagai hak warisan manusia sejagat, Dasar Pandang ke Timur, Pelaburan Imbal-Balik, Kokus Ekonomi Asia Timur (EAEC), Kumpulan 15 (G 15), Penyatuan Islam dan memperjuangkan hak-hak negara membangun dalam isu-isu alam sekitar, hak asasi manusia serta demokrasi.

Evolusi dasar luar Malaysia di bawah kempat-empat Perdana Menteri setakat ini telah menunjukan bahawa mereka telah memberi respon pragmatik bersesuaian dengan perubahan geopolitik dan ekonomi yang berlaku pada masa itu.Ini kerana untuk terus menjadi relevan kepada keperluan negara, dasar luar negaratidak boleh berada dalam keadaan static. Ianya memerlukan perubahan. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama , kesinambungan dalam konteks dasar luar negara juga perludititikberatkan. Kedua-dua perubahan dan kesinambungan ini sesungguhnya menampakkan rasa yakin diri dan kematangan Malaysia dalam urusan hubungn antarabangsanya.

Malaysia merupakan sebuah negara di rantau ini yang bergerak cergas dalam beberapa pertubuhan serantau bagi meningkatkan kerjasama di kalangan negara-negara Asia Tenggara. Pembinaan kerjasama ini telah dimulakan sejak tahun 1950-an lagi. Ini dapat dilihat semasa lawatanrasmi Tunku Abdul Rahman ke Filipina pada bulan Januari 1959, beliau telah mengumumkan pembentukanPerjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negara-negara Asia Tenggara (Southeast Asian Frienship and Economic Treaty) yang dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman dan Presiden Filipina , Carlos P. Garcia.

KERJASAMA-KERJASAMA SERANTAU DI ASIA TENGGARA

SEATO / SEAFET

SEATO atauSoutheast Asia Trety Organizationtelah ditubuhkan pada 8 September 1954 di Manila dan merupakan kerjasama yang pertama di rantau Asia Tenggara. Ia hanya dianggotai oleh dua buah negarasahaja iaitu Indonesia dan Filipina dan lebih merupakan satu pakatan ketenteraan SEAFET atau Perjanjian Ekonomi dan PersahabatanNegara-negara Asia Tenggara pula ditubuhkan pada Januari 1959 ketika lawatan rasmi Tunku Abdul Rahman ke Filipina. Ia dianggotai oleh Tanah Melayu dan Filipina. Sepanjang penubuhanSEATO dan SEAFET ini tiada kerjasamaserantau yang dapat dijalankan. Ini berikutan keengganan beberapa negara untuk menyertai dan merestuinya. Ketika ini sikap nasionalisma kenegaraan masih menebal dan penuh dengan syak wasangka terhadap negara lain lebih-lebih lagi Indonesia yang mendakwa Tanah Melayu dan Filipina masih mempunyai hubungan dengan penjajah. Ini adalah berikutan hubungan Filipina dengan beberapa kuasa Barat melalui SEATO dan Tanah Melayu yang mengikat perjanjian pertahanan dengan Britain melalui AMDA. Namunsebenarnya kerjasama yang disarankan oleh Malaysia adalah berbentuk pakatan ekonomi, kebudayaan dn teknikal dan secara kebetulan mengenai soal-soal keselamatan. Kegagalan usaha Malaysia yang pertama untuk mengujudkankerjasama sebenarnya adalah disebabkan tanggapan yang salah dari negara jiran dan tekanan politik semasa.

Setelah mendapati SEAFET tidak dapat bertahan lama, Malaysia tidak berputus asa lantas bersama dengan Filipina dan Indonesia mengusahakan penubuhan ASAS (Association of Southeast Asian States) yang kemudiannya dikenali sebagai ASA (Asociationof Southeast Asia)pda 31 Julai 1961. Hasrat Malaysia ingin mewujudkan kerjasama terbukti dengan adanya kerjasama dalam bidang ekonomi, social, budaya, saintifik dan petadbiran. Antara usaha yang dilakukan ialah mengadakan pertukaran maklumat teknik dan kepakaran, menggalakkan pelancongan di antara negara anggota, pertukaran tenaga pengajar antara Universiti Malaya dan Universiti Filipina serta lawatan dan rombongan kebudayaan. Terdapat juga kerjasama dalam bidang perkapalan dan penerbangan namun ianya terbatas akibat daripada penguasaan saham syarikat asing iaituScadinavian Airline Sistem(SAS). Malangnya kerjasama ini juga tidak dapat bertahan lama apabila berlakunya perbalahan di mana Filipina menuntut Sabah atau Borneo Utara sebagai sebahagian daripada hak Kesultanan Sulu daripada British semasa penubuhan Malaysia. Malahan Indonesia juga mengumumkan konfrontasi pada Januari 1963 menentang penubuhan Malaysia.

