pengurusan strategik topik 1

Upload: mohd-adam

Post on 19-Feb-2018

283 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 1

    1/16

    PENGENALAN

    Pengurusan strategik mula diperkenalkan sebagai badan ilmu pengetahuan padaawal tahun 1980an. Pengurusan strategik diperkenalkan sebagai kursus olehUniversiti Harvard pada tahun 1920an tetapi pada ketika itu, ia dikenali sebagaiDasar Perniagaan. Fokus bagi kursus pada ketika itu adalah mengintegrasikan

    bidang fungsian pengurusan perniagaan seperti perakaunan, pengurusan

    sumber manusia, kewangan, pengeluaran dan pemasaran agar pelajar bolehmemahami perhubungan dan perkaitan antara setiap bidang fungsian denganoperasi dan pengurusan keseluruhan organisasi. Walau bagaimanapun,perubahan dalam persekitaran perniagaan telah memaksa organisasi untukmembuat perubahan berperingkat dan berstruktur untuk berhadapan dengankepesatan dan kedinamikan persekitaran perniagaan. Oleh itu, bidangpengurusan strategi berkembang seperti yang dilihat pada hari ini. Pengurusdan ketua pegawai eksekutif bagi syarikat korporat besar menggunakansebahagian atau bahagian ilmu pengetahuan dalam pengurusan strategik danmendapati bahawa ia mempunyai potensi manfaat kepada organisasi mereka.

    TTooppiikk

    11 Pengenalan

    kepadaPengurusanStrategik

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan evolusi dan pembangunan pengurusan strategik;

    2. Mengenal pasti faktor utama yang menyumbang kepada perubahandalam senario perniagaan masa kini; dan

    3. Membincangkan faedah dan kelemahan bagi pengurusan strategik.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 1

    2/16

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK2

    Maka, ia menjadi matlamat bagi topik ini untuk memberikan kefahaman kepadaanda tentang pengurusan strategik, perspektif sejarah, perubahan kedinamikanperniagaan dan faedah pengurusan strategik kepada organisasi.

    EVOLUSI PENGURUSAN STRATEGIK

    Pada tahun 1920an, Universiti Harvard memperkenalkan kursus yang dikenalisebagai Dasar Perniagaan sebagai kursus penting bagi program pentadbiranperniagaannya. Kursus tersebut menumpukan kepada mengintegrasikan

    bidang fungsian bagi pentadbiran perniagaan seperti perakaunan, pengurusan,pemasaran, sumber manusia, kewangan dan pengeluaran. Asalnya, ia bertujuanuntuk menyediakan pelajar dengan keupayaan untuk mengaplikasikan ilmuyang dipelajari daripada kursus sebelumnya agar dapat menyelesaikan masalahdalam organisasi perniagaan. Oleh itu, kursus dasar perniagaan memberikanlatihan formal dan pengalaman dalam mengendalikan isu yang memberikankesan kepada persekitaran perniagaan dan juga pemikiran sistematik dan

    beranalisis (analytical) dalam menyelesaikan masalah yang mempengaruhiprestasi organisasi.

    Berdasarkan kepada kelebihan dan faedah yang diperoleh daripada kursus dasarperniagaan tersebut, Laporan Gordon dan Howell mencadangkan agar kursusdasar perniagaan tersebut dijadikan kursus teras dalam kurikulum pentadbiranperniagaan di semua universiti yang tersenarai dalam American Association of

    Colleges of School of Business Administration (AACSB). Sejak itu, kursus dasarperniagaan telah menjadi teras utama bagi program pentadbiran perniagaan diperingkat prasiswazah dan pascasiswazah.

    1.1.1 Pembangunan daripada Dasar Perniagaankepada Pengurusan Strategik

    Pembangunan dalam kursus dasar perniagaan boleh dilakar dari dua perspektif.Salah satunya adalah perubahan penekanan dalam kandungan kursus dan satulagi ialah perubahan perspektif perancangan pengurusan.

    1.1

    Mengapakah kursus dasar perniagaan dijadikan kursus teras dalamkurikulum pentadbiran perniagaan? Bincangkan.

