perbandingan antara dua alat muzik dari negara yang berbeza
Post on 06-Feb-2018
338 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/21/2019 Perbandingan Antara Dua Alat Muzik Dari Negara Yang Berbeza
1/12
Bahagian A: Penulisan Akademik
Perbandingan antara dua alat muzik dari Negara yang berbeza
Nama alat
muzik
Sheng Sompoton
Negara asal Hubei, China Sabah, Malaysia
Pencipta Nu Wo Suku kaum kadazan dusun
Zaman 3000 tahun dahulu --
Asal Usul Sheng merupakan alat muzik
tiupan yang kuno di China,ia
merupakan alat muzik yang
paling awal menggunakan rid didunia. Alat muzik tersebut pernah
memainkan peranan pendorong
yang positif terhadap
perkembangan alat muzik barat.
Pada tahun 1978, beberapa
Paosheng pada lebih 2400 tahun
yang lalu telah digali keluar di
Kaunti Sui Provinsi Hubei China,
ini merupakan Sheng yang
paling awal ditemui di China pada
masa ini.
Alat muzik ini berasal dari Kampung
Tikolod, daerah Tambunan di negeri
Sabah. Alat muzik ini dipercayai
berasal dari Asia Tenggara.
Bentuk sejenis organ mulut yang dibuat
daripada labu. Bahagian peniupnya
pula dibuat daripada kayu. Alat
muzik ini mempunyai banyak ruang
angin yang dibuat daripada
logam.Tiub-tiubnya pula dibuat
daripada buluh. Tiub-tiub dari
tembaga ditambah untuk
mengeluarkan gema dan diletakkan
pada bahagian atas sheng yang
lebih kuat. Satu tiub mempunyai satu
pelidah dan tujuh belas ruang
pemetik. Selepas Dinasti Tang,
sejenis alat muzik tempatan di
Sabah. Ia diperbuat daripada labu
air yang dikeringkan. Lapan batang
buluh kecil disusun dalam dua
lapisan dan dimasukkan ke bahagian
buah labu berkenaan dengan
menebuk. Gam kelulut digunakan
untuk melekatkan batang buluh
terbabit, selain untuk menahan angin
daripada keluar melalui celah buluh
apabila tiupan dilakukan.
Satu daripada buluh ini tidak
berfungsi hanya untuk
-
7/21/2019 Perbandingan Antara Dua Alat Muzik Dari Negara Yang Berbeza
2/12
pemain alat muzik telah mengubah
Sheng itu menggunakan kayu dan
tembaga.
memperseimbangkan kedudukan
bentuk alat itu. Beberapa kepingan
kecil plat buluh diletakkan pada
dasar tiap-tiap tepian buluh untuk
menghasilkan bunyi mengikut kod
muzik yang telah ditentukan.
Dengan meniup atau menyedut
mulut labu, pemain sompoton boleh
menghasilkan satu bunyian harmoni
yang merdu.
Teknik
Permainan
Bunyi akan terhasil apabila udara
ditiup dan dihisap melalui tiub logam
yang disambungkan dengan
bahagian ruang angin ataupun Wind
Chamber.
Pemain boleh meniup atau
menyedut mulut labu dengan
menutup dan membuka tiga
daripada empat buluh terpendek
pada hujungnya dengan tiga kecil
pada dasar buluh terpendek serta
hadapan dan belakang paip yang
lebih panjang dengan jari tangan kiri.
Ianya akan mengeluarkan nada yang
bergetar dan menghasilkan satubunyian harmoni yang merdu.
Cara
memegang
alat muzik
Kedua-dua tangan memegang
bahagian bawah Sheng pada aras
bahagian dada.
1.berdiri - dipegang tegak /
menyendeng ke arah kanan
pemuzik.
2.baring - bahagian panjang
disandar pada bahu kiri
3.duduk - buluh panjang diatas
peha.
Skel - Sama dengan permainan skel
piano
-Melodi berasaskan skel pentatonik
-Jeda harmonic jeda oktaf dan ke-4
Fungsi Sheng digunakan dalam orkestra
atau sebagai alat solo untuk
dimainkan muzik hiburan. Alat muzik
utama dalam persembahan opera
terutamanya opera kunqu.Kunqu
merupakan salah satu jenis opera
-Majlis perkahwinan
-Hiburan untuk mengiringi tarian
magarang
-
7/21/2019 Perbandingan Antara Dua Alat Muzik Dari Negara Yang Berbeza
3/12
cina yang tertua. Memainkan
peranan sebagai alat muzik
tambahan dalam persembahan dizi
atau suona.
