Download - Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
1/89
i
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa latihan ilmiah ini adalah hasil kerja saya yang asli
melainkan petikan dan sudutan yang telah diperjelaskan sumbernya.
..................................................
NOREZZATI BINTI MOHD ALI
11010007
Tarikh Serahan : ..........................
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
2/89
ii
PENGESAHAN
Latihan ilmiah ini telah diterima dan diluluskan sebagai memenuhi syarat
kursus DPG 8013 (Kertas Projek) bagi memperolehi Diploma Psikologi,
Kolej Jaiputra, Kelantan Darul Naim.
......................................................
CIK NUR AZHANA BINTI AHMAD
Tarikh Serahan : ...........................
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
3/89
iii
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala
puji-pujian bagi Allah S.W.T dan salam atas Nabi Muhammad S.A.W serta
keluarga dan sahabatnya dengan Taufik Dan Hidayah-Nya dapatlah saya
menyempurnakan kajian ini.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan ikhlas dan jutaan terima kasih kepada penyelia saya, Cik
Nur Azhana Binti Ahmad yang banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar,
panduan serta kepercayaan yang tidak berbelah bagi sepanjang saya
menyiapkan projek dan laporan ini. Segala jasa dan kerjasama beliau
memberi inspirasi untuk saya lebih berkeyakinan dalam menghadapi
pelbagai masalah yang hadir dalam menyiapkan projek ini. Komen-komen
membina daripada beliau juga memberi impak positif kepada saya dalam
terus memperbaiki dan meningkatkan kualiti kerja saya agar projek yang
dihasilkan berguna kepada pihak lain.
Jutaan terima kasih juga buat ibu dan abang tercinta yang banyak
memberi dorongan, sokongan dan yang paling penting doa yang tidak
putus-putus kepada saya untuk terus menjadi anak serta muslimah yang
berjaya di dunia dan akhirat. Segala jasa dan pengorbanan mereka amat
saya hargai dan moga ia mampu terbalas dengan kejayaan saya di dunia
dan akhirat. Terima kasih juga buat bakal teman hidup saya, atas segala
dorongan, kata - kata semangat serta doa yang tidak pernah putus dikala
saya susah dan senang.
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
4/89
iv
Penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada semua pelajar
Kolej Teknologi Darul Naim, Pengkalan Chepa, Kelantan yang telah
banyak memberikan kerjasama yang sangat baik dalam membantu
menyempurnakan soal selidik bagi menjayakan tugasan ini.
Akhir sekali, saya sudahi dengan penuh kesyukuran kehadrat
ILLAHI kerana memberi saya kekuatan, kesihatan yang baik serta
keyakinan dalam menyiapkan projek dan laporan ini. Terima kasih juga
kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam
menjayakan projek ini. Semoga segala bantuan dan sokongan yang
dihulurkan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T.
Sekian, Wassalam.
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
5/89
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau Kecerdasan Pelbagai dalam kalangan
pelajar Kolej Teknologi Darul Naim (KTD), Pengkalan Chepa, Kelantan.
Reka bentuk kajian ini kajian deskriptif dan data yang dikumpul ialah data
kuantitatif. Dalam kajian ini, populasi yang telah dikenalpasti oleh pengkaji
terdiri daripada 820 orang pelajar Kolej Teknologi Darul Naim. Pelajar-
pelajar berkenaan telah dikenalpasti melalui maklumat yang diperolehi
daripada Pejabat Pentadbiran Kolej Teknologi Darul Naim. Oleh itu,
sampel dalam kajian ini adalah adalah melibatkan seramai 100 orang
responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Teknologi Darul
Naim setelah pengkaji meneliti faktor-faktor penentuan saiz sampel
tersebut. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah
Kecerdasan Pelbagai bagi mengukur kecerdasan yang dimiliki oleh setiap
pelajar KTD. Data-data yang diperoleh diproses dengan menggunakan
perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 15.0. Statistik
deskriptif digunakan untuk menentukan frekuensi, peratus, min ke atas
data-data yang diperolehi berdasarkan kecerdasan pelbagai dan faktor
demografi pelajar KTD iaitu umur, jantina dan bangsa. Dapatan kajian
mendapati pelajar-pelajar KTD memiliki lebih dari satu kecerdasan bagi
setiap responden. Namun begitu, Kecerdasan Eksentialis merupakan
kecerdasan tertinggi yang dimiliki oleh pelajar KTD. Dapatan kajian ini
memberi manfaat kepada ibu bapa khususnya untuk mengetahui ilmu
mengenai kecerdasan pelbagai dan gaya didikan yang sesuai agar dapat
membantu perkembangan kognitif, pembinaan personaliti, proses
pembelajaran dan pencapaian akademik anak-anak mereka.
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
6/89
vi
ABSTRACT
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
7/89
vii
SENARAI KANDUNGAN HALAMAN
Pengakuan i
Pengesahan ii
Penghargaan iii
Abstrak v
Abstract vi
Senarai Kandungan vii
Senarai Jadual x
Senarai Rajah xi
Senarai Singkatan xii
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 1
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Pendekatan Teori 8
1.5 Definisi Konsep 20
1.6 Objektif Kajian 22
1.7 Persoalan Kajian 22
1.8 Kepentingan Kajian 22
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
8/89
viii
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 25
2.1 Pendahuluan 25
2.2 Tinjauan Kajian Literatur 26
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 35
3.1 Pendahuluan 35
3.2 Reka Bentuk Kajian 35
3.3 Tempat Kajian 36
3.4 Subjek Kajian 36
3.4.1 Populasi 36
3.4.2 Sampel Kajian 37
3.5 Alat Kajian 38
3.6 Skop Kajian 42
3.7 Prosuder Kajian 42
3.8 Analisis Data 43
3.8.1 Statistik Deskriptif 43
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 44
4.1 Pendahuluan 44
4.2 Keputusan Kajian 45
4.3 Kaitan Dengan Dapatan Kajian 57
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
9/89
ix
BAB 5 PENUTUP 59
5.1 Pendahuluan 59
5.2 Rumusan Kajian 59
5.3 Implikasi Kajian 60
5.4 Cadangan Kajian 62
5.5 Kesimpulan 63
BIBLOGRAFI 64
LAMPIRAN 68
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
10/89
x
SENARAI JADUAL HALAMAN
1. Pengiraan Skor Kecerdasan Pelbagai 40
2. Kaedah Pemarkatan 41
3. Taburan Responden Mengikut Umur (Tahun) 45
4. Taburan Responden Mengikut Jantina 46
5. Taburan Responden Mengikut Bangsa 47
6. Taburan Kecerdasan Verbal Linguistik Responden 48
7. Taburan Kecerdasan Interpersonal Responden 49
8. Taburan Kecerdasan Intrapersonal Responden 50
9. Taburan Kecerdasan Logik Matematik Responden 51
10. Taburan Kecerdasan Visual Ruang Responden 52
11. Taburan Kecerdasan Kinestetik Responden 53
12. Taburan Kecerdasan Muzik Responden 54
13. Taburan Kecerdasan Naturalis Responden 55
14. Taburan Kecerdasan Eksistensialis Responden 56
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
11/89
xi
SENARAI RAJAH HALAMAN
1. Kerangka Konsep Penyelidikan 21
2. Taburan Responden Mengikut Umur (Tahun) 45
3. Taburan Responden Mengikut Jantina 46
4. Taburan Responden Mengikut Bangsa 47
5. Taburan Kecerdasan Verbal Linguistik Responden 48
6. Taburan Kecerdasan Interpersonal Responden 49
7. Taburan Kecerdasan Intrapersonal Responden 50
8. Taburan Kecerdasan Logik Matematik Responden 51
9. Taburan Kecerdasan Visual Ruang Responden 52
10. Taburan Kecerdasan Kinestetik Responden 53
11. Taburan Kecerdasan Muzik Responden 54
12. Taburan Kecerdasan Naturalis Responden 55
13. Taburan Kecerdasan Eksentialis Responden 56
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
12/89
xii
SENARAI SINGKATAN
1. IPT Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
2. KTD Kolej Teknologi Darul Naim (KTD)
3. SPSS Statistical Package for Social Sciences
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
13/89
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan perkara-perkara yang
berkaitan dengan latar belakang kajian iaitu pendekatan teori Kecerdasan
Pelbagai. Penyelidik juga menyatakan tujuan kajian, kepentingan kajian,
definisi operasional dan kerangka konsep kajian mengenai kecerdasan
pelbagai dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Manusia yang dilahirkan ke dunia masing-masing mempunyai
tanggungjawab sama ada tanggungjawab kepada diri sendiri atau orang di
sekelilingnya, di mana kita sebagai manusia harus mengetahui bahawa
manusia dilahirkan dalam keadaan yang lemah dan mempunyai
kecerdasan yang berbeza-beza. Manusia merupakan spesies yang lemah
semasa dilahirkan. Kehidupan manusia ketika bayi dan kanak-kanak
begitu bergantung sekali kepada orang dewasa dari segi penjagaan dan
kasih sayang serta pendidikan berdasarkan kepada pengalaman dan
pembelajaran. Menurut Siti Rahayah Ariffin et. al (2011) bahawa manusia
bukan hanya tertumpu oleh satu faktor sahaja malah kecerdasan itu boleh
berkembang sama ada melalui persekitaran, pendidikan dan pengalaman.
Setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung, kerana
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
14/89
2
seseorang individu mungkin cemerlang dalam satu bidang kemahiran
tetapi lemah dalam bidang kecerdasan yang lain. Oleh itu, memang benar
bahawa manusia yang dilahirkan itu unik dan istimewa.
Menurut Nur Amirah Zulkifli dan Norizwan Abdul Rahim (2010)
terdapat pelbagai jenis kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang seperti
kecerdasan bahasa, muzik, pergerakan, visualisasi dan lain-lain. Setiap
individu yang memiliki kecerdasan ini mempunyai ciri-ciri keistimewaan
yang tertentu. Individu ini mempunyai kecenderungan untuk
mengembangkan bakat atau kebolehan yang mereka perolehi sekiranya
dilatih dan diasah dengan cara yang betul. Walau bagaimanapun,
kecerdasan ini tidak akan menyerlah sekiranya ia tidak digilap atau
dibiarkan mati tanpa tunjuk ajar yang seharusnya. Di negara kita, individu
yang memiliki sesuatu kecerdasan jarang ditemui dan diiktiraf kemampuan
mereka kerana kita tidak didedahkan dengan ilmu pintar cerdas. Secara
amnya, terdapat tujuh jenis kecerdasan yang mungkin dimiliki oleh
seseorang. Individu yang memiliki kecerdasan sesuatu bidang akan
menunjukkan kecemerlangan dalam bidang tersebut. Penghargaan boleh
dilakukan bagi menggalakkan perkembangan individu tersebut.
Oleh itu, amat penting bagi setiap individu untuk mengetahui tahap
kecerdasan pelbagai masing-masing. Namun begitu, bagi kanak-kanak
orang yang paling layak untuk menilai tahap kecerdasan kanak-kanak
ialah ibubapa atau guru-guru mereka di sekolah. Menurut Johari Bin
Hassan dan Nur Aimi Binti Hassan (2004) kecerdasan pelbagai
seharusnya bermula di peringkat kanak-kanak. Bermulanya di peringkat
ini, akan terserlah kecerdasan yang terdapat dalam diri kanak-kanak.