ASA

Setelah gagal dalam usaha menubuhkan suatu kerjasama serantau akibat daripada prasangka beberapa negara yang berfahaman neutrailima, Malaysia sekali lagi berusaha untuk menubuhkan kerjasma serantau namun usahanya kali ini hanya berjaya menarik perhatian negara Thai dan Filipina sahaja. Pada 31 Julai 1961, Persatuan Asia Tenggara (ASA) telah diisytiharkan secara rasmi. Setelah gagal menarik Indonesia menyertai pakatan ini, ASA hanya berpuas hati dengan penyertaan tiga buah negara sahaja iaitu Tanah Melayu, Thailand dan Filipina.

Penubuhan ASA yang disertai dengan Pengisytiharan Bangkok pada 1 Ogos 1961 sebenarnya membawa seribu pengharapan kepada negara anggotanya. Beberapa persetujuan kerjasama dirancangterutama dalam aspek ekonomi dan sosial, budaya, saintifik dan pentadbiran. Pertubuhan ini juga berusaha untuk menubuhkan makenisme berkesan bagi mempertingkatkn kerjasama dalam pelbagai lapangan, terutamanya sains dan pentadbiran, kemudahan latihan dan penyelidikan untuk kepentingan bersama serta berusaha mewujudkan keamanan dan kestabilan politik serantau. Impian ketiga-tiga negara dalam ASA ialah agar kemiskinan di rantau ini dapat dibendung, fahaman komunis dihapuskan seterusnya menjadi sebuh pertubuhan yang bebas dari mana-mana blok kuasa besar.

Melalui ASA beberapakerajasama ekonomi dan social telah berjaya dilaksanakan. Antaranya ialah seperti membuat pertukaran maklumat, teknik dan kepakaran, penggalakkan di bidang pelancongan, kerjasama di bidang perkapalan dan penerbangan , pertukaran pelajar di anatara universiti seperti di antara Universiti Malaya dan Univeristi Filipina dan yang terakhir ialah kerjasama di bidang kesenian dan kebudayaan iaitu mengadakan rombongan dan lawatan sesama mereka untuk mengeratkan lagi perhubungan dan semangat setiakawan.

Malang sekali, seperti juga SEATO dan SEAFET, ASA juga tidak dapat bertahan lama kerana terdapat beberapa masalah dalaman yang membawa kepada penolakkannya. Antaranya iaah apabila Filipina membantah kemasukan Sabah ke dalam penubuhan Malaysia pada tahun 1963 yang didakwa adalah sebahagian daripada Sulu yang memang berada dalam kawasannya. Filipina akhirnya menarik diri dri menganggotai ASA. Faktor kedua ialah apabila menerima kecaman hebat dari Indonesia berikutan penubuhan Malaysia 1963. Ekoran dari itu, Indonesia telah menjalankan dasar Ganyang Malaysia dalam konfrontasinya terhadap Malaysia pada tahun1963-1966.

Akibat daripada konfrontasi, ASA sebenarnya tidak dapat bergerak. Walau pun tidak dimansuhkan namun ketiadaan Indonesia sebagai anggota menyebabkan kerjasama sebenar yang diharapkan tidak akan dicapai. Walaupun ketiga-tiga anggota ASA iaitu Malaysia, Thailand dan Filipina telah bersepakat untuk melupakan perselisihan yang lain dan ingin terus bekerjasama demi faedah bersama.

MAPHILINDO

Pada bulan Julai 1963, Tunku Abdul Rahman, Presiden Sukarno dan Presiden Macapagal telah mengadakan perjumpaan di Manila untuk menyelesaikan perselisihan yang muncul akibat pembentukan Malaysia. Persetujuan dicapai untuh menubuhkan sebuah lagi persatuan serantau yang dinamakan Maphilindo. Ia adalah hasil idea Presiden Filipina, Macapagal yang ingin mewujudkan sebuah Persekutuan Gabungan Dunia Melayu yang agung. Tujuan beliau ialah untuk menghuraikan perbezaan-perbezaankemerdekaan di antara Indonesia dan cadangan penubuhan negara Malaysia. Maphilindo juga menitikberatkan keahlian yang berketurunan Melayu (Malay Origin). Dengan demikian penyertaan Thailand telah disekat.

Sebagai satu konsep, Maphilindo bertentangan dengan konsep kerjasama yang dipegang oleh Malaysia, Maphilindo yang berteraskan penggabungan negara-negara Asia Tenggara berketurunan Melayu tampak politikal dan rasial. Idea tajam Sukarno dan Macapagal ini dilihat seperti menyindir Malaysia. Mapahilindo hanya bertahan beberapa minggu sahaja tanpa sempat untuk melancarkan asas-asas kegiatannya. Ia dibubarkan pada tahun 1963. Seperti dua kerjasama sebelum ini, Maphilindo lenyap begitu sahaja.