Ciri-ciri
istimewa
mampu memainkan sehingga
enam not secara serentak.
Ia biasanya dipanggil sebagai
"organ mulut Cina" oleh orang-
orang Barat.
Sheng juga merupakan instrumen
pertama muzik di dunia
menggunakan "sistem akustikberpasangan".
Alat muzik ini juga merupakan alat
muzik terawal yang menghasilkan
harmoni iaitu muzik polifonik.
Menggunakan sistem free reed
yang tunggal sebagai bahan
bunyinya seperti juga alat
Engkururai di Sarawak.
Repertoire Zhan Chi Feng-Huang Sayang Kinabalu
Persamaan
antara
Sheng dan
Sompoton
merupakan alat muzik erofon.
Perbandingan antara Sheng dan Sompoton
1.0 Asal Usul Alat Muzik
Sheng merupakan sejenis alat muzik tiupan yang kuno di China dan merupakan
alat muzik yang paling awal menggunakan rid di dunia. Menurut Patricia Matusky dan Tan
Soon Beng (2004), dalam bukunya The Music of Malaysia: the classical, folk and syncretic,
negara China percaya bahawa Sheng dicipta oleh seorang perempuan dewa yang
dinamakan Nu Wo pada 3000 tahun dahulu. Alat muzik ini merupakan simbol kepadaburung phoenix (fenghuang), dan batang paip adalah disusun secara serentak dengan
batang paip panjang yang diletakkan pada bahagian tengah untuk mewakili bahagian badan
burung.
Pada tahun 1740 dan 1777, orang Eropah Johann Wilde dan Pere Amiot
membawa Sheng dari Tiongkok dan mengadaptasikannya di Eropah. Pada tahun 1978,
beberapa Paosheng pada lebih 2400 tahun yang lalu telah digali keluar di Kaunti Sui Provini
Hubei China. Ini merupakan Sheng yang paling awal ditemui di China pada masa ini. Sheng
dipercayai telah berusia 2400 tahun dahulu. Sheng bermaksud suara yang luhur (mulia) dan
-
7/21/2019 Perbandingan Antara Dua Alat Muzik Dari Negara Yang Berbeza
4/12
nama alat muzik ini sama dengan sebutan perkataan Cina Sheng yang memberi maka
timbul.
Manakala dalam asal usul Sompoton, menurut Patricia Matusky dan Tan Soon
Beng (2012), dalam bukunya Muzik Malaysia: Tradisi, Klasik Rakyat dan Sinkretik, alatmuzik sompoton, iaitu sejenis organ mulut berasal dari kampung Tikolod di daerah
Tambunan di negeri Sabah. Alat muzik ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Alat muzik
ini berupakan alat muzik terawal yang menghasilkan harmoni iaitu muzik polifonik. Dahulu
alat ini telah didagangkan kepada suku-suku kaum Dusun yang lain.
Namun begitu, jika berbanding dengan Sheng, Sompoton mempunyai kisah asal
usul kewujudan alat muzik Sompoton di negeri Sabah. Kisah ini berasal dari Kampung
Libang Nukakatan Garas di Daerah Tambunan. Pada suatu ketika dahulu di kampung ini
terdapat sepasang suami isteri iaitu Gobou dan suaminya Lombohon. Pasangan ini
dikurniakan dengan enam orang anak lelaki dan perempuan iaitu Monongkol, Suruk,
Baranat, Ronom, Tuntuduk dan juga Tinaggal. Keluarga besar ini amat disenangi oleh
penduduk kampung kerana sikap ramah dan kebaikan Gobou, walaupun beliau seorang
yang bisu. Namun demikian, kebahagiaan keluarga ini tidak berpanjangan. Hubungan
mereka semakin renggang lantaran kesibukan Lombohan mengerjakan sawah bendang
(Tumoh) dan anak-anaknya pula sibuk menguruskan rumah tangga masing-masing.