    AKTIVITI 1.1

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 1

    3/16

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK 3

    (a) Perubahan Penekanan dalam Kandungan Dasar PerniagaanSejak pengenalan kursus dasar perniagaan, kandungan kursus tersebuttelah diubah untuk berdepan dengan kedinamikan persekitaran

    perniagaan. Penekanan dalam kursus tersebut adalah berdasarkan kepadapelbagai keperluan organisasi perniagaan dan bukan perniagaan dalam

    berhadapan dengan isu perubahan persekitaran. Terdapat empat faktorutama yang menyumbang kepada perubahan tumpuan dalam kursusdasar perniagaan iaitu:

    (i) Perubahan peranan pengurusan dalam organisasi;

    (ii) Perubahan pesat dalam persekitaran perniagaan dan bukanperniagaan;

    (iii) Penekanan ke atas kaedah kajian kes dalam pembelajaran; dan

    (iv) Hal lain yang mempengaruhi prestasi organisasi.

    Apabila kursus dasar perniagaan diperkenalkan di Universiti Harvard,perspektif yang diguna pakai adalah pandangan pengurusan atasanterhadap organisasi. Dengan kata lain, dalam usaha untuk memahamipelbagai isu dalam organisasi, peserta dalam kursus tersebut dimintauntuk mengambil peranan sebagai ketua pegawai eksekutif atau pengurus

    besar bagi organisasi dan melihat bagaimana mereka bertindak terhadappelbagai isu yang mempengaruhi organisasi. Selain daripada perspektif inidiperlukan untuk melihat secara menyeluruh dan pemandanganhelikopter bagi organisasi, perspektif tersebut juga membantu pelajaruntuk menghubungkaitkan pelbagai bidang fungsian dalam organisasi dan

    bagaimana ia boleh mempengaruhi keseluruhan organisasi. Perspektif inijuga memperkenalkan pelajar dengan saling berkaitnya faktor persekitarandan kesan serta impaknya kepada pengurusan dan prestasi organisasi.

    Perubahan pesat dalam persekitaran perniagaan dan bukan perniagaantelah membawa kepada perubahan dalam penekanan dan kandungankursus dasar perniagaan. Faktor luaran seperti faktor ekonomi, sosial,politik dan teknologi telah banyak berkembang sejak dua dekad yang lalu.Zaman Kebangkitan Industri pada tahun 1980an telah mempengaruhi

    Pada pendapat anda, mengapakah perspektif pengurusan atasan adalahperlu dalam memastikan prestasi cemerlang dalam organisasi?

    AKTIVITI 1.2

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 1

    4/16

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK4

    pengurusan organisasi perniagaan dan bukan perniagaan dalam beberapacara. Satu perubahan utama ialah revolusi teknologi maklumat yangmenggalakkan pembangunan cara baharu dalam menjalankan perniagaan

    yang akan dibincangkan dalam subtopik 1.2. Sebagai tambahan,peningkatan perhatian terhadap tanggungjawab sosial, etika danpersekitaran (seperti kebimbangan terhadap pencemaran, pengurusansistem kesihatan yang lemah dan diskriminasi sosial) menyumbang kepadaperubahan harapan masyarakat terhadap prestasi organisasi. Akhir sekali,perubahan harapan pengurusan mikro pemegang berkepentingan sepertitadbir urus korporat, ketelusan dan kesaksamaan sosial dalam pengurusanorganisasi juga menyumbang kepada perubahan dalam persekitaranperniagaan dan bukan perniagaan.

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pembelajaran tentang organisasitelah berubah disebabkan oleh perkembangan baharu dalam pedagogi danalat yang berkaitan dengannya. Kajian kes didapati berkesan sebagai alatuntuk mengkaji organisasi dan ia merupakan pendekatan utama yangdigunakan dalam Universiti Harvard, INSEAD dan sekolah perniagaanterkemuka di seluruh dunia. Pendekatan kajian kes telah didapati paling

    berkesan dalam usaha untuk memberikan pelajar kefahaman tentangmasalah dunia perniagaan sebenar dan menyediakan penyelesaianpraktikal. Kesannya, pendekatan ini telah digunakan secara meluas dalamkursus dasar perniagaan di seluruh dunia.