Sebenarnya terdapat beberapa sebab yang membawa kegagalan kepada SEATO, SEAFET, ASA dan Maphilindo. Kesemua negara anggota ini mempunyai latar belakang yang berbeza. Kesemuanya telah dijajah tetapi telah menagalami bentuk penjajahan yang berbeza. Oleh itu, mereka juga mendasari system pemerintahan yang juga berbeza. Selepas kemerdekaan juga wujud dasar luar yang berbeza. Contohnya Malaysia condong kepada Britain, Indonesia ke arah Russia dan China manakala Filipina pula pada Amerika Syarikat. Kesan daripada itu semua maka wujud benteng syak wasangka dan keraguan antara satu sama lain dan ini menyebabkan kerjasama yang diharapkan masih belum tercapai.

ASEAN

Persatuan negara-negara Asia Tenggara lebih dikenali sebagai ASEAN(Associationof Southeast Asian Nationals) yang ditubuhkan pada 7 Ogos 1967 di Bangkok oleh kerajaan Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. ASEAN yang sebelum ini memakai nama SEAARC (Southeast Asian Association of Regional Cooperation) telah ditubuhkan kesan daripada konfrontasi Indonesia - Malaysia antara tahun 1963-1966. Ia telah membuka lembaran baru dalam perkembangankerjasama di kalangan negara-negara Asia Tenggara. Antara lain, dengan penubuhan ASEAN adalah bertujuan untuk memulihkan semula semangat ASA yang terkubur selepas terjadinya peristiwa konfrontasi dan isu tuntutan Filipina ke atas Sabah.

Pengisytiharan ASEAN telah ditandatangani oleh menteri luar kelima-lima negara iaitu Tun Adam Malik dari Indonesia, Tun Abdul Razak Hussein dari Malaysia, Tuan S. Rajaratnam dari Singapura dan Tuan Thanat Khoman dari Thailand. Pada peringkat awal pintu persahabatan ASEAN dibuka kepada semua negara di rantau Asia Tenggara ini untuk mewujudkan satu kerjasama dalam bidang social dan ekonomi serantau. Hanya lima negara sahaja yang telah menganggotai ASEAN pada tahun 1967 ini. Objektif penubuhan ASEAN pada waktu itu mengandungi tujuh matlamat iaitu:-

a)Memperhebatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan social dan kebudayaan serantau dengan berusaha bersama-sama dengan semangat persamaan demi memperkukuhkn asas bagi satu masyarakat negara Asia Tenggara yang makmur dan aman.

b)Menggalakkan keamanan dan stability dengan mematuhi dan menghormati keadilan dan undang-undang negara anggota dan mematuhi prinsip PiagamBangsa-bangsa Bersatu (PBB)

c)Menggalakkan kerjasama dan saling bantu-membantu atas masalah bersama dalam lapangan ekonomi, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran.

d)Saling bantu-membantu dalam lapangan latihan dan kemudahan-kemudahan penyelidikan , teknikal dan pentadbiran

e)Menuntut kerjasama yang bersungguh-sungguh untuk memajukan dan memesatkan lagi pertanian dan perusahaan. Antara lain mengembangkan perdagangan antarabangsa, membaiki kemudahan kemudahan pengangkutan dan perhubungan secara meninggikan taraf kehidupan rakyat.

f)Menggalakkan pengkajian tentang Asia Tenggara

g)Memelihara hubungan yang rapat dan bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa dan serantau yang mempunyai matlamat dan cita-cita yang sama serta mengkaji semua bidang untuk mengadakan kerjasama yang lebih rapat antara negara-negara anggota.

Pada tahun 1984, keanggotaan ASEAN telah bertambah dengan kemasukan negara Brunei Darul Salam pda 7 Januari 1984, Vietnam pada 28 Jualai 1995, Laos dan Myanmar pada 23 Julai 1997 dan akhir sekali Kemboja sebagai ahli ASEAN yang terakhir telah memenuhi misi penubuhan ASEAN pada tahun 1967 di Bangkok iaitu mahu menjadikan ASEAN 10 berjaya dan seterusnya membawa negara-negara di Asia Tenggara kepada satu era yang lebih maju dari segi sosio-ekonomi, politik dan keselamatan serantau.

KERJASAMA SERANTAU ASEAN DALAM BIDANG POLITIK

Walaupun matlamat awal penubuhan ASEAN ialah untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang sosial dan ekonomi namun sejak awal penubuhan ASEAN iaitu pada tahun 1967 sehingga tahun 1974 banyak menyentuhtentang bentuk rundingan dan juga kerjasama serantau terutama dalam persoalan politik serantau. Dengan kejatuhan Vietnam Selatan kepada komunis pda tahun 1975 dan diiikuti dengan pencerobohan terhadap kemboja pada tahun 1978 merupakan cabaran yang besar terhadap ASEAN untuk mengorak langkah dalam menangani masalah ini. Oleh itu, satu persidangan di antara ketua-ketua negara ASEAN buat pertama kalinya telah diadakan di Bali, Indonesia pada bulan Februari 1976.

