bicara agama

Upload: akatsuki-shinbe

Post on 21-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Bicara Agama

    1/4

    BICARA AGAMA

    ARKIB : 13/02/2006

    Muhammad Fuad azam hasilkan empat kitab

    sebulan

    Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM

    PEPATAH Arab menyebut, masa itu

    ibarat pedang, kalau kita tidak

    memotongnya ia akan memotong

    kita. Itulah yang menjadi pegangan

    penerima Anugerah Khas Maal Hijrah1427 peringkat Negeri Sembilan,

    Muhammad Fuad Kamaludin, 32.

    Walaupun berada di Bumi Para

    Anbia Mesir hanya selama tiga tahun

    enam bulan tetapi beliau

    memanfaatkan sepenuhnya masa itu

    untuk berguru dengan lebih 40 ulama

    terkemuka di negara itu.

    Istilah berguru di sini bukan seperti kaedah biasa yang diamalkan di kuliahpengajian universiti iaitu mengikut sukatan dalam dewan pengajian dengan

    pelajar yang ramai, sebaliknya anak muda ini berguru secara talaqqi iaitu

    berguru secara terus dengan para ulama berkenaan dalam kumpulan kecil untuk

    mendalami kitab pengajian daripada kulit ke kulit.

    Tidak cukup dengan itu, ulama muda ini turut berkelana menimba ilmu daripada

    beberapa ulama terkenal dari seluruh dunia, antaranya pakar hadis Dr. Sayyid

    Muhammad Alawi Al Maliki dari Mekah Al Mukarramah dan beberapa lagi tokoh

    dari Mesir, Syria, Yemen, Dubai dan Sudan.

    Apa yang istimewa, kesemua guru beliau itu bukan setakat menganggapnya

    sebagai anak murid kebanggaan tetapi turut mengambilnya sebagai anak

    angkat. Kesemua mereka memberikan tauliah khusus kepadanya untuk

    menyampaikan ilmu yang diperoleh itu kepada umat Islam di seluruh dunia. Dr.

    Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki telah menganugerahkan gelaran keluarganya,

    Al Maliki, kepada beliau.

    Muhammad Fuad Kamaludin bersama sebahagiandaripada kitab-kitab yang ditulisnya.

  • 7/24/2019 Bicara Agama

    2/4

    Kadang-kadang jika saya terlewat atau terlelap kerana terlalu letih, yang mulia

    guru-guru saya ini akan datang ke rumah untuk bertanyakan khabar dan

    seterusnya memulakan kelas pengajian di situ, katanya kepada Utusan

    Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Sembilan, Chengkau,

    Negeri Sembilan.

    Bagaimanapun, pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang

    dari Universiti al-Azhar ini memberitahu bahawa beliau tidak memasuki kuliah

    seperti pelajar lain sepanjang berada di negara itu.

    Muhammad Fuad hanya berurusan sebanyak dua kali sahaja dengan

    pentadbiran universiti iaitu untuk membuat kad pelajar dan menduduki

    peperiksaan akhir universiti.

    Saya bukan tidak mahu mengikuti pengajian kuliah tetapi saya ingin mengambil

    peluang berguru sendiri secara talaqqi dengan ulama terkenal di masjid-masjid

    dan rumah kediaman mereka. Sepanjang tiga tahun enam bulan berada di sana,

    rutin pengajian saya bermula seawal subuh sehingga larut malam setiap hari.

    Saya akan pergi berguru secara terus daripada ulama dan tuan punya kitab

    untuk mendalami ilmu agama secara kulit ke kulit dalam pelbagai disiplin seperti

    al-Quran, nahu, syariah, fikah, usuluddin, tasawuf dan tauhid, kata Muhammad

    Fuad yang amat memuliakan kesemua gurunya.

    Walaupun demikian, beliau diminta oleh rakan pelajar mengadakan sesi tuisyen

    khas bagi membantu mereka yang kurang memahami pengajaran di universiti.

    Anak bongsu daripada lima beradik dan anak lelaki tunggal kepada pasangan

    Kamaludin Mahat dan Zainab Mahmud itu berkata, kitab pertama yang ditulisnya

    ialah perbahasan dan perbincangan peribadi Rasulullah dalam bahasa Arab

    pada tahun 1993 selepas setahun berada di Mesir.

    Disiplin

    Sehingga kini, bapa kepada enam cahaya mata itu telah menghasilkan 115 kitab

    pelbagai disiplin dan digunakan oleh ahli-ahli agama. Ia menjadi rujukan ulama

    tempatan dan luar negara.

    Kitab-kitab tersebut ialah tiga kitab tafsir, 19 kitab karangan hadis, sembilan kitab

    karangan tauhid, 14 kitab karangan fikah, sembilan kitab karangan tasawuf,

    enam kitab karangan sirah, 10 kitab karangan tokoh dan 44 kitab berkaitan

    amalan.

