hadis: jawapan kepada pengkritk

Upload: azfarazizi

Post on 16-Feb-2018

394 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    1/152

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    2/152

    DISCLAIMER:

    The book has been converted to pdf format for personal reading, study, and collection. I had

    done some corrections on the language to suit modern Malay Language. Please take note that

    the book is published in 1992 by Kassim Ahmad.

    I can be contacted at [email protected], while you can e-mail Pak Kassim at

    [email protected], or if you wish to read his other works, you can visit his blog

    http://kassimahmad.blogspot.com/ where he blogs regularly on politics, Islam, and other current

    issues.

    Please do send me suggestions, comments or feedbacks related to this pdf book, or Pak

    Kassim others works. Lastly, thanks to Pak Kassim for e-mailed me this controversial book

    (and other books).

    Mr Belimbing

    KL, August 2008

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    3/152

    DARI PENERBIT

    Kassim Ahmad yang kita kenal: seorang penulis, penyair, dan sarjana yang serius. Dia jugapernah aktif dalam politik nasional selama 18 tahun tetapi sejak 1984, Kassim menumpukansepenuh waktu dalam bidang penulisan.

    Tulisan-tulisannya dalam surat khabar dan dalam bentuk buku, cukup untuk membuktikanKassim seorang sarjana sekaligus juga ilmuwan yang perlu dihormati.

    Sebagai seorang penyair, Kassim bukanlah penyair yang prolifik. Namun, beberapa buah sajakyang dihasilkannya seperti Sidang Rohdan Jalan ke Parlimen, cukup kuat meninggalkan kesan

    untuk tidak menghilangkan namanya sebagai penyair. Sidang Rohpernah menghebohkan danmenimbulkan polemik beberapa bulan, terutama kerana bait:

    Nanti akan padamlah dengan sendirinya

    Lampu dari menara tinggi

    Kerana di bawahnya orang kian mabuk

    Dan Tuhan sudah mati

    Sebagai penulis, Kassim selalu mencari kebenaran dari sisi lain daripada yang biasa dilihatorang. Tidak hairanlah Kassim melihat dan memilih Hang Jebat, bukan Hang Tuah, sebagaiwira bangsa Melayu apabila dia membuat kajian Perwatakan dalam Hikayat Hang Tuah, yang

    juga menimbulkan polemik dalam tahun 1960-an.

    Dan apabila buku Hadis Satu Penilaian Semuladiterbitkan pada 1986, Kassim menimbulkan

    kontroversi yang lain kerana telah mengutarakan pendapatnya yang berbeza. Masyarakat Islamdi Malaysia melenting, marah dan mencercanya. Tekanan begitu kuat sehingga kerajaanmelarang buku itu diedarkan.

    Apa pun alasannya, tekanan dan pelarangan itu membuktikan kita belum sanggup untukmenghargai perbezaan pendapat. Apabila ada pendapat yang berbeza diutarakan, terutama

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    4/152

    yang menyentuh agama, belum apa-apa pendapat itu ditolak atau dikritik dengan cara yangemosional dan tidak sopan.

    Sepanjang sejarah Islam yang sudah 15 abad, perkara pengharaman dan pembakaran bukusudah kerap dilakukan oleh ulama dan kerajaan. Pada awal abad ke-4 H, sarjana Muslim mulaimenemukan ilmu baru di luar keagamaan seperti filsafat, logika, ilmu hisab, kimia, danastronomi.

    Ilmu-ilmu baru itu tidak mudah diterima, dan di zaman itu banyak buku ilmu pengetahuandilarang beredar kerana dinilai membahayakan iman umat. Setelah itu kitab-kitab tasawuf pulamendapat giliran disensor, misalnya kitab-kitab karya al-Hallaj, al-Suhrawardi dan Ibn Faridh.Penulisnya ada yang dihukum pancung.

    Fanatisme agama juga tercatat dalam sejarah Kristian. Michael Servetus (Miguel Serveto) yanghidup ketika idea-idea pembaharuan seperti yang dibawa oleh Erasmus masuk ke Sepanyol,telah menulis buku yang menghebohkan buku yang mengkritik konsep Triniti Kristian.Servetus dikejar, ditangkap dan akhirnya dibakar (1553).

    Di Perancis, pemimpin Protestan, Coligny, dipancung lehernya di depan rumah, dan kepalanyadihantar ke Rom. Paus Gregorius XII menerima penghantaran dari Paris itu dengan gembirasebagai petanda kemenangan Katolik.

    Jadi, apabila Kassim mengajak agar dinilai semula hadis, salahkah dia? Pada hal Kassimhanyalah mengutarakan perbezaan pendapat. Pada hal perbezaan itu sebuah kemajmukan,dan itulah yang disebut ukhuwah. Dan ukhuwah Islamiah itu bererti menghargai bermacamragam pendapat orang/golongan lain.

    Kerana perbezaan pendapatlah wujud mazhab-mazhab. Tetapi setelah imam-imam besar pergi,kebanyakan orang Islam menganggap pintu ijtihad sudah ditutup. Dan timbullah kefanatikan

    dalam hal mazhab yang diikut, seolah itulah kebenaran, sedang mazhab yang lain salah.

    Sikap ini ketara sekali di negara seperti Malaysia, Turki, dan Iran. Sebaliknya di negara-negaraIslam yang lain, beberapa mazhab tumbuh bersama-sama dan pengikutnya sanggup menerimaperbezaan pendapat.

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    5/152

    Jadi, marilah kita mengubah sikap. Janganlah kita terlalu mudah menganggap orang lain itukafir atau murtad atau sesat, kalau hanya kerana mereka tidak sebulu pandangan dengan kita.

    Quran sendiri telah mengisytiharkan:

    Janganlah kamu memandang orang lain lebih rendah daripada kamu. Sebab boleh jadiia lebih baik daripada kamu.

    Seperti yang kita maklumi, ajaran Islam bebas dari hierarki keagamaan. Seorang kiai, ayatullah,syeikh, ustaz atau orang awam, boleh berdiri sama tegak di hadapan Tuhan. Tidak ada tempatistimewa bagi jemaah di masjid, melainkan bagi khatib dan imam.

    Islam memang menyeru umatnya agar menafsirkan ajaran selari dengan perkembanganzaman. Dan ini menyuburkan aneka ragam pendapat. Kassim dalam bukunya ini menyerukembali kepada Quran, seolah ada semangat untuk memurnikan Islam, tanpa menolakHadis/Sunnah atau apa saja yang tidak bercanggah dengan Quran. Marilah kita adu hujahdengannya, kiranya kita tidak bersetuju dengannya.

    Akhirnya sekali kita petik kata-kata Imam Hanafi:

    Pendapat kita benar tapi mengandung kesalahan. Pendapat orang lain salah tapimengandung kebenaran.

    Tentu itu bukan sekadar permainan kata-kata. Ada hikmat yang dalam, yang perlu direnung.

    Kuala Lumpur,

    PENERBIT

    7 September 1992.

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    6/152

    KATA PENGHANTAR

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

    SAYA bersyukur ke hadzrat Allah s.w.t kerana telah selesai menulis buku jawapan kepadapengkritik-pengkritik saya. Sesetengah orang telah bertanya mengapa saya tidak menjawablebih awal. Mengapa saya menunggu hingga hampir enam tahun?

    Sebenarnya, saya telah menjawab secara langsung atau tidak langsung, dalam tidak kurangdaripada lapan puluh rencana dan surat saya yang telah disiarkan dalam akhbar dan majalahtempatan dan luar negeri, baik dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tetapi inilah kali pertama

    saya menjawab dengan sepenuhnya dalam sebuah buku.

    Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan yang tinggi kepada merekayang telah berdiri teguh untuk meminta suatu perbahasan yang rasional dan sihat tentangperkara yang penting ini, khasnya kepada Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UniversitiKebangsaan Malaysia yang telah sanggup menganjurkan sebuah seminar tentang Hadis ataspermintaan saya (walaupun seminar ini kemudian dibatalkan kerana campur tangan MajlisAgama Islam Negeri Selangor) dan kepada sahabat-sahabat saya, Adibah Amin, A. GhaniIsmail, Baha Zain, Dr. Chandra Muzaffar dan Mohideen A. Kader yang telah menulis ataumenggesa supaya pandangan saya diberi pertimbangan yang adil.

    Saya juga berterima kasih kepada akhbar-akhbar tempatan kita yang telah berani berbuatdemikian dalam rencana-rencana pengarang mereka, kepada Persatuan Ulama Malaysia yangtelah menjemput saya mengadakan dialog dengan mereka sebelum buku saya diterbitkan, dankepada penerbit saya Azran Abdul Rahman yang telah berani mengibarkan panji-panjikebebasan intelektual. Kerajaan kita di bawah pimpinan Dr. Mahathir Mohamad dengan dasarIslamnya yang sederhana dan progresif turut ingin membantu melihat suatu perbahasan yangsihat.

    Malangnya, oleh kerana kongkongan taqlid masih kuat dalam masyarakat kita dan kegagalancerdik pandai kita bangun menyuarakan yang hak, usaha-usaha positif ini tidak berjayamencapai suasana perbahasan rasional dan sihat yang dikehendaki itu. Prinsip terpaksaditundukkan kepada perhitungan-perhitungan sementara. Buku itu diharamkan setelahdibincang dengan hangat selama satu setengah bulan!

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    7/152

    Ini tidak bermakna keadaan ini akan kekal selamanya begitu. Keadaan ini pasti akan berubah,mungkin lebih cepat daripada yang kita jangka, kerana penyelesaian masalah ini dituntut olehkeadaan dan selaras dengan undang-undang Ilahi.

    Saya juga ingin menyebut tentang beberapa perbincangan yang telah saya adakan di pejabatpertubuhan ALIRAN dengan beberapa orang cerdik pandai kita, termasuk Dr. ChandraMuzaffar, A. Ghani Ismail dan Dr. Wan Abdul Manan Muda, tentang reformasi masyarakatumumnya dan perkara Hadis khususnya dalam tahun 1985, setahun sebelum saya menerbitkanbuku itu. Saya berterima kasih kepada mereka kerana idea-idea yang bernas yang telahtercetus dalam sidang-sidang itu mengenai reformasi masyarakat. Tidak syak lagi, mereka tidakbertanggungjawab bagi apa-apa kekurangan dan kesilapan yang terdapat dalam buku itu.

    Sesetengah pembaca telah salah faham bila saya mengatakan saya membuat persediaanmenulis buku itu dalam masa lapan bulan. Sebenarnya, buku itu hasil pencarian saya selamakira-kira tiga puluh tahun sejak saya mula berfikir tentang Islam dan politik ketika umur sayasekitar lapan belas tahun. Lapan bulan itu hanya tempoh saya menyusun bahan-bahan sayadan menulis.

    Melihat kembali buku itu, saya mengaku ada beberapa perkara yang kurang terang. Perkara-perkara ini termasuk pendirian saya menerima hadis-hadis yang tidak bercanggah denganQuran, konsep Quran sebagai sumber hukum, dan perbezaan antara sejarah dan Hadis. Inimungkin kerana buku itu (yang berasal dari suatu siri ceramah yang tidak jadi) telah disediakandalam suasana yang tertekan. Saya harap perkara-perkara ini telah saya huraikan dengan lebih

    terang dalam jawapan ini.

    Saya juga mengaku kritikan-kritikan saya mungkin terlalu keras dan bahasa saya di tempat-tempat tertentu mungkin kasar. Saya meminta maaf jika ia telah menyinggung perasaan mana-mana pihak. Tujuan saya bukan untuk menyinggung mana-mana pihak pun. Saya tetappercaya kritikan masyarakat Islam dapat membebaskan dirinya dari belenggu taqlid yang telahmengongkongnya selama seribu tahun lebih.

    Tesis-tesis saya dalam buku itu ialah bahawa umat Islam telah membelakangkan Quran selamakira-kira 1,000 tahun dan ini telah menyebabkan kejatuhan mereka. Dan bahawa ajaranHadis/Sunnah sebagai sumber hukum merupakan suatu perkembangan dan ajaran baru yangmuncul kira-kira tiga ratus tahun setelah Nabi Muhammad wafat, tanpa izan Nabi, dan tidakmempunyai autoriti dalam Quran dan sejarah.

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    8/152

    Oleh itu, saya menyarankan supaya umat Islam kembali kepada ajaran Quran, tanpa menolakHadis/Sunnah, malah tanpa menolak apa-apa juga ajaran, yang tidak bercanggah denganQuran. Saya masih berpegang kepada pendirian pokok ini, kerana pengkritik-pengkritik sayagagal memberikan hujah-hujah yang boleh menjatuhkannya.

    Adakah apa-apa kesan yang baik dari buku itu? Saya fikir soalan ini masih agak awal untukdijawab sepenuhnya. Walaupun buku itu telah diharamkan, perbahasan tentang perkara initetap terus berlaku. Ini kerana ia suatu perkara besar yang tidak akan mahu pergi-pergi selagi iatidak diselesaikan dengan cara yang memuaskan. Malah ramai juga anggota masyarakat kitayang telah mula membaca tafsir-tafsir Quran sejak itu, serta mengkaji semula peganganmereka terhadap Hadis. Kumpulan-kumpulan Quran telah timbul di banyak pusat di Malaysiadan Singapura dan kerap pula mengadakan muzakarah di antara mereka. Kita juga telah mulanampak tumpuan Kerajaan yang lebih kepada pengajian Quran di kalangan rakyat kita yangberagama Islam.

