tbe a(2016)
TRANSCRIPT
-
7/24/2019 TBE A(2016)
1/260
Pengenalan Muamalat Islam 1
BAHAGIAN
A
ASAS TAKAFUL DAN
TAKAFUL PERUBATAN &
KESIHATAN
-
7/24/2019 TBE A(2016)
2/260
2 Amalan Asas Takaful
-
7/24/2019 TBE A(2016)
3/260
Pengenalan Muamalat Islam 3
BAB A1
PENGENALAN MUAMALAT ISLAM
PENGENALAN
Bermula dengan Nabi Adam a.s., risalah suci mengesakan Allah s.w.t.telah diwahyukan dan seterusnya diperkembangkan sepanjang masa.
Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul terakhir telah menutup segala
kerasulan para anbiya dengan termaktubnya satu sistem hidupdengan peraturan tertib Ilahi dengan penuh saksama lagi sempurna.
Dalam bahasa Arab, kata dasar bagi perkataan Islam yangbermaksud berserah diri atau patuh menggambarkan penyerahansejati yang terkandung di dalamnya makna kata kerja aslama.
Agama Islam mencakupi satu sistem kesempurnaan hidup lagi
menyeluruh ke atas setiap aspek kehidupan manusia. Pada dasarnya,Islam adalah ajaran tauhid yang sama telah diperturunkan wahyu Ilahikepada semua Nabi terdahulu, bermula dari Nabi Adam, Nuh,Ibrahim, Ismail, Daud, Musa, Isa dan seterusnya Nabi akhir zaman,Muhammad s.a.w.
Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besarNabi Muhammad s.a.w. sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran:Pada hari ini, telah Ku sempurnakan bagimu agama kamu
dan telah Ku cukupkan nikmatKu kepada kamu dan telah Kuredhai Islam itu menjadi agama untuk kamu(Al-Quran, 5:3).
A1.1 PENGENALAN SYARIAH
1.1.1 Objektif Syariah
Syariahadalah intipati peraturan Islam, di mana makna asal Syariah
ialah jalan ke sumber mata air. Ia merangkumi keseluruhanundang-undang dan peraturan yang mengawal aspek kehidupan
-
7/24/2019 TBE A(2016)
4/260
4 Amalan Asas Takaful
manusia yang melangkaui aspek-aspek perundangan, politik,perniagaan, perbankan, keluarga dan juga masyarakat. Objektifutama Syariah ialah untuk memastikan sekalian manusiamelaksanakan suruhanNya (kebaikan) serta menjauhi laranganNya
(kejahatan). Istilah maruf (kebaikan) merujuk kepada semua kualitiamalan kehidupan yang diterima baik oleh manusia sejagat,sementara istilah munkar merujuk kepada semua kualiti amalan
kehidupan yang dianggap keji dan dikutuk masyarakat.
1.1.2 Konsep AdDeen (Syariah)
Sumber: Kitab Mughni al-Muhtaj (Imam Shafii); Kitab al-Mughni(Imam Hanafi); Kitab Bidayat al-Mujtahi (Imam Malik)
Dilihat dari perspektif yang paling asas, konsep Islam merangkumitiga komponen utama iaitu Akidah (kepercayaan), Syariah(undang-
undang) dan Akhlak (kod moral/adab).
Akidah bermaksud suatu set kepercayaan atau pegangan. Melihat dari
perspektif Islam, Akidah bermaksud ketetapan hati secara pasti dan
ISLAM
SYARIAHAKIDAH AKHLAK
IBADAT MUAMALAT JINAYAT
POLITIK SOSIAL
MUNAKAHAT
EKONOMI
-
7/24/2019 TBE A(2016)
5/260
Pengenalan Muamalat Islam 5
iman yang teguh terhadap Allah s.w.t., para Malaikat, para Rasul,Hari Kiamat, kitab-kitab dan percaya kepada Qadadan Qadar.
Syariah atau undang-undang Islam juga dikenali sebagai Fiqh. Fiqh
adalah perundangan Islam yang berkait rapat dengan hukum yangditetapkan oleh Allah s.w.t. mengenai cara hidup / amalan, moral /adab dan perundangan sosial dalam Islam. Cabang ilmu Fiqh
termasuklah Ibadat, Muamalat, Munakahat and Jinayat;
Fiqh Ibadat
Ibadah iaitu hukum-hakam yang berkaitan dengan hubunganmanusia dengan Allah. Ia merangkumi amalan / perbuatan
mensucikan diri seperti solat, haji, puasa, zakat, jihad dan bentuk-bentuk ibadah lain. Kesemua aturan hubungan tersebutmemperjelaskan tanggungjawab individu dan komuniti terhadapAllah s.w.t.
Fiqh Muamalat
Bidang ini adalah berkaitan dengan aturan perhubungan sesama
manusia dalam urusan harta benda, kotrak / perjanjian, organisasiperniagaan, sekuriti hutang dan kesolvenan, hak pemilikan,
pemberian / hadiah, warisan dan wakaf (pemberian sebahagianharta seseorang atas dasar sukarela, kekal dan tidak bolehdibatalkan, sama ada tanah atau barangan kepada jalan Allah).
Fiqh Munakahat
Bidang ini menyentuh tentang ketentuan atau aturan yangberkaitan dengan hubungan seseorang dalam keluarga sepertiperkahwinan, perceraian, pewarisan harta, hak penjagaan dan
perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. Secarakonvensionalnya, bidang ini mempunyai persamaan denganundang-undang persendirian.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
6/260
6 Amalan Asas Takaful
Fiqh Jinayat
Bidang ini adalah berkaitan dengan jenayah dan hukuman;merangkumi jenayah persetubuhan tanpa nikah (zina), mencuri
(sariqah), merompak, lanun dan menyamun, dan jenayah-jenayahlain yang tertakluk di bawah hukum hudud.
Dalam ilmu teologi dan falsafah Islam, akhlak merujuk kepada adat
kebiasaan, budi pekerti dan adab. Ia merangkumi perangai, resam,tabiat, akhlak, moral atau sifat seseorang. Akhlak juga meliputitingkah laku, sikap dan etika kerja seseorang Muslim yang boleh
mempengaruhi segala tindakannya.
1.1.3 Hukum Mandatori (Hukum Taklifi)
Hukum Taklifi ialah ketentuan Allah s.w.t. yang menuntut seseorangMuslim melakukan atau meninggalkan suatu perbuatan atau
berbentuk pilihan untuk melakukan atau tidak melakukan suatuperbuatan.Mengikut ajaran Islam,setiap perbuatan seseorang Muslimhendaklah berlandaskan lima rukun (al-Ahkam al-Khamsah)berikut:
Wajib (Iijab)
Wajib bermaksud suatu perkara yang diperintahkan oleh syaraksecara keras kepada seseorang Muslim untuk melaksanakannya.Contohnya: menunaikan solat dan berpuasa di bulan Ramadhan.
Dari sudut teknikal, ia merupakan perintah dari Allah s.w.t.mengikut aturan dan tatacara yang tertentu.
Sunat (Mandub)
Sunat adalah suatu perkara yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.
kepada seseorang Muslim untuk mengerjakannya, namun tidakdikenakan siksa bagi yang meninggalkannya. Ia bermaksud orangyang melaksanakan perintahNya akan mendapat pahala dan
meninggalkannya tidak mendapat dosa. Contohnya: memberiderma atau sedekah kepada mereka yang memerlukan.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
7/260
Pengenalan Muamalat Islam 7
Haram
Haram bermaksud perkara yang dituntut secara tegas oleh syarakuntuk tidak mengerjakannya, mengikut aturan dan tatacara yang
tertentu. Contoh perbuatan haram ialah menyalahgunakan hartamilik orang lain.
Makruh
Makruh adalah perkara yang dituntut oleh syarak untukmeninggalkannya namun tidak begitu keras. Dengan lain
perkataan, perkara yang dilarang melakukan tapi tidak disiksabagi yang mengerjakan. Contoh perbuatan makruh ialahberhutang tanpa dokumen yang sah (tidak direkodkan).
Harus (Mubah)
Mubah adalah perkara yang dibebaskan syarak untuk memilihuntuk mengerjakannya atau meninggalkannya, dan orang yangmelaksanakannya maupun yang meninggalkannya tidak mendapat
pahala atau dosa. Contohnya, semua bentuk kontrak / perjanjianadalah dibenarkan kecuali ia dibuktikan sebaliknya.
1.1.4 Sumber-sumber Utama dan Sokongan Syariah
No. Sumber Utama Keterangan
i. Al-Quran Al-Quran adalah kata-kata dari Allahs.w.t. yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. dalam bentuk wahyuuntuk dijadikan pedoman kepada seluruh
umat manusia. Al-Quran merupakansatu-satunya mukjizat tertinggi yang
menjadi sumber rujukan utama dalamperundangan Islam dan masyarakat
Muslim seluruhnya. Al-Quran adalahsumber lengkap dan muktamad dalam
-
7/24/2019 TBE A(2016)
8/260
8 Amalan Asas Takaful
menentukan sahnya setiap obligasi
udang-undang. Al-Quran dijadikansumber panduan yang lengkap danmenyeluruh, dan ia hendaklah diterima
pakai dan dilaksanakan seluruhnya.
ii. Sunnah Sunnahsecara harfiah bermaksudkaedah yang merangkumi sesuatuyang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w.
berupa perkataan (qawl), perbuatan (fil)dan ketetapan (taqrir).
Sebarang amalan yang datangnya dari
hasrat dan disandarkan kepadaRasulullah s.a.w adalah juga merupakaninspirasi dan ilham dari Allah s.w.t.
Istilah Sunnahperlu dibezakan dengan
Hadis, di mana hadis berupa kata-kataatau ucapan Rasulullah s.a.w.
No. Sumber
Sokongan
Keterangan
i. Ijma(kesepakatan
pendapat)
Ijmaialah kesepakatan pendapat ulamadi kalangan masyarakat Islam di zamanselepas kewafatan Rasulullah s.a.w,dalam menyelesaikan masalah berkaitan
kedudukan perundangan Islam.
Dari sudut perlaksanaannya, Ijmakmerupakan persetujuan perundanganoleh para ulama (mujtahid) apabila
kaedah penyelesaian masalah tidakdiperolehi melalui rujukan al-Quran danSunah. Para ulamaperlu mencapai kata
sepakat perundangan ketika sesuatupermasalahan itu timbul.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
9/260
Pengenalan Muamalat Islam 9
ii Qiyas
(kesimpulansecara
perbandingan)
Qiyasbermaksud membandingkan dan
mencari persamaan dari sudutperundangan atas perkara yang baruterjadi, yang secara jelasnya tidak
terdapat dalam al-Quran ataupun Hadis.Dengan lain perkataan, para ulama akanmerujuk kepada al-Quran dan Sunnah
perkara yang serupa dengan itu, dankemudiannya membuat kesimpulan /
ketetapan dengan membandingkan diantara permasalahan yang baru terjadi
dengan perkara yang telah ada hukumsebelumnya.
Secara amnya, Qiyas adalah lanjutankepada bidang Syariah berkaitan
permasalahan / kes terdahuludibandingkan dengan permasaalahan /
kes terbaru, disebabkan kes terbarumempunyai sebab dan akibat serta kesanyang sama dengan kes terdahulu.
iii Maslahah
(kepentinganumum)
Maslahah(pertimbangan kepentingan
umum) merupakan suatu konsep dalamperundangan Islam tradisional yangmembolehkan atau menghalang sesuatuhukum itu dibuat berasaskan kepadamatlamat sama ada ia adalah untuk
kebaikan dan menjaga kebajikan orangramai atau sebaliknya. KonsepMaslahah
berkait rapat denganIstislah.Maslahahbermaksud menjaga pertimbangankepentingan umum sementaraIstislah
bermaksud mencari yang terbaik demimenjaga kepentingan umumyang selain
dengan tujuan dan objektif syariah.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
10/260
10 Amalan Asas Takaful
iv Uruf(adat
resam ataukebiasaan)
Urufadalah merujuk kepada adat resam
atau pengetahuan yang dimiliki olehsesuatu masyarakat yang menyebabkan
perubahan dalam perundangan Islam.