    Trend globalisasi masa depan dan liberalisasi halangan perdagangan jugamemberi kesan kepada kurikulum dasar perniagaan, iaitu dari perspektifdalaman di satu negara kepada perspektif antarabangsa dan global. Hal inimenyebabkan lebih perhatian diberikan kepada pendekatan proaktif danstrategik dalam menangani isu perniagaan dan bukan perniagaan yangkompleks dan mempengaruhi organisasi. Oleh itu, tajuk kursus ini perluditukar kepada Pengurusan Strategik untuk mencerminkan perubahandalam persekitaran.

    Nyatakan evolusi bagi kursus pengurusan strategik.

    AKTIVITI 1.3

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 1

    5/16

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK 5

    (b) Perubahan Perspektif Perancangan PengurusanDalam bidang pengurusan organisasi, salah satu fungsi utama dalamproses pengurusan ialah perancangan. Sorotan kajian pengurusan sering

    memberi tumpuan kepada kepentingan perancangan dalam menguruskanorganisasi secara berkesan dan cekap. Perancangan pengurusan tradisionalmenekankan kepada keperluan untuk mempunyai matlamat dan objektifyang jelas dan menyediakan bajet bagi peruntukan sumber. Perubahanpesat dalam persekitaran perniagaan telah menggesa pengurus untukmembuat penyesuaian yang perlu dalam perancangan pengurusan, yangmengakibatkan pembangunan pendekatan yang strategik dalamperancangan pengurusan. Ini akan dibincangkan dengan lebih lanjutdalam subtopik 1.1.2. Dengan kata lain, perubahan perspektif perancanganpengurusan telah menyumbang kepada pembangunan pengurusan

    strategik.

    1.1.2 Empat Fasa Pembangunan dalam PengurusanStrategik

    Subtopik sebelum ini telah membincangkan kedinamikan persekitaran danbagaimana ia telah mengubah bidang dasar perniagaan kepada pengurusanstrategik. Daripada perkembangan tadi, boleh difahami bahawa terdapatperbezaan antara dasar perniagaan dan pengurusan strategik.

    Dalam subtopik ini, anda akan disediakan dengan satu lagi pandangan bagipembangunan pengurusan strategik, iaitu dari perspektif perancanganpengurusan. Ini adalah penting kerana perspektif ini telah menyumbang kepadapembangunan bidang pengajian ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    Menurut Gluck et al. (1982), pengurusan strategik berkembang melalui empatfasa pembangunan seperti yang dilakarkan dalam Rajah 1.1.

    Apakah perbezaan antara dasar perniagaan dan pengurusan strategik?

    SEMAK KENDIRI 1.1

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 1

    6/16

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK6

    Rajah 1.1:Empat fasa pembangunan dalam pengurusan strategik Gluck

    (a) Fasa 1

    Fasa 1 dalam evolusi pengurusan strategik merujuk kepada modtradisional perancangan perniagaan formal yang menumpukan kepadabidang fungsian. Organisasi lebih menitikberatkan bajet tahunan dan cubamengawal operasi dengan cara mencapai bajet tahunan. Persekitaranperniagaan semasa fasa ini adalah stabil dan tidak banyak perubahan

    berlaku.

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 1

    7/16

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK 7

    (b) Fasa 2Dalam fasa 2, apabila persekitaran perniagaan mula untuk berubah atassebab peningkatan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan,

    perhatian baharu pula berkembang memaksa organisasi untukmenyediakan unjuran untuk merancang masa depan. Pertumbuhanmenjadi perhatian utama dalam fasa ini dan perancangan yang lebih efektifdiperlukan untuk memastikan organisasi mengambil peluang dalampersekitaran. Unjuran tahunan sahaja tidak mencukupi, oleh itu unjuran

    beberapa tahun menjadi keperluan. Dalam fasa ini juga, analisispersekitaran menjadi semakin jelas dan penting kepada organisasi.

