laporan majlis restu ilmu 2013

Post on 06-Oct-2015

187 Views

Category:

Documents

10 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

rujukan bersama

TRANSCRIPT

Laporan Majlis Restu Ilmu2013

LAPORAN MAJLIS RESTU ILMU

CALON-CALON UPSR 2013

SK TANJONG ADANG

1. Nama program

: Majlis Restu Ilmu 20132. Tarikh pelaksanaan: 6 September 2013 (Jumaat)3. Masa pelaksanaan

: 7.20 hingga 8.15 pagi 4. Laporan aktiviti:

Majlis Restu Ilmu khusus untuk calon-calon UPSR 2013 telah diadakan pada 6 September 2013 iaitu pada hari Jumaat jam 7.10 hingga 8.15 pagi. Majlis ini diadakan bertujuan memberi kesadaran kepada murid-murid tentang pntingnya keredhaan guru dan ibu bapa dalam kehidupan seharian seterusnya memberi peluang kepada murid-murid Tahun 6 memohon restu ilmu dan memohon maaf dari semua guru dan warga sekolah.

Pada tahun ini, majlis diadakan selepas bacaan Yassin pada hari Jumaat di Dewan SK Tanjong Adang kerana keadaan kantin yang basah akibat hujan lebat. Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin yang diketuai oleh Ustaz Roshahizad bin Shahidan dari jam 7:20 hingga 7:40 pagi. Seterusnya, Pn Noor Azuwa bt Ithnain mengambil alih selaku pengacara Majlis Restu Ilmu. Majlis Restu Ilmu dimulakan dengan ucapan wakil murid, Muhamad Azib bin Ranmani disusuli ucapan penyelaras Tahun 6 merangkap guru kelas Tahun 6, Pn Norazlina bt Ali. Seterusnya adalah ucapan dari wakil pentadbir, Pn Aisah bt Md Salleh, Guru Besar SK Tanjong Adang. Majlis seterusnya disambung dengan bacaan doa menghadapi peperiksaan yang telah disempurnakan oleh Ustaz Roshahizad bin Shahidan.

Selesai sudah ucapan dari pelbagai pihak, Majlis Restu Ilmu diteruskan pula dengan sesi bersalam-salaman antara murid-murid Tahun 6 dengan guru-guru. Majlis penuh barakah dan kerahmatan tersebut berakhir pada jam 8:15 pagi. 5. Kekuatan program :

5.1 Semua ahli jawatankuasa program komited dalam melaksanakan tugas masing-masing.5.2 Murid-murid lain menunjukkan tingkah laku positif walaupun tidak terlibat secara langsung dengan majlis ini.

5.3 Ucapan wakil murid disediakan oleh murid itu sendiri.

5.4 Berbeza tahun lepas, pada kali ini murid-murid memohon kemaafan dari guru-guru dengan bersungguh-sungguh.

5.5 Majlis dapat dijalankan dalam tempoh masa yang dirancang.

Disediakan oleh ;

........................................

(NORFAIEZA BT MARJONI)

Setiausaha,

Majlis Restu Ilmu 2013.

Disemak oleh:

................................................

(HJH ROSMAH BINTI MASROR)

GPK Hal Ehwal Murid,

SK Tanjong Adang.

LAPORAN BERGAMBAR

Semua murid dan guru berkumpul di dewan bagi program bacaan Yassin

Ucapan Guru Besar

Ucapan wakil guru

Ucapan wakil murid

Bacaan doa oleh Ustaz Roshahizad

Sesi bersalam-salaman.PAGE 3

top related