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
15/89
3
Namun, sekiranya tiada usaha untuk mengembangkan lagi kecerdasan
yang mereka miliki ini, maka kecerdasan mereka tidak akan dapat
berkembang dengan baik seterusnya akan menyebabkan mereka akan
jadi kurang berkeyakinan dalam menghadapi dunia yang penuh dengan
cabaran ini. Oleh itu, guru-guru haruslah mengenalpasti kecerdasan yang
dimiliki oleh kanak-kanak ini supaya dapat membantu mereka memajukan
diri dalam pelbagai aspek.
Hal ini adalah sebagaimana Firman Allah S.W.T :
Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam
bentuk yang sebaik-baiknya(Surah At-Tin : 4)
Daripada ayat di atas, telah membuktikan bahawa manusia
merupakan sebaik-baik kejadian yang dicipta. Di mana setiap manusia
yang dicipta itu mempunyai keistimewaan serta keunikan yang tersendiri.
Apa yang dimaksudkan dengan keistimewaan atau keunikan ini adalah
kebolehan semulajadi yang terdapat dalam diri setiap manusia. Kebolehan
semulajadi ini adakalanya dapat diketahui sendiri oleh setiap individu
untuk memajukan diri sendiri. Kebolehan semulajadi yang terdapat di
dalam diri seseorang individu boleh dikenalpasti seawal usia kanak-kanak
lagi. Namun masih terdapat individu yang tidak dapat mengenalpasti
kebolehan semulajadi yang terdapat dalam diri mereka walaupun sudah
meningkat dewasa. Ini akan menyebabkan individu tersebut tidak
mempunyai keyakinan diri yang tinggi kerana sering menganggap diri
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
16/89
4
sebagai seorang yang lemah, tidak mempuyai keyakinan diri serta tidak
mampu untuk bersaing dengan yang lain. Maka ini akan memberikan
kesan yang negatif dalam bidang pendidikan kerana tidak dapat
menghasilkan insan yang mempunyai keyakinan yang tinggi dalam
melakukan pelbagai perkara. Kebolehan semulajadi yang dimaksudkan
ialah kecerdasan yang terdapat dalam diri seseorang individu.
Sebagaimana yang telah diperkatakan sekiranya seseorang itu
tidak dapat meyakinkan diri untuk melakukan pelbagai perkara ia akan
menimbulkan kesan negatif atau tekanan emosi. Menurut Hans Selye
(1956: 4), seorang Profesor University of Montreal dan pakar yang banyak
mengkaji tentang tekanan, mengatakan tekanan sebagai satu tindak balas
atau reaksi yang tidak spesifik tubuh terhadap sebarang rangsangan atau
permintaan. Ini menunjukkan apabila semua permintaan melebihi
daripada kemampuan badan, ia akan mengakibatkan ketegangan.
Pendapat ini selari dengan pandangan yang diberikan oleh Marof
Redzuan dan Haslinda Abdullah (2002) di dalam Fariza Md Sham (2006)
yang turut menyatakan bahawa tekanan sebagai tindak balas seseorang
terhadap sesuatu keadaan dan suasana yang mengganggu serta
memerlukan penyesuaian sama ada untuk sistem badan ataupun
pemikiran. Hal ini adalah kerana sekiranya seseorang itu tidak dapat
mengenal pasti kecerdasan dirinya dengan jelas ia akan memaksa untuk
melakukan sesuatu di luar kemampuan dan ini akan memberikan
ketegangan dalam diri seseorang individu.
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
17/89
5
Sesetengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam
setengah kecerdasan dan tahap yang rendah dalam yang lain, manakala
ada orang yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam hampir
kesemua kecerdasan ini. Walaubagaimanapun, anak-anak yang dilahirkan
mempunyai anugerah atau kelebihan berbeza. Dalam konteks sebagai
seorang pelajar amnya, mereka juga mempunyai gaya pembelajaran dan
minat tersendiri. Sebagai contoh, ada pelajar suka belajar secara
berkumpulan, ada yang selesa belajar secara individu dan ada juga
pelajar yang belajar sambil mendengar muzik. Pengesanan kecerdasan
seseorang individu amat penting untuk melahirkan individu yang
berpontensi selaras dengan kemajuan negara. Oleh itu, diharapkan bahan
ini dapat memberi sumbangan dari sudut memberi gambaran tentang
kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar IPT.
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
18/89
6
1.3 PERNYATAAN MASALAH
Era globalisasi masa kini semakin hari semakin pesat membangun. Begitu
juga dengan kadar pertumbuhan perkembangan pelajar-pelajar di
Malaysia, di mana pelajar-pelajar masa kini bakal menjadi tunggak negara
pada masa akan datang. Selaras dengan wawasan 2020, peranan
pendidikan untuk merealisasikan perubahan dan pencapaian Malaysia
menjadi negara maju sepenuhnya merupakan agenda yang begitu
mencabar dan kritikal. Lantaran itu, untuk mengetahui kecerdasan
pelbagai yang dimiliki oleh setiap pelajar adalah penting untuk menjadi
kayu pengukur yang utama dalam menentukan kejayaan sesuatu sistem
pendidikan tersebut.
Hari ini, masyarakat mentafsirkan pelajar cemerlang adalah mereka
yang mendapat A dalam peperiksaan. Menurut Ibrahim (2003) di dalam
Siti Rahayah et. al (2011), bahawa tafsiran itu membawa kepada
kekeliruan apabila masyarakat mendefinisikan pelajar yang tidak
mendapat pencapaian tinggi atau cemerlang dalam peperiksaan awam
sebagai gagal, dan kegagalan itu dianggap sebagai kegagalan sepanjang
hayat. Kekeliruan yang berlanjutan ini menyebabkan masyarakat
berpegang kepada stigma, di mana pencapaian dan kejayaan
persekolahan sebagai kredibiliti kejayaan di tempat kerja atau dalam
kehidupan. Kesannya, sebilangan pelajar yang tercicir dan terpinggir
boleh mendatangkan masalah kepada negara.
Maka, kita mesti berganjak kepada satu fahaman bahawa semua
manusia berpotensi dan mampu menonjolkan potensi mereka dalam
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
19/89
7
pelbagai bentuk dan keadaan. Kegagalan dalam peperiksaan bukan
bererti mereka langsung tidak mempunyai kemahiran. Hal ini kerana
pencapaian dalam konteks sekarang merujuk kepada kecenderungan
seseorang dalam mengingati fakta serta menyelesaikan masalah Logik
Matematik, lisan dan bahasa semata-mata seperti yang terdapat di dalam
Teori Kecerdasan Pelbagai yang diasaskan oleh Howard Gardner.
Seseorang individu mempunyai keupayaan untuk berfikir dengan
cerdas. Individu juga berupaya untuk membentuk pelbagai andaian dan
membuat keputusan yang berhubung masalah berkenaan dengan
nombor, gambar atau melibatkan fakta. Setiap individu yang dilahirkan
normal akan mempunyai keupayaan untuk berfikir dan menggunakan
intelek bagi menangani perkara-pekara berkaitan proses membuat
keputusan dan penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian. Namun,
kecerdasan pelbagai yang dimiliki oleh setiap individu tidak sama dengan
individu yang lain. Oleh itu, untuk membezakan aspek ketaksamaan inilah
satu pengukuran diadakan untuk menguji kecerdasan atau lebih tepat lagi
dipanggil kepintaran.
Pengukuran untuk menguji kecerdasan adalah penting untuk
mengukur kemampuan intelek individu yang ingin menguasai kehidupan
sosial di dunia yang sedang mangharungi arus globalisasi pada ketika ini.
Dengan kata lain, ia mampu untuk mengatasi masalah yang berkaitan
dengan dunia hari ini seperti masalah persaingan, penempatan dalam
pekerjaan, komunikasi, teknologi dan seumpamanya. Oleh yang demikian,
dalam konteks kajian ini kita akan melihat satu tinjauan kecerdasan
pelbagai dalam kalangan pelajar IPT.
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
20/89
8
Kecerdasan pelbagai ialah kecerdasan-kecerdasan yang ada pada
setiap manusia yang normal dan waras. Kecerdasan merupakan sesuatu
kebolehan menguasai sesuatu perkara dengan cepat, dan memahami
perkara yang kompleks. Walaubagaimanapun, tahap-tahap kecerdasan
ini adalah berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Jika tahap-
tahap kecerdasan yang kita ada adalah tinggi, kita bolehlah dikatakan
sebagai individu yang hebat atau bagus.
1.4 PENDEKATAN TEORI
1.4.1 TEORI KONSEP KECERDASAN PELBAGAI HORWARD
GADNER
Menurut Nur Amirah Zulkifli dan Norizwani Ibrahim (2010), pada tahun
1983, seorang ahli psikologi barat iaitu Howard Gardner telah
mengasaskan satu teori yang berkaitan dengan kecerdasan iaitu teori
kepelbagaian kecerdasan melalui bukunya Gardner, Frames of Mind.
Teori ini adalah hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap
pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri
dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut
Howard Gardner lagi, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan
kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang
pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori
Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih
kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan
sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Pada mulanya teori ini
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
21/89
9
terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999, dua lagi
kecerdasan dimasukkan ke dalam teori ini.
Menurut Salhah Abdullah (2009), Teori Kecerdasan Pelbagai oleh
Howard Gadner menghuraikan hingga lapan kecenderungan potensi
seseorang individu. Potensi individu berdasarkan kecerdasan pelbagai
menjadi maklumat dalam membantu individu tersebut mengetahui tahap
potensi diri mereka sendiri. Walaubagaimanapun, Gardner (2005) di
dalam Nur Amirah Zulkifli dan Norizwani Ibrahim (2010), telah membuat
satu spekulasi bahawa terdapat kewujudan kecerdasan yang kesembilan
iaitu existential intelligentyang digelar oleh beliau sebagai intelligence of
big question. Menurut beliau, setiap individu mempunyai tahap
kecerdasan yang berbeza dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan
dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuaian.
i. KECERDASAN VERBAL-LINGUISTIK
Menurut Gardner (1983) di dalam dalam Siti Rahayah Ariffin et al. (2004),
menyatakan bahawa kecerdasan verbal-linguistik sebagai berfikir dengan
perkataan dan menggunakan bahasa untuk menyatakan dan memahami
makna yang sukar dan kompleks. Selain itu, individu tersebut juga
mempunyai kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam
lisan dan penulisan, termasuklah kebolehan mengingat maklumat,
meyakinkan orang lain serta bercakap tentang bahasa itu sendiri.
Selain itu, seseorang yang mempunyai kecerdasan dalam bidang
verbal- linguistik ini mampu memberi makna, mentafsir dan mendalami
sesuatu perkara yang tersirat di dalam bahasa. Menurut Howard
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
22/89
10
Gardners (1983) di dalam Nur Amirah Zulkifli dan Norizwani Ibrahim
(2010), seseorang yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mampu
memahami, bertutur, menulis pelbagai jenis bahasa dan mampu
menguasai bahasa asing dengan baik dan fasih. Di samping itu juga,
seseorang yang memiliki kecerdasan verbal-linguistik terdiri daripada
golongan yang cemerlang pada peringkat persekolahan dalam bidang
bahasa. Individu sering melibatkan diri dalam pertandingan berkaitan
bahasa dan menonjolkan diri apabila bersuara. Mereka mempunyai
kelebihan dalam berbahasa dan sensitif kepada sesuatu perkara serta
meminati ilmu falsafah dan isu-isu sosial.