    Semakin berkembangnya kedinamikan perniagaan, pengurus sedarbahawa adalah tidak cukup untuk melakukan perancangan dengan

    membuat unjuran perniagaan. Perubahan dalam persekitaran perniagaanmenjadi lebih pesat dan tahap pergolakan menjadi lebih hebat berbandingtempoh awal (fasa 1 dan 2).

    (c) Fasa 3Dalam fasa 3, perniagaan perlu membuat respons segera kepadaperubahan dan persaingan pasaran. Tempoh ini menjadi semakin seriuskerana prestasi perniagaan menunjukkan hasil (keuntungan) yangmengagumkan dan ramai pemain (pelabur) menjadi lebih berminat untukmengaut bahagian daripada potensi keuntungan. Dalam fasa ini, organisasiperlu membuat analisis yang menyeluruh terhadap persekitaran danpersaingan. Proses peruntukan sumber memerlukan pengurus untukmenjadi lebih dinamik kerana pengurus perlu membuat keputusan pantasuntuk mengambil peluang yang tersedia pada masa tersebut. Dengan katalain, pengurus perlu membuat perubahan pantas dalam sumber kewangan,manusia dan sumber lain organisasi untuk berdepan dengan perubahankeperluan organisasi.

    Fasa 3 juga menunjukkan penekanan kepada perancangan pengurusandengan menitikberatkan persekitaran luaran dan keperluan untuk

    bertindak lebih awal daripada perubahan yang bakal berlaku dalampersekitaran perniagaan. Pengurus juga perlu bertindak atau berfikirsecara lebih strategik pada fasa ini agar dapat terus bersaing. Fasa ini jugadikenali sebagai era perancangan strategik pada awal tahun 1970an diAmerika dan Eropah. Di Malaysia, ia menjadi fenomena penting padahujung tahun 1980an dan awal tahun 1990an. Banyak organisasi senaraiawam dan syarikat korporat milikan kerajaan negeri di Malaysia berminatdengan konsep ini dalam pertengahan tahun 1990an.

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 1

    8/16

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK8

    (d) Fasa 4Fasa 4 dikenali sebagai era pengurusan strategik. Di Amerika dan Eropah,fasa ini menjadi terkenal pada akhir tahun 1980an. Dalam fasa ini,

    perubahan persekitaran menjadi lebih pesat dan tahap pergolakan semakinbertambah dengan lebih banyak ketidakpastian pada masa depan.Organisasi sedar bahawa untuk mereka kekal kompetitif dan terusmemperoleh keunggulan persekitaran, adalah perlu untuk membangunkanpelan strategik khusus yang relevan kepada organisasi tersebut. Terdapat

    juga keperluan untuk menggunakan semua sumber terbaik yang dimilikioleh organisasi bagi mendapatkan kelebihan bersaing berbanding pesaingmereka dalam industri tersebut. Oleh itu, organisasi perlu membangunkanproses dan sistem organisasi fleksibel yang dapat berdepan denganketidakpastian persekitaran perniagaan. Organisasi juga perlu menjadi

    lebih kreatif dan membangunkan budaya, dan nilai sokongan yang akanmemastikan kejayaan organisasi dan prestasi yang gemilang. Maka, fokusdalam perancangan pengurusan telah berubah dari perspektif strategikkepada penciptaan masa depan. Hal ini merupakan cabaran utama bagipengurus hari ini kerana mod untuk mencapai kegemilangan organisasimenjadi lebih mendesak dan kompleks. Oleh yang demikian, peranankreativiti, inovasi, penyelidikan dan pembangunan telah menjadi

    bertambah penting dalam persekitaran perniagaan hari ini.

    Evolusi dalam pengurusan strategik telah mendorong kursus dasarperniagaan untuk berkembang daripada fasa 1 hingga fasa 4 yang lebihkompleks dan dinamik, dan beransur-ansur kepada kursus pengurusanstrategik yang ada hari ini.