  • 7/24/2019 Bicara Agama

    3/4

    Malah, Muhammad Fuad yang juga Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan

    turut menulis 12 kitab bahasa Arab. Kitab Al Toli'al Sa'id Al Muntakhab Min Al

    Athbat Wal Al Asanid dan kitab al-Jawahir al- Ghawali min Asanid al-Imam al-

    Azhari yang berkaitan ilmu hadis diterbitkan di Mesir. Kitab itu mendapat

    pengiktirafan dan disahkan oleh para ulama al-Azhar, Mesir seperti Profesor Dr.

    Judah al Mahdi, Dekan Fakulti al-Quran dan Qiraat serta Ahli Lembaga Lujnah

    Tafsir al-Quran al-Azhar.

    Ketokohan anak muda ini bukan sahaja diperakui dalam negara. Beliau turut

    mendapat undangan berceramah dan pidato serta membentangkan kertas kerja

    di Singapura, Mesir dan Mekah di hadapan para ilmuwan Islam lain.

    Menceritakan proses penulisan buku, Muhammad Fuad mensyaratkan dirinya

    menghasilkan sekurang-kurangnya empat buah kitab sebulan.

    Guru saya pernah berpesan bahawa adalah menjadi satu keaiban kepada

    seorang pelajar dan pemimpin ilmu yang tidak membawa bersamanya buku nota

    dan pen kerana setiap benda yang dilihat adalah maklumat dan ilmu berguna

    baginya, katanya yang memetik pesanan gurunya, Syeikh Ghassan al Bahrimi.

    Beliau, bagaimanapun, mengakui dirinya terlalu kerdil dan ketinggalan

    berbanding ulama silam yang mampu menghasilkan beribu-ribu jilid kitab

    pelbagai disiplin dalam keadaan serba kekurangan berbanding muslim masa kini

    yang memiliki segala kemudahan dan teknologi canggih.

    Sebagai contoh, Ibn Shahin menulis 33,000 kitab dan kitab tafsir sebanyak

    1,000 jilid; Abu Hasan al-Asyari menulis lebih 600 jilid kitab dan ulama tafsir, Ibn

    Tabari juga telah mensyaratkan dirinya menulis setiap hari sebanyak 40 helai.

    Tanpa elektrik, komputer dan internet, mereka masih boleh menghasilkan karya

    bermutu yang menjadi rujukan umat Islam seluruh dunia hingga kini. Justeru,

    tidak mustahil bagi kita yang memiliki segala-gala kemudahan itu untuk turut

    sama berbuat demikian, katanya yang amat mengasihi Rasulullah dan

    keluarganya serta menolak fahaman yang menyalahi pegangan Ahli Sunnah Wal

    Jamaah.

    Selepas pulang ke Malaysia pada 1996, anak jati Kampung Chenong Chengkau,

    Rembau ini membuka pondok pengajiannya seluas 0.2 hektar dalam kawasan

    tanah milik ibunya dengan modal RM17. Ketika itu beliau berusia 22 tahun.

  • 7/24/2019 Bicara Agama

    4/4

    Kini, penuntutnya semakin bertambah sehingga beliau memerlukan kawasan

    yang lebih besar. Maka kawasan kira-kira empat hektar di Kampung Sembilan,

    Chengkau telah dipilih bagi menubuhkan Surau al-Taufiqi al-Husaini.

    Usaha tersebut, bagaimanapun, menerima pelbagai tohmahan dan fitnah. Orang

    memfitnahnya mengatakannya membawa fahaman yang sesat.

    Atas dasar keikhlasan untuk berdakwah semata-mata untuk keredaan Allah,

    maka segala cabaran dan dugaan itu berjaya diatasi dan kini masyarakat mulai

    dapat menerima usaha yang saya jalankan, katanya.

    Muhammad Fuad tidak pernah menjadikan usia mudanya sebagai halangan

    untuk menyampaikan ilmu yang diperoleh daripada guru-gurunya yang

    bersambung terus sanad mereka dengan Rasulullah.

    Saya tidak berasa tekanan. Saya percaya bahawa setiap niat ikhlas nescayaakan mendapat kekuatan daripada Allah yang disertakan sekali dengan restu

    dan ijazah yang diberikan oleh kesemua guru-guru saya, ujar beliau.

    Beliau menekankan perasaan rendah diri dan tawaduk terhadap kekurangan diri

    di hadapan Allah Yang Maha Esa dengan mempercayai bahawa setiap nikmat

    yang diperoleh adalah segala-galanya daripada Pencipta.

    Saya seboleh-bolehnya mengamalkan pendekatan ahli sufi iaitu menganggap

    orang tua lebih hebat kerana mempunyai banyak ilmu dan amal; orang muda

    lebih hebat kerana tidak banyak melakukan dosa berbanding orang yang lebihberusia; dan orang jahil lebih beruntung kerana mereka melakukan maksiat

    kerana tidak berilmu berbanding orang yang berilmu tetapi masih melakukan

    maksiat, katanya.