Seterusnya, individu yang mempunyai kecerdasan linguistik kerap
membaca serta mempunyai keinginan yang tinggi dalam pengetahuan
am. Mereka juga suka membaca bacaan yang meluas dalam pelbagai
subjek serta membaca dengan pantas. Selain itu, mereka juga
mempunyai tatabahasa yang tinggi dan menggunakan tatabahasa yang
baru dan unik.
Sebagai contoh dapatan kajian Norliah (2005) di dalam Salhah
Abdullah (2009) menunjukkan amalan penerapan kecerdasan pelbagai
melalui elemen kecerdasan verbal-linguistik dalam pengajaran Bahasa
Melayu di prasekolah dipengaruhi secara signifikan oleh persepsi positif
guru-guru terhadap kecerdasan verbal-linguistik. Oleh itu, contoh
pekerjaan yang sesuai bagi individu yang memiliki jenis kecerdasan
tersebut ialah penulis, penceramah, ketua, guru, jurulatih, pegawai,
perhubungan awam, jurujual, perunding cara dan peguam. Contoh tokoh
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
23/89
11
bahasa yang cemerlang di negara kita adalah Tan Sri A. Samad Said,
Osman Awang dan Zaba.
ii. KECERDASAN INTERPERSONAL
Kecerdasan Interpersonal adalah berkait dengan rapat dengan emosi.
Kecerdasan ini adalah berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan,
motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Seterusnya, kecerdasan ini juga
adalah kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara
praktikal seperti menggalakkan murid-murid terlibat dalam sesuatu aktiviti.
Perkaitan ini juga turut diperkatakan oleh Salhah Abdullah (2009), dimana
kecerdasan interpersonal merujuk kepada individu yang mempunyai
kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.
Kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang
lain. Sebagai contoh, melibatkan pelajar-pelajar untuk melibatkan diri
dalam program-program motivasi yang pengisiannya mempunyai slot
yang memerlukan kerjasama berkumpulan. Aktiviti ini dapat meningkatkan
kemahiran komunikasi dan hubungan sosial pelajar tersebut. Hubungan
sosial mula wujud ketika peringkat awal zaman kanak-kanak, zaman
persekolahan dan sehinggalah memasuki alam pekerjaan. Kecerdasan
interpersonal juga perlu dimiliki oleh seseorang kerana kemahiran ini
melambangkan keperibadian seseorang itu. Biasanya, seseorang yang
mempunyai kecerdasan interpersonal yang kuat akan menjadi pemimpin
dan pandai memberi nasihat. Oleh itu, mereka yang mempunyai
kecerdasan yang kuat dalam interpersonal boleh dijadikan tempat rujukan
dan pemberi nasihat. Antara kerjaya yang melibatkan kecerdasan
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
24/89
12
interpersonal adalah seperti guru-guru, pakar terapi, ahli politik, pemimpin
organisasi, sukarelawan dan lain-lain.
iii. KECERDASAN INTRAPERSONAL
Kecerdasan intrapersonal adalah kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang
individu yang mempunyai kebolehan untuk mengenali diri sendiri secara
mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai
kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan,
dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.
Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat,
kehendak termasuklah kemahiran yang menyebabkan seseorang itu
mempunyai persamaan dan perbezaan dengan orang lain. Kecerdasan
intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang individu dapat membantu
individu tersebut beradab sopan serta mengawal kemarahan dan
kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya.
Walaubagaimanapun, individu yang memiliki kecerdasan ini lebih
suka bersendirian, suka kepada kesunyian dan suka bermonolog. Individu
seperti ini juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan
sesuatu dan jika seseorang itu pelajar, mereka lebih selesa belajar secara
bersendirian dan suka termenung. Antara ciri-ciri pelajar yang memiliki
kecerdasan ini adalah seperti cenderung untuk mempamerkan kebolehan
untuk berdikari, lebih suka bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat,
hobi atau sesuatu projek serta mempunyai keperibadian yang tertutup.
Antara kerjaya dan aktiviti yang melibatkan banyak kecerdasan
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
25/89
13
intrapersonal adalah seperti kaunselor kerohanian, ahli falsafah, juru
meditasi, ahli psikologi dan lain-lain.
iv. KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK
Menurut Salhah Abdullah (2009), ciri-ciri pemilik kecerdasan logik-
matematik ialah kebolehan mereka menggunakan nombor secara
berkesan dan bijak berhujah, termasuklah memahami kelompok nombor
asas, prinsip sebab akibat serta kebolhan menjangka. Mereka juga boleh
membuat keputusan yang tidak berat sebelah dan cekap menggunakan
teknologi dalam menyelesaikan masalah.
Menurut Nur Amirah Zulkifli dan Norizwani Ibrahim (2010) memetik
kata-kata Piaget dan Inhelder (1969), sebenarnya mengikut kajian tahap
perkembangan terawal kanak-kanak sekarang yang kita panggil
kecerdasan logika matematik ialah manipulasi dan permainan pelbagai
jenis objek konkrit dalam persekitaran fizikal dan keupayaan untuk
mengenal pasti objek lazim dalam gambar dan memilih objek tersebut
keluar daripada gambar-gambar yang banyak mengandungi objek lain
yang tidak dikenali. Individu yang memiliki kecerdasan ini adalah
seseorang individu yang cemerlang dalam bidang matematik boleh
bermain dengan angka dan tidak mudah keliru dengan masalah yang
timbul dalam pengiraan matematik. Mereka juga sering memberi nilai,
menghitung dan mencari penyelesaian secara tepat mengenai sesuatu
perkara.
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
26/89
14
Individu ini mempunyai ingatan yang tinggi dan sering dikatakan
mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta
mampu mengingati semula dengan cepat. Kemahiran yang dominan
dibahagian kiri otak membolehkan individu tersebut dapat berfikir secara
konseptual dan abstrak. Individu yang mempunyai berkeupayaan
menyelesaikan masalah matematik kerana mereka mampu atau
berkeupayaan untuk menaakul secara deduktif. Individu ini lebih berminat
untuk melibatkan diri dalam permainan yang membolehkan mereka
berfikir dengan aktif seperti puzzle, penyelesaian masalah, catur, teka-teki
dan pencarian formula baru. Kebanyakan individu yang memiliki
kecerdasan matematik ini cemerlang dalam bidang sains, ahli fizik,
kejuruteraan dan menjadi ahli matematik.
v. KECERDASAN VISUAL RUANG
Visual atau ruang adalah kecerdasan yang membolehkan seseorang
individu melihat sesuatu secara jauh dan mendalam. Individu yang
mempunyai kecerdasan visual-ruang ini memiliki keupayaan imaginasi
yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang kreatif atau baru serta
sukar untuk difikirkan oleh orang lain. Mereka mampu untuk
membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta
cerita yang baik serta boleh menyatakan segala kebimbangannya dengan
jelas dan yakin. Selain itu, mereka ini juga mampu membuat andaian atau
hipotesis mengenai pelbagai perkara seperti tafsiran mengenai alam.
Individu ini sering memberi pandangan mengenai dunia, alam semesta
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
27/89
15
dan persekitaran. Golongan ini sering memberi persepsi yang unik dan
berbeza terhadap sesuatu perkara.
Namun begitu, kadangkala apa yang dilihat oleh mereka, berbeza
dari pandangan individu normal seperti kita. Mereka juga mempunyai
kebolehan mengubah persepsi dan pandangan orang lain terhadap
sesuatu perkara. Individu yang memiliki kecerdasan ini amat peka akan
terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang yang terdapat
disekeliling mereka.
Disamping itu, individu yang memiliki kecerdasan ini juga
mempunyai keupayaan untuk berfikir secara tiga dimensi dalam bentuk
gambaran dan bayangan serta amat berminat dalam penghasilan peta
minda, carta, lukisan dan sebagainya. Kebolehan pelajar untuk
menghubungkan konsep yang dipelajari dengan menggunakan peta
minda, graf dan bentuk grafik yang lain memudahkan seseorang pelajar
itu belajar mengenalpasti dan menghubungkait konsep. Kerjaya yang
sesuai kepada individu yang memiliki kecerdasan ruang visual adalah
seperti pembuat peta, pereka hiasan dalaman, arkitek, pereka landskap,
juruseni dan sebagainya. Kebiasaanya, kita dapat melihat perkembangan
utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional.
vi. KINESTETIK
Kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dalam menggunakan sebahagian
atau keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi atau
menyelesaikan masalah. Selain itu, kinestetik juga merupakan kecekapan
menginteprestasikan pergerakan anggota atau tubuh. Kecerdasan
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
28/89
16
kinestetik, merujuk kepada sensori badan terhadap pergerakan. Antara
kaedah yang sesuai untuk memproses idea baru ialah menghubungkan
idea tersebut dengan pengalaman yang lepas yang berkaitan dengan
pergerakkan badan. Contohnya, menulis sesuatu perkataan dipapan putih
dengan menggunakan pen maker adalah langkah yang terbaik untuk
memastikan seseorang itu lebih mengingat perkataan tersebut berbanding
dengan menggunakan kaedah mengeja. Badan manusia bukan sejenis
mesin kerana ia amat berbeza daripada objek tiruan di dunia ini. Ia adalah
saluran deria rasa seseorang individu, perasaan peribadi dan cita-cita,
dan tidak ketinggalan entiti dimana orang lain bertindak balas secara unik
berdasarkan kualiti kemanusiaan mereka yang tersendiri.
Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan kinestetik
adalah mereka yang berminat dengan aktiviti sukan dan fizikal yang
cergas. Kebanyakan mereka juga mempunyai kebolehan dalam
menggunakan bahasa badan dan lebih suka kepada aktiviti tarian dan
lakonan.
vii. KECERDASAN MUZIK
Muzik adalah gabungan atau kombinasi bunyi yang boleh menenangkan
fikiran dan mengurangkan stress. Kecerdasan dalam bidang muzik
melibatkan kepakaran dalam prestasi, komposisi, dan kepekaan terhadap
pola-pola muzik. Ini termasuk keupayaan untuk mengenali dan menyusun
bola muzik, nada, dan irama. Menurut Howard Gardner di dalam Nur
Amirah Zulkifli dan Norizwani Ibrahim (2010), kecerdasan muzikal berjalan
di struktur yang hampir sejajar dengan kecerdasan linguistik. Individu yang
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
29/89
17
mempunyai kecerdasan ini mampu mendengar bunyi yang dihasilkan dan
membezakan setiap note muzik yang didengari. Selain itu, mereka juga
prihatin dan mempunyai suatu perasaan yang sukar digambarkan apabila
mendengar bunyi-bunyi alam seperti jatuhan air terjun, aliran sungai,
deruan ombak laut, kicauan burung deruan angin dan titisan hujan. Setiap
bunyi yang dihasilkan adalah berbeza dan memberi perasaan yang
berbeza apabila didengari. Individu yang mempunyai kecerdasan dalam
bidang muzik sensitif kepada irama, pitch, melodi, dan nada suara.