Pertemuan pertama selepas sembilan tahun penubuhan ini telah berjaya menghasilkan dua dokumen yang berkaitan iaitu Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara dan Deklarasi Kerukunan ASEAN. Kedua-dua kesetiaan ini adalah memberi tumpuan kepada kestabilan politik serantau seperti usaha membendung ancaman komunis , campurtangan kuasa-kuasa luar selain daripadamenyelesaikan masalah dalaman ASEAN sendiri.Dengan menwujudkan beberapa kerjasama politik ASEAN seperti pelancaran konsep ZOPFAN, ARF dan Keselamatan serantau menyebabkan negara ASEAN terselamat dari pencabulan hak oleh negara dunia pertama.

ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality)Konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) atau dikenali sebagai Zon Aman, Bebs dan Berkecuali telah diumumkan oleh Menteri-menteri luar ASEAN melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971 juga di Kuala Lumpur. Konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) ini meliputi seluruh kawasan Asia Tenggara dan ia bermulahasil cadangan Tun Abdul Razak Bin Hussein.Deklarasi tersebut juga dikenaliDeklarasi Kuala Lumpur. Konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) telah dijadikan sebagai inti dasar luar bagi negara-negara ASEAN sebagai asas kepada semangat keserantauan di kalangan ahli. Antara inti utama, deklarasi ialah bahagawa negara-negara berkenaan berhasrat untuk mengendurkan ketegagangan antarabangsa dan mencapai perdamaian yang kekal di Asia Tenggara.

Jawatankuasa ini telah memperincikan maksud Zon Aman, Bebas dan Berkecuali dalam ZOPFAN iaitu keutuhan, kemerdekaan dan identity kebangsaan dapat diwujudkan dn dikekalkan supaya mereka dapat mencapai pembangunan negara. Kerjasama serantau selaras dengan prinsip PBB dan bebas daripada campurtangan kuasa-kuasa luar.

Amanbermaksud situasi hubungan yang teratur dan kewujudan keharmonian di kalangan negara. Keadaan aman tidak akan wujud sekiranya timbul konflik politik, ekonomi dan sebagainya antara negara-negara zon ini dengan kuasa luar. ManakalaBebasbermakna kebebasan sebuah negara daripada kawalan atau campurtangan negara-negara lain semasa menguruskan hal-ehwal dalaman atau luaran. Ini bermaksud negara-negara dalam zon berhak menyelesaikan masalah tempatan mengikut cara mereka sendiri demi keselamatan dan hubungan serantau yang lebih baik.

Konseppengecualianini telah menjadi kenyataan dan ASEAN telah berusaha bagi memastikan pengiktirafan dan penghorrmatan ke atas Asia Tenggara sebagai sebuah zon keamanan , kebebasan dan berkecuali serta bebas dari apa juga bentuk campurtangan kuasa-kuasa luar. Oleh itu dalam mesyuarat Jawatankuasa Pegawai Tinggi ASEANpada Jualai 1972 telah mencapai kata sepakat dalam interpretasi sebuah Zon Aman, Bebas dan Berkecuali.

Terdapat beberapa dan peristiwa penting yang telah berlaku di Asia Tenggara yang telah mendorong timbulnya konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality). Pertama, ialah kedudukan Asia Tenggara yang agak strategic kepada kuasa-kuasa besar dalam konteks ketegangan politik blok Timur-Barat, pergolakan politik di Vietnam, serta keputusan pengunduran tentera-tenteraBritish dari Asia Tenggara dan Amerika dari Vietnam pada awal 1970-an. Perkembangan tersebut telah menimbulkan kecurigaan di kalangan negara ASEAN kerana dengan sebab ini ia mungkin menjejaskan kestabilan serantau.

Sebab kedua ialah peperangan di Vietnam yang telah menyakinkan ASEAN bahawa campurtangan dan sokongan tentera kuasa-kuasa besar dalam pertelingkaan negera kecil Asia Tenggara sering menjejaskan kestabilan di rantau ini. Manakala factor yang ketiga membawa penubuhan ZOPFAN ini ialah adalah regionalisme yang telah menghasilkan pertubuhan kerjasama ekonomi serntau ASEAN yang dapat digunakansebagai jentera untuk mencapai tujuan ZOPFAN. Adalah menjadi anggapan pengangur-penganjur ZOPFAN bahawa Asia Tenggara telah menjadi kawasan yang penuh dengan kegoncangan politik dan peristiwa perang akibat campurtangan kuasa-kuasa besar dalam hal-ehwal negara-negaranya.