Keadaan ini menyebabkan ibu mereka Gobou merasa tersisih hingga beliau berubah sikapmenjadi seorang yang pendiam dan murung. Lombohan yang menyedari keadaan ini cuba
untuk memperbaiki keadaan isterinya namun tidak berjaya. Pada suatu hari sedang
Lombohon berehat di sawah, tiba-tiba dia terdengar satu bunyi yang merdu dan bunyi
tersebut kedengaran lagi buat beberapa kali apabila angin bertiup kencang. Lombohon cuba
mencari arah bunyi tersebut dan akihirnya dia berjaya menemui puncanya, iaitu dari
sebatang batang buluh yang telah patah. Lombohon tertarik dengan bunyi yang dikeluarkan
dari batang buluh itu lalu mencabutnya untuk dibawa pulang dan memacakkan batang buluh
itu di halaman rumahnya. Gobou yang sedang termenung di beranda meras terpegun diberanda merasa terpegun setelah mendengar kemerduan bunyi yang didengarinya. Tanpa
disangka, Gobou yang selama ini bisu dengan tiba-tiba bertanya Lombohan dari mana
datangnya bunyi itu. Lombohon merasa terkejut kerana isterinya sudah boleh bersuara dan
merasa gembira kerana bambu itu membantu memulihkan isterinya. Semenjak kejadian itu,
Gobou tidak lagi bisu dan kembali ceria. Hubungan kekeluargaan mereka juga semakin
pulih. Akhirnya salah seorang daripada cucu Gobou yang bernama Sompot berjaya
mencipta mencipta alat muzik berdasarkan alat muzik bambu yang dinamakan sompoton
sempena nama Sompot dan setiap sumbiling.
-
7/21/2019 Perbandingan Antara Dua Alat Muzik Dari Negara Yang Berbeza
5/12
2.0 Bentuk Alat muzik
Menurut Patricia Matusky dan Tan Soon Beng (2004), dalam bukunya The Music
of Malaysia: the classical, folk and syncretic, The Sheng consists of an air chamber made of
metal with short reeds and 17 pipes or bamboo tubes inserted and secured into the air
chamber in a circular formation. A free beating reed is attached to each tube and a finger
hole is placed in the tube above the reed. Dalam bahasa Melayu bermaksud Sheng
mempunyai banyak ruang angin yang diperbuat daripada logam dan 17 tiub buluh
diletakkan di dalam ruang angin. Setiap tiub paip mempunyai rid atau pelidah bebas, dan
lubang jari diletakkan di atas rid / pelidah bebas.
Sompoton diperbuat daripada beberapa batang ataupun pipa buluh kecil dari
jenis sumbiling yang dipotong mengikut ukuran yang diperlukan. Sompoton diperbuat
daripada labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua
lapisan dan dimasukkan ke bahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam kelulut
http://3.bp.blogspot.com/_Y9KvyfS3z1k/Rgh6RzJxGrI/AAAAAAAAAKs/Dzmvx7zgzU8/s1600-h/Sompoton_1.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_Y9KvyfS3z1k/Rgh6RzJxGrI/AAAAAAAAAKs/Dzmvx7zgzU8/s1600-h/Sompoton_1.jpg -
7/21/2019 Perbandingan Antara Dua Alat Muzik Dari Negara Yang Berbeza
6/12
digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari
keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Salah satu daripada buluh ini
tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut.
Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk
menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.
Dengan meniup atau menyedut mulut labu, pemain sompoton boleh
menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.Menurut Mohamed Ghouse Nasuruddin
(2003), dalam bukunya Muzik Tradisional Malaysia, Sompoton atau mouth organ diperbuat
daripada lapan batang buluh sumbiling yang berbeza ukurannya. Buluh ini diselitkan ke
dalam gourd yang kosong dan disusun ke dalam dua barisan setiap satu mempunyai empat
batang. Barisan yang mengandungi buluh pendek berukuran sama terletak di kanan lubang
tiupan sementara barisan satu lagi yang mengandungi barisan buluh yang berbeza
ukurannya terletak di sebelah kiri lubang tiupan. Batang-batang buluh ini mempunyai nama
masing-masing. Dua yang terpanjang berukuran sama dan satu di antaranya yang tidak
berfungsi untuk mengeluarkan bunyi dikenali sebagai lombohan. Buluh yang kedua panjang
dikenali sebagai monongkol, diikuti dengan suruk bagi yang ketiga panjang dan bersama-
sama dengan buluh terpanjang disusun di sebelah kiri lubang tiupan. Di dalam barisan satu
lagi terdapat batang buluh berukuran sama iaitu tinangga, tuntuduk, randawai dan baranat.