Kebolehan menilai setiap bunyi yang didengari menjadi satu anugerah
apabila mereka mampu membawa genre muzik yang baru ke dalam
industri hiburan tanah air.
Peranan muzik adalah luas kerana selain menghiburkan muzik juga
digunakan sebagai terapi kepada golongan bermasalah seperti gangguan
mental, ADHD, autism, dan pelbagai penyakit kronik melaui melodi dan
irama yang didendangkan. Individu yang mempunyai kecerdasan muzik ini
mampu menghasilkan muzik yang baru, segar dan sedap didengar.
Kecerdasan ini boleh dirangsang terutamanya dalam kalangan kanak-
kanak iaitu dengan mempedengarkan muzik, bermain alat muzik, bernyayi
dan sebagainya. Manakala bayi dalam kandungan juga dapat dirangsang
dengan memperdengarkan muzik. Seseorang individu yang mempunyai
kecerdasan dalam bidang muzik sering berjaya menjadi selebriti yang
terkenal sebagai penyanyi, penggubal lagu, komposer, penulis lirik dan
pengarah teater yang cemerlang. Terdapat juga koreografer dan penari
yang memiliki kecerdasan dalam bidang muzik.
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
30/89
18
viii. KECERDASAN NATURALIS
Kecerdasan naturalis melibatkan alam dan kepintaran yang berkaitan
tentang keseluruhan alam. Individu yang mempunyai kecerdasan ini
adalah seorang yang sangat prihatin terhadap alam, mempunyai sikap
penyayang yang sangat tinggi. Selain itu, mereka juga mempunyai sikap
ingin tahu yang tinggi dan rasa empati terhadap semua benda hidup.
Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mampu membina sesuatu
sistem baru, menjana idea yang berkait dan pandangan yang jauh ke
hadapan. Mereka juga mempunyai kebolehan dalam mengaitkan sesuatu
perkara mengikut urutan, membina klasifikasi atau kelas, menjelaskan dan
menggabungkan konsep yang diketahui. Individu yang memiliki
kecerdasan ini sangat selesa apabila berada bersama alam yang terbuka
seperti pantai, hutan dan sebagainya atau mereka juga dikenali sebagai
pencinta alam. Mereka mudah terasa, sensitif atau peka apabila sesuatu
isu yang berkaitan dengan alam sekitar wujud.
Keberkesanan pembelajaran individu yang mempunyai kecerdasan
ini dapat diwujudkan melalui aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah
seperti membuat lawatan dan sebagainya. Selain itu, melalui penyiasatan
praktikal seperti mengalami sendiri hasil pengetahuan tentang semuladi
melalui pelbagai jenis eksperimen. Antara aktiviti yang boleh merangsang
kecerdasan ini dalam kalangan para pelajar ialah seperti berkebun,
memelihara binatang, memelihara tanaman dan aktivi mendaki gunung.
Antara kerjaya yang memerlukan kecerdasan jenis ini adalah
seperti ahli geologi, ahli biologi, pendaki gunung, petani, ahli botani dan
kerjaya lain yang melibatkan sains. Secara amnya, seseorang yang
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
31/89
19
mempunyai kecerdasan naturalis ini hampir sama seperti pemikir dan ahli-
ahli falsafah yang telah berjaya. Antara tokoh pemikir yang mempunyai
kecerdasan ini adalah Imam Al-Ghazali. Beliau merupakan seorang
ilmuan Islam yang memiliki kecerdasan naturalis, interpersonal, verbal-
linguistik dan merupakan seorang tokoh yang amat berjaya dalam
kehidupan beliau.
ix. KECERDASAN EKSISTENSIALIS
Menurut Suppiah et al (2009), kecerdasan eksitensialisis ini merupakan
aliran falsafah yang fahamannya berpusat kepada kejadian dan
kewujudan manusia, erti kehidupan, kematian dan juga realiti yang
dihadapi oleh manusia dalam kehidupannya. Kebayakan individu yang
memiliki kecerdasan ini sering menimbulkan persoalan yang berkaitan
dengan nilai-nilai hasil pemerhatiannya terhadap persekitaranya.
Persoalan yang ditimbulkan oleh mereka kadang kala tidak dapat
ditimbulkan oleh individu biasa dan sukar untuk diterima. Individu seperti
ini juga gemar dengan pembelajaran yang bermakna, membuat sintesis
idea, perkaitan dengan kurikulum, sastera dan budaya. Individu yang
memiliki kecerdasan ini memerlukan pengajaran melalui kaedah
pengajaran terhadap kajian alam dan mengaitkan bahan dengan tema.
Antara tokoh yang dikaitkan dengan kecerdasan ini adalah seperti Plato ,
Socrates dan Einstein.
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
32/89
20
1.5 DEFINISI KONSEP
Kecerdasan Pelbagai
Menurut Piechowski (1979) di dalam Sharifah Nadiya Syed Yahya
Jamalullaill, Najmiah Hj. Abdullah, Mohd Rizuan Mat (2011), istilah
kecerdasan merupakan perkembangan yang dapat dicapai oleh individu
dalam keadaan optimum. Beliau menambah bahawa kecerdasan
merangkumi bakat istimewa, kebolehan dan minat yang amat mendalam
yang diluahkan dalam lima mod iaitu mod psiko-motor, mod sensual, mod
intelektual, mod imaginatif, dan mod emosi.
Definisi bagi tajuk kajian iaitu Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai
Dalam Kalangan Pelajar IPT secara literal dan konseptual adalah menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997), kajian bermaksud satu kegiatan atau
proses dan tinjauan bermaksud pemerhatian. Manakala kecerdasan
membawa maksud kesempurnaan akal dan pelbagai ditakrifkan beberapa
jenis. Selain itu, dalam membawa maksud antara, kalangan bermaksud
golongan, pelajar pula bermaksud penuntut-penuntut di universiti. Oleh itu,
dari hasil pendefinisian tersebut dapatlah disimpulkan bahawa satu
kegiatan atau proses pemerhatian ke atas beberapa jenis kesempurnaan
akal dalam golongan penuntut-penuntut universiti.
Instrumen yang digunakan untuk mengukur kecerdasan pelbagai
adalah berdasarkan soal selidik penyelidik sendiri, bertujuan mengukur
sembilan kecerdasan utama seseorang iaitu verbal-linguistik,
interpersonal, intrapersonal, logik matematik, visual ruang, kinestetik,
muzik, naturalis dan eksistensialis.
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
33/89
21
Soal selidik kecerdasan pelbagai mengandungi 72 pernyataan
terhadap pelajar. Skala likert lima tahap iaitu 1 untuk sangat tidak setuju
sehinggalah 5 untuk sangat setuju digunakan untuk merekod respons dari
pelajar.
Rajah 1 :
Kerangka Konsep Penyelidikan
KECERDASAN
PELBAGAI
UMUR
JANTINA
BANGSA
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
34/89
22
1.6 OBJEKTIF KAJIAN
1) Memperihalkan kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar.
2) Memperihalkan kecerdasan pelbagai berdasarkan faktor demografi
dalam kalangan pelajar.
1.7 PERSOALAN KAJIAN
1) Bagaimanakah kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar?
2) Bagaimanakah kecerdasan pelbagai berdasarkan faktor demografi
dalam kalangan pelajar.
1.8 KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kajian ini dapat dilihat dari dua aspek iaitu yang pertama
ialah aspek sumbangan dapatan kajian kepada penambahan ilmu
pengetahuan dari segi mengetahui kecerdasan pelbagai dalam diri setiap
orang. Manakala aspek yang kedua ialah sumbangan dapatan kajian
kepada pihak tertentu yang terlibat dalam melaksanakan kajian yang
berkaitan dengan kecerdasan pelbagai dalam pelbagai profesyen untuk
mendidik sama ada dalam bidang keluarga atau pendidikan.
Hasil kajian ini juga dapat dijadikan sumber rujukan kepada semua
masyarakat kerana Teori Kecerdasan Pelbagai penting untuk pengajaran
dan pembelajaran kerana teori ini dapat dijadikan petunjuk kepada potensi
murid, menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajaran
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
35/89
23
mereka, membangun bidang akademik dan kokurikulum dan mewujudkan
suasana akademik di sekolah atau di kolej-kolej.
Pengkaji mernilih kajian ini untuk memberi sumbangan ke arah
untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai perkembangan intelektual
di kalangan penuntut-penuntut IPT. Bersesuaian dengan objektif utama
yang dibentuk oleh pengkaji, iaitu untuk mendedahkan para mahasiswa
terhadap pengenalan diri mereka dari segi kecerdasan kendiri kearah
perkembangan potensi diri yang lebih baik. Perkara ini perlu dipandang
positif kerana ia merupakan tindak balas yang baik diterima oleh subjek
terhadap kajian seumpama ini.
Disamping itu, pelajar-pelajar juga boleh memanfaatkan hasil
kajian ini untuk menilai kecerdasan pelbagai yang dianugerahkan selama
ini oleh Allah S.W.T. Perubahan-perubahan boleh dilakukan agar
memenuhi kehendak dan selaras dengan kecerdasan yang di miliki untuk
pencapaian akademik atau sahsiah diri. Hasil kajian ini juga akan
menggalakkan lagi ibubapa untuk mengesan lebih awal tahap kecerdasan
yang dimiliki oleh anak mereka. Hal ini akan menyebabkan ibubapa boleh
menghantar anak-anak mereka menghadiri kursus-kursus motivasi yang
diadakan oleh pihak sekolah atau pihak-pihak lain sesuai dengan potensi
diri mereka.
Di samping itu, apabila hasil kajian ini menunjukkan secara jelas
betapa pentingnya untuk mengetahui kecerdasan yang dimiliki dalam
setiap diri kerana pihak yang bertanggungjawab boleh menekankan lagi
kepentingan keterlibatan pelajar-pelajar dalam program-program psikologi
atau mengikuti ujian-ujian personaliti. Pihak berkuasa juga boleh
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
36/89
24
memanfaatkan hasil kajian ini dengan menilai kembali fokus tindakan
selama ini sama ada berjaya atau tidak dalam memberi pendedahan
kepada masyarakat dan adakah sudah tercapai matlamat untuk
melahirkan pelajar-pelajar yang berpontensi tinggi, berdaya saing, kreatif
dan inovatif memadangkan gejala sosial yang semakin hari semakin
pantas meniti dari bibir ke bibir.
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
37/89
25
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Tinjauan literatur merupakan ulasan maklumat yang diperolehi daripada
jurnal, buku, dokumen (laporan, prosiding) dan penyelidikan-penyelidikan
lepas (tesis) untuk sesuatu penyelidikan baru. Proses tinjauan ini adalah
untuk mengenal pasti sama ada sesuatu penyelidikan yang dirancang
telah dilaksanakan oleh penyelidik lain.
Tinjauan literatur juga adalah rumusan literatur yang ditulis
bertujuan menerangkan maklumat dan penyelidikan semasa dan yang
terdahulu. Tinjauan literatur disusun mengikut topik dan laporan mengikut
tema atau kajian individu. Tinjauan literatur adalah dokumentasi yang
diperlukan dalam proposal kajian di Bab 2.