Urufmerupakan salah satu sumberkeputusan/ketetapan Syariat Islamapabila tiada sebarang nas atau teks yangdinyatakan dalam Al-Quran danSunnah. Urufjuga boleh membuat
ketetapan atas sesuatu yang dinyatakansecara umum di dalam al-Quran dan
Sunnah.
v Istishab(andaian)
Istishabbermaksud penetapan hukumtentang wujud atau tidaknya sesuatufakta kes. Ia digunakan apabila tiada
sebarang dalil atau bukti yang dapatmengubah hukum tersebut.Istishab
menetapkan sesuatu berdasarkankeadaan yang sudah berlakusebelumnya, sehingga ditemukan dalil
yang menunjukkan ada perubahan.
vi Istihsan(mengutamakan
yang terbaik)
Istihsanbermaksud menetapka hukumyang lebih baik. Pendokongbeberapa
Mazhab menetapkan hukum yangmenjadi keutamaan bagi sesuatu masalah
dalam perundangan Islam, mengatasihokum-hukum lain yang sedia ada. Iamerupakan salah satu prinsip dalam
penetapan undang-undang / hukumanyang mengutamakan pentafsiran peribadi
atau ijtihad(menggunakan pertimbanganakal).
-
7/24/2019 TBE A(2016)
11/260
Pengenalan Muamalat Islam 11
1.1.5 Objektif Syariah (Maqasid Syariah)
Maqasid adalah perkataan Arab yang membawa maksud matlamatatau tujuan. Dalam konteks Islam, ia merujuk kepada objektif yang
ditetapkan oleh syarak dalam mensyariatkan hukum. Dalam ilmuMaqasid Syariah, terdapat 5 perkara utama yang perlu dipelihara. 5perkara utama tersebut ialah:-
Memelihara Keterangan / Catatan
Agama Syariahmenuntut umatnya memelihara dan
melindungi agamanya (Ad-Deen) dalam apa juakeadaan. Contohnya, mempertahankan pegangan
dan kesucian agama dari ancaman musuh-musuhIslam.
Nyawa Syariahmenuntut umatnya memelihara danmelindungi keselamatan nyawa (Hifz al-Nafs)
dalam apa jua keadaan. Contohnya, dalam usahamemelihara nyawa manusia, undang-undang telah
digubal untuk mengenakan hukuman yang setimpalkepada mereka yang melakukan pembunuhan.Dalam Islam, hukuman kepada mereka yang
membunuh manusia yang tidak berdosa ialahhukuman mati mandatori.
Keturunan Syariahmenuntut umatnya memelihara dan
melindungi keturunan masing-masing dalam apajua keadaan. Contohnya, Islam melarang umatnyamelakukan zina atau perbuatan-perbuatan lain tidak
bermoral agar kemuliaan keturunan tetapterpelihara.
Akal Fikiran Syariahmenuntut umatnya memelihara danmelindungi kecerdasan akal fikiran (Hifz al-Aql)
dalam apa jua keadaan. Pemeliharaan akaltermasuk melindunginya dari perkara-perkara yang
-
7/24/2019 TBE A(2016)
12/260
12 Amalan Asas Takaful
boleh merosakkan dan menjejaskan fungsi serta
keupayaan berfikir. Contohnya, Islam telahmengharamkan minuman keras dan benda-bendayang memabukkan kerana ianya boleh
menyebabkan seseorang itu hilang pertimbanganakal.
Harta Benda Syariahmenuntut umatnya memelihara danmelindungi harta yang dimiliki dalam apa juakeadaan. Terdapat pelbagai cara mengumpulkanharta secara tidak sah. Antaranya ialah
mengamalkan riba, menipu dalam urusan jual beli,pecah amanah dalam urusan berkaitan harta,
mencuri harta milik orang lain dan penipuan hartalain yang seumpamanya. Sesungguhnya, Islammelarang keras perbuatan tersebut.
A1.2 ASAS MUAMALAT
1.2.1 Pengenalan Muamalat
Muamalat dari sudut istilah bermaksud perhubungan dan peraturan
urusan jual beli, manakala secara teknikalnya Muamalatmerupakansebarang bentuk peraturan perhubungan dan persetujuan bersama
antara manusia dalam menyelesaikan masaalah / keperluan harian,terutamanya hal ehwal yang berkaitan dengan perdagangan dan
perniagaan. Muamalat adalah suatu bentuk hubungan sosial yangmembentuk pelbagai aktiviti ekonomi dan aktiviti bukan ekonomi.
Prinsip-Prinsip Asas Muamalat
Antara prinsip-prinsip asas yang memainkan peranan penting dalammembentuk perundangan Syariahdalam bidang Muamalatialah:
-
7/24/2019 TBE A(2016)
13/260
Pengenalan Muamalat Islam 13
Kebebasan membentuk kontrak / perjanjian
Para Muslim bebas menetapkan sebarang terma dan syarat dalamkontrak perjanjian, kecuali meletakkan syarat yang melarang
melakukan transaksi yang dibenarkan atau melakukan transaksiyang dilarang.
Status asal perkara berkenaan adalah dibolehkan
Kedudukan atau taraf semua perkara kecuali hal ehwal yangberkaitan dengan adat resam adalah dibolehkan oleh syarak,
sehinggalah terdapat dalil atau bukti yang melarangnya.
Dibolehkan oleh adat resam
Perumpamaan perundangan fiqh ada meyatakan dikuatkuasakandi bawah budaya dan adat resam. Dalam kebanyakan kontrak
perdagangan Syariah, hampir semua perkara yang tidakmenyalahi budaya dan adat resam adalah dibenarkan.
1.2.2 Larangan dalam Muamalat
Semua kegiatan dan aktiviti ekonomi adalah dibenarkan selagi ia
tidak menyalahi atau bertentangan dengan tuntutan Syariah.Sehubungan dengan itu, kesemua 4 mazhab utama (Hanafi, Maliki,Syafii, dan Hanbali) bersepakat pendapat bahawa semua bentukurusan perniagaan yang bertentangan dengan tuntutan Syariah
dianggap batal dan tidak sah.
Prinsip-Prinsip Am:
Tidak dibenarkan terlibat dalam kotrak jual beli barangan yang
ditegah dari hukum syarak seperti minuman keras dan lain-lain
produk yang dilarangan.
Tidak dibenarkan terlibat dalam kontrak jual beli yang terdapat
unsur-unsur riba (bunga atau faedah).
-
7/24/2019 TBE A(2016)
14/260
14 Amalan Asas Takaful
Kontrak yang melibatkan unsur-unsur perjudian adalah dilarang
dalam SyariahIslam.
Kontrak yang melibatkan unsur-unsur ketidakpastian (gharar)
juga tidak dibenarkan. Kontrak boleh dibatalkan sekiranya
terdapat unsurgharar.
Riba (bunga atau faedah)
Istilah riba dari sudut bahasa bermaksud melebihkan atau
tambahan kepada sesuatu transaksi.
Larangan berkaitan riba adalah sepertimana firman Allah s.w.t.yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman!, Janganlahkamu makan atau mengambil riba dengan berlipat ganda, dan
hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya(Al-Quran, 3:130).
Dan Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, yang maksudnya,
Apabila emas ditukar dengan emas, perak dengan perak, gandumdengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam ia
mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secaraterus (pada satu masa). Sekiranya berlainan jenis, maka berjual
belilah kamu sebagaimana disukai tetapi bayaran hendaklahdibuat dengan segera (Riwayat Muslim).
Dari Hadis yang dinyatakan di atas, emas dan perak adalahmewakili wang ringgit; sementara gandum, barli, buah tamar dangaram adalah mewakili barangan makanan. Kesemua barangan
berkenaan termasuk dalam jenis barangan ribawi.
Adalah jelas bahawa pengharaman boleh dibahagikan kepada 2jenis yang berbeza. Riba yang pertama ialah larangan menambahjumlah hutang (duyun) yang juga dikenali sebagaiRiba al-Duyun(Riba Hutang Piutang); sementara dalam urusan pertukaran
barangan ribawi yang sama jenis ditukar dengan kadar / nisbahtukaran yang berbeza. Riba ini juga dikenali sebagai Riba al-
-
7/24/2019 TBE A(2016)
15/260
Pengenalan Muamalat Islam 15
Buyu (Riba Jual Beli). Secara ringkasnya, ia adalah sepertiberikut:
Riba al-Duyun(Riba Hutang Piutang) terbentuk melalui pinjaman
kewangan iaitu;
i. Riba al-Qard di mana sejumlah tambahan (bunga atau
faedah) dari pinjaman pokok dikenakan dan dipersetujuiketika kontrak dibuat.
ii. Riba al-Jahiliyah di mana hutang yang dibayar melebihi
pinjaman pokok kerana si peminjam lewat atau tidak mampumembayar hutangnya pada waktu yang ditetapkan.
Riba al-Buyu (Riba Jual Beli) terjadi melalui urusan pertukaranbarang; iaitu Riba al-Fadl (barangan ribawi sama sejenis tetapi tanpa
persamaan timbangan atau sukatan) dan Riba al-Nasiah(penangguhan penyerahan atau penerimaan barangan ribawi).
Peraturan pertukaran barangan berikut digunakan dalammenentukan sama ada transaksi berkenaan dikategorikan sebagai
Riba al-FadlatauRiba al-Nasiah.
Peraturan 1:
Pertukaran barangan ribawi yang sama jenis (dan kadar atau
sukatan) hendaklah menggunakan kadar yang sama berat, sukatanatau jumlah serta bayaran / penghantaran barangan hendaklahdibuat pada waktu itu juga.
o Sekiranya pembayaran / penghantaran barangan dibuatdengan serta merta tetapi kadar berat, sukatan atau jumlahnyatidak sama, maka berlakulahRiba al-Fadl.
o Sekiranya pembayaran / penghantaran barangan
ditangguhkan tetapi kadar berat, sukatan atau jumlahnya
adalah sama, maka berlakulahRiba al-Nasiah.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
16/260
16 Amalan Asas Takaful
Peraturan 2:
Bayaran dan penghantaran barangan ribawi dari jenis dan kadaryang berbeza hendaklah dibuat pada waktu itu juga walaupun
mungkin dengan harga yang berbeza. Kadar berat, sukatan ataujumlah barangan yang ditukar tidak menjadi keutamaan.
o Sekiranya pembayaran dan penghantaran barangan tidakdibuat dengan segera (on the spot), maka Riba al-Nasiahtelah berlaku.
Perjudian (Maisir)
Perjudian ialah sebarang aktiviti urus niaga yang di dalamnyaterdapat unsur-unsur permainan yang melibatkan pertaruhan atau
perjudian. Sesuatu kontrak yang melibatkan unsur-unsur
perjudian (maisir) adalah dianggap batal (batil). Judi bolehditakrifkan sebagai suatu pertaruhan atau mengenakan caj tertentuyang mana bayaran tersebut akan lupus sekiranya seseorang itutidak berjaya memperolehi keuntungan / ganjaran yangdiharapkan. Ia juga dikenali sebagai permainan dengan hasil
bersih sifar, iaitu nilai ganjaran yang diterima oleh pemenangpertaruhan dan mereka yang kalah pertaruhan adalah bersamaan
dengan sifar. Kemenangan yang diperolehi oleh satu pihak adalahkerugian kepada pihak yang lain. Sekiranya sesuatu transaksi itumelibatkan perkara yang menyalahi undang-undang dan
membawa keburukan atau kemusnahan harta benda, maka iaboleh dianggap sebagai perjudian.
Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:Mereka akan bertanyakepadamu tentang minuman keras dan judi, katakanlah: padakeduanya terdapat dosa besar dan manfaat bagi manusia. Tetapidosanya lebih besar dari pada manfaatnya (Al-Quran, 2:219)
-
7/24/2019 TBE A(2016)
17/260
Pengenalan Muamalat Islam 17
Ketidakpastian (Gharar)
Gharar atau ketidakpastian dalam sesuatu transaksi atau aktivitiyang tidak berlandaskan Syariah, yang menyebabkan berlakunya
ketidakadilan kepada pihak-pihak yang terlibat. Ini adalahdisebabkan kuantiti dan kualiti barangan yang dinyatakan dalamtransaksi berkenaan tidak diketahui atau tidak ditetapkan nilainya.
Ayub (2007) mentakrifkanghararsebagai sejenis permainan judi,untung nasib, pertaruhan atau risiko. Gharar berlaku apabilaterdapat unsur-unsur ketidakpastian dalam transaksi dimana ciri-ciri dan kewujudannya tidak dapat dipastikan secara tepat,
disebabkan sifatnya yang berisiko. Keadaan tersebutmenyebabkan kontrak berkenaan dianggap batal atau bolehdibatalkan.