Untuk merealisasikan ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) ini maka negara-negara Asia telah menggariskan beberapa tujuan dan matlamat yang perlu dicapai. Diantaranya ialah untuk mewujudkan suatu suasana di Asia Tenggara dengan negara-negara di rantau ini mengamalkan dasar berkecuali iaitu tidak memihak atau melibatkan diri kepada mana-mana kuasa besar dan tidak membenarkan kuasa-kuasa besar ini campurtangan dalam hal-ehwal politik dan ketenteraan di Asia Tenggara seperti negara Russia, China dan Amerika Syarikat.Selaras dengan konsep ini, setiap negara di rant Asia Tenggara harus dibenarkan menentukan nasib negaranya sendiri tanpa campurtangan kuasa-kuasa luar ini.

Manakala tujuan dan matlamat yang kedua ialah menjadikan Asia Tenggara berkecuali dan menghindarkan konflik yang boleh mengheret negara-negara di rantau ini serta kuasa-kuasa besar yang berminat dengan kawasan ini. Walaupun ZOPFAN yang diusahakan oleh ASEAN tetapi ia meliputi seluruh Asia Tenggara termasuklah kawasan yang didiami oleh Vietnam, Laos, Kampuchea dan Burma (Myanmar). Bagi ASEAN usaha iini penting kerana sejak beratus tahun lalu rantau Asia Tenggara sering menjadi rebutan kuasa-kuasa luar kawasan ini. Tujuan yang ketiga pula ialah untuk memastikan bahawa negara-negara dalam zon ini berhak menyelesaikan masalah tempatan mengikut cara mereka sendiri demi keselamatan dan hubungan serantau yang lebih baik. Menyelesaikannya secara aman dan tidak menggunakan sebarang kekerasan. Melalui usaha ini tidak ada negara atau kuasa-kuasa besar mampu dan berpeluang untuk mencari alasan supaya campurtangan dalam hal-ehwal rantau Asia Tengara . Ini adalah kerana keamanan dan kestabilan adalah syarat utama untuk kemerdekaan serta kesejahteraan sosialdan ekonomi penduduk Asia Tenggara. Untuk menjayakan matlamat ini kerjasama negara-negara Asia Tenggara amatlah diperlukan dalam meningkatkan perpaduan dan seterusnya menjalinkan hubungan yang rapat. Manakala tujuan yang terakhir ialah mengelak ancaman idealogi komunis melalui isu pelarian Vietnam dan seterusnsya memastikan Teori Domino gagal dilaksanakan. Ini untuk memastikan bahawa negara-negara Asia Tenggara tidak jatuh di bawah kuasa Komunis yang diketuai oleh China dan Russia. Negara-negara Asia Tenggara pada hakikatnya bebas menwujudkan persahabatan dengan semua negara di dunia tenpa mengira fahaman ideology politik supaya keamanan dan keselamatan di rantau akan terus terjamin.

Semua perkembangan ini membawa perubahan besar di rantau Asia yang memerlukan pengubahsuaian serta perhatian semua anggota ASEAN mengenai keselamatan dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi membendung masalah ini. Usaha bagi keselamatan negara dan serantau adalah terpulang kepada negara-negaraanggota untuk dilaksanakan melalui rancangan-rancangan pembangunan melalui kerjasama mereka dengan negara-negara lain dalam dan luar rantau dan dengan pertubuhan-pertubuhan serta agensi antarabangsa.

Dari sudut perlaksanaannya, beberapa langkah telah berjaya dilakukan dalam memastikan segala tujuan dan matlamat ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) tercapai. Diantaranya ialah mewujudkan dasar tidak campur tangan.Ini sekaligus memberi hak setiap negara untuk mewujudkan cara hidupnya sendiri dengan bebas tanpa campurtangan luar dan tidak akan mencampuri urusan dalam bagi negara yang lain.Antara lain, menyelesaikan perselisihan atau pertikaian secara damai iaitu tidak menggunakan ancaman atau ugutan kekerasan serta bekerjasama secara berkesan antara negara-negara anggota.Ini dapat dilihat bagaiman pertikaian mengenai isu sempadan, isu gerakan pemisah , dan beberapa isu lain dapat diselesaikan secara aman tanpa memerlukan kekerasan jauh sekali penggunaan senjata.