Disamping itu juga, tinjauan literatur membantu individu
mempelajari bagaimana para penyelidik menulis dan mempersembahkan
penyelidikan mereka. Hal ini memberi pengetahuan kepada penyelidik
baru bagaimana langkah-langkah untuk memulakan penyelidikan. Selain
itu, tinjauan literatur dapat memberi pendedahan kepada penyelidik baru
tentang isu semasa yang berbangkit dan menyediakan maklumat yang
diperlukan bagi membina rangka kerja logikal yang sesuai dengan topik
dikaji.
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
38/89
26
Terdapat beberapa kajian yang telah dibuat mengenai kecerdasan
pelbagai dalam kalangan pelajar. Disebabkan kajian ini berbentuk kajian
diskriptif oleh itu hanya terdapat satu sahaja konsep kajian iaitu
Kecerdasan Pelbagai.
2.2 TINJAUAN LITERATUR
Menurut kajian yang dilakukan oleh Sharifah Nadiya Syed Yahya
Jamalullaill, Najmiah Hj. Abdullah, Mohd Rizuan Mat (2011) yang bertajuk
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Bagi Subtopik Modul Design Dialogue Satu Tinjauan Di Politeknik
Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis iaitu pembelajaran dan pengajaran
berdasarkan konsep konvensional pada hari ini kelihatan semakin kurang
sesuai di dalam era globalisasi ini. Kajian ini bertujuan untuk
memperkenalkan aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai. Terdapat sembilan
jenis Kecerdasan Pelbagai di dalam kajian ini iaitu kecerdasan verbal,
kecerdasan visual, kecerdasan logikal, kecerdasan muzikal, kecerdasan
kinestetik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal,
kecerdasan naturalis dan kecerdasan eksistensial. Pemilihan sampel
dijalankan dengan memilih seramai 45 pelajar lelaki dan 30 pelajar
perempuan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin semester tiga yang
mengikuti Program Diploma Seni Digital (DDS) dan Diploma Video Digital
(DDV). Di dalam kajian ini terdapat dua kaedah yang telah digunakan iaitu
kaedah kualitatif melalui temubual dan kaedah kuantitatif dengan
mengunakan soal selidik, adaptasi daripada Piawai MIDAS (Multiple
Intelligences Development Assessment Scales) bagi mengesan
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
39/89
27
kecerdasan pelajar-pelajar tersebut. Kajian ini diketengahkan adalah
untuk menyahut cabaran bagi mewujudkan tranformasi di dalam
pendidikan alaf baru. Menurut Fong (2000) di dalam kajian ini, universiti
pada hari ini kurang berkemampuan untuk menghasilkan graduan yang
benar-benar berkualiti dan mampu berdaya saing. Berdasarkan kajian-
kajian lepas berkaitan Teori Kecerdasan Pelbagai yang dipelopori oleh
Howard Garner pada tahun 1983, ia mampu mempertingkatkan
kecerdasan pelbagai pelajar agar mereka menjadi aset negara yang lebih
dinamik. Oleh itu, kajian ini merupakan salah satu bahan rujukan yang
penting bagi pengkaji untuk melihat sejauh mana kecerdasan pelbagai
yang dimiliki dalam kalangan pelajar IPT.
Satu kajian berkaitan kecerdasan pelbagai yang telah dijalankan
oleh Siti Rahayah Ariffin et al (2011) yang bertajuk Faktor Kecerdasan
Pelbagai Dalam Pembentukan Profil Remaja. Kajian deskriptif ini
bertujuan untuk mengenal pasti sumbangan faktor-faktor kecerdasan
pelbagai (KP) terhadap lapan kecerdasan pelbagai yang dipelopori oleh
Gardner. Kajian ini juga bertujuan meninjau perbezaan faktor-faktor
kecerdasan pelbagai berdasarkan jantina, bangsa, kategori sekolah, aliran
dan SES (Social Economic Status). Kajian ini telah dijalankan secara
tinjauan dan dianalisa secara kuantitatif ke atas 511 pelajar dengan
menggunakan instrumen MyMICA 2006 (Malaysian Multiple Intelligence
Check list for Adult 2006). Analisis regresi linear menunjukkan kecerdasan
Visual Ruang memberi sumbangan paling tinggi iaitu 97.8% terhadap
kecerdasan Logik Matematik manakala kecerdasan Verbal Linguistik pula
memberi sumbangan paling rendah iaitu 22.2% terhadap kecerdasan
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
40/89
28
Muzik. Kebolehpercayaan keseluruhan instrumen dengan 119 item
ditunjukkan oleh nilai Alfa Cronbach ialah 0.96. Implikasi kajian tersebut
menunjukkan guru dan pentadbir sekolah perlu peka terhadap kecerdasan
pelbagai yang berbeza bagi setiap individu pelajar. Guru seharusnya
mengguna sepenuhnya kemudahan prasarana sekolah untuk mencungkil
kecerdasan ini bagi memaksimumkan prestasi pelajar. Maka, dapatan ini
telah memberi maklumat kepada pengkaji berkaitan dengan gaya
keibubapaan dengan faktor demografi seperti umur, jantina, bangsa dan
sebagainya.
Selain itu, Johari bin Hassan dan Nur Aimi Binti Mohd Idrus (2004)
telah menjalankan satu kajian yang bertajuk Kecerdasan Pelbagai
Dikalangan Kanak-kanak Prasekolah Serta Strategi Pengajaran Yang
Digunakan Untuk Mengajar Kanak-kanak Prasekolah, di mana hasil kajian
yang dilakukan ke atas 72 orang responden yang terdiri daripada pelajar
dan juga 6 orang guru yang mengajar dipilih dari 3 buah tadika. Dua set
soal selidik dengan nilai kebolehpercayaan = 0.925 bagi pelajar dan
0.971 bagi guru telah digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Analisis
data dilakukan menggunakan perisian Statistical Package for Social
Science, SPSS 15.0 for Windows bagi mendapatkan hasil kajian dalam
bentuk frekuensi dan peratusan. Purata taburan peratus digunakan bagi
mendapatkan keputusan yang mempunyai tiga tahap iaitu tinggi,
sederhana dan rendah. Hasil kajian menunjukkan bahawa kecerdasan
pelbagai dikalangan kanak-kanak prasekolah dapat dikenalpasti dengan
majoriti kanak-kanak mempunyai kecerdasan muzikal yang tinggi. Purata
peratus bagi kecerdasan muzikal ini ialah 91.7%. Selain itu, strategi
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
41/89
29
pengajaran yang digunakan oleh guru juga dapat dikenalpasti dimana
setiap guru mengambil kira teori kecerdasan pelbagai dalam strategi
pengajaran yang digunakan. Ini menunjukkan terdapat perkaitan positif
antara kecerdasan pelbagai dikalangan kanak-kanak prasekolah dan juga
strategi pengajaran yang digunakan oleh guru yang mengajar kanak-
kanak prasekolah.Oleh itu, dapatan ini dapat menyumbang kepada kajian
yang akan dijalankan.
Disamping itu, menurut kajian Ibrahim Bin Mohamed Zin dan Farah
Binti Mukhtar (2007) yang bertajuk Hubungan Kecerdasan Pelbagai, Gaya
Pembelajaran Dan Pencapaian Akademik Guru Pelatih. Sampel terdiri
daripada 58 orang guru pelatih PPPRP4T dan 59 orang guru pelatih
PPISMP Ambilan tahun 2007 di IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor
serta guru pelatih dari Kursus Pengajian Agama Islam seramai 32 orang,
Kursus Bahasa Arab seramai 41 orang dan Kursus Pengajian Sosial
seramai 44 orang. Kajian ini menggunakan instrumen Multiple
Intelligences Checklist for Adult (MICA) dan Instrumen Gaya
Pembelajaran daripada Murdoch Teacher Centre. Bagi hubungan antara
kecerdasan pelbagai dan gaya pembelajaran pelajar PPPRP4T, hanya
kecerdasan muzik dan gaya pembelajaran bersendirian tidak mempunyai
hubungan antara pemboleh ubah. Bagi pelajar PPISMP, hanya
intrapersonal dan gaya pembelajaran bersendirian mempunyai hubungan
antara pemboleh ubah. Dapatan kajian ini telah menyumbang kepada
kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji berkaitan kecerdasan pelbagai
dalam kalangan pelajar IPT.
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
42/89
30
Dapatan kajian lain yang telah dijalankan oleh Lue, L; Dr. Zaidatun
Tasir dan Profesor Dr. Baharuddin Aris (2007) yang bertajuk Pengesanan
Aras Kecerdasan Pelbagai Yang Telah Dikuasai Oleh Pelajar Tingkatan
Enam Dalam Pembelajaran Koperatif iaitu satu penilaian kuantitatif
dijalankan untuk mengesan aras kecerdasan pelbagai yang telah dikuasai
oleh responden dalam pembelajaran pendekatan koperatif dalam aktiviti
praktikal Biologi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM). Responden kajian
adalah terdiri daripada 27 orang pelajar yang mengikuti subjek Biologi
STPM. Hasil dapatan menunjukkan min keseluruhan dan kecenderungan
bagi aras kecerdasan pelbagai yang paling tinggi sebelum dan selepas
mengikuti pembelajaran secara aktif yang telah dikuasai oleh responden
adalah kecerdasan logikmatematik dan perubahan kecenderungan
kecerdasan pelbagai yang paling ketara adalah kecerdasan verbal-
lingustik. Min keseluruhan bagi ketujuh-tujuh kecerdasan pelbagai selepas
mengikuti pembelajaran secara aktif yang telah dikuasai oleh responden
adalah dalam lingkungan skel 2.5 hingga 3.0. Oleh itu, dapatan kajian ini
dapat menyumbangkan kepada kajian yang akan dijalankan.
Selain itu, Siti Rahayah Ariffin et al (2004) di dalam tajuknya
Analisis Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) Di Kalangan
Pensyarah Di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang bertujuan
untuk mengenal pasti kecerdasan lain yang disebut sebagai kecerdasan
pelbagai di kalangan 51 ahli akademik di sebuah institusi pengajian tinggi.