    Ini semua tanda-tanda yang baik. Namun demikian, keadaan ini masih jauh dari apa yangdikehendaki, kerana kongkongan taqlid yang terus wujud. Dalam buku ini, saya mencadangkansuatu cara untuk menyelesaikannya. Saya harap cadangan ini berguna.

    Masyarakat kita sedang melangkah masuk ke abad kedua puluh satu. Dekad akhir abad keduapuluh ini nyata merupakan satu dekad yang amat mencabar bagi bangsa kita khasnya dan bagiumat Islam umumnya. Ini zaman Pax Universalis, iaitu zaman kediktatoran kaum kafir penindasyang dipimpin oleh oligarki bangsa Anglo-Saxon terhadap seluruh dunia. Ini jelas dari

    penguasaan Majlis Keselamatan P.B.B. oleh mereka. Adakah bangsa kita dan umat Islam akanmembiarkan keadan ini berlaku terus-menerus tanpa kita merancangkan satu strategi untukmengalahkan mereka? Tentu sekali tidak.

    Serentak dengan itu, masalah permodenan dan pengindustrian masyarakat kita merupakanmasalah utama. Demi kebaikan anak-cucu kita sekarang dan akan datang, kita harus mencarisuatu model permodenan dan pengindustrian yang baik yang berlandaskan undang-undangIlahi. Kegagalan model komunis dan kegagalan model liberal Barat (walaupun masih belumbegitu ketara) itu disebabkan oleh penyelewengannya dari undang-undang Ilahi. Tetapi apakahundang-undang Ilahi tentang masyarakat dan sejarah?

    Jawapannya yang ringkas: carilah dalam Quran. Pemimpin dan cerdik pandai perlu membuatkajian-kajian yang saintifik terhadap ayat-ayat Quran yang berkenaan serta menarikkesimpulan-kesimpulan yang rasional sesuai untuk digunakan bagi pembangunan masyarakatdan dunia. Berpegang kepada Quran, umat Islam akan dapat membebaskan diri mereka darikongkongan pandangan-pandangan hidup yang lemah, mundur dan sesat, dan, dengan itu,akan melayakkan diri mereka bukan saja untuk memimpin bangsa mereka semula tetapi untuk

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    9/152

    memimpin seluruh dunia. Inilah tanggungjawab umat Islam kepada diri mereka dan kepadadunia.

    Tidak sedikit yang telah memberi sumbangan, secara langsung dan tidak langsung, kepadapersediaan buku ini, dengan menarik perhatian saya terhadap perkara-perkara tertentu, denganmemberi kepada saya buku-buku dan dokumen-dokumen yang mustahak atau bersangkutan,dan dengan memberi sokongan serta galakan. Saya tidak dapat menyebut nama merekasemua. Namun demikian, saya akan menyebut nama sahabat-sahabat saya A. Halim Ali dariUniversiti Kebangsaan Malaysia, Allahyarham Dr. Rashad Khalifa dari Masjid Tucson, Arizona;penulis wanita terkenal Adibah Amin, Mohd. Heir Awang dari Universiti Malaya, Mansor AhmadSaman dan Dr, Zakaria Ali dari Universiti Sains Malaysia, A. Manan Harun dan Syed Akbar Alidari Kuala Lumpur dan Ahmad Kay Soon Poh dan Mohammed Kamaluddin dari Singapura.Kepada semua saya terhutang budi.

    Adibah Amin dan Syed Akbar telah membaca dan mengulas kabanyakan bab manuskrip inisebelum ia dicetak: tentunya mereka tidak bertanggungjawab terhadap kelemahan-kelemahanyang mungkin masih terdapat di dalamnya; Syed Akbar Ali telah membuat penunjuk dan Mohd.Abdullah Yusoff dan Cheah Poh Looi telah menaip sebahagian besar manuskrip ini. Kepadamereka ini: berbanyak terima kasih.

    Akhir sekali tetapi tidak kurang besarnya terima kasih saya kepada isteri saya, Sh. FawziahYusoff, dan keluarga saya yang telah lama mengongsi cara hidup saya dengan segala risikonyadengan sabar dan dengan sokongan yang penuh. Tekanan terhadap saya dan mereka sejak

    buku itu diharamkan tidak perlulah saya ceritakan. Saya terima itu semua sebagai bayarankepada perjuangan yang saya pegang dengan penuh rela. Untuk semua nikmat dan pahit-getirini, saya bersyukur kepada Allah s.w.t.: kepada-Nya dipulangkan segala pujian dan segalaurusan.

    Bandaraya Tanjung,

    KASSIM AHMAD

    Pulau Pinang.

    1 Jun 1992.

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    10/152

    BAB 1

    PENGKRITIK-PENGKRITIK SAYA

    Katakanlah, Tunjuklah buktimu kepada kami, jika kamu benar. (Quran, 27:64)

    SEJAK buku saya, Hadis Satu Penilaian Semula, diterbitkan dalam bulan Mac 1986, tidakkurang daripada enam buah buku atau risalah telah ditulis oleh sarjana-sarjana Islam tempatandan diterbitkan untuk menjawab buku itu. Mungkin ada lagi buku atau risalah yang telah ditulisdengan tujuan yang sama, tetapi yang tidak sampai ke tangan saya.

    Dalam keadaan intelektual yang lebih bebas, seperti dalam zaman keemasan Abbasiyyah,khasnya di bawah pemerintahan-pemerintahan Al-Rashid dan Al-Mamun, perdebatan sepertiini akan mendatangkan faedah yang besar kepada perkembangan ilmu. Malangnya, keadaanitu seperti suatu impian yang tidak tercapai oleh masyarakat Islam sekarang. Sebaliknya, iawujud dalam masyarakat-masyarakat Barat. Ini kerana masyarakat Eropah dan Baratlah yangtelah mewarisi sains Islam yang tumbuh dan berkembang di Baghdad dan di Sepanyol dalamabad-abad kesembilan hingga kesebelas. Ini juga salah satu sebab mengapa negara-negaraBarat lebih maju daripada negara-negara Islam.

    Kita haruslah sedar bahawa kebebasan berfikir dan bersuara suatu syarat yang amat penting

    untuk kita mencapai kemajuan. Tanpa kebebasan ini, bagaimanakah boleh kita mengetahui danmengatasi kelemahan-kelemahan kita? Telah dikatakan dengan benarnya bahawa pintu ijtihadtelah ditutup dalam masyarakat Islam sejak abad kedua belas.

    Sikap toleransi, malah sikap mahu menimbang dengan saksama pendapat-pendapat yangberbeza dan bertentangan dengan pendapat kita itu, satu sikap yang saintifik, rasional dansihat. Allah s.w.t. Sendiri telah mengajar kita supaya mendengar semua pandangan danmengambil yang paling baik.

    Oleh kerana generasi-generasi Islam awal mengamalkan ajaran ini, maka mereka menempakemajuan yang menakjubkan dalam bidang ilmu. Bintang-bintang falsafah dan sains, seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibn Sina, Ibn Rushd, Ibn Khaldun, al-Razi, al-Battani, al-Biruni, al-Khwarizmi,Umar al-Khayyam, Abu Mashar, Jabir ibn-Hayyan, al-Jahiz, Yaqut ibn Abdullah dan banyak lagimenyinari langit Islam pada zaman itu. Selagi orang Islam berpegang kepada prinsip saintifikdan kreatif ini, mereka terus membuat kejayaan. Tetapi apabila mereka sedikit demi sedikitmenghapuskan kebebasan berfikir dan bersuara, menutup pintu ijtihad dan memegang faham

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    11/152

    taqlid, maka keadaan mereka berubah. Mereka menjadi fanatik dan taksub kepada pemimpindan mazhab, dan perkembangan ilmu terhenti. Inilah sebabnya menjelang abad ketiga belaskita melihat sains dan falsafah mulai merosot dalam masyarakat Islam.

    Kesedaran terhadap kemunduran masyarakat Islam kerana penindasan dari luar (kolonialismeEropah) dan dari dalam (feudalisme) mencetuskan gerakan anti-kolonial dan anti-feudal untukkemerdekaan nasional dan kebebasan dalam abad-abad kelapan belas dan kesembilan belas.Dalam masa inilah gerakan pembaharuan agama oleh Muhammad Abduh (m.1905) berlaku. Diantara dasar-dasar yang diajarkan oleh beliau ialah penolakan taqlid dan pembukaan kembalipintu ijtihad. Walaupun ajaran ini sudah dibuat seratus tahun lebih, apakah taqlid sudah hapusdan kebebasan berijtihad wujud dalam masyarakat Islam sekarang? Jika jawapannya positif,buku penulis ini tentu dapat dibahaskan secara rasional dan sihat.

    Namun begitu, keadaan masyarakat Islam yang tertindas dan mundur sekarang hanya bolehdiubah oleh masyarakat Islam sendiri. Lambat-laun, masyarakat Islam akam membuatperubahan-perubahan yang perlu itu serta merebut kembali kedudukan mereka yang utama didalam dunia. Kita ingin melihat perubahan-perubahan ini dilakukan oleh kita dengan segera.

    Apakah perubahan-perubahan yang perlu kita lakukan itu? Dengan perkataan yang ringkas,perubahan kembali kepada ajaran-ajaran Quran. Dalam masa kira-kira seribu tahun yang lalu,banyak ajaran dan andaian yang bercanggah dengan Quran telah masuk ke dalam masyarakatIslam dengan pelbagai cara. Inilah punca kejatuhan umat Islam.

    Kembali kepada Quran itulah saranan yang saya anjurkan dalam buku itu. Jika kitamembahaskan sasaran ini secara rasional, tanpa prasangka dan tohmahan, kita akan dapatmencapai kesimpulan-kesimpulan yang positif dan baik bagi masyarakat kita.

    Marilah kita lihat hujah-hujah yang telah diajukan oleh pengkritik-pengkritik saya dalam enambuah buku itu. Saya akan menyenaraikan semua sepuluh hujah mereka dan menjawabsemuanya. Hujah-hujah mereka seperti berikut:

    1. Quran sendiri memerintahkan kita berpegang kepada Hadis/Sunnah denganmemerintahkan kita taat kepada rasul;

    2. Tugas Nabi Muhammad bukan semata-mata menyampaikan Quran tetapi jugamenghuraikannya. Huraian ini terkandung di dalam Hadis/Sunnah;

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    12/152

    3. Kita tidak boleh melakukan ibadah-ibadah agama, khasnya salat, jika kita berpandukanQuran semata-mata. Kita memerlukan petunjuk dari Hadis/Sunnah untuk melakukan ibadah-ibadah ini;

    4. Oleh kerana semua gerak-geri Nabi Muhammad dipelihara oleh Tuhan, makaHadis/Sunnah juga wahyu, dan wajib dipegang oleh orang Islam;

    5. Hadis telah ditulis dan dirakamkan dari awal, dan tidak 200 tahun setelah NabiMuhammad wafat, seperti yang dinyatakan oleh penulis;

    6. Penentang-penentang Hadis sebenarnya suatu komplot untuk membawa umat Islam

    menolak Quran dan Islam;

    7. Masalah yang dibawa oleh penulis telah lama dulu diselesaikan. Tidaklah perlu perkaraitu dibuka kembali;

    8. Metodologi penulis lemah, kerana beliau tidak menggunakan pendekatan dan kaedah-kaedah berhubung dengan kajian ilmu Islam...

    9. Penulis menggunakan sumber-sumber yang tidak berwibawa, termasuk sumber-sumberorientalis untuk membuat kajiannya. Oleh itu, kajian beliau tidak boleh diterima; dan

    10. Penulis tidak tahu bahasa Arab dan, oleh itu, kajian beliau tidak boleh diterima.

    Kebanyakan hujah ini, termasuk (1), (2), (3) dan (4) telah saya jawab dan tolak dalam buku ini.Mengapa pengkritik-pengkritik saya mengulang hujah-hujah ini sebenarnya satu perkara yangmembingungkan. Mustahillah mereka tidak faham jawapan-jawapan saya. Adakah merekasengaja tidak mahu faham? Ini juga mustahil. Walau bagaimanapun, saya akan menjawabsekali lagi dengan cara yang lebih baik.

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    13/152

    Jawapan kepada hujah-hujah (1), (2), (3) dan (5) akan saya bincang dalam bab-bab lain.Dalam bab ini, saya akan menjawab hujah-hujah yang baki itu. Di samping itu, pengkritik-pengkritik saya langsung tidak menjawab perkara-perkara perpecahan kelemahan dankemunduran umat Islam. Adakah mereka berfikir agama Islam semata-mata untuk Akhirat dantidak kena-mengena dengsn kehidupan di dunia? Ini mustahil. Jadi, kegagalan mereka untukmenghubungkan Islam dengan kehidupan praktik ummah, suatu kegagalan yang menonjol.

    Perkara ini saya bincang dalam bab-bab 8, 9 dan 10.