    Sebagai ringkasan, kursus dasar perniagaan menitikberatkanpenggabungan semua bidang fungsian bagi perniagaan dan memberikanpengalaman dalam menyelesaikan masalah sebenar kehidupan yangmempunyai kesan kepelbagaian fungsi ke atas organisasi. Walau

    bagaimanapun, pengurusan strategik bukan sahaja menitikberatkan semuaperkara yang telah dibincangkan dalam kursus dasar perniagaan tetapi

    juga menggabungkan faktor luaran yang mempunyai impak utama ke atasorganisasi dan seterusnya menentukan hala tuju jangka panjang bagiorganisasi dengan cara memformulasikan pelan, melaksanakan pelan danmembuat penilaian dan kawalan pelan yang telah ditetapkan untukorganisasi. Tambahan pula, bidang pengurusan strategik melibatkan isustrategik yang mempunyai kesan jangka panjang kepada organisasi.

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 1

    9/16

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK 9

    MENGUBAH PERSEKITARANPERNIAGAAN

    Era Kebangkitan Perindustrian pada tahun 1980an telah memberi kesan kepadaorganisasi pengurusan perniagaan dan bukan perniagaan dalam beberapa cara.Seperti yang dinyatakan dalam subtopik 1.1.1, revolusi teknologi maklumat,peningkatan kebimbangan bagi tanggungjawab sosial, etika dan alam sekitar,perubahan dalam harapan masyarakat terhadap prestasi organisasi danperubahan harapan pengurusan mikro seperti tadbir urus korporat ketelusandan kesaksamaan sosial dalam pengurusan organisasi telah menjejaskanpengurusan organisasi perniagaan dan bukan perniagaan.

    Salah satu perubahan yang paling radikal dalam persekitaran perniagaan ialahperkembangan teknologi. Hal ini telah membawa banyak perubahan dalampersekitaran perniagaan dan mempunyai kesan ke atas situasi sosial, ekonomidan politik dalam persekitaran dunia. Salah satu faktor teknologi yang telahmencipta impak besar ialah peningkatan pesat sektor teknologi maklumat dankomunikasi (ICT information, communication and technology). Aktivitipenyelidikan dan pembangunan dalam industri komputer telah membawakepada permintaan dan penggunaan yang meluas terhadap perisian komputer

    dan sistem maklumat dalam organisasi. Dalam perniagaan, hal ini telahmembawa kepada pembangunan e-perniagaan atau e-dagang hari ini.Penggunaan meluas Internet dalam perniagaan adalah alternatif kepada urusanperniagaan secara bersemuka yang tradisional.

    1.2

    Mengapakah persekitaran perniagaan berubah?

    SEMAK KENDIRI 1.2

    Dari segi kecelikan dan penggunaan IT, bagaimanakah kehidupan andaberbeza daripada kehidupan ibu bapa atau datuk nenek anda?

    AKTIVITI 1.4

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 1

    10/16

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK10

    E-perniagaan dijalankan dalam kalangan perniagaan, juga dikenali sebagaiperniagaan-ke-perniagaan (B2B business-to-business), dan antara perniagaandan pengguna, dikenali sebagai perniagaan-ke-pengguna (B2C business-to-

    consumer). Internet juga telah membawa kepada peningkatan permintaanterhadap urusan perniagaan secara langsung tanpa melalui perantaraperniagaan. Pemasaran secara langsung dan pemasaran pelbagai peringkat jugadidapati tumbuh dengan rancak dengan kewujudan Internet. Industritelekomunikasi juga telah mengalami perubahan dengan Internet sebagaikomunikasi tanpa wayar (seperti telefon mudah alih) menjadi lebih meluas hariini. Industri pendidikan juga telah memperkenalkan perubahan dengan modpembelajaran jarak jauh yang menjadi lebih canggih pada hari ini berbandingsebelumnya. Oleh itu, industri pendidikan bakal terus mengalami perubahandengan lebih banyak penggunaan dan aplikasi mod teknologi pembelajaran.