Kajian ini menggunakan instrumen Multiple Intelligences Checklist for
Adults (MICA) yang mengandungi 49 item bagi mewakili tujuh domain
kecerdasan pelbagai. Dapatan kajian menunjukkan kebolehpercayaan
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
43/89
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
44/89
32
bertujuan untuk mengenalpasti kecenderungan kecerdasan pelbagai yang
dimiliki oleh murid-murid di dalam kelas eksperimen. Akhir sekali, aktiviti
kecerdasan yang diminati oleh murid-murid di kelas eksperimen dikaji
melalui catatan refleksi guru apabila modul kecerdasan pelbagai
diaplikasi. Responden terdiri daripada 36 orang murid tahun 3 dan dua
orang guru. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan kualitatif berbentuk
eksperimen yang melibatkan ujian pra dan pasca kepada kumpulan
kawalan dan eksperimen serta analisa kandungan terhadap catatan
refleksi guru. Ujian yang mengandungi 20 soalan berkaitan dengan
present tense dan past tense dilaksanakan sebelum dan selepas
kaedah pengajaran kecerdasan pelbagai diaplikasi. Soalan-soalan
berkaitan dengan kecerdasan pelbagai diberikan kepada murid-murid di
dalam kelas eksperimen. Data dianalisa menggunakana SPSS 16 untuk
mencari frekuensi, nilai min dan paired t-test. Hasil dapatan kajian
mendapati kaedah pengajaran kecerdasan pelbagai adalah berkesan
dalam meningkatkan pencapaian murid dalam tabahasa Bahasa Inggeris
yang berfokuskan present tense dan past tense. Murid-murid di kelas
eksperimen pula dilihat cenderung kepada memiliki kecerdasan pelbagai
kinestatik sama ada perempuan atau lelaki. Analisa kandungan daripada
catatan refleksi guru juga menunjukkan bahawa murid meminati aktiviti
dalam modul pengajaran berasaskan kecerdasan pelbagai kinestatik,
muzik dan interpersonal apabila kaedah pengajaran kecerdasan pelbagai
diaplikasi. Hal ini menunjukkan pelajar-pelajar di Malaysia mempunyai
kecenderungan kecerdasan masing-masing. Oleh itu, dapatan kajian ini
memberi bukti dan sumbangan kajian untuk pengkaji.
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
45/89
33
Manakala Siti Rahayah Ariffin, Roseni Ariffin, dan Hafsa Mohamed
Makki (2008) di dalam tajuk Faktor Kontrubusi Kecerdasan Pelbagai
Dalam Kalangan Pelajar Remaja menjalankan kajian bertujuan mengenal
pasti sumbangan kecerdasan lain terhadap dua domain kecerdasan
tersebut. Seramai 844 orang pelajar yang merupakan remaja berusia di
antara 16 hingga 18 tahun di Negeri Selangor telah dipilih secara rawak
sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan instrumen Malaysian
Multiple Intelligences Checklist for Adult (MyMICA) yang mengandungi 80
item persepsi bagi mewakili sembilan domain kecerdasan pelbagai.
Dapatan kajian menggunakan analisis regresi berganda menunjukkan
kecerdasan interpersonal dan logik-matematik adalah antara kecerdasan
yang membuat kontribusi kepada kecerdasan verbal-linguistik.
Kecerdasan logik-matematik pula menerima kontribusi antaranya daripada
kecerdasan verbal-linguistik dan intrapersonal menunjukkan seseorang
pelajar mempunyai kecerdasan dalam verbal-linguistik dan logik-
matematik, sebenarnya mempunyai kaitan dengan kecerdasan
interpersonal dan intrapersonal. Oleh itu, dapatan kajian ini merupakan
penyumbang maklumat kepada pengkaji untuk menjalankan kajian.
Dapatan kajian lain yang telah dijalankan oleh NurHafiza Binti
Nasiron (2011) dalam tajuknya Pola Kecerdasan Pelbagai Dalam
Kalangan Pelajar Fizik Berpencapaian Tinggi, Sederhana Dan Rendah Di
Daerah Kulai. Kajian ini melibatkan seramai 288 orang pelajar yang
mengambil mata pelajaran Fizik dari sembilan buah sekolah dalam
Daerah Kulai. Pelajar dikelaskan kepada kumpulan pelajar berpencapaian
tinggi, sederhana dan rendah berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
46/89
34
Tahun Setara Daerah Kulai 2009 yang disediakan oleh Panatia Fizik
Daerah Kulai. Selain daripada Soalan Fizik Tingkatan Empat bagi
Peperiksaan Akhir Tahun Setara Daerah Kulai, set soal selidik
Kecerdasan Pelbagai bagi pelajar Sekolah Menengah (Ubahsuai: Chislett
& Chapman, 2005) juga telah ditadbirkan kepada responden kajian.
Secara keseluruhannya, kajian ini dapat memberi gambaran dan panduan
yang berguna kepada mereka-mereka yang terlibat dalam dunia
pendidikan khususnya kepada guru-guru mata pelajaran Fizik. Dengan itu,
dapatan kajian ini juga sedikit sebanyak memberi maklumat kepada
pengkaji dalam kajiannya.
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
47/89
35
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENDAHULUAN
Dalam bab ini pengkaji akan menghuraikan aspek-aspek yang berkaitan
dengan reka bentuk kajian, populasi kajian, sampel kajian, subjek kajian,
alat ukuran kajian. Menurut Gay (1992) di dalam Nur Azhana Binti Ahmad
(2010), metodologi kajian menerangkan tentang semua langkah yang
terlibat dalam sesuatu kajian yang hendak dijalankan termasuklah
menentukan reka bentuk kajian, tatacara persampelan, alat kajian,
pengumpulan data dan menentukan kaedah analisis statistik yang
digunakan dalam sesuatu kajian seperti yang dinyatakan.
3.2 REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian ini kajian deskriptif dan data yang dikumpul ialah data
kuantitatif. Menurut Lau Too Kya dan Zainuddin Awang (2002), di mana
data-data dikumpul, disusun, diringkas dan dibentangkan dalam bentuk
yang mudah difahami dan sesuai digunakan. Oleh itu, dalam kajian ini
pengkaji menggunakan carta dan jadual untuk mempersembahkan
maklumat yang diperoleh.
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
48/89
36
3.3 TEMPAT KAJIAN
Kajian ini telah dilakukan di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang
terletak di daerah Pengkalan Chepa, Kelantan iaitu Kolej Teknologi Darul
Naim (KTD). Penyelidik memilih tempat ini sebagai tempat kajian adalah
disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah terdapatnya subjek yang
sesuai yang boleh digunakan untuk menjawab persoalan kajian
penyelidik.
Selain itu, pemilihan tempat ini sebagai tempat kajian merupakan
pemilihan yang tepat kerana ia menjimatkan kos dan tenaga. Hal ini,
disebabkan tempat kajian berhampiran dengan tempat tinggal penyelidik
dan faktor kehilangan soal selidik mungkin tidak akan timbul disebabkan
terdapat kenalan di tempat kajian yang akan memudahkan proses
pengumpulan data.
3.4 SUBJEK KAJIAN
3.4.1 Populasi
Mengikut Lau Too Kya dan Zainuddin Awang (1999), populasi adalah
seluruh kumpulan orang, objek atau barang yang dikaji atau diselidiki.
Dalam kajian ini, populasi yang telah dikenalpasti oleh pengkaji terdiri
daripada 820 orang pelajar Kolej Teknologi Darul Naim. Pelajar-pelajar
berkenaan telah dikenalpasti melalui maklumat yang diperolehi daripada
Pejabat Pentadbiran Kolej Teknologi Darul Naim.
Di samping itu, untuk menentukan populasi kajian pengkaji juga
merujuk kepada cadangan Mitchell terjemahan Syaharom Abdullah (1990)
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
49/89
37
di dalam Nur Azhana Ahmad (2010) menyarankan beberapa perkara yang
perlu diambilkira dalam menentukan populasi kajian, iaitu; (i) Penyelidik
perlu mengambilkira tentang sifat-sifat populasi sasaran. Populasi sasaran
ialah satu kumpulan besar individu, objek atau perisitiwa yang ingin dibuat
generalisasi tentang penemuan kajian. (ii) Penyelidik perlu mengambilkira
demografi populasi yang merangkumi pemboleh ubah-pemboleh ubah
seperti umur, jantina, bangsa dan negeri asal. (iii) Penyelidik boleh
mendapatkan sampel dari populasi sasaran dengan menggunakan
kaedah persampelan rawak.
3.4.2 Sampel Kajian
Menurut Lau Too Kya dan Zainuddin Awang (1999), sampel adalah satu
kumpulan kecil yang dipilih daripada populasi, dimana sampel adalah
subset populasi. Sampel dipilih untuk mewakili populasi. Oleh sebab itu,
penggunaan sampel yang mencukupi dan mewakili populasi adalah
sebagai jalan penyelesaian kepada batasan-batasan yang wujud kepada
para penyelidik.
Apabila kita mengkaji sampel, kita hanya mengkaji sebahagian
daripada populasi sahaja. Maklumat-maklumat yang diperoleh daripada
sampel digunakan untuk membuat kesimpulan, kenyataan dan keputusan
ke atas keseluruhan populasi. Oleh sebab itu, sampel perlu dipilih dengan
kaedah yang saintifik, tepat tanpa pincang dan boleh mewakili populasi
yang dikaji.
Menurut Tan Poo Chang dan Halimah Awang (1999), saiz sampel
yang kecil mungkin tidak dapat memberi maklumat yang mewakili
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
50/89
38
penduduk berkenaan manakala saiz sampel yang besar pula akan
memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, seseorang penyelidik perlu
menentukan satu saiz yang sesuai yang boleh memberikan maklumat
berpadanan dengan peruntukan sumber yang ada. Saiz sampel
bergantung kepada dua faktor iaitu; (i) sumber kewangan, kemudahan,
dan bilangan penemuramah. (ii) ketepatan yang dikehendaki atau objektif
penyelidikan. Oleh itu, sampel dalam kajian ini adalah adalah melibatkan
seramai 100 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej
Teknologi Darul Naim setelah pengkaji meneliti dua faktor penentuan saiz
sampel tersebut.
3.5 ALAT KAJIAN
Kajian yang dijalankan dari segi pengumpulan data kajian ini melibatkan
data primer iaitu data mentah yang dikumpulkan oleh penyelidik sendiri
yang hendak menggunakan data itu. Data primer juga dikenali sebagai
data utama. Data primer dikumpulkan dengan kaedah pemerhatian, temu
duga berdepan dan kaji selidik melalui pos. Namun begitu, dalam kajian
ini bagi mengetahui kecerdasan pelbagai pelajar Kolej Teknologi Darul
Naim ialah dengan menggunakan borang soal selidik iaitu dikenali
sebagai data mentah.
Kaedah soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Soal
selidik ialah suatu senarai soalan yang dicetak dan bertujuan untuk
mendapatkan maklumat mengikut objektif kajian. Melalui penggunaan
soal selidik dapat menjimatkan masa dan tenaga serta dapat
mengurangkan kos perbelanjaan jika dibandingkan dengan instrumen
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
51/89
39
kajian yang lain. Setiap soalan soal selidik mengandungi arahan soalan-
soalan jenis tertutup untuk dijawab oleh responden yang terlibat dalam
kajian ini. Semua maklumat yang diperolehi akan diklasifikasikan mengikut
aspek yang telah ditentukan dan dianalisis secara kuantitatif (Lau Too Kya
dan Zainuddin Awang (2002). Set soal selidik yang digunakan di dalam
kajian ini mengandungi dua bahagian iaitu:
Bahagian A : Maklumat Demografi
Bahagian ini mengandungi item-item yang berkaitan dengan faktor
demografi responden. Maklumat ini bertujuan untuk mendapatkan
maklumat mengenai diri sampel yang dikaji. Maklumat yang dimaksudkan
ialah jantina, umur dan bangsa.