    Hujah: Perkara Ini Telah Lama Diselesaikan (Hujah 7)

    Betulkah perkara Hadis ini telah lama diselesaikan? Apakah diselesaikan? Dengan sarananini, pengkritik-pengkritik saya bermaksud pertikaian mengenai Hadis yang berlaku dalammasyarakat Islam terhadap saranan Imam ShafieI (m.820) bahawa Hadis/Sunnah juga wahyudan merupakan sumber hukum bersama dengan Quran telah selesai dengan terkumpulnyaHadis-hadis sahih dalam enam kitab Hadis kaum Ahli Sunnah dan dalam empat buahkumpulan Hadis kaum Syiah dalam abad-abad ketiga, keempat dan kelima. Hal ini tidak benar.Walaupun Hadis diterima oleh masyarakat Islam sebagai sumber hukum kedua, kesahihannyaterus dipertikai oleh kaum Muktazilah yang terdiri dari ahli-ahli falsafah dan sains dari waktu ituhingga kepada pengikut-pengikut moden mereka sekarang. Ini membuktikan bahawa tidak adapersetujuan muktamad tentang kesahihan Quran.

    Masalah yang lebih penting itu pertentangan antara sesetengah hadis dengan Quran, danantara sesetengah hadis dengan hadis. Contoh dalam kedua-dua kategori ini banyak.

    Beberapa pertentangan-pertentangan antara Hadis dan Quran ialah dalam hukum-hukum zinadan murtad.

    Dalam kesalahan zina, Quran menentukan hukuman sebat 100 kali bagi semua kes, kecualibagi mereka yang tidak merdeka, iaitu hamba-abdi. Hukuman bagi hamba-abdi ialah sebat 50kali, separuh daripada hukuman terhadap pesalah-pesalah yang merdeka. Hukuman dalamHadis bagi penzina-penzina yang telah berkahwin itu rejam dengan batu hingga mati.Walaupun Ahlul-Hadis memberikan pelbagai alasan untuk menghuraikan perbezaan ini,huraian-huraian tersebut tidak boleh menghapuskan fakta perbezaan ini. Sebenarnya hukumanrejam dengan batu hingga mati bagi penzina itu berasal dari kitab Taurat. Ini bermakna hadis-

    hadis mengenai perkara tersebut dibawa masuk ke dalam masyarakat Islam oleh orang Yahudi.

    Dalam kes murtad, Quran tidak menetapkan apa-apa hukuman. Allah s.w.t. memberikebebasan mutlak kepada manusia atau beriman atau menjadi kafir. Hukuman terhadapkekafiran hanya akan dijatuhkan oleh Tuhan pada Hari Qiamat. Di dunia tidak ada hukuman.Sebaliknya, dalam Hadis, hukuman terhadap orang-orang murtad itu ialah bunuh. Hukuman ini

    juga sama dengan hukuman dalam kitab Taurat.

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    14/152

    Kes-kes percanggahan antara hadis dengan hadis pun banyak juga. Contohnya mengenaibimbingan yang dibawa oleh Nabi Muhammad dan kalimah syahadah. Ada hadis yangmengatakan bimbingan itu Quran sahaja; ada hadis yang mengatakan Quran dan Sunnah.Dalam hal syahadah, ada Hadis yang menyatakan kalimah itu: Tiada tuhan, melainkan Allahsahaja; ada pula hadis yang menyatakan: Tiada tuhan melainkan Allah. Muhammad pesuruhAllah. Ini bukti bahawa Hadis sendiri merakamkan adanya aliran fikiran berpegang kepada

    Quran saja dalam masyarakat Islam pada waktu pergeseran hebat antara Quran dan Hadissedang berlaku. Ini menunjukkan bahawa Hadis, walaupun tidak boleh dijadikan sumberhukum, merupakan satu sumber sejarah yang berguna.

    Contoh-contoh di atas menunjukkan dua masalah yang besar bagi Hadis, iaitu percanggahansesetengahnya dengan ajaran-ajaran Quran, dan percanggahan antara hadis dengan hadis. Inimembuktikan bahawa kedudukan Hadis sangat lemah. Kelemahan ini menyebabkan ia tidakboleh dijadikan sumber hukum, kecuali hadis-hadis yang tidak bercanggah dengan Quran.

    Walaupun kita menolak Hadis sebagai sumber hukum-hukum yang mutlak, kita tidak menolakHadis sebagai sumber hukum kedua. Tuhan memerintahkan kita supaya taat kepada Alah danrasul-Nya, dan kepada mereka yang berkuasa di dalam masyarakat. Ketaatan kita kepada Allahdan rasul bermakna berpegang kepada Quran. Rasul tidak boleh dibezakan daripada Allahdalam konteks ini, kerana rasullah yang menyampaikan kitab Allah itu kepada manusia.Ketaatan kepada ulil-amir itu bersyarat, dengan syarat perintah mereka tidak bercanggahdengan ajaran-ajaran Quran.

    Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa Nabi Muhammad memegang dua peranan.Pertama, peranan beliau sebagai rasul yang dilantik oleh Tuhan. Kedua, peranan beliausebagai pemimpin, kerana beliau telah bertindak sebagai presiden negara-kota Madinah yangbeliau tubuhkan pada tahun pertama Hijrah dan seluruh negara Semenanjung Arab apabilaseluruh Semenanjung Arab jatuh kepadanya dua belas tahun kemudian.

    Selain presiden, beliau juga bertindak sebagai pemerintah tertinggi angkatan bersenjata dansebagai ketua hakim.

    Autoriti beliau sebagai pemimpin tertakluk di bawah bahagian kedua ayat Quran yang telah kitapetik, iaitu autoriti yang bersyarat. Apa yang dikatakan Hadis/Sunnah dengan jelas termasukdalam kategori ini. Mana-mana Hadis yang selaras dengan ajaran Quran boleh diterima; mana-mana Hadis yang bercanggah dengan ajaran Quran tertolak.

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    15/152

    Oleh kerana banyak lagi hadis dalam kitab-kitab Hadis Sahih itu bercanggah dengan ajaran-ajaran Quran, maka sebab itulah masalah ini belum selesai. Kita hanya menutup mata kitakepada masalah (kerana takut hendak menghadapinya) jika kita terus bersikap demikian.Dalam kehidupan sehari-hari umat Islam, pegangan kepada ajaran-ajaran yang menyelewengdaripada Quran membawa akibat-akibat yang buruk. Perpecahan, kelemahan dan kemunduranumat Islam hari ini berpunca dari sini.

    Masalah umat Islam hari ini bukan kerana mereka tidak berpegang teguh kepada agama.Kebanyakan mereka berpegang teguh (dengan menunaikan semua Rukun Islam), tetapi agamayang mereka pegang itu sudah banyak bercampur-aduk dengan ajaran-ajaran lain yangbercanggah dengan Quran. Malangnya, kebanyakan mereka tidak sedar akan hal ini.

    Hujah: Metodologi Penulis Lemah (Hujah 8)

    Apa yang dimaksudkan oleh pengkritik saya dengan tuduhan ini ialah keengganan sayamenggunakan kaedah usul fiqh untuk mengkaji Hadis. Kaedah usul fiqh memerlukan kitamenerima Hadis sebagai sumber hukum, mengikut pendapat ijmak ulama. Kritikan ini tidakmunasabah, kerana persis perkara itulah yang kita pertikai. Pendapat bahawa Hadis/Sunnahdari mula-mula lagi telah diterima sebagai sumber hukum tidak mempunyai asas yang kukuhbaik dalam Quran mahupun dalam sejarah. Perkara ini telah saya buktikan dalam buku inidengan menunjukkan bahawa (a) kumpulan-kumpulan rasmi Hadis bagi kedua-dua kaum AhliSunnah dan Syiah hanya dibuat selepas Imam Shafie berjaya menjadikan Hadis/Sunnahsebagai sumber hukum , (b) Hadis sedikit sekali digunakan dalam zaman Sahabat, dan hanya

    digunakan sebagai teladan atau precedent, (c) ada Hadis-hadis yang mempertikai Hadis-hadisyang mengutarakan Hadis/Sunnah sebagai sumber hukum, dan (d) Quran sendiri melarang kitamenduakan sumber hukum.

    Hujah: Penulis Tidak Menggunakan Sumber Berwibawa (Hujah 9)

    Hujah bahawa saya telah menggunakan sumber-sumber yang tidak berwibawa, tidak tepatsama sekali. Dua sumber pokok yang saya gunakan ialah Quran dan Hadis. Tidak ada yang

    lebih asli daripada dua sumber ini. Dari kedua-dua sumber ini, kita dapat mengetahuipertentangan-pertentangan antara Hadis dan Quran, dan antara Hadis dengan Hadis.

    Saya juga menggunakan kitab Shafie - Al-Risalahdan riwayat hidup Nabi oleh Ibn Ishaq. Inijuga sumber-sumber asli mengenai perundangan Islam klasik, kehidupan Nabi dan keadaansosial awal di Semenanjung Arab.

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    16/152

    Untuk mengetahui sejarah perkembangan dan pengumpulan Hadis, saya menggunakansumber-sumber yang berwibawa di dalam masyarakat akademik Islam antarabangsa, sepertiM. M. Azmi, Muhammad Hamidullah dan lain-lain, dan sumber-sumber yang berwibawa dalammasyarakat akademik antarabangsa, seperti Joseph Schacht, Ignas Goldzihar dan lain-lain.

    Setelah mengkaji sumber-sumber ini semula, saya membuat kesimpulan-kesimpulan yang sayafikir munasabah, rasional dan saintifik, sesuai dengan ajaran-ajaran Quran.

    Tuduhan semberono bahawa semua sarjana Barat mengenai Islam itu orientalis dan dengan ituberat sebelah, tidak boleh diterima. Kecuali mereka yang anti-Islam, kebanyakan sarjanaorientalis sama saja dengan sarjana-sarjana lain. Mereka cuba membuat kajian secara ilmiah,tanpa mempunyai prasangka. Namun demikian, mungkin tidak ada sarjana yang sepenuhnyabersih dari prasangka dan tidak membuat kesilapan. Oleh itu, ada pendapat mereka yang adilyang patut diterima; ada pendapat mereka yang tidak adil dan patut ditolak.

    Perbezaan pendapat di kalangan cerdik-pandai itu satu fitrah manusia. Kita berbeza pendapatbukan saja dengan cerdik-pandai bukan-Islam, tetapi juga antara kita sama sendiri. Ini hal yanglazim dan ada manfaatnya. Dari pertembungan pendapat-pendapat yang berbeza inilah kitamemperoleh kebenaran.

    Hujah: Penulis Tidak Tahu Bahasa Arab (Hujah 10)

    Hujah ini gergaji mata dua belah! Implikasinya, sekiranya penulis tahu bahasa Arab, beliau tidakakan mempertikai Hadis! Tetapi kita tahu bahawa sesetengah kalangan kaum Muktazilah, yangterdiri daripada ahli-ahli sains dan falsafah Arab sendiri, mempertikai Hadis Muhammad Abduh,seorang ulama Arab yang terkenal, mempertikai kesahihan sesetengah Hadis. Banyak lagisarjana Islam yang tahu bahasa Arab di zaman moden ini, termasuk Ahmad Amin, GhulamAhmad Parves, Sayyed Abdul Waddud dan Rashad Khalifa, mempertikai Hadis.

    Walaupun penulis tidak mempunyai sijil kelulusan bahasa Arab dari mana-man universiti, diamenggunakan tafsir-tafsir yang dianggap berwibawa dalam masyarakat Islam. Dia mengkaji

    tafsir-tafsir ini selama tiga puluh. Dari kajian-kajian ini, seseorang boleh memahami Quranseperti orang lain yang menggunakan bahasa Arab juga, malah lebih daripada itu. PemahamanQuran bukan terletak pada bahasa Arab; ia terletak pada pemahaman fikiran dan idea. Mungkininilah kekuatan penulis: beliau tidak mengkaji Quran kerana karier!

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    17/152

    Bahasa itu, pada dasarnya, suatu alat perhubungan. Dari segi ini, tiada perbezaan antara satubahasa dengan bahasa lain. Ambil contoh ayat yang paling tinggi dalam Islam: La ilaha ill-Allah. Terjemahannya dalam bahasa Melayu: Tiada tuhan melainkan Allah. Ini terjemahanyang baik dan tepat sekali serta mengandungi makna asalnya sepenuhnya.

    Ambil lagi contoh surah pendek, Al-Ikhlas (112), yang memberi keterangan yang lengkaptentang Allah. Terjemahannya dalam bahasa Melayu berbunyi:

    Katakanlah, Dia itu Allah, Tuhan yang satu.Tuhan yang sempurna. Dia tidak beranak,dan tidak pula diperanakkan. Dan tiada suatu pun yang serupa dengan-Nya.

    Dua contoh ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa sebuah terjemahan yang baik bolehmenerangkan makna Quran itu kepada kita tanpa mengetahui bahasa asalnya. Yang pentingbukan bahasanya, tetapi maknanya. Orang-orang Arab sekarang membaca Quran dalambahasa mereka sendiri; tetapi adakah mereka melaksanakan perintah-perintah Tuhan dalamQuran? Jadi fahaman dan amalan tidak bergantung kepada pengetahuan bahasa Arab. Iabergantung kepada iman atau komitmen seseorang itu. Kitab-kitab suci dahulu, seperti Tauratdan Injil, yang diturunkan dalam bahasa Inggeris. Dialog-dialog Plato yang ditulis mulanyadalam bahasa Yunani sekarang dibaca dan dikaji dalam terjemahannya saja. Namun demikian,kandungan ajaran buku-buku agung ini tetap kita peroleh.