    Selain itu, memperoleh pendidikan melalui Internet telah menjadi kebiasaanpada hari ini berbanding sedekad yang lalu.

    Percambahan maklumat dalam Internet juga telah membawa kepada permintaanuntuk perniagaan baharu dalam era ini seperti e-peruncitan, e-pendidikan,keselamatan komputer, dan pembangunan dan aplikasi web. Di Malaysia, kitadapat melihat banyak perniagaan perkhidmatan komputer diwujudkan dalamtempoh lima tahun lepas dengan kemunculan Internet dan ICT. Industriperkhidmatan telah menjadi lebih penting hari ini dan kaedah perniagaan yangdijalankan hari ini berubah dengan pantas.

    Isu environmentalisme, etika dan tanggungjawab sosial merupakankebimbangan yang terus mendapat perhatian perniagaan hari ini. Ia disebabkanoleh perubahan harapan masyarakat terhadap perniagaan. Keputusanperniagaan mempunyai kesan kepada masyarakat. Isu sosial timbul daripadaoperasi entiti perniagaan. Oleh itu, masyarakat menuntut agar entiti perniagaan

    bertanggungjawab ke atas kesan daripada operasi perniagaan mereka. Sebagaicontoh:

    (a) Di Malaysia, kerajaan bimbang pengilang minyak kelapa sawitmencemarkan persekitaran dengan sisa kotoran minyak kelapa sawit danpencemaran udara;

    (b) Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, isu tanah runtuh telahmenyebabkan pihak berkuasa tempatan di Malaysia menilai semulapembangunan di kawasan berbukit. Laporan Penilaian Impak Persekitaran(EIA Environmental Impact Assessment) diwajibkan kepada semuapemaju sebelum membina projek pembangunan baharu; dan

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 1

    11/16

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK 11

    (c) Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA Federationof Malaysian Consumers Association) telah menyuarakan kebimbanganmereka terhadap fahaman kepenggunaan. Ini telah meningkatkan usaha

    kerajaan Malaysia dalam pematuhan dan pemantauan cetak rompak,kawalan harga barangan keperluan asas, peruntukan untuk lebih banyakzon larangan merokok dan lain-lain.

    Isu sosial mempengaruhi organisasi perniagaan dan terdapat keperluan untukmenguruskan dalam lingkungan parameter kekangan dan peluang yang dibawaoleh isu ini dengan lebih berkesan dan cekap. Menggaji bilangan tertentu pekerjaBumiputera dalam organisasi atau memperuntukkan bahagian tertentu daripadamodal ekuiti bukan sahaja dasar afirmatif kerajaan tetapi juga tanggungjawabsosial dalam memperbetulkan ketidaksamaan sosial dalam kalangan kumpulan

    etnik di Malaysia. Isu tanggungjawab sosial di Malaysia juga memberi tumpuankepada keselamatan pekerja seperti Institut Keselamatan dan Kesihatan PekerjaKebangsaan (NIOSH National Institute of Occupational Safety and Health)secara undang-undang. Terdapat banyak organisasi di Malaysia seperti Petronas,Penerbangan Malaysia dan Malayan Banking Berhad yang menyumbang kepadapunca sosial dengan membuat sumbangan kewangan dan bukan kewangankepada institusi sosial dan bukan kerajaan, dan aktiviti yang berkaitan sosial.Keprihatinan sosial telah menyebabkan organisasi bertindak untuk menyemakkedudukan dan nilai mereka dan membuat penyelarasan yang sesuai selarasdengan harapan dan keperluan pihak pemegang taruh.