Rasulullah s.a.w. juga melarang umatnya terlibat dalam Gharar,
Al-Baji al-Andalusi menyatakan:
Nabi Muhammad s.a.w melarang urusan jual beli yangmelibatkan gharardan boleh menyebabkan urusan tersebut tidaksah. Jual beli melibatkan gharar bermaksud transaksi di mana
terdapat unsur-unsur gharar yang nyata dan jelas sehingga iaboleh dikategorikan sebagai jual beli gharar. Para ulama
bersependapat bahawa jual beli seperti ini adalah dilarang dantidak sah. Sebaliknya, gharar kecil tidak menyebabkan urusan
jual beli terbatal kerana para ulama berpendapat tiada kontrak
yang benar-benar bersih dari unsur-unsurgharar.
Gharar boleh dikategorikan kepada dua pecahan kecil iaitu
Gharar Kecil danGharar Besar;
(i) Gharar Kecil (Yasir)
Gharar Kecildiberi kelonggaran dan boleh dimaafkan kerana
ia tidak membatalkan kontrak jual beli, bermaksud unsur-
unsur gharar di dalamnya tidak mempengaruhi komponenpenting dan syarat-syarat utama kontrak (contohnya syarat-
-
7/24/2019 TBE A(2016)
18/260
18 Amalan Asas Takaful
syarat berkaitan aset, harga, bahasa yang digunakan dansebagainya).
(ii) Gharar Besar (Fahish)
Ghararyang menyebabkan kontrak tidak sah dikenali sebagaiGharar Besar. Secara amnya, gharar besar mengandungi
ciri-ciri berikut;
unsur-unsur ketidakpastian (gharar) terlalu nyatasehingga ia tidak boleh diterima sebagai suatu kontrak
yang sah; atau ia terlalu kabur sehingga sukar untukdinilai dan difahami.
1.2.3 Konsep Kontrak dalam Muamalat
Al-Barbati dalam bukunya, Al-Inayah ala Fath al-Qadir
mendefinisikan aqadatau kontrak seperti berikut:
Hubungan yang sah di sisi undang-undang tercipta melalui ikatan
dua pengisytiharan dan wujud kesan perundangan atas perkara pokokyang dimaksudkan.
Aqaddari sudut bahasa bermaksud ikatan atau simpulan. Dalambahasa Inggeris, ia dikenali sebagai kontrak. Kontrak juga boleh
didefinisikan sebagai pernyataan persetujuan pertukaran hak milikatas barangan / perkara pokok yang ditawarkan oleh penjual dan
pernyataan penerimaan barangan / perkara pokok oleh pembeli.Kontrak yang lengkap perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
Rukun Aqad Keterangan
Aqidain(pihak-pihak yang
terikat dalam
kontrak)
Ia merupakan syarat utama yang menjadikankontrak tersebut sah dimana pihak-pihak yang
terlibat memenuhi syarat kelayakan mengikat
kontrak. Keupayaan memenuhi syaratkelayakan menjadikan seseorang itu
-
7/24/2019 TBE A(2016)
19/260
Pengenalan Muamalat Islam 19
mempunyai hak dan layak untuk memikul
tanggungjawab yang diamanahkan.
Sighah(pernyataan ijabdan qabul)
Sighahialah suatu bentuk kontrak yangmengandungi ikrar ijab(lafaz penjual) danqabul(lafaz pembeli) atau tawaran dan
penerimaan. Tawaran yang dibuat oleh pihakpertama dipanggil ijab kerana ia menawarkandan mengesahkan persetujuan penerimaan oleh
pihak kedua.
Maqudalaih(barangan dan
harga jual beli)
Ia adalah perkara pokok atau barangan yangdimaksudkan di dalam kontrak. Mengikut
perundangan Islam, terdapat beberapa syaratyang perlu dipenuhi bagi barangan berkenaan
untuk menjadikan kontrak tersebut sah; iaitubarangan tersebut hendaklah sah disisi undang-undang, wujud (sedia ada) dan telah
dikenalpasti.
A1.3 PENERAPAN KONTRAK SYARIAHDALAM
PERNIAGAAN TAKAFUL
Dalam perundangan Islam, kontrak boleh wujud dalam bentuk duakeadaan iaitu kontrak dua pihak (bilateral) atau kontrak satu pihak(unilateral). Kontrak didefinisikan sebagai hubungan antara tawaran
dan penerimaan yang menghasilkan persetujuan perundangan atasperkara pokok kontrak. Sebarang urusan perjanjian yang melibatkanharta benda perlu memenuhi beberapa keperluan asas kontrak yang
bersesuaian dengan tujuan urusniaga berkenaan.
Secara amnya skim Takaful melibatkan dua pihak iaitu PengendaliTakaful dan sekumpulan Peserta yang biasanya dikenali sebagai
pemegang polisi dalam insurans konvensional. Ringkasnya, kontrak
Takaful yang mewujudkan hubungan di antara Pengendali Takafuldengan peserta boleh dikategorikan dalam beberapa bentuk iaitu
-
7/24/2019 TBE A(2016)
20/260
20 Amalan Asas Takaful
Tabarru, Wakalah dan Mudharabah bergantung kepada kehendakdan keperluan pihak-pihak yang terlibat. Keterangan lanjut mengenai
bentuk kontrak berkenaan adalah seperti berikut:
No. Keterangan Kontrak Keterangan Lanjut Kontrak
Takaful
i. Kafalah
Satu kontrak jaminan dimana seseorang
mmenambah kepadadirinya tanggungjawab
atau liability bagi pihakorang lain.
Dalam perniagaan Takaful,peserta menyumbang kepada
dana Takaful dengan persetujuanbersama bahawa Pengendali
Takaful diamanahkan untukmelaksanakan dalammenguruskan dana takaful secara
berhemat dan membayarmanfaat Takaful kepada peserta
sekiranya ditimpa musibah.
KontrakKafalahyang wujud
dalam operasi sistem Takaful diMalaysia dan seluruh dunia.
ii. Tabarru
Bermaksud sumbangan
atau derma yangdiberikan oleh seseorangyang kemudiannya
diberikan kepada oranglain yang
memerlukannya, tanpamengharapkan apa-apa
balasan.
Dalam perniagaan Takaful,
peserta bersetuju untukmenderma sejumlah wang keDana Takaful berdasarkan
kontrak tabarru. KontrakTabarrumerupakan elemen
utama dalam perniagaan Takafuldan ianya bukan sahajadiamalkan di Malaysia, malah ia
juga diamalkan diseluruh dunia.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
21/260
Pengenalan Muamalat Islam 21
iii. Wakalah (wakil-mewakil)
Kontrak agensi wujudapabila seseorang itu
mewakilkan individu lainmenjalankan tugas-tugas
perniagaan bagi pihaknya.Individu yang menerimatugas tersebut dipanggil
wakil. Oleh yangdemikian, kedua-dua
pihak iaitu prinsipal danwakil sama-sama terikatdi bawah kontrak
wakalah.Kafalah(menjamin atau
menjaga).
Dalam perniagaan Takaful,peserta melantik Pengendali
Takaful sebagai wakilnya untukmengurus dana dan perlindunganTakaful. Kontrak wakalahdiamalkan oleh semua
pengendali Takaful di Malaysia
dan juga sebahagian besarpengendali Takaful di seluruh
dunia.
iv. Jualah
Kontrak menyewa bagi
perkhidmatan, di manasatu pihak berjanji untuk
membayar amaun yangdinyatakan wang bagi
perkhidmatan yangdiberikan selaras denganterma-terma yang
dirundingkan di antaramereka.
Dalam perniagaan Takaful, para
peserta menyumbang sejumlahwang kepada dana Takaful.
Pengendali Takaful adalahdiamanahkan untukmenguruskan dana Takafulsecara berhemah dari segi
pelaburan dan pembayaran
manfaat Takaful kepada pesertayang layak jika berlaku musibah.
Pengendali Takaful berhakkepada fi untuk perkhidmatanyang diberikan.
KontrakJualahdiamanahkan
oleh semua Pengendali Takafuldi Malaysia manakala
-
7/24/2019 TBE A(2016)
22/260
22 Amalan Asas Takaful
kebanyakan Pengendali Takaful
di seluruh dunia beroperasi dibawah model Wakalah.
v. Mudharabah
AmalanMudharabah(berkongsi keuntungan)
bermaksud suatu kontrakkewangan di mana pihak
pertama yang dikenali
sebagaiRabb al-Malmenyediakan dana kepada
pihak yang satu lagi yangdipanggilMudharib.
Mudharibkemudiannya
diberi tanggungjawabmengurus dana berkenaan
melalui urusan pelaburanatau perniagaan yang
boleh memberi
keuntungan. Kedua-duapihak akan berkongsi
keuntungan yangdiperolehi mengikut kadaryang ditetapkan.
Dalam perniagaan Takaful,peserta mencarum sejumlahwang ke dana Takaful di mana
peserta bertindak sebagaiRabbal-Mal, sementara Pengendali
Takaful menjadiMudharibyangbertindak sebagai pengurus dana
dan berusaha mencatatkeuntungan dari pelaburan yangdibuat. Peserta dan Pengendali
Takaful akan berkongsikeuntungan yang diperolehi
mengikut kadar yangdipersetujui terlebih dahulu.KontrakMudharabahdiamalkan
oleh Syarikat Takaful MalaysiaBerhad ketika syarikat
berkenaan mula beroperasi.Walau bagaimanapun,sebahagian daripada PengendaliTakaful yang beroperasi diMalaysia mengamalkan kontrak
Mudharabahhanya padabeberapa produk kewangan
sahaja.
vi. Musyarakah
Kontrak Shirkah
(perkongsian).Musyarakahadalah satu
Dalam perniagaan Takaful, para
pemegang saham masing-masingbersetuju bersama untuk
-
7/24/2019 TBE A(2016)
23/260
Pengenalan Muamalat Islam 23
perjanjian di antara dua
atau lebih pihak untukmengendalikan
perniagaan tertentu di
mana semua pihakmenyumbang kepadamodal untuk berkongsikeuntungan. Dalamurusan musyarakah, pihak
yang terlibat di siniberkongsi liabiliti,
keuntungan dan jugakerugian berdasarkankepada persetujuan
mereka.
menyumbang sejumlah wang
untuk memulakan perniagaanTakaful. Ini adalah persejutuan
bersama di kalangan para
pemegang saham yang dipanggilmusyarakah.
Kontrak musyarakah diamalkandi kalangan semua pemegang
saham semua PengendaliTakaful di Malaysia dan
Pengendali Takaful di seluruhdunia.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
24/260
24 Amalan Asas Takaful
-
7/24/2019 TBE A(2016)
25/260
Konsep Risiko 25
BAB A2
KONSEP RISIKO
PENGENALAN
Risiko boleh ditakrifkan sebagai ketidakpastian tentang apa yang
akan berlaku pada masa hadapan. Istilah risiko mempunyai pelbagaipengertian dalam dunia perniagaan dan kehidupan harian. Risikosecara umumnya bermaksud kemungkinan berlakunya kebinasaan,
kecederaan atau kerugian. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai sebarangsituasi di mana terdapatnya ketidakpastian tentang apakah yang akan
berlaku dan kesan yang perlu ditanggung. Risiko biasanya dikaitkan
dengan kejadian atau kesan yang merugikan, sementara peluang
atau nasib dikaitkan dengan hasil atau keputusan yang
menggembirakan / menguntungkan. Contoh risiko ialah diagnosakanser paru-paru di kalangan para penghisap rokok di mana
ketidakpastian sentiasa wujud sama ada mereka pasti akan menghidapkanser berkenaan ataupun tidak.
A2.1 KONSEP RISIKO
Oleh kerana tujuan perbincangan berkait rapat dengan risiko yangboleh diTakafulkan, tumpuan akan diberikan kepada risiko yang
berkemungkinan boleh menyebabkan kerugian kewangan. Kerugiankewangan didefinisikan sebagai kehilangan atau penurunan nilaidisebabkan berlakunya musibah atau kecelakaan.
Selain dari risiko ketidakpastian sama ada sesuatu musibah itu akan
menyebabkan kerugian atau tidak, risiko juga mempunyai kaitandengan kebarangkalian kekerapan (frequency) dan keterukan(severity). Tahap risiko ditentukan melalui hubungan berkenaan.