    Kesimpulannya, bahasa Arab tidak penting untuk memahami kandungan Quran, kerana banyakterjemahan yang baik sudah ada. Seorang sarjana mengenai Islam perlu mengetahui bahasaArab kerana banyak karangan mengenai Islam masih dalam bahasa Arab dan belumditerjemahkan. Walau bagaimanapun, mengenai Hadis, banyak karya telah ditulis dalambahasa Inggeris dan Melayu, dan seorang pengkaji boleh menggunakan karya-karya inisebagai rujukan tanpa menyebabkan penyelidikannya jadi kurang bermutu.

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    18/152

    BAB 2

    MAKNA AYAT TAATILAH ALLAH DAN TAATILAH RASUL

    Allah berfirman, Jangan mengadakan dua tuhan; tuhan hanyalah satu. (Quran, 16:51)

    HARUS diingat bahawa Ayat 59, Surah 4: Wahai kamu yang beriman, taatilah Allah dantaatilah rasul, dan mereka yang berkuasa di antara kamu, telah digunakan oleh Ahlul-Hadissebagai hujah pokok mereka untuk mengesahkan pegangan mereka terhadap Hadis/Sunnahsebagai sumber hukum. Mereka berkata taat kepada Allah bermakna berpegang kepadaQuran dan taat kepada rasul bermakna berpegang kepada Hadis/Sunnah.

    Saya telah menolak alasan ini dengan membuktikan bahawa taat kepada rasul bermakna taatkepada perutusan yang dibawa oleh rasul, iaitu Quran. Ini terang dari ayat:

    Maka taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul. Tetapi jika kamu berpaling,kewajipan rasul Kami yang jelas hanyalah menyampaikan.

    Ayat ini menerangkan bahawa tugas rasul hanyalah menyampaikan wahyu Allah, iaitu Quran.Jadi, taat kepada rasul bermakna taat kepada Allah yang diwakili oleh rasul-Nya dalam Quran,dan berpegang kepada Quran. Tuhan tidak datang kepada manusia kecuali melalui rasul-rasul-Nya. Oleh yang demikian, tiap-tiap masyarakat manusia telah dihantar rasul oleh Tuhan. Rasulitulah yang mewakili Tuhan pada ketika ia menjadi rasul kepada masyarakat itu. Setelah iatiada, maka perutusan itulah, yakni Quran, yang mewakili dirinya. Jadi, taat kepada rasuldengan sendirinya bermakna taat kepada Allah dan berpegang kepada Quran.

    Bukti-bukti bahawa inilah makna ungkapan tersebut yang sebenar dapat dilihat dari kegunaanperkataan rasul dan bukan Muhammad, dan juga dari banyak ayat Quran lain yangmemerintah kita supaya tunduk, berpegang dan patuh hanya kepada Tuhan.

    Perkataan rasul harus dibezakan daripada perkataan Muhammad, kerana perkataan rasul itutidak lain daripada wahyu Tuhan. Hal ini dijelaskan oleh Quran dalam ayat-ayat berikut:

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    19/152

    Beliau tidak bercakap menurut kemahuannya sendiri. Ia tidak lain melainkan wahyu.

    Sesungguhnya ini perkataan rasul yang mulia. Bukan perkataan seorang penyair;sedikit sekali kamu beriman. Bukan juga perkataan seorang ahli sihir; sedikit sekalikamu beringat. Ia wahyu daripada Tuhan seru sekalian alam.

    Malah Muhammad dilarang keras daripada menyampaikan ajaran-ajaran lain selain daripadaQuran:

    Sekiranya rasul mereka perkataan-perkataan lain atas nama Kami, Kami akanmenderanya dan Kami akan menghentikan wahyu kepadanya. Siapa pun antara kamu

    tidak boleh menolongnya.

    Seperti yang telah kita katakan dulu, ayat-ayat Quran menjelaskan antara satu dengan lain.Apa yang tidak terang atau kurang terang kepada kita di satu tempat, pasti ada penjelasannyadi tempat-tempat lain. Ungkapan taatilah rasul itu dijelaskan dengan ayat-ayat lain yangmemerintah kita berpegang kepada Allah saja, yang menerangkan bahawa tugas rasul itumenyampaikan perutusan Tuhan, yang menerangkan bahawa perkataan rasul itu tidak laindaripada wahyu, dan yang melarang rasul daripada membawa apa-apa ajaran lain, kecualiyang diajar oleh Tuhan melalui wahyu, yang melarang kita daripada membeza-bezakan rasul-rasul Allah daripada Allah yang mengirim mereka kepada manusia, yang mengecam kita

    mengabaikan Quran, dan yang memerintahkan kita berseru dengan Quran.

    Ini semua bukti-bukti yang sangat kuat untuk menjelaskan bahawa makna ungkapan taatkepada rasul itu berpegang kepada Quran.

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    20/152

    Mari kita lihat ayat yang melarang kita membeza-bezakan rasul dengan Allah:

    Mereka yang mengingkari Allah dan rasul-rasul-Nya dengan membezakan antara Allahdan rasul-rasul-Nya dan berkata: Kami beriman dengan yang satu tetapi mengingkariyang lain, dan hendak mengambil jalan di tengah-tengah, merekalah yang kafirsebenarnya.

    Ayat di atas menerangkan bahawa dari segi logika, Allah dan rasul-rasul-Nya itu satu dan tidakboleh dipisah-pisahkan dengan mengatakan bahawa Quran itu milik Allah dan Hadis/Sunnah itumilik rasul. Rasul itu pesuruh Allah dengan tugas menyampaikan wahyu Allah kepada manusia.Walaupun wahyu itu dibawa oleh rasul, ia milik Allah. Dengan demikian, hujah bahawa maknataat kepada rasul itu berpegang kepada Hadis/Sunnah tertolak sama sekali.

    Bukti akhir yang ingin saya kemukakan ialah percanggahan apa yang dikatakan Hadis denganQuran. Saya sudah memberi beberapa conton percanggahan ini dalam buku saya, dan akanmemberi lebih banyak contoh dalam BAB 11. Sekiranya hadis-hadis ini benar-benar berasaldaripada Muhammad, yang diucapkan atau dilakukan di luar daripada Quran dalam peranannyasebagai pemimpin dan juga selaku orang biasa, kemungkinan besar tidak akan bercanggahdengan Quran.

    Umpamanya, dari catatan sejarah yang sahih, kita mengetahui bahawa Muhammad, selaku

    ketua pemerintah negara Madinah, telah menulis sebuah Piagam Madinah untuk mentadbirkannegara-kota itu. Piagam ini menetapkan sebuah negara-kota persekutuan denganpembahagian kuasa antara pemerintah pusat dengan suku-suku yang menganggotainya.Wujud autonomi bagi hal-hal yang berhubung khas dengan adat-istiadat dan kepentingan suku-suku itu dan wujud kuasa pusat bagi masalah-masalah bersama, seperti keselamatan danpertahanan. Piagam Madinah ini pula mengharamkan kezaliman. Apa yang perlu ditekankandi sini ialah persamaan antara ajaran-ajaran Quran dengan prinsip-prinsip yang terkandungdalam piagam ini.

    Dalam istilah Ahlul-Hadis, laporan tentang perkataan dan perbuatan Nabi yang sahih, seperti

    Piagam Madinah itu, disebut hadis mutawatir, yakni dilapor oleh banyak sumber yang bebas.Mengikut Ahmad Amin, seorang sejarawan Arab, pendapat-pendapat pakar Hadis berbezatentang bilangan hadis mutawatir; sesetengah mengatakan ada tujuh buah, sesetengahmengatakan satu saja, dan sesetengah mengatakan tidak ada satu pun.

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    21/152

    Selain daripada ayat ini (4:59), Ahlul-Hadis telah mengemukakan beberapa hujah lain untukmenegakkan pendapat mereka bahawa Hadis/Sunnah itu disahkan oleh Quran. Hujah-hujah initelah saya sebut dan tolak dalam buku saya. Namun demikian, hujah ketaatan kepada rasulinilah hujah yang pokok. Dengan tertolaknya hujah ini, maka seluruh teori Hadis/Sunnah itutertolak.

    Sebelum kita meninggalkan tajuk ini, saya ingin menarik perhatian pembaca kepada seluruhayat ini:

    Wahai kamu yang beriman, Taatilah Allah dan taatilah rasul dan mereka yangberkuasa di antara kamu. Jika kamu berbalah tentang sesuatu perkara, hendaklah kamurujuk kepada Allah dan rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan HariKemudian. Ini lebih baik bagi kamu, serta memberikan kamu penyelesaian yang palingelok.

    Ayat ini ada empat bahagian. Pertama, ia memerintah kita taat kepada Allah dan rasul. Kedua,ia memerintah kita taat kepada mereka yang berkuasa di antara kita. Ketiga, ia memerintah kitamerujuk kepada Allah dan rasul, jika kita berbalah tentang sesuatu perkara. Keempat, Allahmenerangkan bahawa ini cara yang seelok-eloknya kita menyelesaikan apa juga masalah diantara kita.

    Bahagian kedua menerangkan peranan dan kuasa pemimpin. Kuasa pemimpin ini bersyarat,tertakluk kepada kuasa mutlak Ilahi dan rasul-Nya. Seorang pemimpin tidak boleh membuatsesuatu perintah yang melanggar perintah Ilahi. Hal ini jelas dari ayat tersebut. Jelas juga ialahdua peranan yang dipegang oleh Muhammad. Peranan pertama Muhammad sebagai rasulyang menyampaikan wahyu Allah kepada manusia yang terkandung dalam Quran.

    Peranan kedua Muhammad sebagai pemimpin yang memimpin masyarakat Arab pada waktuitu. Peranan ini terbatas kepada masyarakat Arab itu saja, dan tidak boleh dianggap sebagaimutlak, kerana masyarakat kita sekarang telah banyak berubah. Umpamanya, PiagamMadinah, hasil ijtihad Muhammad sebagai pemimpin, tidak boleh kita laksanakan secara total

    dalam masyarakat kita sekarang. Kegagalan kita membezakan antara wahyu Ilahi, iaitu Quran,yang skopnya terbatas dan bersyarat, merupakan suatu punca kesulitan tentang masalahHadis/Sunnah.

    Walaupun Hadis ada, sifatnya tidak sama dengan Quran. Quran itu wahyu dan terjamin darikorupsi manusia, sedangkan Hadis itu bukan wahyu dan tidak terjamin dari korupsi manusia.

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    22/152

    BAB 3

    SIAPA MENGHURAIKAN QURAN?

    Kemudian Kamilah yang akan menghuraikannya. (Quran, 75:19)

    AHLUL-HADIS mendakwa bahawa peranan Muhammad sebagai nabi lagi rasul, bukan sajamenerima dan menyampaikan wahyu, tetapi juga menghuraikan wahyu itu. Mereka memetikayat berikut untuk membuktikan hal ini:

    Demikian juga Kami wahyukan peringatan ini kepadamu supaya kau menerangkankepada manusia apa yang diwahyukan kepada mereka dan supaya mereka berfikir.

    Seterusnya mereka berhujah bahawa huraian ini terkandung dalam Hadis atau Sunnah.

    Sepintas lalu, hujah ini nampak menyakinkan dan munasabah. Tetapi, apabila diteliti lebih jauh,penggunaan perkataan Arab bayyana (bermakna menghuraikan) atau bentuk-bentuknya yanglain dalam Quran, kita akan mendapati bahawa yang menghuraikan Quran itu Quran sendiri.Perhatikan ayat-ayat ini:

    Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya merekabertakwa kepada-Nya.

    (Ayat ini datang di hujung sebuah ayat yang panjang yang menerangkan tentang persetubuhan

    suami-isteri dalam bulan puasa. Huraian atau penerangan itu terdapat dalam Quran sendiri.)

    Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamumenggunakan akal kamu.

    (Ayat ini datang setelah satu huraian yang panjang tentang undang-undang perkahwinan.)

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    23/152

    Inilah kitab yang ayat-ayatnya tersusun rapi, kemudian terperinci dijelaskan daripadaTuhan yang Maha Bijaksana, Maha Sedar.

    Janganlah gerakkan lidahmu untuk mempercepatkan wahyu ini. Kamilahbertanggungjawab mengumpulkannya menjadi Quran. Bila kami membacanya,hendaklah kamu ikut Quran ini. Kemudian Kamilah yang akan menghuraikannya.

    Dia Maha Pemurah. Dialah yang mengajar Quran.

    Dari ayat-ayat di atas, tidak syak lagi bahawa perkataan bayyan (huraian) itu merujuk kepadaQuran sendiri. Ini diperkuatkan lagi dengan ayat akhir yang kita petik yang menerangkan

    bahawa, pada prinsipnya, Tuhanlah yang mengajar Quran itu kepada manusia.

