apakah definisi konsep sumber dalam p

Upload: farah

Post on 21-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Apakah Definisi Konsep Sumber Dalam P

    1/1

    SOALAN SUMBER BAHAN

    1. Apakah definisi konsep sumber dalam P&P.- Konsep sumber dalam P&P sejarah ialah sebarang penerbitan, gambar, carta, objek,

    alat, radas, perkakas, model atau kemudahan yang berperanan untuk memudahkan

    atau meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.- Selain itu, sumber juga boleh diklasifikasikan sebagai bahan yang digunakan dalam

    pelaksanan pengajaran dan pembelajaran.- Antara contoh sumber pengajaran dan pembelajaran termasuklah buku teks, buku

    rujukan, buku latihan, lampiran nota dan alat audio visual- ujuan guru menggunakan sumber tersebut dalam pembelajaran adalah untuk

    membantu guru menyampaikan pengajaran agar memudahkan murid memperoleh

    pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang telah ditetapkan dalam objektif

    kurikulum.- Sumber pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran sejarah dapat

    dibahagikan kepada ! jenis iaitu bahan bercetak, bahan maujud dan bahan

    elektronik.

    2. Dengan menggunakan contoh sesuai huraikan bagaimana penggunaansumber pembelajaran dan pengajaran dapat merangsang minat murid terhadap

    sejarah.

    erdapat pelbagai bahan P&P yang mampu menarik minat murid terhadap sejarah.

    Sebagai contoh, penggunaan video yang kebiasaannya mengandungi pergerakan

    animasi dan ber"arna-"arni mampu menarik murid kerana ianya bersifat interaktif

    dan tidak membosankan. Seterusnya, penggunaan bahan yang bersifat maujud.

    Penggunaan bahan ini mampu menarik murid kerana mereka dapat melihat dan

    menyentuh bahan maujud tersebut secara langsung. Kebanyakan bahan maujud

    yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi tersimpan di tempat-tempat khas seperti

    mu#ium dan arkib. $uru dapat mencipta pengalaman baru serta me"ujudkan

    suasana pembelajaran yang berbe#a dalam diri murid. %al ini adalah kerana murid

    berpeluang untuk melihat artifak dan barang tinggalan sejarah yang berkaitan

    dengan topik yang ingin disampaikan oleh guru. Penggunaan bahan maujud juga

    memberi rangsangan a"al dalam diri murid tentang tajuk pembelajaran yang ingin

    dipelajari disamping dapat memupuk sifat inkuiri. Selain itu, penggunaan bahan

    maujud juga dapat meningkatkan kefahaman dan menggalakkan suasana

    pembelajaran aktif dalam bilik darjah. Kesimpulannya, penggunaan sumber

    pembelajaran dan pengajaran penting bagi meransang minat murid terhadap subjek

    sejarah.