Hubungan tersebut dijelaskan melalui Heinrich Triangle. HeinrichTriangle menerangkan bahawa sekiranya kekerapan kejadian yang
berlaku itu adalah tinggi, maka tahap keterukan (severity) adalahrendah. Manakala kejadian yang kurang kerap berlaku akan
-
7/24/2019 TBE A(2016)
26/260
26 Amalan Asas Takaful
menyebabkan tahap keterukan yang tinggi. Contohnya, kemalangandi udara yang melibatkan kapalterbang jarang berlaku tetapi sekiranya
berlaku kemalangan berkenaan maka tahap keterukancedera parahatau kematianadalah tinggi.
2.1.1 Peril dan Bahaya
Konsep Keterangan Contoh
Peril Peril digunakan untuk
mengenal pasti sebab-sebab
kerugian. Sebarangkerugian akibat
kemalangan disebabkanoleh sesuatu peril adalah
tertakluk kepada tuntutan dibawah polisi / pelanperlindungan yang
berkaitan. Contoh-contohperil termasuklah
kebakaran, banjir,pelanggaran, kemalangan,gempa bumi, sakit dan
kematian.
Kenderaan yang
dilindungi di bawah
polisi insurans motormengalami kerosakanakibat kemalangan
(kemalangan adalah perilyang dilindungi). Oleh
itu, tuntutan boleh dibuatdi bawah polisi ini
Sekiranya sebuah
restoran musnahdisebabkan kebakaran(kebakaran adalah peril
yang dilindungi), maka
tuntutan boleh dibuat dibawah polisi insuranskebakaran.
Bahaya Bermaksud sesuatu perlakuan atau keadaan yang
meningkatkan kebarangkalian berlaku kerugian. Bahayaboleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
1.Bahaya Fizikal -Merujukkepada ciri fizikal
perkara pokok insuransyang boleh
meningkatkan
kemungkinanberlakunya kerugian.
Kerja-kerja pendawaianyang tidak sempurna dalamsesebuah bangunan yang
boleh meningkatkan
kemungkinan berlakunya
kebakaran.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
27/260
Konsep Risiko 27
2.
Bahaya Moral
Merujuk kepada sikapseseorang yangmeningkatkan
kemungkinanberlakunya kerugian.Bahaya moral sukaruntuk diramal.
Seseorang itu dengan
sengaja membakar produkyang tidak laku dijual tetapitelah diinsuranskan untuk
menuntut ganti rugi dariinsurer; atau pemilik polisiyang tidak jujur membuattuntutan yang melampaudan sengaja diada-adakan.
2.1.2 Kategori Risiko
Risiko boleh dikelaskan kepada beberapa kategori utama iaitu:
Risiko Keterangan Contoh
Tulen Merujuk kepada kebarangkalianterjadi kerugian ataupun tiadasebarang kerugian. Risiko tulensecara umumnya boleh dilindungi.
Kebakaran, petir,banjir taufan,kematian,kemalangan,kecurian dan
sebagainya.
Spekulatif Merujuk kepada kebarangkalianberlaku kerugian, tiada kerugianatau mengaut keuntungan. Tidak
dapat dipastikan sama ada sesuatukejadian itu boleh membawakeuntungan, kerugian atau tiadakerugian. Risiko spekulatif tidak
boleh dilindungi/diisuranskan
Pelaburan dipasaran saham,pasaran
matawang asing,meneroka bidang
perniagaan barudan sebagainya.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
28/260
28 Amalan Asas Takaful
2.1.3 Risiko Asas dan Risiko Khusus
Risiko Keterangan Contoh
Risiko
Asas
Risiko Asas akan memberi kesan
ekonomi yang menyeluruhkepada masyarakat seluruhnyaatau kepada kumpulan individudalam masyarakat. Risiko Asasadalah di luar kawalan mana-
mana individu.
Kerosakan harta
benda disebabkangempa bumi,
peperangan dansebagainya.
RisikoKhusus
Risiko khusus akan hanyamemberi kesan kepada individu
tertentu dan bukannya keseluruhanmasyarakat dan risiko ini bolehdikawal.
Kerosakan hartabenda disebabkan
kemalangan,kecurian,rompakan dan
sebagainya.
2.1.4 Jenis-Jenis Risiko Tulen
Risiko Tulen biasanya boleh diinsuranskan dan perbincanganmengenai insurans dan Takaful akan memberi tumpuan kepada
risiko-risiko berkenaan.
Risiko Tulen boleh dikategorikan kepada tiga (3) jenis utama yang
kesemuanya boleh menyebabkan ketidakstabilan kewangan iaituRisiko Peribadi, Risiko Harta, dan Risiko Liabiliti.
Risiko Keterangan Contoh
Risiko
Peribadi
Merujuk kepada risiko yang memberi kesan
langsung kepada individu yang boleh
menyebabkan kemungkinan berlakunya kerugianatau pendapatan semakin berkurangan,
-
7/24/2019 TBE A(2016)
29/260
Konsep Risiko 29
menanggung perbelanjaan tambahan dan nilai aset
yang semakin susut.
Risiko peribadi boleh dibahagikan kepada empat
(4) jenis iaitu:
Risiko Mati Awal Kematian ketua keluargaatau pencari nafkah bolehmenyebabkan keluarga yangditinggalkan menghadapimasaalah kewangan.
Risiko Simpanan
Tidak Mencukupiketika Persaraan.
Para pesara menghadapi
kemungkinan kehilanganatau ketiadaan punca
pendapatan ketika bersarasekiranya mereka tidakmempunyai aset cair yang
mencukupi atau tiadasumber-sumber pendapatan
lain ketika persaraan. Risikoyang perlu ditanggung ialahtaraf dan gaya hidup yang
lebih rendah.
Risiko Kesihatanyang semakin
Buruk.
Kemungkinan seseorang ituperlu menanggung kos
perubatan yang amat tinggidan seterusnya kehilangan
pekerjaan / pendapatan.
Risiko Kehilangan
Pendapatan
Merupakan ancaman
kewangan yang terbesardisebabkan perniagaanmenghadapi zaman
kesukaran, perubahanekonomi dan aplikasi
-
7/24/2019 TBE A(2016)
30/260
30 Amalan Asas Takaful
teknologi dan sebagainya.
Risiko Harta Merujuk kepada kebarangkalian berlakunya
kerugian disebabkan kerosakan harta akibatkebakaran, banjir, gempa bumi atau bencana alamlain. Terdapat dua (2) jenis risiko yang berkaitan
dengan harta benda:
Kerugian Langsung
Kerugian kewangan
yang berlaku atas
kerosakan fizikalharta benda
disebabkankecurian atau
kemusnahan hartatersebut.
Sebuah kilang mengalami
kerosakan disebabkankebakaran (kerosakan fizikal
kilang berkenaan merupakan
kerugian langsung).
Kerugian TidakLangsung atauKerugian Turutan
Kerugian kewangan
yang berlaku secaratidak langsung ataskerosakan fizikalharta benda
disebabkankecurian ataukemusnahan harta
tersebut.
Selain dari kerugian akibatkerosakan fizikal kilang
berkenaan, pemilik kilangjuga kehilangan mata
pencarian / pendapatan
sepanjang tempoh kilangtersebut menjalani kerja-kerja
baik pulih. Kehilanganpendapatan adalah
merupakan kerugian tidaklangsung / kerugian turutan.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
31/260
Konsep Risiko 31
Risiko
Liabiliti
Merujuk kepada
risiko kecederaanbadan pihak ketigaatau kerosakan
harta. Pihakmahkamahmungkinmemerintahkan
pihak yang dituntut
membayar gantirugi atas
kecederaan anggotabadan pihak ketiga.
Organisasi atau firma
perniagaan terdedah kepadatuntutan liabiliti disebabkankecacatan produk yang
dihasilkan. Produk tersebutmungkin boleh menyebabkankecederaan anggota badanatau kerosakan harta kepada
pengguna yang menggunakan
produk berkenaan.
2.1.5 Ciri-Ciri Risiko yang Boleh Diinsuranskan
Ciri-Ciri Keterangan
Mempunyai NilaiKewangan
Risiko berkait rapat dengan kerugian di managanti rugi kewangan boleh dibayar setelah
berlaku sesuatu musibah umpamanya
kerosakan rumah kediaman disebabkan
kebakaran, kecurian kenderaan dansebagainya. Harta berkenaan mungkinmempunyai nilai kewangan dan nilai peribadi,tetapi ia hanya boleh diinsuranskan
berdasarkan nilai kewangan dan bukannyanilai sentimental harta / perkara pokokinsurans.
Risiko
Pendedahan yangSama
Risiko yang hendak diinsuranskan mestilah
mempunyai persamaan ciri-ciri dan terdapatjumlah yang banyak,
a)
Penilaian risiko melalui analisakebarangkalian dan statistik amat
-
7/24/2019 TBE A(2016)
32/260
32 Amalan Asas Takaful
bergantung kepada pengalaman lepas
yang dianggap munasabah jumlahnya.
b) Sekiranya hanya terdapat 3 atau 4
pengalaman pendedahan, ia akanmenyebabkan kos perlindungan dan
bayaran premium yang tinggi serta tidakkompetitif. Contohnya insurans
perlindungan sepasang kaki milik model /
peragawati terkenal.
Risiko Tulen Secara umumnya, hanya risiko tulen(kerugian atau tiada kerugian) sahaja yang
boleh diinsuranskan kerana seseorang itutidak boleh meraih keuntungan dari insurans.Risiko spekulatif memberi kemungkinan
berlaku kerugian, pulang modal (tiadakerugian) atau meraih keuntungan, dan oleh
itu ia tidak boleh diinsuranskan.
Risiko Khusus Risiko khusus boleh dilindungi sekiranya iamemenuhi kriteria risiko yang bolehdiinsuranskan.
Risiko asas biasanya tidak boleh
diinsuranskan, contohnya risiko peperanganatau perubahan nilai budaya. Walau
bagaimanapun, mungkin terdapat risiko yangboleh diberi perlindungan insurans tetapi iabergantung kepada lokasi geografi risiko
berkenaan.
Kerugian TidakDijangka
Adalah tidak munasabah untukmenginsuranskan risiko yang pasti akan
berlaku kerana ia bertentangan dengan salah
satu ciri-ciri risiko boleh diinsuranskan iaitukerugian tidak dijangka. Kekerapan dan
-
7/24/2019 TBE A(2016)
33/260
Konsep Risiko 33
ketenatan sesuatu risiko itu mestilah di luar
jangkaan, contohnya dalam insurans hayatbila / tarikh kematian adalah diluarpengetahuan manusia untuk memastikannya.
Contoh risiko yang telah dijangka, denganniat dan disengajakan ialah bunuh diri.
KepentinganBoleh Lindung
Bermaksud suatu hak hubungan yang sah disisi undang-undang di antara diri yangdiinsuranskan dengan perkara pokok insurans.
Risiko yang hendak dilindungi mestilahmempunyai kepentingan kewangan yang
diiktiraf oleh undang-undang. Diri yangdiinsuranskan merupakan individu yang akanmenanggung kerugian kewangan sekiranya
risiko yang dilindungi itu benar-benar terjadi.
Contohnya, pemilik rumah berhakmenginsuranskan rumah kediamannya.
A2.2 KONSEP RISIKO DALAM ISLAM
Terdapat sebilangan orang Islam yang terkeliru tentang konsep takdir
(Qada dan Qadar), yang mana mereka beranggapan takdir merekatelah ditentukan oleh Allah s.w.t. sejak azali lagi dan dengan itu tidak
perlu berusaha. Hakikatnya, setiap manusia tetap berkewajipan untukberusaha dan berikhtiar kerana semua perkara ditentukan oleh Allahtetapi manusia diberi pilihan untuk mencorakkan kesejahteraan
hidupnya sendiri. Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib / keadaaan sesuatukaum sehingga mereka sendiri mengubah keadaan yang ada padadiri mereka(Al-Quran, 13:11)
-
7/24/2019 TBE A(2016)
34/260
34 Amalan Asas Takaful
Seterusnya, dalam satu riwayat, Nabi Muhammad s.a.w. bertanyakepada seorang Badwi yang meninggalkan untanya tanpa ditambat,Mengapa kamu tidak menambat / mengikat unta kamu? OrangBadwi itu menjawab, Aku serahkan takdir dan bertawakkal kepada
Allah s.w.t. Nabi Muhammad kemudiannya menjawab, Ikatkandahulu unta itu, kemudian barulah bertawakkal.