    Namun demikian, seperti seorang guru yang mengajar di sekolah atau di universiti, diamenghuraikan kepada pelajar-pelajar sesuatu yang sukar mereka fahami, umpamanya sesuatuperkara dalam falsafah Plato. Huraian seperti ini mestilah huraian, yakni menerangkan sesuatuyang tidak atau kurang terang. Huraian tidak boleh meminda atau mengubah makna teks asal.Tetapi mengikut Hadis, hukum zina bagi mereka yang telah berkahwin itu rejam hingga mati.Hukuman ini nyata bertentangan dengan hukuman dalam Quran yang memerintahkan kedua-dua pesalah yang sabit dikenakan hukuman sebat. Hukuman Hadis ini telah meminda danmengubah hukuman Quran.

    Huraian yang dibuat oleh guru atau ahli tafsir juga relatif dan tidak mutlak. Ia bergantungkepada keadaan ilmu pada sesuatu zaman. Ahli tafsir moden boleh mengambil manfaat daripenemuan-penemuan saintifik moden. Keadaan ini tidak wujud bagi ahli-ahli tafsir klasik. Darisegi ini Tuhanlah guru Quran yang sebenar.

    Dalam menjatuhkan sesuatu hukuman, seorang hakim memang boleh menentukan cara-carahukuman itu patut dilaksanakan, umpamanya, jika hukuman sebat: saiz rotan itu; bahagian

    mana daripada tubuh pesalah patut disebat; kuat mana sebatan itu, dan sebagainya.Ketentuan-ketentuan tentang kaedah sesuatu hukuman itu dilaksanakan merupakan perincianyang tidak disebut dalam hukuman umum untuk mengenakan hukuman seratus kali sebatkepada penzina. Menentukan perincian seperti ini memang dilakukan oleh Nabi dalam tugasnyasebagai ketua kerajaan dan juga hakim. Tetapi, apa yang perlu diperhatikan, ialah bahawaperaturan-peraturan tambahan ini tidak boleh meminda atau mengubah hukuman-hukumanasal.

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    24/152

    Saya telah menyatakan dalam buku saya bahawa satu-satunya tugas rasul itu menyampaikanwahyu. Pencinta-pencinta Hadis tidak puas hati dengan jawatan Muhammad sebagai rasulAllah. Mereka mendakwa jawatan rasul itu tidak lebih daripada posmen, jika ia tidak termasukmenghuraikan wahyu itu. Ini satu hujah yang aneh dan nakal. Adakah jawatan rasul itu satu

    jawatan yang hina? Tentu tidak, kerana tidak sebarang orang yang dilantik oleh Tuhan menjadirasul-Nya. Oleh itu, mengapakah mereka membantah?

    Jawapan kepada soalan ini telah diberi dalam Quran:

    Tetapi bila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang nyata, berkatalah merekayang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami: Bawalah sebuah Quran yang laindaripada ini, atau ubahlah.Jawablah: Aku tidak boleh mengubahnya mengikutkemahuanku sendiri. Aku hanya mengikut apa yang diwahyukan kepadaku. Aku takutakan siksaan pada hari yang dahsyat, jika aku derhaka kepada Tuhanku.

    Ayat ini dengan jelas menerangkan bahawa sesetengah manusia tidak berpuas hati denganQuran, seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad dan yang ada sekarang ini. Mereka mahuQuran ini dipinda, atau ditokok-tambah dengan ajaran-ajaran lain. Mengapa? Jawapan kepadasoalan ini juga telah diberi dalam Quran:

    Patutkah kami perlakukan orang beriman seperti orang berdosa? Betapa hal kamu?

    Bagaimanakah kamu menghukum? Adakah kamu sebuah buku lain yang kamugunakan, dan yang memberi kepada kamu apa-apa yang kamu kehendaki?

    Quran menerangkan bahawa orang-orang ini menghendaki sebuah buku yang lain daripadaQuran, kerana mereka hendak menghalalkan hawa nafsu mereka. Quran menganjurkankebaikan dan melarang kejahatan, tetapi mereka mahu menganjurkan kejahatan dan melarangkebaikan. Hasrat mereka ini hanya boleh dicapai jika mereka mempunyai sebuah buku undang-undang lain daripada Quran yang memberikan mereka apa yang mereka kehendaki.

    Jawatan rasul Allah itu satu jawatan yang mulia dengan tanggungjawab yang berat. Oleh sebabitu, mengikut sejarah, Muhammad gementar dan takut bila malaikat Jibrail mengisytiharkannyasebagai rasul. Tidak ada satu jawatan yang lebih mulia bagi seorang manusia daripada jawatanrasul Allah. Oleh itu, cemuhan oleh sesetengah pencinta Hadis yang mengatakan jawatan rasultidak lebih daripada seorang posmen tidak kena pada tempatnya dan merupakan satupenghinaan kepada Nabi Muhammad sebenarnya.

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    25/152

    Namun demikian, tidak sukar untuk kita menerima hakikat bahawa seorang rasul itu bukanseorang ahli sains, ahli sejarah, atau ahli falsafah. Jika Nabi Muhammad tidak bolehmenerangkan sesuatu perkara dalam Quran yang di luar pengetahuannya, seperti pemecahanatom, atau tentang mayat Firaun Merneptah yang mati lemas di dalam Laut Merah waktumemburu Nabi Musa dan kaum Israel keluar dari Mesir, atau tentang undang-undang alam,atau undang-undang sejarah; itu bukan tugasnya yang pokok. Tugasnya yang pokok ialah

    menyampaikan wahyu itu kepada manusia.

    Tetapi bila kita berkata begini, pencinta-pencinta Hadis melompat dan menuduh bahawa kitaangkuh tentang kebolehan kita dan kita merendah-rendahkan Nabi. Reaksi seperti iniberdasarkan sentimen melulu. Apa yang saya katakana itu berdasarkan ajaran-ajaran Qurandan fakta-fakta sejarah. Bukankah, seperti yang kita lihat, Quran sendiri yang menyatakanbahawa Allah itulah yang mengajar dan menghuraikan Quran kepada manusia? Quran jugamenerangkan bahawa makna sesetengah ayat Quran itu hanya diketahui oleh Tuhan danmereka yang membuat kajian yang mendalam dan meluas dalam hal-hal itu.

    Kita juga mengetahui bahawa ada banyak tafsir Quran, dan antara satu tafsir dengan tafsir lain,ada beberapa perbezaan, bukan saja dari segi bahasa dan stail, tetapi juga dari segimaknanya. Ini bermakna pemahaman Quran itu berbeza dari satu generasi ke generasi lain dantiap-tiap generasi akan membuat tafsir-tafsirnya sendiri mengikut perkembangan ilmu padawaktu itu.

    Dengan ini, tidak bermakna kita menyatakan ahli-ahli tafsir klasik tidak baik, dan ahli-ahli tafsir

    moden lebih baik. Kita hanya mengatakan bahawa, sebagai perbandingan, ahli-ahli tafsir klasikdibataskan oleh keadaan ilmu pengetahuan pada masa itu, dan ahli-ahli tafsir moden berolehmanfaat dari perkembangan sains yang ada sekarang.

    Jika kita benar-benar berpegang kepada prinsip tauhid dan menyembah hanya Allah, kita tidakada masalah untuk melihat Muhammad sebagai seorang manusia biasa. Oleh yang demikian,

    jika Nabi Muhammad tidak tahu banyak hal tentang sejarah dunia, falsafah dan sains, itu samasekali tidak menjejaskan kenabian dan kerasulannya. Sebagai orang mukmin, kita ingin yakinbahawa apa yang beliau terima itu wahyu daripada Tuhan, dan bahawa wahyu itu telahdisampaikan kepada kita sepenuhnya dalam Quran yang ada sekarang. Bila kita sudah yakin

    tentang hal ini, maka kemukminan kita itu sempurna. Kita tidak ada keraguan lagi.

    Masalahnya timbul bila kita telah mendewa-dewakan Nabi. Kita salah anggap bahawa beliautahu semua. Kita salah anggap bahawa beliau tidak ada kelemahan, seperti manusia biasayang lain. Jika beliau bukan seorang manusia biasa seperti kita, tetapi seorang dewa, bolehkahbeliau memimpin kita, dan bolehkah kita meneladani beliau? Tentu tidak boleh, kerana sifatmanusia dan sifat dewa berbeza. Oleh yang demikian, mengapakah pencinta-pencinta Hadis

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    26/152

    melompat bila kita mengatakan Nabi Muhammad tidak mengetahui segala-segalanya tentangtafsir? Ini menunjukkan bahawa mereka telah mendewa-dewakan Nabi Muhammad - satukesalahan yang amat besar.

    Mengikut keterangan Quran dan keterangan sejarah, Muhammad, sebelum beliau menjadi nabidan rasul pun, memang seorang pemuda Mekah yang berakhlak tinggi, yang mempunyai cita-cita untuk membebaskan masyarakatnya daripada kongkongan pelbagai khurafat dankejahatan, seperti penyembahan berhala, penindasan terhadap hamba-abdi, amalan riba,penindasan orang kaya terhadap orang miskin, penindasan terhadap terhadap kaum wanita,penipuan dalam perniagaan, rasuah, pembunuhan anak perempuan, perzinaan, perjudian danlain-lain. Beliau seorang pemuda yang mempunyai kesedaran moral yang tinggi, yang jujur danadil dengan peribadi yang menarik.

    Tidak syak lagi ciri-ciri inilah yang menjadi asas kepada kepemimpinan beliau pada masa beliaudiangkat menjadi nabi dan rasul. Di sinilah letaknya keagungan keperibadian beliau. Tetapiapabila beliau telah didewa-dewakan, kemanusiaan beliau menjadi abstrak dan pudar. Turutpudar keagungan beliau sebagai seorang pemimpin, nabi dan rasul sekaligus. Beliau telahdiangkat terlalu tinggi hingga beliau tidak boleh lagi menjadi teladan kepada kita.

    Hanya kemanusiaan beliau yang boleh mendorong kita untuk meneladani kejayaan-kejayaanyang telah beliau capai untuk mereformasi masyarakat kita. Dengan segala kekurangan darisegi perkembangan sains dan teknologi yang beliau hadapi dalam keadaan masyarakat sukuanArab pada waktu itu, beliau berjaya mencapai matlamat reformasi masyarakat Arab mengikut

    ajaran-ajaran Quran yang dinamik itu dalam masa dua puluh tiga tahun saja. Keadaan ini akanmendorong kita untuk berusaha lebih kuat bagi mencapai matlamat reformasi masyarakat kitamengikut ajaran-ajaran Quran, seperti yang telah dilakukan oleh beliau untuk masyarakatbeliau. Dengan demikian, beliau menjadi teladan baik bagi kita.

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    27/152

    BAB 4

    MASALAH SALAT

    Kami mewajibkan ibadah-ibadah agama bagi tiap-tiap masyarakat; oleh itu janganlahmembiarkan mereka bertengkar dengan kamu tentang hal ini. Tetapi teruslah berseru ke jalan

    Allah. Memang kau berada di jalan yang benar. (Quran, 22:67)

    SOALAN yang selalu ditimbulkan oleh Ahlul-Hadis untuk membuktikan bahawa umat Islammemerlukan Hadis ialah kaedah salat dan ibadah-ibadah lain. Mereka bertanya: bolehkah kitasembahyang jika kita tidak mengikut Hadis?

    Sebenarnya, jawapannya terkandung di dalam Quran sendiri. Ayat 128, Surah 2, memberitahukepada kita bahawa ibadah-ibadah agama, seperti salat, puasa, zakat dan haji telah diajarkepada Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya dan telah diperturunkan daripada mereka,generasi demi generasi, kepada Nabi Muhammad dan pengikut-pengikutnya:

    Tuhan kami, jadikanlah kami tunduk kepada-Mu dan daripada keturunan kami biarlahlahir suatu bangsa yang tunduk kepada-Mu. Ajarkanlah kami bagaimana hendak

    mengamalkan ibadah-ibadah agama kami, dan ampunilah kami; Kau Maha Pengampun,Maha Penyayang.

    Ajarkanlah kami bagaimana hendak mengamalkan ibadah-ibadah agama inilahpermulaan ibadah agama. Sebelum zaman Nabi Ibrahim, dari zaman Nabi Adam membawa kezaman Nabi Idris hingga ke zaman Nabi Nuh, masyarakat manusia masih begitu primitif untukmelakukan ibadah kepada Tuhan-Nya. Tetapi selepas Nabi Ibrahim, kita dapati tiap-tiap nabi,keluarganya dan pengikut-pengikutnya mengerjakan salat Nabi-nabi Ismail, Musa, Ishak danYaakob, juga ibu Nabi Isa, Maryam, dan Nabi Isa . Setelah beberapa generasi, Quranmenerangkan, timbul generasi-generasi yang meninggalkan salat mereka, kecuali sebilanganyang kecil di antara mereka:

    Tetapi, sesudah mereka, menyusul generasi-generasi yang mengabaikan salat danmengikut hawa nafsu.

    Salat mereka di rumah suci tidak lain daripada siulan dan tepukan tangan.

