refleksi pjm3103e

Upload: kamal-leo

Post on 11-Oct-2015

94 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

~

TRANSCRIPT

RefleksiSalam sejahtera saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan PJM3103E, iaitu Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani. Saya Faez bin Mohd Jawawi sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Reaksi saya selepas menyelesaikan tugasan ini sangat gembira kerana saya tidak menyangka bahawa telah berjaya menyelesaikan tugasan dengan jayanya. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai spektrum pengajaran Pendidikan Jasmani oleh Mosston dan Ashworth (1997). Bahan rujukan yang berkaitan tajuk ini sukar dicari terutamanya dalam bentuk buku dan dokumen bertulis. Jadi, saya juga telah menambah sumber rujukan lain dengan mencari maklumat-maklumatyang berkaitan di internet disebabkan maklumat-maklumat yang saya peroleh mengenai tajuk ini agak terhad. Saya juga tidak tahu bagaimana hendak memulakan tugasan ini kerana tidak begitu faham akan kehendak soalan. Walaubagaimanapun, setelah telah diterangkan dengan lebih lanjut mana-mana kehendak soalan yang saya tidak faham oleh pensyarah, Encik Mahamad Ali. Saya amat bersyukur, akhirnya dapat juga memahami kehendak soalan yang sebenar. Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam kerja kursus ini. Tambahan pula, saya sebelum ini tidak mempunyai asas dalam subjek Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani. Nota-nota yang telah diberikan oleh Mahamad Ali telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya. Saya telah memperoleh maklumat-maklumat penting dari perpustakaan dan saya juga telah mennyalin semula untuk memahami tajuk yang diberikan di dalam soalan kerja kursus. Pada mulanya, ia nampak seperti susah untuk disiapkan. Namun, berkat doa dan pertolongan pensyarah, saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Sepanjang saya melaksanakan tugasan kerja kursus ini, saya mendapat pelbagai pengetahuan tentang spektrum pengajaran Pendidikan Jasmani oleh Mosston dan Ashworth (1997). Antara yang saya perolehi antaranya adalah, saya dapat mengetahui serba sedikit tentang aspek pengajaran yang telah diterapkan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani oleh kedua-dua tokoh tersebut. Saya dapati bahawa, Mosston dan Ashworth telah membahagikan gaya pengajaran kepada dua aspek iaitu berpusatkan guru dan berpusatkan murid. Gaya pengajaran berpusatkan guru termasuklah gaya arahan, gaya latihan, gaya resiprokal, gaya semakan kendiri, dan gaya inklusi. Gaya pengajaran berpusatkan murid pula termasuklah gaya penemuan terbimbing, gaya penemuan tertumpu, gaya penemuan tercapah, program reka bentuk individu, gaya ikhtiar pembelajaran dan gaya pengajaran kendiri. Melalui pengetahuan yang saya peroleh daripada gaya-gaya pengajaran ini, saya boleh menggguna pakai mengikut kesesuaian apabila melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas nanti. Oleh itu, gaya-gaya pengajaran yang telah diperkenalkan sememangnya banyak membantu saya dalam menempuh cabaran menjadi seorang guru.Tugasan SJH 3105 ini juga merupakan tugasan yang telah memberikan saya satu pengalaman pembelajaran yang menarik. Dengan siapnya tugasan ini, secara tak langsung telah memberikan saya pengetahuan dan pendedahan dalam melaksanakan pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah nanti. Hal ini demikian kerana, spektrum pengajaran Pendidikan Jasmani oleh Mosston dan Ashworth (1997) diperkenalkan bagi membantu guru melaksanakan gaya pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani berdasarkan objektif yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, saya juga perlu mengambil kira tahap kebolehan murid yang saya hadapi supaya bersesuaian dengan gaya pengajaran yang digunakan. Jika saya dapati kebanyakan murid di dalam kelas mempunyai tahap akademik yang kurang memuaskan, saya perlu bijak memilih gaya yang bersesuaian.Seterusnya, saya juga mendapat pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk sesi pengajaran Pendidikan Jasmani. Setelah berjaya menghasilkan RPH, saya dapati bahawa RPH merupakan perkara yang amat penting kerana ianya menggambarkan persediaan yang dilakukan oleh guru sebelum mengajar. Sebagaimana hebatnya seorang guru itu atau seberapa lama guru tersebut telah mengajar, mereka masih perlu menyediakan RPH sebelum masuk ke kelas untuk mengajar. Hal ini demikian kerana dengan adanya RPH tersebut, seseorang guru itu dapat melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas dengan lancar. Set induksi, pengenalan pada langkah 1, perkembangan pada langkah 2, langkah 3, dan penutup adalah komponen-komponen di dalam RPH yang akan membantu guru dalam merangka perjalanan pengajarannya mengenai sesuatu topik tersebut. Ini membolehkan guru bersedia untuk masuk ke kelas.Sesungguhnya tugasan ini mempunyai kecacatan dan kekurangan disebabkan kurangnya pengetahuan dan sumber rujukan. Walauapapun, tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah sedikit sebanyak dapat membantu saya mendapatkan maklumat bagi menyiapkan tugasan ini. Kekurangan dan kecacatan ini memberikan pengajaran kepada saya supaya dapat melakukan tugasan yang lebih baik pada masa depan. Saya menganggap masalah dan juga kekurangan ini sebagai satu cabaran yang dapat mematangkan diri ini. Tanpa cabaran, saya akan menjadi seorang terlalu selesa dan tidak mahu berusaha dengan bersungguh-sungguh. Akhir sekali, saya berharap agar ilmu yang saya peroleh ini dapat diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran pada masa akan datang. Tugasan ini telah membuka perspektif baru kepada saya dalam proses pembelajaran dan proses pemerolehan maklumat serta mengenai pengurusan bilik darjah. Dengan siapnya tugasan ini, ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai subjek PJM3103E. Ia secara tak langsung telah menjadikan saya seorang pelajar yang kreatif dan mempunyai pemikiran yang positif terhadap tugasan. Sikap ini akan saya terapkan kepada pelajar sekolah apabila saya tamat belajar kelak. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya iaitu Encik Mahamad Ali bin Abd. Rahman.