7 jadual spesifikasi ujian.docx
Post on 10-Feb-2018
311 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/22/2019 7 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN.docx
1/7
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK MTE 3112
Muhammad Khairi Bin Azmi | Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 24
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Apakah yang dimaksudkan dengan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)?, JSU merupakan
jadual yang dibentuk oleh para guru terlebih dahulu sebelum para guru mula membina
soalan-soalan ujian untuk diuji kepada pelajar. Pembinaan soalan-soalan ujian ini adalah
berdasarkan kepada kandungan objektif kurikulum yang diajar. Oleh itu, soalan-soalan ujian
yang dibina dapat mengukur sejauhmanakah matlamat objektif kurikulum tercapai.
Disamping itu, pembentukan JSU ini dapat membantu guru menentukan jenis-jenis
dan bilangan item/soalan yang perlu dibina berdasarkan topik-topik yang diajar. Menurut
Bhasah Abu Bakar, JSU merupakan satu blue-printujian yang perlu dibina (Bhasah Abu
Bakar, 2003: 47). Jesteru itu, beberapa kriteria perlu dilakukan dalam proses penyediaan
jadual berkenaan. Dengan ini, beberapa langkah dalam pembentukan Jadual Spesifikasi
Ujian (JPU) diterangkan mengikut langkah-langkah yang diambil.
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan.
Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Ujian
sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen
pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi
memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan
pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan
kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU).
JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi
kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san
pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan set
soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan
tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan
yang mempunyai kesahan dan keutuhan.
-
7/22/2019 7 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN.docx
2/7
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK MTE 3112
Muhammad Khairi Bin Azmi | Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 25
Langkah Pembinaan JSU
Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina Jadual
Spesifikasi Ujian ini. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:
Rajah 4 : Langkah Pembinaan JSU
Mengkaji Sukatan Pelajaran
Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh
maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan
pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajik kandungannya.
Antara aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk.
Pendekatan yang telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan
bandingan diantara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga diamabil kira. Sukatan pelajaran
perlu untuk dianalisis untuk melihat sejauh mana kompleksiti sesuatu tajuk dan masa
pengajaran yang diperuntukkan masabagi sesuatu tajuk bermain tersebut.
http://2.bp.blogspot.com/-lRCEHrrTTXo/TpkLM8gsKNI/AAAAAAAABSM/Yb3oGLYBl7g/s1600/bina+jsu.png -
7/22/2019 7 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN.docx
3/7
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK MTE 3112
Muhammad Khairi Bin Azmi | Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 26
Menganalisis Objektif Pengajaran
Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif
pengajaran ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang
perlu diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana
yang perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada
pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka. Maklumat-
maklumat di atas adalah penting kepada penggubal kertas kerana ujian dan pembina soalan
ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang perlu dibina. Berdasarkan
penganalisaan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi
kandungan yang biasanya mengandungi tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi
kemahiran yang biasanya mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi
wajaran yang mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan.
Menentukan Bilangan Soalan
Langkah yang ketiga dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan.
Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif
pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah
penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian.
Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama,
sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan pula bermaksud keupayaan
sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan. Selain memberi perhatian kepada
kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira
masa ujian, jenis soalan, dan kesukaran ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran,
panjang soalan, kemampuan bahasa murid dan lain-lain.
Menentukan Jenis Soalan
Langkah yang keempat adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah
menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur,
kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk,
peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan isi
pengajaran dan tahap kecedasan murid.
-
7/22/2019 7 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN.docx
4/7
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK MTE 3112
Muhammad Khairi Bin Azmi | Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 27
TAKSONOMI BLOOM
Guru yang menggubal item ujian haruslah mengikut aras kemahiran TaksonomiBloom yang mengandungi enam aras kemahiran kesemuanya. Taksonomi ialah kajian
tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan
persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. ( kamus Dewan Edisi Keempat, (2005)).
Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk
menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan
yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Terdapat
tiga domain dalam pendidikan iaitu yang pertama domain kognitif yang melibatkan pemikiran
pelajar dimana menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, danketrampilan berfikir. domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi,
nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Dan seterusnya
adalah domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai
elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada
tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang
melibatkan otak dan pemikiran manusia.
Domain Taksonomi Bloom
Domain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan.
Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi.
Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom ini. Elemen
elemen tersebut pula telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras
rendah dan pemikiran aras tinggi. Dalam taksonomi ini, kita akan mengkaji kesemua aspek
taksonomi dari terendah hingga lah yang tertinggi. Berikut adalah hierarki Taksonomi Bloom
berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Benjamin S Bloom.
-
7/22/2019 7 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN.docx
5/7
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK MTE 3112
Muhammad Khairi Bin Azmi | Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 28
Rajah 5 : Hierarki Taksonomi Bloom
Elemen-elemen dalam Aras Taksonomi Bloom
Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling
rendah. Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta
atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini
iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan
atau simbol. Aras yang kedua adalah pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan,
penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Dan aras yang
ketiga adalan pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam
sesuatu bidang contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila dan beri. Ciri-ciri khusus soalan
aras pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan proses mental untuk mengingat
semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung
kepada apa yang telah diajar oleh guru di dalam kelas.
http://1.bp.blogspot.com/-Pxaa0mjo0s8/TpkIzzFBmWI/AAAAAAAABSE/ZxW48JqMJjk/s1600/heararki+taksonomi+bloom.png -
7/22/2019 7 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN.docx
6/7
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK MTE 3112
Muhammad Khairi Bin Azmi | Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 29
Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan murid
memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga
iaitu yang pertama penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah bahasa lain ke
bahasa lain tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah mentafsir atau intepretasi
iaitu mentafsir idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri.
Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang apa yang akan
berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras
kefahaman adalah seperti membuat interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman
dan dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah seperti
jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan.
Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar
menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan murid
benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan
aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi mental. Soalan aras ini
biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini
adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan.
Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid untuk
memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian
antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti unsur unsur
dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalan yang pertama aras analisis unsur iaitu
memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti untuk
menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat
perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis prinsip iaitu murid perlu
mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu
dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah
soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan memerlukan pemahaman
perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan
antara komponen.
-
7/22/2019 7 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN.docx
7/7
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK MTE 3112
Muhammad Khairi Bin Azmi | Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 30
Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid
untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis
ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid cuba
menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Contohnya
kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah
fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi dan
yang ketiga adalah kategori membina suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan
kebolehan membina atau membangunkan set hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis
untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan
membuat deduksi berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori
daripada data atau faktor yang diberi.
Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid
menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat
pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau
sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan,
memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah murid perlu
membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan.
Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah
memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga dikategorikan kepada dua
iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan
bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-
kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori
kedua adalan pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk
kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai
teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.
Kesimpulannya, Proses dan pembentukan Jadual Spesifikasi (JSU) amat penting
dalam penyediaan item/soalan pepertiksaan kepada para pelajar. Ini kerana, kewajaran dan
kesahan item/soalan yang dibina dapat mencapai matlamat objektif peperiksaan. Tambahan
pula, ianya dapat membantu pengagihan item/soalan mengikut enam kemahiran kognitif
dalam Taksonomi Bloom dapat diaplikasikan.
top related