Kesemua batang buluh ini diikat dengan empat lingkaran rotan tingkat tertentu.
3.0 Teknik Permainan Alat Muzik
Menurut Patricia Matusky dan Tan Soon Beng (2004), dalam bukunya The Music
of Malaysia: the classical, folk and syncretic, Sound is produced when the player closes the
finger holes and blows or sucks air through the reeds.This finger hole must be closed for the
reed to vibrate and the tube to sound out when blown Dalam Bahasa Melayu bermaksud
bunyi akan terhasil apabila udara ditiup dan dihisap melalui tiub logam yang disambungkan
dengan bahagian ruang angin ataupun Wind Chamber.Bunyi dihasilkan apabila pemain
menutup lubang jari dan meniup atau menyedut angin melalui pemimpit. Sheng
-
7/21/2019 Perbandingan Antara Dua Alat Muzik Dari Negara Yang Berbeza
7/12
menghasilkan bunyi daripada gabungan rid, paip, dan juga getaran bebas oleh rid di dalam
tiub. Bunyi Sheng nyaring lagi manis, dan suaranya agak kuat; dan boleh menghasilkan
bunyi yang tinggi, sederhana dan rendah.
Dalam permainan Sompoton, pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu
dengan menutup dan membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya
dengan tiga kecil pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih
panjang dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar dan
menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.
Gambar Rajah lubang-lubang alat muzik Sompoton
Semasa memainkan alat ini lubang-lubang pada monongkol dan tinangga
ditutup dengan ibu jari untuk membunyikannya. Begitu juga, lubang di belakang suruk
boleh ditutup dengan jari telunjuk atau jari hantu tangan kiri. Jika lubang-lubang ini tidak
ditutup, bunyi tidak akan terhasil.
-
7/21/2019 Perbandingan Antara Dua Alat Muzik Dari Negara Yang Berbeza
8/12
4.0 Cara memegang Alat Muzik
Merujuk gambar di atas, pemain memegang alat muzik Sheng dengan kedua-
dua tangan pada bahagian depan muka atau di depan dada.
Menurut Patricia Matusky dan Tan Soon Beng (2012), dalam bukunya Muzik
Malaysia: Tradisi, Klasik Rakyat dan Sinkretik, terdapat tiga cara asas untuk memegang
Sompoton. Jika pemain berdiri, sompoton dipegang tegak ataupun menyondang ke arah
kanan pemain. Jika duduk, sesetengah pemain memegang sompoton dengan empat paip
terpanjang menyandar pada bahu kiri mereka. Cara begini melibatkan tangan bersilang
pada dada pemain dan pemain memetik alat muzik ini dengan cara yang berlainan sedikit.
Beginilah juga cara memegang sompoton jika pemain sedang baring. Kadang-
kadang sompoton diletakkan berdekatan dengan pemain semasa tidur pada waktu malam.
Pada awal pagi, apabila terjaga dari tidur, pemain akan memainkannya untuk menggerak
ahli keluarga yang lain dari tidur. Jika sompoton dimainkan seperti cara-cara tersebut,
lombohan berperanan sebagai dron.
Cara ketiga memegang sompoton ialah menterbalikkannya sambil pemain
berada dalam posisi duduk. Dengan cara begini paip yang terpanjang akan terletak di atas
paha, dan membolehkan lombohan memainkan melodi muzik.
5.0 Permainan skel Alat Muzik
Permainan skel alat muzik Sheng sama dengan permainan skel piano. Dalam
permainan skel alat muzik Sompoton, melodi dimainkan untuk mengiringi tarian magarang.
Melodi tersebut adalah berasaskan skel pentatonik, iaitu skel yang mempunyai 5 ton.
Menurut Patricia Matusky dan Tan Soon Beng (2012), dalam bukunya Muzik
Malaysia: Tradisi, Klasik Rakyat dan Sinkretik, muzik sompoton boleh meniru muzik
-
7/21/2019 Perbandingan Antara Dua Alat Muzik Dari Negara Yang Berbeza
9/12
magarang atau sinding (lagu-lagu), ataupun pemain memainkan karyanya sendiri. Alat
muzik sompoton dimainkan dalam pelbagai konteks.