Pengajaran dari peristiwa di atas mengukuhkan tanggapan bahawasesungguhnya umat Islam bukan sahaja perlu percaya pada QadadanQadar Allah, tetapi juga menegaskan yang mereka perlu berusahadan bertawakal demi mengelakkan malapetaka atau mengurangkan
risiko menanggung kerugian.
Pengurusan risiko merupakan suatu konsep yang bukan sahajaditerima oleh masyarakat Islam, malah mempercayainya sebagaisalah satu cara untuk mencapai objektif dan matlamat hidup, dan
seterusnya mencapai matlamat akhir ialah menikmati kehidupan yangpenuh keberkatan di dunia dan di akhirat kelak.
A2.3 RISIKO DAN TAKAFUL
Risiko-risiko yang perlu dihadapi dalam mengendalikaan operasiperniagaan Takaful tidak terhad kepada perkara-perkara yang
dinyatakan di bawah:
Jenis-jenis
Risiko
Keterangan
Risiko Operasi Risiko menghadapi kerugian disebabkan
kegagalan proses kerja dalaman, sumbermanusia dan sistem kendalian atau pengaruh
luar antara lainnya seperti:
Amalan dan keselamatan tempat kerja:kerugian disebabkan cara bekerja yang tidakselaras atau bertentangan dengan undang-
undang dan peraturan pekerjaan, kesihatan
dan keselamatan tempat kerja, sistemganjaran / upah.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
35/260
Konsep Risiko 35
Penipuan dalaman: kerugian disebabkantindakan pekerja yang berniat untuk menipu,
menyalahguna harta syarikat atau menyalahiperaturan, undang-undang dan dasar syarikat,amalan rasuah.
Penipuan luaran: kerugian disebabkan
tindakan pihak ketiga / luar yang berniatuntuk menipu atau pemalsuan dokumen,
penyalahgunaan harta syarikat ataumenyalahi peraturan/undang-undang.
Kerosakan harta: kerugian disebabkan
kerosakan atau kehilangan harta syarikatakibat bencana alam atau tindakan lainseperti keganasan, vandalisme dan
sebagainya.
Gangguan perniagaan dan sistem pincang
tugas: kerugian disebabkan gangguanbekalan utiliti, kegagalan perkakasan dan
perisian komputer.
Proses pengurusan, perlaksanaan dan
penyampaian: kerugian akibat kegagalan
proses transaksi atau proses pengurusan,kerugian yang berkaitan dengan urusan
dengan rakan niaga atau pembekal akibatkesilapan kemasukan data, kesilapan akaun,kegagalan menyiapkan laporan mandatori,
kerugian harta pelanggan disebabkankecuaian.
Pelanggan, produk dan amalan perniagaan:
kerugian disebabkan gagal (tanpa niat atau
cuai) untuk memenuhi tanggungjawabprofesional terhadap pelanggan tertentu
(termasuk keperluan industri dankesesuaian), atau kerugian akibat kecacatan
reka bentuk atau ciri-ciri produk.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
36/260
36 Amalan Asas Takaful
Risiko Undang-
undang
Risiko kerugian akibat tuntutan udang-undang
dari pihak ketiga.
Risiko Strategik Risiko kerugian akibat kesilapan membuatkeputusan atau strategi perniagaan yangmenimbulkan kesan negatif.
Risiko Reputasi Sebarang keraguan atau kesilapan dalam
membuat keputusan, aktiviti atau inisiatif bolehmencemarkan nama dan reputasi syarikat
Pengendali Takaful.
RisikoPengunderaitan
Risiko sekiranya dana caruman / tabarrutidakmencukupi untuk menampung bayaran tuntutandan rezab perbelanjaan penyelarasan kerugian
semasa tidak mencukupi.
Risiko Pelaburan Risiko dalam pelaburan ialah kerugian. Hampirkesemua bentuk pelaburan mempunyai
risikonya tersendiri: harga saham jatuh; bonatausukuktidak berfungsi sepatutnya, asetsandaran pasaran derivatif tidak berfungsiseperti yang dijangkakan.
Risiko TadbirUrus
Biasanya ia berkisar tentang aktiviti perniagaanseperti tadbir urus korporat, pengurusan risiko
perusahaan dan pematuhan korporat denganperaturan dan undang-undang sedia ada.
RisikoMeneruskan
Perniagaan
Iaitu merancang dan mengenal pasti pendedahanorganisasi terhadap ancaman dalaman dan
luaran serta penggemblengan kemahiran danaset bagi merangka tindakan pencegahan dan
pemulihan yang berkesan untuk organisasi,mengekalkan kelebihan kompetitif dan nilai
integriti sistem untuk memastikankesinambungan dan daya maju syarikat.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
37/260
Konsep Risiko 37
Risiko
PematuhanSyariah
Terdapat risiko kemungkinan operasi urus niaga
Takaful tidak mematuhi prinsip-prinsip Syariah.Pengendali Takaful mungkin menghadapi risikotidak memperolehi pendapatan yang dijangka
serta risiko reputasi. Sebagai contoh, risiko yangtelah diterima mungkin tidak mematuhi prinsip-
prinsip Syariah dan oleh itu terpaksa ditolak danmenyarankan agar kotrak dibatalkan ataumendermakan pendapatan kepada badan-badan
kebajikan.
A2.4 KAEDAH MENANGANI RISIKO
Apabila sesuatu risiko itu telah dikenal pasti dan dinilai, semua teknikpengawalan risiko boleh digunakan dan pada dasarnya terdapat empat
cara menangani risiko:
Pengelakan risiko
Pengawalan / pengurangan risiko
Pengekalan risiko
Pemindahan risiko
Perkongsian risiko
2.4.1 Pengelakan Risiko
Menjauhi atau menghapuskan risiko - Sekiranya diputuskan bahawaterdapat risiko yang tidak boleh diterima, maka organisasi boleh
memutuskan untuk tidak meneruskan aktiviti atau perniagaan yangmengandungi risiko berkaitan. Jika keputusan ini dibuat, makaindividu atau organisasi telah memutuskan untuk mengelakkan risiko.
Pengelakan mungkin seolah-olah jawapan kepada semua risiko, tetapimengelakkan risiko juga bermakna kehilangan potensi keuntungan
sekiranya menerima (mengekalkan) risiko yang dibenarkan.Keputusan untuk tidak meneruskan perniagaan bagi mengelakkan
risiko kerugian juga bererti mengelakkan kemungkinan memperolehikeuntungan. Contohnya, tidak membeli harta atau memulakan
-
7/24/2019 TBE A(2016)
38/260
38 Amalan Asas Takaful
perniagaan kerana tidak mahu menanggung liabiliti yang terkandungdidalamnya.
2.4.2 Pengawalan atau Pengurangan Risiko
Ini adalah suatu tindakan yang diambil untuk memperbaiki risikodemi mencapai tahap standard yang boleh diterima pakai. Proses
penilaian yang berterusan amat diperlukan untuk memastikan standardyang diingini dapat dicapai. Ia melibatkan kaedah mengurangkanketerukan / ketenatan kerugian atau kemungkinan dapat mencegahdari berlakunya kerugian. Sebagai contoh, memasang sistem perenjis
air untuk memadamkan api bagi mengurangkan risiko kerugiandisebabkan kebakaran.
2.4.3 Pengekalan Risiko
Sekiranya tahap risiko semasa berada di tahap yang boleh diterima,individu atau organisasi boleh memutuskan untuk mengekalkan risiko
berkenaan. Ia bererti berkesanggupan menerima kerugian sekiranya iabenar-benar berlaku. Pengekalan risiko merupakan satu strategi yangberdaya maju bagi risiko kecil di mana kos menginsuranskan risiko
berkenaan mungkin lebih besar dimasa akan datang berbandingdengan jumlah kerugian yang dialami.
2.4.4 Pemindahan Risiko
Ia melibatkan proses pemindahan risiko kepada organisasi (insurer)atau individu. Apabila risiko dipindahkan, kerugian akan dibayar olehorganisasi atau individu kepada mereka yang memindahkan risiko
berkenaan. Terdapat dua cara untuk memindahkan risiko
Contoh Kotrak Insurans / Takaful: Pemilik rumah bolehmemindahkan risiko kerugian sekiranya rumah kediamannya musnahdijilat api iaitu dengan membeli pelan Takaful kebakaran.
Contoh Kontrak Bukan Insurans / Takaful: Sesebuah pasar raya bolehmemindahkan risiko (liabiliti) yang timbul daripada penjualan produk
-
7/24/2019 TBE A(2016)
39/260
Konsep Risiko 39
yang megalami kecacatan dengan membuat kontrak perjanjian denganpengilang di mana pengilang bersetuju untuk membayar ganti rugikepada pasar raya dari liabiliti yang mungkin timbul daripada produkyang rosak.
A2.4.5 Perkongsian Risiko
Islam tidak membenarkan risiko ditukar iaitu pemindahan secarakeseluruhan kerugian kewangan yang timbul daripada risiko. Ia tidakdiiktiraf sebagai adil kepada setiap pihak kerana ia boleh membawakepada beban lebih-tuntutan di luar niat asal syarikat insurans, atau
sebaliknya juga boleh mengakibatkan tahap premium yang tidak bolehditerima oleh pihak yang dilindungi.
Sebagai alternatif, individu atau organisasi boleh berkongsi risikodengan orang lian yang mempunyai sifat risiko yang serupa. Amalan
ini dipanggil perlindungan Takaful.
A2.5 PENGURUSAN RISIKO
2.5.1 Mengenalpasti Risiko
Mengenalpasti risiko merupakan langkah yang paling penting dalam
proses pengurusan risiko. Ia perlu dilakukan untuk mengenal pastirisiko-risiko yang boleh menjejaskan kewangan individu atau firmasebelum suatu jalan penyelesaian boleh disediakan. Apabila risiko
telah dikenal pasti, ia hendaklah diukur dan dinilai secara individubagi menentukan kebarangkalian atau kemungkinan berlaku kerugiandan kesan kewangan keatas individu atau firma terbabit.
Pengurusan risiko mengambil pandangan bahawa sesebuah firmaterdedah kepada risiko dalam pelbagai cara yang kesemuanya bolehmenyebabkan kerugian kewangan. Oleh itu, risiko dilihat dalam ertikata yang seluas-luasnya, dan tidak terhad kepada risiko yang boleh
diinsuranskan. Tanggungjawab pengurus risiko ialah mengenal pasti
risiko yang berkemungkinan boleh menjejaskan perniagaan syarikat.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
40/260
40 Amalan Asas Takaful
Kaedah Mengenal pasti Risiko
Pemeriksaan Fizikal
Membuat lawatan singkat ke loji adalah penting untukmembantu memahami risiko berkaitan, yang kemudiannyadiikuti dengan proses formal mengenal pasti risiko secaralebih menyeluruh.
Carta Organisasi
Satu carta yang menunjukkan struktur organisasi syarikat danhubungan di antara kakitangan dan jabatan yang berlainan
dapat membantu mengenal pasti kelemahan strukturorganisasi.
Carta Aliran Kerja
Satu carta yang menunjukkan bahan-bahan atau kerja'berfungsi' melalui pelbagai peringkat proses di mana
bahagian yang lemah / tidak berfungsi boleh dikenal pasti.
Senarai Semak
Suatu senarai soalan pertanyaan atau soal selidik yang
berkaitan dengan bidang-bidang utama aktiviti bolehmembantu mengenal pasti bahagian-bahagian yang
mempunyai risiko.
2.5.2 Pemeriksaan dan Penilaian Risiko
Pemeriksaan dan penilaian risiko adalah proses menentukan kesanrisiko atau potensi kerugian supaya tindakan sewajarnya dapat diambil
berdasarkan sumber-sumber yang sedia ada. Penilaian risikomelibatkan anggaran kekerapan dan keterukan pendedahan risiko dan
menentukan tahap kedudukannya berdasarkan kepada perbandingan
-
7/24/2019 TBE A(2016)
41/260
Konsep Risiko 41
kepentingan. Risiko yang berpotensi tinggi menyebabkan kerugianakan diberikan keutamaan dalam pelan pengurusan risiko.
Kekerapan risiko merujuk kepada jumlah atau bilangan sesuatu
musibah itu berlaku yang mengakibatkan kerugian, dalam suatutempoh masa yang ditetapkan (kebarangkalian berlakunya).
Keterukan risiko merujuk kepada kos atau jumlah kerugian dari
segi kewangan, yang terpaksa ditanggung akibat dari musibah
berkenaan.