Bahagian B : Kecerdasan Pelbagai
Soal selidik berkaitan dengan kecerdasan pelbagai ini dibentuk oleh
penyelidik sendiri untuk mengetahui kecerdasan pelbagai berdasarkan
objektif dan persoalan kajian yang telah ditetapkan. Bahagian ini
mengandungi 72 item soalan tertutup. Format jawapan adalah
berdasarkan kepada skala likert 5 mata iaitu (1)= sangat tidak setuju,
(2)= tidak setuju, (3)= agak setuju, (4)= setuju, dan (5)= sangat
setuju. Responden hanya perlu menandakan (/) pada ruangan yang
disediakan. Daripada 72 soalan yang telah dijawab oleh semua
responden, pengkaji akan mengira skor yang dimiliki oleh seorang
responden berdasarkan 3 pembahagian iaitu rendah, sederhana, dan
tinggi. Pengiraan skor tersebut adalah berdasarkan jumlah purata bagi
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
52/89
40
seorang responden dalam satu kecerdasan. Hal ini berkemungkinan
seorang responden akan memiliki lebih dari satu kecerdasan. Berikut
adalah jumlah skor mengikut tahap yang telah ditetapkan dan jadual
kaedah pemarkatan mengikut kecerdasan pelbagai item-item yang negatif
dan positif :
Jadual 1 : PENGIRAAN SKOR KECERDASAN PELBAGAI
TAHAP SKOR
Rendah 0 1.7
Sederhana 1.8 3.3
Tinggi 3.4 - 5
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
53/89
41
Jadual 2 : KAEDAH PEMARKATAN
NO. KECERDASAN
PELBAGAI
ITEM POSITIF ITEM
NEGATIF
JUMLAH
ITEM
1. KECERDASAN
VERBAL
LINGUISTIK
1, 26, 27, 53,
54
2, 28, 55 8
2. KECERDASAN
INTERPERSONAL
3, 29, 30, 56,
72
4, 31, 57 8
3. KECERDASAN
INTRAPERSONAL
5, 6, 32, 33, 58 7, 34, 59 8
4. KECERDASAN
LOGIK MATEMATIK
8, 10, 11, 35,
60
9, 36, 61 8
5. KECERDASAN
VISUAL-RUANG
12, 13, 37, 38,
62
14, 39, 63 8
6. KECERDASAN
KINESTETIK
15, 16, 40, 41,
64
17, 18, 42 8
7. KECERDASAN
MUZIK
19, 43, 44, 66,
67
20, 45, 68 8
8. KECERDASAN
NATURALIS
21, 46, 47, 65,
69
22, 48, 49 8
9. KECERDASAN
EKSTENSIALIS
23, 24, 50, 51,
70
25, 52, 71 8
JUMLAH : 45 27 72
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
54/89
42
3.6 SKOP KAJIAN
Pengkaji menjalankan kajian ke atas pelajar dalam kalangan pelajar IPT di
Kolej Teknologi Darul Naim seramai 100 orang responden. Pengkajian
memberi tumpuan kepada kecerdasan pelbagai.
3.7 PROSEDUR KAJIAN
Untuk menjalankan kajian ini, langkah-langkah yang akan diambil oleh
pengkaji adalah seperti berikut:
i. Langkah awal ialah menentukan bidang kajian yang hendak
diberikan tumpuan iaitu berkaitan dengan kecerdasan pelbagai
dalam kalangan pelajar.
ii. Menyedia dan membentangkan kertas cadangan penyelidikan.
iii. Memohon kebenaran menjalankan penyelidikan daripada
penyelaras program Diploma Psikologi Kolej Jaiputra bagi
menjalankan kajian.
iv. Menjalankan kajian selama dua minggu untuk mengumpul data.
v. Pengumpulan data telah dilakukan untuk semua aktiviti yang
dijalankan. Data-data dikumpul, disemak dan direkodkan untuk
tujuan dianalisis.
vi. Memasukkan data-data ke dalam komputer menggunakan bantuan
program SPSS for windows versi 15.0
vii. Menjalankan penganalisisan data yang melibatkan kaedah analisis
statistik deskriptif.
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
55/89
43
viii. Akhirnya pengkaji membincangkan dapatan kajian, implikasi kajian,
aplikasi kajian dan mengemukakan cadangan kajian.
3.8 ANALISIS DATA
Gay (1992) di dalam Nur Azhana Ahmad (2010) menyatakan kaedah analisis
statistik yang digunakan dalam sesuatu kajian bergantung kepada reka
bentuk kajian dan jenis skala pengukuran pemboleh ubah bersandar yang
digunakan. Sementara Othman Mohamed (2001) di dalam Nur Azhana
Ahmad (2010) menyatakan bahawa zaman mutakhir ini, analisis data statistik
mudah dilakukan dengan menggunakan bantuan perisian komputer program
SPSS. Berdasarkan persoalan yang digunakan dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan satu kaedah penganalisisan data iaitu statistik deskriptif.
3.8.1 Statistik Deskriptif
Statistik deskriptif atau dikenali dengan statistik perihalan ialah statistik yang
digunakan untuk memerihalkan sesuatu peristiwa. Ia juga merupakan teknik
untuk menerangkan data dengan cara meringkaskan beberapa set data
supaya ianya mudah difahami. Kaedah ini digunakan untuk menentukan
frekuensi, peratus, min ke atas data-data yang diperolehi.
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
56/89
44
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 PENDAHULUAN
Bab ini membentangkan dapatan-dapatan kajian tentang Kecerdasan
Pelbagai dalam kalangan pelajar Kolej Teknologi Darul Naim (KTD).
Penganalisisan data dilakukan berdasarkan soal selidik lengkap yang
telah dijawab oleh 100 orang responden terdiri daripada pelajar KTD.
Kaedah penganalisisan data adalah dengan menggunakan
Statistical Package for Social Sciences Version 15.0 (SPSS). Analisis
dibuat menggunakan statistik deskriptif. Frekuensi digunakan untuk
melihat peratusan demografi responden kajian yang merangkumi umur,
jantina dan bangsa.
Oleh yang demikian, huraian dapatan kajian serta perbincangan
bab ini akan memberi tumpuan kepada dapatan kajian yang terdiri
daripada ciri-ciri demografi responden iaitu umur, jantina dan bangsa.
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
57/89
45
4.2 KEPUTUSAN KAJIAN
Dapatan Analisis Deskriptif
Jadual 3 menunjukkan taburan responden mengikut status umur. Taburan
umur responden adalah terdiri daripada 18 hingga 20 tahun, 21 hingga 23
tahun dan 24 tahun ke atas. Didapati bahawa seramai 87 orang (87%)
adalah merupakan responden yang berumur 18 hingga 20 tahun, seramai
12 orang (12%) adalah merupakan responden yang berumur 21 hingga 23
tahun dan hanya seorang (1%) merupakan rsponden yang berumur 24
tahun ke atas. Secara keseluruhannya, taburan responden mengikut umur
dapat dilihat dalam jadual 3 dan rajah 2.
Jadual 3 : Taburan Responden Mengikut Umur (Tahun)
Rajah 2 : Taburan Responden Mengikut Umur
Umur Frekuensi Peratus (%)
18-20 87 87
21 - 23 ke atas 12 12
24 tahun ke atas 1 1
Jumlah 100 100
87%
12%
1%
UMUR
18-20 tahun
21 - 23 tahun
24 tahun ke ats
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
58/89
46
Jadual 4 menunjukkan taburan responden mengikut jantina. Didapati
bahawa seramai 77 orang (77%) adalah merupakan responden
perempuan, manakala seramai 23 orang (23%) adalah merupakan
responden lelaki. Secara keseluruhannya, taburan responden
berdasarkan jantina dapat dilihat dalam jadual 4 dan rajah 3.
Jadual 4 : Taburan Responden Mengikut Jantina
Rajah 3 : Taburan Responden Mengikut Jantina
Jantina Frekuensi Peratus (%)
Perempuan 77 77
Lelaki 23 23
Jumlah 100 100
77%
23%
Jantina
Perempuan
Lelaki
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
59/89
47
Jadual 5 menunjukkan taburan responden mengikut bangsa. Didapati
bahawa seramai 83 orang (83%) adalah merupakan responden
Bumiputra, manakala seramai 17 orang (17%) adalah merupakan
responden bukan Bumiputra. Secara keseluruhannya, taburan responden
berdasarkan jantina dapat dilihat dalam jadual 5 dan rajah 4.
Jadual 5 : Taburan Responden Mengikut Bangsa
Rajah 4 : Taburan Responden Mengikut Bangsa
Bangsa Frekuensi Peratus (%)
Bumiputra 83 83
Bukan Bumiputra 17 17
Jumlah 100 100
83%
17%
Bangsa
Bumiputra
Bukan Bumiputra
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
60/89
48
Jadual 6 menunjukkan taburan kecerdasan verbal linguistik responden.
Didapati bahawa seramai 30 orang (30%) adalah responden yang
memiliki kecerdasan verbal linguistik yang sederhana manakala seramai
70 orang (70%) adalah responden yang memiliki kecerdasan verbal
linguistik yang tinggi. Secara keseluruhannya, taburan responden
berdasarkan kecerdasan verbal linguistik dapat dilihat dalam jadual 6 dan
rajah 5.
Jadual 6 : Taburan Kecerdasan Verbal Linguistik Responden
Rajah 5 : Taburan Kecerdasan Verbal Linguistik Responden
70%
30%
Kecerdasan Verbal Linguistik
RENDAH
SEDEHANA
TINGGI
Kecerdasan Verbal
Linguistik
Frekuensi Peratus (%)
Rendah 0 0
Sederhana 30 30
Tinggi 70 70
Jumlah 100 100
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
61/89
49
Jadual 7 menunjukkan taburan kecerdasan interpersonal responden.
Didapati bahawa seramai 45 orang (45%) adalah responden yang
memiliki kecerdasan interpersonal yang sederhana manakala seramai 55
orang (55%) adalah responden yang memiliki kecerdasan interpersonal
yang tinggi. Secara keseluruhannya, taburan responden berdasarkan
kecerdasan interpersonal dapat dilihat dalam jadual 7 dan rajah 6.
Jadual 7 : Taburan Kecerdasan Interpersonal Responden
Rajah 6 : Taburan Kecerdasan Interpersonal Responden
0%
45%
55%
Kecerdasan Interpersonal
RENDAH
SEDERHANA
TINGGI
Kecerdasan
Interpersonal
Frekuensi Peratus (%)
Rendah 0 0
Sederhana 45 45
Tinggi 55 55
Jumlah 100 100
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
62/89
50
Jadual 8 menunjukkan taburan kecerdasan intrapersonal responden.
Didapati bahawa seramai 40 orang (40%) adalah responden yang
memiliki kecerdasan intrapersonal yang sederhana manakala seramai 60
orang (60%) adalah responden yang memiliki kecerdasan intrapersonal
yang tinggi. Secara keseluruhannya, taburan responden berdasarkan
kecerdasan intrapersonal dapat dilihat dalam jadual 8 dan rajah 7.
Jadual 8 : Taburan Kecerdasan Intrapersonal Responden
Rajah 7 : Taburan Kecerdasan Intrapersonal Responden
0%
40%
60%
Kecerdasan Intrapersonal
RENDAH
SEDERHANA
TINGGI
Kecerdasan
Intrapersonal
Frekuensi Peratus (%)
Rendah 0 0
Sederhana 40 40
Tinggi 60 60
Jumlah 100 100
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
63/89
51
Jadual 9 menunjukkan taburan kecerdasan logik matematik responden.