    Satu lagi perkembangan penting adalah isu etika dalam organisasi perniagaandan bukan perniagaan. Etika merujuk kepada keprihatinan terhadap baik dan

    buruknya sesuatu tindakan atau kelakuan. Apa yang dianggap salah atau tidaksesuai dahulunya telah menjadi kabur pada hari ini kerana pengurus didesakuntuk memenuhi matlamat organisasi. Perniagaan telah diminta untukmenjalankan perniagaan dengan cara yang lebih kreatif, malah ada yang terarahkepada kelakuan yang tidak beretika. Maka, organisasi dikehendaki untukmembangunkan kod etika dan juga latihan dan pendidikan tentang etika dalamorganisasi dan perniagaan. Oleh itu, pengurusan strategik bagi organisasi inimemberikan cabaran yang menarik kepada pengurus dan pemegang taruhmereka. Dilema utama pengurusan strategik adalah bagaimana untukmenguruskan organisasi secara cekap dan berkesan dengan cara yangmenguntungkan dan pada masa yang sama, memastikan bahawa nilai etikatidak dikompromikan.

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 1

    12/16

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK12

    Dengan trend globalisasi yang bakal berlaku dan liberalisasi perdagangan danperkhidmatan, memenuhi standard dan jangkaan antarabangsa merupakanplatform yang penting bagi kebanyakan organisasi hari ini. Hal ini bermakna

    bahawa isu ketelusan dan tadbir urus korporat telah menjadi lebih kritikal hariini berbanding sebelum ini. Contohnya, di Malaysia, Institut Tadbir UrusKorporat Malaysia (MICG Malaysian Institute of Corporate Governance) telahdiwujudkan untuk menggalakkan tadbir urus korporat di negara ini. Institusiseperti Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan Suruhanjaya Sekuriti telahditubuhkan untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal diMalaysia. Mereka diamanahkan untuk melindungi pelabur. Salah satu daripadaperanan mereka ialah meminta syarikat awam untuk menjadi lebih telus.Mereka melaporkan aktiviti tadbir urus korporat dan prestasi kepada orangramai. Hal ini juga selaras dengan isu etika dalam pengurusan atasan dalam

    organisasi. Malah pada hari ini, kerajaan Malaysia menyokong keprihatinanetika korporat yang lebih tinggi dalam sektor perniagaan dan bukan perniagaan.Isu ini menjadi kebimbangan di peringkat tempatan dan antarabangsa keranamereka memberi kesan kepada persepsi pelabur asing terhadap amalan negaraatau perniagaan tertentu. Semakin besar ketelusan dan lebih tinggi piawaiantadbir urus korporat, maka lebih rendah risiko yang dihadapi oleh pelabur danadalah lebih menarik untuk mereka melabur dalam perniagaan jenis ini.

    FAEDAH DAN KELEMAHAN BAGI

    PENGURUSAN STRATEGIKPembangunan pengurusan strategik telah menarik perhatian pengamal dalamkalangan pengurus atasan dalam syarikat besar dan kecil. Di Amerika danEropah, pemakaian pengurusan strategik dalam amalan organisasi adalahmeluas. Di Asia, terutamanya di Malaysia, pengurusan strategik diamalkan di

    beberapa syarikat besar. Organisasi ini telah memperoleh faedah daripadapengurusan strategik. Jadual 1.1 menunjukkan manfaat pengurusan strategik.

    1.3

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 1

    13/16

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK 13

    Jadual 1.1:Faedah Pengurusan Strategik

    FAEDAH PENGURUSAN STRATEGIK

    Memperbaiki prestasi kewangan organisasi.

    Membolehkan pengurus memiliki pandangan yang luas tentang permasalahan danisu yang dihadapi organisasi.

    Membantu pengurus membuat keputusan yang strategik dengan lebih efektif danefisien, seterusnya membantu dalam keputusan penempatan sumber.

    Membantu pengurus dalam menganalisis masalah dengan lebih sistematik danobjektif untuk mencari penyelesaian yang praktikal.

    Membantu pengurus untuk menjadi lebih sensitif terhadap perubahan dalam

    persekitaran perniagaan.

    Memberi peluang kepada pengurus untuk mengkoordinat dan menyeragamkanpelbagai fungsi aktiviti dalam organisasi.

    Menggalakkan peranan dan penyertaan yang lebih besar daripada kumpulanpengurusan atasan, pertengahan dan bawah dalam menetapkan hala tuju, objektifdan misi organisasi.