Tidak semua risiko itu penting dan perlu dikendalikan ataudiinsuranskan / dilindungi. Bagi risiko yang lebih kecil, ia bolehdiabaikan walaupun terdapat kemungkinan yang ia boleh berlaku.
Walau bagaimanapun, saiz risiko sahaja tidak menentukan sama adaia perlu diberi keutamaan. Risiko yang mempunyai kemungkinan
yang sedikit untuk terjadi tetapi membawa kesan yang besar terhadapkedudukan kewangan individu atau firma perlu diberi keutamaan.Contoh: Dalam pelan pengurusan risiko, pendedahan kerugian yang
berpotensi untuk menyebabkan sesebuah firma itu muflis adalah jauhlebih penting berbanding dengan pendedahan risiko yang berlaku
tetapi hanya melibatkan kos yang kecil.
2.5.3 Pembangunan Pelan Pengurusan Risiko
Apabila sesuatu risiko telah dinilai sepenuhnya, sudah tiba masanya
untuk memilih kaedah pengurangan risiko yang bersesuaian.Pemilihan kaedah tersebut harus dibuat pada peringkat awal pelan
pembangunan dengan mengambilkira kos dan keberkesanannya.Terdapat empat kaedah pengurangan risiko - Pengelakan Risiko;Kawalan Risiko; Pembendungan Risiko dan Pemindahan Risiko.
2.5.4 Perlaksanaan Pelan Pengurusan Risiko
Sebaik sahaja pemilihan kaedah yang sesuai telah diputuskan, pelan
pengurusan risiko sudah bersedia untuk dilaksanakan. Dalammelaksanakan langkah ini, risiko perlu dikenalpasti keutamaannya dan
-
7/24/2019 TBE A(2016)
42/260
42 Amalan Asas Takaful
disesuaikan dengan bentuk tindakan yang akan diambil. Salah satubentuk tindakan yang kerap diambil ialah dengan menginsuranskan /melindungi risiko tersebut.
2.5.5 Kajian semula dan Pemantauan Pelan Pengurusan Risiko
Kajian semula dan pemantauan adalah satu lagi langkah penting
dalam proses pengurusan risiko. Aktiviti-aktiviti ini melibatkan
kajian / penilaian semula secara berkala, memantau proses
perlaksanaan serta semakan progresif keatas pelan berkenaan
supaya ia selaras dengan perubahan dalam persekitaran
perniagaan dan ekonomi.
Peringkat pemantauan dan kajian semula risiko termasuk
mengeluarkan buku panduan/ manual mengenai risiko , laporan
tuntutan, kajian pengalaman dan audit. Secara umumnya, risiko
yang berlainan memerlukan kaedah pemantauan yang berbeza,
khususnya risiko yang dilindungi yang perlu dipantau secara lebih
kerap dan melaporkan terus kepada pihak pengurusan.
Penilaian semula secara berkala boleh membantu mengenal pasti
sebarang kekurangan atau pengubahsuaian, dan juga memastikan
objektif pelan pengurusan risiko boleh dicapai. Kajian / penilaian
semula perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
2.5.6 Komunikasi Pelan dan Objektif Pengurusan Risiko
Sering diperkatakan bahawa bukan pelan yang penting, tetapi
ketelitian perancangan itu sendiri yang menjadi keutamaan. Iniadalah sangat benar dimana komunikasi yang berkesan disemuafasa perancangan pengurusan risiko amat diperlukan. Keperluan
komunikasi sering diabaikan dan akibatnya, fasa perlaksanaan danpemantauan tidak dititikberatkan sehingga mengakibatkan
objektif pelan pengurusan tidak dapat dicapai.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
43/260
Konsep Risiko 43
Petunjuk-petunjuk penting dari sumber dalaman atau luaran yang
berkaitan dengan pengurusan risiko perlu diambilkira. Kedua-duasumber berkenaan perlu dimasukkan ke dalam dasar pengurusanrisiko. Petunjuk-petunjuk utama ini boleh dipecahkan kepada
bidang pengkhususan risiko masing-masing.
Pengurusan risiko perlu diintegrasikan ke dalam budaya korporat.
Dalam amalan pengurusan risiko yang moden, setiap individudalam syarikat bertanggungjawab untuk mencapai objektif
pengurusan risiko firma. Oleh itu, dalam semua fasa pengurusanrisiko, komunikasi antara pihak-pihak yang terlibat amatlah
penting.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
44/260
44 Amalan Asas Takaful
-
7/24/2019 TBE A(2016)
45/260
Pengenalan Takaful 45
BAB A3
PENGENALAN TAKAFUL
PENGENALAN
Dalam zaman sebelum kedatangan Islam, adalah menjadi adat orang-orang Arab pagan untuk membayar pampasan atau diyat, di mana
penjenayah perlu membayar ganti rugi berupa Darah-Wang (diyat)sebagai pampasan kepada ahli keluarga mangsa yang telah mati
dibunuh. Ia adalah menjadi hak keluarga si mati untuk menuntutpampasan daripada suku atau keluarga pesalah / pembunuh. Adatmembayar diyat diamalkan bagi menggantikan adat primitif
sebelumnya iaitu hutang darah dibayar darah. Diyat diperkenalkanbagi mengelakkan berlakunya balas dendam dan peperangan antarapuak. Sistem pampasan 'darah-wang' terus diamalkan walaupunselepas kedatangan Islam kerana kebaikan dan manfaat berikut;
Ia mengurangkan tragedi pertumpahan darah dan persengketaan.
Menjadikan tanggungjawab individu sebagai tanggungjawab
kolektif.
Mengurangkan beban kewangan individu yang terlibat. Memupuk semangat kerjasama dan persaudaraan dikalangan puak
masing-masing
Doktrin ini telah mendapat perkenan Junjungan Besar NabiMuhammad s.a.w. dan kemudiannya diwajibkan dalam tempoh
Khalifah kedua. Ini adalah doktrin asas yang diperkembangkan dalamamalan insurans Islam hari ini.
Dalam Islam, semua aktiviti ekonomi adalah sah dan dibolehkan disisi undang-undang selagi ia lakukan dengan tidak melampaui batas
mana-mana rukun yang telah ditetapkan melalui dua sumber rasmi
undang-undang Syariah iaitu al-Quran dan Sunnah. Selaras denganketetapan tersebut, kesemua empat aliran mazhab utama iaitu Hanafi,
-
7/24/2019 TBE A(2016)
46/260
46 Amalan Asas Takaful
Maliki, Shafii, dan Hanbali telah sebulat suara bersetuju bahawasemua bentuk transaksi perniagaan yang mengandungi unsur faedah /
bunga (riba), ketidakpastian (gharar) dan perjudian (maisir) dianggaptidak sah/haram.
Doktrin Maqasid Syariah menyatakan adalah menjaditanggungjawab semua umat Islam untuk melindungi aset ketara, harta
benda, kebajikan dan kesejahteraan ummah. Kaedah / bentukperlindungan yang diamalkan perlu mematuhi ketetapan Syariahdangaris panduan undang-undang dan prinsip-prinsipnya. Malangnya,hampir kesemua kaedah insurans konvensional adalah berpaksikan
amalan-amalan yang dilarang oleh Syariah.
A3.1 DEFINISI TAKAFUL
Perkataan Takaful berasal dari kata kerja bahasa Arab kafala yang
bermaksud menjaga atau mejamin keperluan seseorang. Oleh itu,permuafakatan antara sekurang-kurangnya dua pihak yang bersetujuuntuk saling jamin-menjamin antara satu sama lain sekiranya berlakukerugian disebabkan ditimpa bencana atau musibah, ia ditakrifkansebagai 'Takaful '.
Begitu juga, jaminan bersama yang mejadi nadi dalam konsep
Takaful boleh diterjemahkan dalam mengendalikan operasiperniagaan atau transaksi komersil di sektor tijari atau sektorperniagaan sebagai salah satu pemain kewangan Islam dalam pasaran
ekonomi. Dengan cara ini, seperti perbankan, Takaful bukan satualternative tetapi lebih kepada kewajipan kepada agama.
A3.2 KONSEP TAKAFUL
Majlis Akademik Liga Dunia Islam, selepas membuatpengubahsuaian yang sewajarnya telah menyimpulkan bahawa bentukkerjasama insurans boleh diterima dan dianggap sebagai alternatif
kepada insurans. Sistem yang berfungsi selaras dengan rangka kerja
Islam perlu dirangka berasaskan konsep-konsep berikut:
-
7/24/2019 TBE A(2016)
47/260
Pengenalan Takaful 47
3.2.1 Takaful
Para ulama telah sebulat suara bersetuju bahawa perlindunganyang sesuai dengan kehendak Syariah hendaklah berdasarkan
konsep Takaful Islam. Takaful adalah kata nama yang berasaldari kata kerja bahasa Arab, kafala, bermaksud untuk menjagadan menjamin keperluan seseorang. Takaful bermaksud gotong-royong di kalangan kumpulan, iaitu setiap ahli kumpulan
berusaha untuk membantu orang-orang yang memerlukandikalangan kumpulan mereka. Konsep Takaful adalah
berdasarkan perpaduan, tanggungjawab bersama dan
persaudaraan di kalangan ahli. Takaful boleh ditakrifkan sebagaitindakan sekumpulan individu yang berhasrat untuk saling
menjamin antara satu sama lain dalam kumpulan tersebut darikerugian atau kerosakan yang mungkin menimpa keatas salahseorang daripada mereka.
Ciri utama operasi Takaful adalah seperti berikut:
o Pihak syarikat atau pengendali Takaful bukanlah pihak yangmenanggung risiko, pesertalah yang saling menjamin dan
bersetuju melindungi antara satu sama lain.o
Syarikat bertindak sebagai pemegang amanah bagi pihak
peserta dalam usaha untuk menguruskan operasi perniagaanTakaful.
o Semua sumbangan (premium) yang dibayar oleh peserta akan
dikumpulkan kedalam Kumpulan Wang Takaful bagi tujuanpembayaran manfaat Takaful.
o
Dana Takaful pada masa yang sama boleh dilaburkan dalammana-mana bidang pelaburan yang diluluskan oleh MajlisSyariah.
3.2.2 Mudharabah(berkongsi keuntungan)
Mudharabah boleh ditakrifkan sebagai kontrak perkongsian
keuntungan komersial di antara pembekal atau penyedia dana danusahawan yang menjalankan usaha perniagaan.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
48/260
48 Amalan Asas Takaful
Mudharabahialah permuafakatan berkongsi keuntungan di manasatu pihak yang dikenali sebagai sahib al-mal (peserta)menyediakan semua modal perniagaan. Pihak yang satu lagi,yang dikenali sebagai mudharib atau usahawan (pengendali
Takaful), yang tidak memiliki modal tetapi memiliki kepakaranuntuk mengendalikan perniagaan. Semua keuntungan daripadausaha niaga ini akan dikongsi di antara kedua-dua pihak
berdasarkan nisbah yang dipersetujui, umpamanya 50:50 atau60:40 atau apa sahaja yang dipersetujui bersama.
Untuk menjadikan kontrak Mudharabah sah mengikut hukum
syara', pelbagai elemen atau komponen perlu wujud, iaitu:
o Penyedia modalo Usahawano
Modalo Aktiviti
o Nisbah Keuntungano Tawaran dan Penerimaan
Ciri-ciri Utama KontrakMudharabahialah;
o
Sekiranya berlaku kerugian, adalah menjadi tanggungjawab
pemberi modal untuk menerima dan menanggung kerugiantersebut.
o Sekiranya berlaku kerugian yang disebabkan oleh salah urus
Pengendali Takaful, maka pengendali Takaful perlumenanggung kerugian tersebut.
o
Sekiranya usaha niaga tersebut memperolehi keuntungan,maka keuntungan akan dikongsi antara Pengendali Takafuldan pemberi modal.
o kontrak berkenaan boleh dibatalkan dan semua modalterkumpul serta keuntungan (perniagaan Takaful Keluargasahaja) hendaklah dikembalikan kepada pemberi modal,setelah ditolak perbelanjaan pentadbiran.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
49/260
Pengenalan Takaful 49
o pemberi modal perlu memberi persetujuan untuk melantikusahawan (Pengendali Takaful) untuk mengendalikan usahaniaga bagi pihaknya.
o pemberi modal tidak akan mengeluarkan arahan Pengendali
Takaful atau terlibat dalam pengurusan perniagaan Takaful.