Dalam menjayakan konsep ZOPFAN ini juga berjaya elenyapkn perasaan tersisih yang biasanya boleh membawa kepada tindkan yang tidak bijak. Antara lain ialah memberi keyakinan kepada negara anggota agar menjadi lebih matang untuk membuat dan menerima dasar demi kepentingan bersama. Selain daripada itu ASEAN juga berjaya menghalang negara-negara anggota daripada berasa lemah dalam menjalankan pentadbiranmereka bagi mencapai kemajuan. ASEAN bertahun-tahun lamanya memberi negara anggota kekuatan, kemampuan dan keupayaan yang mengizinkan mereka bertindak bukan sahaja sebagai alat tetapi sebagai sebahagian dari system politik antarabangsa. Akhirnya melalui konsepZOPFAN ini telah mendapat pengiktirafan dan sokongan dari negara-negara kesatuan Eropah, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Persidangan Komenwel serta beberapa negara lain seperti Jepun, Pakistan, Rumania dan Republik Demokratik Korea.

Melalui ZOPFAN juga, negara anggota ASEAN berjaya menghalang merebaknya ideologi komunis dan teori Domino melalui pendekatan yang perlahan dan begitu berwaspada. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan dalaman dan luaran akhirnya ASEAN berjaya juga menjinakkan Vietnam yang kemudiannya mengiktiraf ASEAN dan konsep ZOPFAN itu sendiri.

PenubuhanASEAN Regional Forum(ARF) pada tahun 1994 adalah salah satu daripada pelaksanaan ZOPFAN. Ia penting bagi menggalakkan kestabilan politik dan keamanan di kawasan Asia Pasifik .ASEAN Reginal Forumdianggotai oleh negara-negara ASEAN, rakan-rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, Kanada, Kesatuan Eropah, Jepun, Korea Selatan, New Zealand dan Amerika Syarikat. Selain itu, negara China da Persekutuan Russia sebagai consultative partners dan Laos dan Papua New Guinea sebagai pemerhati. Di antara pendirianASEAN Regional Forumialah seperti memperjuangkan penyelesaian politik di Kemboja di mana tentera Vietnam diberi tekanan agar segera berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang menentukan nasib sendiri.

Di samping kejayaan-kejayaan, ZOPFAN juga mengundang masalah. Konsep ZOPFAN pada mulanya agak sukar diterima oleh kebanyakan negara anggotanya. Dasar Berkececuali agar kuasa-kuasa besar tidak campurtangan dalam hel-ehwal negara-negara ASEAN ternyata tidak begitu dipatuhi. Singapura dan Filipina contohnya masih mengekalkan pengakalan tentera Amerika Syarikat di negara mereka yang sudah tentu mempunyai pengaruhterhadap dasar ketenteraan negara tersebut. Pengunduran tentera-tentera tersebut akan mengancam keselamtan mereka. Ia juga akan mendatangkan kesan-kesan ekonomi yang buruk iaitu dari segi kehilangan pendaptan an pekerjaan tempatan di pengkalan-pengkalan tersebut. Indonesia juga mengambil sikap tunggu dan lihat manakala Thailand yang sedang berhadapan dengan masalah keselamatan yang rumit kurang berminat untuk memberi sokongan.

Begitu juga dalam pelaksanaan konsep ZOPFAN ini kerjasama yang diharapkan terutama ke arah tindakan yang kolektif ternyata bukalanlah semudah yang disangka. Terlalu sukar untuk meletakkan kepentingan serantau mendahului kepentingan nasionlisme sesebuah negara itu. Namun hingga kini ASEAN masih terus berjuang dan berusaha memastikan konsep ZOPFAN ini akan merealisasikan impian setiap negara Asia Tenggara ke arah Zon Aman, Bebas dan Berkecuali itu.

PERJANJIAN SEANWFZ

Perjanjian SEANWFZ adalah lanjutan dari konsep ZOPFAN.Sidang kemuncak ASEAN di Bangkok pada tahun 1995 berjaya mencapai persetujuan menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan bebas nuclear (SEANWFZ). Persetujuan ini ditandatanganioleh kesemua sepuluh ketua-ketua negara Asia Tenggara yang bermatlamat menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan bebas nuclear dn mereka juga bersetuju untuk mengelakkan rantau ini daripadamenjadi tempat persaingan tenaga nuclear. Di samping menggalakkan keamanan dan keselamatan di rantau ini daripada kuasa-kuasa besr seperti China, Amerika dan sebagainya.

Selain itu dengan wujudnya SEANWFZ ramtau Asia Tenggara juga akan bebas dari masalah pencemaran alam sekitar akibat sisa-sisa radioaktif dan bahan-bahan toksid. Sejarah di Nagasaki dan Hiroshima, Jepun serta Tragedi Chernoybell , Russia memberikan pengalaman kepada ASEAN untuk menangani masalah ini. Perjanjian penting bagi mengukuhkan keselamatan serantau di Asia Tenggara agar penubuhan SEANWFZ secara global dapat dibentuk. Dengan penguatkuasaan perjanjian SEANWFZpada 27 Mac 1997 telah menyebabkan Asia Tenggara selamat daripada kemusnahan akibat senjata nuclear.