Persembahan solo sompoton mungkin meniru muzik tarian magarang. Dalam
contoh ini bit asas dan irama magarang bersinkopat sangat ketara. Melodi pentatonik antarapaip sama dengan corak melodi ensembel gong biasanya mengiringi tarian magarang.
Dalam lagu ini dua frasa melodi asas digunakan, tiap-tiap satu panjangnya 1 bar. Kedua-dua
frasa asas ini diulangi dalam bentuk a, a1, b, b1. Bentuk kedua-dua frasa ini diulang-ulang
pada keseluruhan lagu tarian
6.0 Fungsi Alat muzik
Sheng digunakan dalam orchestra atau sebagai alat solo untuk dimainkan muzik
hiburan. Alat muzik utama dalam persembahan opera terutamanya opera kunqu (;
pinyin: Knq; Wade-Giles: k'un-ch'), juga dikenal sebagai Kunju, Opera Kun atau
Opera Kunqu, adalah salah satu bentuk opera Cina yang paling tua. Kunqu merupakan
salah satu jenis opera cina yang tertua. Maka, Sheng memainkan peranan sebagai alat
muzik tambahan dalam persembahan dizi (seruling) atau suona (serunai).
-
7/21/2019 Perbandingan Antara Dua Alat Muzik Dari Negara Yang Berbeza
10/12
Sompoton dimainkan oleh suku kaum Kadazan dusun di Sabah dalam
persembahan nyanyian dan tarian. Sompoton boleh dimainkan secara hiburan persendirian
atau kumpulan untuk mengiringi tarian. Pada suatu ketika dahulu, sompoton dimainkan di
majlis keagamaan; namun kini penggunaan alat muzik ini sudah diperluaskan di mana ia
juga dimainkan di majlis perkahwinan dan juga keramaian. Sompoton boleh dimainkan
secara individu dan juga secara berkumpulan bersama-sama alat muzik moden dan alat
muzik bambu yang lain seperti bungkau dan marakas.
7.0 Ciri-ciri Istimewa dalam Alat Muzik
Sheng merupakan alat muzik yang istimewa dan merupakan instrument penting
dalam muzik upacara adat istiadat istana. Alat ini juga dimainkan untuk mengiringi lagu-lagu
rakyat, selain boleh dimainkan secara solo atau di dalam opera Cina. Sheng juga dikatakan
instrument yang unik dalam muzik orkestra Cina kerana ia mampu memainkan sehingga 6
not secara serentak. Ia biasanya dipanggil sebagai organ mulut Cina oleh orang-orang
Barat. Sheng juga merupakan instrument pertama muzik di dunia menggunakan sistem
akustik berpasangan.Sompoton merupakan alat muzik terawal yang menghasilkan harmoni
iaitu muzik polifonik. Muzik polifonik bermaksud muzik disusun berdasarkan banyak suara
(poli=banyak, foni= suara). Sompoton menggunakan sistem free reed yang tunggal sebagai
bahan bunyinya seperti juga alat Engkururai di Sarawak.
-
7/21/2019 Perbandingan Antara Dua Alat Muzik Dari Negara Yang Berbeza
11/12
8.0 Repertoire Alat muzik
Salah satu repertoire yang dimainkan oleh alat muzik Sheng adalah Feng-
Huang Zhan Chi. Repertoire ini dicipta oleh dua orang pemuzik iaitu Hong -de Dong dan
Tian-quan Hu pada tahun 1956. Ia merupakan lagu solo Sheng yang dimainkan olehpemuzik Cina. Manakala contoh lagu bagi alat muzik Sompoton adalah Sayang Kinabalu
yang dimainkan oleh kaum kadazandusun.
9.0 Persamaan antara Sheng dan Sompoton
Terdapat satu persamaan antara Sheng dengan Sompoton, iaitu mereka
merupakan keluarga alat muzik erofon. Dengan kata lain, bunyi kedua-dua alat muzik ini
adalah dihasilkan melalui tiupan atau hembusan angin.
-
7/21/2019 Perbandingan Antara Dua Alat Muzik Dari Negara Yang Berbeza
12/12
Sebahagian daripada skor lagu Feng Huang Zhan Chi
top related