3.2.3 Tabarru
Tabarru adalah perkataan Arab yang bermaksud derma atau
hadiah. Tabarru ialah dimana Peserta bersetuju untukmelepaskan semua bahagian atau sebahagian derma atau
sumbangan bagi membolehkan ia memenuhi tanggungjawabsaling membantu dan saling menjamin.
Dalam kontrak Takaful, apa yang dimaksudkan dengan tabarru
ialah sejumlah tertentu derma ikhlas yang dibuat oleh peserta bagi
tujuan yang tertentu seperti yang dinyatakan dalam perjanjian atassemangat persaudaraan dan saling berkerjasama. Dana ini akandigunakan untuk membantu ahli yang ditimpa kesusahan.
Tabarru kini telah mengIslamkan kontrak insurans dengan
membuang semua unsur-unsur yang bertentangan dengan
Syariah. Inilah perbezaan asas yang paling ketara antara insurans
yang mematuhi Syariah dengan insurans konvensional. Tanpakonsep derma, urus niaga akan bersifat jual beli insurans iaitumembeli janji bahawa beberapa bentuk manfaat akan dibayarsekiranya peserta menghadapi nasib malang. Janji mungkin atau
tidak mungkin dipenuhi, bergantung kepada sama ada peristiwayang diinsuranskan itu berlaku atau tidak. Sekiranya tiadasebarang tuntutan, penanggung insurans akan berpeluangmemperolehi kesemua premium yang dibayar.
Walau bagaimanapun, semangat yang tertanam dalam konsep
tabarru ialah peserta tidak hanya memikirkan perlindungan dirisendiri, malah dia juga memikirkan untuk membantu peserta lain.
Peserta mesti sedar bahawa sumbangan ikhlas yang dihulur bukansahaja membolehkan dirinya dan saudara-saudara seagamanya
-
7/24/2019 TBE A(2016)
50/260
50 Amalan Asas Takaful
yang lain diberi perlindungan, malah ia juga akan diberi ganjarandi akhirat kelak. Ini berbeza dengan insurans konvensional dimana seseorang membeli insurans perlindungan tertentu untukdiri mereka sendiri sahaja.
Apa yang membuatkan konsep tabarru' lebih menarik ialah
peserta mendapat dua kali ganda manfaat apabila menyertai skimTakaful, pertamanya, mereka mendapat perlindungan insurans
yang halal dan kedua, pada masa yang sama ia mendapat ganjaranpahala atas amalan baik yang dilakukannya.
3.2.4 Wakalah
Istilah wakalah dalam Bahasa Arab ertinya wakil atau agensi.
Oleh itu di bawah struktur agensi, wakalah ialah hubungan agensiyang dipersetujui bersama di antara dua pihak untuk menjalankan
aktiviti perniagaan tertentu. Berdasarkan premis ini, model yangmenggambarkan satu perjanjian agensi antara pengendali yang
bertindak sebagai ejen atau 'wakil' kepada peserta yang bertindak
sebagai prinsipal, untuk menguruskan penglibatan peserta dalampelbagai produk Takaful yang disediakan oleh pengendali.
Sebagai balasan kepada perkhidmatan agensi yang diberi,
pengendali dibenarkan untuk mengenakan bayaran di bawahperjanjian tersebut. Fi atau yuran perkhidmatan dibayar dari danasumbangan Takaful yang didermakan oleh peserta. Di bawahmodel ini, perbelanjaan pengurusan boleh dikenakan kepada dana
Takaful sebagai bayaran pendahuluan.
A3.3 APLIKASI DAN MANFAAT TAKAFUL
Aplikasi Takaful
Pakar perundangan memutuskan bahawa sistem insurans yangmengamalkan etika rangka kerja Islam harus dirangka dengan
mengambil kira dasar-dasar berikut:
-
7/24/2019 TBE A(2016)
51/260
Pengenalan Takaful 51
Taawun
Takaful adalah berdasarkan konsep Ta'awun yang bermaknasaling membantu. Peserta bersetuju untuk membantu antara
satu sama lain dalam aspek kewangan sekiranya timbulkeperluan (seperti yang dinyatakan dalam kontrak Takaful),dengan menyumbang kepada dana bersama.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Tolong-menolonglahdalam perkara kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamutolong-menolong dalam perkara-perkara yang menimbulkan
permusuhan(Al-Quran, 5: 2)
Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: SesungguhnyaAllah akan sentiasa membantu hambaNya selagi diamembantu orang lain (Riwayat Imam Ahmad dan Imam
Abu Daud).
Pemilikan
Di bawah prinsip Milkiyah (pemilikan), manfaat sijil ialah
pemilikan sempurna (Milkiyah) oleh peserta. Apabila pesertameninggal dunia, manfaat akan diamanahkan kepada penama.
Tanggungjawab Bersama dan Saling Menjamin
Sejajar dengan disiplin Syariah Takaful (yang bermaksudtanggungjawab bersama dan saling menjamin), peserta saling
bersetuju untuk memberikan pampasan sekiranya berlaku
kejadian yang tidak diingini.
Tanggungjawab dan Perlindungan Bersama
Peserta skim Takaful bersetuju untuk memikul
tanggungjawab bersama atau berkongsi tanggungjawab.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
52/260
52 Amalan Asas Takaful
Pampasan Bersama
Pengesahan tentang kewujudan konsep Takaful adalahberasal dari adat resam (urf) orang-orang Arab yang
dipanggil Aqila. Ia merupakan suatu bentuk awal insuransmelalui perlindungan bersama dalam satu kumpulan individuyang mengambil langkah-langkah untuk menampung
kerugian yang ditanggung. Peserta Skim Takaful kinimengamalkan konsep bekerjasama dan saling membantuantara satu sama lain.
Masalih al-Mursalah (Kepentingan Awam)
Takaful juga antara lain adalah berasaskan kepada doktrinMasalih al-Mursalah atau kepentingan awam. Tujuan utamaialah untuk membantu meringankan beban ahli-ahli
masyarakat yang ditimpa musibah dan menanggung kerugian.
Kontrak
Sijil Takaful mengikat pihak-pihak yang bersetuju dengan
tawaran dan penerimaan berdasarkan prinsip-prinsip kontrak.Hubungan antara pengendali Takaful dan peserta adalah
tertakluk di bawah satu kontrak khas iaitu kontrak wakalahatau kontrak mudharabah.
Kelebihan Takaful
Memenuhi tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dankeluarga
Menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka yangkurang bernasib baik
Menjauhi amalan riba (faedah), maisir (perjudian) dangharar (ketidakpastian) dan elemen-elemen lain yangdilarang
Menggalakkan nilai-nilai moral, etika dan ketelusan dalamsemua aktiviti dan operasi perniagaan.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
53/260
Pengenalan Takaful 53
Melalui derma kebajikan (tabarru') yang dihulur, iamembolehkan peserta Takaful mengabdikan diri kepadaAllah s.w.t. dan mencapai ketenangan fikiran.
Menggalakkan semangat perpaduan, gotong-royong dan
persaudaraan.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
54/260
54 Amalan Asas Takaful
-
7/24/2019 TBE A(2016)
55/260
Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 55
BAB A4
PERBANDINGAN DI ANTARA
TAKAFUL DAN INSURANS
PENGENALAN
Insurans menyediakan perlindungan kewangan akibat kerugian yangtimbul daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini. Seseorang
boleh mendapatkan perlindungan ini dengan membayar premium
kepada syarikat insurans.
Dana wang diwujudkan melalui sumbangan yang dibuat oleh individu
yang memerlukan perlindungan diri dari pelbagai risiko kehidupan.Premium dikumpul oleh syarikat-syarikat insurans yang juga
bertindak sebagai pemegang amanah kepada dana tersebut. Sebarangkerugian yang dialami peserta disebabkan berlakunya kejadian yangtidak diingini, syarikat insurans akan membayar pampasan dengan
menggunakan dana berkenaan.
Insurans berfungsi berdasarkan prinsip asas perkongsian risiko.Kelebihan utama insurans adalah ia menyebarkan risiko yangdihadapi oleh segelintir peserta kepada kumpulan besar individu yang
terdedah kepada risiko yang sama.
A4.1 DEFINISI DAN SEJARAH INSURANS
Insurans ditakrifkan sebagai kontrak di mana satu pihak yang dikenali
sebagai syarikat insurans, sebagai balasan untuk pertimbangan yangdipersetujui yang dikenali sebagai premium, untuk dibayar kepada
individu lain yang dikenali sebagai pihak yang diinsuranskan,sejumlah wang, sekiranya berlakunya peristiwa tertentu dalam
tempoh tertentu.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
56/260
56 Amalan Asas Takaful
Oleh itu, dalam erti kata yang lebih mudah, kontrak insurans adalahkontrak di antara dua pihak iaitu Penanggung Insurans dan Pihakyang Diinsuranskan, dengan janji untuk membayar ganti rugisekiranya berlaku peristiwa yang tidak diingini sebagai balasan atas
sumbangan/bayaran premium.
Insurans telah wujud sejak berabad lamanya. Para sejarawan
mendakwa sejarah awal insurans telah bermula dari tahun 215 CE,iaitu apabila kerajaan Romawi diminta oleh angkatan tenteranya agarmenanggung risiko kerosakan peralatan perang yang diangkut denganmenggunakan kapal laut, disebabkan ancaman dan serangan musuh,
ribut, dan lain-lain bencana alam. (Omar Fisher, 2009). Bukti terawalkontrak insurans bertarikh sekitar 2800 SM di mana KodPerundangan Babylon mencatatkan peraturan-peraturan mengenaiinsurans. Pada asasnya, konsep insurans telah diperkenalkan untukmenangani bencana yang dihadapi oleh pedagang dan peniaga-
peniaga di laut. Bentuk perlindungan adalah pelbagai, dariperlindungan ke atas kargo dan barang-barang yang dibawasehinggalah kepada perlindungan insurans hayat kelasi dan pegawai-
pegawainya.
Dalam erti kata lain, terdapat satu keperluan bagi manusia untukbersiap sedia menghadapi kerugian atau kehilangan. Dan sejarah
insurans moden boleh dikesan seawal tahun 1600-an, apabilapedagang British dan pemilik kapal berbincang mengenainya di kafeberhampiran Lombard Street di London. Kafe itu dipanggil Llyod's.
Mereka mula merangka perjanjian untuk saling berkongsi keuntungandan juga kerugian dalam perniagaan dan pelayaran kapal laut. (OmarFisher, 2009).
Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa amalan saling melindungijuga tersebar luas di kalangan orang Cina, orang-orang Yunani danEropah. Tarikh kes insurans hayat pertama dicatatkan di England
pada 1583 di mana kontrak bertempoh telah dikeluarkan atas nama
William Gybbon. Satu perkembangan penting dalam sejarah industri
insurans hayat adalah penciptaan jadual mortaliti oleh Edmund Halleydalam tahun 1693. Walau bagaimanapun, hanya selepas satu abad
-
7/24/2019 TBE A(2016)
57/260
Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 57
kemudian barulah terhasil jadual mortaliti yang lebih tepat danberwibawa.
Sejarah pengenalan insurans di Malaysia bermula sejak abad ke-18
dan ke-19 apabila terdapatnya firma-firma perdagangan dan rumah-rumah agensi yang bertindak sebagai ejen bagi syarikat-syarikatinsurans dari United Kingdom. Setelah negara mencapai
kemerdekaan, terdapat usaha untuk menubuhkan syarikat insuranstempatan. Awal 1960-an menyaksikan penubuhan beberapa syarikatinsurans hayat dan juga syarikat insurans am. Sebahagian daripadasyarikat insurans berkenaan beroperasi pada asas yang tidak kukuh
dengan garis panduan pengunderaitan yang tidak wajar.
Kerajaan kemudiannya bertindak campur tangan danmemperkenalkan Akta Insurans, 1963. Di bawah Akta ini,
pengendalian dan pengawasan industri insurans diletakkan di bawah
kelolaan Ketua Pengarah Insurans, di bawah Kementerian Kewangan.
A4.2 ASAS-ASAS INSURANS
Insurans adalah satu proses di mana kerugian yang dialami oleh
segelintir individu diagihkan dan dikongsi bersama dikalangansekumpulan besar individu. Melihat kepada perkembangan industri
insurans masa kini, insurans dianggap sebagai satu saluran di manabeban kewangan akibat ditimpa musibah dipindahkan dari pihak yangdiinsuranskan kepada Syarikat Insurans. Konsep di sebalik insurans
ialah sekumpulan individu yang terdedah kepada risiko yang serupasaling bekerjasama dan memberi sumbangan ke arah pembentukandana insurans. Sekiranya terdapat individu yang menanggung risiko
kerugian, ia akan menerima pampasaan dari dana insurans berkenaan.Sumbangan kepada dana insurans dibuat oleh sekumpulan individuyang berkongsi risiko yang sama di mana sumbangan tersebut dikutipoleh syarikat insurans dalam bentuk premium.