Dipetik dari Utusan Malaysia pada tahun 197 mengenai SEANWFZ iaitu berdasarkan kenyataan daripada Menteri Luar Malaysia pada masa tersebut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawiialah beliau menyeru negara kuasa nuclear supaya menunjukkan sokongan merea keada zon bebas senjata nuclear di Asia Tenggara dengan turut menyertai Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tengara (Southeast Nuclear Weapon Free Zone) .

Oleh yang demikian, kesimpulannya adalah jelas bahawa pendekatan kolektif ASEAN dalam menyelesaikan isu-isukeselamtan politik di dalam perhubungan luar negeritelah berjaya walaupun tidak sepenuhnya. Sehingga kini, kebimbangan mengenai gerakan-gerakan dari luar seperti komunis dan tekanan dari kuasa-kuasa besar telah memberi dorongan yang besar bagi ASEAN untuk membangun dan mempertahankan tindakan kolektifnya. Ini dapat dilihat kejayaan ASEAN dalan menguruskan Hanoi dan Peking dalam hubungan luarnya, maslah Vietnam dan teori Dominoserta isu pelarian pada hakikatnya telah membuka jalan kepada ASEAN dalam memperteguhkan hubungan politik setiap negara anggota. Walaupun bergelut dengan beberapa masalah peribadi namun usaha masih tetap diteruskan untuk memastikan negara rantau ini berada dalam aman dan jauh dari campurtangan kuasa asing.

PERANAN DAN PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM KERJASAMA SERANTAU DARI ASPEK POLITIK DAN KESELAMATAN.

Bagi merealisasikan usaha untuk mengujudkan kestabilan serantau, Malaysia telah melibatkan diri dengan pelbagai cara dan pendekatan dalam dasar hubungan luarnya. Anataranya adalah melalui rundingan, dasar hubungan luar, hubungan diplomasi, bertolak ansur, perantaraan, perdamaian, kerjasama dalam bidang ekonomi dan social. Namun agak sukar untuk memisahkan setiap isu dengan peranan dan penglibatan Malaysia berdasarkan satu cara dan penglibatannya.

Malaysia memegang beberapa prinsip asas dalam hubungan luarnya. Anataranyaadalah hormat-menghormati kedaulatan negara masing-masing dan kedaulatan wilayah, tidak campurtangan, penyelesaian secara aman, perhubungan dua hala yang menguntungkan dan keamanan bersama. Sesungguhnya dasar luar Malaysia yang jelas adalah dari segi pertahanan dan keselamatan, pembangunan dan perdagangan, kerjasama antarabangsa dan diplomasi. Malaysia amat menekankan usaha untuk meneruskan hubungan yang rapat dengan negara-negara jirannya. Setiap usaha diplomasi yang telah dilakukan adalah untuk memastikan hubungan dua hala Malaysia dengan jiran-jirannya tidak terjejas.

Di antara peranan dan penglibatan Malaysia dalam kerjasama serantau ini adalah melalui rundingan damai. Melalui proses ini, rundinngan secara damai akan dibuat antara dua pihak yang terlibat. Perundingan ini akan dibuat dengan membincangkan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang sebenarnya wujud tanpa percanggahan pendapat. Semasa rundingan ini berjalan, semua pihak akan cuba untuk memenuhi keinginan dan matlamat rundingan. Contohnya rundingan-rundingan antara menteri dan pegawai-pegawai. Pada tahun 1982, Kementerian Luar Thailand berkata, lebih 400 rundingan telah dijalankan.

Dalam hal ini Malaysia melibatkan diri dalam beberapa rundingan bagi menyelesaikan krisis hubungan Malaysia dengan Filipina. Krisis hubungan Malaysia dengan Filipina tegang apabila Filipina tidak mahu mengugurkan tuntutannya ke atas Sabah. Malahan Filipina telah menghantar orang-orang yang dilatih khas bagi melakukan pengkhianatan menyusup masuk ke Sabah. Di samping itu Filipina telah menjadikan undang-undang dengan memasukkan Sabah sebagai sebahagian daripada wilayahnya. Ini dibuatnya melalui satu Akta Perampasan Sabah.