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    28/152

    Jadi, pada waktu Nabi Muhammad dibangkitkan, orang-orang Arab bersembahyang, tetapisembahyang mereka sudah menyeleweng dari sembahyang yang sebenar, yakni telah banyakdicampur-aduk dengan unsur-unsur syirik. Namun demikian, wujud beberapa orang hanif dikalangan penduduk Mekah. Mereka inilah orang-orang yang masih berpegang kepada agamanenek-moyang mereka, Nabi Ibrahim. Nabi Muhammad dikatakan salah seorang daripadamereka.

    Mengikut penulis riwayat Nabi Muhammad, sebelum Muhammad menjadi nabi, menjadiadatnya untuk pergi berhening cipta (tahannuth) di Gua Hira dalam bulan Ramadan. Di sanabeliau bersembahyang, dan memberi makanan kepada orang-orang miskin. Apakahsembahyang ini salat atau bentuk ibadah yang lain tidak begitu jelas. Walau bagaimanapun,pada malam sebelum israk dan mikraj, beliau dilaporkan telah bersembahyang isyak di rumahUmm Hani. Ini suatu bukti lagi bahawa ibadah salat wujud sebelum mikraj.

    Semua fakta ini menunjukkan bahawa salat tidak bermula dengan Nabi Muhammad yangdikatakan telah menerima perintah salat daripada Tuhan semasa israk dan mikraj, mengikutHadis.

    Bentuk sembahyang itu tetap wujud di dalam masyarakat Arab, diwarisi dari generasi kegenerasi daripada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, tetapi semangat dan isi sembahyang itu telahhilang apabila ia kemudian dilakukan terhadap berhala dan patung, dan bukan lagi terhadapTuhan Yang Esa. Kedatangan Nabi Muhammad menandakan permulaan pembersihansembahyang secara besar-besaran dari khurafat-khurafat yang telah masuk ke dalamnya.

    Perhatikan bahawa salah satu daripada tugas Nabi Muhammad ialah membersihkan mereka:

    Tuhan kami, utuslah dari keturunan kami seorang rasul dari kalangan mereka, yangakan membacakan kepada mereka ayat-ayat-Mu dan mengajar mereka kitab danhikmah, dan yang akan menyucikan mereka.

    Pembersihan yang paling penting dalam salat itu dilakukan dengan menyingkirkan ciri-ciripenyembahan berhala daripadanya serta menujukan salat semata-mata kepada Allah s.w.t. dan

    tidak lain daripada Allah s.w.t. Kita juga dilarang menyeru selain Allah dalam salat. Disamping ini, Quran juga menyebut tentang lima waktu salat, membolehkan sembahyangdiringkaskan jika dalam perjalanan, tentang kaedah salat yang boleh disesuaikan dengankeadaan, tentang pakaian dalam sembahyang, tentang cara bacaan dalam sembahyang dan

    juga tentang wuduk. Ini semua menunjukkan bahawa ajaran Quran itu terperinci, tidak sepertiyang didakwa oleh Ahlul-Hadis bahawa Quran hanya memberi prinsip-prinsip umum.

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    29/152

    Bila Quran tidak menyatakan tentang perincian sesuatu perkara, itu bermakna Tuhan inginmemberi keluasan kepada manusia untuk menentukan perincian itu dengan menggunakan akalmereka atau melalui perundingan di antara mereka.

    Oleh yang demikian, jelaslah bahawa seseorang Islam belajar melakukan salat bukan daripadaHadis, tetapi daripada ibu-bapa atau guru yang mewarisi sembahyang ini turun-temurun darizaman Nabi Ibrahim yang menerimanya daripada Tuhan. Seperti kebiasaan cara makan ataumandi dalam sesuatu kebudayaan demikianlah sembahyang diperturunkan dari generasi kegenerasi. Dalam hal amalan sembahyang, amalan ini dipelihara dengan berpandukan ajaran-ajaran Quran.

    Walau bagaimanapun, kaedah sembahyang tidak harus diperbesarkan hingga iamenenggelamkan tujuan dan isi sembahyang itu. Tujuan dan isi sembahyang ialah untukmenyembah Allah semata-mata, memohon pertolongan-Nya dalam kehidupan kita, dan untukmembersih dan memupuk jiwa kita. Inilah yang terpenting. Kaedah jadi perkara kedua. Tuhansendiri, menerangkan kepada kita bahawa segala sesuatu di langit dan di bumi, termasukburung-burung yang berterbangan di udara, salat kepada-Nya mengikut cara masing-masing.

    Tidakkah kau lihat bahawa Allah, kepada-Nya bertasbih segala yang ada di langit dandi bumi, dan burung-burung yang mengembangkan sayapnya? Masing-masingmengetahui salatnya dan tasbihnya.

    Tuhan juga melarang kita daripada bertengkar tentang kaedah beribadah. Masing-masing umatmempunyai kaedahnya untuk menyembah Tuhan. Asal saja mereka menyembah Tuhan YangEsa, dan tidak menyembah berhala; Tuhan melarang kita daripada mempertikai kaedah itu:

    Bagi setiap umat telah Kami mewujudkan cara-cara ibadah yang perlu mereka ikut.Oleh itu, janganlah kau diajak berbalah tentang perkara ini, tetapi serulah kepadaTuhanmu. Sesungguhnya, kau berada di jalan yang lurus.

    Ayat di atas menerangkan bahawa ada kumpulan-kumpulan dalam masyarakat Mekah danMadinah pada waktu itu yang mempertikai kaedah Muhammad dan pengikut-pengikutnyamengerjakan ibadah-ibadah agama. Kumpulan-kumpulan ini mestilah kumpulan-kumpulanYahudi dan juga penyembah berhala. Dalam ayat itu Tuhan melarang Muhammad daripadabertengkar dengan mereka tentang perkara ini atas alasan bahawa tiap-tiap masyarakat

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    30/152

    diberikan cara-cara beribadah masing-masing yang tidak harus dipertikai. Makna ayat ini samadengan makna ayat 24:41 yang telah kita petik lebih awal.

    Akhir sekali, sebelum kita meninggalkan tajuk salat, kita patutlah mengetahui kedudukan salatyang sebenarnya dalam agama kita. Mengikut Ahlul-Hadis, salat itu tiang agama. MengikutQuran, salat itu penting, tetapi bukan tiang agama. Tiang agama ialah iman kepada Allah danHari Kemudian dan berbuat baik:

    Sesungguhnya, mereka yang beriman dan orang-orang Yahudi, Kristian dan sabiin siapa saja yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian serta berbuat baik bagimereka ada pahala dari sisi Tuhannya. Mereka tidak perlu takut atau dukacita.

    Ayat ini menerangkan bahawa iman kepada Allah, kepada Hari Kemudian dan berbuat baik itusama nilainya dan tidak boleh dipisah-pisahkan. Mereka yang sebenarnya beriman kepadaAllah semestinya beriman kepada Hari Kemudian dan berbuat baik. Definisi kebaikan telahdiberi oleh Tuhan dalam sebuah ayat yang panjang:

    Kebaikan bukanlah berpaling ke Timur atau ke Barat. Kebaikan itu beriman kepadaTuhan, Hari Kiamat, para malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi; dan mendermakan wang yangkita sayangi kepada kaum keluarga, anak yatim, orang miskin, orang musafir, pengemisdan untuk penebusan hamba-abdi, dan mendirikan salat dan mengeluarkan zakat, dan

    menunaikan janji-janji yang dibuat, dan teguh dalam neghadapi bencana, kesusahandan peperangan. Inilah mereka yang benar; inilah meraka yang bertakwa.

    Fungsi salat itu untuk membangunkan peribadi atau jiwa seseorang supaya peribadi itu dapatmemainkan peranannya yang berkesan untuk membaiki masyarakat. Seperti juga jasadseseorang perlu dibela dengan makanan, senaman, kebersihan dan pakaian, demikian pula,malah lebih-lebih lagi, jiwanya. Tetapi pembangunan jiwa itu bukan untuk pembangunan jiwa.Tujuannya untuk pembebasan manusia. Jika ini tidak dicapai, maka salat itu sia-sia saja.Contoh perjuangan Nabi Muhammad dan ayat-ayat berikut sebagai bukti:

    Juga bagi mereka yang mengikuti rasul, nabi dari kalangan bukan-Yahudi, yang merekadapati dalam kitab-kitab mereka sendiri, Taurat dan Injil. Dia menyuruh merekamelakukan kebaikan dan melarang mereka daripada kejahatan, menghalalkan bagimereka segala yang baik dan melarang segala yang buruk, membebaskan mereka daribebanan dan kongkongan yang mengikat mereka. Oleh itu, mereka yang beriman

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    31/152

    kepadanya, memuliakannya, menolongnya serta mengikuti cahaya yang diturunkanbersamanya, merekalah yang berjaya.

    Kau lihatkah orang yang mendustakan agama? Itulah yang mengusir anak yatim dan tidakmenganjurkan pemberian makanan kepada orang miskin. Celakalah mereka yangbersembahyang, sedang mereka melalaikan sembahyang mereka. Mereka hanya inginmenunjuk-menunjuk dan mendapat pujian, tetapi enggan menderma.

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    32/152

    BAB 5

    KEDUDUKAN HADIS YANG SEBENAR

    Mereka yang mengelak daripada syirik serta tunduk sepenuhnya kepada Allah layak diberitahniah. Oleh itu, tahniah kepada hamba-hamba-Ku. Mereka mendengar semua pendapat danmengambil yang paling baik. Inilah orang-orang yang diberi taufik oleh Allah; inilah orang-orang

    yang cerdik. (Quran, 39:17-18)

    SAYA tidak menafikan kemungkinan wujudnya catatan hadis dari awal. Dalam buku saya, sayamerujuk kepada apa yang dilaporkan sebagai dua peristiwa sejarah tentang pengumpulan hadis

    oleh khalifah-khalifah Abu Bakar dan Umar Ibn Khattab. Yang pertama dikatakan telahmembakar himpunan 500 buah hadis yang disimpannya, kerana ragu tentang kepastiannya,dan yang kedua dikatakan telah membatalkan rancangannya hendak mengumpul danmembukukan hadis, kerana takut dicampur-adukkan dengan Quran. Seorang sarjana Hadismoden, Dr A.A. Azmi, telah mengemukakan senarai penulis-penulis hadis dan zaman Nabihingga ke awal abad kedua. Adakah senarai-senarai ini benar belumlah dapat dipastikan,kerana mereka disebut oleh penulis-penulis tiga ratus tahun kemudian.

    Kemungkinan adanya kumpulan-kumpulan atau risalah-risalah hadis sebelum kumpulan-kumpulan rasmi bagi kedua-dua puak Ahli Sunnah dan Syiah dalam abad-abad ketiga, keempat

    dan kelima Hijrah itu, sama ada dipertikai atau tidak, bukanlah soalan pokok. Soalan pokok adadua. Pertama, adakah Hadis itu sumber hukum setaraf dengan Quran, seperti yang didakwaoleh Imam Shafie? Kedua, adakah semua hadis yang terkumpul dalam enam kumpulan rasmibagi kaum Ahli Sunnah dan empat bagi kaum Syiah itu benar-benar berasal daripada Nabi?

    Jawapan kepada soalan pertama itu nyata. Sumber hukum tidak lain ialah Tuhan. Penciptaalam semesta, kerana Dialah yang menetapkan undang-undang segala kejadian. Ini tidakbermakna manusia tidak boleh membuat undang-undang tambahan bagi mencapai tujuan-tujuan khas kehidupan manusia di dunia. Kuasa ini telah diberi oleh Tuhan Sendiri kepadamanusia:

    Wahai orang-orang mukmin, taatilah Allah dan taatilah rasul, dan mereka yangberkuasa di antara kamu. Jika kamu berbalah tentang sesuatu perkara, rujuklah kepadaAllah dan rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Itu lebih baik danmemberi jalan penyelesaian yang paling elok.

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    33/152

    Ayat ini menerangkan kuasa tertinggi dan kuasa perwakilan. Kuasa tertinggi itu Tuhan danrasul-Nya, iaitu kitab suci Allah yang dibawa oleh rasul-Nya untuk sesuatu zaman. Kitab Tauratitu perundangan yang dibawa oleh Nabi Musa untuk orang Yahudi di dalam zamannya. KitabInjil pula perundangan yang dibawa oleh Nabi Isa untuk orang Yahudi di dalam zamannya.Seterusnya, Quran itu kitab perundangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad untuk orang Arabdan untuk seluruh manusia:

    Katakanlah, "Wahai manusia, aku rasul Allah kepada kamu semua.

    Ayat 59, Surah 4 itu tidak bermakna manusia telah diberi dua buah kitab: satu, Quran, daripadaAllah, dan satu lagi, Hadis, daripada Muhammad. Hal ini jelas dari keterangan-keteranganQuran sendiri yang melarang kita membezakan Allah daripada rasul-Nya, dan yang merujukkepada sebuah kitab sahaja yang dibawa oleh Muhammad.

    Seperti yang telah disebutkan, Imam Shafie lah yang mula-mula mengisytiharkanHadis/Sunnah sebagai sumber hukum sama dengan Quran. Sebelum rumusan beliau diterimaoleh masyarakat, hadis hanya digunakan sebagai teladan atau precedent. Ini menghuraikanketiadaan kumpulan-kumpulan hadis rasmi sebelum Shafie.