Secara amnya, mana-mana individu yang mempunyai hak dan
kepentingan kewangan di sisi undang-undang atas mana-mana harta,maka ia boleh menginsuranskan harta berkenaan di bawah suatu
-
7/24/2019 TBE A(2016)
58/260
58 Amalan Asas Takaful
kontrak insurans dimana sekiranya berlaku kerosakan atau kehilanganharta berkenaan, individu tersebut akan menanggung kerugiankewangan. Kontrak insurans merupakan suatu ikatan perjanjian yangsah dan dikuatkuasakan oleh undang-undang antara dua pihak yang
berkepentingan iaitu Penanggung Insurans dan Pihak yangDiinsuranskan. Atas balasan yang diterima dalam bentuk bayaran
premium, penanggung insurans bersetuju bahawa dalam tempoh
tertentu, ia akan membayar ganti rugi / indemniti kepada pihak yangdiinsuranskan sejumlah amaun yang telah dipersetujui berdasarkannilai harta yang diinsuranskan, sekiranya harta berkenaan mengalamikerosakan disebabkan peril yang dilindungi.
Kontrak insurans adalah kontrak indemniti (tidak termasuk insuranshayat dan insurans kemalangan diri) berdasarkan kepada prinsip yangdiguna pakai iaitu untuk meletakkan pihak yang diinsuranskan dalamkedudukan kewangan yang sama seperti sebelum beliau ditimpa
musibah. Jumlah yang diinsuranskan perlu ditetapkan di peringkatpermulaan perlindungan dan penanggung insurans bersetujumenyediakan jumlah pampasan yang mencukupi sekiranya berlakukerugian. Untuk insurans hartanah, susut nilai sentiasa perlu diambilkira. Kos insurans akan bergantung kepada skop perlindungan yang
diperlukan dan perlindungan tambahan memerlukan premiumtambahan. Secara amnya, hanya kerugian yang tidak dijangka dan
berlaku secara kebetulan sahaja yang boleh diinsuranskan. Oleh itu,musibah atau kerugian yang boleh diramalkan secara umumnya tidak
boleh diinsuranskan (kecuali insurans hayat).
A4.3 JENIS-JENIS INSURANS
Seksyen 4 Akta Insurans 1996 memperuntukkan bahawa:
1.
Bagi tujuan Akta ini, perniagaan insurans dibahagikan kepadadua kelas utama iaitu;-
a) Perniagaan Insurans Hayat iaitu selain dari perniagaan
polisi insurans hayat biasa, sebagai tambahan kepada semuaperniagaan insurans yang berkaitan dengan polisi insurans
-
7/24/2019 TBE A(2016)
59/260
Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 59
hayat, ia hendaklah termasuk apa-apa jenis perniagaaninsurans yang ditawarkan sebagai produk sampingan sahajadi bawah perniagaan penanggung insurans hayat; dan
b) Perniagaan Insurans Am iaitu semua perniagaan insuransyang bukan perniagaan insurans hayat.
2. Bagi tujuan Akta ini, insurans semula liabiliti di bawah sesuatupolisi adalah dianggap sebagai perniagaan insurans di bawahkelas dan perihalan yang berkaitan dengannya di mana polisitersebut telah pun dikeluarkan oleh penanggung insurans semula.
Perniagaan insurans dibahagikan kepada insurans hayat, insuransam dan insurans semula.
A4.4 RESOLUSI SYARIAHMENGENAI INSURANS
Konsep insurans konvensional masih belum mendapat persetujuan
menyeluruh daripada para ulamasama ada ia dibenarkan (halal) ataudilarang (haram). Memandangkan insurans konvensional
sebagaimana yang diamalkan sekarang tidak wujud semasa zamanNabi Muhammad s.a.w., ijtihadatau pertimbangan menggunakan akaldigunakan untuk menentukan sama ada ia adalah halal atau
sebaliknya.
4.4.1 Fatwa mengenai Larangan Insurans
Majlis Fatwa Kebangsaan
Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam dalammesyuaratnya pada 15 Jun 1972 telah membincangkan secara
mendalam mengenai perkara yang berkaitan dengan insuranshayat.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
60/260
60 Amalan Asas Takaful
Diputuskan:
Produk insurans hayat yang ditawarkan oleh syarikat-syarikatinsurans hari ini merupakan transaksi perniagaan yang boleh jadi
tidak sah kerana ia bercanggah dengan prinsip-prinsip perniagaanIslam, dimana kontrak tersebut mengandungi unsur-unsur Gharar(ketidakpastian), Maisir(perjudian) danRiba(riba).
Oleh yang demikian, berdasarkan dari perspektif Syariah,insurans adalah haram. Satu jawatankuasa yang dikenalisebagai 'Badan Petugas Khas' telah dibentuk oleh kerajaan pada
tahun 1982 untuk mengkaji kemungkinan menubuhkan InsuransIslam di Malaysia. Badan Petugas Khas telah membuatkesimpulan bahawa kontrak insurans konvensional adalah fasid.Walau bagaimanapun, bantahan itu tidak menentang penerapankonsep insurans secara keseluruhan, tetapi terhadap kewujudan
kelemahan tertentu dalam kontrak insurans. Akta Takaful 1984telah digubal dan seterusnya syarikat Takaful yang pertama iaituSyarikat Takaful Malaysia Bhd telah ditubuhkan pada tahun1984.
Akademi Fekah Islam, OIC
Akademi Fekah Islam yang diilhamkan penubuhannya olehPertubuhan Persidangan Islam (OIC), telah mengadakan
mesyuarat Sesi Kedua di Jeddah, Arab Saudi, dari 22 himgga 28Disember 1985. Selepas mengkaji semula laporan perbincangan
para ulama yang mengambil bahagian dalam sesi perbincanganmengenai subjek Insurans dan insurans semula, dan selepasdibincangkan bersama dan selepas meneliti semua jenis dan
bentuk insurans serta mendalami prinsip asas, objektif danmatlamat, dan setelah meneliti pendapat / keputusan yangdikeluarkan oleh Akademi Fekah dan badan-badan pemikir lainmengenai perkara yang sama; para ulama mengambil ketetapan
berikut;
-
7/24/2019 TBE A(2016)
61/260
Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 61
Diputuskan:
Kontrak Insurans Komersil dengan bayaran premium tetapberkala yang biasanya dipasarkan oleh syarikat insurans komersil
adalah kontrak yang mengandungi unsur utama risiko terlarangyang membatalkan kontrak dan oleh itu ia adalah dilarang(Haram) dibawah SyariahIslam.
Kontrak alternatif yang mematuhi prinsip-prinsip urus niagaIslam adalah kontrak koperasi insurans yang diasaskan atas dasarkebajikan dan kerjasama. Begitu juga dengan urusniaga insurans
semula yang mengamalkan urusniaga berdasarkan prinsip-prinsipkoperasi insurans.
Pihak Akademi telah menjemput perwakilan dari negara-negaraIslam untuk bekerjasama mewujudkan institusi insurans koperasi
dan koperasi insurans semula. Ia adalah bertujuan untukmembebaskan ekonomi Islam daripada dieksploitasi dan terang-terangan melanggar hukum Allah yang dicipta untuk seluruhumat manusia.
4.4.2
Elemen yang Diharamkan dalam Amalan Insurans
Ketidakpastian (Gharar)
Gharar bermaksud tidak jelas terhadap perkara pokok yangdilindungi oleh kontrak atau timbul ketidakpastian di mana
kesan atau keputusan yang dihasilkan tidak diketahui atautersembunyi. Dari sudut perniagaan, ia bermaksud bersetujuuntuk melaksanakan sesuatu secara membuta tuli tanpa
pengetahuan yang mencukupi; atau mengambil risiko denganmelakukan sesuatu tanpa mengetahui dengan tepat apakah hasilyang akan diperolehi kelak.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
62/260
62 Amalan Asas Takaful
o Justifikasi Larangan
Seseorang itu dilarang menjual sesuatu barangan tanpamemberitahu dengan jelas keadaan sebenar barangan
tersebut, dan juga tidak dibenarkan seseorang yangmengetahui kecacatan sesuatu barangan tetapi tidakmemberitahunya - Al-Hakim dan Al-Bayhaqi.
Ketidakpastian dalam kontrak insurans berlaku apabilasatu pihak mendapat apa yang dikehendaki tetapi pihakyang satu lagi tidak menerima haknya - Ibn Taymiyah
o
Jenis-jenis Gharar
Al-Gharar al-Kathir: Gharar yang keterlaluan, danmenyebabkan kontrak terbatal.
Al-Gharar al-Yasir: Gharar yang remeh, boleh
dipertimbangkan dan dibenarkan. Al -Gharar al -Mutawassit:Gharar yang sederhana, iaitu
berada di antara keduanya.
o Gharardalam amalan insurans:
Kedua-dua pihak yang terikat dengan kontrak insurans
tidak tahu secara jelas apakah sebenarnya kewajipan dantanggungjawab mereka antara satu sama lain. Kedua-dua
pihak samada syarikat insurans atau pihak yang
diinsuranskan tidak mengetahui hasil atau kesan kontraktersebut.
Pihak yang diinsuranskan tidak mengetahui jumlahpampasan yang dibayar kepadanya sekiranya berlakukemalangan kerana dia sendiri tidak pasti samada akan
ada pampasan dibayar kepadanya kerana akibat ataukesan kontrak insurans berkenaan juga tidak
diketahuinya. Syarikat insurans tidak mengetahui bilakah peril /
kecelakaan akan berlaku.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
63/260
Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 63
Tidak ada keadilan dalam insurans kerana pihak yangdiinsuranskan perlu membayar premium tetapi sekiranya
peril yang dilindungi / kecelakaan tidak berlaku, tiadasebarang bayaran yang akan dibuat.
Insurans adalah kontrak janji untuk membayar pampasanyang kadang-kadang dipenuhi dan kadang-kala tidakdapat dipenuhi. Oleh kerana tiada kepastian mengenai
peril yang dilindungi ketika kontrak mula berkuat kuasa,hasil atau manfaat yang diperolehi juga tidak dapatdipastikan.
o
Riba (faedah / bunga)
Perkataan riba secara literal bermaksud 'menaikkan' atau'tambahan' kepada sesuatu. Islam melarang pinjaman wang
bagi mendapatkan keuntungan kerana ia akan menyusahkan
peminjam dan pada masa yang sama ia akan menjadikanpemberi pinjaman sebagai seorang yang perengus dan dibenciorang ramai.
o Justifikasi Larangan
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan
riba sehingga berlipat ganda banyaknya. Hendaklah kamutakut kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan (Al-Quran, 3: 130)
o Jenis-jenis Riba
Riba al-Duyun(riba daripada hutang) Riba al-Qard - Iaitu sebarangmanfaat tambahan yang
disyaratkan ke atas pinjaman pokok dan syarat ini dibuatpada awal kontrak pinjaman.
Riba al-Jahilliyah iaitu kadar atau sebarang manfaat
tambahan lebih dari jumlah pokok akibat si peminjam
gagal atau lewat membayar pada tempoh yang telahdipersetujui.
-
7/24/2019 TBE A(2016)
64/260
64 Amalan Asas Takaful
o Riba al-Buyu- muncul daripada jual beli barangan ribawi
Riba al-Fadlberbeza kadar berat dan kuantiti.
Riba al-Nasiahberbeza masa.
o Riba dalam amalan insurans;
Syarikat insurans mengutip premium dan melaburkannyadalam pelaburan yang mempunyai elemen faedah /
bunga. Syarikat insurans membayar faedah / bunga atas produk-
produknya. Syarikat insurans mengenakan kadar faedah akan datang
dalam pengiraan premiumnya.
Kontrak insurans mengandungi unsur-unsur riba apabilaia berjanji untuk membayar amaun yang lebih dari
premium yang dibayar. Kadar faedah dikenakan sekiranya premium lewat
dibayar.
Kadar faedah dikenakan atas pinjaman polisi.
o Maisir(perjudian)
Perkataan Maisir bermaksud memper