Beberapa rundingan telah beberapa kali dijalankan di Bangkok, namun menemui kegagalan. Akhirnyadari usaha gigih Malaysia, hubungan ini berjaya dipulihkan dan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman di Cameron Highland pada 16 dan 17 Disember 1968. Walaupun demikian tuntutan ke atas Sabah belum lagi digugurkan meskipun ianya pernah dikatakan berulang kali iaitu semasa pemerintahan Presiden Marcos dan semasa pemerintahan Presiden Corazon Aquino dan kini ikrar itu masih belum dapat ditunaikan oleh pemimpin Filipina itu. Malah presiden Aquino pernah meminta Malaysia membayar pampas an kepadaFilipina dan juga kepada waris-waris Kesultanan Sulu yang dikatakan memiliki Sabah. Untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau ini, Malaysia menyatakan hasratnya bersedia untuk berunding tanpa sebarang syarat

Hubungan ini juga kembali menjadi tegang apabila Filipina menuduh Malaysia memberikan bantuan senjata kepada Barisan Kebangsaan Moro.Hubungan ini perlu dipulihkanadalah untuk menstabilkan keamanan dan Malaysia menganggap perkara sempadan itu masih boleh dibawa berunding tanpa perlu memutuskan hubungan diplomasi. Oleh yang demikian, Malaysia tidak memberikan sokongan kepada pihak Pembebasan Moro walaupun ianya berjuang untuk agama Islam demi untuk menjaga hati negara jirannya iaitu Filipina.

Di samping itu juga, Malaysia menjalankan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya. Dasar berkecualibermaksud sesebuah negara itu tidak memihak kepada mana-mana blok kuasa besar dunia. Dasar luar sesebuah negara itu bergantung kepada pemerintah dan ianya menjadi panduan dalam menentukan bentuk hubungan dengan negara lain.Hal ini juga berlaku kepada Malaysia yang sentiasa dinamik selaras dengan peredaranpersekitaran. Ini jelas dapat dilihat dalam tahun1957 hingga 1963 dasar luar Malaysia berorientasikan pro-Barat dan anti-komunis. Hal ini penting kerana Tunku Abdul Rahman merasakan bahawa Malaysia tidak mempunyai keupayaan ketenteraan yang canggih serta diancamoleh anasir komunis. Oleh yang demikian dasar pro-barat ini dapat dilihat apabila Malaysia menyokong penglibatan pihak Amerika dalam Perang Vietnam serta tidak membuat sebarang hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis.

Tindakan Tanah Melayu (Malaya) menanadatangani Perjanjian AMDA antara lain didorong oleh kedudukan pertahanan negara yang tidak kuat. Tanah Melayu ketika itu hanya mempunyai satu pasukan Rejimen Melayu Diraja dengan tidak mempunyai angkatan tentera laut dan udara. Sebarang ancaman dan serangan dari luar tidak mungkin mampu dihadapi oleh Tanah Melayu secara bersendirian. Tambahan pula pergolakan politik serantau , terutamanya di Indo-china amat membimbangkan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman melihat kemaraan fahaman komunis di Asia Tenggara merupakan ancaman yang sangat merbahaya ke atas keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, perjanjian AMDA ditandatanganisebagai tulang belakang keselamtan Tanah Melayu dari segi pertahanan. Tunku Abdul Rahman telah menegaskan kepentingan AMDA:

..let us face the facts, and the fact are that we have at ourcommand an army of lessthan one divisions in strength ; we have no air force, not even a single plane or a single man, we have no navy, not event a single sailor and we have not event a single sea-going craft.With the revenue at our commond we can never be able to build our forces to the strength which would require for defence of our country.

Dari segi hubungan luar, dasar luar sepanjang tahun 1957-1963 memperlihatkan Tanah Melayu lebih menumpukan hubungan luar dengan negara-negara Barat yang mempunyai sistem pemerintahan dan idealogi yang sealiran dengannya.

Di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein pula,memperlihatkan perubahan dasr luar yang ketara dari sikap pro-Barat dan antikomuniskepada dasar luar yang berkecuali. Ini jelas dapat dilihat berdasrakan ucapan Tun Razak semasa beliau buat pertama kalinya menghadiri Persidangan Negara-negara Berkecuali di Lusaka, Zambia pada Disember 1970. Tun Abdul Razak mengumumkan bahawa:

Today with the denete the two power bloks, it is important reposibility of the Non-Aligned Group to ensure that the interestof the big powers do not converge at the expence of the medium and small powers.The hegemonistic tendencies on the part of majorpowers with appears to be under various guises and with various justifications must be resisted. Futhermore , the world today is not longer bipolar. It is at least tripolar and with the emergence of China and her legitimate role in the world cannot washed away that relation between China and a number of countriesremain unsatisfactory. I submit that here the non-alignedcountries have an extremelyimportant role to play and have a unique duty to discharge if we are to remain loyal to the principles of the principlesof co-existenceand to our basic tenets of non-alignment in our efforts to brings about a harmonization of international relations on the basic of respect for independence and integrity of states.[6]

Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) serta Pertubuhan Negara-negera Berkecuali (NAM). Era kepimpinan Tun Hussein Onn pula menyaksikan Malaysia memperatakan hubungan seranatau contohnya pengunduran tentera Amerika Syarikatdi Asia Tenggara dan serangan Vietnam ke atas Kemboja. Dasar luar Malaysia melalui perubahan di mana ianya lebih berorientasikan kep