    Membantu mengurangkan halangan dalam menjadikan perubahan organisasisejajar dengan keperluan perubahan persekitaran.

    Membentuk organisasi yang lebih kondusif yang menggalakkan semangatberkumpulan dan penubuhan organisasi.

    Memperbaiki komunikasi antara pekerja di dalam organisasi.

    Memperbaiki urus tadbir korporat dan etika di dalam organisasi.

    Walaupun terdapat banyak potensi manfaat daripada pengurusan strategik, adajuga kelemahan atau masalah dalam pengurusan strategik. Kelemahan ataumasalah dalam pemakaian pengurusan strategik adalah seperti dalam Jadual 1.2.

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 1

    14/16

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK14

    Jadual 1.2:Kelemahan Pengurusan Strategik

    KELEMAHAN PENGURUSAN STRATEGIK

    Ketidakupayaan untuk menjamin atau memastikan prestasi cemerlang sepanjangmasa.

    Kesukaran dalam mendapatkan semua pengurus strategik untuk bersetujuberkaitan keputusan strategik yang kritikal kerana takut, kepentingan peribadi,curiga, pengalaman buruk atau maklumat yang tidak tepat.

    Ketidakupayaan untuk memastikan kerjasama penuh dalam kalangan semuapekerja pada setiap peringkat akibat daripada salah faham dalam organisasi.

    Kebarangkalian membuat keputusan strategik secara tergesa-gesa akibat daripadaketerbatasan atau ketiadaan maklumat dan hanya berdasarkan kepada gerak hati

    atau pengalaman.

    Ketidakupayaan untuk bertindak secara berkesan kepada perubahan yang tidakdiduga dalam persekitaran.

    Kelemahan dalam mendapatkan komitmen dan sokongan pengurusan atasan.

    Kekangan kos kewangan dan masa yang diperlukan melakukan pengurusanstrategik.

    Kesukaran untuk mengkonsepsikan rangka kerja dan proses pengurusan strategik.

    Pada pandangan anda, adakah kelebihan pengurusan strategik melebihikelemahannya? Berikan justifikasi kepada jawapan anda.

    AKTIVITI 1.5

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 1

    15/16

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK 15

    1. Jawab Benar B) atau Salah S)bagi pernyataan berikut:

    No Soalan B S

    (a) Mencipta polisi ialah bahagian yang perlu bagipelaksanaan strategi.

    (b) Pengurusan strategik merupakan disiplin bersilangfungsian yang memberikan dirinya kepada pendekatanjenis satu-dua-tiga.

    (c) Pengurusan strategik membenarkan organisasi untuk

    menjadi lebih proaktif berbanding reaktif dalammembentuk masa depan.

    (d) Hanya pengurus atasan dalam perniagaan kecil-kecilan perlu terlibat secara aktif dalam pengurusanstrategik.

    (e) Satu kelemahan yang pengurus perlu elakkan dalamperancangan strategik ialah pengurus atasanmembuat banyak keputusan mengikut gerak hatiyang bercanggah dengan pelan rasmi.

    (f) Etika perniagaan yang baik tidak merangkumi

    peniupan wisel.

    2. Bincangkan secara ringkas aktiviti utama dalam proses pengurusanstrategik.

    3. Huraikan fasa Gluck bagi pembangunan dalam pengurusanstrategik.

    4. Bagaimanakah etika berkait dengan pengurusan strategik?

    5. Senaraikan beberapa faedah dan kelemahan bagi pengurusanstrategik.

    Jawapan Betul (B) atau Salah (S):

    (a) S (b) S (c) B (d) S (e) B (f) S

    AKTIVITI 1.6

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 1

    16/16

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK16

    Faktor utama yang terlibat dalam evolusi dan pembangunan pengurusanstrategik merupakan perubahan yang ditekankan dalam kandungan polisiperniagaan dan perubahan perspektif perancangan pengurusan.

    Faktor lain yang menyumbang kepada pembangunan termasuk perubahandalam persekitaran perniagaan.

    Polisi perniagaan

    Perancangan pengurusan

    Pengurusan strategik