    Ayat 59, Surah 4 juga menyebut tentang kuasa perwakilan yang diberi oleh Tuhan kepadamanusia untuk membuat undang-undang tambahan untuk mencapai tujuan-tujuan khas

    kehidupan sesebuah masyarakat. Kuasa ini diberi kepada golongan pemimpin, dan tidakmutlak. Ia tertakluk kepada kuasa tertinggi Ilahi. Ini bermakna undang-undang tambahan yangdibuat oleh manusia itu mestilah selaras dan tidak bercanggah dengan undang-undang yangditetapkan oleh Tuhan.

    Sejarah telah memberitahukan kepada kita bahawa Nabi Muhammad sebagai pemimpinnegara-kota Madinah telah menggubal sebuah perlembagaan untuk pentadbiran negara-kotaitu, terkenal dalam sejarah sebagai Piagam Madinah. Piagam Madinah ini nyatalah satutindakan Nabi Muhammad. Apakah taraf perundangannya kepada kita di Malaysia sekarang?Adakah ia suatu kemestian bagi kita? Tentu tidak. Piagam itu satu ijtihad yang dilakukan oleh

    Nabi Muhammad sebagai presiden negara-kota itu untuk melaksanakan prinsip-prinsippemerintahan adil yang ditetapkan oleh Tuhan dalam Quran.

    Walaupun piagam ini baik sekali dari segi pertadbiran yang adil, ia tidak lengkap untukkeperluan masyarakat moden kita hari ini. Ia tidak menentukan kaedah pemilihan kerajaan ataupemimpin; ia tidak memisahkan antara tiga cabang kuasa kerajaan, perundangan dan

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    34/152

    kehakiman; ia tidak menentukan kewangan negara; ia tidak menyebut tentang hak-hak asasi;dan ia tidak memberi pandangan tentang system pendidikan dan bahasa rasmi.

    Ini semua membuktikan bahawa Piagam Madinah itu suatu perlembagaan yang amat ringkas.Ia menggambarkan kesederhaan masyarakat sukuan Arab pada abad ketujuh. Malaysia modentidak boleh menjadikannya sumber perundangan perlembagaan secara mutlak, kerana ia tidaklengkap. Untuk mencari sumber yang lengkap, kita mestilah kembali kepada Quran. Dari Quran,kita akan mendapat jawapan kepada soalan-soalan yang telah kita senaraikan di atas. Inimembuktikan bahawa taraf perundangan Sunnah atau Hadis itu relatif, bukan bertaraf mutlak.

    Perkara kedua yang dipertikai tentang hadis ialah mengenai kesahihannya. Ahlul-Hadis telahmendefinasikan hadis sebagai laporan tentang perbuatan atau perkataan Nabi. Sejarahmemberitahu kepada kita bahawa masa sebelum hadis dikumpul dan dibukukan secara rasmi,banyak sekali hadis telah direka dan disebarkan oleh pelbagai golongan. Apabila hadis-hadis inidikumpul, ditapis dan dibukukan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Ibn Majah dan al-Nasai, bagi kaum Ahli Sunnah; dan oleh al-Kulaini, Ibn Babuwayh, Jaafar Muhammad al-Tusidan al-Murtada, bagi kaum Syiah; barulah kumpulan-kumpulan hadis rasmi wujud, setelahImam Shafie berjaya menjadikan Hadis/Sunnah sumber hukum.

    Kumpulan-kumpulan hadis ini tanggungjawab para pengumpulnya, bukan tanggungjawab Nabi,sepertimana Quran itu tanggungjawab beliau menyampaikan dan mengumpulkan selaku nabilagi rasul.

    Dengan kata-kata lain, hadis ini laporan yang mereka percayai sebagai kata-kata atauperbuatan Nabi. Mereka sendiri mengaku bahawa kebanyakan hadis ini bertaraf ahad, iaitumempunyai seorang periwayat saja. Mengikut undang-undang Islam, sesuatu perkara ituhendaklah disahkan oleh dua orang saksi sebelum ia dapat diterima dari segi undang-undang.Ini bermakna, mengikut pengakuan Ahlul-Hadis sendiri, kebanyakan hadis dalam kumpulan-kumpulan mereka itu tidak boleh digunakan dari segi undang-undang Islam. Oleh yangdemikian, adakah munasabah mereka menghendaki umat Islam percaya kepada hadismereka?

    Di samping itu, kebanyakan hadis ini bercanggah dengan ajaran-ajaran Quran, bercanggahantara satu sama lain dan tidak munasabah dari segi hukum akal. Mustahillah seorang rasulAllah menjadi sumber hadis-hadis seperti ini.

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    35/152

    Nampaknya, Ahlul-Hadis tidak dapat membezakan antara wahyu yang diturunkan kepada NabiMuhammad dalam bentuk Quran dengan perkataan-perkataan atau perbuatan-perbuatan Nabidi luar Quran sebagai pemimpin atau manusia biasa saja. Mereka mentafsirkan ayat-ayatQuran yang merujuk kepada wahyu dan kepada akhlak Nabi untuk membuat kesimpulanbahawa semua perkataan dan perbuatan Nabi itu dipelihara oleh Tuhan. Inilah teorikemaksuman para nabi, yang tidak selaras dengan hakikat kemanusiaan para nabi, dan

    bercanggah dengan ajaran-ajaran Quran.

    Jika para nabi itu maksum, mereka bukan lagi manusia. Jika mereka bukan manusia, bolehkahmereka menjadi teladan kepada manusia? Inilah sebabnya Quran menerangkan jika dunia inidihuni oleh malaikat, maka Tuhan akan menghantar malaikat sebagai rasul-Nya. Tetapi, olehkerana dunia dihuni oleh manusia, maka dari kalangan manusialah dipilih rasul-rasul-Nya.Tentulah Tuhan memilih orang-orang yang berakhlak tinggi dan berkebolehan untukmenjalankan tugas rasul itu.

    Akhir sekali, Ahlul-Hadis mendakwa bahawa penolak-penolak hadis mempunyai tujuan yangjahat, bahawa matlamat akhir mereka itu untuk membawa umat Islam menolak Quran danIslam! Hujah mereka seperti berikut: Jika seseorang itu menolak hadis, dengan sendirinya iamenolak Nabi, Quran dan Islam.

    Tuduhan dan hujah ini tidak munasabah sama sekali. Menolak hadis tidak semestinyabermakna menolak Nabi, kerana fakta kewujudan Nabi Muhammad dibuktikan sepenuhnya olehsejarah dan sejarah harus dipisahkan daripada hadis. Nampaknya, Ahlul-Hadis tidak dapat

    membezakan antara sejarah dengan hadis. Kebanyakan hadis dalam kumpulan-kumpulanHadis Sahih, seperti yang diakui oleh Ahlul-Hadis sendiri, tidak bertaraf mutawatir, tetapisemata-mata ahad, mempunyai seorang pelapor saja, dan ini melanggar undang-undang Islamyang diakui oleh Ahlul-Hadis sendiri.

    Kaedah sejarah saintifik memerlukan sesuatu laporan itu disahkan oleh sumber-sumber bebasyang lain, sebelum laporan itu diterima sebagai benar. Kebanyakan hadis tidak benar-benarberasal daripada Nabi, tetapi merupakan pendapat pelbagai golongan yang wujud pada waktuitu.

    Seseorang boleh beriman kepada Quran dan beriman kepada Nabi Muhammad tanpaperantaraan hadis. Inilah yang telah saya nyatakan dalam buku saya. Malah saranan sayaialah supaya kita kembali kepada Quran sebagai satu-satunya ajaran yang dibawa olehMuhammad. Mengapa Ahlul-Hadis membuat tuduhan bahawa mereka yang menolak hadis

    juga menolak Nabi Muhammad dan Quran, tidaklah saya fahami.

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    36/152

    Sebaliknya, kita telah melihat bahawa dengan adanya hadis dengan kedudukannya yangutama, Quran telah hilang dari perhatian umat Islam. Mereka membaca Quran sertamengkhatannya tiga kali, tanpa mengetahui maknanya. Pelajaran agama mereka diperolehdari kitab-kitab yang ditulis oleh ulama berdasarkan hadis. Ini bermakna Quran telah hilangdaripada mereka. Hal ini disahkan oleh Quran.

    Namun demikian, tidaklah salah menggunakan hadis sekiranya hadis itu tidak menyalahi ajaranQuran. Inilah pendirian saya. Saya tidak menolak semua hadis. Saya menerima hadis-hadisyang selaras dengan Quran dan menolak hadis-hadis yang bercanggah dengan Quran.Pendirian ini munasabah dan selaras dengan ajaran Quran.

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    37/152

    BAB 6

    APA ITU KOD 19?

    Ini salah satu mukjizat yang besar. (Quran, 74:35)

    SEBENARNYA, apa yang disebut Kod 19 tidak ada hubungan dengan masalah hadis secaralangsung. Saya merasa perlu untuk memasukkan bab ini kerana ia telah ditimbulkan oleh salahseorang pengkritik saya. Kritikan beliau bahawa Kod 19 ini diambil dari agama Bahai tidakberasas sama sekali, kerana agama Bahai baru muncul dalam abad kesembilan belas,sedangkan Kod 19 sudah wujud tersembunyi dalam Quran selama empat belas abad.

    Apakah Kod 19? Kod 19 itu suatu susunan yang amat rapi, halus, kompleks dan canggih yangterdapat dalam Quran. Susunan ini melibatkan bilangan surah, jarak surah, bilangan ayat,bilangan perkataan, bilangan huruf, dan hubungan antara surah dengan surah. Sekiranya tiap-tiap satu itu di tambah atau dibuang dari Quran, maka susunan 19 ini akan rosak. Di sinilahletaknya keajaiban, atau mukjizat Quran itu: bahawa susunannya yang begitu rapi, halus,kompleks dan canggih berdasarkan angka 19 mustahil boleh dicipta oleh akal manusia. Iahanya boleh dicipta oleh Akal Tertinggi, iaitu Tuhan. Di sinilah terletaknya mukjizat Quran.

    Nabi-nabi lain, seperti Ibrahim, Musa dan Isa, mempunyai mukjizat masing-masing yang luarbiasa yang boleh mereka lakukan. Nabi Ibrahim dengan kebolehannya duduk di dalam apiyang sedang membakar; Nabi Musa dengan kebolehannya menukarkan tongkatnya menjadiular yang menelan semua ular tukang-tukang sihir Firaun; dan Nabi Isa dengan kebolehannyamenjadikan burung, menyembuh orang buta dan penyakit kusta serta menghidupkan kembaliorang yang telah mati. Nabi Muhammad tidak mempunyai apa-apa mukjizat seperti ini, kecualiQuran:

    Mereka berkata, Mengapa tidak ada mukjizat yang diturunkan kepadanya daripadaTuhannya? Katakanlah, Segala mukjizat itu datangnya hanya daripada Allah, dansaya tidak lain hanya seorang pengingat. Tidakkah itu cukup sebagai suatu mukjizatbahawa Kami turunkan kepadamu kitab ini yang sedang dibacakan kepada mereka?

    Hingga penemuan Kod 19 ini dilakukan oleh Dr Rashad Khalifa pada 1974, para sarjana Islammentafsirkan mukjizat ini dari segi keindahan bahasa Quran serta kehebatan isinya. Walau

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    38/152

    bagaimanapun, hujah-hujah boleh dan telah pun dibentangkan bahawa manusia juga telahberjaya menghasilkan karya-karya seni yang indah dan karya-karya falsafah yang agung. Olehyang demikian, hujah ini tidak muktamad. Tetapi bila penemuan ini dibuat, tidak syak lagi, inilahhujah yang muktamad yang membuktikan bahawa Quran tidak boleh dikarang oleh sesiapapun,kecuali Allah.

    Katakanlah, Jika semua manusia dan jin bekerjasama untuk menghasilkan sebuahQuran seperti ini, mereka sama sekali tidak akan boleh menghasilkannya, walau banyakmanapun mereka membantu satu sama lain.

    Angka 19 sebagai asas kepada kod ini disebut dalam Quran dalam Ayat 30, Surah 74. Kitaakan memetik ayat ini dalam konteksnya:

    Tidak; dia terlalu degil untuk menerima wahyu Kami. Aku akan menderanya. Dia berfikirdan merenung. Celakalah dia! Dia merenung dan merenung. Kemudian dia melihat(kepada Quran). Kemudian dia mengerut dahinya dan merungut. Katanya, Ini tidak laindari sihir usang. Ini buatan manusia. Aku akan menimpakan kesengsaraan ke atasnya.Dan apakah kesengsaraan itu? Bertubi-tubi dan berkesan. Akan jelas kepada semuamanusia. Di atasnya sembilan belas.

    Ayat-ayat ini menerangkan tentang orang-orang kafir sombong yang menolak Quran atas

    alasan bahawa ia karangan manusia. Untuk menyanggah bantahan ini, Tuhan menerangkanbahawa Dia akan mengadakan kritikan yang dahsyat dengan angka 19.

    Kod 19

    Dari berpuluh-puluh, mungkin beribu, bukti angka 19 ini, Saya akan memperturunkan beberapacontoh saja untuk membuktikan bahawa angka 19 ini merupakan suatu sistem karangan Quranyang rapi, halus, kompleks dan canggih.