Didapati bahawa seramai 65 orang (65%) adalah responden yang
memiliki kecerdasan logik matematik yang sederhana manakala seramai
35 orang (35%) adalah responden yang memiliki kecerdasan logik
matematik yang tinggi. Secara keseluruhannya, taburan responden
berdasarkan kecerdasan logik matematik dapat dilihat dalam jadual 9 dan
rajah 8.
Jadual 9 : Taburan Kecerdasan Logik Matematik Responden
Rajah 8 : Taburan Kecerdasan Logik Matematik Responden
0%
35%
65%
Kecerdasan Logik Matematik
RENDAH
SEDERHANA
TINGGI
Kecerdasan Logik
Matematik
Frekuensi Peratus (%)
Rendah 0 0
Sederhana 35 35
Tinggi 65 65
Jumlah 100 100
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
64/89
52
Jadual 10 menunjukkan taburan kecerdasan visual ruang responden.
Didapati bahawa seramai 41 orang (41%) adalah responden yang
memiliki kecerdasan visual ruang yang sederhana manakala seramai 59
orang (59%) adalah responden yang memiliki kecerdasan visual ruang
yang tinggi. Secara keseluruhannya, taburan responden berdasarkan
kecerdasan visual ruang dapat dilihat dalam jadual 10 dan rajah 9.
Jadual 10 : Taburan Kecerdasan Visual Ruang Responden
Rajah 9 : Taburan Kecerdasan Visual Ruang Responden
0%
59%
41%
Kecerdasan Visual Ruang
RENDAH
SEDERHANA
TINGGI
Kecerdasan Visual
Ruang
Frekuensi Peratus (%)
Rendah 0 0
Sederhana 41 41
Tinggi 59 59
Jumlah 100 100
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
65/89
53
Jadual 11 menunjukkan taburan kecerdasan kinestetik responden.
Didapati bahawa seramai 34 orang (34%) adalah responden yang
memiliki kecerdasan kinestetik yang sederhana manakala seramai 66
orang (66%) adalah responden yang memiliki kecerdasan kinestetik yang
tinggi. Secara keseluruhannya, taburan responden berdasarkan
kecerdasan kinestetik dapat dilihat dalam jadual 11 dan rajah 10.
Jadual 11 : Taburan Kecerdasan Kinestetik Responden
Rajah 10 : Taburan Kecerdasan Kinestetik Responden
0%
34%
66%
Kecerdasan Kinestetik
RENDAH
SEDERHANA
TINGGI
Kecerdasan
Kinestetik
Frekuensi Peratus (%)
Rendah 0 0
Sederhana 34 34
Tinggi 66 66
Jumlah 100 100
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
66/89
54
Jadual 12 menunjukkan taburan kecerdasan muzik responden. Didapati
bahawa seramai 25 orang (25%) adalah responden yang memiliki
kecerdasan muzik yang sederhana manakala seramai 75 orang (75%)
adalah responden yang memiliki kecerdasan muzik yang tinggi. Secara
keseluruhannya, taburan responden berdasarkan kecerdasan muzik dapat
dilihat dalam jadual 12 dan rajah 11.
Jadual 12 : Taburan Kecerdasan Muzik Responden
Rajah 11 : Taburan Kecerdasan Muzik Responden
0%
25%
75%
Kecerdasan Muzik
RENDAH
SEDERHANA
TINGGI
Kecerdasan Muzik Frekuensi Peratus (%)
Rendah 0 0
Sederhana 25 25
Tinggi 75 75
Jumlah 100 100
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
67/89
55
Jadual 13 menunjukkan taburan kecerdasan naturalis responden. Didapati
bahawa seramai 16 orang (16%) adalah responden yang memiliki
kecerdasan naturalis yang sederhana manakala seramai 81 orang (81%)
adalah responden yang memiliki kecerdasan naturalis yang tinggi. Secara
keseluruhannya, taburan responden berdasarkan kecerdasan naturalis
dapat dilihat dalam jadual 13 dan rajah 12.
Jadual 13 : Taburan Kecerdasan Naturalis Responden
Rajah 12 : Taburan Kecerdasan Naturalis Responden
0%
19%
81%
Kecerdasan Naturalis
RENDAH
SEDERHANA
TINGGI
Kecerdasan
Naturalis
Frekuensi Peratus (%)
Rendah 0 0
Sederhana 16 16
Tinggi 81 81
Jumlah 100 100
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
68/89
56
Jadual 14 menunjukkan taburan kecerdasan Eksistensialis responden.
Didapati bahawa seramai 11 orang (11%) adalah responden yang
memiliki kecerdasan Eksistensialis yang sederhana manakala seramai 89
orang (89%) adalah responden yang memiliki kecerdasan Eksistensialis
yang tinggi. Secara keseluruhannya, taburan responden berdasarkan
kecerdasan Eksistensialis dapat dilihat dalam jadual 14 dan rajah 13.
Jadual 14 : Taburan Kecerdasan Eksistensialis Responden
Rajah 13 : Taburan Kecerdasan Eksistensialis Responden
0%
11%
89%
Kecerdasan Eksistensialis
RENDAH
SEDERHANA
TINGGI
Kecerdasan
Naturalis
Frekuensi Peratus (%)
Rendah 0 0
Sederhana 16 16
Tinggi 81 81
Jumlah 100 100
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
69/89
57
4.3 KAITAN DENGAN DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini akan membincangkan hasil kajian berdasarkan persoalan.
Huraian perbincangan merangkumi persoalan kajian. Perbincangan ini
juga akan menyokong dan tidak menyokong kajian yang terdahulu.
i. Bagaimanakah kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar?
Dalam kajian ini seramai 100 orang yang telah terlibat sebagai responden
kajian yang mana mewakili semua populasi iaitu pelajar Kolej Teknologi
Darul Naim.
Hasil analisis menggunakan frekuensi mendapati bahawa majoriti
pelajar Kolej Teknologi Darul Naim memiliki Kecerdasan Eksistensialis
iaitu sebanyak 41%. Namun begitu, kajian yang telah dijalankan oleh Siti
Rahayah Ariffin et al (2011) yang bertajuk Faktor Kecerdasan Pelbagai
Dalam Pembentukan Profil Remaja yang mendapati analisis regresi linear
menunjukkan kecerdasan Visual Ruang memberi sumbangan paling tinggi
iaitu 97.8% terhadap kecerdasan Logik Matematik manakala kecerdasan
Verbal Linguistik pula memberi sumbangan paling rendah iaitu 22.2%
terhadap kecerdasan Muzik. Oleh itu, hal ini kemungkinan adalah
disebabkan terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi keputusan
kajian seperti jurusan yang diambil atau status seseorang remaja tersebut.
Selain itu, Johari bin Hassan dan Nur Aimi Binti Mohd Idrus (2004)
telah menjalankan satu kajian yang bertajuk Kecerdasan Pelbagai
Dikalangan Kanak-kanak Prasekolah Serta Strategi Pengajaran Yang
Digunakan Untuk Mengajar Kanak-kanak Prasekolah, di mana hasil kajian
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
70/89
58
mendapati bahawa majoriti memiliki Kecerdasan Muzik iaitu sebanyak
91.7%. Hal ini kemungkinan, responden kajian ini mempunyai latar
belakang jurusan Pengajian Islam dan kemungkinan mengikuti usrah di
kolej menyebabkan Kecerdasan Eksistensialisis paling tinggi.
ii. Bagaimanakah kecerdasan pelbagai berdasarkan faktor
demografi dalam kalangan pelajar?
Menurut kajian Ibrahim Bin Mohamed Zin dan Farah Binti Mukhtar (2007)
yang bertajuk Hubungan Kecerdasan Pelbagai, Gaya Pembelajaran Dan
Pencapaian Akademik Guru Pelatih mendapati hanya kecerdasan muzik
dan gaya pembelajaran bersendirian tidak mempunyai hubungan antara
pemboleh ubah. Bagi pelajar PPISMP, hanya intrapersonal dan gaya
pembelajaran bersendirian mempunyai hubungan antara pemboleh ubah.
Maka, perbandingan di antara dapatan kajian ini dengan kajian yang lepas
menunjukkan terdapat faktor lain yang mempengaruhi bukan hanya faktor
demografi tetapi kemungkinan pengkaji perlu melihat dari aspek
persekitaran atau pencapaian akademik seseorang serta melihat faktor
demografi yang lain seperti status perkahwinan, mengikuti usrah atau
tidak dan jurusan yang diambil.
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
71/89
59
BAB 5
PENUTUP
5.1 PENDAHULUAN
Bab ini membincangkan mengenai keseluruhan dapatan kajian. Selain itu,
kajian ini juga mengemukakan beberapa cadangan untuk kajian lanjutan
bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkaitan dengan kajian
di samping sebagai panduan untuk kajian lanjutan. Oleh itu, kajian yang
lebih mendalam dan meluas dapat dihasilkan pada masa akan datang
bagi memperbaiki kajian yang sedia ada. Bab ini merangkumi beberapa
bahagian iaitu rumusan kajian, implikasi kajian, cadangan dan rumusan.
5.2 RUMUSAN KAJIAN
Kajian ini berbentuk kajian deskriptif yang bertujuan untuk memperihalkan
kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar IPT. Selain itu, kajian ini juga
bertujuan untuk melihat bagaimana kecerdasan pelbagai berdasarkan
faktor demografi iaitu umur, jantina, dan bangsa dalam kalangan pelajar
IPT.
Dalam kajian ini pemilihan populasi adalah 820 pelajar Kolej
Teknologi Darul Naim. Namun begitu, pengkaji telah mengambil 100
orang sahaja dari jumlah sebenar populasi di atas disebabkan faktor-
faktor tertentu sebagai sampel kajian. Menurut Tuckman (1978) di dalam
Sidek Mohd Noah (2002) mengatakan apabila timbul keraguan berhubung
-
7/24/2019 Kajian Tinjauan Kecerdasan Pelbagai Dala
72/89
60
saiz sampel, penyelidik harus memilih sampel sebesar mana yang ia
termampu. Hal ini adalah kerana semakin besar saiz sampel, semakin
kecil ralat persampelan. Sampel dalam kajian ini adalah adalah
melibatkan seramai 100 orang pelajar Kolej Teknologi Darul Naim iaitu
terdiri daripada 23 orang pelajar lelaki dan 77 orang pelajar perempuan.
Selain itu, pengkaji menggunakan borang soal selidik yang dibina
oleh penyelidik sendiri mengenai sembilan kecerdasan pelbagai
berdasarkan Teori Howard Gardner. Terdapat dua bahagian soal selidik
ini iaitu Bahagian A adalah aspek demografi dan bahagian B adalah soal
selidik kecerdasan pelbagai. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan
perisian program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi
15.0. Oleh itu, bagi menerangkan berkenaan dengan kecerdasan pelbagai
dan maklumat demografi seperti umur, jantina dan bangsa pengkaji telah
menggunakan statistik deskriptif seperti min, frekuensi dan peratus.
Melalui kajian yang telah dijalankan dan melalui proses
pengana