    1. Kenyataan pembukaan Quran, Bismillah, Ayat 1, Surah 1, terdiri dari 19 huruf.(Lihat Rajah 1.)

    2. Quran terdiri dari 114 surah dan angka ini boleh dibahagi dengan 19 (114 surah dan angkaini boleh dibahagi dengan 19 (114 + 19 x 6)).

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    39/152

    3. Wahyu Quran yang pertama (lima ayat pertama, Surah 96) terdiri dari 19 perkataan.

    4. Wahyu Quran yang pertama terdiri dari 76 huruf, dan angka 76 boleh dibahagi dengan 19(76 = 19 x 4).

    5. Surah pertama mengikut urutan wahyu, Surah 96, terdiri dari 19 ayat.

    6. Surah pertama mengikut urutan wahyu, Surah 96, diletakkan 19 surah dari penghujungQuran.

    7. Surah pertama mengikut urutan wahyu, Surah 96, terdiri dari 285 huruf, dan angka 285boleh dibahagi dengan 19. (285 = 19 x 15)

    8. Wahyu Quran yang terakhir, Surah 110, terdiri dari 19 perkataan.

    9. Ayat pertama wahyu terakhir (110:1) terdiri dari 19 huruf.

    10. Kenyataan pembukaan (Bismillah) tidak ada dalam Surah 9, tetapi kekurangan ini digantidalam Surah 27, Ayat 30. Ini menjadikan kenyataan pembukaan disebut sebanyak 114, atau 19x 6 kali dalam Quran.

    11. Jarak antara Surah 9 yang tidak mengandungi Bismillah dengan Surah 27 yangmengandungi dua Bismillah persis 19 surah.

    12. Wahyu kedua (9 ayat pertama Surah 68) terdiri dari 38 perkataan, dan angka 38 bolehdibahagikan dengan 19 (38 = 19 x 2).

    13. Wahyu ketiga (10 ayat pertama Surah 73) terdiri dari 57 perkataan, dan angka 57 bolehdibahagi dengan 19 (57 = 19 x 3).

    14. Wahyu keempat (Surah 74) membawa angka 19 itu sendiri.

    15. Mengikut urutan wahyu, angka 19 yang disebut dalam Quran (74:30) terus diikuti oleh 19perkataan dalam kenyataan pembukaan (Bismillah) (1:1).

    16. Tiap-tiap perkataan dalam kenyataan pembukaan (Bismillah) disebut dalam Quran sekianbanyak kali yang boleh dibahagi dengan 19.

    17. Perkataan pertama dalam kenyataan pembukaan, ism ( ), disebut 19 kali. Perkataanbism ( ), dalam bentuk khususnya itu disebut tiga kali (1:1, 11:41 & 27:30). Bila kita campur

    jumlah sebutan (3) dengan nombor surah dan ayat tempat perkataan ini didapati, jumlahnyapersis sama dengan bilangan surah dalam Quran, iaitu 114 (3 + 1 + 1 + 11 + 41 + 27 + 30 =114 = 19 x 6).

    18. Perkataan kedua dalam kenyataan pembukaan, iaitu perkataan Allah ( ), disebutdalam Quran 2,698 kali, dan angka ini boleh dibahagi dengan 19 (2,689 = 19 x 142).

    19. Perkataan ketiga dalam kenyataan pembukaan, iaitu Al-Rahman ( ), disebut dalamQuran sebanyak 57 kali (= 19 x 3).

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    40/152

    20. Perkataan keempat dalam kenyataan pembukaan, iaitu Al-Rahim ( ), disebut dalamQuran sebanyak 114 kali (= 19 x 6).

    21. Wahyu Quran yang keempat membawa angka 19 sendiri, dan mengisytiharkan barangsiapayang mendakwa Quran itu buatan manusia akan dibuktikan salah melalui angka 19.

    22. Wahyu kelima membawa sebuah surah lengkap kali pertama (Pembukaan = Al-Fatihah),dan wahyu ini meletakkan kenyataan pembukaan (yang menjadi asas kepada kod ini) persisselepas angka 19 dalam wahyu keempat.

    Dari sini kita dapat melihat suatu susunan yang halus, kompleks dan canggih dalam komposisiQuran, mengaitkan satu bahagian dengan bahagian lain dan tiap-tiap bahagian dengankeseluruhan. Buang satu huruf atau perkataan, atau tambah satu huruf atau perkataan makasistem canggih ini akan dapat mengesan kesilapan yang berlaku. Dari sini juga kita dapatmelihat, jika ada percubaan-percubaan untuk meminda atau mengubah Quran, sistem ini akanmendedahkannya dengan serta-merta. Inilah makna perisytiharan Tuhan bahawa Dialah yangmemelihara Quran ini daripada korupsi manusia.

    Mengapa 19?

    Mengapakah Tuhan memilih angka 19 untuk menjadikan asas sistem canggih ini? Mengikutsistem hitung orang Arab dulu, 19 itu nilai angka dari perkataan Arab, wahid ( ), yangbermakna satu. Dengan kata-kata lain, tema Quran dan perutusan pokoknya: TUHAN ITU

    SATU.

    Fungsi dan Makna Kod 19

    Fungsi Kod 19 ini telah diterangkan juga dalam Quran dalam Ayat 31, Surah 74 sebagai berikut:

    1. suatu hukuman bagi orang kafir;

    2. untuk meyakinkan orang-orang Yahudi dan Kristian bahawa Quran ini kitab Ilahi;

    3. untuk mengukuhkan iman orang mukmin;

    4. untuk menghapuskan apa-apa keraguan di dalam dada orang-orang Muslim, Kristiandan Yahudi tentang kesahihan dan kemurnian Quran; dan

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    41/152

    5. untuk mendedahkan orang-orang munafik dan musyrik yang terus tidak peduli,walaupun keterangan-keterangan konkrit terlalu banyak.

    Makna dan implikasi Kod 19 ini amat besar. Ini membuktikan kebenaran Quran dan kewujudanTuhan Yang Esa secara saintifik. Ini akan membawa kepada suatu revolusi yang besar dalamkehidupan manusia apabila kesedaran ini tersebar luas ke seluruh dunia. Ini pasti berlakudalam abad kedua puluh satu.

    Huruf Muqattaat

    Seperkara lagi yang harus disentuh dalam perbincangan tentang mukjizat yang tersembunyi di

    sebalik Kod 19 ini ialah huruf muqattaat. Pada permulaan 29 buah surah dalam Quran terdapathuruf-huruf aneh yang dipanggil muqattaat. Ada 14 set semuanya, seperti berikut:

    Bil. Surah Muqattaat Set

    1. (2) Al-Baqarah A.L.M. 1

    2. (3) Aal-Imran A.L.M.

    3. (7) Al-Araaf A.L.M.S 2

    4. (10) Yunus A.L.R. 3

    5. (11) Hud A.L.R.

    6. (12) Yusuf A.L.R.

    7. (13) Al-Rad A.L.M.R. 4

    8. (14) Ibrahim A.L.R.

    9. (15) Al-Hijr A.L.R.

    10. (19) Maryam K.H.Y.A.S. ` 5

    11. (20) Ta Ha T.H. 6

    12. (26) Al-Syuara T.S.M. 7

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    42/152

    13. (27) Al-Naml T.S. 8

    14. (28) Al-Qasas T.S.M.

    15. (29) Al-Ankabut A.L.M.

    16. (30) Al-Rum A.L.M.

    17. (31) Luqman A.L.M.

    18. (32) Al-Sajdah A.L.M.

    19. (36) Ya Sin Y.S. 9

    20. (38) Sad S. 10

    21. (40) Al-Mukmin H.M. 11

    22. (41) Fusilat H.M.

    23. (42) Al-Syura H.M.A.S.Q. 12

    24. (43) Al-Zukhruf H.M.

    25. (44) Al-Dukhan H.M.

    26. (45) Al-Jathiah H.M _

    27. (46) Al-Ahqaf H.M.

    28. (50) Qaf Q.` 13

    29. (68) Al-Qalam N. 14

    Seperti yang akan kita lihat, huruf-huruf muqattaat ini menyingkap sebuah rahsia Quran yangbesar, iaitu tarikh tamatnya dunia ini. Quran menerangkan kepada kita bahawa dunia ini akanberakhir dan sebuah dunia dan langit baru akan menggantikannya. Oleh kerana Quran kitabsuci yang terakhir, munasabahlah kita membuat andaian bahawa maklumat tentang tarikh

    tamatnya dunia ini terkandung dalam Quran. *Lihat Tambahan dalam MS Edisi ke-2. Ayat 15,Surah 20 menerangkan kepada kita bahawa tarikh ini tidak akan tersembunyi selama-lamanya,tetapi akan diketahui:

    Saat itu (tamatnya dunia) pasti tiba. Aku hampir-hampir merahsiakannya supaya tiap-tiap orang dibalas mengikut kerjanya.

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    43/152

    Ayat 87, Surah 15, Al-Hijr menyingkap tarikh ini secara yang halus sekali.

    Kami tidak mencipta langit dan bumi dan segala suatu di antaranya kecuali untuk tujuanyang tetap. Saat tamatnya dunia pasti tiba. Oleh yang demikian, janganlah pedulikanmereka sangat. Tuhanmu itulah Pencipta lagi Maha Tahu. Telah Kami beri kepadamutujuh pasang dan Quran yang agung.

    Semua terjemahan, kecuali terjemahan Rashad Khalifa, menterjemahkan ayat ini denganmenambah perkataan ayat kepada tujuh pasang, mengikut hadis, seperti berikut: Telah kamiberi kepadamu tujuh (ayat) yang diulang-ulang dan Quran yang agung. Tetapi, jika kitakenakan kaedah tafsir saintifik, seperti yang saya huraikan dalam BAB 7, tafsiran ini meleset.

    Tiga bantahan dapat dikemukakan. Pertama, perkataan ayat tidak ada dalam teks asal. Iaditambah oleh ahli-ahli tafsir klasik mengikut hadis. Kedua, perkataan Arab min-almathanitidak bermakna diulang-ulang; maknanya dua kaliatau pasang. Ketiga, jika ungkapan tujuh(ayat) yang diulang-ulang itu ditafsirkan sebagai merujuk kepada Fatihah, ayat ini tidak logik,kerana Fatihah itu sebahagian daripada Quran.

    Jadi, apakah makna ayat itu? Oleh kerana konteks ayat ini saat tamatnya dunia, maka kitaharuslah mencari maknanya di situ. Ayat ini menyatakan bahawa Nabi Muhammad diberikansebuah kitab yang agung dan sesuatu lagi yang tidak dinyatakan secara terang. Inilah yang

    dimaksudkan oleh Tuhan dengan firman-Nya: Aku hampir-hampir merahsiakannya dalam Ayat20:15 tadi. Tarikh tamatnya dunia atau Kiamat itu disembunyikan sedikit.

    Jika kita ingin mengetahui dua perkara tentang Muhammad, perkara-perkara itu tentulah kitabyang dibawanya dan tempoh kerasulannya. Oleh kerana Muhammad nabi yang terakhir, makabila tempoh kerasulannya tamat, bererti tamatlah dunia ini.

    Dengan demikian, tujuh pasang tadi merujuk kepada tempoh kerasulannya, dan tempoh ini

    harus dicari pada empat belas set muqattaat yang telah kita tunjukkan, kerana tidak terdapatdalam angka 14 dalam Quran kecuali 14 set muqattaat ini. Jika nilai empat belas muqattaat inidicampur, ia berjumlah 1709. Ini bermakna tempoh kerasulan Muhammad itu selama 1709tahun Hijrah. Penemuan maklumat ini oleh Rashad Khalifa berlaku pada 1400 T.H., 309 tahunsebelum tarikh ramalan tamatnya dunia.

  • 7/23/2019 Hadis: Jawapan kepada Pengkritk

    44/152

    Angka 309 ada disebut dalam Quran dalam konteks yang berkaitan dengan tamatnya dunia danKiamat. Ini bermakna Quran sendiri mengesahkan tarikh tamatnya dunia dan Kiamat.

    Oleh yang demikian, dunia ini akan berakhir 309 tahun Hijrah dari 1400, atau 300 tahun Masehidari 1980 pada 1710 T.H., bersamaan dengan 2280 T.M.

    Walaupun kita mungkin merasa takjub dengan penemuan-penemuan ini, kita sebenarnya tidakperlu takjub. Hari Kiamat itu pasti. Jika ia tidak datang besok, ia pasti datang lusa. Besok ataulusa, ia tidak menimbulkan apa-apa masalah kepada orang-orang yang beriman, keranamereka percaya kepada Hari Kiamat. Tafsiran yang dibuat oleh Rashad Khalifa amatmunasabah, bukan saja kerana semua fakta itu diambil dari Quran sendiri, tetapi juga keranasokongan dari sejarah berhubung dengan muqattaat.

    Kita juga tahu bahawa Islam, seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad dalam Quran, akanbangkit semula dan menakluk seluruh dunia dalam abad-abad kedua puluh satu dan keduapuluh dua. Sejarah memberi tahu kepada kita bahawa sesuatu tamadun baru akan mengambilmasa kira-kira tiga ratus tahun untuk matang dan mencapai kemuncaknya.

    Demikianlah tamadun Islam kedua akan berkemba